37
ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT BAHAGIAN A: Baca artikel bertajuk “Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak dan Eskpresi Ibu Bapa oleh Norly Jamil, Universiti Pendidikan Sultan Idris. a.. Apakah tujuan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini 2 b. Huraikan penemuan-penemnuan kajian ini 3 c. Nyatakan Implikasi Dapatan Kajian Terhadap Prasekolah 5 BAHAGIAN B: Esei “Penderaan Emosi dan Pengaruhnya Terhadap Perkembangan Dab Peranan Guru” 1. Pendahuluan 7 1.1 Definisi Penderaan Fizikal 7 1.2 Punca Utama Gejala Penderaan Kanak-Kanak 8 1.3 Kesan Penderaaan 11 2. Peranan Guru 12 BAHAGIAN C TINGKAHLAKU SOSIO-EMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH 1. Pendahuluan 17 1.1 Kajian Tingkahlaku Sosio-Emosi Kanak Pra Sekolah 17 1

TINGKAHLAKU KANAK2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PRASEKOLAH

Citation preview

ISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURATBAHAGIAN A: Baca artikel bertajuk Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak dan Eskpresi Ibu Bapa oleh Norly Jamil, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

a..Apakah tujuan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini2

b.Huraikan penemuan-penemnuan kajian ini 3

c. Nyatakan Implikasi Dapatan Kajian Terhadap Prasekolah 5

BAHAGIAN B: Esei Penderaan Emosi dan Pengaruhnya Terhadap Perkembangan DabPeranan Guru

1.Pendahuluan71.1 Definisi Penderaan Fizikal71.2Punca Utama Gejala Penderaan Kanak-Kanak81.3Kesan Penderaaan112.Peranan Guru12

BAHAGIAN C

TINGKAHLAKU SOSIO-EMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH 1. Pendahuluan171.1Kajian Tingkahlaku Sosio-Emosi Kanak Pra Sekolah171.2Penaksiran Tingkah Laku Sasaran Kajian.181.3Analisa Dapatan22

BIBLIOGRAFI

BAHAGIAN A: Baca artikel bertajuk Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak dan Eskpresi Ibu Bapa oleh Norly Jamil, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

a..Apakah tujuan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini

Tujuan kaedah ini adalah untuk menentukan hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekspresi emosi ibu bapa iaitu melihat hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekpresi emosi positif ibu bapa dan ekpsresi emosi negatif ibu bapa. Hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekpresi emosi positif ibu bapa dan ekpsresi emosi negatif ibu bapa.

Kajian ini melibatkan seramai 101 sampel yang terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun dari 11 buah tadika KEMAS Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggunakan dua soal selidik yang telah diubah suai daripada soal selidik Expressiveness Family Questionnaire (FEQ) oleh Halberstadt (1986) dan soal selidik Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak oleh Rohani Abdullah ( 2001 ). Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Kaedah diskriptif adalah untuk melihat kekerapan dan peratus bagi data-data demografi. Pengujian hipotesis data dianalisis menggunakan t test, ANOVA Satu Hala dan korelasi Pearson.Kajian mendapati kanak-kanak yang berkebolehan meluahkan perasaan dan keinginan lebih baik dalam bertingkah laku dan mendapat penerimaan yang baik dalam pergaulan sosialnya. Sebaliknya jika mereka tidak mempunyai kemahiran ini, peluang dan risiko untuk menunjukkan tingkah laku bermasalah sangat tinggi ( Benedict et al, 2007 ). Dalam permasalahan ini jelas kemahiran tingkah laku emosi kanak-kanak ini berhubung kait dengan emosi ibu bapa mereka. Hal ini kerana kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan ibu bapa dalam mempertingkat kemahiran emosi mereka. Kajian ini juga melihat sejauhmana tingkah laku emosi kanak-kanak berkaitan dengan ekspresi emosi ibu bapa. Kajian perkembangan emosi ini sangat penting kerana emosi merupakan komponen penting dalam kemahiran sosial mereka. Emosi kanak-kanak selalu dikaitkan dengan tingkah laku sosial mereka yang boleh menyebabkan masalah tingkah laku kepada kanak-kanak itu sendiri ( Carlos Valiente et al ). Dengan itu, kanak-kanak dapat mengukur emosi sendiri dan mendapat garis panduan tingkah laku yang baik dengan cara yang tersendiri bagi mencapai perkembangan sosioemosi yang baik.

b) Huraikan penemuan-penemnuan kajian ini 3 halaman.

Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tingkah laku emosi kanak-kanak mengikut umur mereka. Didapati umur menjadi faktor yang dapat membezakan kemahiran kanak-kanak dalam menunjukkan tingkah laku emosi mereka. Kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekspresi emosi ibu bapa masing-masing. Dalam hal ini boleh dikatakan bahawa bagaimana ibu bapa itu meluahkan dan mempamerkan emosi mereka memberi kesan hubungan terhadap tingkah laku emosi anak masing-masing. Beberapa aspek dapat diperolehi dalam penilaian kerja ini.

i. Terdapat Perbezaan Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak Mengikut UmurDidapati terdapat perbezaan antara tingkah laku emosi kanak-kanak dengan umur. Dengan kata lain, jelas menunjukkan bahawa tahap umur kanak-kanak itu membezakan bagaimana kemahiran kanak-kanak itu mengekspresikan tingkah laku emosi masing-masing. kesan prososial terhadap perjalanan perkembangan tingkah laku dan simptom emosi kanak-kanak telah menunjukkan dapatan kajian yang hampir sama iaitu adanya perbezaan kesan emosi dalam kalangan kanak-kanak umur 5 dan 6 tahun. Kajian mendapati kanak-kanak umur 5 tahun menunjukkan simptom emosi lebih tinggi. Malah, diramalkan kesan emosi ini ada kaitannya dengan tingkah laku hiperaktif mereka apabila berumur 6 tahun ( Perren et al 2007 dalam Sonja et al 2007). Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua faktor asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan mengenai kedua-dua faktor ini adalah asas kepada penentuan objektif pendidikan, kepada perancangan kurikulum dan kepada penciptaan teknik mengajar untuk semua pelajar dalam pelbagai peringkat perkembangan. Perkembangan jasmani, mental, emosi dan sosial menjadi asas di mana ciri-ciri tingkah laku individu dibina. Di samping seseorang murid yang membesar itu dibimbing melalui proses pembelajaran, ciri-ciri tingkah laku tadi akhirnya menjadi tingkah laku yang menjadikan orang itu sama dengan atau berlainan daripada orang lain.

ii. Terdapat Hubungan Tingkah Laku Emosi Kanak-Kanak Dengan Ekspresi Emosi Ibu Bapa. Berdasarkan kajian ini kesan hubungan itu sebenarnya berlaku antara tingkah emosi kanak-kanak dengan ekspresi emosi negatif ibu bapa. Dengan kata lain, situasi keluarga yang ibu bapanya selalu menunjukkan ekspresi negatif lebih baik memberi kesan dalam tingkah laku emosi kanak-kanak berbanding dengan kanak-kanak yang ibu bapanya selalu menunjukkan ekspresi positif. Hal ini hampir sama dengan yang diutarakan oleh Halberstadt, 1984, iaitu dapatan selalu menunjukkan bahawa kanak-kanak daripada keluarga yang kurang menunjukkan ekspresi emosi lebih baik dalam memahami emosi berbanding dengan yang lain. hubungan tingkah laku emosi kanak-kanak dengan ekpsresi emosi ibu bapa akan dibina. Model ini menjelaskan bagaimana ekspresi emosi ibu bapa itu (unsur persekitaran) memberi kesan terhadap perubahan dan pembentukan tingkah laku emosi (unsur tindak balas tingkah laku kesan interaksi) kanak-kanak (unsur intrinsic individu). Dengan model hubungan ini maka dapatlah dijelaskan bahawa tingkah laku dan peluahan emosi ibu bapa perlu dilakukan dengan positif dan memberi satu model terbaik kepada kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak akan menjadikan menjadikan model ini sebagai satu permodelan tingkah laku emosi mereka melalui pemerhatian dan peniruan sepanjang mereka bersama-sama ibu bapa.

Dapatan ini agak kompleks dan sukar untuk dijelaskan.faktor perbezaan budaya dan persekitaran sememangnya jelas hasil dapatan kajian besar kemungkinan akan menunjukkan perbezaan bapa bertapa besarnya peranan mereka dalam pembentukan tingkah laku dan personaliti kanak-kanak sehingga menjadi dewasa kelak. Ibu bapa harus sedar cara bagaimana mereka berkomunikasi hatta meluahkan dan mempamerkan perasaan dan emosi mereka secara langsung atau tidak langsung juga mampu mencorakkan tingkah laku emosi yang positif atau negatif kepada anak-anak mereka. Dengan adanya kajian seumpama ini ibu bapa lebih sedar dan prihatin dalam menunjukkan tingkah laku dan luahan emosi mereka terutamanya di hadapan kanak-kanak ini. Setiap item yang menilai kemahiran - kemahiran tingkah laku emosi kanak-kanak boleh dijadikan garis panduan dalam membentuk dan menilai kemahiran emosi kanak-kanak di samping mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang kepada perkembangan emosi yang lebih sihat untuk kanak-kanak dalam tahun-tahun perkembangan mereka.ii.

c.Nyatakan Implikasi Dapatan Kajian Terhadap Prasekolah

Ibu bapa harus sedar cara bagaimana mereka berkomunikasi hatta meluahkan dan mempamerkan perasaan dan emosi mereka secara langsung atau tidak langsung juga mampu mencorakkan tingkah laku emosi yang positif atau negatif kepada anak-anak mereka. Dengan adanya kajian seumpama ini ibu bapa lebih sedar dan prihatin dalam menunjukkan tingkah laku dan luahan emosi mereka terutamanya di hadapan kanak-kanak ini. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan oleh guru-guru di prasekolah atau tadika dalam membentuk tingkah laku emosi mereka. Setiap item yang menilai kemahiran - kemahiran tingkah laku emosi kanak-kanak boleh dijadikan garis panduan dalam membentuk dan menilai kemahiran emosi kanak-kanak di samping mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang kepada perkembangan emosi yang lebih sihat untuk kanak-kanak dalam tahun-tahun perkembangan mereka. Guru prasekolah harus sedara bahawa pendidikan prasekolah adalah peringkat terpenting bagi membentuk emosi, fizikal, sosial, dan perkembangan pemikiran kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah rendah.. Semasa belajar di prasekolah kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial, dan kemahiran lain yang positif dari aspek fizikal, kognitif, emosi, rohani dan nilai estetika. Oleh itu, penilaian adalah salah satu aspekyang harus diberi penekananoleh guru prasekolah bagi menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang kanak-kanak sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di prasekolah.

Pemerhatian ke atas kanak-kanak hendaklah dilakukan dalam semua domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Namun penglibatan ibu bapa dalam membentuk hubungan serta perkembangan kanak-kanak merupakan indkatro yang amat bersar dalam menentukan sikap murid prasekolah selain penglibatan mereka dalam pembelajaran dalam kelas pra sekolah. berkebolehan meluahkan perasaan dan keinginan lebih baik dalam bertingkah laku dan mendapat penerimaan yang baik dalam pergaulan sosialnya. Sebaliknya jika mereka tidak mempunyai kemahiran ini, peluang dan risiko untuk menunjukkan tingkah laku bermasalah sangat tinggi ( Benedict et al, 2007 ). Dalam permasalahan ini jelas kemahiran tingkah laku emosi kanak-kanak ini berhubung kait dengan emosi ibu bapa mereka. Hal ini kerana kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan ibu bapa dalam mempertingkat kemahiran emosi mereka.Lagipun perkembangan sosioemosi kanak-kanak sering kali dipengaruhi oleh ibu bapa ( Maccoby & Martin 1983 dalam Kimberly L. Eaton, 2001). Satu domain yang selalu dikaitkan para pengkaji tentang perkembangan sosioemosi kanak-kanak dengan perspektif sosialisasi keibubapaan ialah tentang ekspresi emosi atau expressiveness (Denham, 1993; Dunn & Brow, 1994; Eisenberg, Cumberland & Spinrad, 1998; Halberstadt , 1986; Malatesta & Haviland, 1982dan Saarni 1999 dalam Kimberly L. Eaton, 2001).

BAHAGIAN B: Penderaan Emosi dan Pengaruhnya Terhadap Perkembangan dan Peranan Guru

1.PendahuluanBilangan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di Malaysia semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Arah aliran ini membimbangkan, khususnya kerana bilangan kes yang dilaporkan berkemungkinan hanya sebilangan kecil daripada masalah yang jauh lebih besar. Sungguhpun statistik bagi kes penderaan dilaporkan setiap tahun, namun statistik ini tidak mencerminkan tahap sebenar penderaan dalam masyarakat atau mengapa penderaan berlaku. Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak. Pelbagai faktor dikaitkan dengan kes penderaan kanak-kanak, namun tidak banyak yang diketahui bagaimana faktor-faktor ini menyumbang kepada penderaan kanak-kanak dalam konteks Malaysia. Berlandaskan senario ini, kajian yang tuntas tentang penderaan kanak-kanak harus dijalankan bagi membantu kita memahami skop dan keseriusan isu tersebut dalam masyarakat umum.

1.1 Definisi Penderaan FizikalPenderaan fizikal adalah suatu fenomena sosial yang didefinisikan sebagai keganasan secara fizikal, tindakan ini boleh menyebabkan kecederaan otak, lebam yang teruk, kecacatan anggota tubuh, retak, patah tulang, lecur atau terbakar, dicucuh dengan puntung rokok dan sebagainya. Bahkan penderaan ini boleh membawa maut kepada dua kumpulan kanak-kanak iaitu cacat sejak dilahirkan dan juga kanak-kanak cacat akibat daripada penderaan tersebut. Apakah di ertikan dengan penderaan dan asuhan ini perlu di teliti dengan jelas seperti berikut:Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun.Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:- Penderaan fizikal kanak-kanak.Penderaan mental kanak-kanak.

Namun, penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi. Dewasa ini lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa dikenal pasti iaitu penolakan, pengasingan, menakutkan, sikap tidak peduli dan sikap merasuah fikiran. Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas kanak-kanak yang berisiko sehingga menyebabkan kecederaan ke atas fungsi psikologi dan emosi kanak-kanak, keadaan ini diterima sebagai penderaan emosi. Definisi ini bergantung pada tahap perkembangan kanak-kanak dan hanya digunakan dalam konteks antara perorangan. Kelimalima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa berlaku dalam keluarga normal dan tidak normal, terutamanya dalam suasana kekeluargaan yang pincang. Dalam keadaan ini penderaan emosi adalah akibat tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasa kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami penderaan sebegini telah menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi dan pembelajaran yang serius, lebih daripada kesan umum dalam persekitaran mereka.

1.2Punca Utama Gejala Penderaan Kanak-KanakTeori-teori psikologikal banyak membina skel-skel personality untuk mengkaji bagaimana manusia membentuk corak-corak personaliti yang tertentu dan bagaimana ciri-ciri ini mempengaruhi sebagai contoh personality yang agresif, peramah dan bagaimana ciri-ciri ini mempengaruhi tingkahlaku dalam keadaan social tertentu.Faktor Teori Psikologikal Ibu BapaPertengkaranIni bermaksud bahawa, ibu bapa yang menghadapi tekanan samada di tempat kerja, pertengkaran suami-isteri, dan sebagainya akan menyebabkan anak mereka menjadi mangsa melepaskan geram. Menurut kajian saintifik terhadap otak manusia, apabila seseorang itu tertekan terhadap situasi atau masalah yang dihadapi, maka otak mereka tidak akan dapat berfungsi dengan baik, maka dengan itulah segala tindakan yang dilakukan adalah berunsur memberontak. Ini menunjukkan satu teori psikologikal telah terlibat.Masalah KewanganTekanan masalah ekonomi atau beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa juga sebagai salah satu factor berlakunya penderaan kanak-kanak. Ramai ibu bapa yang menjadi kurang waras kerana tekanan tersebut. Mereka sering melepaskan tekanan tersebut dengan menyakiti atau memukul anak-anak. Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yangsempurna.Kasihsayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang. Seseorang ketua keluarga yang baik mesti berfikiran jauh. Perkara yang perlu difikirkan bukan sahaja terhadap keselesaan hidup untuk hari ini,tetapi untuk masa depan yang masih panjang.Masalah RumahtanggaPenderaan anak-anak lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraian kerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam. Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka.Masalah Penagihan Dadah dan ArakIbu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi faktor utama terjadinya kes penderaan kanak-kanak. Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan. Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka. Seperti yang diketahui,kesan dadah atau arak menyebabkan sipenagihnya lupa diri dan khayal. Oleh itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak-anak yang tidak berdosa.Faktor Teori Psikologikal Pelaku Devian JenayahKurang Didikan AgamaTerdapat segelintir individu luar selain ibu-bapa yang mendera kanak-kanak tidak mempunyai didikan agama. Individu yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat ini, mereka seperti tidak ada haluan hidup. Tindakan devian yang dilakukan terhadap kanak-kanak ini dianggap seperti tidak mempunyai pembalasan yang akan di perolehi. Jika seseorang itu mempunyai didikan agama, mereka pasti akan memikirkan bahawa kelakuan atau tindakan mendera kanak-kanak ini adalah satu kesalahan besar di dalam agama mereka. Dalam agama Islam sendiri melarang umatnya berlaku kejam dan tidak adil terhadap umat yang lain.Gagal Mengawal Nafsu SeksKegagalan mengawal nafsu seks adalah punca utama berlakunya penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang dilakukan individu pelaku devian ini. Di Malaysia, banyak kes yang telah timbul dan yang terbaru dan masih diperkatakan adalah kes Nurin Jazimin dimana, kanak-kanak ini telah mengalami penderaan seksual, penderaan fizikal, bahkan telah dibunuh dan disumbat di dalam beg sukan dan diletakkan di sebuah pasaraya. Ini menunjukkan bahawa pelaku devian ini tidak mempunyai yang waras, tidak dapat berfikir dan seolah-olah otak mereka telah beku.Faktor Membalas DendamDari sudut factor membalas dendam ini, ia tidak kurang peranannya. Dalam factor ini, pelaku devian ini melakukan tindakan penderaan seksual terhadap kanak-kanak akibat daripada rasa dendam terhadap bekas kekasih. Kemungkinan pelaku devian pernah dikecewakan oleh kekasih mereka. Akibat tekanan yang dialami, mereka menyimpan dendam dan bagi melepaskan geram tersebut, kanak-kanak perempuan yang biasanya menjadi sasaran mereka. Mereka seolah-olah akan merasa puas dengan melakukan tidakan sedemikian.Faktor Ibu dan Ayah TiriFaktor ini adalah salah satu factor yang boleh dikatakan juga popular dalam berlakunya penderaan kanak-kanak. Kadangkala ibu bapa yang telah bercerai atau kematian suami akan berkahwin lain. Maka ibu atau ayah tiri mereka seolah-olah membenci anak-anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya. Kebanyakan kes penderaan kanak-kanak ini tidak berlaku sewaktu ayah atau ibu sebenar kanak-kanak ini berada di rumah. Ayah atau ibu tiri ini akan melakukan penderaan terhadap kanak-kanak ini sewaktu ibu atau ayah mereka tiada. Jika di depan, dia akan bermuka-muka seolah-olah menyayangi kanak-kanak tersebut. Pada kebiasaan nya penderaan yang dilakukan oleh ibu tiri bersifat penderaan fizikal dan penderaan yang dilakukan ayah tiri bersifat fizikal dan seksual.Kurang Perhatian Dari Ibu BapaBanyak juga perlakunya penderaan kanak-kanak adalah akibat daripada kurangnya perhatian ibu bapa kepada anak-anak mereka. Ada ibu bapa yang tidak menjaga anak mereka dengan baik. Sepatutnya ibu bapa perlu prihatin dan perlu mengetahui bahawa kanak-kanak akalnya belum berkembang. Jika kanak-kanak yang hiper aktif, mereka seolah-olah tidak kisah dengan siapa mereka bersama. Oleh itu kanak-kanak ini akan terdedah kepada penculikan oleh individu yang mengambil kesempatan. Contoh yang sama juga boleh kita tinjau terhadap kes Nurin Jazimin. Kanak-kanak ini boleh dibiarkan ibu bapa mereka pergi ke pasar bersendirian tanpa ditemani sesiapa. Ibu bapa yang melakukan perkara sedemikian seolah-olah tidak menggunakan akal mereka dengan baik. Mereka terlalu sibuk dengan kegiatan mereka sendiri sehingga mengabaikan anak-anak mereka.Masalah Penagihan Dadah dan ArakFaktor penagihan dadah oleh individu bukan ibu bapa juga yang menjurus berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak. Perkara ini boleh berlaku akibat daripada ketidakwarasan individu tersebut setelah mengambil dadah atau arak. Islam sendiri telah mengharamkan pengambilan dadah dan arak ini. Ini kerana arak dan dadah adalah memabuk dan menghayalkan. Individu yang menggunakannya tidak akan dapat menggunakan otak mereka dengan baik. Maka mereka akan bertindak di luar batasan atau mungkin lebih kepada batasan kemanusiaan. Salah satu kes yang pernah kita dengar di Malaysia dimana seorang pengawal keselamatan memperkosa seorang kanak-kanak di pondok kawalannya. Hasil siasatan mendapati bahawa pengawal keselamatan tersebut dibawah pengaruh Arak.

Faktor Pendidikan RendahPada aspek pendidikan rendah, factor ini meliputi pencapaikan pelaku devian yang berpendidikan rendah. Individu yang melakukan kesalahan ini pada kebiasaannya melakukan jenayah akibat daripada tekanan hidup. Mereka pada permulaannya akan menculik kanak-kanak ini bagi menjadikan tebusan demi mendapatkan kekayaan dengan mudah. Namun apabila ibu bapa melaporkan kepada polis dan pihak polis telah memulakan menjejaki kanak-kanak ini, maka individu tersebut mungkin berasa marah lalu melakukan perkara di luar batas kemanusia seperti mendera kanak-kanak tersebut secara fizikal dan seksual.Faktor Pengaruh Kisah SilamTerdapat juga penderaan kanak-kanak yang dilakukan oleh individu yang mengalami tekanan emosi akibat kenangan silam dimana semasa mereka kecil, mereka juga pernah didera. Maka mereka terbawak-bawak perkara tersebut sehingga mengakibatkan mereka melakukan penderaan kepada kanak-kanak lain.1.3Kesan PenderaaanKemerosotan dalam harga diri , reaksi emosi seperti marah, rasa bersalah, sedih dan tiada sebarang perasaan, kemurungan, masalah cemas, rasa terpinggir, gangguan fizikal, gangguan makan, kecelaruan personaliti, kesukaran mempercayai org lain, takut kepada lelaki, masalah seksual, pendera diri sendiri, penyalahgunaan bahan terlarang serta kemerosotan dalam akademik dan kerjaya.Remaja menunjukkan kesukaran dalam hubungan interpersonal sesama jantina atau berlainan jantina, gangguan selera makan, merasa kotor, malu, menyalahkan diri, dan suka menjalankan aktiviti sekual.Mangsa sumbang mahram kesan rasa malu, bersalah, agresif, sukar mempercayai individu lain dan sukar menjalinkan perhubungan yang rapat. Tindakan yang biasa kita dengar mereka lakukan adalah seperti melarikan diri pada usia muda, terlibat dengan dadah, aktiviti seksual, jenayah serta pelacuran.

2.Peranan GuruPara guru dan para pendidik turut memainkan peranan yang penting jika mengetahui ada pelajar yang menjadi mangsa dera. Guru-guru turut bertanggungjawab untuk memberitahu dan membimbing serta menasihati pelajar supaya mengetahui hak mereka untuk mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini seperti penderaan, rogol dan pencabulan. Menurut Akta Kanak-kanak 1991 (akta 468) pegawai perubatan diwajibkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada pesakit yang datang untuk mendapat rawatan di klinik ataupun hospital dan dan mendapati wujudnya sebarang kes penderaan. Kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan didenda RM 1,000.00. walaubagaimanapun pada 1 Ogos 2002, pihak kerajaan telah memanjangkan peranan ahli keluarga dan pengasuh untuk melaporkan sebarang kejadian yang dicurigai terdapat unsur-unsur penderaan. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan denda ataupun penjara atau kedua-duanya sekali.Guru berperanan penting dalam membentuk dan mengukuhkan jati diri di anak murid di sekolah."Sikap guru yang lebih menumpukan perhatian kepada pelajar cemerlang juga tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan membuatkan pelajar yang lemah semakin rasa tersisih. Sepatutnya perhatian harus diberikan kepada pelajar yang lemah dan bermasalah kerana guru adalah pengganti ibu bapa di sekolah.Sumber : Artikel Utusan Malaysia Online, bertarikh 3/42012 Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi mengariskan beberapa cabaran yang perlu dimatapkan antaranya ialah melahirkan sumber manusia yang berkualiti. Guru yang terlatih dan mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki akan dapat melahirkan budaya pendidikan yang berkualiti. Tanggungjawab guru pada masa kini, bukan sahaja untuk mengajar mengikut sukatan yang ditetapkan, tetapi guru perlu mendidik dan peka dengan perubahan-perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini. Sehubungan itu, sebagai seorang guru yakni penjawat awam kementerian telah mengeluarkan arahan perkhidmatan ( 1974 ) menghendaki seseorang pegawai awam sentiasa bersikap adil dan saksama terhadap orang ramai dan memberi mereka layanan yang teratur dan memuaskan. Dalam satu etika profesion perguruan, antaranya ialah guru mempunyai akuntabiliti kepada murid. Dalam hal ini, akuntabiliti telah mengariskan panduan kepada guru bahawa setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Mengulas lanjut kenyataan Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon ( 2012 ) berkaitan akuntabiliti guru untuk melahirkan murid yang seimbang selaras dengan kehendak FPN, guru perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira fakor jasmani, mental, emosi, politik, eknomi, social, keturunan atau agama. Beck ( 1990 ) mebincangkan peranan penting sekolah termasuklah memupuk nilai-nilai yang baik untuk mencorak perkembangan sosial, moral, kerohanian dan perkembangan personal pelajar. Keadaan ini sejajar dengan matlamat pendidikan iaitu untuk melahirkan kehidupan dan pengamalan nilai-nilai yang sihat dalam diri pelajar. Mengulas hal ini, cabaran guru pada masa kini ialah untuk mengenepikan unsur-unsur perbezaan murid dan memberikan yang terbaik untuk melahirkan generasi yang mempunyai jati diri untuk mengekang masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja. Hal ini kerana, guru yang memberikan layanan yang berbeza-beza akan menyebabkan anak murid rasa tersisih. Perasaan ini akan mewujudkan jurang antara pelajar yang diberikan sering diberikan perhatian dengan pelajar yang tidak mendapat hak yang sepatutnya. Sehubungan itu, guru perlu menjalankan pendekatan kepedulian guru apabila berhadapan dengan masalah murid. Hal ini kerana, tugas utama guru ialah untuk mendidik anak murid. Pendekatan kepedulian guru sangat penting dalam mendapatkan kepercayaan anak murid dan mendekatkan perhubungan antara guru dan murid. Kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk bekorban demi orang lain. Kepedulian didefinisikan sebagai mengambil berat terhadap orang lain. Dalam konteks guru, setiap guru perlu mempunyai sifat kepedulian untuk menghadapi murid dalam kelas. Hal ini kerana, murid akan merasakan bahawa guru sentiasa dekat dan menjaga hati guru yang peduli terhadap masalah mereka. Dengan ini, hubungan yang kondusif dalam kelas akan mewujudkan interaksi dua hala antara guru dan murid. Malah, suasana yang kondusif ini akan dapat membantu guru mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Noddings dalam Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon ( 2012 ) menjelaskan pendidikan merupakan medium perantaraan untuk mengembangkan perasaan kasih sayang dalam masyarakat. Melalui pendidikan, beliau menjelaskan bahawa perjumpaan dirancang atau tidak dirancang menggalakkan perkembangan melalui penimbaan ilmu pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan penghargaan. Jelas Noddings, sekolah yang merupakan tempat utama untuk menimba ilmu pengetahuan. Melalui ilmu pengetahuan, murid dapat membentuk tingkah laku melalui disiplin dan matlamat diri yang jelas. Seterusnya, sikap kepedulian guru ini, akan membantu guru untuk menjalankan akauntabiliti terhadap murid dengan adil dan saksama.Peranan guru di sekolah ialah untuk membawa perubahan dalam masyarakat. Sebagai agen perubahan, guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan menyampaikan kepada masyarakat. Melalui ini, sudah menjadi tanggungjawab para guru untuk memberikan pelbagai pengetahuan yang dapat digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, guru perlu mempunyai kecemerlangan hidup untuk menjadi agen perubahan. Omar Mohd Hashim ( 1999 ), menjelaskan perasaan puas hati untuk kekal berada pada tahap yang rendah dan mediacore akan membawa natijah yang buruk. Maka, dalam dunia yang kuat bersaing, tidak ada cara dan matlamat lain, melainkan mengarah dan mengejar ke tahap kecemerlangan dalam semua bidang, kerja dan tugas. Peranan guru sangat besar sebagai agen perubahan sosial. Warga pendidik mempunyai tanggunghawab dan tugas besar untuk melayan jangkaan masyarakat dunia. guru perlu bersifat pragmatik, rajin berusaha, serba boleh, berilmu, rajin, berdisiplin dan teratur. Tambahan itu, guru perlu mempunyai hubungan meluas dan baik, mempunyai kemahiran komunikasi dan membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah ini. Guru-guru yang berpengaruh dan berkesan menjadi role-model kepada pelajar. Nilai-nilai tersebut disebarkan melalui aspirasi dan idealisme guru dalam pelbagai perkara. Sebagai agen sosial, sekolah menjadi tempat guru menyampaikan ilmu dan membentuk tingkah laku murid. Malah, sekolah berperanan sebagai penyampai kebudayaan dan melahirkan nilai-nilai budaya. Di sekolah, nilai merupakan unsur budaya yang penting dalam mencorakkan kebudayaan murid bagi perkembangan moral, akhlak, tingkah laku, hubungan sosial, tindakan dan peranan murid. Teori sosialisasi memberi penekanan kepada nilai-nilai sosial dan moral yang perlu dititikberatkan bagi membentuk individu yang dapat mempertahankan cara hidup berhemah, bersopan dan berakhlak mulia. Oleh itu, guru berperanan untuk menjadi agen sosial kepada murid dengan menerapkan nilai-nilai agama, baik dan bermoral dalam diri pelajar. Melalui pengajaran merentasi kurikulum, guru dapat menyampaikan nilai murni dan agama bagi menguatkan perkembangan akhlak dan moral individu bagi menghadapi cabaran masa kini.Selain itu, dalam menjadi agen sosial pendidik perlu berfikiran positif sebagai mekanisme sosial bagi menanamkan nilai-nilai moral, akhlak, kerohanian dan tingkah laku yang baik serta mendidik golongan muda supaya mereka dapat mempertahankan nilai-nilai yang mendorong kemajuan dan kesejahteraan hidup. Satu istilah penting dalam tugas guru sebagai agen sosialisasi ialah sebagai salah satu pembentuk jati diri murid. Jati diri bermaksud membentuk dan membina diri setiap individu ke arah positif. Antara tujuan pembinaan jati diri ialah membentuk ketrampilan diri dari segi pemikiran, pergerakan, berpakaian, berbahasa, cara memberi maklum balas dan tindakan balas secara positif serta mempunyai sifat murni dalam pergaulan seharian ( Ahmad Marzuki Ismail, 2006 ). Dalam pada itu, jati diri membolehkan individu menerima dan menangani segala perubahan dan perkembangan semasa dengan sebaik mungkin.

BAHAGIAN CKAJIAN TINGKAHLAKU SOSIO-EMOSI KANAK-KANAK PRASEKOLAH1. PendahuluanTingkah laku adalah satu proses psokologi yang berlaku pada setiap individu apabila individu itu menerima sesuatu rangsangan. Melalui tingkah laku maka wujud beberapa perubahan pada kanak-kanak antaranya keyakinan diri, perubahan sikap, sosiemosi, perkembangan kognitif, dan psikomotor. Terdapat berbagai-bagai pendekatan yang digunakan dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah dalam melihat kaitannya dengan tingkah laku.Kebolehan membentuk hubungans osial yang positif, memberi tumpuan,menzahirkan emosi secara efektif dengan rakan sebaya dan orang dewasa, mendengar dan mengikut arahan dan menyelesaikan masalah sosial adalah merupakan sebahagian daripada kemahiran sosio-emosi yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk berjaya dalam proses transisi ke sekolah. Malahan semua kompetensi ini dianggap kritikal sebagai persediaan ke alam persekolahan.Walaubagaimanapun kajian menunjukkan hampir 10-15% kanak-kanak prasekolah mempunyai masalah tingkahlaku dari tahap ringan ke tahap sederhana (Campbell, 1995), dan peratusan ini lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang datang dari keluarga golongan miskin (Qi & Kaiser, 2003). Dalam kalangan kanak-kanak yang berkeperluan khas pula, risiko masalah tingkahlaku adalah lebih tinggi.Dengan terdapatnya masalah tingkahlaku awal dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, dan potensi kemungkinan besar kanak-kanak ini akan mempunyai masalah tingkahlaku menjadi satu cabaran dalam usaha meningkatkan kompetensi sosio-emosi dalam seting pendidikan awal kanak-kanak. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada pembentukan tingkahlaku bermasalah. Dari sudut kanak-kanak, antara faktor penyumbang masalah tingkahlaku ialah degil, ganas, dan kurang penguasaan bahasa(Stormont, 2002). Faktor keluarga yang dikaitkan dengan tingkahlaku bermasalah ialah ibu yang murung, stress yang tinggi dalam keluarga, kurang bantuan sosial, dan keluarga yang kurang stabil (Harden et al., 2000; Spieker, Larson, Lewis, Keller, & Gilchrist, 1999). Akhirnya banyak kajian menunjukkan hubungkait antara seting pendidikan awal kanak-kanak yang rendah kualiti dengan lemah perkembangan sosio-emosi dalam kalangan kanak-kanak (Helburn et al., 1995; National Research Council, 2001).1.1Kajian Tingkahlaku Sosio-Emosi Kanak Pra SekolahTujuan kertas kerja ini ialah untuk menghuraikan hubungkait antara perkembangan sosio-emosi kanak-kanak dan tingkahlaku bermasalah dengan seting pendidikan prasekolah, ibu bapa dan keluarga, serta persekitaran sosial. fokus kepada perkembangan sosio-emosi kanak-kanak dan mengurangkan kemungkinan masalah tingkahlaku ini berkembang.Untuk melakukan pemerhatian tingkah laku ke atas murid, beberapa disediakan bagi meninjau tingkah laku dan emosi pra sekolah imo. Ianya terdiri daripadatingkah laku agresifseperti hiperaktif, suka memukul, mencubit, membaling benda, dan sebagainya. Tingkah laku pasifseperti mengasingkan diri, tiada keyakinan diri, memencilkan diri daripada aktiviti kumpulan dan sebagainya.Masalah sosial dan emosiseperti kelihatan sugul, suka berbohong, keluar daripada kelas tanpa izin guru, dan sebagainya.Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati bagi merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan sekil kadar.Dimensi Kecerdasan Emosi Goleman (1999), membahagikan kecerdasan emosi kepada dua kecekapan iaitu, kecekapan peribadi dan kecekapan sosial. Kedua-dua kecekapan ini membenarkan seseorang mengawal diri sendiri dan berinteraksi dengan baik di dalam masyarakat. Beliau telah menentukan lima domain kecerdasan emosi yang merangkumi 1) kesedaran kendiri; domain asas sebelum kewujudan domain-domain lain, 2) regulasi kendiri; menentukan bentuk respon atau tindak balas yang dizahirkan oleh seseorang, 3) motivasi kendiri; pendorong seseorang untuk mencapai matlamat,4) empati; kebolehan seseorang memahami emosi orang lain, dan 5) kemahiran sosial;kemampuan seseorang berinteraksi dengan orang lain. Kelima-lima domain ini adalah salingberkaitan dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Tanpa satu kecekapan emosi,seseorang individu akan mengalami masalah untuk mencapai matlamat dan keberhasilan didalam hidupnya. Pernyataan sedemikian adalah inteprerasi daripada justifikasi Goleman, (1999)terhadap penyebab kegagalan dan keberhasilan seseorang dalam kehidupan peribadi danprofesion individu.

1.2Penaksiran Tingkah Laku Sasaran Kajian.Nama Murid :Aidil AdamTarikh Lahir : 9 Feb 2008Tinggi :135cmBerat:25 kgPendidikan Ibu:Suri RumahPendidikan Bapa:MekanikBilangan Adik Beradik:5 OrangKedudukan Dalam Keluarga:3 dari 5 orang

Borang Tingkah Laku yang direkod (TL sasar.an) : Suka bersendirianTandakan ( / ) bagi ya atau( x ) bagi tidakSIKAPLOKASI

HARIBoleh berkongsibahanBoleh interaksi dengan rakanSuka bersendirianAktiviti Dalam kelasAktiviti Luar kelas

ISNIN////

SELASA////

RABU x///

Borang Pemerhatian Tingkahlaku Emosi A. AgresifPetunjuk1. Selalu2. Tiada3. Kadang-kadang

BILJenis Tingkah Laku123

A. Agresif/

1.Hiperaktif/

2.Suka memukul/

3.Suka mencubit/

4.Cepat marah/

5.Suka berkelahi/

6.Suka bertumbuk/

7.Suka mencederakan diri sendiri/

8.Suka mencederakan orang lain/

9.Suka merosakkan harta sendiri/

10.Suka merosakkan harta orang lain/

11.Suka mengejek kawan atau orang lain/

12.Suka mengganggu kawan/

13.Suka menjerit-jerit/

14.Membaling benda-benda kepada kawan/

15.Membaling buku dan lain-lain alat ke atas meja / lantai/

16.Menggoyang-goyangkan badan/

17.Mengetuk-ngetuk di tempat duduk/

18.Menyanyi, bersiul, dan ketawa sendirian/

19.Menggunakan bahasa kesat/

20.Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian/

BILJenis Tingkah Laku123

B. Pasif

1.Hipoaktif (berdiam diri)/

2.Mengasingkan diri / bersendirian/

3.Suka berkhayal/

4.Suka membebel / berleter seorang diri/

5.Tiada keyakinan pada diri sendiri. Selalu kata saya tidak boleh/

6.Mudah puas hati pada kerja yang kurang sempurna/

7.Tidak mahu mencuba sesuatu tugas baru yang dianggap susah/

8.Mempunyai pergerakan yang lambat/

9.Memencilkan diri daripada aktiviti berkumpulan/

10.Lambat dalam menjalankan tugas/

Borang Pemerhatian Tingkahlaku Emosi B. Pasif

Borang Pemerhatian Tingkahlaku Emosi C. Masalah EmosiBILJenis Tingkah Laku123

C. Masalah Emosi dan Sosial

1.Suka menghisap jari/

2.Suka menggigit kuku/

3.Kelihatan sugul/

4.Merasa takut dan cemas/

5.Takut pada situasi baru/

6.Terlalu malu dan kurang bergaul/

7.Suka meminta perhatian/

8.Suka berbohong/

9.Suka mengambil barang orang/

10.Tidak suka berkawan/

11.Menyalahkan orang lain/

12.Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru/

13.Menggangu apabila guru bercakap/

14.Tidak boleh menerima orang baru dengan mudah/

15.Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat/

16.Tidak memberi kerjasama pada orang lain/

17.Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan/

18.Tidak suka pada rancangan yang diatur/

19.Mengubah kerusi meja ke tempat lain tanpa izin/

20.Tidak bertindakbalas apabila berbual/

1.3Analisa DapatanData yang dikumpulkan akan dinilai dengan menggunakan soal selidik tingkah laku, temubual, rekod anekdot, borang perekodan masa dan kekerapan serta pemerhatian yang telah dilaksanakan terhadap murid sampel kajian. Berikut adalah dapatan yang diperolehi melalui beberapa instrument.Hasil yang diperoleh daripada intervensi awali. Perubahan dalam tingkah laku anak; tingkah laku kanak-kanak yang tidak sesuai sebelum intervensi, seperti mengganggu rakan, tidak mematuhi arahan, mengasingkan diri, menjadi semakin berkurang selepas intervensi. Semasa intervensi tingkah laku mengganggu berkurang selama lima hingga 15 minit pada setiap sesi. Selain itu, intervensi awal juga memberi kesan kepada masa penyertaan kanak-kanak dalam akademik, iaitu penyertaan mereka meningkat sebanyak 90 peratus.ii. Perubahan dalam bahasa dan komunikasi kanak-kanak; apabila ibu bapa lebih banyak memberi respon yang bermakna terhadap ucapan kanak-kanak, kanak-kanak akan memberi komen yang lebih spontan dan lebih banyak mengambil bahagian atau giliran semasa berbual walaupun tiada prompt daripada ibu bapa. Respon, ganjaran, pujian daripada ibu bapa berhasil meningkatkan kekerapan interaksi anak dengan ibu bapa. iii. Penglibatan ibu bapa; program intervensi mampu membantu ibu bapa terlibat dalam pembangunan diri anak, dan membantu mereka untuk mengajar kanak-kanak mengamalkan tingkah laku sesuai. Intervensi mendedahkan ibu bapa ilmu tentang cara meneguhkan tingkahlaku dan mengurangkan penggunaan hukuman dan kebencian di rumah.Menurut Bailey dan Woldery 1992. Penaksiran adalah suatu proses mengumpul maklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc Cluhen 1994. Penaksiran kanak-kanak khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuat keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah pembelajaran Aidil dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.David Lambert dan David Lines 2000, penaksiran adalah proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon Aidil kepada tugas pendidikan. Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkan pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan penenmpatan. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah proses pengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah Aidil dan membuat keputusan megenai Aidil. Perkembangan sosio emosi kanak ini adalah salah satu domain perkembangan yang sangat penting kepada murid tanpa mengira ketidakupayaan. Menurut Goleman (1998) kecerdasan emosi adalah prasyarat untuk keberkesanan kecerdasan intelek. Ini bermakna, kecerdasan Intelek tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya bahagian otak rosak akibat kecacatan emosi. Goleman (1998) mengaitkan kawalan emosi sebagai master aptitude dan mencadangkan kebolehan mengawal emosi adalah sesuatu yang kritikal bagi membolehkan proses kognitif berlaku. Manakala, Mohd Azhar Abd Hamid (2005) mengaitkan unsur-unsur yang berkaitan dengan kecerdasan emosi dengan kemahiran sosial kanak-kanak. Emosi yang stabil menjadikan Aidil lebih berkeyakinan dalam perhubungan dan interaksi sosial. Hasil daripada interaksi sosial yang stabil, potensi akan lebih terserlah dalam kepimpinan, pencapaian dalam kumpulan, pencapaian individu, perhubungan sosial, dan pengurusan. Justeru, kanak-kanak memerlukan perkembangan emosi yang sihat sebagai persediaan untuk belajar (Barbarin, 2002 & Klein, 2002) kerana perkembangan emosi dan sosial mengiringi perkembangan kognitif kanak-kanak (Boyd, Barnett, Bondrova, Leong, & Gomby 2005) serta menjadi alat ukur kepada kejayaanindividu kanak-kanak (Mohd Azhar Abd Hamid, 2005). Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku, pemerhatian telah dan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-pura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya. Selepas pemerhatian dan diagnosis dilakukan, Aidil didapati mempunyai pelbagai tingkah laku negatif. Namun begitu, saya telah memilih satu masalah yang dominan dimana tingkah laku ini kerap dilakukan oleh Aidil iaitu dia suka bersendirian atau mengasingkan diri semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Aidil tidak menunjukkan minat dalam masa pembelajaran . Sekiranya dipaksa dia cuma bertahan beberapa saat sahaja kemudian dia akan menyorok atau berjalan-jalan sendirian. Bermula dari masalah inilah menyebabkan masalah tingkah laku yang lain berlaku. Dia kerap kali keluar ke kelas lain dan merayau-rayau secara sendirian . Dia masih meneruskan tingkah laku tersebut walaupun telah ditegur oleh guru. Kekerapan Aidil suka meyepikan diri boleh dirujuk pada data kekerapan pada data yang telah dikemukan dalam laporan ini.Aidil tidak melibatkan diri dalam aktiviti dalam dan luar kelas. Suka bersendiri, bermain sendiri, kadang kala melarikan dari rakan dan guru serta menyorok ditempat-tempat yang susah hendak dijumpai. Menunjukkan minat bukan pada aktiviti tetapi pada guru yang menjalankan aktiviti. Sentiasa menyorok dibelakang guru dan seakan berkepit dengan guru. Jarang berkomunikasi dengan rakan dan bahan pengajaran yang guru sediakan. Kadangkala cuba untuk bermain dan terlibat dalam aktiviti tetapi dengan kehadiran guru. Hanya bermain dengan alatan yang diminati tetapi bermain sendiri seperti bermain bola. Tidak mahu berkongsi alatan mainan dan suka menjauhkan diri dari rakan.Tinjauan literatur menunjukkan kajian berkenaan penghasilan tingkah laku oleh kanak-kanak yang mengalami masalah sosial dan emosi telah banyak dilakukan. Kajian-kajian tertumpu kepada cara untuk mencegah dan memulihkan tingkah laku yang tidak sesuai seperti tingkahlaku mengganggu rakan, mengasingkan diri, kurang bercakap, tidak patuh arahan dalam kalangan rakanr Aidil, menerusi pendekatan intervensi awal yang melibatkan guru mendedahkan strategi peneguhan positif yang diamalkan secara kolaboratif oleh guru di bilik darjah dan ibu bapa di rumah mampu mengubah tingkah laku tidak sesuai kanak-kanak. Selain itu, pendekatan intervensi awal berhasil meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam membangunkan potensi dan hasil anak, seterusnya meningkatkan kemahiran keibubapaan ibu bapa. Pembangunan kecerdasan emosi kanak-kanak yang sihat sangat penting untuk perkembangan peribadi kanak-kanak secara menyeluruh. Kecerdasan emosi menentukan keupayaan kanakkanak membina estim kendiri dan efikasi kendiri supaya dapat menyesuaikan dirinya dalam persekitaran agar dapat diterima dan dihargai. Pembangunan kecerdasan emosi dan sosial kanak-kanak tanpa mengira ketidakupayaan sangat dipengaruhi oleh didikan dan dorongan ibu bapa.Sejauhmana kejayaan didikan ibu bapa adalah bergantung kepada sejauhmana penglibatan ibu bapa dalam menyediakan kanak-kanak pembangunan sosio emosi yang sihat. Penglibatan ibu bapa dalam intervensi dan aktiviti permainan bersama kanak-kanak prasekolah adalah signifikan dengan perkembangan sosio emosi dan bahasa kanak-kanak. Intervensi dan aktiviti permainan bersama kanak-kanak memberikan ibu bapa strategi-strategi berkesan untuk menggalakkan tingkah laku sesuai dan menghapuskan tingkah laku negatif kanak-kanak, serta menambah ilmu keibubapaan. Justeru, ibu bapa harus lebih bersikap prihatin terhadap penyertaan mereka dalam setiap tindakan dan aktiviti kanak-kanak kerana hasil anak adalah ditentukan oleh keberkesananpenglibatan ibu bapa.

BIBLIOGRAFI

Masitah Taib, Zalizan Jelas, & Manisah. 2009. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Dlm Zalizan Jelas. (pnyt.) Pendidikan Kanak-kanak Berkerluan Khas: Konsep dan Amalan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlmn 52 95

Masitah Taib. 2009. Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran. Tesis Doktor Fals. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Azhar Abd Hamid. 2005. Panduan meningkatkan kecerdasan emosi. Cetakan kedua.Kuala Lumpur: PTS Profesional sdn bhd.

Noriah, M. I., Syed Najmuddin, S. H., & Syafrimen. 2004. Guru dan kepintaran emosi: Implikasi ke atas kebolehan guru dalam menangani masalah sosial pelajar. Prosiding SeminarKebangsaan ke-3 Psikologi dan Masyarakat. Bangi: Pusat Penerbitan dan TeknologiPendidikan, UKM.

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/pdf/36.pdfhttp://file.upi.edu/Direktori/PROCEEDING/UPI-UPSI/2010/Book_2/TINGKAH_LAKU_EMOSI_KANAK-KANAK_DAN_EKSPRESI_EMOSI_IBU_BAPA.PDFhttp://mindapengarang.wordpress.com/2009/06/23/faktor-psikologikal-penyebab-penderaan-kanak-kanak/

1