Click here to load reader

Modul Fonologi - UPSI

  • View
    701

  • Download
    37

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengkajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi2 bunyi bahasa dalam Bahasa Melayu.

Text of Modul Fonologi - UPSI

  • MODUL B M L 3 0 4 3

    FONETIK DAN

    FONOLOGI Bahasa Melayu

    P e n u l i s :

    ABDUL HAMID MAHMOOD

    P e n y u n t i n g :

    SUHAINA BINTI ABDULLAH

  • MODUL B M L 3 0 4 3

    FONETIK DAN

    FONOLOGI Bahasa Melayu

    e n u l i s

    SUHAINA BINTI ABDULLAH

    P U S A T P R O G R A M L U A R

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU - PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ)

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    2012

  • Cetakan Pertama/ First Printing 2012

    Cetakan Pertama/ First Printing 2012 Universiti Pendidikan Sultan Idris 2012

    Hak Cipta Terpelihara.

    Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga

    pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris terlebih dahulu.

    All right reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form

    or by an v means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from the Penerbit

    Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Diterbitkan di Malaysia/ Published in Malaysia by Universiti Pendidikan Sultan Idris

    35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

    Tel: 05-450 6000, Faks: 05-459 5169

    Laman Sesawang: www.upsi.edu.my E-mel: penerbitupsi.edu.my.

    Atur huruf olehl Typesetting by

    Penerbit UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris

    35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

    Dicetak oleh/ Printed by

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

  • iii

    K A N D U N G A N

    Senarai Rajah viii

    Prakata xi

    Pengenalan xiii

    Unit 1 : LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA Pengenalan 1

    Tahukah Anda Pengertian Linguistik? 1

    Tahukah Anda Asal Perkataan Linguistik? 2

    Siapakah Pelopor Linguistik Moden? 2

    Kesimpulan tentang Ilmu Linguistik 2

    Tahukah Anda Cabang-cabang Linguistik? 3

    i. Apakah Linguistik Deskriptif ? 3

    ii. Apakah Linguistik Historis? 5

    iii. Apakah Linguistik Komparatif? 5

    iv. Apakah Sosiolinguistik? 6

    v. Apakah Neurolinguistik? 8

    vi. Apakah Linguistik Am? 9

    vii. Apakah Linguistik Terapan? 10

    viii. Apakah Psikolinguistik? 11

    Apakah Cabang Linguistik Lain? 12

    Linguistik Aliran Tatabahasa Transformasi Generatif 14

    Panduan Menjawab Soalan Latihan Unit 1 16

    Rujukan 21

    Unit 2 : FONETIK DAN FONOLOGI Pengenalan 22

    Apakah yang Dimaksudkan dengan Bunyi? 22

    Tahukah Anda Pengertian Fonetik? 23

    Tahukah Anda Pengertian Fonologi? 24

    Tahukah Anda Konsep Fonetik dan Fonologi dalam Bahasa Melayu? 25

    Tahukah Anda Bunyi Bahasa dan Bukan Bunyi Bahasa ? 27

    Apakah Alat Artikulasi? 29

    Tahukah Anda Fungsi Alat Artikulasi? 31

    Paru-paru 31

    Pangkal Tenggorok (Larynx) 31

    Rongga Kerongkongan (Pharynx) 34

    Langit-langit Lembut (Soft Palate, Velum) 34

    Langit-langit Keras (Hard Palate, Palatum) 34

  • iv

    Gusi Dalam (Alveola, Alveolum) 35

    Gigi (Teeth Denta) 35

    Bibir (Lip, Labia) 35

    Lidah (Tongue) 36

    Apakah Bunyi Bersuara dan Bunyi Tidak Bersuara? 37

    Panduan Menjawab Soalan Unit 2 40

    Rujukan 42

    Unit 3 : KLASIFIKASI BUNYI BAHASA Pengenalan 45

    Tahukah Anda Bunyi Vokal? 45

    Tahukah Anda Bunyi Konsonan? 46

    Tahukah Anda Bunyi Semi-Vokal? 47

    Tahukah Anda Bunyi Nasal dan Bunyi Oral? 47

    Tahukah Anda Bunyi Keras (Fortes) dan Lembut (Lenes)? 48

    Tahukah Anda Bunyi Panjang dan Bunyi Pendek? 49

    Tahukah Anda Bunyi Rangkap dan Bunyi Tunggal? 50

    Tahukah Anda Bunyi Nyaring dan Tidak Nyaring? 51

    Tahukah Anda Bunyi dengan Arus Udara Egresif dan Bunyi dengan Arus

    Udara Ingresif? 53

    Apakah Egresif Pulmonik? 54

    Apakah Egresif Glotalik? 55

    Apakah Ingresif Glotalik? 55

    Apakah Ingresif Velarik? 56

    Panduan Menjawab Soalan Latihan Unit 3 57

    Rujukan 61

    Unit 4 : BUNYI-BUNYI BAHASA Pengenalan 64

    Apakah Bunyi Vokal? 64

    Tahukah Anda Vokal dalam Bahasa Melayu? 65

    Vokal Hadapan 67

    Vokal Tengah 68

    Vokal Belakang 68

    Tahukah Anda Cara Penghasilan Bunyi Vokal? 71

    Apakah Bunyi Konsonan? 82

    Tahukah Anda Konsonan Asli Bahasa Melayu? 82

    Tahukah Anda Cara Penghasilan Bunyi Konsonan? 89

    Tahukah Anda Konsonan Pinjaman dalam Bahasa Melayu? 114

    Tahukah Anda Cara Penghasilan Konsonan Pinjaman dalam

  • v

    Bahasa Melayu? 115

    Panduan Menjawab Soalan Latihan Unit 4 121

    Rujukan 128

    Unit 5 : ARTIKULASI TAMBAHAN / KOARTIKULASI Pengenalan 130

    Apakah Pengertian Artikulasi Tambahan / Koartikulasi? 130

    Tahukah Anda Proses Pembibiran? 131

    Tahukah Anda Proses Penyengauan? 132

    Tahukah Anda Proses Penglelangitkerasan? 132

    Tahukah Anda Proses Perengkungan? 133

    Tahukah Anda Proses Pengglotisan (Glotalisasi)? 133

    Panduan Menjawab Soalan Latihan Unit 5 136

    Rujukan 139

    Unit 6 : FONEM SUPRASEGMENTAL Pengenalan 141

    Apakah Pengertian Fonem Suprasegmental? 141

    i. Apakah Tekanan? 142

    ii. Apakah Kepanjangan? 143

    iii. Apakah Jeda? 143

    iv. Apakah Tona? 145

    v. Apakah Intonasi? 147

    Panduan Menjawab Soalan Latihan Unit 6 155

    Rujukan 157

    Unit 7 : BIDANG FONEMIK Pengenalan 159

    Apakah Bidang Fonemik? 159

    Tahukah Anda Pengertian Fonem? 160

    Tahukah Anda Pengertian Alofon? 161

    Tahukah Anda Pengertian Pasangan Minimal? 163

    Tahukah Anda Pengertian Bervariasi Bebas? 164

    Tahukah Anda Pengertian Beralternasi Bebas? 164

    Tahukah Anda Pengertian Saling Melengkapi? 165

    Tahukah Anda Pengertian Kesamaan Fonetis? 166

    Tahukah Anda Pengertian Fonem Vokal Rangkap? 167

    Tahukah Anda Pengertian Fonem Konsonan Rangkap? 167

    Panduan Menjawab Soalan Latihan Unit 7 169

    Rujukan 173

  • vi

    Unit 8 : TRANSKRIPSI Pengenalan 175

    Apakah Transkripsi? 175

    Apakah Transkripsi Fonetik? 176

    Apakah Transkripsi Fonemik? 176

    Contoh Transkripsi Fonetik & Fonemik? 177

    Panduan Menjawab Soalan Latihan Unit 8 188

    Rujukan 190

    Unit 9 : SEJARAH SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU Pengenalan 193

    Tahukah Anda Sejarah Sistem Ejaan Bahasa Melayu? 193

    Tahukah Anda Perancangan dan Perkembangan Sistem Ejaan Rumi

    di Tanah Melayu? 195

    Kamus Jawi-Melayu-Inggeris (1903) 195

    Tahukah Anda Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu 199

    Abjad dan Huruf 199

    Huruf Vokal 200

    Huruf Diftong 201

    Huruf Konsonan 201

    Huruf yang Diperkenalkan 202

    Sistem Keselarasan Huruf Vokal 203

    Pola Keselarasan Huruf Vokal 204

    Pola Kekecualian kepada Keselarasan Huruf Vokal 205

    Penyesuaian Huruf Ejaan Kata Pinjaman 206

    Bentuk Ejaan Tampak 210

    Kekecualian bagi Ejaan yang Sudah Lama 211

    Panduan Menjawab Soalan Latihan Unit 9 212

    Rujukan 214

    Unit 10 : TANDA SEMPANG, IMBUHAN PINJAMAN, RANGKAI

    KATA DAN KATA MAJMUK. Pengenalan 215

    Penggunaan Tanda Sempang 215

    Penulisan Imbuhan Pinjaman 218

    Penulisan kata Maha secara Terpisah 219

    Ejaan bagi Kata Depan 220

    Ejaan bagi Partikel 221

    Ejaan bagi Kata Ganti Singkatan 222

  • vii

    Rangkai Kata 223

    Kata Majmuk 224

    Kata Majmuk Ejaan Cara Terpisah 224

    Kata Majmuk Ejaan Cara Tercantum 225

    Ejaan Tercantum yang Sudah Mantap 226

    Ejaan Penggandaan Kata Majmuk 226

    Panduan Menjawab Soalan Latihan Unit 10 228

    Rujukan 229

    Glosari 230

    Istilah Linguistik 235

    Biodata Penulis 267

    Indeks 270

  • viii

    S E N A R A I R A J A H

    Rajah 2.1 : Bentuk gelombang akustik bagi perkataan bahasa Inggeris see /si:/ 26

    Rajah 2.2 : Proses Penghasilan Bunyi 28 Rajah 2.3 : Alat-alat Artikulasi 30 Rajah 2.4 : Proses Menutup dan Membukanya Glotis 32 Rajah 2.5 : Keadaan Glotis Ketika Menghasilkan Bunyi 33 Rajah 2.6 : Keadaan pita suara (glotis) ketika:

    (a) tertutup, (b) terbuka untuk bunyi bersuara, (c) terbuka untuk bunyi bisikan, (d) proses getaran 38

    Rajah 2.7 : Tiga bentuk gelombang bunyi yang mungkin berupa

    getaran pada pita suara 39 Rajah 4.1 : Kedudukan Vokal Bahasa Melayu 66 Rajah 4.2 : Vokal [a] seperti dalam perkataan bahasa Inggeris father

    dan vokal [i] seperti dalam perkataan see menunjukkan turun-naik bunyi apabila vokal-vokal berkenaan diujarkan pada tona yang sama 66

    Rajah 4.3 : Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [i] 67 Rajah 4.4 : Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [e] 67 Rajah 4.5 : Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [a] 67 Rajah 4.6 : Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [] 68 Rajah 4.7 : Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [u] 68 Rajah 4.8: Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [o] 68 Rajah 4.9 : Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [] 69 Rajah 4.10 : Keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi [] 69 Rajah 4.11 : Kedudukan Lidah Semasa Menghasilkan Bunyi-bunyi Vokal 70

  • ix

    Rajah 4.12 : Penghasilan Vokal [i] 72 Rajah 4.13 : Penghasilan Vokal [e] 73 Rajah 4.14 : Penghasilan Vokal [] 74 Rajah 4.15 : Penghasilan Vokal [a] 75 Rajah 4.16 : Penghasilan Vokal [u] 76 Rajah 4.17 : Pengasilan Vokal [o] 77 Rajah 4.18 : Penghasilan Vokal [] 78 Rajah 4.19 : Penghasilan Vokal [] 79 Rajah 4.20 : Carta Kedudukan Vokal Antarabangsa 79 Rajah 4.21 : Carta Konsonan Asli Bahasa Melayu 83 Rajah 4.22 : Carta Lambang Konsonan Antarabangsa

    (The International Phonetic Alphabet) 85 Rajah 4.23 : Penghasilan Konsonan [p] 90 Rajah 4.24 : Penghasilan Konsonan [b] 91 Rajah 4.25 : Penghasilan Konsonan [t] 93 Rajah 4.26 : Penghasilan Konsonan [d] 94 Rajah 4.27 : Penghasilan Konsonan [k] 96 Rajah 4.28 : Penghasilan Konsonan [g] 97 Rajah 4.29 : Penghasilan Konsonan [] 98 Rajah 4.30 : Penghasilan Konsonan [] 100 Rajah 4.31 : Penghasilan Konsonan [] 101 Rajah 4.32 : Penghasilan Konsonan [s] 102 Rajah 4.33 : Penghasilan Konsonan [h] 104 Rajah 4.34 : Penghasilan Konsonan [r] 105

  • x

    Rajah 4.35 : Penghasilan Konsonan [l] 106 Rajah 4.36 : Penghasilan Konsonan [m] 107 Rajah 4.37 : Penghasilan Konsonan [n] 108 Rajah 4.38 : Penghasilan Konsonan [] 110 Rajah 4.39 : Penghasilan Konsonan [] 111 Rajah 4.40 : Penghasilan Separuh Vokal [w] 112 Rajah 4.41 : Penghasilan Separuh Vokal [j] 114 Rajah 4.42 : Penghasilan Konsonan [f] 116 Rajah 4.43 : Penghasilan Konsonan [v] 117

    Rajah 4.44 : Penghasilan Konsonan [] 118 Rajah 6.1 : Kedudukan Tinggi-Rendah Suara 146

  • xi

    BML 3043: FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU

    P R A K A T A

    odul BML 3043 : Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini ditulis khusus

    untuk memberikan bimbingan serta pengetahuan tentang ilmu fonetik dan

    fonologi bahasa Melayu kepada pelajar program Pengajian Jarak Jauh (PJJ).

    Modul ini dibahagikan kepada sepuluh unit pelajaran yang disampaikan secara

    komprehensif bagi membantu anda memahami ilmu linguistik, fonetik dan fonologi

    bahasa Melayu dengan lebih mudah dan menguasainya dengan baik.

    Pelajaran yang dimuatkan dan disusun dalam Modul ini bermula dengan

    Unit 1: Linguistik dan Cabang-cabangnya yang menghuraikan aspek-aspek

    kajian yang ditekankan dalam setiap cabang linguistik. Unit 2: Fonetik dan

    Fonologi membincangkan pengertian fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Unit ini

    turut memuatkan pelajaran tentang alat-alat artikulasi dan peranannya dalam

    proses penghasilan bunyi bahasa. Unit 3: Klasifikasi Bunyi Bahasa,

    menghuraikan pembahagian bunyi bahasa yang digolongkan kepada bunyi vokal,

    konsonan, semi-vokal, bunyi nasal, oral dan sebagainya. Unit 4: Bunyi-bunyi

    Bahasa menjelaskan secara terperinci bunyi-bunyi bahasa, iaitu bunyi vokal dan

    konsonan yang terdapat dalam bahasa Melayu serta cara-cara penghasilan bunyi

    berkenaan. Huraian tentang cara-cara penghasilan bunyi itu disertakan dengan

    gambar-gambar rajah bagi memudahkan pemahaman anda.

    Seterusnya, dalam Unit 5, huraian tentang Artikulasi Tambahan menyentuh

    hal tentang proses pembibiran, penyengauan, penglelangitkerasan, perengkungan

    dan pengglotisan (glotalisasi). Dalam Unit 6: Fonem Suprasegmental, diberikan

    penjelasan tentang fonem-fonem suprasegmental yang terdapat dalam bahasa

    Melayu seperti tekanan, kepanjangan, jeda, tona dan intonasi. Unit 7: Bidang

    Fonemik pula mengandungi penerangan tentang perbezaan fonem, alofon,

    pasangan minimal, konsonan bervariasi bebas, beralternasi bebas, saling

    melengkapi dan kesamaan fonetis. Dalam Unit 8, dimuatkan pelajaran tentang

    Transkripsi. Pelajaran ini menghuraikan perbezaan transkripsi fonetik dan

    transkripsi fonemik. Dalam unit ini, dimuatkan contoh-contoh transkripsi fonetik

    dan transkripsi fonemik sebagai panduan bagi mengukuhkan kefahaman anda

    tentang penulisan transkripsi fonetik dan fonemik bahasa Melayu. Unit 9: Sejarah

    Sistem Ejaan Bahasa Melayu, menjelaskan sejarah dan perkembangan serta

    pedoman umum ejaan Rumi bahasa Melayu. Unit 10: Tanda Sempang, Imbuhan

    Pinjaman, Rangkai Kata dan Kata Majmuk. Pelajaran akhir ini menjelaskan

    penggunaan

    M

  • xii

    BML 3043: FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU

    tanda sempang dalam sistem ejaan bahasa Melayu, di samping penulisan

    imbuhan pinjaman, rangkai kata dan kata majmuk dalam bahasa Melayu.

    Modul ini turut menyediakan pelbagai bentuk latihan bagi menguji pemahaman

    anda, selain membantu anda mengingat semula dan mengaplikasikan ilmu yang

    telah dipelajari. Di samping itu, panduan menjawab soalan latihan juga disediakan

    di hujung setiap unit pelajaran bagi membimbing anda menjawab soalan latihan

    yang diberikan serta membolehkan anda membuat penilaian kendiri terhadap

    pelajaran yang telah dipelajari. Sementara itu, Indeks, glosari dan istilah linguistik

    turut disediakan pada bahagian akhir Modul ini bagi kemudahan rujukan anda dan

    pengguna Modul ini.

    Penulis menaruh harapan penuh agar Modul ini dapat memberi bimbingan

    kepada anda sekalian untuk memahami aspek-aspek bidang linguistik, fonetik

    serta fonologi bahasa Melayu dengan lebih mudah dan jelas. Semoga Modul

    BML 3043 : Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini dapat membantu anda

    menguasai ilmu linguistik, fonetik dan fonologi bahasa Melayu dengan baik. Akhir

    kata, penulis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih khusus kepada

    Cik Suhaina Abdullah atas jasa baiknya yang telah membantu menaip dan

    menyunting Modul ini.

    Sekian. Selamat maju jaya.

    PROF. DR. ABDUL HAMID MAHMOOD Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. 2012.

  • xiv

    BML 3043: FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU

    PENGENALAN

    Panduan Kursus BML 3043 : Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu disedia khusus

    bagi membantu pelajar program PJJ memahami sepenuhnya keperluan dan

    kandungan kursus. Anda dinasihati agar membaca bahagian ini dengan teliti.

    Seterusnya, berusaha untuk mengikuti dan memenuhi segala perkara yang

    disarankan bagi membolehkan anda menguasai kursus ini dengan cemerlang.

    Kursus BML 3043 : Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini memberi

    pendedahan dan pemahaman tentang lambang-lambang fonetik sejagat dengan

    penekanan khusus terhadap bunyi-bunyi bahasa Melayu. Antara perkara yang

    diketengahkan ialah cabang-cabang fonetik, sifat-sifat bunyi bahasa Melayu, jenis-

    jenis bunyi vokal, konsonan jati dan pinjaman dalam bahasa Melayu, fonem

    suprasegmental dan penggunaannya dalam transkripsi fonetik dan fonemik, di

    samping penelitian intonasi yang terdapat dalam ayat bahasa Melayu. Di samping

    pengetahuan tentang teori, anda juga akan dilatih mengaplikasikan fonetik bahasa

    Melayu secara praktik. Kursus ini bernilai 3 jam kredit.

    KUMPULAN SASARAN

    Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar program PJJ yang mengikuti Program

    Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UPSI. Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran,

    Modul ini digubal khas untuk membantu pelajar-pelajar yang mengikuti program PJJ

    tersebut.

    PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

    Mengikut piawaian UPSI dan MQA, setiap jam kredit memerlukan anda

    memperuntukkan 40 jam waktu pembelajaran. Oleh itu, bagi kursus ini anda perlu

    memperuntukkan 120 jam waktu pembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran

    bagi kursus ini adalah seperti dalam Jadual 1.

  • xv

    BML 3043: FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Jadual 1: Anggaran agihan masa pembelajaran (3 jam kredit)

    Aktiviti Pembelajaran Jam Pembelajaran

    BERSEMUKA TIDAK BERSEMUKA Membaca Modul, ulangkaji, menyiap tugasan 40 Tutorial di Pusat 10

    Tutorial dalam talian (E-Learning, contohnya melalui Big Blue Button, Skype, dll.)

    46

    Forum (E-Learning melalui MyGuru3) 12 Video P&P melalui MyGuru3 10 Kuiz dalam talian melalui MyGuru3 2 56 64

    Jumlah Masa Pembelajaran 120

    HURAIAN KURSUS BML 3043 : FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Pada akhir kursus BML 3043, pelajar dapat:

    1. Menerangkan konsep fonetik dan fonologi bahasa Melayu, 2. membezakan bunyi bahasa dengan bukan bunyi bahasa,

    3. menganalisis bunyi vokal, diftong, deretan vokal, konsonan asli dan

    pinjaman dalam bahasa Melayu,

    4. mentranskripsikan bunyi bahasa pertuturan ke dalam bentuk transkripsi

    fonetik dan fonemik,

    5. mengaplikasi pengetahuan fonetik dan fonologi dalam pengajaran bahasa

    Melayu.

    .

    SINOPSIS KURSUS

    Kursus ini membincang dan membimbing anda memahami ilmu linguistik, fonetik

    dan fonologi bahasa Melayu. Antara aspek yang dibincang ialah linguistik dan

    cabang-cabangnya, fonetik dan fonologi bahasa Melayu, sifat-sifat bunyi bahasa

    Melayu, fonem vokal dan konsonan serta ciri-cirinya dan cara-cara menghasilkan

  • xvi

    BML 3043: FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU

    bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu, di samping aplikasi fonetik dan fonologi

    bahasa Melayu terhadap sebutan baku dan sistem ejaan bahasa Melayu. Selain

    pengetahuan tentang teori, anda juga akan diperkenal dan dilatih dalam

    penggunaan transkripsi fonetik dan fonemik bahasa Melayu secara praktik.

    ISI KANDUNGAN KURSUS

    Bagi membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, kandungan kursus

    dibahagikan kepada sepuluh unit seperti yang terkandung dalam Modul ini.

    Berikut diberikan perincian bagi setiap unit pelajaran tersebut:

    UNIT TAJUK

    1 Membincangkan ilmu linguistik dan cabang-cabangnya serta aliran tatabahasa transformasi generatif.

    2 Membincangkan ilmu fonetik dan fonologi serta jenis-jenis fonetik artikulasi, fonetik auditori dan fonetik akustik. Menerangkan alat-alat sebutan, fungsi-fungsinya dan proses edaran udara yang menghasilkan bunyi, termasuklah membezakan bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa, bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara.

    3 Membincangkan klasifikasi bunyi bahasa, iaitu jenis bunyi, termasuklah bunyi vokal, konsonan dan semi-vokal, di samping bunyi oral dan bunyi nasal, bunyi keras dan bunyi lembut, bunyi panjang dan bunyi pendek, bunyi rangkap dan bunyi tunggal dan bunyi nyaring dengan bunyi tidak nyaring. Selain itu, didedahkan bunyi dengan arus udara egresif dan bunyi dengan arus udara ingresif.

    4 Membincangkan bunyi-bunyi bahasa secara mendalam, iaitu bunyi vokal dan kelompoknya, konsonan asli dan pinjaman, diftong, deretan vokal, konsonan rangkap dalam bahasa Melayu, di samping cara penghasilan dan kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal, konsonan jati dan pinjaman dalam bahasa Melayu.

    5 Membincangkan artikulasi tambahan (koartikulasi), termasuklah jenis-jenis artikulasi tambahan seperti pembibiran, penyengauan, penglelangitkerasan, perengkungan dan pengglotisan (glotalisasi).

    6 Membincangkan fonem suprasegmental seperti tekanan, kepanjangan, jeda, tona dan intonasi, di samping meneliti intonasi dalam ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat songsang dan ayat pasif bahasa Melayu.

  • xvii

    BML 3043: FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU

    7 Membincangkan bidang fonemik yang meliputi bunyi distingtif dan tidak distingtif, fonem, alofon, pasangan minimal, bervariasi bebas, beralternasi bebas, saling melengkapi dan kesamaan fonetis, di samping diftong, fonem vokal rangkap dan konsonan rangkap.

    8 Membincangkan aspek transkripsi fonetik dan fonemik dengan mengaplikasikan simbol transkripsi fonetik dan fonemik dalam penulisan.

    9 Membincangkan sejarah sistem ejaan bahasa Melayu, termasuklah perancangan dan perkembangan ejaan Rumi di Tanah Melayu, sistem keselarasan vokal dan pola kekecualian keselarasan vokal bahasa Melayu.

    10 Membincangkan tanda sempang, imbuhan pinjaman, rangkai kata dan kata majmuk bahasa Melayu.

    PENAKSIRAN

    Tugasan % Wajaran

    Kaedah dan Hasil Tugasan

    Makropengajaran

    40

    Rancangan Mengajar Harian beserta rakaman video pengajaran di sekolah dan dimuat naik dalam talian ke Blog.

    Mikropengajaran 20 Rakaman video pengajaran di sekolah yang sama seperti di atas.

    Cadangan Kajian Tindakan

    20 Menggunakan Google Docs atau menghantar melalui email.

    Penulisan Jurnal Refleksi

    10 Menggunakan Google Docs atau menghantar melalui email.

    Forum 10 Dalam talian menggunakan MyGuru2 .

    Jumlah

    100

  • xviii

    BML 3043: FONETIK & FONOLOGI BAHASA MELAYU

    HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN

    Ikon Huraian

    Aktiviti latihan bagi membina kefahaman dan mengaplikasi konsep yang dibincangkan. Aktiviti termasuklah menjawab soalan, mengisi tempat kosong, melakar, dan/ atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber-sumber lain.

    Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya.

  • 1

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    Unit

    1

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA

    Pengenalan

    Unit ini membincangkan hal tentang Linguistik dan Cabang-cabangnya yang

    mencakupi konsep linguistik, asal perkataan linguistik, pelopor linguistik moden,

    cabang-cabang linguistik serta aliran linguistik tatabahasa transformasi generatif.

    Tahukah Anda Pengertian Linguistik?

    Menurut Kamus Dewan (2005:945) linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. Oleh

    David Crystal dalam bukunya, A Dictionary of Linguistics and Phonetics

    (1986:181), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (the scientific

    study of language).

    HASIL PEMBELAJARAN

    Setelah selesai mempelajari unit ini, anda seharusnya dapat:

    i. menerangkan definisi linguistik dan cabang-cabangnya, ii. mengetahui asal perkataan linguistik, iii. mengetahui pelopor linguistik moden, dan iv. menjelaskan ilmu linguistik aliran tatabahasa transformasi

    generatif.

  • 2

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    Tahukah Anda Asal Perkataan Linguistik?

    Perkataan linguistik berasal daripada perkataan Latin, iaitu lingua yang

    bermaksud bahasa. Perkataan Latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain

    yang berasal daripada bahasa Latin seperti dalam bahasa Perancis (langue,

    langage), bahasa Itali (lingua), atau bahasa Sepanyol (lengua) atau dalam

    bahasa Inggeris (linguistics).

    Perkataan linguistik dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa

    Inggeris, iaitu linguistics yang dipinjam daripada bahasa Perancis, iaitu

    linguistique.

    Orang yang pandai atau faham bermacam-macam bahasa asing atau ahli

    bahasa dipanggil linguis, dan orang yang mengetahui atau bertutur dalam dua

    bahasa atau banyak bahasa dikenali sebagai bilingual, atau multilingual.

    Siapakah Pelopor Linguistik Moden?

    Ferdinand de Saussure ialah seorang sarjana bangsa Swiss. Beliau dianggap

    sebagai pelopor linguistik moden. Bukunya Cours de Linguistique Generale (1916)

    sangat terkenal dan dianggap sebagai buku asas linguistik moden. Oleh sebab itu,

    beberapa istilah yang dipakai oleh de Saussure diterima umum sebagai istilah

    rasmi, misalnya langage, langue dan parole (Prof. Dr. J.W.M. Verhaar, 1983:1).

    Langage bererti bahasa pada umumnya, misalnya semua manusia di dunia ini

    mempunyai bahasa. Langue bererti bahasa tertentu kepunyaan satu-satu

    kumpulan penutur tertentu, misalnya bahasa Perancis, bahasa Belanda, bahasa

    Jerman, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu merupakan bahasa-bahasa atau

    langue-langue tersendiri.

    Langue dianggap bahasa kepunyaan kumpulan atau masyarakat bahasa

    tertentu dan parole pula merupakan pertuturan atau bentuk ucapan individu yang

    kerap disebut sebagai idiolek.

    Kesimpulan tentang Ilmu Linguistik

    Kesimpulannya, ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik.

    Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu

    secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar

    wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah.

    Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu.

  • 3

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan

    digunakan oleh masyarakat bahasa itu, misalnya bagaimana bahasa Melayu itu

    diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mengkaji secara formal dan objektif

    bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa

    dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara

    objektif dan tidak boleh berdasarkan agak-agakan, ramalan, sentimen atau

    falsafah dan hasil kajian itu pula boleh diuji kebenarannya.

    Tahukah Anda Cabang-cabang Linguistik?

    Linguistik mempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti:

    i) Linguistik Deskriptif (Descriptive Linguistics)

    ii) Linguistik Historis (Historical Linguisticsi)

    iii) Linguistik Komparatif (Comparative Linguistics)

    iv) Sosiolinguistik (Sociolinguistics)

    v) Neurolinguistik (Neurolinguistics)

    vi) Linguistik Am (General Linguistics)

    vii) Linguistik Terapan (Applied Linguistics)

    viii) Psikolinguistik (Psycholinguistics)

    i. Apakah Linguistik Deskriptif?

    Linguistik Deskriptif ialah satu cabang linguistik yang menghuraikan satu-satu

    bahasa tertentu pada satu-satu masa tertentu. Misalnya, ilmu linguistik yang

    1.1 Jelaskan konsep Linguistik.

    1.2 Siapakah pelopor Linguistik Moden?

  • 4

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    menghurai atau menganalisis bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh

    masyarakat Melayu pada hari ini.

    Linguistik Deskriptif menghuraikan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu

    dituturkan dan bagaimana sistem bahasa Melayu itu digunakan dalam bidang

    fonologi, morfologi, sintaksis dan segala aspek yang terdapat dalam bahasa

    Melayu. Linguistik Deskriptif hanya membuat huraian tentang satu-satu bahasa itu

    dan tidak pula membuat perbandingan dengan bahasa-bahasa lain atau mengkaji

    daripada sudut sejarah bahasa itu. Misalnya, Linguistik Deskriptif akan

    menghuraikan bunyi-bunyi vokal, konsonan, diftong, sistem suku kata, perkataan,

    frasa dan ayat bahasa Melayu, tetapi tidak membuat perbandingan antara sistem

    vokal, konsonan, diftong, suku kata, perkataan, frasa atau ayat bahasa Melayu

    dengan ciri-ciri dan sistem dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis, Jepun atau

    bahasa Cina.

    Linguistik Deskriptif juga tidak berminat untuk mengkaji sejarah

    perkembangan atau pertumbuhan bahasa Melayu, baik pada awal ataupun pada

    akhir satu-satu zaman itu. Apa yang diutamakan dalam disiplin ini ialah

    menghuraikan bentuk dan sistem bahasa itu secara objektif dan secara empirikal,

    iaitu seperti yang benar-benar wujud dalam bahasa itu. Ilmu Linguistik Deskriptif

    boleh digunakan untuk mengkaji dan menghuraikan secara umum sebarang

    bahasa di dunia, baik bahasa Melayu, bahasa Iban, bahasa Kadazan, bahasa

    Jawa, bahasa Tagalog mahupun bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Jepun,

    bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Portugis, bahasa Itali dan lain-lain.

    1.3 Apakah yang dimaksudkan dengan

    Linguistik Deskriptif?

    1.4 Apakah yang menjadi keutamaan dalam

    disiplin Linguistik Deskriptif?

  • 5

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    ii. Apakah Linguistik Historis?

    Linguistik Historis ialah satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu bahasa

    itu daripada sudut sejarah, iaitu menyelidiki segala perubahan dan perkembangan

    satu-satu bahasa itu. Misalnya, Linguistik Historis mengkaji sejarah pertumbuhan

    dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari

    ini atau mengkaji sejarah perkamusan bahasa Melayu atau sejarah sistem ejaan

    bahasa Melayu dan seumpamanya. Apa yang diutamakan dalam disiplin ini ialah

    sejarah dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahasa dari satu masa ke

    satu masa yang lain.

    iii. Apakah Linguistik Komparatif?

    Linguistik Komparatif ialah cabang linguistik yang mengkaji bahasa secara

    perbandingan, iaitu dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan

    antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain, baik daripada segi fonologi,

    morfologi, sintaksis dan seumpamanya. Lazimnya, ahli bahasa membanding-

    bandingkan ciri-ciri bahasa serumpun seperti membandingkan bahasa Melayu

    dengan bahasa Jawa, bahasa Tagalog, bahasa Iban, bahasa Kadazan, bahasa

    Murut dan lain-lain atau membandingkan bahasa Inggeris dengan bahasa-bahasa

    induk Jerman yang lain seperti bahasa Belanda, Perancis dan Jerman.

    Namun demikian, ada pula ahli-ahli bahasa yang turut membandingkan

    struktur bahasa-bahasa yang bukan daripada satu rumpun seperti

    membandingkan struktur frasa dan ayat bahasa Melayu dengan struktur frasa dan

    ayat bahasa Inggeris. Linguistik Komparatif kerap digunakan untuk

    membandingkan antara dialek Kedah dengan dialek Perak atau dialek Kelantan

    dengan dialek Terengganu atau membandingkan bidang fonologi, morfologi dan

    sintaksis antara dialek-dialek seperti dialek Kedah, dialek Negeri Sembilan dan

    dialek Perak dengan bahasa Melayu baku.

    1.5 Huraikan maksud Linguistik Historis.

    1.6 Apakah yang menjadi keutamaan dalam

    disiplin Linguistik Historis?

  • 6

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    iv. Apakah Sosiolinguistik?

    Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik

    sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan

    masyarakat. Menurut Dell Hymes (1966), Sosiolinguistik merupakan ilmu yang

    mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar (setting), peserta

    (participant), tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan

    dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap

    sesama sendiri (Nik Safiah Karim, 1981:4) dan Fishman (1968) pula menyatakan

    bahawa Sosiolinguistik ialah bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri

    fungsi variasi-variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-

    tiga unsur ini berinteraksi, berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu

    masyarakat bahasa.

    Dengan perkataan lain, Sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan

    perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. Manusia

    menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat,

    buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain

    dalam kalangan masyarakat. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat

    untuk berhubung, mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih

    mendalam.

    Bagaimanakah orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan

    memberikan tanda-tanda dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya.

    Bagaimanakah seseorang itu bercakap, cara ia menyebutkan perkataan, bunyi-

    bunyi perkataan, bagaimanakah ia menyusun frasa dan ayat-ayat tertentu, serta

    jenis-jenis perbendaharaan kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan dari

    daerah mana dan golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang telah

    diterimanya. Daripada apa yang dicakapkan, seseorang itu dapat menangkap

    sikap dan pendiriannya, pekerjaannya dan berbagai-bagai aspek latar

    1.7 Apakah yang dimaksudkan dengan Linguistik

    Komparatif?

    1.8 Dengan memberikan contoh-contoh yang

    sesuai, huraikan Linguistik Komparatif.

  • 7

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    belakangnya. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh disiplin

    Sosiolinguistik.

    Di samping itu, Sosiolinguistik juga turut mengkaji sistem ganti nama, sistem

    panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat dalam masyarakat

    Melayu seperti penggunaan kata ganti nama, panggilan dan gelaran seperti aku,

    patik, beta, engkau, anda, Pak Cik, Mak Cik, Abang, Adik, Encik,

    Tuan, Puan, Dato, Tan Sri, Puan Sri dan seumpamanya.

    Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian pada aspek atau topik seperti

    yang berikut:

    i) Bahasa rasmi

    ii) Bahasa kebangsaan

    iii) Pidgin

    iv) Kreol

    v) Bilingualism

    vi) Multilingualism

    vii) Dialek

    viii) Ideolek

    ix) Ragam bahasa

    x) Sikap terhadap bahasa

    xi) Sistem panggilan dalam masyarakat

    xii) Kesetiaan terhadap bahasa dan perancangan bahasa

    1.9 Apakah yang anda faham tentang

    Sosiolinguistik?

    1.10 Bincangkan aspek-aspek yang boleh dikaji

    dalam bidang Sosiolinguistik.

  • 8

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    v. Apakah Neurolinguistik?

    Neurolinguistik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal otak dan

    perkaitannya dengan bahasa. Neurolinguistik menumpukan kajian terhadap

    bagaimana bahasa itu diproses di dalam otak dari awal pemerolehan bahasa

    sampailah ke bahasa itu berkembang dalam kehidupan manusia. Dengan

    perkataan lain, Neurolinguistik ingin mengetahui bagaimana otak diorganisasi

    pada waktu mengelolakan aspek-aspek kemampuan bahasa dan perlakuan

    bahasa yang begitu rumit.

    Neurolinguistik mempunyai hubungan yang erat dengan afasiologi kerana

    kedua-dua disiplin ini sama-sama mengkaji penyakit bertutur. Afasiologi mengkaji

    penyakit bertutur, terutama untuk tujuan mengubatinya dan Neurolinguistik

    cenderung untuk mengetahui hakikat hubungan antara otak dengan bahasa demi

    pengubatan penyakit bertutur. Neurolinguistik banyak mendapat manfaat

    daripada kerjasama antara psikologi dengan linguistik dan afasiologi pula

    mendapat manfaat daripada neurologi.

    Neurologi mula-mula wujud pada abad ke-19, diwujudkan oleh P.Broca dan

    C.Wernicke. Teori Neurolinguistik Wernicke merupakan teori yang pertama lahir

    daripada beberapa kes kajian penyakit afasia.

    Menurut ilmu Neurolinguistik, otak manusia mempunyai dua bahagian, iaitu

    Medan Wernicke korteks (hemisfera kiri korteks) dan Medan Broca korteks.

    Medan Wernicke mengandungi representasi ingatan perbendaharaan bentuk kata

    yang berfungsi mengamati dan menerima ucapan. Kalimat-kalimat bahasa

    disimpan dan diproses di hemisfera kiri otak manusia. Kalimat-kalimat difahami

    melalui Medan Wernicke belahan kiri (hemisfera kiri korteks) otak manusia.

    Medan Broca korteks pula berfungsi melahirkan kalimat-kalimat. Medan Broca

    korteks menukar kalimat-kalimat yang disimpan dalam Medan Wernicke korteks

    kepada bentuk bunyi. Pakar kajian neurolinguistik, Damasi H., 1987 telah

    mengemukakan penemuan terbaharu beliau yang menunjukkan bahawa Medan

    Broca tidak sahaja berfungsi untuk melaksanakan proses-proses sintaksis dan

    produksi fonologi, tetapi juga proses-proses morfologi.

    Menurut teori Neurolinguistik Klasik, hemisfera kanan berfungsi untuk

    komunikasi kebahasaan yang penting. Hemisfera kanan mempunyai fungsi

    mengendalikan semua fonem segmental (aspek-aspek intonasi dan prosodi) dan

    tona suara, ekspresi muka dan gerak-geri badan waktu bertutur dan makna

    perumpamaan serta ungkapan ideomatik juga. Oleh sebab itulah, pemahaman

    kalimat-kalimat terganggu apabila hemisfera kanan secara aktif terlibat dalam

  • 9

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    proses kebahasaan pada waktu berkomunikasi (Mangantar Simanjuntak,

    1991:143).

    Kajian Neurolinguistik juga mendapati bahawa hemisfera kiri mengendalikan

    kata-kata yang membawa makna-makna literal (tersurat) dalam kalimat-kalimat,

    sedangkan hemisfera kanan bertanggungjawab mengendalikan makna-makna

    tersirat. Kedua-dua hemisfera bekerjasama pada waktu berkomunikasi untuk

    menjamin pemahaman dan penyampaian makna yang sempurna.

    Di samping itu, hemisfera kanan juga berfungsi untuk semua hal yang

    berkaitan dengan pembentukan idea yang bukan bahasa seperti kebolehan

    konstruksi, proses kegiatan gestalt, pengenalan muka dan garis gambar yang

    rumit, muzik dan lagu, ruang dan segala sesuatu yang termasuk ke dalam apa

    yang dulunya terkenal dengan istilah bawah sedar. Implikasi penemuan ini sangat

    penting pada bidang pendidikan, pengajaran bahasa, pengubatan penyakit

    bertutur, permainan tenis, badminton, inovasi dan kekaryaan (Mangantar

    Simanjuntak, 1991:142-143).

    vi. Apakah Linguistik Am?

    Linguistik Am juga disebut linguistik umum merupakan ilmu linguistik yang

    membuat kajian atau membicarakan bahasa secara umum. Maksudnya, dalam

    Linguistik Am dibicarakan hal-hal tentang teori-teori kajian bahasa, kaedah-

    kaedah, pendekatan-pendekatan atau model-model yang digunakan dalam kajian

    bahasa. Dalam Linguistik Am turut dihuraikan cara kajian bahasa dilakukan

    mengikut teori, kaedah dan pendekatan tradisional, kajian bahasa mengikut aliran

    struktur, teori dan kaedah kajian bahasa mengikut aliran transformasi generatif,

    relasional, fungsional dan seumpamanya.

    1.11 Jelaskan konsep Neurolinguistik.

    1.12 Bincangkan hubungan Neurolinguistik

    dengan Afasiologi.

  • 10

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    Dalam Linguistik Am, kajian ditumpukan kepada perkara-perkara umum

    dalam bahasa secara universal. Huraian bahasa secara umum dan universal ini

    mencakupi bidang fonologi, morfologi, sintaksis dan seumpamanya secara umum.

    Dengan menggunakan pengetahuan ilmu Linguistik Am, ahli bahasa dapat

    mengkaji dan menghuraikan segala bahasa yang dituturkan oleh manusia di dunia

    seperti bahasa Melayu, bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Thai, bahasa

    Jepun, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Itali dan seumpamanya.

    vii. Apakah Linguistik Terapan?

    Linguistik Terapan ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori,

    deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam pengajaran bahasa, penulisan

    buku-buku teks, dalam leksikografi, penterjemahan, stilistik, patologi bahasa dan

    sebagainya. Teori, pendekatan, kaedah dan hasil kajian linguistik sangat berguna

    untuk diterapkan ke dalam pengajaran bahasa, sama ada pengajaran bahasa

    sebagai bahasa pertama ataupun sebagai bahasa kedua.

    1.15 Apakah yang dimaksudkan dengan

    Linguistik Terapan?

    1.16 Bagaimanakah Linguistik Terapan

    dapat dimanfaatkan dalam pengajaran

    bahasa?

    1.13 Apakah yang dibincangkan dalam

    Linguistik Am?

    1.14 Huraikan ciri-ciri Linguistik Am

    bahasa Melayu.

  • 11

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    viii. Apakah Psikolinguistik?

    Psikolinguistik ialah cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa

    dengan jiwa manusia. Maksudnya, Psikolinguistik menganalisis jenis-jenis,

    bentuk-bentuk bahasa dan perkataan-perkataan yang digunakan oleh penutur dan

    hubungannya dengan fikiran dan jiwa penutur itu. Robert Lado, seorang ahli

    dalam bidang pengajaran bahasa mengatakan bahawa Psikolinguistik ialah

    pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik bagi telaah atau studi

    pengetahuan bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa dan hal-hal

    yang ada kaitannya dengan itu yang tidak begitu mudah dicapai atau didekati

    melalui salah satu dari kedua ilmu tersebut secara terpisah atau sendiri-sendiri

    (Lado, 1976:220). Emmon Bach dengan singkat dan tegas mengutarakan bahawa

    Psikolinguistik adalah satu ilmu yang meneliti bagaimana sebenarnya para

    pembaca/ pemakai sesuatu bahasa membentuk/ membangun atau mengerti

    kalimat-kalimat bahasa tersebut (Bach, 1964:64).

    Menurut Ronald W. Langacker, Psikolinguistik ialah studi atau telaah

    mengenai behaviour atau perilaku linguistik, iaitu performansi atau perbuatan dan

    perlengkapan atau aparat psikologis yang bertanggungjawab atasnya (Langacker,

    1968:6) (lihat Henry Guntur Tarigan, 1985:3). Psikolinguistik turut mengkaji

    perkaitan antara peranan bahasa dengan proses mengingat, membuat persepsi,

    pemerhatian dan pembelajaran. Disiplin ini juga memberikan perhatian terhadap

    pengaruh ingatan ke atas pertuturan dan kefahaman. Psikolinguistik turut

    meneliti aspek penguasaan bahasa kanak-kanak dan mengkaji proses akal kanak-

    kanak dalam memahami, mengingat dan melahirkan kembali bentuk-bentuk

    bahasa dalam pertuturan.

    1.17 Jelaskan Psikolinguistik berdasarkan

    definisi tokoh-tokoh bahasa.

    1.18 Apakah yang diteliti dalam Psikolinguistik?

  • 12

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    Apakah Cabang Linguistik Lain?

    Terdapat juga beberapa cabang linguistik yang lain seperti Linguistik Etnografi

    (Ethnographic Linguistics), iaitu kajian terhadap lingkungan alam dan budaya

    sesuatu masyarakat dan hubungannya dengan bahasa dan situasi pertuturan,

    Linguistik Fungsional (Functional Linguistics), iaitu analisis bahasa yang

    memberi perhatian kepada pelbagai fungsi bahasa, baik dalam bidang bahasa

    ataupun di luar bidang bahasa.

    Huraian tentang Linguistik Fungsional ini ada terkandung di dalam teori dan

    tulisan sarjana-sarjana seperti Buhler, Firth, Martinet, Halliday, Pike, Troubetzkoy

    dan lain-lain. Pada tahun 1970-an, telah wujud Tatabahasa Fungsional

    (Functional Grammar), iaitu satu teori linguistik yang lahir sebagai satu alternatif

    kepada teori Tatabahasa Transformasi Generatif; Linguistik Kognitif (Cognitive

    Linguistics), iaitu kajian terhadap bahasa yang menekankan hubungan antara

    bentuk-bentuk bahasa dengan informasi-informasi yang terdapat di dalam otak

    atau akal manusia. Lamb mengakui bahawa teori stratifikasi merupakan sejenis

    Linguistik Kognitif; Linguistik Matematik (Mathematical Linguistics), iaitu

    sejenis kajian terhadap bahasa yang mempelajari ciri-ciri matematik dalam bahasa

    dengan menggunakan konsep-konsep statistik dan algebra; Linguistik

    Komputasi (Computational Linguistics), iaitu cabang linguistik yang menggunakan

    teknik komputer dalam kajian bahasa dan kesusasteraan; Linguistik Medis

    (Language Pathology), iaitu cabang Linguistik Terapan yang mengkaji

    permasalahan dalam bahasa seperti cacat bahasa dan sebagainya. Kajian ini juga

    disebut patologi bahasa; Linguistik Pedagogi (Pedagogical Linguistics), iaitu

    cabang kajian bahasa yang menerapkan teori dan hasil kajian bahasa dalam

    pengajaran, misalnya menerapkan teori dan dapatan kajian linguistik dalam

    mencari kaedah-kaedah yang efektif dalam pengajaran bahasa dan lain-lain;

    Linguistik Kontrastif (Contrastive Linguistics), iaitu cabang linguistik yang

    mengkaji persamaan dan perbezaan antara bahasa-bahasa atau dialek-dialek

    untuk mencari prinsip-prinsip yang dapat diterapkan dalam pengajaran bahasa

    atau penterjemahan; Linguistik Renaisans (Renaissance Linguistics), iaitu kajian

    linguistik pada zaman Renaisans, iaitu zaman sesudah linguistik abad

    pertengahan yang ditandai oleh perluasan kajian atau pandangan di luar bahasa

    Yunani dan Latin dan bahasa-bahasa Indo-Eropah dengan menambahkan

    beberapa konsep dan kategori baharu dalam kajian bahasa; Linguistik Saussure

  • 13

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    (Saussure Linguistics) ialah istilah yang digunakan untuk kajian linguistik teori

    Ferdinand de Saussure, yang mencakupi pemisahan antara pendekatan diakronis

    dan sinkronis, perbezaan antara langue dengan parole, hubungan paradigmatis

    dan sintagmatis.

    Teori ini dianut pula dengan perubahan atau tanpa perubahan oleh aliran

    Praha dan Glosematik; Linguistik Struktural (Structural Linguistics), iaitu bidang

    kajian linguistik yang menggunakan teori, kaedah dan pendekatan struktural, iaitu

    yang menganggap bahasa itu mempunyai struktur atau sistem yang bebas. Aliran

    ini menumpukan kajian ke atas bahasa lisan dan tidak mengutamakan aspek

    semantik. Hasil kajian linguistik struktural ini boleh digunakan untuk melatih

    pelajar-pelajar asing atau yang baru mempelajari bahasa atau pelajar yang lemah

    pencapaian dalam penguasaan bahasa.

    Linguistik Taksonomi (Taxonomic Linguistics) ialah pendekatan kajian dan

    analisis bahasa dengan tujuan utama untuk mendaftarkan dan mengklasifikasikan

    pelbagai fenomena bahasa kepada kelompok atau golongan seperti kelas atau

    golongan kata dalam tatabahasa, jenis-jenis konsonan dalam bidang fonetik,

    medan makna dalam bidang semantik dan sebagainya; Linguistik Sinkronis

    (Syncronic Linguistics), iaitu kajian bahasa yang dilakukan terhad pada satu-satu

    masa tertentu, misanya kajian bahasa Melayu pada hari ini, atau pada abad ke-20

    tanpa melihat perubahan-perubahan pada bahasa itu dan tidak pula membuat

    perbandingan antara perkembangan bahasa dari satu masa ke satu masa.

    Cara Linguistik Sinkronis ini digunakan dalam kajian Linguistik Deskriptif,

    iaitu mengkaji satu-satu bahasa itu pada satu-satu masa tertentu. Kajian cara

    Sinkronis ini diperkenalkan oleh linguis bangsa Swiss, Ferdinand de Saussure

    (1916). Linguistik Diakronis (Diachronic Linguistics), iaitu linguistik yang

    mengkaji bahasa pada dua masa atau yang berlainan masa, misalnya mengkaji

    bahasa Melayu pada zaman sebelum merdeka dengan bahasa pada zaman

    selepas merdeka dengan melihat perubahan-perubahan bahasa daripada segi

    fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Cara kajian Linguistik Diakronis ini

    diperkenalkan oleh ahli bahasa bangsa Swiss, Ferdinand de Saussure.

  • 14

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    Linguistik Aliran Tatabahasa Transformasi Generatif

    Apabila membicarakan ilmu linguistik dan cabang-cabang atau bidang-bidangnya,

    rasanya tidak lengkap jika tidak disentuh serba ringkas tentang ilmu Linguistik

    Aliran Tatabahasa Transformasi Generatif (Transformational Generative

    Grammar) sebagai pengetahuan ringkas. Tatabahasa aliran Transformasi

    Generatif ini ialah satu aliran kajian bahasa yang dikemukakan oleh ahli bahasa

    Amerika bernama Noam Chomsky, Profesor Linguistik dan bahasa-bahasa moden

    di Massachusetts Institute of Technology.

    Beliau telah mengemukakan teori tatabahasa Transformasi Generatif ini

    dalam buku monografnya yang terkenal, iaitu Syntactic Structures pada tahun

    1957. Teori Transformasi Generatif ini dianggapkan sebagai satu aliran linguistik

    yang baru dan sebagai revolusi dalam bidang kajian tatabahasa. Kemudian

    Chomsky telah memperbaiki teori ini dan menerbitkan pula buku Aspects of the

    Theory of Syntax pada tahun 1965 dan teori ini dianggap sebagai teori standard.

    Teori ini menumpukan kajian dalam bidang sintaksis atau ayat dan mengutamakan

    bidang makna atau semantik.

    Menurut teori ini, setiap ayat yang dilahirkan mengandungi dua peringkat.

    Pertama, peringkat struktur dalaman, iaitu struktur yang biasanya mengandungi

    bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna

    ayat atau dengan kata lain membentuk semantik ayat. Kedua, peringkat struktur

    permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan

    daripada struktur dalamannya dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya

    diucapkan oleh si penutur dan yang diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian

    bunyi bahasa yang dinamai komponen fonologi (Nik Safiah Karim dan rakan-

    rakan, 2003:505).

    1.19 Terangkan cabang linguistik lain.

    1.20 Huraikan maksud Linguistik Fungsional.

    1.21 Bincangkan perbezaan antara Linguistik

    Sinkronis dengan Linguistik Diakronis.

  • 15

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    Kedua-dua jenis struktur, iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan

    diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa, iaitu rumus struktur

    frasa dan rumus transformasi. Rumus struktur frasa menerbitkan ayat-ayat pada

    peringkat struktur dalaman dan rumus transformasi pula berfungsi menukarkan

    pola atau struktur ayat-ayat hingga membawa kepada peringkat struktur

    permukaan. Bentuk ayat struktur permukaan selalunya tidak serupa dengan

    bentuk struktur dalaman. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur

    frasa kemudian akan menjadi input kepada komponen yang mengandungi rumus

    transformasi. Rumus transformasi itu berkuasa untuk menggugurkan unsur kata,

    menambahkan unsur kata dan mengubah atau menyusun semula susunan

    unsur kata. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus

    tatabahasa itu menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa

    seseorang individu (ibid:202).

    1.22 Huraikan konsep Linguistik Aliran

    Tatabahasa Transformatif Generatif.

    1.23 Jelaskan rumus struktur frasa dan rumus

    transformasi.

    1.24 Nyatakan semua Cabang Linguistik.

    1.25 Bincangkan sejauh mana Ilmu Linguistik penting kepada guru bahasa. 1.26 Huraikan Ilmu Linguistik yang melihat

    perubahan dan perkembangan bahasa.

  • 16

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    PANDUAN MENJAWAB SOALAN LATIHAN UNIT 1

    1.1 Bagi soalan ini, jawapan anda harus mencakupi:

    i. Asal usul perkataan linguistik

    ii. Bapa linguistik moden

    iii. Laras-laras linguistik seperti Langue, Langage, Parole, bilingualisme dan

    multilingualisme

    iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya

    1.2 Jawapan bagi soalan ini perlu menyentuh:

    i. perihal Ferdinand de Saussure dan hasil usahanya dalam bidang ilmu

    linguistik (Linguistique General)

    ii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya.

    1.3 Bagi soalan ini, anda harus menghuraikan:

    i. Maksud Linguistik Deskripstif

    ii. Sertakan contoh-contoh bidang linguistik yang dihuraikan oleh Linguistik

    Deskriptif, termasuklah bidang fonetik dan fonologi kata, frasa dan

    ayat

    iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube, dll.

    1.4 Bagi soalan ini, anda perlu memberikan:

    i. Ciri-ciri Linguistik Deskriptif

    ii. Sertakan contoh-contohnya sekali, misalnya menghuraikan bahasa

    Melayu

    iii. Aspek yang dihuraikan meliputi fonetik dan fonologi kata, frasa dan ayat

    bahasa Melayu secara deskriptif

    iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya

    1.5 Bagi soalan ini, anda perlu memberikan:

    i. Definisi Linguistik Historis

    ii. Contoh perkembangan bahasa secara historis, misalnya bahasa Melayu

    sebelum merdeka dan bahasa Melayu selepas merdeka

  • 17

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya

    1.6 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu:

    i. Memahami disiplin Linguistik Historis yang mengutamakan sejarah

    satu-satu bahasa itu

    ii. Misalnya bahasa Melayu, mempunyai sejarah perkembangan dan

    pertumbuhan bahasa itu

    iii. Pengaruh bahasa Arab, Sanskrit, Cina dan Inggeris dari segi sejarah turut

    menambah perbendaharaan kata bahasa Melayu.

    iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya.

    1.7 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu:

    i. Menjelaskan maksud linguistik komparatif

    ii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya.

    1.8 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu:

    i. Menghuraikan linguistik komparatif, misalnya bahasa yang boleh

    dibanding-bandingkan, iaitu bahasa serumpun

    iv. Contoh bahasa serumpun: bahasa Melayu, bahasa Tagalog, bahasa Iban,

    bahasa Indonesia

    v. Dialek serumpun bahasa Melayu seperti dialek Kedah, dialek Kelantan,

    dialek Perak dan seumpamanya.

    vi. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube, dan

    seumpamanya.

    1.9 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu memberikan:

    i. Maksud bidang Sosiolinguistik

    ii. Tokoh-tokoh Sosiolinguistik dalam negara dan luar negara

    iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya.

    1.10 Bagi soalan ini, anda harus menghuraikan:

    i. Bidang Sosiolinguistik yang mencakupi semua aspek yang ada kaitan

    antara bahasa dengan masyarakat

  • 18

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    ii. Anda perlu memberi jawapan anda yang meliputi bahasa kebangsaan,

    pidjin, kreol, bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan seumpamanya

    iii. Jawapan anda juga harus meliputi bilingualisme dan multilingualisme serta

    dialek dan ideolek

    iv. Anda juga harus memberikan jawapan anda meliputi sikap terhadap

    bahasa, sistem panggilan dalam masyarakat, kesetiaan terhadap bahasa

    dan perancangan bahasa.

    1.11 Bagi soalan ini, jawapan anda harus mencakupi:

    i. Penjelasan tentang konsep neurolinguistik

    ii. Aspek-aspek neurolinguistik

    1.12 Bagi soalan ini, jawapan anda harus:

    i. Menerangkan hubungan antara neurolinguistik dengan penyakit afasia

    ii. Aspek-aspek lain berkaitan dengan neurolinguistik

    iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya.

    1.13 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu memberikan:

    i. Maksud linguistik am

    ii. Contoh linguistik am yang terdapat dalam bahasa Melayu

    iii. Sila hurai secara am bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu.

    1.14 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu memberikan:

    i. Ciri-ciri linguistik am

    ii. Contoh ciri-ciri linguistik am yang terdapat dalam bahasa Melayu seperti

    huraian secara umum tentang bunyi-bunyi bahasa, sistem fonem,

    pembentukan suku kata, kata, kata, frasa, klausa, ayat dan seumpamanya

    iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya.

    1.15 Bagi soalan ini, anda perlu:

    i. Menerangkan maksud linguistik terapan

    ii. Menghuraikan kegunaan linguistik terapan dan seumpamanya, khususnya

    dalam pengajaran bahasa

    iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya.

  • 19

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    1.16 Bagi soalan ini, anda perlu:

    i. Menghuraikan maksud linguistik terapan

    ii. Menjelaskan bagaimanakah linguistik terapan dimanfaatkan dalam

    pengajaran bahasa

    iii. Memberikan contoh buku teks yang mengandungi linguistik terapan

    iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya.

    1.17 Bagi soalan ini, anda perlu:

    i. Memberikan definisi mengenai psikolinguistik

    ii. Menyatakan nama tokoh-tokoh psikolinguistik

    iii. Memberikan nama tokoh-tokoh bahasa Bahasa Melayu

    iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya.

    1.18 Untuk menjawab soalan ini:

    i. Anda perlu menjelaskan jenis-jenis bahasa yang kerap digunakan oleh

    penutur tertentu

    ii. Anda perlu mengenal pasti bahasa-bahasa yang lazim digunakan oleh

    murid-murid tertentu pada peringkat-peringkat umur tertentu

    iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya.

    1.19 Untuk menjawab soalan ini, anda perlu:

    i. Memberikan pelbagai cabang linguistik yang anda tahu

    ii. Menghuraikan dengan lebih lanjut setiap cabang linguistik tersebut

    iii. Menyertakan tokoh-tokoh linguistik dan aliran mereka

    iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya.

    1.20 Untuk menjawab soalan ini, anda perlu:

    i. Berikan maksud linguistik fungsional

    ii. Menjelaskan aspek-aspek yang dicakupi oleh linguistik fungsional

    iii. Sertakan nama tokoh-tokoh linguistik fungsional

    iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya.

  • 20

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    1.21 Untuk menjawab soalan ini, anda perlu:

    i. Berikan maksud linguistik sinkronis

    ii. Berikan maksud linguistik diakronis

    iii. Mengenal pasti perbezaan antara linguistik sinkronis dengan linguistik

    diakronis

    iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya.

    1.22 Untuk menjawab soalan ini, huraian anda perlu meliputi:

    i. Maksud tatabahasa transformatif generatif

    ii. Noam Chomsky dan seumpamanya

    iii. Ciri-ciri tatabahasa transformatif generatif

    iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya.

    1.23 Untuk menjawab soalan ini, anda perlu:

    i. Berikan maksud rumus struktur frasa

    ii. Berikan maksud rumus transformasi

    iii. Berikan contoh-contohnya sekali

    iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan

    seumpamanya.

    1.24 Untuk menjawab soalan ini, huraian anda perlu:

    i. Menyatakan semua cabang linguistik yang anda tahu

    ii. Berikan penjelasan ringkas bagi setiap cabang linguistik tersebut

    iii. Sertakan contoh-contohnya sekali.

    1.25 Untuk menjawab soalan ini:

    i. Saya yakin anda pasti dapat menjelaskan kepentingan ilmu linguistik

    kepada guru, termasuklah membantu mengajar sebutan kepada

    murid-murid

    ii. Memahirkan murid-murid dengan sistem ejaan baharu

    iii. Memahirkan guru-guru menghuraikan bidang-bidang bahasa kepada

    murid-murid termasuklah frasa dan ayat

    1.26 Untuk menjawab soalan ini, anda perlulah:

    i. Menghuraikan segala aspek perubahan dan perkembangan bahasa

    Melayu sebelum merdeka, selepas merdeka dan bahasa Melayu terkini

    ii. Sila sertakan contoh-contohnya sekali.

  • 21

    LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

    Rujukan

    Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan bahasa Melayu terkini. Masa Enterprise. Abdul Hamid Mahmood (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: City

    Reprographic Services. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik fonetik dan

    fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. Abdullah Hassan (1993). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling

    Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Alias Mohammad Yatim (1992). Fonetik dan fonologi suatu tinjauan. Kulim:

    Penerbit Sarlis. Arbak Othman (1983). Permulaan ilmu linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana

    Enterprise. Ashby, P. (1995). Speech sounds. London: Routledge. Barnhart, C.L. & Barnhart, R.K. (Ed.) (1981). The world book of encyclopedia

    volume two. Toronto: World Book Inc. Bright, W. (Ed) (1992). International encyclopedia of linguistics. New York: Oxford

    University Press.

  • 22

    FONETIK DAN FONOLOGI / 2

    Unit

    2

    FONETIK DAN FONOLOGI

    Pengenalan

    Unit ini membincangkan hal tentang konsep Fonetik dan Fonologi bahasa Melayu

    serta aspek kajiannya. Unit ini juga menjelaskan hal tentang bunyi bahasa, bukan

    bunyi bahasa, bunyi bersuara dan bukan bunyi bersuara serta menerangkan alat-

    alat artikulasi dan fungsinya dalam penghasilan bunyi bahasa Melayu.

    Apakah yang Dimaksudkan dengan Bunyi?

    Bunyi ialah kesan yang didengar oleh telinga yang berlaku apabila udara daripada

    paru-paru keluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke

    rongga mulut atau rongga hidung. Semasa udara keluar melalui rongga tekak dan

    HASIL PEMBELAJARAN

    Setelah selesai mempelajari unit ini, anda seharusnya dapat:

    i. membezakan kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu, ii. menjelaskan aspek kajian fonetik artikulasi, akustik dan

    fonetik auditori, iii. menganalisis bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, bunyi

    bersuara dan bukan bunyi bersuara, iv. mengetahui alat-alat artikulasi dan fungsinya dalam

    penghasilan bunyi bahasa Melayu.

  • 23

    FONETIK DAN FONOLOGI / 2

    rongga mulut atau rongga hidung, udara mungkin mengalami gangguan atau

    sekatan atau mungkin tidak. Udara yang keluar dalam bentuk gelombang itu

    mengenai bahagian gegendang telinga dan terhasillah bunyi.

    Tahukah Anda Pengertian Fonetik? Bunyi bahasa dikaji dalam bidang fonetik. Berikut diberikan beberapa definisi

    atau pengertian serta pendapat tentang fonetik:

    (i) Dalam The World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart,

    1981:1566), fonetik dikatakan the body of speech sounds of any one

    language, and their relation to one another.

    (ii) Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan

    definisi fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan,

    penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.

    (iii) Marsono dalam bukunya, Fonetik (1986:1) mendefinisikan fonetik

    sebagai ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat

    fungsi bunyi itu sebagai pembeda makna dalam sesuatu bahasa.

    (iv) W. Bright (1992:194) dalam International Encyclopedia of Linguistics

    menghuraikan fonetik sebagai the study of the physical

    characteristics of human speech sounds.

    (v) Abdullah Hassan (1993:40) memberikan definisi fonetik sebagai

    fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran

    atau sifatnya ... Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur

    dalam bentuk bunyi.

    (vi) The Penguin Dictionary (2004:1046) menjelaskan fonetik sebagai the

    study and classification of speech sounds.

    (vii) Menurut Kamus Dewan (2005:354), fonetik ialah ilmu bahasa

    (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang

    yang menunjukkan sebutannya.

  • 24

    FONETIK DAN FONOLOGI / 2

    Tahukah Anda Pengertian Fonologi?

    Bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai sistem atau peraturan pula dikaji dalam

    bidang fonologi. Antara definisi atau pengertian serta pandangan tentang fonologi

    adalah seperti yang berikut:

    (i) F. Parker (1974:112) memberikan pengertian fonologi sebagai ...

    suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang

    menentukan sebutan.

    (ii) Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:61) memberikan

    definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki

    bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

    (iii) Dalam World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart,

    1981:1567), fonologi didefinisikan sebagai the systems of sounds

    used in a language.

    (iv) Abdullah Hassan dalam bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa

    Malaysia (1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-

    bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.

    (v) Menurut J. Clark dan C. Yallop (1995:5) phonology is concerned with

    the organization of speech within specific languages.

    (vi) P. Roach dalam bukunya Phonetics, menjelaskan fonologi sebagai

    the study of the distinctive sound units of a language, the patterns

    they form, and the rules which regulate their use (2001:111).

    (vii) Fonologi dalam The Penguin Dictionary (2004:1045) ditakrifkan

    sebagai the study of the sound systems of a language.

    2.1 Berikan definisi fonetik menurut tokoh yang anda tahu.

    2.2 Rumuskan konsep fonetik berdasarkan definisi yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh di atas.

  • 25

    FONETIK DAN FONOLOGI / 2

    Tahukah Anda Konsep Fonetik dan Fonologi dalam Bahasa Melayu? Berdasarkan pelbagai definisi dan pengertian daripada beberapa buah kamus dan

    ensiklopedia serta berdasarkan pandangan dan pendapat yang diberikan oleh

    beberapa orang sarjana bahasa tentang fonetik dan fonologi, dapat kita rumuskan

    bahawa fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu

    mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah

    pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan

    bunyi-bunyi bahasa.

    Dalam bidang fonetik, terdapat tiga aspek kajian yang dilakukan, iaitu:

    (i) fonetik artikulasi

    (ii) fonetik akustik

    (iii) fonetik auditori

    Fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan

    oleh alat-alat artikulasi. Fonetik akustik pula mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu

    bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang

    disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara, lidah,

    bibir dan sebagainya (lihat rajah 2.1 bentuk gelombang akustik). Fonetik

    auditori pula merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap

    bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam

    lambang-lambang yang tepat.

    2.3 Jelaskan konsep fonologi berdasarkan pandangan tokoh yang anda tahu.

    2.4 Bezakan konsep antara fonetik dengan fonologi.

  • 26

    FONETIK DAN FONOLOGI / 2

    Rajah 2.1: Bentuk gelombang akustik bagi perkataan bahasa Inggeris see /si:/ (Sumber: P. Roach, 2001:40)

    Fonologi pula dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi

    bahasa. Maksudnya bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa

    dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif (membezakan

    makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan makna). Matlamat akhir bidang

    fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonem-

    fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa.

    Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan Fonetik dan Fonologi Bahasa

    Melayu? Fonetik dan fonologi bahasa Melayu ialah bidang pengajian yang

    melibatkan pengkajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi

    bahasa dalam bahasa Melayu. Kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu

    meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau

    dituturkan, misalnya bagaimanakah bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta

    diftong dalam bahasa Melayu itu dihasilkan. Apakah alat-alat artikulasi yang

    terlibat dan daerah mana pada alat artikulasi yang berperanan dalam

    menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Misalnya, bagaimanakah

    cara menghasilkan bunyi vokal hadapan, vokal belakang, dan vokal tengah

    dalam bahasa Melayu. Dalam bidang ini, juga turut dikaji pelbagai jenis bunyi

    konsonan dalam bahasa Melayu seperti konsonan letupan, letusan, geseran,

    sengau, separuh vokal dan seumpamanya. Bidang ini turut mengkaji jenis-jenis

    diftong seperti diftong au, ai dan oi dalam bahasa Melayu (Abdul Hamid

    Mahmood, 2002:198).

    s i

  • 27

    FONETIK DAN FONOLOGI / 2

    Tahukah Anda Bunyi Bahasa dan Bukan Bunyi Bahasa?

    Dalam kehidupan, manusia menyedut udara setiap hari. Udara merupakan

    sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa. Udara disedut ke dalam

    paru-paru dan dihembuskan keluar bersama-sama waktu kita sedang bernafas.

    Udara yang dihembuskan (atau dihirup untuk sebahagian kecil bunyi bahasa) itu,

    kemudian mendapat halangan atau gangguan di berbagai-bagai tempat alat

    artikulasi dengan berbagai-bagai cara sehingga terjadilah bunyi-bunyi bahasa.

    Tempat atau alat artikulasi yang dilalui, antaranya ialah batang tenggorok, pangkal

    tenggorok, kerongkong, rongga mulut, rongga hidung atau rongga hidung

    bersama-sama dengan alat yang lain. Pada waktu udara mengalir keluar, pita

    suara boleh berada dalam keadaan terbuka atau tertutup. Jika pita suara itu

    terbuka, udara dapat keluar bagi menghasilkan bunyi-bunyi tidak bersuara. Jika

    pita suara itu tertutup, udara yang keluar dengan kuat akan menggegarkan pita

    suara, maka lahirlah bunyi-bunyi bersuara seperti bunyi vokal. Jika udara

    mengalami gangguan atau himpitan, maka bunyi-bunyi yang dihasilkan merupakan

    bunyi-bunyi konsonan. Bunyi bahasa tidak akan terjadi sekiranya tiada halangan

    atau gangguan pada alat artikulasi seperti dalam bernafas.

    Bunyi bahasa ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia yang

    digunakan dalam pertuturan. Bunyi yang bukan bunyi bahasa pula merupakan

    bunyi yang mungkin dihasilkan oleh alat artikulasi, tetapi tidak digunakan dalam

    pertuturan, misalnya bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi sendawa, bunyi dehem, bunyi

    berdengkur dan seumpamanya. Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat yang bukan

    alat artikulasi seperti bunyi lipatan jari, tepuk tangan dan seumpamanya juga

    bukan bunyi bahasa. Rajah 2.2 yang berikut menunjukkan proses penghasilan

    bunyi.

    2.5 Bincangkan aspek-aspek kajian bidang fonetik; fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.

  • 28

    FONETIK DAN FONOLOGI / 2

    Rajah 2.2: Proses Penghasilan Bunyi (Sumber: B.William, 1992:195)

    Proses oral

    Proses sebutan

    (artikulasi)

    Proses penghasilan

    bunyi (fonasi)

    Proses pengaliran

    udara (menghembus

    dan menghirup)

    paru-paru

    2.6 Dengan menyertakan gambar rajah, terangkan proses-proses yang terlibat dalam penghasilan bunyi.

    2.7 Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa?

    2.8 Berikan lima contoh bunyi bahasa dan

    bukan bunyi bahasa.

  • 29

    FONETIK DAN FONOLOGI / 2

    Apakah Alat Artikulasi? Seperti yang diterangkan bahawa bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami

    halangan atau gangguan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci, bahagian-

    bahagian anggota tubuh yang ikut membentuk bunyi, baik secara langsung

    ataupun tidak langsung ialah alat artikulasi. Alat artikulasi atau disebut juga

    artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa terdiri daripada

    yang berikut:

    (1) Paru-paru (lungs)

    (2) Batang tenggorok (trachea)

    (3) Pangkal tenggorok (larynx)

    (4) Pita suara (vocal cords)

    (5) Krikoid (cricoid)

    (6) Tiroid (thyroid) atau halkum

    (7) Aritenoid (arythenoids)

    (8) Dinding rongga kerongkongan (wall of pharynx)

    (9) Epiglotis (epiglottis)

    (10) Akar lidah (root of tongue)

    (11) Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah (hump, back of tongue, dorsum)

    (12) Tengah lidah (middle of the tongue, medium)

    (13) Daun lidah (blade of the tongue, laminal)

    (14) Hujung lidah (tip of the tongue, apex)

    (15) Anak tekak (uvula)

    (16) Langit-langit lembut (soft palate, velum)

    (17) Langit-langit keras (hard palate, palatum)

    (18) Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi (alveola,

    alveolum)

    (19) Gigi atas (upper teeth, denia)

    (20) Gigi bawah (lower teeth, denta)

    (21) Bibir atas (upper lip, labia)

    (22) Bibir bawah (lower lip, labia)

    (23) Mulut (mouth)

    (24) Rongga mulut (oral cavity, mouth cavity)

    (25) Rongga hidung (nose cavity, nasal cavity)

  • 30

    FONETIK DAN FONOLOGI / 2

    Rajah 2.3: Alat-alat Artikulasi

    14

    5 7

    5 3

    9

    4

    6

    8

    15

    16

    17

    18

    25

    19

    20

    21

    23

    22 24

    10

    1

    2

    11

    12

    13

  • 31

    FONETIK DAN FONOLOGI / 2

    Tahukah Anda Fungsi Alat Artikulasi? Setelah kita mengenali pelbagai jenis alat artikulasi yang berperanan dalam

    penghasilan bunyi-bunyi bahasa, sekarang kita meneliti dengan terperinci fungsi-

    fungsi alat artikulasi tersebut:

    Paru-paru

    Fungsi utama paru-paru adalah untuk pernafasan. Bernafas pada dasarnya ialah

    mengalirkan udara ke dalam paru-paru. Proses ini disebut menarik nafas dan

    mengeluarkan udara yang telah kotor. Proses ini disebut menghembuskan nafas.

    Udara yang mengandungi O2 (oksigen) akan mengalir ke paru-paru jika

    tekanan udara luar lebih besar daripada tekanan udara dalam paru-paru.

    Berkurangnya tekanan udara dalam paru-paru kerana adanya pembesaran

    ruangan, begitu pula sebaliknya. Udara akan mengalir keluar dari paru-paru hanya

    apabila tekanan udara yang ada di dalam paru-paru lebih besar daripada tekanan

    udara yang ada di luar, sehingga memungkinkan CO2 (gas karbon dioksida)

    mengalir ke luar.

    Selama manusia masih hidup, proses mengembang (pembesaran ruangan

    paru-paru) dan mengempis (pengecilan ruangan paru-paru)nya paru-paru yang

    dikerjakan oleh otot-otot paru-paru, otot perut dan rongga dada berjalan terus

    secara teratur. Arus udara yang dari paru-paru inilah yang menjadi sumber syarat

    mutlak terjadinya bunyi (K.L. Pike, 1947:4; B. Malmberg, 1963:21-22).

    Epiglotis (katup pangkal tenggorok) terletak pada pintu masuk pangkal

    tenggorok berfungsi untuk melindungi masuknya makanan atau minuman ke

    batang tenggorok. Pada waktu kita menelan makanan dan minuman, epiglotis

    menutup batang tenggorok sehingga makanan atau minuman tidak masuk ke

    saluran itu. Dalam pembentukan bunyi bahasa, epiglotis ini tidak mempunyai

    peranan apa-apa.

    Pangkal Tenggorok (Larynx)

    Pangkal tenggorok atau laring (larynx) adalah rongga pada hujung pipa

    pernafasan. Rongga ini terdiri daripada empat komponen, iaitu (i) tulang rawan

    krikoid, (ii) dua tulang rawan aritenoid, (iii) sepasang pita suara dan (iv) tulang

    rawan tiroid (B. Malmberg, 1963:22). Tulang rawan krikoid berbentuk seperti

    lingkaran sebagai tumpuannya terletak di belakang. Dua tulang rawan aritenoid

  • 32

    FONETIK DAN FONOLOGI / 2

    bentuknya kecil seperti piramid terletak di atas rawan krikoid. Sistem otot aritenoid

    dapat bergerak mengatur gerakan pada sepasang pita suara. Pita suara

    bahagian muka terkait pada tulang rawan tiroid, sedangkan bahagian belakang

    pada tulang rawan aritenoid. Sepasang pita suara dapat membuka lebar,

    membuka, menutup dan menutup rapat. Fungsi utama pita suara ini adalah

    sebagai pintu klep yang mengatur pengawasan arus udara antara paru-paru

    dengan mulut atau hidung. Tulang rawan tiroid atau halkum yang dapat dilihat

    berbentuk menonjol pada kaum laki-laki sebenarnya tidak begitu mempunyai

    peranan yang bererti dalam pembentukan bunyi bahasa.

    Keterangan: Garis putus dengan titik menarik nafas Garis agak tebal bernafas biasa (normal) Garis tipis di tengah fonasi Garis putus melengkung di bawah pergerakan arah aritenoid

    Rajah 2.4: Proses Menutup dan Membukanya Glotis (Sumber: B. Malmberg, 1963:25)

    Dengan peristiwa membuka dan menutupnya pita suara, maka terbentuklah

    suatu celah atau ruang di antara sepasang pita suara. Celah itu disebut glotis.

    Sehubungan dengan terjadinya bunyi dan pernafasan, maka glotis biasa

    dibezakan atas empat posisi, iaitu dalam keadaan: terbuka lebar, terbuka, tertutup

    dan tertutup rapat. Glotis dalam keadaan terbuka lebar terjadi apabila kita

    bernafas secara normal. Glotis dalam keadaan terbuka dalam menghasilkan bunyi

    tak bersuara; sedang dalam keadaan tertutup, sehingga memungkinkan arus

    udara yang mengalir menggetarkan pita suara pada waktu menghasilkan bunyi

    Tiroid (lekum)

    Aritenoid

    Krikoid

  • 33

    FONETIK DAN FONOLOGI / 2

    bersuara. Proses menggetarnya pita suara itu sendiri disebut fonasi (phonation)

    (B. Malmberg, 1963:23-25; P. Ladefoged, 1973:7-22). Yang terakhir, keadaannya

    tertutup rapat, iaitu dengan menghasilkan bunyi hamzah. Rajah 2.5 yang berikut

    dapat memperjelas huraian ini.

    Keterangan:

    1 - pita suara (celah, ruang, lubang pita suara)

    2 - glotis (garis tempat pertemuan pita suara)

    Rajah 2.5 : Keadaan Pita Suara & Glotis ketika Menghasilkan Bunyi (Sumber: P. Ladefoged, 1973:6)

    tulang

    rawan

    aritenoid

    1

    2

    tulang

    rawan

    aritenoid

    1

    2

    1

    2

    tulang

    rawan

    aritenoid

    1

    2

    tulang

    rawan

    aritenoid

    Pita suara tertutup dalam menghasilkan bunyi bersuara

    Pita suara tertutup rapat dalam menghasilkan bunyi hamzah

    Pita suara terbuka lebar dalam bernafas normal

    Pita suara terbuka dalam menghasilkan bunyi tak bersuara

  • 34

    FONETIK DAN FONOLOGI / 2

    Rongga Kerongkongan (Pharynx)

    Rongga kerongkongan atau faring (pharynx) ialah rongga yang terletak di antara

    pangkal tenggorok dengan rongga mulut dan rongga hidung. Fungsi utamanya

    adalah sebagai saluran makanan dan minuman. Dalam pembentukan bunyi

    bahasa, peranannya terutama hanyalah sebagai tabung udara yang akan ikut

    bergetar apabila pita suara bergetar. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh faring

    disebut bunyi faringal (Bloch & George, L. Trager, 1942:16). Bunyi sebegini

    terdapat dalam bahasa Arab dan Hebrew (M. Davenport & S.J. Hannahs,

    1998:13).

    Langit-langit Lembut (Soft Palate, Velum)

    Langit-langit lembut (velum), iaitu bahagian lembut selepas langit-langit keras,

    beserta bahagian hujungnya yang disebut anak tekak (uvula) dapat turun naik

    sedemikian rupa. Dalam keadaan bernafas normal, langit-langit lunak beserta

    hujung anak tekak menurun, sehingga udara dapat keluar masuk melalui rongga

    hidung. Demikian pula pada waktu terbentuknya bunyi nasal. Dalam kebanyakan

    pembentukan bunyi bahasa, iaitu bunyi non-nasal atau pada waktu kita menguap,

    langit-langit lembut beserta anak tekaknya terangkat ke atas menutup rongga

    hidung. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh langit-langit lembut ini disebut bunyi

    velar. Dalam pembentukan bunyi, ia sebagai artikulator pasif, sedangkan

    artikulator (aktif)nya ialah pangkal lidah. Bunyi yang dibentuk oleh pangkal lidah

    (dorsum) disebut dorsal (Bloch & George L. Trager, 1942:16). Gabungan kedua-

    duanya menjadi dorso-velar. Untuk bunyi yang dihasilkan dengan halangan anak

    tekak (uvula) disebut bunyi anak tekak atau uvular.

    Langit-langit Keras (Hard Palate, Palatum)

    Langit-langit keras merupakan bahagian bertulang selepas gusi yang pada

    bahagian depan langit-langit itu melengkung cekung ke atas dan bahagian

    belakang berakhir dengan bahagian yang terasa lembut apabila diraba. Dalam

    pembentukan bunyi bahasa, langit-langit keras ini sebagai artikulator pasif,

    sedangkan artikulator aktifnya adalah hujung lidah atau tengah lidah. Bunyi yang

    dihasilkan oleh langit-langit keras (palatum) disebut palatal (Bloch & George L.

    Trager, 1942:15). Bunyi yang dihasilkan oleh hujung lidah (apex) disebut apikal

    dan bunyi yang dihasilkan dengan halangan tengah lidah (medium) disebut medial.

    Gabungan yang pertama menjadi apikopalatal sedangkan gabungan yang kedua

    menjadi medio-palatal.

  • 35

    FONETIK DAN FONOLOGI / 2

    Gusi Dalam (Alveola, Alveolum)

    Gusi dalam (gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi, lekuk gigi) adalah

    bahagian gusi tempat letak akar gigi depan atas bahagian belakang, terletak tepat

    di atas serta di belakang gigi yang melengkung ke dalam menghadap lidah.

    Dalam pembentukan bunyi bahasa, gusi ini sebagai artikulator pasif sedang

    artikulator aktifnya adalah hujung lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh gusi (alveola,

    alveolum) disebut bunyi alveolar atau bunyi gusi. Bunyi yang dihasilkan oleh

    halangan hujung lidah pada gusi disebut bunyi apiko-alveolar. Selain itu, dapat

    juga gusi bekerjasama dengan daun lidah sebagai artikulator aktifnya. Bunyi yang

    dihasilkan oleh daun lidah (lamina) disebut bunyi laminal. Gabungan kedua-

    duanya menjadi bunyi lamino-alveolar.

    Gigi (Teeth Denta)

    Gigi terbahagi menjadi dua, iaitu gigi bawah dan atas. Walaupun gigi bawah dapat

    digerakkan ke bawah dan ke atas namun dalam pembentukan bunyi bahasa tidak

    banyak berperanan, hanya bersifat membantu sahaja. Yang berfungsi penuh

    sebagai artikulator atau dasar artikulasi adalah gigi atas bekerjasama dengan bibir

    bawah atau hujung lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh gigi (denta) disebut bunyi

    dental. Bunyi yang dihasilkan oleh bibir (labia) disebut bunyi labial. Bunyi yang

    dihasilkan oleh halangan gigi atas dengan bibir bawah disebut bunyi labio-dental

    dan yang dihasilkan oleh halangan gigi atas dengan hujung lidah disebut bunyi

    apiko-dental. Fungsi utama gigi untuk mengunyah. Contoh-contoh bunyi yang

    dihasilkan oleh gigi ialah [] seperti dalam perkataan hadith [hadi].

    Bibir (Lip, Labia)

    Bibir terbahagi menjadi dua, iaitu bibir bawah dan atas. Fungsi utama kedua-dua

    bibir adalah sebagai pintu penjaga rongga mulut. Dalam pembentukan bunyi

    bahasa, bibir adalah sebagai artikulator pasif bekerjasama dengan bibir bawah

    sebagai artikulator aktifnya. Dapat juga bibir bawah sebagai artikulator aktif itu

    bekerjasama dengan gigi atas, hasilnya ialah bunyi labio-dental. Contoh-contoh

    bunyi yang dihasilkan oleh bibir ialah bunyi fonem [p], [b], [w], [m] dan bunyi labio

    dental, [f] dan [v].

  • 36

    FONETIK DAN FONOLOGI / 2

    Lidah (Tongue)

    Fungsi utama lidah adalah sebagai alat perasa dan untuk memindahkan makanan

    yang akan atau sudah dikunyah. Dalam pembentukan bunyi bahasa, lidah sebagai

    artikulator aktif mempunyai peranan yang amat penting. Lidah dapat dibahagi

    kepada lima bahagian, iaitu akar lidah (root), pangkal lidah (dorsum), tengah li