Upload
issa-mekay
View
3.409
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
DIPLOMA PROFESIONAL PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK
TUGASAN
NAMA : NOR NURULHAYATI BINTI ARIS
NO. PENDAFTARAN : DPAK 22-20
NO. I/C : 850812-14-5370
PENSYARAH : PROF. MADYA DR.NORAINI BT IDRIS
MODEL : UEC 2013
: MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK
TAJUK : A) AKTIVITI PRA NOMBOR DAN NOMBOR AWAL
B) PEMERHATIAN DALAM PROSES PENGAJARAN MATEMATIK
TARIKH HANTAR : 31 OKTOBER 2009
1
PENGENALAN
Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir
mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu
objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu
diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri
bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat
dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya
daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa.
Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi
pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.
Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari
matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang
membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu
aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan
aturan (ordering).Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat
perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan
bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek
secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan
perkara sepanjang satu barisan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori
daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari
matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang
berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner,
Gagne dan Dienes.
2
OBJEKTIF KAJIAN
Sebagai seorang bakal guru matematik tadika, kita harus memberi
tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit.
Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik
melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu
murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas
pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga
menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut
dengan kawan-kawan sejawatannya penting untuk perkembangan mental.
KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK
Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne
dan Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme.
Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan
pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan
pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak
membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-
kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui
permainan dan eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila
kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea.
Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru
hasil daripada pembelajaran secara kendiri.
3
Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran
berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak
sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan
teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak
biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka
memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan
pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang. Secara kesimpulannya,
kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan
sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan
pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh
dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna
berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.
JOM
KENALI
MATEMATIK…
4
AKTIVITI: 1
UMUR KANAK-KANAK: 3 hingga 4 tahun
TAJUK: Mengira Bola
OBJEKTIF: 1.Memastikan kanak-kanak dapat mengenal nombor.
2.Memastikan kanak-kanak dapat faham apa yang di lakukannya.
3.Memupuk suasana pembelajaran yang lebih menggembirakan.
BAHAN: 1. Bola kecil
PROSEDUR:
1.Minta pelajar duduk dalam kumpulan di atas tikar. Selepas itu, saya tunjukkan
bola kecil. Setiap pelajar akan di beri sebiji bola dan jumlah pemberian bola itu
akan bertambah.
Soalan: 1. Berapa biji bola yang ada di tangan mereka?
Setelah mereka menjawab dengan betul, saya menambahkan jumlah bola
tersebut dan meminta mereka menjawab jumlah bola yang ada di tangan
mereka.
Aktiviti tersebut di ulang beberapa kali sehingga saya yakin pelajar itu
faham apa yang di kira.
KESIMPULAN: Pelajar dapat mengikut arahan dan proses pembelajaran dapat
di jalankan dengan berkesan.
CATATAN: Kanak-kanak kelihatan ceria dan berlumba-lumba memberi jawapan.
5
AKTIVITI: 2
UMUR KANAK-KANAK: 3 hingga 4 tahun
TAJUK: Mengasingkan Gambar
OBJEKTIF: 1. Memastikan kanak-kanak dapat mengenal nombor.
2. Memastikan kanak-kanak dapat mengasingkan gambar.
3. Memupuk suasana pembelajaran yang lebih menggembirakan
BAHAN: 1.Gambar kenderaan, binatang, manusia dan tumbuh-tumbuhan.
2.Bekas kecil
PROSEDUR:
1.Minta pelajar duduk dalam kumpulan di atas tikar. Selepas itu, saya tunjukkan
gambar kenderaan, binatang, manusia dan tumbuh-tumbuhan. Kemudian saya
tunjukkan gambar itu satu persatu kepada mereka.
Soalan: Sebutkan nama gambar tersebut? Berapa jumlah gambar yang di
tunjukkan? Bezakan gambar objek yang bernyawa dan tidak bernyawa?
Setelah mereka selesai menjawab soalan pertama, saya menyuruh
mereka mengira jumlah gambar yang saya tunjukkan dan mereka dapat
mengira jumlah tersebut dengan tunjuk ajar saya dengan cara mengira
bersama-sama.
Seterusnya, saya menyuruh mereka mengasingkan gambar tersebut
kepada dua bahagian iaitu gambar objek bernyawa dan tidak bernyawa.
Aktiviti itu di buat dengan saya memberi sedikit bimbingan kepada
mereka. Apabila selesai proses pengasingan saya menyuruh mereka
mengira kembali gambar objek yang bernyawa.
6
KESIMPULAN: Proses pembelajaran dapat di jalankan dengan berkesan.
CATATAN: Kanak-kanak kelihatan ceria dan berlumba-lumba memberi jawapan.
AKTIVITI: 3
UMUR KANAK-KANAK: 3 hingga 4 tahun
TAJUK: Pengasingan dan Mengira Manik
OBJEKTIF: 1. Memastikan kanak-kanak mengenal dan mengasingkan warna.
2. Memastikan kanak-kanak dapat mengenal nombor.
3. Memupuk suasana pembelajaran yang lebih menggembirakan.
BAHAN: 1. Manik berwarna (merah jambu, unggu dan hijau)
2. 3 biji bekas kosong
PROSEDUR:
1.Minta pelajar duduk dalam kumpulan di atas tikar. Selepas itu, saya
menerangkan aktiviti yang bakal dilakukan mereka. Kemudian, saya memberi
beberapa biji manik yang berwarna-warni kepada mereka.
Soalan: 1.Asingkan manik mengikut bekas yang mengandungi manik yang
sama warna?
2.Kira jumlah manik tersebut?
Setelah mereka mengasingkan manik tersebut mengikut warna yang
sama, saya meminta mereka mengira jumlah manik tersebut bersama-
sama. Dalam masa yang sama, saya menyuruh mereka menyebut warna
itu semula untuk memastikan mereka kenal warna tersebut.
KESIMPULAN: Pelajar dapat mengikut arahan dan proses pembelajaran dapat
di jalankan dengan berkesan.
7
CATATAN: Pada peringkat awal aktiviti ini, pelajar kelihatan agak keliru tapi
selepas di beri tunjuk ajar mereka kelihatan gembira melakukannya.
AKTIVITI: 4
UMUR KANAK-KANAK: 3 hingga 4 tahun
TAJUK: Membuat Corak/Pola
OBJEKTIF: 1. Memastikan kanak-kanak mengenal dan mengasingkan warna.
2. Memastikan mereka dapat membuat corak atau pola.
3. Memupuk suasana pembelajaran yang lebih menggembirakan.
BAHAN: 1. Manik berwarna (merah jambu, unggu dan hijau)
2. 3 utas tali
PROSEDUR:
1.Minta pelajar duduk dalam kumpulan di atas tikar. Selepas itu, saya
Menerangkan aktiviti yang bakal dilakukan mereka. Kemudian, saya memberi
beberapa biji manik yang berwarna-warni kepada mereka mengikut bekas
masing-masing dan saya memberi 3 utas tali.
Soalan: 1. Masukkan manik tersebut ke dalam tali yang diberikan mengikut
aturan warna?
Sebelum aktiviti ini di jalankan, saya membuat contoh terlebih dahulu
cara-cara untuk memasukkan manik tersebut mengikut urutan warna.
Setelah itu, saya menyuruh mereka melakukan aktiviti itu bersendirian.
Dalam aktiviti ini, saya memberi masa yang agak lama untuk mereka
mencuba melakukannya.
KESIMPULAN: Proses pembelajaran dapat di jalankan dengan berkesan.
8
CATATAN: Pada peringkat awal aktiviti ini, pelajar kelihatan agak keliru tapi
selepas di beri tunjuk ajar mereka kelihatan gembira melakukannya.
AKTIVITI: 5
UMUR KANAK-KANAK: 3 hingga 4 tahun
TAJUK: Perbandingan (Tinggi dan Rendah)
OBJEKTIF: 1. Memastikan kanak-kanak dapat membuat perbandingan
2. Memberi pengalaman baru dalam hidup mereka.
3. Memupuk suasana pembelajaran yang lebih menggembirakan.
BAHAN: 1. Manik berwarna (merah jambu, unggu dan hijau)
2. 3 utas tali
PROSEDUR:
1.Minta pelajar duduk dalam kumpulan di atas tikar.Berdasarkan aktiviti sebelum
ini, saya menerangkan terlebih dahulu apa yang harus di lakukkan oleh mereka.
Kemudian saya menyuruh mereka memegang tali yang mengandungi manik
yang berwana-warni tersebut.
Soalan: 1.Tali siapakah yang paling panjang (tinggi) dan pendek (rendah)?
2.Tali siapakah yang mengandungi manik manik paling banyak dan
sedikit?
Setelah mereka dapat membuat perbandingan, saya menerangkan
kembali kenapa tali itu panjang dan pendek. Hal ini untuk memastikan
mereka faham dengan apa yang mereka lakukan.
KESIMPULAN: Proses pembelajaran dapat di jalankan dengan berkesan.
CATATAN: Kanak-kanak kelihatan ceria dan berlumba-lumba memberi jawapan.
9
AKTIVITI: 6
UMUR KANAK-KANAK: 3 hingga 4 tahun
TAJUK: Bermain Air
OBJEKTIF: 1. Memastikan kanak-kanak dapat membuat perbandingan
2. Memberi pengalaman baru dalam hidup mereka.
3. Memupuk suasana pembelajaran yang lebih menggembirakan.
BAHAN: 1. 3 biji gelas kosong, 3 span, satu bekas yang berisi air.
PROSEDUR:
1.Minta pelajar duduk dalam kumpulan di atas tikar. Seterusnya saya memberi
mereka seorang satu gelas dan span. Sebelum mereka melakukkan aktiviti
tersebut, saya membuat contoh cara-cara untuk melakukan aktiviti itu.
Soalan: 1.Gelas siapakah yang berisi air paling banyak dan sedikit?
Semasa aktiviti ini di jalankan saya memberi masa selama satu minit
untuk mereka memenuhkan gelas tersebut. Aktiviti ini harus di pantau
sebaiknya agar kanak-kanak tersebut tidak terlalu bermain air sahaja
dalam masa yang sama saya memberi sokongan agar mereka dapat
memenuhkan gelas tersebut mengikut masa yang di tetapkan.
KESIMPULAN: Proses pembelajaran dapat di jalankan dengan berkesan.
CATATAN: Pada peringkat awal aktiviti ini, pelajar kelihatan agak keliru tapi
selepas di beri tunjuk ajar mereka kelihatan gembira melakukannya.
10
AKTIVITI: 7
UMUR KANAK-KANAK: 3 hingga 4 tahun
TAJUK: Mengira Puding
OBJEKTIF: 1. Memastikan kanak-kanak dapat mengenal nombor.
2. Memastikan kanak-kanak dapat mengenal warna.
3. Memupuk suasana pembelajaran yang lebih menggembirakan
BAHAN: 1. Puding pelbagai warna
PROSEDUR:
1.Minta pelajar duduk dalam kumpulan di atas tikar. Selepas itu, saya
menerangkan aktiviti yang bakal dilakukan mereka. Kemudian, saya memberi
beberapa biji puding yang berwarna-warni kepada mereka dan jumlah itu akan
bertambah.
Soalan: 1. Berapakah jumlah puding yang ada di tangan mereka?
2. Warna apakah yang mereka dapat?
Setelah mereka menjawab dengan betul, saya menambahkan jumlah
puding tersebut dan meminta mereka menjawab jumlah bola yang ada di
tangan mereka. Seterusnya saya menjawab apakah warna puding
tersebut.
Aktiviti tersebut di ulang beberapa kali sehingga saya yakin pelajar itu
faham apa yang di kira.
KESIMPULAN: Proses pembelajaran dapat di jalankan dengan berkesan.
11
CATATAN: Kanak-kanak kelihatan ceria dan berlumba-lumba memberi jawapan.
AKTIVITI: 8
UMUR KANAK-KANAK: 3 hingga 4 tahun
TAJUK: Bentuk
OBJEKTIF: 1. Memastikan kanak-kanak dapat mengenal bentuk.
2. Memastikan kanak-kanak dapat mengenal warna.
3. Memupuk suasana pembelajaran yang lebih menggembirakan
BAHAN: 1. Pundi kacang yang pelbagai bentuk (segitiga, bulat, bintang, bulan
sabit, hati, segi empat sama dan segi empat tepat)
PROSEDUR:
1.Minta pelajar duduk dalam kumpulan di atas tikar. Selepas itu, saya
menerangkan aktiviti yang bakal dilakukan mereka. Kemudian, saya
menunjukkan pundi kacang yang mempunyai pelbagai bentuk kepada
mereka dan menerangkan bentuk-bentuk tersebut.
Soalan: 1. Sebutkan nama bentuk-bentuk tersebut?
Setelah mereka menjawab dengan betul, saya meminta mereka menyebut
nama bentuk seterusnya.
Aktiviti tersebut di ulang beberapa kali sehingga saya yakin pelajar itu
faham apa yang di kira.
KESIMPULAN: Proses pembelajaran dapat di jalankan dengan berkesan.
CATATAN: Pada peringkat awal aktiviti ini, pelajar kelihatan agak keliru tapi
selepas di beri tunjuk ajar mereka kelihatan gembira melakukannya.
12
AKTIVITI: 9
UMUR KANAK-KANAK: 3 hingga 4 tahun
TAJUK: Sukaneka
OBJEKTIF: 1. Memastikan kanak-kanak dapat mengenal nombor.
2. Memberi pengalaman baru dalam hidup mereka.
3. Memupuk suasana pembelajaran yang lebih menggembirakan.
BAHAN: 1. 3 gegelung plastik dan pundi kacang.
PROSEDUR:
1. Pelajar di minta berdiri mengikut barisan masing-masing. Kemudian,
gegelung plastik di letakkan di hadapan mereka. Setelah itu, saya
mengarahkan mereka mengambil sebiji pundi kacang yang disediakan
dan letakkan diatas kepala serta masukkan pundi kacang tersebut di
dalam gegelung plastik tersebut.
Soalan: 1. Berapakah jumlah pundi kacang tersebut?
Dalam aktiviti ini, saya telah memberi masa selama 3 minit untuk mereka
menyelesaikannya. Sewaktu aktiviti ini di jalankan saya perlu memberi
panduan dan sokongan kepada mereka.
Setelah mereka selesai menjalankan aktiviti tersebut, saya meminta
mereka mengira jumlah pundi kacang yang di peroleh.
KESIMPULAN: Proses pembelajaran dapat di jalankan dengan berkesan.
CATATAN: Pada peringkat awal aktiviti ini, pelajar kelihatan agak keliru dan
hilang tumpuan tapi selepas di beri tunjuk ajar mereka kelihatan
13
gembira melakukannya.
AKTIVITI: 10
UMUR KANAK-KANAK: 3 hingga 4 tahun
TAJUK: Membuat kuih raya
OBJEKTIF: 1. Memastikan kanak-kanak dapat mengenal nombor.
2. Memberi pengalaman baru dalam hidup mereka.
3. Memupuk suasana pembelajaran yang lebih menggembirakan.
BAHAN: 1. Plastersin, pencetak berbagai bentuk dan piring kecil.
PROSEDUR:
1.Minta pelajar duduk dalam kumpulan di atas tikar. Selepas itu, saya
menerangkan aktiviti yang bakal dilakukan mereka. Kemudian, saya
menunjukkan cara-cara membuat kuih raya terlebih dahulu. Setiap pelajar di
beri sebiji piring yang mengandungi 3 biji doh kecil dan sebiji pencetak.
Soalan: 1. Berapakah jumlah kuih yang di hasilkan?
Dalam aktiviti ini, kanak-kanak di berikan masa yang agak lama kerana
mereka kurang mahir dan ini juga merupakan pengalaman pertama
mereka. Sewaktu aktiviti ini di jalankan saya perlu memberi
panduan dan sokongan kepada mereka.
Setelah mereka selesai menjalankan aktiviti tersebut, saya meminta
mereka mengira jumlah kuih yang mereka hasilkan.
KESIMPULAN: Proses pembelajaran dapat di jalankan dengan berkesan.
CATATAN: Pada peringkat awal aktiviti ini, pelajar kelihatan agak keliru dan
sukar melakukannya tapi selepas di beri tunjuk ajar mereka berjaya
14
dan gembira melakukannya
KESIMPULAN
Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk
memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan
untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa
hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk
ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung
sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan
memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.
Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan
barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui
konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini.
Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan
sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam
situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum
pernah mereka temui sebelum ini.
Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran
secara konstruktivisme dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus
bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda
kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam
kehidupan seharian.
15
AKTIVITI PRA
NOMBOR DAN
NOMBOR AWAL
16
PEMERHATIAN
DALAM PROSES
PENGAJARAN MATEMATIK
17
18