Tamadun Islam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

modul ppg - tamadun islam dan tamadun asia

Citation preview

TAJUK 1 - PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN DALAM PEMBINAANTAMADUN MALAYSIA.SINOPSISBab ini merupakan pengenalan kepada konsep tamadun.Penjelasannya dibuat berdasarkanperspektif tiga tamadun utama iaitu Tamadun Islam, Tamadun Barat dan Tamadun Melayu.Konsep perkembangan sesuatu tamadum dinilai berdasarkan hubungan yang wujud denganeleman agama,budaya dan bangsa.Disamping itu perincian ciri-ciri penting yangmelambangkan kewujudan sesuatu tamadun dipaparkan sebagai rangkuman elemanpenting kewujudan dan kelangsungan sesuatu tamadun. Unit ini mengandungi LIMA tajuk;1.1: Pengenalan1.2: Pengertian Tamadun Dalam Pelbagai Bahasa1.3: Tamadun Menurut Sarjana Barat dan Sarjana Islam1.4: Ciri-ciri Asas Tamadun1.5: Faktor-faktor yang Mendorong Kelahiran Dan Perkembangan Tamadun.Hasil PembelajaranDi akhir pelajaran pelajar-pelajar dapat;1. Membincangkan mengenai tamadun dalam pelbagai sudut oleh para sarjana.2. Membincangkan ciri-ciri penting sesebuah tamadun,hubung kaitnya dengan aspek jasmani dan rohani.3. Membezakan antara tamadun.1.1- PengenalanPerkataan tamadun sering digunakan untuk mengambarkan kemajuan kebendaan ( material)sesebuah masyarakat. Perkataan ini mula diperkenalkan oleh seorang penulis Kristian (Jurji Zaidan ) yang menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab. Perkataan ini telahditerimapakai sebagai perbendaharaan kata bahasa Melayu sejak zaman berzaman. Segelintirmanusia masih lagi hidup dalam keadaan amat dhaif, namun pada umumnya dunia hari initelah menempa sejarah tamadun yang tinggi. Ini terbukti dengan gaya hidup yang cemerlang,kemudahan yang canggih, kemajuan sains teknologi yang hebat, teknologi maklumat yangmengkagumkan dan sebagainya. Ini di tinjau dari sudut fizikal. Bagimanapula dengan spiritual?Sikap, pegangan, nilai-nilai akhlak dan moral?. Hal ini masih boleh diperbincangkan panjanglebar. Walaupun begitu ada baiknya kita bincangkan apakah dia pengertian perkataan tamaduntelebih dahulu.1.2- Pengertian Tamadun Dalam Pelbagai BahasaBahasa Latin :Civitas, civilis, civis dam civilitas = Civilization. Bererti warganegara, undang-undang dan sistem pemerintahan Rom.Bahasa Greek: Kei yang bererti kediaman (rumah) dan sesuatu yang datang kepada kita.Keimelion bererti khazanah atau harta yang disimpan.Bahasa Inggeris: Civilize bererti memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskanmengikut keperluan masyarakat. Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian (primitif)kpd kehidupan yang baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.Bahasa Tamil : Nakarikam, nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan bandar.Bahasa Cina : Wen Ming, Ming bererti cerah atau bercahaya. Juga merujuk kpd. unsur-unsurmaterial dan spiritual yang. muncul drpd. pencapaian sejarah perkembangan manusia.Kedua-dua Bahasa Tamil Dan cina menyentuh tentang tingkahlaku yang baik.Bahasa Arab : Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, yamuddunu, madinatan Madani adalah sifat nama yang membawa yang membawa erti sifat pembangunaan, atauperbandaran serta keadaan budi bahasa yang terpuji. Ini bererti pembangunan sifat kekotaandan insaniah di dalam diri. Lawan kepada sifat tersebut ialah Badw yang bererti kehidupanbadwi. Nama Kota Madinah kepada suatu tempat yang dahulunya dinamakan Yathrib. Perkataan-perkataan lain yang biasa digunakan dalam bahasa Arab ialahthaqafah,madaniyat, umran dan hadharah .Thaqafah dalam Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Menurut Kart Wittfogel Dalambukunya Approaches to Asian Civilization , iaitu ciri kebudayaan secara keseluruhan daripadasesuatu negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan. Dan Arnold Toynbee menerusibukunya, A Study of History menjelaskan bahawa tamadun sebagai sejenis kebudayaan yangberkembang di dalam kota.Madaniyat dalam Bahasa Arab bermaksud kota-kota.Profesor Madya Dr. Lutfi Ibrahim menyatakan bahawa madaniyat ialah kemajuan yang dicapai oleh satu-satu bangsa di dalammembangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk di tahap yang lebih tinggi. Iaitupencapaian dari segi kebendaan seperti alat teknologi dalam pertanian, pengeluaran,pengangkutan dan sebagainya, seni bina dan lain-lain lagi. Ia merupakan hubungan denganalam sekitarnya yang bersifat kebendaan. Ia juga bersumberkan wahyu.Abu Nasir al-Farabi (abad 11M ) telah memperkenalkan istilah al-madaniyat dalam kitabnya, Al-Siasah Al- Madaniyat yang membawa maksud kota, kehidupan yang berasaskan akidah, syarak danakhlak. Istilah ini juga digunakan oleh Muhammad Farid Wajdi dalam kitabnya Al-Madaniyat wa al-Islam ( abad 20M ). Dan juga digunakan olehSyeikh Muhammad Abduh di dalamrisalahnya Al-Islam wa al-Nas wa al-Ilmu wa al-Madaniyat dan Tafsir al-Mannar

Umran dalam Bahasa Arab bermaksud bangunan atau perbandaran. Istilah ini telah digunakanolehIbnu Khaldun di dalam kitabnya,al-Muqaddimah ( abad 14M 19M ).Hadharah dalam Bahasa Arab bermaksud kebudayaan. Menurut Ibnu Khaldun hadharah ialahsekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanahpertanian. Istilah ini telah digunakan oleh Kurdi Ali dalam kitabnya,Al-Islam wa al-Hadharah al- Arabiah.M.A.J Beg dalam bukunyaThe Image of Islamic Civilization,menjelaskan bahawahadharah danumran mempunyai pengertian yang sama. Istilahumran lebih populardigunakan dalam abad 14M manakalahadharah dalam abad 20M. MenurutDr. Lutfi Ibrahim ,hadharah ialah merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dansebagainya yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Ini merupakan hubungan manusiadengan manusia yang bersumberkan wahyu.Kamus Dewan mendefinisikantamadunsebagai keadaan kemajuan kebendaan ataupemikiran, budaya, sosial, politik, beradaban dan dan lain-lain (Teauku Iskandar : 1994).Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf perkembangan pemikiran (sosial &budaya) yang tinggi - peradaban. Negara dan penduduknya yang telah mencapai tarafperkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi. Budaya hidup atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu. Keadaan pemikiran (budaya & sosial)yang halus.Beberapa perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa inggeris ialahCulture,Reneissance, Urbanization, dan Civilazation.Adakah semua perkataan itu menyamai maknaperkataan tamadun dalam bahasa Arab?Umumnya memang terdapat perbezaan antara perkataan tersebut yang mencakupi makna danskop perbahasan mengenainya walaupun ada ciri dan perkaitan di antara satu sama lain.Culture, Urbanization Dan Reneissance mempunyai makna yang sempit dan Civilization dianggap mencakupi ketiga-tiga makna tersebut.Berhenti sejenak dan fikirkan. Lihat pula zaman Nabi Nuh as. Tentu anda tahu kemajuan yang telah dicapai pada masa itu.Ceritakan dengan rakan-rakan anda. Bagaimana pula pencapaian dunia masa kini? Buat suatukesimpulan tentang ketamadunan manusia.1.3- Tamadun Menurut Sarjana Barat dan Sarjana Islam1.3.1- Tamadun Menurut Sarjana Barata)Arnold Toynbee Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Beliau menambah lagitamadun ialah satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusipolitik, kesusasteraan, agama dan moral. (Mustafa Haji Daud: Tamadun Islam) ataudengan kata lain tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantumanusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empatelemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.b)A.S. Hornby dan E.C. Parnwell Menyatakan dalam bukunya The Progressive English Dictionary tamadun bermaksudmeningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuandalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.c)J. R. Strayer Menerangkan dalam bukunya The Mainstream of civilization menjelaskan perkataantamadun amat ramat hubungan dengan perbandaran. Beliau mengatakan tamadun Itulahir di bandar. (Mustafa Haji Daud: Pengantar tamadun Islamd)J.K. Fiebleman Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Denganperkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannyabarang baru bagi sesuatu keperluan.e)E.B. Taylor: Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuankepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehanyang dihasilkan oleh masyarakat.f)Oswarld Spengler Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawakepada kemajuan.g)Will Durat : Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkanpengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi,sistem politik, tradisi moral dan kesenian.1.3.2- Tamadun Menurut Sarjana Islama)Ibnu Khaldun menerangkan tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yangmempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yangterjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam berbagai bidang.b)Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi mengatakan tamadun bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kotayang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan,keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna.c)Muhammad Rasyid Redha Agama adalah asas tamadun, Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akanmendorong kebanyakan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkanberasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itubergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.d)Sayyid Qutb : Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulanmasyarakat.e)Said Hawa Tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dantamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di ataskebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Manakala TamadunJahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengantidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.f)Umar Audah al-Khatib Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yangmenunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruhkehidupan.g)Muhammad al-Bahiy Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilaikeperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik,kesusasteraan dan lain-lain1.3.3- Ciri-ciri Asas Tamadun1. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu (Kota, bandar, kepolisan)2. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat.3. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dlm bidang politik, pentadbiran, ekonomi danpendidikan yang sempurna.4. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan tersendiriuntuk berkomunikasi.5. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuatkuasa.6. Peningkatan daya reka cipta dlm bidang teknologi & pembinaan.7. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan dan nilai estitikayang tersendiri.1.3.4- Faktor-faktor yang mendorong kelahiran dan perkembangan1. Kedudukan yang strategik memungkinkan pengunaan sumber semulajadi demikelangsungan kehidupan.2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian.3. Penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji.4. Kesengsaraan hidup; Tamadun Jepun.5. Keterbukaan dan toleransi terhadap sumbangan tamadun yang lain.KesimpulanPerkataan kebudayaan mengikut keterangan yang dikemukakan oleh setengah sarjana adalahsama dengan maksud tamadun. Manakala pendapat yang lain pula mengatakan kebudayanada sedikit perbezaan dengan tamadun dan berdasarkan pengertian-pengertian yangdinyatakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaiantatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan petempatan dan kemudahan yang sempurna.Dalam sejarah Islam tiga istilah digunakan iaitu madaniyyah, umran dan hadharah yang.menggambarkan pencapaian umat Islam dalam pemurnian aqidah, perlaksanaan syariah,kecemerlangan dan ketinggina akhlaq disamping ketrampilan dalam keilmuan dunia dan agamadan kemajuan kebendaan berteraskan agama.Rumusan1. Tamadun berasal dari perkataan Arab,madana yamuddunu madinatan dan lahirsifat katatamadunan.Tamadun dalam Bahasa Melayu ialah keadaan kemajuankebendaan atau pemikiran, budaya ,sosial , politik, peradaban dan dan lain-lain.Dalam bahasa Inggeris pula perkataan yang biasa digunakan ialah Culture, Reneissance , Urbanization , dan Civilazation. 2. Sejarah ketamadunan manusia bermula seawal kewujudan Adam dan sentiasaada peningkatan dari satu tahap kesatu tahap dan tidak akan terhenti.3. Ramai tokoh yang memperkatakan tentang tamadun Islam sama ada ataupenulis Barat mengikut kacamata dan kecenderungan masing-masing.4. Kesimpulanya Tamadun dapatlah dikatakan sebagai suatu perubahan ataupembangunan atau kemajuan yang berlaku dalam setiap bidang kehidupanmasyarakat samada berbentuk fizikal, peraturan, pentadbiran atau sebagainyadan juga pembangunan spiritual. Tamadun mementingkan kedua-dua aspekkehidupan namun pembangunan akhlak dan spiritual adalah diutamakan.TAJUK 2 - KONSEP ASAS DAN PRINSIP TAMADUAN ISLAM SINOPSISSecara keseluruhan bab ini membicarakan kelahiran Tamadun Islam, konsep danmatlamat, ciri-ciri serta sifat Tamadun Islam. Selain itu,bab ini membincangkantentang sumber-sumber Tamadun Islam serta tokoh-tokoh ilmuan Islam.Unit ini mengandungi lima tajuk:2.1: Pengertian Tamadun Islam .2.2: Ciri-ciri Tamadun Islam.2.3: Matlamat Tamadun Islam.2.4: Prinsip-prinsip Tamadun Islam.2.5: Sumber-sumber Tamadun Islam.Hasil PembelajaranPada akhir tajuk ini peserta dapat:1. Menerangkan konsep Tamadun Islam serta perbezaannya denganTamadun barat.2. Menyatakan ciri-ciri Tamadun Islam3. Menerangkan Matlamat Tamadun Islam.4. Menyenaraikan prinsip-prinsip Tamadun Islam.5. Menjelaskan sumber Tamadun Islam yang terdiri daripada wahyu danakal.2.1: Pengertian Tamadun Islam .Perkataan Tamadun merangkumi kebudayaan,peradaban,kemajuan (kebendaan dankerohanian) dan sopan santun.Manusia tidak akan dapat mencari satu etikaTamadun jika tidak mempunyai masyarakat yang bermoral. Kemajuan TamadunIslam tidak terbatas hanya pada kemajuan kebudayaan semata-mata, malah iamerupakan kemajuan yang serentak dengan kerohanian.Disini dikemukakan beberapa pentakrifan Tamadun Islam oleh sarjana-sarjanaIslam seperti;-Sayyid Qutb-Said hawa- Umar Audah ai-Khatib- Abu Bakar HamzahSayyid Qutb telah mentakrifkan Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yangdihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, Politik,ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilaimoral Islam.ManakalaSaid Hawa pula telah mentakrifkanTamadun secara umum terbahagikepada dua kategori iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Jahiliah. Tamadun Islamialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnyarelevan dengan kebudayaan itu. Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segalakemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kiraaspek kerohanian dan moral.Umar Audah ai-Khatib pula menyatakan Tamadun Islam ialah himpunan ilmupengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaanpemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan. DanAbu Bakar Hamzah mentakrifkan Tamadun Islam ialah sesuatu yang lahir danberkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembangan yanglahir daripadanya, sarna ada sesuatu yang berupa niskala (nisbah) mahupun yangberupa sekala (material).2.2: Ciri-ciri Tamadun Islam Tamadun Islam mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat diterangkan seperti berikut:1. Sumber Tamadun Islam daripada al-Quran dan hadis (Tajuk ini akanditerangkan dalam tajuk berikut)2. Nilai-nilai Tamadun Islam adalah tetap. Ini bermakna nilai baik dan buruka. yang menjadi ukuran untuk sesuatu tujuan atau perbuatan adalahb. berasaskan kepada ajaran al Quran dan hadis bukan kepada hawanafsu.c. Sebagai contoh dalam kebudayaan Islam tidak dibenarkan samasekalid. minum arak kecuali dalam keadaan terpaksa (darurat)3. Tamadun Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun. Sifat ini bermaksudTamadun Islam menerima tamadun-Tamadun asing yang telah mencapaikemajuan dalam berbagai bidang seperti pada zaman kerajaan Abbasiahberbagai bidang ilmu daripada Greek telah diambil dan diterjemah ke dalambahasa Arab. Hasilnya Tamadun Islam telah mencapai kegemilangan padazaman itu. Walau bagaimanapun nilai-nilai yang bercanggah dengan ajaranal Quran dan Hadis ditolak. Di samping itu Tamadun Islam memberisumbangan kepada kemajuan Tamadun lain umpamanya orang-orangEropah telah mengambil khazanah ilmu dari kegemilangan Tamadun Islamdi Sepanyol untuk menjayakan kemajuan di Eropah.4. Tamadun Islam sesuai dengan sifat semula jadi manusia. Semua nilaiadalah bertujuan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat . NIlai-nilaiTamadun Islam mendorong manusia untuk melakukan tugasnya sebagaikhalifah Allah. Tugas ini bermaksud menjalankan peranan sebagaipengurus, pemimpin dan perancang kepada kemajuan dunia ini.5. Tamadun Islam tidak terikat dengan bangsa atau daerah yang tertentu. Olehitu Tamadun berlaku di mana-mana seperti di kepulauan Melayu, di India, diSelatan Filipina dan sebagainya.6. Tamadun Islam tidak tertakluk kepada masa-masa yang tertentu. Oleh ituTamadun Islam boleh berlaku pada zaman Nabi Muhammad (rasul) sehinggazaman kini. Dalam hal ini tidak tepat sekiranya Tamadun Islam itu dikatakanhanya berlaku pada zaman Rasul atau zaman pertengahan.7. Semua kemajuan yang dicapai semasa pemerintahan Islam dikira TamadunIslam selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam. Sesuatu ciptaan yangdibuat oleh bukan Islam tetapi di arah oleh pemerintah Islam dikira sebagaiTamadun Islam.Terangkan perbezaan takrif Tamadun mengikut sarjana Barat danIslam.2.3: Matlamat Tamadun IslamMatlamat Tamadun Islam terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Huquq Allah(Hubungan Manusia dengan Allah), Huquq al-Ibad (Hubungan Manusia SesamaManusia), Huquq al-Alam(Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat) Ianya untukmenyempurnakan perhubungan tiga dimensi seperti rajah di bawah.AllahManusiaAlama) Huquq Allah (Hubungan Manusia dengan Allah)Matlamat Tamadun Islam tidak dapat dipisahkan dengan matlamat hidup manusiasebagai hamba Allah dan khalifah Allah. Hamba Allah bermaksud melakukan ibadathanya kepada Allah. Oleh itu sekiranya sesoerang itu melakukan sesuatu ciptaanbaru ia bermatlamat untuk mendapat keredaan Allah semata-mata bukan keranahendak berbangga-bangga dengan perkara yang dihasilkan.Islam tidak menentukan bahawa pemikiran manusia hanya terhad sekadar untukmemikirkan alam ini semata-mata. Ia menyuruh manusia berfikir lebih jauh dari itu,dengan menumpukan pemikiran kepada Allah Pencipta Alam ini dan segala yang terkandung di alam ini. Islam menyeru penganutnya agar menghidupkan rasaperhubungan dengan Penciptanya kerana Dialah (Allah SWT) yang memudahkandan mengurniakan ahli-ahli fikir untuk mencipta pelbagai ciptaan dari semasa kesemasa untuk memenuhi keperluan dan manfaat manusia sejagat. Ini bermakna ,tumpuan tidak hanya sekadar pada bidang pembangunan dengan menggunakanatau mengeksploitasi segala sumber dalam alam ini.Hubungan manusia dengan Penciptanya, Allah SWT merupakan matlamat yangterpenting dan terakhir untuk dituju dalam kehidupan. Inilah hubungan yang palingtinggi berbanding dengan hubungan lain seperti hubungan dengan keluarga, kaumdan bangsa, jenis manusia, kebendaan dan sebagainya. Hubungan-hubungan lainini merupakan makhluk Allah yang lain daripada perhubungan manusia dengan-Nya.Hakikatnya, hubungan mulia manusia dengan manusia dan alam lainnya akankembali kepada hubungan yang kudus dengan Pencipta Alam itu sendiri. Maka itu,hubungan dengan Allah SWT adalah yang tertinggi, unggul, kudus, bahagia dan sucimurni. Hubungan dengan Allah SWT adalah setinggi-tinggi martabat yangmelahirkan suatu kenikmatan tidak terhingga kepada jiwa yang bersih dan suci.Dalam konteks ini, Pencipta Alam inilah yang memerintah dan menguasainya tanpamembatalkannya. Firman Allah SWT bermaksud:Katakanlah; Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri,kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugian, dan rumah-rumah kediaman yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.(surah Al-Taubah, 9:24)Oleh sebab itu, hubungan manusia dengan pencipta-Nya, Allah SWT adalah suatubentuk hubungan yang unik, berkekalan dan mutlak serta tidak menyamai atau dapatdibandingkan dengan sebarang bentuk hubungan lain. Bentuk hubungan laintidaklah sebegitu serta tidak dapat menyamai atau dibuat perbandingan.Umpamanya, hubungan dengan para rasul merupakan hubungan untuk mengambilpetunjuk dan teladan daripada tingkah laku dan aktiviti mereka (sunnah), sertamematuhi ajaran yang dianjurkanoleh mereka, di samping mencintai sifat-sifatperibadi mereka yang begitu unggul, tetapi bukanlah hubungn perhambaan, keranapara rasul itu sendiri ialah hamba-hamba Allah SWT. Allah SWT berfirman yangbermaksudIsa itu tidak lain hanyalah seorang hamba yang kami kurniakan kepadanya nikmat (kenabian) dan kami jadikan dia sebagai tanda bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani Israel b) Huquq al-Ibad (Hubungan Manusia Sesama Manusia)Masyarakat Islam merupakan suatu masyarakat yang berbentuk sejagat, yakni tidakbersifat perkauman, tidak bersifat kebangsaan dan tidak terbatas dalam lingkungansempadan geografi dan politik, lebih berbentuk kesatuan ummah. Hubungan denganmasyarakat bukan Islam tidak dibataskan sama ada kerana perbezaan jenis, warnakulit, bahasa dan bangsa, malah tidak juga memandang keyakinan dan kepercayaanindividu, sebaliknya mementingkan hubungan baik, saling menghormati, bertoleransidan berdisiplin. Bagi masyarakat Islam, hanya terdapat satu usuran untuk mendapattempat utama di sisi Khaliq. Iaitu ketakwaan dan ketaatan lepada-Nya, di sampingberbuat baik lepada hamba-hamba-Nya. Firman Allah SWT bermaksud Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, lalu Kami jadikan kamu berbangsa- bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling berkenal-kenalan.Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ahla yang paling takwa di antara kamu (surah Al-Hujuraat 49:13)Dalam konteks ini, Rasulullah SAW juga telah memberikan penegasan tentang umatdan berkait pula dengan masyarakat Islam, dalam sebuah hadis Baginda yangbermaksud :Tidak ada kelebihan seorang Arab dengan seorang Ajam, kecuali kerana takwanya (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)Ini menunjukkan bahawa idea diskriminasi ras atau perkauman sudah dihapuskandalam masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi, dan sebaliknyamembuka pintunya kepada seluruh Amat manusia di atas bumi ini atas dasarpersamaaan yang sempurna dan di atas landasan perikemanusiaan yang murni.Atas dasar ini, semua manusia berhak untuk berhimpun dalam pangkuan Islam dandi bawah perlindungan sistem sosialnya. Namur begitu, dalam Islam wujud peranandan tanggungjawab yang berbeza antara orang Islam(muslim)dengan orang Islamyang lain dan antara orang Islam dengan bukan Islam di dalam sesuatu masyarakat.Dengan itu, Islam mewajibkan lepada pemerintah-pemerintah Islam supaya menjagakepentingan bukan Islam dengan seadil-adilnya, di camping terhadap orang Islamsendiri. Kezaliman, kekerasan dan penganiayaan sesama manusia tanpa mengiraorang Islam atau bukan Islam ditolak dengan keras menurut ajaran Islam.Kepentingan hubungan antara manusia dengan sesama manusia ditonjolkan dalamajaran Islam. Ini termasuklah sebagaimana dinyatakan dalam beberapa hadisRasulullah SAW antaranya yang bermaksud Orang Mukmin itu dengan Mukminyang lain adalah laksana satu bangunan, bahagian yang satu menguatkan bahagianyang lain (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim). Menurut sabda Rasulullah SAWlagi, yang bermaksud: Bandingan orang-orang Mukmin mengenai kasih sayangmereka, belas kasihan mereka dan timbang rasa mereka adalah laksana sebatangtubuh, jika satu anggota mendapat sakit, maka seluruh anggota yang lain turutmerasai sakit tanpa tidur dan merasa demam(panas) (diriwayatkan oleh Bukhari danMuslim).Berdasarkan hubungan manusia sesama manusia, hubungan yang begitu erat dankasih sayang yang kukuh, merupakan satu bentuk keharmonian dan disiplin yang tInggi. Ini merupakan gambaran yang jelas bahawa Tamadun Islam begitmementingkan hubungan sesama manusia.Melalui tanggungjawab sebagai khalifah Allah manusia diberi ganjaran yang besarsekiranya ia berkorban masa dan waktu untuk mencipta sesuatu perkara baru yangmemberi manfaat kepada manusia. Ciptaan perisian computer yang baru sudahtentu memudahkan ramai orang untuk menjalankan tugas-tugas mereka c) Huquq al-Alam(Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat)Khalifah Allah bermaksud membangunkan alam, menguruskan alam dan mentadbirAlam. Menjadi tanggungjawab manusia menguruskan alam dengan sebaik-baiknya.Manusia dikehendaki membuat kebajikan kepada manusia.Selain daripada memberi sumbangan kepada manusia, menjadi tugas setiap insanmembangunkan dengan baik alam sekitar yang meliputi pokok-pokok, binatangcekerawala dan sebagainya. Tidak dibenarkan sama sekali merosakkan alam iniSebagaimana firman Allah yang bermaksud:Telah menjadi nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatantangan manusia..Allah menjadikan mereka merasakan sebahagian daripadaperbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar. (al-Rum:41)Ayat ini menerangkan bahawa kerosakan yang berlaku pada alam ini disebabkanolen perbuatan manusia (seperti membuat pencemaran sungai dan udara).Akibatnya mereka menanggung kesusahan daripada perbuatan jahat tersebut.Manusia mesti ingat bahawa Allah menjadikan alam untuk kepentingan manusiasejagat. Perkara ini dijelaskan dalam al Quran sebagaimana firmannya yangbermaksud:Allah yang menjadikan langit dan bumi dan ia menurunkan dari langit air, makaia mengeluarkan dengannya buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu. Dania memudahkan bagi kamu kapal untuk kamu berjalan di laut dengan ketentuandaripadanya dan dimudahkan untuk kamu sungai-sungai, disediakan malamdan siang dan ia mendatangkan untuk kamu segala sesuatu yang kamubermohon daripadanya. (Ibrahim: 32-34)KesimpulanMatlamat Tamadun adalah untuk menjaga tiga dimensi perhubungan manusia.hablum mina Allah iaitu hubungan manusia dengan Allah s.w.t, hablum mina al-nasiaitu hubungan manusia dengan manusia dan huquq al alam iaitu hubungan manusiadengan alam.Islam adalah agama fitrah yang pada asalnya dipunyai dan dimiliki semua manusiadan bersumber daripada Allah SWT. Ia mempunyai tujuan dan matlamat yang telahditetapkan oleh Pencipta-Nya sendiri, iaituAllah SWT. Justeru, Tamadun Islam juga turut mempunyaib tujuan dan matlamat,kerana sesuatu yang tidak mempunyai matlamat, tujuan atau objektif adalah sesuatuyang tidak bernilai dan bahkan sia-sia semata-mata. Matlamat Tamadun Islamdapatlah diringkaskan seperti berikut:Ia bermatlamat menyempurnakan manusia secara menyuluruh. Justeru, Islamsecara Idealnya, menghendaki dan menetapkan sistem dan peraturan supayamanusia mencari, mencipta, membangun, memajukan diri dan mempergunakansegala-gala yang disediakan oleh Allah SWT dalam alam ini untuk kebaikan danmanfaat semua manusia. Secara realitinya, manusia hanya perlu melaksanakansistem dan peraturan tersebut dalam pembinaan dan pembentukan Tamadunmereka. Dengan pelaksanaan sistem ini, seluruh kebaikan dan manfaat dalampencapaian dan kemajuan Tamadun tersebut akan kembali kepada manusia semulasecara menyeluruh. Hal ini kerana , matlamat Tamadun Islam adalah segala-galanyadaripada Allah SWT, kembali kepada Allah SWT dan untuk Allah SWT selama-lamanya.2.4: Prinsip-Prinsip Tamadun IslamPrinsip Tamadun Islam ialah memelihara keselamatan nyawa, akal, keturunan(maruah), harta dan kebebasan.Prinsip-prinsipTamadun IslamHuraikan matlamat Tamadun Islam yang berkaitan dengan alamsekitarPrinsip Tamadun Islam ialah memelihara keselamatan nyawa, akal, keturunan(maruah), harta dan kebebasan Prinsip 1 : Memelihara Keselamatan NyawaTamadun Islam meletakkan keselamatan nyawa di tempat paling utama. Membunuhadalah dilarang sama sekali. Dalam al-Quran menjelaskan :Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri . Sesungguhnya Tuhan itupenyayang kepadamu (al-Nisa, 29)Dalam ayat yang lain Allah menjelaskan: Bahawa siapa yang membunuh seorangmanusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalamnegeri, maka bererti orang itu telah membunuh manusia seluruhnya. (al-Maidah:32Prinsip 2 : Memelihara AkalKeselamatan akal juga diutamakan dalam Tamadun Islam kerana dengan akalmanusia boleh menguruskan alam ini. Oleh itu Islam mengharamkan sesuatuperkara yang boleh merosakkan akal. Arak diharamkan kerana boleh merosakkanakal manusia. Perkara ini dijelaskan oleh al Quran seperti terjemahan berikut:Wahai orang yang beriman sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untukberhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatansyaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperoleh keuntungan.(al-Maidah: 90)Prinsip 3 : Memelihara MaruahKeselamatan keturunan dan maruah dapat dipelihara dengan cara menjauhkan diridaripada melakukan zina, homosek dan lesbian. Perbuatan zina meosakkanketurunan kerana anak yang lahir ketiadaan bapa. Perbuatan lesbian dan homosekpula menjadikan pasangan itu tidak mempunyai anak dan merupakan perbuatanterkutuk. Umat nabi Lut yang mengamalkan perbuatan homosek telah dilaknat olehAllah dengan cara menelingkupkan bumi tempat tinggal mereka. Akibat daripadasek tanpa kahwin melahirkan jenayah-jenayah yang lain seperti pengguguran bayidan pembunuhan bayi. Dalam al-Quran Allah menerangkan:Dan janganlah kamu menghampiri zina kerana ia merupakan perkara kejidan seburuk-buruk cara (Israk: 32)Hukuman yang berat dikenakan kepada pesalah-pesalah zina. Pukulan denganrotan sebanyak seratus kali dikenakan kepada teruna dan dara dan rejam sampaimati dikenakan kepada pesalah yang telah berkahwin.Prinsip 4 : Memelihara Harta BendaHarta adalah perlu dijaga supaya tiidak hilang. Oleh itu orang yang memiliki hartadisuruh supaya menjaganya dengan baik. Sesiapa yang mencuri akan dikenakanhukuman yang berat iaitu potong tangan. Firman Allah yang bermaksud:lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang telah dikerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. (al-Maidah:38)Berjudi dilarang sama sekali dan dimurkai oleh Allah. Semua peminat judimengetahui bahawa amalan berjudi menghapuskan harta dan merupakan ajakansyaitan untuk memusnahkan harta yang dikumpul oleh manusia.Prinsip 5 : Menjaga Hak KebebasanTamadun Islam mementingkan kebabasan. Manusia diminta supaya bebas daripadaberagama secara ikutan. Manusia dikehendaki beragama kerana betul-betul yakinbahawa agama yang dianuti itu adalah agama yang benar yang diturunkan olehAllah. Tidak dibenarkan beragama kerana mengikut ibu dan bapa. Manusia jugadiminta supaya bebas daripada kesesatan. Akal manusia sahaja tidak dapatmengetaIsalhui perkara-perkara ghaib seperti syurga dan neraka. Oleh itu akal manusia memerlukan pertunjuk daripada al-Quran bagi menerangkan perkara-perkara yang tidak dapat difikirkan oleh akal.Umat Islam tidak boleh mamaksa orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.Cara yang baik ditunjukkan oleh alQuran ialah melakukan dakwah dengan bijaksana.Walau bagaimanapun sekiranya orang-orang bukan Islam mengkhianati orang-orangIslam, perang jihad adalah dibenarkan.Huraikan keselamatan nyawa, harta, maruah, akal dan kebebasan.2.5: Sumber-Sumber Tamadun IslamSumber-sumber ketamadunan Islam dibahagikan kepada dua iaitu;a) Sumber Samawi (Wahyu)b) Sumber Wadie ( bukan berasaskan wahyu)Sumber Samawi dikategorikansebagai Agama Yahudi ( diturunkan Kitab Zabur danTaurat), Agama Nasrani (diturunkan Kitab Injil) dan Agama Islam ( diturunkan al-Quran).Sumber Wahyu dalam Tamadun Islam bermaksud ajaran-ajaran yang disampaikanoleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril.Sumber utama Tamadun Islam ialah Sumber Wahyu atau Naqli, ia dibahagikankepada dua: al-Quran dan Hadis.AL-QuranAl-Quran ialah semua ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammadyang berlaku selama 23 tahun. Muhmmad Abdul Jabar Beg memetik pendapat M.Ali yang mengatakan al-Quran merupakan pencetus revolusi kelahiran TamadunIslam Kandungan al-Quran secara ringkas mengandungi perkara yang berkaitanaqidah, syariat, akhlak, janji baik/jahat, cara-cara untuk mendapat kebahagiaan dankisah orang yang menurut perintah Allah atau melanggar perintah Allah.HadisHadis ialah kata-kata (selain Quran), perbuatan, dan perlakuan diam NabiMuhammad. Peranan hadis ialah mentafsir dan menerangkan maksud al-Quran,mengulang dan menyokong kenyataan al-Quran, dan menjelaskan perkara-perkarayang tidak disebut dalam Quran. Sebagai contoh dalam al-Quran tidak menyebutbagaimana cara rukuk dan sujud, maka Nabi telah melakukan perbuatan tersebutContoh Hadis.Rasulullah bersabda yang bermaksudTuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad ( Perkataan )Sabda Rasululah, Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang ( Perbuatan )Nabi berdiam diri ketika melihat tentera-tentera Islam memakan dhab( Diam)Hasil daripada ajaran-ajaran yang disampaikan oleh al-Quran dan Hadis lahirlahbentuk Tamadun atau kebudayaan umat Islam umpamanya sistem perbankan tanpafaedah dan pakaian yang menutup aurat.Sumber sokongan pula adalah merujuk kepada sumber yang bukan berasaskanwahyu yang mana ianya diambil dari keupayaan manusia menggunakan sebarangusaha dan potensinya. Antara keupayaan berikut adalah;a) Akalb) Penemuan Baru dan Warisani-Pancaindera yang limaii-Pengalaman dari kehidupaniii-Adat dan norma masyarakat.AkalAkal boleh dijadikan sumber Tamadun kerana akal memang merupakan suatu dayayang membolehkan manusia merancang dan bergerak. Akal boleh digunakan untukmembuat tafsiran dan bertindak. Walau bagaimanapun keputusan akal akan hanyadipakai jika tidak bertentangan dengan al-Quran.Akal digunakan dalam ijtimak ulamak dan kias iaitu dengan berijtihad menggunakanakal fikiran dalam membuat sesuatu keputusan. Setelah berijtihat baharulahdikeluarkan pendapat yang merupakan ijmak ulamakPenemuan Baru dan WarisanPenemuan baru dalam berbagai bidang hasil penemuan dan penyelidikan bolehdijadikan sumber Tamadun Islam. Sains dan teknologi boleh diterima selagi tidakmelanggar prinsip-prinsip Islam. Warisan yang baik boleh diambil dan diterima untukTamadun Islam.Contonya bentuk-bentuk bangunan yang berunsur / lambang sesuatu bangsa. Bolehditerima dalam Tamadun Islam setelah diubah sesuai dengan kehendak dan acuanIslam sendiri.Banyak ciptaan-ciptaan baru dihasilkan pada zaman kegemilangan kerajaanAbbasiah dan kerajaan Islam di Sepanyol. Sejarah membuktikan bahawa banyakbahan-bahan Tamadun daripada Greek, Rom dan India telah diterima sebagaisumber Tamadun Islam . Sumber-sumber tersebut menjadi bahan pemikiran untukmenghasilkan Tamadun baru. Semua bahan yang tidak bercanggah dengan ajaranIslam diterima sebagai sumber tamadun.

Terangkan al Quran dan Hadis sebagai sumber Tamadun Islam.

TAJUK 3 - INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN (MELAYU, CHINADAN INDIA)SINOPSISBab ini membincangkan tentang interaksi antara tamadun Melayu,China dan India.Perbincangan dilihat dalam dua zaman perkembangan pra-penjajah Barat danzaman penjajahan Barat. Kewujudan interaksi ini dilihat berdasarkan sejarahkedatangan Bangsa Cina dan India ke alam Melayu dari segi hubunganperdagangan, diplomatik, penghijrahan serta penempatan kekal sebagaipenduduk.Disamping itu, proses interaksi antara tamadun ini memberi kesan kepadapercampuran budaya antara tamadun.Kesan integrasi ini boleh dilihat dalampenggunaan bahasa dan kesusasteraan Melayu serta budaya dan kesenian.Unit ini mengandungi lima tajuk:3.1: Tamadun Melayu.3.2: Tamadun Cina3.3: Tamadun India3.4: Tamadun Jepun3.5 :Tamadun Eropah3.6 : Nilai-nilai Universal antara Tamadun3.7 : Persamaan Dan Perbezaan3.8 : Contoh-contoh Interaksi Dalam Sejarah (Bahasa, Kesenian danKesusasteraan)Hasil PembelajaranDi akhir bab ini, pelajar dapat1- Mengetahui jalinan sejarah interaksi antara Tamadun Melayu, China dan India.2- Mendalami kesan interaksi yang wujud hasil interaksi antara Tamadun Melayu, Chinadan India.3- Memahami ciri-ciri persamaan yang dikongsi bersama antara Tamadun.4- Memahami ciri-ciri perbezaan yang wujud antara Tamadun

Pengenalan Setiap Tamadun yang pernah wujud mempunyai keistimewaan dan ciri-ciritersendiri dalarn memastikan kelangsungan dan perkembangannya.Kesinarnbungan dari kelangsungan sesebuah Tamadun itu sebenamya hasilsikap terbuka dalarn menerima sebarang perubahan dan pengaruh Tamadunlain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara Tamadunsamna ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsananyang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telahmelahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara Tamadun India danChina telah memberi kesan positif iaitu penyebaran agarna Buddha, teknologipengeluaran gula daripada tebu, astronomi dan kesusasteraan Indiadikembangkan di negara India. Sebaliknya, pengetahuan membuat kertas,bahan letupan dan penggunaan kompas dari Tamadun China dapat dipelajarioleh Tamadun India. Kesan negatif hasil interaksi Tamadun ialah pendudukKristian Eropah telah membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai pada abadke-9, ke-18 dan Perang Dunia Kedua disebabkan faktor agarna, falsafah,ketidakseimbangan ekonomi dan sosial. Kewujudan interaksi antara tarnadunlahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap salingmenghormati antara sesebuah Tamadun dengan sesebuah Tamadun yang lain.Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percarnbahan pemikiran danbudaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkankemerosotan sesebuah Tamadun. Sejarah Interaksi Tamadun Melayu Dan Tamadun China Zaman Pra-Penjajah BaratHubungan antara China dengan Alarn Melayu sudah lama wujud iaitu sebelumpermulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Semasapemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan dannegeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu sertamengadakan hubungan diplomatik dengan mereka. Pemerintahan zaman Dinasti Tang(618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melaluipembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialahperjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam Melayuseperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain. (Hashim Hj.Musa, 2005 : 144).Dinasti Song (960-1279) juga telah meneruskan hubungan baik dengan negerinegeriluar tetapi menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan terutama dengannegeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat. Hubungan paling gemilangdan bermakna antara Alam Melayu dengan China ialah yang dijalinkan antaraKesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15. Persahabatan antara Melakadan China wujud sebelum itu lagi apabila seorang utusan Raja China sampai di Melakapada tahun 1403 dan Parameswara membalas dengan satu perutusan ke China padatahun 1405. Laksamana Cheng Ho telah membawa hadiah bingkisan daripada RajaChina, yang dibalas pula oleh Parameswara pada tahun 1407. Seterusnya beberapaorang Raja Melaka telah melawat China iaitu Parameswara (1411), Megat IskandarSyah (1414), Sultan Muhammad Syah (1424) dan Sultan Abu Syahid (1445) (Hashim Hj.Musa, 2005: 145).Interaksi dan pertalian kerajaan Tamadun Melayu dengan Tamadun Cina pad a zamanpra-penjajah Barat tidak banyak membuahkan kesan mendalam dan besar ke atasTamadun Melayu. Ini kerana kedatangan orang Cina ke Alam Melayu dan negara-negara luar lain pada zaman itu tidak didorong oleh perasaan hegemoni dan niat untukmenjajah dan mendominasi negara-negara itu. Sikap mereka saling hormat-menghormati dan mengiktiraf kedudukan dan kewibawaan kerajaan dan ciri budayamasing-masing. Bahkan ada kecenderungan pada pihak China untuk mempelajari danmemanfaatkan khazanah budaya bangsa Tamadun tempatan, contohnya I-Ching yangbelajar dan berkarya di Srivijaya selama belasan tahun. Begitu juga LaksamanaMuhammad Cheng Ho dan orang-orangnya apabila melawat Melaka pada zamankesultanannya. (Hashim Hj. Musa, 2005: 146). Zaman Penjajah Barat Sebelum kedatangan British bilangan masyarakat Cina terlalu kedl dan terlibat dalambidang perniagaan. Penghijrahan secara beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayuberlaku selepas Inggeris mengambilalih Pulau Pinang pada tahun 1826, Singapura padatahun 1819 dan penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan merekaberasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin, Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon danlain-lain. Mereka terlibat dalam sektor perlombongan di Lukut, Sungai Ujong, Larut,Kelang dan Kuala Lumpur. Di samping itu orang Cina dibawa masuk ke Johor melaluisistem Kangchu yang membenarkan mereka bekerja di ladang lada dan gambir.(Hasnah, Matdiana, 2000: 155).Namun dari segi interaksi dan pengaruh budaya antara masyarakat Cina dan Melayuterdapat jurang yang luas. Antara sebabnya kawasan penempatan yang berasingan;orang Cina tertumpu di kawasan bandar terutama sekali di kawasan perlombonganseperti Kuala Lumpur yang mempunyai 79% daripada penduduk seramai 43,786 padatahun 1891 adalah orang Cina. Polisi pentadbiran Inggeris juga secara sengajamemisahkan penempatan antara kaum ini. Kawasan penempatan orang Cina jugamerupakan kawasan yang berdikari (self-contained) dengan penduduknya tidak perluberinteraksi dengan orang luar untuk kelangsungan hidup mereka (Hashim Hj. Musa,2005 : 148-149).Sejarah Interaksi Tamadun Melayu Dan Tamadun India Zaman Pra-Penjajah Barat Menurut Himansu Bhusan Sarkar (1970) dalam Some Contribution Of India To AncientCivilization Of Indonesia And Malaysia, interaksi Tamadun India dan Tamadun-tamadunAsia bermula kira-kira 2000 tahun yang lalu (Amran, 1995 : 120). Faktor perdaganganmemainkan peranan penting dalam interaksi tersebut melibatkan laluan sutera yangmelintasi Asia Tengah dan jalan laut melalui Selat Melaka. (Hall, 1981 : 23). Negaraterawal muncul yang mendapat pengaruh India ialah Funan sekitar akhir kurun ke-2Masihi, bertapak di Muara Sungai Mekong dengan pelabuhannya Oc Eo. Selain itu adabeberapa buah negeri lain yang diandaikan muncul dan menerima pengaruh Indiaantaranya Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan Tanah Merah di Semenanjung,Kam-to'-li di Sumatera, Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo. (Hashim Hj. Musa, 2005 :138).Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang India merupakan golonganpedagang yang utama. Mereka datang daripada pesisir Koromandel, Kalingga,Benggala dan Gujerat (Cambay, Surat dan Randir). Ada yang tinggal menetap di Melakadan sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan Melayu yangseterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka. Tun Ali, anak kepada seorangpemborong permata Tamil Muslim yang telah berkahwin dengan anak Sri Nara Dirajapada zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444) telah dilantik menjadi Sri Nara Dirajamenggantikan datuknya, yang seterusnya melahirkan pembesar-pembesar danpemerintah Melaka dari keturunan Melayu Tamil. Cucunya Raja Kasim telah menjadiSultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah yang masyhur itu (1446-1456).Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan pembesar-pembesar seperti Temenggung TunTahir, Bendahara Tun Mutahir dan Temenggung Tun Husain. Raja Mendaliar seorangpedagang Keling telah dilantik menjadi Shahbandar Melaka semasa pemerintahanSultan Mahmud (1488-1500). Khoja Hasan berasal daripada Parsi atau Utara India telahberkahwin dengan anak Hang Tuah dan dilantik menjadi Laksamana menggantikanHang Tuah.Zaman Penjajahan Barat Kedatangan dan perpindahan orang India ke Semenanjung Tanah Melayu bermula abadke-19 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Khidmat mereka diperlukansebagai buruh di ladang tebu, kopi dan teh dan kebanyakan mereka orang TamildanTelegu dari wilayah Andhra Pradesh. Di samping itu, pihak Inggeris membawa masukorang Ceylon dan Malayalee untuk berkhidmat sebagai kerani, pembantu hospital sertamengawas dan menyelia ladang-Iadang kerana mereka berpendidikan Inggeris.Peningkatan jumlah orang India di Tanah Melayu semakin pesat menjelang tahun awalabad ke-20. Sehingga tahun 1931 terdapat seramai 132,277, orang India di negeri-negeri Selat, di negeri-negeri Melayu Bersekutu seramai 379,996 dan di negeri-negeriMelayu Tidak Bersekutu seramai 110,951 orang (Malaysia Kita, 2000: 176-177).Namun kedatangan kaum India pada zaman penjajah British berbeza dengan padazaman Srivijaya dan Kesultanan Melaka. Ini kerana pendatang India zaman prapenjajahterdiri daripada kelas tinggi dan diserap masuk ke dalam institusi istana dan institusinegeri yang lain. Pendatang India zaman penjajah kebanyakannya terdiri daripada kelasrendah, menetap dalam kawasan geografi dan so sial yang tersendiri serta terasing.Oleh demikian, proses dengan masyarakat setempat terutamanya orang Melayu tidakmeluas dan berkembang. Faktor tersebut menyebabkan peranan mereka ke atasmasyarakat dan budaya Melayu amat minimum.Nilai-nilai Universal Antara TamadunInstitut Keluarga Dan Komuniti Tamadun Islam Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalamhubungan kekeluargaan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskankepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilahdilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan;- Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurnakepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.- Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa keranakeredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.- Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.Tamadun China Keluarga merupakan unit asas dalam Tamadun China. Ajaran Confucius menjadiasas kepada Tamadun China-pentingkan hubungan kasih sayang dan hierarkikuasa. Konsep li menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia:-a) hubungan maharaja dengan rakyatb) hubungan bapa dengan anakc) hubungan abang dengan adikd) hubungan suami dengan isterie) hubungan kawan dengan kawanAnak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa.Konsep ketaatanyang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakanupacara mengingati nenek moyang-bertujuan mengucapkan terima kasih danmenunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telahmeninggalTamadun India Unit penting dalam Tamadun India.Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokonganyang berbentuk fizikal dan kerohanian, di samping menjadi penerus zuriat.Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistemkekeluargaan India. Walaupun hubungan darah yang dikiradaripada anggotalelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapiyang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormatKomuniti Tamadun Islam Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam Tamadun Islam.Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungankekerabatan, malah hubungan sesama agama (ukhwah) dan hubungan sesamamanusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukanIslam.Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut.Asas hubungan individu dalam Islam:a) ikatan kekerabatanb) persamaan agamac) ikatan kemanusiaanHubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarianbermaksud sama rata. Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujudsistem kelas dalam masyarakat-tidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita.Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan

Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaanyang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.Komuniti Tamadun ChinaPembentukan komuniti cina banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaanmasyarakat cina.a) kuasa lelaki dan bapa.b) Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah.c) Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahap pendidikan dankemahiran.Komuniti Tamadun India Berbeza daripada Tamadun lain.a) komuniti dalam Tamadun India mempunyai peraturan yang ketat.b) Sistem sosial dan komuniti berasaskan sistem kasta.c) Penentuan kasta seseorang adala secara ascribed iaitu diwarisidaripada nenek moyang.d) Sistem kasta turut menentukan jenis pekerjaan yang boleh dilakukandan layanan yang patut diberikan kepada individu tersebut.e) Sistem kasta mempengaruhi semua aktiviti kehidupan dalam komuniti.Konsep dharma ditekankan dalam hubungan sesama anggotamasyarakat.f) Dharma menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apayang harus dilakukan oleh setiap anggota.Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Tamadun-tamadun yang pernah lahir di dunia mempunyai latar belakang yangtersendiri, maka terdapat begitu banyak perbezaan antara satu dengan satu Tamadunyang lain. Namun begitu, tidak dapat dinafikan banyak persamaan yang dikongsi antarabeberapa Tamadun tersebut. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara Tamadun boleh dilihat terutamanya teologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubungmonoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerimakonsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsepTuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian danYahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agamamonoteistik, tetapi kepercayaan mereka berbeza antara satu sama lain.Persoalan-persoalan teologi sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat.ercanggahan pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku antara satu lmadundengan satu Tamadun yang lain, tetapi boleh juga berlaku dalam sesebuah lmadun,malah dalam sesebuah agama itu sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan ersoalanteologi, persoalan etika sebenarnya kurang kontroversi. Hakikat ini dapat lenjelaskanbahawa dialog Tamadun atau peradaban boleh berlangsung dalam eharmoniansekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan etika. Dalam onteks melihatperbezaan antara Tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan =handraMuzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, Hashim Hj Musa, lohd Zuhdi Marsuki.2002).

Alam SekitarHidup harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima semuaagama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagaitmgerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodian tauSteward) yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhismean beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakantmgerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam Tamadun tertentu, memeliharaalam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah an dilihatsebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini, Tamadun-tamaduntradisional secara umum tidak memusnahkan alam sekitar. Sesetengah pihak lempunyaitanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan tahap teknologi yang lasih rendahpada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedari bahawa penciptaan ~knologi danpenggunaannya sangat dipengaruhi oleh pandangan semesta sesuatu pengamalanbudaya.Keluarga Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu ihayatioleh Tamadun-tamadun tradisional. Keluarga yang dimaksudkan pada lzimnya adalahkeluarga extended. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa ang menentukankedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. engamalan seperti ini telahmenjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurutkonfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan onsep kekeluargaan yangpaling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan ~perti ini merupakanpenafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. :onsep kekeluargaan dalampengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang an hormat-menghormati.Be:rdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan edudukan kaum lelaki dan kaumperempuan dalam sesebuah keluarga itu yang lenjadi persoalan utama, tetapi setiapmereka harus menunaikan tanggungjawab lasing-masing dalam lingkungan kasihsayang dan hormat-menghormati.Komuniti Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam setiap Tamaduntradisional. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalammenentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapatmemastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasadihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material danpsikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi perseorangan (individu) dankomuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Kedua-dua pihak berpegang padanilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasa transenden.Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu tidakmempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah Ketamadunanmanusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komunitimencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme.Kerajaan Falsafah Tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moral atau akhlaksebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama danadil merupakan tema utama Tamadun-tamadun silam. Dalam Tamadun China, tulisanMoh- Tze, Lao- Tze, Kung Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangatmenekankan perkara ini. Begitu juga dalam India; Kautilya membincangkan ciri-cirikepimpinan yang saksama dan adil, seperti juga al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali danIbn Khaldun dalam Islam yang turut menumpukan perhatian kepada persoalan yangsarna. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyatmerupakan dimensi penting kerajaan dalam Tamadun-tamadun tradisional. Namundemikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral.Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-Iunas keadilan, maka ketika itu rakyat bolehmenyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya.Kegiatan Ekonomi Dalam Tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'MoralSemesta' (Moral Universe). Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalamajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam eight fold path. Dalam ajaranIslam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapatdengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomiyang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatanekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran','pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbanganpertimbangan moral.Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah ataubentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan ekonomi moden.Perkara yang membezakan ekonomi Tamadun tradisional dari ekonomi zaman modenadalah kayu pengukurnya.Pendidikan Matlamat paling utama pendidikan dalam Tamadun-tamadun tradisional adalahpembinaan sifat-sifat seseorang (character-building). Proses pengajaran ilmumempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedariperkara tersebut, dimensi Inner Being begitu penting dalam konsep pendidikan Islam,Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. Manusia tidak digalakkan menguasaipersekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui pengetahuan tentang dirinya. Cuma cara transformasi iniberlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam persoalantauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaranBuddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui prosesmencari diri sendiri.Kesihatan Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidangmasyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam Tamadun-tamadun tradisional tidakboleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsepkesihatan Tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya.Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorangdipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh. Konsep holistikberdasarkan idea bahawa segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan.Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam.Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melaluiproses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnyakeseimbangan dalam kehidupannya.Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan berTamadun, jelas bahawa teras kepadakonsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam TamadunTamaduntradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud beberapaperbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satuTamadun dengan Tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikaptoleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahuipersoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu Ketamadunan membuka ruangkepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupanyang lebih saksama.

Contoh Interaksi Tamadun China Dalam Tamadun Melayu Bahasa Dan KesusasteraanPengaruh Tamadun China ke dalam Tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapanbeberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu, seperti berikut (Za'ba,1962 : 275) :(a) Makanan dan buah-buahanBakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisangkaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu, samsu.(b) Pakaian dan barang-barang daganganBudaya dan Kesenian Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali diMelaka dan Cina peranakan di Kelantan suatu interaksi yang ketara dalam masyarakatMelayu. Mengikut catatan De Eredia orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 diMelaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwindengan wanita tempatan. Oleh sebab itu mereka terpaksa menggunakan bahasaMelayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa berinteraksi denganmasyarakat tempatan dan kalangan keluarga mereka sendiri. Dengan demikian prosespembudayaan Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukanCina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya. Satu ragam atau dialek bahasaMelayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai MelayuBaba walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja. DialekMelayu Baba ini diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan dikalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-bandar utama di Alam Melayu sepertiMelaka, Pulau Pinang, Singapura dan Jakarta. Dialek Melayu Baba Melaka berbezadengan bahasa Melayu baku dari beberapa sudut. Kata pinjaman dari bahasa Cina telahbanyak terserap terutamanya dari dialek Hokkien iaitu berkaitan dengan adat,kekeluargaan dan agama orang Cina. Kini ramai di kalangan komuniti Baba telahberkahwin dengan komuniti Cina yang lain dan menyerap kembali ciri-ciri budaya Cina(Hashim Hj. Musa, 2005: 146-147).Contoh Interaksi Tamadun Melayu Dengan Tamadun India Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh dikesan dalambahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan, dan istiadat Raja-Raja Melayu sertaad at resam dan hiburan.Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Dalam bidang bahasa kemasukan konsep dan ideabaru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masukmenjadi unsur pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dansedikit daripada bahasa Tamil. Namun proses peminjaman kebanyakannya disesuaikandengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu seperti contohdi bawah (Hashim Hj. Musa, 2005: 142-143).(a) Pinjaman daripada Sanskrit:Dari segi fonologi, aspirasi /h/ dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat:Bhumi-bumiBheda-beda/bezaBhasa-bahasaArthah-hartaBhakti-baktiBhudi-budiarghah-harga.(b) Pinjaman daripada Bahasa Tamil.Ciri-ciri penyesuaian juga berlaku ke atas kata pinjaman Tamil iaitu konsonan retrofleks,ciri kepanjangan vokal dan penggandaan konsonan dihilangkan, contohnya:Kendii-kendiKappal kapal

Kesimpulan Pada zaman penjajahan British kesan daripada polisi "pecah dan perintah",menyebabkan tidak terdapat interaksi meluas antara kaum di Malaya. Kawasanpenempatan yang berasingan diperkukuhkan oleh kegiatan ekonomi yang berbezabeza,memisahkan pelbagai kaum tanpa banyak interaksi antara satu sarna lain. Dengan itutelah melahirkan masyarakat majmuk dengan ciri-ciri budaya, agama dan bahasa yangberbeza-beza.Selepas kemerdekaan telah timbul kesedaran yang kuat di kalangan para pemimpinPersekutuan Tanah Melayu untuk menggubal polisi dan langkah-Iangkah bagimewujudkan interaksi dan hubungan yang lebih rapat antara kaum, melalui penubuhanParti Perikatan yang menggabungkan UMNO, MCA dan MIC yang bertanding danmenang dalam pilihan raya 1955 dan seterusnya membentuk Kerajaan Perikatan. Dasarpelajaran P.T.M iaitu Penyata Abdul Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib1960 telah memperakukan sistem pendidikan kebangsaan yang tunggal bagimenyatukan semua murid sekolah dari pelbagai kaum dalam satu sistem sahaja.Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Rukun Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telahdibentuk. Ini diikuti pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan dan pelaksanaan bahasakebangsaan sebagai pengantar pendidikan dipesatkan, demi mengurangkan jurangpemisahan antara kaum membolehkan perpaduan dan muhibah dapat disemai.Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) telah dilancarkan untuk menstruktur semulamasyarakat dan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara Bumiputera dankaum Cina yang menjadi punca utama konflik perkauman. Seterusnya RancanganJangka Panjang Pembangunan Kedua (RJPP2) (1990-2000) telah dilancarkan pulauntuk menyusuri dan melengkapi DEB yang telah tamat itu.Semua itu adalah polisi dan langkah-Iangkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan danpemimpin Malaysia bagi mewujudkan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatupadu untuk mengatasi suasana berbilang kaum dan masyarakat majmuk yang berkonflikdan berpisah warisan dan tinggalan daripada amalan penjajahan British. 16RUJUKANAzhar Hj. Mad Aros,Tamadun Islam Dan Tamadun Asia , Penerbit Fajar BaktiSdn.Bhd.Shah Alam.Ab. Alim Abdul Rahim dan Syed Mohamad. (1995).Tamadun Islam.KualaLumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Abd. Rahman Nawas dan Nawawe Mohamad. (1995).Tamadun Islam . KualaLumpur:Pustaka Haji Abdul Majid.M. A. J. Beg. (1980)The Image of Islamic Civilization.Bangi: UniversitiKebangsaan Malaysia.Mustafa Haji Daud. (2002)Tamadun Islam . Kuala Lumpur: Utusan Publications.Mustafa Haji Daud. (1985).Pengantar Tamadun Islam . Petaling Jaya: MediaIntelek sdn. Bhd.Penerbit Universiti Malaya.(2002)Tamadun Islam dan Tamadun Asia .KualaLumpur.Sazelin Arif.(2007)Tamadun Islam dan Tamadun Asia.McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd. Shah Alam.http://bmm222.blogspot.com/2008/10/bab-2-interaksi-antara-pelbagai.html http://bmm222.blogspot.com/2008/10/bab-3-islam-dalam-Tamadun-melayu.html http://titas-haba.blogspot.com/2008/12/topik-3-interaksi-pelbagai-Tamadun.html http://www.enotapelajar.com/2010/07/interaksi-antara-Tamadun-bab-3.html http://www.pdfcari.com/BAB-2-:-INTERAKSI-ANTARA-PELBAGAI-TAMADUN-28-MELAYU,-CINA,-INDIA-....html http://www.dapat.net/MYMALAYSIA/Bab3%20Tamadun%20Melayu.pdf http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/2-interaksi-antara-Tamadun.html http://ayisy.blogspot.com/2009/03/peranan-islam-dalam-pembinaan-Tamadun.html

TAJUK 4 - ISLAM DALAM TAMADUN MELAYUSINOPSISDalam bab ini dibincangkan tentang Islam dalam Tamadun Melayu, TamadunCina,Tamadun India,Tamadun Jepun dan Tamadun Eropah, Nilai-nilai Universalantara Tamadun juga dibincangkan. Bab ini juga memperlihatkan tentangpersamaan dan perbezaan serta Contoh-contoh Interaksi Dalam Sejarah melaluibahasa, kesenian dan kesusasteraan.Unit ini mengandungi lima tajuk:4.1: Pengenalan4.2: Peranan Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia4.3:Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu4.4: Kesan, Pengaruh Dan Peranan Islam Dalam Tamadun Melayu4.5 :KesimpulanHasil pembelajaranDi akhir bab ini, pelajar diharap dapat;1- Membincangkan peranan Islam dalam pembinaan Tamadun Melayu.2- Menerangkan tentang kemunculan pusat-pusat tamadun melayu sebelum danselepas Islam.3- Menerangkan tentang kegemilangan Tanah Melayu dan sumbangan hasil4.1-PengenalanAgama Islam menjadi asas utama dalam pembentukan tamadun Melayu. Islam telahmenjadi agama rasmi sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 3 PerlembagaanPersekutuan. Islam juga menjadi anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada tamadunMelayu. Dalam perkembangaImya, tamadun Melayu semakin man tap dengankedatangan Agama Islam dan kewujudan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budayaMelayu telah berinteraksi dan berintegrasi antara satu sarna lain serta saling melengkapiantara keduanya dalam tamadun Melayu.Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku proses Islamisasi di Alam Melayudengan kesan-kesannya sebagaimana yang dilihat dalam sejarah. Antaranya, berlakuperubahan akidah Melayu kepada kehidupan kerohanian. Namun, masih ada unsur-unsur budaya Hindu-Buddha dan animisme yang masih diamalkan. Proses Islamisasidalam masyarakat Melayu telah merubah pelbagai aspek kehidupan seperti rohani,intelektual dan kemasyarakatan. 4.2- Peranan Islam Dalam Pembinaan Tamadun MalaysiaIslam Dalam Tamadun MelayuPenerimaan Islam ke dalam masyarakat Melayu adalah secara damai dan sejahtera.Tidak terdapat bukti sejarah yang mengatakan masyarakat Nusantara menerimakemasukan Islam secara paksa. Jika ada pun, perselisihan yang wujud adalah bersifatsetempat dan tidak menyeluruh disebabkan faktor keengganan menerima perubahan.Misalnya, peperangan di antara Raja Raden Fattah (Ciri) dengan Prabu Udara(Majapahit) pada awal abad ke-16 M (Hamka, 1965 : 488-493).Islam datang ke Nusantara pad a awal abad 1 Hijrah (kurun 7 dan 8M) (Harnka, 1965 :433-434). Islamisasi semakin pesat apabila kerajaan Islam berpusat di Baghdad jatuh ketangan tentera Monggol pada tahun 1258M. Ini menyebabkan usaha Islamisasi terbukake kawasan-kawasan baru termasuklah Nusantara. Selepas 1258M, kemunculankerajaan-kerajaan Islam di Nusantara tidak dapat dibendung lagi. Antaranya, KerajaanAceh, Terengganu, Melaka, Patani, Banten, Mataram, Brunai, Sulu dan sebagainya.Secara keseluruhannya, Islam telah membawa perubahan besar kepada masyarakatNusantara selepas itu. Contoh yang paling jelas adalah Kerajaan Melaka, Aceh danJohor-Riau yang secara terang membuka minda masyarakat Nusantara dari pelbagaisudut seperti pentadbiran, 'pendidikan, perundangan, ekonomi dan agama.. Kesan perubahan ini masih berterusan walaupun Nusantara selepas itu melalui prosespenjajahan Barat bagi satu tempoh masa yang panjang bermula kejatuhan KerajaanIslam Melaka pada 1511 sehingga kemerdekaan Malaysia dicapai pada 1957 selainbeberapa bahagian wilayah Nusantara yang lain turut mengalami kemerdekaan sebelumdan selepas itu.Pengaruh Islam tetap bertapak dan terus diasimilasi bersama-sama kehidupanmasyarakat Nusantara sehingga Islam dijadikan 'ad-deen' sebagai cara hidup darisemua aspek keperluan masyarakatnya. Contoh yang dapat digambarkan menerusiwasiat Sultan Mansur Syah kepada anaknya; Sultan Alauddin Riayat Syah (SejarahMelayu (ed), 1948: 140) adalah seperti berikut:u...hendaklah engkau berbuat sabar serta adil sangat-sangat, dan jangan tamakkanharta orang..... Melainkan dengan izin tuannya. Jangan lagi khali engkau,keluar dihadap orang, kerana hamba Allah banyak terserah kepadamu, jikalaukesukaran baginya hendaklah engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkauperiksa baik-baik....... kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyatihi ... uWasiat ini menjelaskan bahawa ajaran Islam dihayati dan diamalkan oleh masyarakatsebagai satu cara hidup.4.3- Teori Kedatangan Islam Ke Alam MelayuPada umumnya terdapat tiga teori utama tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggaraiaitu Islam datang dari Tanah Arab, China dan negara India. Mengenai kedatanganIslam ke Tanah Melayu para sejarawan berpendapat, Melaka merupakan negeri yangmula-mula menerima ajaran Islam dan raja Melaka yang pertama iaitu Parameswaradikatakan telah memeluk Islam pada tahun 1414. Teori kedatangan Islam ke AlamMelayu adalah seperti berikut: Islam Datang Dari Tanah ArabDi Tanah Melayu terdapat bukti-bukti yang kuat bahawa Agama Islam itu dibawa secaralangsung dari tanah Arab oleh bangsa Arab. Sebagai contohnya Maharaja Derbar RajaII, raja Kedah telahpun diIslamkan pada tahun 531 H/1136 M, oleh Sheikh Abdullah binSheikh Ahmad al-Qaumiri al- Y amani seorang ulama berbangsa Arab yang datang dariYaman (Abdullah Ishak, 1990 : 60).Menurut satu catatan yang ditemui, terdapat sebuah perkampungan Islam di SumateraUtara yang diberi nama 'Tashih' telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi (Abdullah Ishak, 1990 : 35). S.M. Naquib al-Attas menegaskan jugabahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisanJawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya(Hashim Musa, 2001: 165).Hubungan perdagangan telahpun terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejaksebelum kelahiran Islam lagi dan ia berterusan selepas kelahirannya. Penyebaran Islamdi Tanah Arab telah begitu meluas dan termasuklah di Yaman yang mempunyaipelabuhan perdagangan yang penting. Pedagang-pedagang Islam yang bertumpu diYaman turut menjalankan aktiviti perdagangan dengan Asia Tenggara terutama untukmendapatkan barangan seperti kapur barus, kemenyan dan sebagainya.Islam Datang Dari India Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kerndan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkanperanan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Mereka jugaberpendapat ramai pemimpin Abbasiyah dan Umaiyah di Andalus melarikan diridaripada tindakan pihak berkuasa, sebagai pelarian politik dan mendapatkanperlindungan di India dan juga di Alam Melayu. Hujah mereka adalah berpandukankepada persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie. B. Harrison berpendapatmasyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat danbimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan. MeperusL hubungan dua hala itupenduduk Nusantara berminat dengan Islam yang telahpun dianuti oleh pedagang-pedagang India (Abdullah Ishak, 1990 : 61).Pendapat di atas dibuktikan melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, RajaSamudera yang bertarikh 1297 Masihi. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujeratberdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut(D.G.E. Hall, 1987 : 253). Walau bagaimanapun, sarjana-sarjana tersebut telahbersetuju Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan dan batu nisan itu adalah sebagaibuktinya. Islam Datang Dari ChinaMenurut sejarah, Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tangiaitu sekitar tahun 650 Masihi dan Canton menjadi kawasan tumpuan utama parapendakwah Islam (Azhar, 2000 : 256). Terdapat beberapa teori yang turut menyokongkedatangan Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datangke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Pendapatini terbukti hasH penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak dipantai Timur Tanah Melayu (Othman Soh, T.t : 72). 'Pada tahun 878 Masihi pula telah berlaku pemberontakan di Canton yang menyebabkanseramai 100 000 orang asing terbunul).. Akibat peristiwa ini telah menyebabkan ramaiorang Arab-Islam yang melarikan diri ke Kedah dan Palembang. Dalam masa yangsarna catatan Dinasti Sung pula mengatakan bahawa kedatangan Islam ke AlamMelayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal977 (Azhar Hj. Mad Aros, 2000: 256).Bukti kedatangan Islam dari China dapat dilihat melalui hubungan perdagangan antaraorang-orang Arab dengan China yang dikatakan telah berlaku sejak sebelum kelahiranAgama Islam lagi. Mereka membawa barang-barang dagangan seperti mutiara, suteradan tembikar dari China. Perdagangan antara Arab dengan China secara tidak langsungmewujudkan hubungan antara China dengan Kepulauan Melayu. Menurut laporanorang-orang China Islam, bahawa orang-orang Arab Islam telahpun datang ke negaraChina semasa zaman pemerintahan Maharaja Tai Tsung dari Dinasti Pang (627-650M)(Abdullah Ishak, 1990 : 65).4.4- Kesan, Pengaruh Dan Peranan Islam Dalam Tamadun MelayuKedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu.Kesan ini juga jelas dilihat di dalam kehidupan" seharian masyarakat Melayu. Kehidupanmasyarakat Melayu banyak didasari adat dan ajaran Agama Islam. Kesan dan pengaruhIslam dalam tamadun Melayu adalah seperti berikut: Agama dan KepercayaanKesan utama yang dibawa oleh Islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan.Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meninggalkan ajaran agama Hindu-Buddha dan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuhanan,hormat-menghormati antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan tara. Carakehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamaldan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka.Kepercayaan dan agama merupakan dua aspek sosial yang agak sukar untukdipisahkan kerana sebahagian besar daripada kepercayaan termasuk dalam agama.Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat permulaan adalah berbentukanimisme. Dalam kepercayaan ini mereka menganggap benda-benda mempunyaisemangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan ataupenyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam yanglain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang menjadipenunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989 : 26).Islam mengubah world view masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangatdan dewa-dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi-nabi, rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab sud. Keimanan mereka diikuti dengan amalibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji.Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakansambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al-Quran.Perubahan yang paling utama ialah daripada sudut kepercayaan yang manamasyarakat Melayu telah diperkenalkan dan diyakinkan dengan keyakinan yangberteraskan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah world view orang Melayu daripadazaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciri tertentu danmasyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada ajaran tauhidyang murni (Muhammad Uthman, 1977 : 185).Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa banyak perubahan sebagaimanayang disebut oleh Syed Naquib al-Attas sebagai mencetuskan suatu zaman baru.Perubahan yang dibawa merupakan perubahan menyeluruh berteraskan as as tauhid.Impak tauhid ini menyebabkan berlakunya perubahan terhadap 'rupa dan jiwa' AlamMelayu ini. Ledakan tauhid ini telah meninggalkan zaman kehidupan t Hinduisme danBuddhisme yang tiba pada abad ke-4 dan ke-5M, di mana perintah-perintah dan ajaranIslam itu diterima melalui jenis-jenis aktiviti pendidikan yang formal (Azhar Hj. Md Aros,2003 : 304).Agama Islam di Melaka dihayati oleh masyarakat ketika itu sejak agama ini diterima olehRaja Mahkota Iskandar Shah. Masyarakat Melaka telah reIa menerima Agama Islamyang telah dianuti oleh raja mereka. Dengan penerimaan ini, mereka berusaha pulauntuk mengamalkan serta menghayati ajaran dan hukum Islam dengan sebaiknya.Kegiatan kemasyarakatan telah berubah dan menggambarkan penerimaan danpenghayatan mereka terhadap ajaran Islam. Kegiatan keagamaan diadakan sepertimuzakarah, kuliah dan ceramah. Perayaan dalam Islam disambut dengan penuhpenghayatan seperti sambutan Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa. Mereka sudahmula mempelajari al-Quran dan ilmu tafsir daripada ulama yang ada di Melaka ketika itu.Anak-anak pula dididik dengan cara hidup Islam (Zainal Abidin bin Abdul Wahid, 1992 :29).Penyerapan ajaran Islam juga berlaku tanpa mengganggu masyarakat yang adasehingga akhirnya menjadikan orang Melayu di Alam Melayu berAgama Islam. Tauhid juga membuahkan kehidupan beribadah, menghiasi akhlak serta mencetus perubahanlain dalam bidang politik, perundangan, pendidikan dan sebagainya. Berasaskan konseptauhid ini juga lahirlah hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia denganPencipta.Walau bagaimanapun, kepercayaan-kepercayaan dan tradisi lama tidak dihapuskansama sekali. Sebagai contoh, dapat dilihat pada petikan mantera di bawah: (SamriSainuddin, 2004 : 38)Kabul aku menawar ubat pontianak si anu, Kabul Allah Kabul Muhammad,Kabul Baginda Rasulullah Kabul berkat guru La ila ha ilallah, MuhammadarRasulullahMentera ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu dalam perubatan. Ia tidakbertentangan dengan ajaran Islam.Perubahan sosial berlaku dengan adanya revolusi mental yang diketengahkan olehIslam dan masyarakat. Beberapa aspek pemikiran yang wujud dapat membuktikanhakikatnya. Ajaran Islam mengandungi unsur-unsur rasionalisme, di mana Islam telahmenekankan konsep persamaan taraf sesama manusia di sisi Allah SWT. Semuamanusia adalah berasal dari Adam a.s. dan Adam a.s. dijadikan dari tanah.Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah masyarakat Nusantara dengansendirinya menolak kepercayaan tahyul Hindu dan fahaman animisme (Abdullah Ishak,1990 : 133-134).4.4.1- Pendidikan Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Selepas kedatangan Islamgolongan bawahan menerima pendidikan yang sarna seperti golongan atasan. Sistempendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan Islamseperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telahmengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun.Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitabkitab.Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan penting dalammengembangkan ilmu pengetahuan.Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulamaulamaMelayu yang menjadi pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antaratokoh-tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh WanHasan Wan Ishak dan ramai lagi (Hashim Hj. Musa, 2004 : 46). Tokoh-tokoh ini telahbanyak menyumbang ke arahperkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu.Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi kedudukan yang begitu tinggidengan memperkenalkan metod ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar dengantuntutan Islam. Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalahpendekatan baru dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyulserta memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang mementingkan akal,pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yangsihat (Rasid Muhammad, 1996 : 140).Kedatangan Islam membawa pengaruh yang besar terhadap sistem pendidikan. DiMelaka contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di istana yang juga berfungsi sebagaiperpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Di samping itu tempattempat lainyang digunakan sebagai tempat pengajian ialah rumah-rumah ulama, masjid, madrasahdan surau. Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri dari bangsa Arab. Ilmu-ilmu yangdipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf Kitab-kitab utama yang menjadipegangan masyarakat di Melaka ketika itu ialah aI-Oar al-Manzum oleh Abu Ishak aI-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj al- Talibin oleh al-Nawawi.

Bersama dengan kedatangan Islam di mana-mana sahaja maka berkembanglah ilmupengetahuan dan pendidikan. Di Melaka sendiri, sultan yang pertama bermula dariMegat Iskandar Shah (1414M) hingga sultan-sultan terakhir sebelum 1511M, begitumengambil berat tentang perkembangan pendidikan. Pengajian Islam tidak sahajaberlaku di rumah-rumah, masjid-masjid dan surau-surau, bahkan juga di istana sultan.Ulama-ulama asing yang datang ke Melaka sejak awal hingga zaman kejatuhannyaseperti Makhdum Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf, Qadi Menus, QadiMenawar Syah, Maulana Sadar Johan, Maulana Jalal aI-Din dan lainlain bukan sahajadijadikan sebagai seorang guru bahkan diberi kedudukan yang tinggi dalam hierarkisosial di Melaka, setaraf dengan pembesar dan pentadbir (Abdullah Ishak, 1990 : 142).4.4.2- Bahasa Dan Kesusasteraan Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke-14 Masihi danberkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal abad ke-14 kedudukanAgama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara.Bukti keteguhan kedudukan Agama Islam di daerah ini dapat dilihat daripada kewujudanpenggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu. Pada era kerajaan MelayuMelaka (1400-1511M) misalnya, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagilapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahapperkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa yangmempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan(abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M) (Mahayudin Hj. Yahya, 1998: 91).Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasaperubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arabkepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubahsuaidan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu dapatmemainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama,hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan juga sebagai alatpenyebaran dan penyampaian Agama Islam di seluruh Alam Melayu. Tulisan jawi telahdigunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan kedatangan Islam. Antara factor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar penyebaran, penyampaianpersuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman bahasa Melayu dan juga perananyang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan di SemenanjungTanah Melayu dalam penyebaran Agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu.Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Agama Islam telah menaikkantaraf, kecekapan dan kewibawaannya. Antara sumbangan terbesar Islam kepadamasyarakat di Alam Melayu adalah pengaruhnya terhadap perkembangan bahasaMelayu. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu, bahasa Melayu merupakanaspek terawal menerima pengaruh Islam. Pemindahan ilmu berupa ajaran Islamdaripada al-Quran dan al-Hadith yang kedua-duanya dalam bahasa Arab berlaku dalamgerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh pendakwah-pendakwah darinegara Arab, India dan China.Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah menyebabkanberlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam Melayu. Kedatangan Islammengangkat martabat bahasa Melayu ke arah mengungkapkan sesuatu yang bersifatilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca yang digunakan secarameluas di Alam Melayu. Terdapat penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam dandigunapakai dalam bahasa Melayu.Kedatangan Agama Islam juga telah membawa perubahan yang besar terhadap warisankesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti Hikayat NabiMuhammad S.A.W Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat ParaPahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang-orang Yang Salih. Manakala puisiterkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah Syair Perahu, SyairBurung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri.Melalui tulisan jawi agarna Islam telah dapat diperkembangkan. Bahasa dankesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada itu bahasaMelayu itu telah diperkayakan dengan kata-kata pinjaman serta istilah daripada bahasaArab. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalarn kitab serta karya sasterasemasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga mempunyai tajuk asaldalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lain-lain lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992: 28).

Kedatangan Islam ke Alam Melayu selain membawa perubahan dari sudut akidah, ia juga membawa perubahan dari sudut kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu bukansahaja mengalami perubahan dari aspek pendokumentasian, malah turut mengalamiperubahan dari aspek tema, bentuk, genre malah matlamat sastera itu sendiri. Parasasterawan menghasilkan karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan sahajabercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang-cabang ilmu fekah, ilmu tasawwut ilmukalam, falsafah dan sebagainya (Ismail, 1985 : 101). Pelbagai hasil kesusasteraantelah dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam itusendiri. Antara contoh sastera prasa ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat BulanBerbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj.4.4.3- Perundangan Kedatangcm agarna Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Alam Melayu.Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalamHukum Kilnun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat yangtidak bertentangan dengan ajaran Agama Islam dikekalkan. Contohnya hakim bolehmenggunakan budi bicaranya sarna ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagikesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja

Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara sistem perundanganmasyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam. Contohnya Melakamempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan,perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-duakumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukumadat yang telah wujud sejak dahulu lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992 : 29).Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahanMalaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusannegeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satupersatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-undang yang telahdikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam, undang-undang prosedur danketerangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi.Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi undang-undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya dijadikan contohtentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan. Menurut beberapa orangsarjana barat seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin, Hukum Kanun Melaka atauUndang-Undang Melaka pada dasamya berasaskan Undang-undang Islam di sampingberpegang kepada hukum akal dan hukum adat. Pendapat-pendapat tersebut adalahsejajar dengan perkataan-perkataan yang terdapat di dalam undang-undang tersebutantaranya menyebut, "...Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil al-Quran dan menurut amr bi al-ma'ruf wa nahyi'ani al-munkar". Terdapat juga undang-undang yang berhubung dengan jenayah, muamalah, kekeluargaan, keterangan danacara yang berpandukan undang-undang Islam (Afifah Abu Yazid, 2003 : 41).4.4.4- Politik Dan PemerintahanKedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya, AgamaIslam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu, beberapainstitusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskanIslam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Selainitu kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduanmasyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya diwujudkan bagimelaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan

Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiranmasyarakat Melayu t~lah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran rajabertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkandalam sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsurkekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat bolehmengubah perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangandengan asas penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yangmenekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepadamanusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orangyang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah

Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu gelaran kepadaorang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sarnaberperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi. Kepatuhan dan ketaatan pada sultanadalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja.Dalam konteks sosial, Islam mengajar tidak ada pengkastaan dalam masyarakat sepertidalam pengaruh Hindu-Buddha, sebaliknya pembentukan masyarakat mestilahdiasaskan pada keadilan yang bersendikan agama. Raja dan rakyat, tua dan muda,kaya dan miskfu semuanya mempunyai peranan dalam masyarakat (Mifah Abu Yazid,2003: 54).

Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yangmempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanansebagai ketua dalam Agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawabmempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, dizaman pem