Upload
nurul-syahirah-abas
View
22
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
RPH kanak-kanak kurang upaya
Citation preview
Strategi mengadaptasi pembelajaran kanak-kanak kurang upaya dari segi fizikal :Pendengaran [Separa pekak & pekak ]
Tajuk : Kemahiran Saintifik
Tahun : 3 (KSSR)
Standard Kandungan : 1.2. memahami kemahiran manipulative.
Standard Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid akan:
- Menamakan objek, menggunakan dan mengendalikan alat radas dengan betul.- Mengetahui fungsi-fungsinya- Melakar peralatan & bahan Sains dengan tepat.
Pendekatan : Kontektual
Strategi P&P : Berpusatkan bahan
Fasa Pembelajaran Langkah Pembelajaran Tujuan
Permulaan 1. Guru memulakan pembelajaran dengan satu
situasi.
2. Guru menunjukkan beberapa alat radas.
Kemudian bertanya pada murid:
Guru: Cikgu ingin menyukat air tetapi Cikgu
tidak mengetahui peralatan apa yang patut
digunakan?
3. Guru mengaitkan dengan tajuk yang akan
dipelajari.
Dapat meningkatkan minat murid-murid
untuk belajar.
Menggalakkan murid untuk memberi
maklum balas secara lisan.
Murid-murid tahu tajuk yang akan dipelajari
dan bersedia mental & fizikal untuk
menerima ilmu baru.
*cuba teka..
Perkembangan
1. Guru menunjukkan flash card alat radas dan
nama alat radas serta fungsinya.
2. Kemudian guru menunjukkan demonstrasi
penggunaannya yang betul.
3. Murid-murid dibiarkan memegang, memerhati
kemudian mengikut cara guru
menggunakannya. (*buat masa penutup)
Murid-murid yang mempunyai masalah
pendengaran sangat tajam pemerhatiannya.
Oleh itu, memerhati kepada pergerakan
guru dan pada flash card yang ditayangkan
akan membantu mereka mendapatkan
maklumat.
Murid dapat menggunakan kesemua deria
mereka.
Penutup
Murid-murid diminta untuk melukis alat radas
dan peralatan yang telah didedahkan tadi.
Kemudian menulis nama dan fungsi alat radas
yang dilukis.
*Jangan gunakan pada masa penutup..penutup
adalah masa menguji kefahaman!!!
Dapat menguji kefahaman murid-murid.
Seni merentas kurikulum dapat melatih dan
mengasah bakat mereka.
Strategi mengadaptasi pembelajaran kanak-kanak kurang upaya dari segi fizikal : Ortopedik (Masalah Spina Bifina, Mascular Dystrophy, Limb Defeciencies)
Tajuk : Pergerakan asas haiwan
Tahun : 2 (KSSR)
Standard Kandungan : 2.4 Memahami pergerakan haiwan.
Standard Pembelajaran : Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang, berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat
Pendekatan :
Strategi P&P : Berpusatkan bahan / aktiviti
Fasa Pembelajaran Langkah Pembelajaran Tujuan
Permulaan 1. Guru memaparkan tayangan video tentang
pergerakan asas haiwan.
Masalah Spina Bifina:
1. Masa video dilambatkan
Menarik minat murid tentang video yang
ditayangkan.
Tayangan video tidak banyak
memerlukan pergerakan, oleh itu
bersesuaian dengan keadaan murid yang
cacat dari segi tulang, otot dan sendi.
Masalah Spina Bifina:
Tempoh tayangan video yang perlahan-
otak murid dapat memproses maklumat &
mengikuti pembelajaran bersesuaian
dengan keadaan fizikal- masalah
pemprosesan data yang lambat.
Perkembangan 1. Guru menggunakan teknik bercerita
menggunakan teknologi pendidikan. Mengenai
cara haiwan bergerak.
Tajuk : Pergerakan arnab dan kura-kura
Teknologi pendidikan:
o Slaid powerpoint
o Animasi, gambar sebenar (berwarna), bunyi,
latar belakang (hidup)
o Tempoh penayangan slaid yang lama.
2. Guru memaparkan soalan menggunakan slaid
powerpoint.
3. Murid-murid diberikan masa yang mencukupi
untuk memikirkan jawapan bagi menjawab
soalan yang diutarakan.
4. Bagi menjawab soalan guru, murid-murid
memberikan jawapan dengan mengangkat
kertas yang dilipat. [ Jawapan hanyalah A, B,
C& D ]
Isi pembelajaran dapat dipersembahkan
secara menyeluruh dan berkesan melalui
teknik bercerita.
Teknologi diserap dalam pendidikan
supaya segenap generasi tidak
ketinggalan dalam arus peredaran
teknologi.
Gambar sebenar & berwarna-
memberikan gambar jelas & mengelakkan
miskonsepsi imej haiwan.
Animasi-mencerminkan cara haiwan
bergerak
Latar belakang (hidup)- memberi
gambaran habitat haiwan pada situasi
tertentu.
Masa mencukupi diberikan kepada murid
untuk membolehkan mereka membuat
interpretasi data.
Kaedah mengangkat jawapan (kertas A4)
5. Sentiasa hentikan video kemudian tanya soalan.
Jgn tanya selepas video.
– lebih berkesan dalam menangani
pergerakan dan tindak balas fizikal yang
tersekat.
Penutup 1. Murid menyanyi lagu pergerakan haiwan Nyanyian dilakukan supaya murid-murid
dapat merumuskan jenis-jenis pergerakan
haiwan.
Tidak menggunakan banyak pergerakan
kaki.