Asmnt Fonotik Dan Fonologi Sem 4 2013 1

Embed Size (px)

Citation preview

PPG SEMESTER 4 AMBILAN JUN 2011 BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU1.0 Pengenalan

Fenomena yang penting dalam hidup manusia adalah bahasa. Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan. Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur.

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Apabila seseorang itu berbicara, dia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang, marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda. Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis. Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya. Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.

1.1 Defnisi Fonetik Dan Fonologi1.1.1 Fonologi

Menurut Abdullah Hassan ( 1993) fonologi adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran manusia. Fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik deskriptif yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.Parker( 1974:112 ) menjelaskan bahawa ilmu fonologi ialah suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan.

Menurut Kamus Dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Websters College Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages.

1.1.2 Fonetik

Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.

Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi.

Raminah Haji Sabran (1984) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik ialah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Manakala mengikut pendapat Dr.Lufti Abas (1985) fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.

1.2 Definisi Bunyi-Bunyi Bahasa

Bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang bergerak keluar dari paru-paru melalui tengkorak, pita suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya.Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasadi seluruh dunia dan merupakan bunyi yang berfungsi dalam pertuturan secara lisan. Proses pertuturan akan mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna. Sebagai contoh, apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi. Alat-alat artikulasi adalah sebagaimana jadual 1.1 di bawah:

Jadual 1.1: Rajah Organ Artikulasi

Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam Bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan dan diftong. Golongan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Bunyi tersebut dikenali sebagai bunyi vokal. Vokal ialah bunyi yang dihasilkan apabila udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau terhimpit.Bunyi tersebut hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.Manakala, golongan kedua ialah bunyi konsonan. Bunyi konsonan dihasilkan apabila terdapat gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.

Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran vokal yang dikenali sebagai bunyi diftong. Bunyi diftong bermula terhasil daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Contohnya, bunyi [ ai ] bermula dari bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [ i ].

2.0 Bunyi Konsonan

Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara. Pada ketika mengeluarkannya, udara yang keluar dari peparu menerima sekatan, sempitan atau geseran di rongga mulut, tekak atau hidung dengan keadaan lelangit lembut dan anak tekak mungkin dinaikkan atau diturunkan.

Dalam bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada tiga iaitu konsonan asli, konsonan pinjaman, gandingan dan rangkap. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et.al.2006). Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang adaptasi oleh penutur.

Ada tujuh belas huruf konsonan asal bahasa Melayu. Manakala bunyinya (fon) ada sembilan belas. Tetapi bunyi [ ? ] dianggap variasi kepada bunyi [ k ] di akhir suku kata seperti pada jadual 2.1. Daripada segi sebutan konsonan asal bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh iaitu letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal. Walau bagaimanapun, di sini hanya akan disentuh tentang bunyi-bunyi konsonan letupan, sengauan dan geseran asli bahasa Melayu, dengan memberikan tiga contoh penggunaan perkataan konsonan-konsonan tersebut. Contohnya pada kedudukan awal, tengah dan akhir perkataan yang ditulis dalam bentuk transkripsi fonetik bahasa Melayu.

Cara Sebutan

Berbunyi / Tidak berbunyi

Daerah Sebutan

BibirGusiGusi- Lelangit KerasLelangit kerasLelangit lembutPita suara

Letupantidak berbunyiptk?

berbunyibdg

Letusantidak berbunyi

berbunyij

Sengauanberbunyimn

Geserantidak berbunyifsxh

berbunyivz

Getaranberbunyi

Sisianberbunyil

Separuh vokalberbunyiwy

Jadual 2.1: Konsonan Bahasa Melayu

2.1 Konsonan letupan

2.1.1 Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [ p ]

Konsonan ini dihasilkan apabila dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [ p ] seperti pada rajah 2.1. Contoh-contoh penggunaan dalam perkataan adalah seperti pada jadual 2.2 di bawah:

Kedudukanawaltengahakhir

Perkataan Bahasa Melayupalukepalalembap

Transkripsi Fonetik Bahasa Melayu

Jadual 2.2: Contoh perkataan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [ p ]

2.1.2 Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ] Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [ p ]. Bezanya ialah pita suara dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan serta merta akan menggetarkan pita suara dan menghasilkan bunyi [b]. Contoh-contoh penggunaan dalam perkataan adalah jadual 2.3 di bawah;

Kedudukanawaltengahakhir

Perkataan Bahasa Melayubuattaburjawab

Transkripsi Fonetik Bahasa Melayu

Jadual 2.3: Contoh perkataan konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ]

Rajah 2.1: Penghasilan bunyi konsonan [ p ] dan [ b ].

2.1.3 Konsonan letupan gusi tidak bersuara [ t ].

Konsonan ini dihasilkan apabila hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung. Pita suara akan direnggangkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [ t ] seperti pada rajah 2.2. Contoh-contoh penggunaan dalam perkataan adalah seperti jadual 2.4 di bawah;

Kedudukanawaltengahakhir

Perkataan Bahasa Melayutidurmatiniat

Transkripsi Fonetik Bahasa Melayu

Jadual 2.4: Contoh perkataan konsonan letupan gusi tidak bersuara [ t ].

2.1.4 Konsonan letupan gusi bersuara [ d ].

Cara membunyikan sama seperti konsonan [ t ]. Bezanya ialah pita suara dirapatkan. Arus udara keluar dari rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Maka terhasillah bunyi letupan gusi bersuara [ d ]. Contoh-contoh penggunaan dalam perkataan adalah seperti jadual 2.5 di bawah; Kedudukanawaltengahakhir

Perkataan Bahasa Melayudagududuklahad

Transkripsi Fonetik Bahasa Melayu

Jadual 2.5 Contoh perkataan konsonan letupan gusi bersuara [ d ].

Rajah 2.2: Penghasilan bunyi konsonan [ t ] dan [ d ].

2.1.5 Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ].

Cara membunyikannya ialah belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menutup arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta-merta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]. Contoh-contoh penggunaan dalam perkataan adalah seperti pada jadual 2.6 di bawah; Kedudukanawaltengahakhir

Perkataan Bahasa Melayukalikekalkakak

Transkripsi Fonetik Bahasa Melayu

Jadual 2.6: Contoh perkataan konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]

2.1.6 Konsonan letupan lelangit bersuara [ g ].

Cara membunyikannya ialah belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara pula dirapatkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [ g ] seperti pada rajah 2.3. Contoh-contoh penggunaan dalam perkataan adalah seperti dalam jadual 2.7 di bawah; Kedudukanawaltengahakhir

Perkataan Bahasa Melayugaligagalgagak

Transkripsi Fonetik Bahasa Melayu

Jadual 2.7: Contoh perkataan konsonan letupan lelangit bersuara [ g ]

Rajah 2.3: Penghasilan bunyi konsonan [ k ] dan [ g ].

2.2 Konsonan sengauan2.2.1 Konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ].Cara membunyikan konsonan [ m ]. seperti pada rajah 2.4 di bawah;

Rajah 2.4: Cara penghasilan konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ]

Contoh-contoh penggunaan dalam perkataan adalah seperti dalam jadual 2.8 di bawah; Kedudukanawaltengahakhir

Perkataan Bahasa Melayumalasemastalam

Transkripsi Fonetik Bahasa Melayu

Jadual 2.8: Contoh perkataan konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ]

2.2.2 Konsonan sengauan dua bibir tidak bersuara [ n ].Cara membunyikannya adalah seperti dalam rajah 2.5 di bawah;

Rajah 2.5: Cara penghasilan konsonan sengauan dua bibir tidak bersuara [ n ]

Contoh-contoh penggunaan dalam perkataan adalah seperti dalam jadual 2.9 di bawah;

Kedudukanawaltengahakhir

Perkataan Bahasa Melayunanaspanaskanan

Transkripsi Fonetik Bahasa Melayu

Jadual 2.9: Contoh perkataan konsonan sengauan dua bibir tidak bersuara [ n ]

2.2.3 Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ ]

Cara pengeluaran udara bagi konsonan sengauan [ ] adalah sama tetapi berbeza pada sekatan di mulut iaitu arus udara di sekat oleh lidah belakang dan lelangit lembut yang menyebabkan udara terus ke hidung, seperti pada rajah 2.6 di bawah.

Rajah 2.6: Cara penghasilan konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ ]Contoh-contoh penggunaan dalam perkataan adalah seperti dalam jadual 2.10 di bawah; Kedudukanawaltengahakhir

Perkataan Bahasa Melayungangabungawang

Transkripsi Fonetik Bahasa Melayu

Jadual 2.10: Contoh perkataan konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ ]

2.2.4 Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [ ]

Cara membunyikannya adalah dengan cara menaikkan depan lidah ke lelangit keras. Pita suara akan ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung kerana lelangit lembut dan anak tekak tidak dirapatkan. Maka terhasillah bunyi sengauan bersuara [ ] seperti ditunjukkan dalam rajah 2.7 di bawah.

Rajah 2.7: Cara penghasilan konsonan sengauan lelangit keras bersuara [ ]

Contoh-contoh penggunaan dalam perkataan adalah seperti dalam jadual 2.11 di bawah; Kedudukanawaltengahakhir

Perkataan Bahasa Melayunyanyisunyibunyi

Transkripsi Fonetik Bahasa Melayu

Jadual 2.11: Contoh perkataan konsonan sengauan lelangit keras bersuara [ ]

2.3 Konsonan geseran

2.3.1 Konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ]

Cara membunyikan konsonan s, adalah seperti dalam rajah 2.8 di bawah;

Rajah 2.8: Cara penghasilan konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ]Contoh-contoh penggunaan dalam perkataan adalah seperti dalam jadual 2.12; Kedudukanawaltengahakhir

Perkataan Bahasa Melayusayasesatbalas

Transkripsi Fonetik Bahasa Melayu

Jadual 2.12: Contoh perkataan konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ]

2.3.2 Konsonan geseran glottis bersuara [ h ].

Cara membunyinkannya dengan pita suara dibuka untuk membuat sempitan pada glottis. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glottis lalu pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glottis bersuara [ h ] seperti yang terdapat dalam rajah 2.9 di bawah.

Rajah 2.9: Cara penghasilan konsonan geseran glottis bersuara [ h ]

Contoh-contoh penggunaan dalam perkataan adalah seperti pada jadual 2.13 di bawah;

Kedudukanawaltengahakhir

Perkataan Bahasa Melayuhasadahadbuah

Transkripsi Fonetik Bahasa Melayu

Jadual 2.13: Contoh perkataan konsonan geseran glottis bersuara [ h ]

3.0 Transkripsi Fonetik Bahasa MelayuSejak sekian lama kedengaran terdapat suara yang mempertikaikan keupayaan bahasa Melayu dalam bidang perniagaan, saham, korporat, perbankan dan penjenamaan produk. Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi dalam konteks hari ini masih tidak meluas. Hal ini berlaku dalam lingkungan masyarakat tempatan, apatah lagi di peringkat antarabangsa. Isu nilai bahasa Melayu dalam bidang ekonomi yang pelbagai bidang pecahannya perlu diberi perhatian secara serius.Bahasa Melayu dikatakan tiada nilai ekonomi, tiada nilai komersil dan sukar digunakan dalam urusan perdagangan. Hakikatnya, dalam konteks Malaysia, bahasa Melayu telah dipelajari oleh setiap individu sejak peringkat sekolah rendah. Apatah lagi, bahasa Melayu dijadikan subjek utama dan subjek wajib lulus dalam peperiksaan di sekolah. Namun demikian, bahasa Melayu tetap dikalahkan oleh bahasa Inggeris dalam banyak situasi terutama dalam bidang ekonomi.Urusan manusia yang berkaitan dengan ekonomi ini berbagai-bagai bentuk dan peringkatnya. Dalam hal ini, bahasa Melayu masih digunakan dalam peringkat tempatan dan hubungan yang bersifat dalam kelompok yang kecil, bergantung kepada masyarakat yang menuturkannya. Keadaan sedemikian juga berlaku dalam bahasa yang lain seperti bahasa Tamil dan bahasa Cina. Namun demikian, pada peringkat yang lebih besar dan luas, penggunaan bahasa Melayu didapati semakin berkurangan.Suasana ini tidak seharusnya berlaku kerana bidang ekonomi itu bukan ditentukan oleh bahasanya tetapi pelaksanaan, proses dan aktiviti perdagangan itu. Ekonomi melibatkan urusan wang, untung rugi, dan proses yang bersinergi yang hanya memerlukan bahasa sebagai objek yang kedua. Objek yang pertama di sini ialah wang. Namun demikian, urusan kewangan ini perlu mengutamakan bahasa apabila dijalankan dalam peringkat antarabangsa, contohnya urusan antara warga Malaysia dengan warga Perancis, bahasa Inggeris digunakan melainkan warga Perancis tersebut boleh menggunakan bahasa Inggeris atau warga Malaysia itu boleh berbahasa Perancis dengan baik.Sikap tidak yakin terhadap bahasa Melayu memberi persepsi yang merendahkan bahasa Melayu itu sendiri. Keadaan sedemikian berlaku di negara ini. Sikap sebegini seharusnya tidak wujud dalam diri setiap warganegara Malaysia.(Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka)___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

4.0 Kesimpulan

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara dari paru-paru yang tersekat, disempitkan dan lain-lain semasa rongga mulut atau disalurkan melalui rongga hidung. Dalam mendeskripsikan bunyi-bunyi konsonan ini, ketiga-tiga faktor ini akan digunakan iaitu daerah artikulasi, cara sebutan dan keadaan pita suara. Bunyi-bunyi konsonan Bahasa Melayu boleh dibahagi kepada dua golongan, iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.

Bunyi letupan dihasilkan dengan merapatkan alat sebutan kepada mana-mana daerah sebutan. Udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut akan tersekat. Apabila udara tersekat ini dilepaskan dengan serta-merta maka bunyi letupan akan dihasilkan. Bunyi letupan akan berubah jika daerah dan alat sebutan berubah. Kita memanggil bunyi letupan itu mengikut daerah sebutannya.

Konsonan sengauan pula dihasilkan dengan cara yang seakan serupa dengan letupan. Tetapi lelangit lembut diturunkan untuk membolehkan udara keluar melalui rongga hidung. Bunyi sengauan akan terhasil. Semua bunyi sengauan adalah bersuara.

Akhir sekali, konsonan geseran dihasilkan dengan menyempitkan rongga aliran udara sewaktu melalui rongga mulut. Lelangit lembut dirapatkan ke dinding belakang rengkung dan udara hanya keluar melalui rongga mulut. Penyempitan rongga mulut menyebabkan udara dari paru-paru kita keluar dengan cara bergeser untuk menghasilkan bunyi geseran. Geseran ini boleh bersuara dan tidak bersuara.

Secara amnya, bahasa Melayu mempunyai keunikan yang tersendiri. Kefahaman kita terhadap sistem fonologi bahasa secara tidak langsung ia turut dapat memperbaiki dan menggunakan bahasa Melayu yang betul dengan sebutan, bunyi, ujaran dan keperluannya mengikut kesesuaian masa dan tempat serta tujuan maklumat yang ingin disampaikan melalui penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan bahasa Melayu harus memikul tanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca supaya dikenali dan boleh diguna pakai oleh masyarakat dunia.5.0 RefleksiAssalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing bagi mata pelajaran Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu BMM3108, Pn. Wan Maziah bt Wan Hasbullah. Saya rasa amat bersyukur kepada-Nya, dan mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kerana diberi kesempatan untuk mempelajari subjek ini dan dapat pula menyiapkan tugasan yang diberi.

Apabila menerima tugasan ini, maka bermulalah aktiviti mencari dan membaca bahan-bahan yang berkaitan. Pada pendapat saya, banyak perkara yang saya telah lupakan mengenai bidang kajian bunyi-bunyi bahasa yang, bermakna yang tuturkan oleh manusia. Saya berasa seolah-olah kajian tentang fonetik tiada kaitan atau kegunaan dalam kehidupan seharian. Begitu juga dengan bidang fonologi yang mengkaji tentang sistem-sistem bunyi yang tertentu dalam pertuturan.

Walau bagaimanapun, setelah membaca dan meneliti bahan-bahan bacaan dan menerusi rujukan melalui Internet serta penerangan daripada pensyarah pembimbing, barulah saya sedar bahawa bunyi bahasa itu bukan wujud dengan sendirinya. Bunyi-bunyi itu perlu dipelajari dan dikaji bagaimana bunyi-bunyi itu terbit di dalam alat artikulasi manusia. Sesungguhnya para pengkaji bahasa memberi sumbangan yang sangat besar dalam perkembangan sesuatu bahasa.

Dengan adanya tugasan ini, saya dapat belajar dan mengingat semula cara-cara menyebut sesuatu huruf dengan betul, jenis-jenis huruf sama ada asal, pinjaman dan gandingan dan lain-lain walaupun tidak secara mendalam. Saya juga dapat mempelajari semula bagaimana sebutan baku itu terhasil.

Kini, saya sedar bahawa semua itu sangat berguna kepada saya sebagai guru bahasa, apatah lagi bagi saya yang mengajarkan bahasa Melayu untuk murid tahun satu. Saya dapat mengajarkan anak didikan saya untuk menyebut huruf, mengenal suku kata, perkataan, frasa dan ayat serta menggunakan sebutan baku dengan betul. Semoga dengan selesainya tugasan yang diberi ini, saya akan menjadi seorang guru yang lebih berilmu dan berkeyakinan, serta dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Semoga tugas murni ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari-Nya. Amin....

1