2
DEFINISI FONOLOGI Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ). Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi- bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan : The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called “ phonology “. Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional phonetics “. Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti

DEFINISI FONOLOGI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

DEFINISI FONOLOGI

Citation preview

Page 1: DEFINISI FONOLOGI

DEFINISI FONOLOGI

Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang

terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan

orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu

fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa

fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang

mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah

kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan

pendengaran ( auditori ).

Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu

pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui

bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan.

Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat

sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan,

khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang

menyatakan :

“ The study of the systematic organization of selected speech sounds in the

spoken form of individual language has variously been called “ phonology “.

Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional

phonetics “. Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan

dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu

bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang

mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-

bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi dari segi sifat

bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Biasanya, aspek yang

dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi

bahasa sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan

lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang fonetik.