30
Cerita Moral 1 ANJING DENGAN BANGAU Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka bermain bersama-sama.Pada suatu hari, bangau mengajak anjing pergi ke rumahnya. Bangau menghidangkan makanan. Tetapi anjing tidak dapat makan. Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat mengambil makanan di dalam bekas itu. Bangau boleh makan kerana paruhnya panjang. Bangau makan sehingga kenyang. Anjing pulang dengan perut lapar. Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke rumahnya pula. Anjing menghidangkan makanan. Tetapi bangau tidak dapat makan. Bekas itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan di dalam bekas leper.Anjing makan sehingga kenyang. Bangau pulang dengan perut lapar. NILAI MURNI Setiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan buruk. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik. 2 SANG BANGAU MENIPU IKAN. Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering. Semua ikan berasa susah hati.Pada suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau berpura-pura mahu menolong ikan. "Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak kering," kata bangau.Semua ikan bersetuju. Mereka sangat gembira. Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor ikan itu dibawanya pergi. Tetapi semua ikan itu dimakannya. Kemudian tibalah giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu dibawa pergi oleh bangau. Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan. Ketam tahu bangau itu penipu.

CERITA KANAK2 PILIHAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ok

Citation preview

Page 1: CERITA KANAK2 PILIHAN

Cerita Moral

1 ANJING DENGAN BANGAU

Bangau berkawan baik dengan anjing. Setiap hari, mereka bermain bersama-sama.Pada suatu hari, bangau mengajak anjing pergi ke rumahnya. Bangau menghidangkan makanan. Tetapi anjing tidak dapat makan.

Bekas itu bermuncung panjang. Anjing tidak dapat mengambil makanan di dalam bekas itu. Bangau boleh makan kerana paruhnya panjang. Bangau makan sehingga kenyang. Anjing pulang dengan perut lapar.

Pada hari yang lain, anjing mengajak bangau pergi ke rumahnya pula. Anjing menghidangkan makanan. Tetapi bangau tidak dapat makan.Bekas itu leper. Bangau tidak pandai mengambil makanan di dalam bekas leper.Anjing makan sehingga kenyang. Bangau pulang dengan perut lapar.

NILAI MURNISetiap perbuatan buruk pasti akan menerima balasan buruk. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berbuat baik.

2 SANG BANGAU MENIPU IKAN.

Di tepi hutan terdapat sebuah kolam. Airnya sudah hampir kering. Semua ikan berasa susah hati.Pada suatu hari, datang seekor burung bangau. Bangau berpura-pura mahu menolong ikan.

      "Kamu semua boleh berpindah ke kolam lain. Kolam itu tidak kering," kata bangau.Semua ikan bersetuju. Mereka sangat gembira.

Bangau menolong ikan berpindah dari situ. Seekor demi seekor ikan itu dibawanya pergi. Tetapi semua ikan itu dimakannya.

       Kemudian tibalah giliran ketam untuk berpindah. Ketam itu dibawa pergi oleh bangau.

Terkejutlah ketam apabila melihat tulang ikan. Ketam tahu bangau itu penipu.

Bangau mahu makan ketam pula. Tetapi ketam segera menyepit leher bangau. Matilah bangau itu.

NILAI MURNI      Jangan sekali-kali berbuat jahat. Setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan buruk daripada Tuhan.Sang Merak dengan Sang Arnab

Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Arnab ingin benar ekornya panjang dan

Page 2: CERITA KANAK2 PILIHAN

cantik.Arnab mahu ekornya seperti ekor merak. Ekor merak panjang dan cantik. Semua manusia memuji kecantikan ekor merak.

Pada suatu hari, arnab berjumpa dengan merak. Arnab memuji kecantikan merak. Merak berasa bangga kerana dapat pujian.Merak mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik. Arnab terus memuji kecantikan merak.

Namun, arnab memuji merak kerana ada tujuan lain. Arnab ingin meminjam ekor merak. Merak bersetuju meminjamkan ekornya kepada arnab.Merak membuat pertukaran ekor dengan arnab. Arnab memakai ekor merak. Merak memakai ekor arnab.

Alangkah gembiranya arnab apabila mendapat ekor merak. Arnab berlari ke sana dan ke mari. Arnab menari-menari di tengah padang.Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah terperanjatnya merak kerana mendapati dirinya berekor kontot.

Pang! Tiba-tiba terdengar bunyi senapang. Arnab termengah-mengah lari masuk ke dalam hutan. Arnab pergi berjumpa merakArnab menceritakan bahawa ia ditembak oleh pemburu. Nasibnya baik kerana tidak terkena peluru pemburu.

Arnab minta  semula ekornya. Mereka bertukar ekor masing-masing.Arnab tidak mahu memakai ekor merak lagi. 

"Biarlah ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan diriku selamat," fikir arnab.

NILAI MURNI :      Kita haruslah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. Setiap kurniaan Tuhan pastilah ada kebaikannya untuk diri kita.

3 KISAH  JARI

Satu hari, dikisahkan bahawa kelima-lima jari di sebelah tangan Ali boleh bercakap.

Ibu jari pun memulakan cerita: Antara kita semua, saya lah yang paling hebat kerana orang lain akan gembira bila saya berdiri, mereka tahu mereka sedang dipuji.

Jari telunjuk pula mencelah: Eh, mana ada. Saya lebih hebat kerana apabila saya berdiri, semua orang akan patuh. Mudahnya memberi arahan jika saya berdiri.

Tiba giliran jari hantu: Hei, sebenarnya saya lah yang paling hebat sebab saya paling tinggi antara kita semua.

Kemudian jari manis berkata: Kamu semua ni perasan lah. Saya yang paling hebat dan terkenal, sebab cincin yang mahal selalu disarungkan pada saya.

Setelah jari manis selesai berkata, ke-empat-empat jari itu melihat jari kelingking dan menunggu apakah yang akan diberitahunya. Namun, jari kelingking tertunduk dan berkata: Antara kita semua, sayalah yang paling tidak penting. Sudahlah rendah, tiada apa-apa kepentingan lagi. Jari-jari yang lain ketawa.

Page 3: CERITA KANAK2 PILIHAN

Ditakdirkan, jari Ali patah kerana dipijak rakannya semasa bermain bolasepak. Akibatnya, Ali menjadi susah untuk memegang pensil, makan, dan melakukan kerja yang menggunakan tangan. Setelah itu baru jari-jari yang lain sedar, bahawa mereka semua tidaklah sehebat mana jika tidak bersatu.

NILAI MURNI :      1. Jangan menghina orang lain.2. Dalam sesebuah kelas, tidak ada istilah pelajar yang lembap dan tidak mampu belajar.3. Bersatu membawa berkat dan kekuatan.4. Semua murid adalah sama penting dalam sesebuah kelas.

4 PAKU DI BATANG  KAYU

Tersebutlah kisah di satu ketika, ada seorang lelaki yang sangat cepat dan selalu marah. Kadang-kadang marah hanya sebab masalah kecil, tapi beliau selalu tidak dapat menahan kemarahan beliau. Kalau dia tersepak batu pun, habislah batu tersebut disumpah seranahnya.

Si bapa lelaki ini telah dapat memikirkan cara untuk anaknya mengurangkan sifat marah. Si bapa telah memberikan anaknya yang pemarah itu sekotak paku, tukul dan batang kayu. Kata bapanya,"Anakku, setiap kali kau marah, benamkanlah sebatang paku ke dalam batang kayu ini." Si anak patuh dengan arahan bapanya dan dia membenamkan sebatang paku setiap kali beliau marah. Untuk hari pertama sahaja, beliau telah membenamkan hampir 30 batang paku. Pada hari kedua, si anak telah mengurangkan marahnya di mana bilang paku yang telah dibenamkan berkurang kepada 27 batang, dan terus berkurang pada hari-hari seterusnya sehingga tiada lagi paku yang dibenamkan pada beberapa minggu kemudiannya. Si anak kini telah berubah, beliau tidak lagi cepat marah.

Melihat perubahan anaknya, si bapa pun berkata kepada anaknya, "Syukurlah, kau bukan lagi pemarah seperti dahulu. Sekarang, setiap kali kau menahan perasaan marah, cabutlah sebatang paku daripada batang kayu tersebut." Maka si anak mencabut setiap paku yang ada setiap kali beliau menahan marah sehingga tiada lagi paku yang ada di batang kayu tersebut.

Si anak yang gembira pun menunjukkan batang kayu yang telah bersih daripada paku tersebut dengan ayahnya. Seraya ayahnya pun berkata,"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku. Namun, cuba kau lihat kesan paku pada kayu tersebut. Walaupun tiada lagi paku di situ, namun kesannya masih jelas kelihatan di batang kayu tersebut. Apabila kau berkata sesuatu dengan perasaan marah, ia akan meninggalkan kesan sama seperti di kayu ini. Kau boleh menikam sebatang pisau pada badan seorang lelaki dan mencabutnya. Namun, tidak kira berapa banyak kau meminta maaf, luka yang tidak dapat dilihat itu akan terus ada. Memarahi seseorang secara verbal tetap sama dengan menyerang secara fizikal, malah ada ketikanya ia meninggalkan kesan yang lebih mendalam."

NILAI MURNI :      1. Jangan cepat marah.2. Jaga percakapan kita. kadangkala kita tak menyangka apa yang kita cakap boleh mengguris perasaan orang lain. Sebab itulah kita dianjurkan supaya berdiam diri seandainya tiada perkara penting yang ingin dicakapkan.

Page 4: CERITA KANAK2 PILIHAN

3. Sayangilah dan hargailah rakan anda.4. Jagalah perasaan orang lain seandainya kita mahukan orang lain menjaga perasaan kita  

5 AYAH,ANAK DAN SEEKOR UNTA

Kisah ini terjadi diperkampungan orang Badwi di padang pasir, di sebuah negeri Arab. Dikatakan dua beranak ini, ayah dan anaknya, ingin pergi ke pekan untuk menjual unta. Maka berjalanlah mereka berdua melalui sebuah kampung.

Selepas melintasi sekumpulan orang kampung, terdengar seorang berkata, "Eh, tengok kedua-dua orang itu! Betapa bodohnya mereka, ada unta tetapi kedua-duanya berjalan." 

Mereka terfikir benar juga kata orang itu. Lalu ayahnya berkata, "Hai anakku, kautunggangi unta ini sambil menuju ke pasar!" Lalu anaknya mengikut perintah. 

Beberapa ketika, sampailah mereka di sebuah kampung. Terdengar oleh mereka suatu percakapan, "Tengok di sana itu. Zalim sungguh anak itu, membiarkan bapanya  berjalan, sedangkan dia sedap-sedap sahaja menunggang unta." 

Mendengar kata-kata itu, maka anaknya pun memberitahu, "Hai ayahku, naiklah ke belakang unta! Biar anakanda yang berjalan pula."

Ketika melintasi suatu tempat, mereka mendengar ada orang berkata, "Alangkah zalimnya orang tua itu! Dia menunggang unta, sedangkan anaknya pula dibiarkannya berjalan kaki."Lalu mereka berdua pun berjalan kaki.

Mereka  sampai pula di sebuah kampung, melintasi kawasan orang ramai. Lalu, terdengar suara, "Alangkah bodohnya orang itu! Ada unta berjalan kaki pula, sedangkan unta untuk ditunggangi." 

Mendengar kata-kata itu, kedua-dua mereka berfikir, memang ada betulnya.

Maka berkata ayah kepada anaknya, "Silalah naik ke belakang unta! Mudah-mudahan kita berdua tidak dikatakan bodoh oleh orang-orang yang melihat."

Mereka sedar, semua yang mereka lakukan hari itu hanyalah kerana ingin memuaskan kata-kata orang. Apa sahaja yang mereka lakukan, semuanya tidak kena mengikut pandangan orang.  

Berkatalah si ayah itu kepada anaknya, "Mulai saat ini, kita jangan mendengar kata-kata orang. Lakukan sesuatu yang kita fikir benar dan berbuatlah sesuatu mengikut apa yang kita fikirkan benar."

NILAI MURNI

      Sememangnya begitulah yang sepatutnya kita bertindak. Kita tidak perlu berbuat sesuatu kerana hanya ingin memuaskan kehendak orang lain. Kita hanya perlu mendengar nasihat orang yang tahu masalah kita. Jangan sesekali bertindak kerana ingin memuaskan hati orang lain.       Oleh itu, berhati-hatilah mendengar kata-kata orang. Tidak semuanya benar dan baik untuk kita.

Page 5: CERITA KANAK2 PILIHAN

6 KATAK PURU DAN LEMBU

Pada suatu hari, anak katak puru pergi bersiar-siar di tepi sawah.Anak katak terjumpa seekor lembu. Anak katak belum pernah melihat lembu. Anak katak berasa sangat takut.

"Wah, besar sungguh haiwan ini!" kata anak katak puru di dalam hatinya.Anak katak puru terus melarikan diri. Anak katak puru segera pulang.Anak katak puru memberitahu ibunya, "Ibu, tadi saya terjumpa seekor haiwan yang sangat besar!"

Namun, ibunya berkata dengan perasaan sombong, "Dalam dunia ini, ibulah haiwan yang paling besar.""Tetapi haiwan itu lebih besar daripada ibu," kata anak katak puru itu.

Ibunya segera menggembungkan badannya."Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya. "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," jawab anak katak puru.Ibunya mengembungkan lagi badannya."Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi.

 "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi," ujar anak katak puru.Ibunya terus menggembungkan lagi badannya."Adakah haiwan itu sebesar ini?" ibunya bertanya lagi. Anak katak puru menjawab, "Tidak! Haiwan itu lebih besar lagi."

"Sekarang tengok! Adakah haiwan itu sebesar ini?" tanya ibunya lagi.Ibu katak puru itu pun cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar lagi.

Pop!Anak katak puru terkejut mendengar bunyi letupan itu.Ibu katak puru itu mati kerana cuba menggembungkan badannya supaya menjadi lebih besar. Akhirnya, badannya pecah.Itulah akibatnya kerana sombong dan ingin membangga-banggakan diri.

NILAI MURNI :      Jangan sekali-kali bersikap sombong dan ingin membangga-banggakan diri. Perbuatan ini merupakan akhlak yang buruk. Perbuatan ini akan mendatangkan akibat buruk terhadap diri sendiri.

7  ARNAB DAN KAMBING

Pada suatu hari, arnab terjumpa sebuah karung guni.  Di dalam karung itu terdapat sayur-sayuran. Arnab ingin makan sayur-sayuran itu.  Kemudian datang kambing. Kambing juga mahu makan sayur-sayuran itu. Tetapi arnab tidak mahu berkongsi dengan kambing.  Arnab mendapat suatu akal.

      Arnab mengajak kambing bertanding. Pertandingan itu ialah menumbangkan tiang pagar. Kambing bersetuju. Kambing berlari kencang. Kambing terus menanduk tiang itu. 

Page 6: CERITA KANAK2 PILIHAN

      Prak! Tanduk kambing patah. "Aduh!" kambing menjerit kesakitan.Tibalah pula giliran arnab.

      Arnab menggali tanah. Tiang itu tumbang menimpa kaki arnab. 

      Prak! Kaki arnab patah. "Aduh!" arnab menjerit kesakitan.

Arnab berasa menyesal kerana enggan berkongsi makanan dengan kambing. Kedua menyesal dan saling memohon maaf.  Selepas itu, Arnab dan kambing pergi ke tempat karung guni itu semula. Tetapi karung guni itu sudah tiada kerana diambil oleh tuannya.

NILAI MURNI :

Sikap tamak selalu rugi. Sebaliknya, jika bermuafakat tentulah membawa berkat.

8  Pokok Kelapa dan Rumput

 Di tepi padang, tumbuh sebatang pokok kelapa. Pokok kelapa itu sangat tinggi. Pokok kelapa itu selalu mengejek rumput. "Wahai Sang Rumput, engkau sangat pendek! Aku adalah pokok yang tinggi dan kuat." Setiap hari, rumput selalu diejek oleh  pokok kelapa. Namun, rumput berdiam diri sahaja.      Pada suatu hari, datang ribut yang kuat. "Tolong! Tolong!" terdengar suara pokok kelapa menjerit minta tolong. Dum! Terdengar pula bunyi yang sangat kuat. Pokok kelapa itu tumbang. Rumput pun berkata, "Wahai Sang Kelapa, walaupun aku pendek, tetapi ribut tidak dapat menumbangkan diriku!"    Pokok kelapa berasa malu. Pokok kelapa sangat menyesal kerana pernah mengejek rumput. Akhirnya, matilah pokok kelapa itu.

NILAI MURNI :

 Kita tidak boleh memandang hina pada orang miskin dan lemah. Setiap orang mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing.

Page 7: CERITA KANAK2 PILIHAN

Pemotong Kayu yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua

dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok

yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman

hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......

Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api.

Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari

kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur

seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari

tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana

kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar

arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu

turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...

Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si

pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...

"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta

merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali

si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab

situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas

ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak

perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari

Page 8: CERITA KANAK2 PILIHAN

terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya

sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak

miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan

kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan

kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran

suaminya.Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...

Page 9: CERITA KANAK2 PILIHAN
Page 10: CERITA KANAK2 PILIHAN
Page 11: CERITA KANAK2 PILIHAN
Page 12: CERITA KANAK2 PILIHAN
Page 13: CERITA KANAK2 PILIHAN
Page 14: CERITA KANAK2 PILIHAN
Page 15: CERITA KANAK2 PILIHAN
Page 16: CERITA KANAK2 PILIHAN
Page 17: CERITA KANAK2 PILIHAN
Page 18: CERITA KANAK2 PILIHAN
Page 19: CERITA KANAK2 PILIHAN

ARNAB YANG PEMALAS

Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat. Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.

 Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.

KERBAU BALAR

Page 20: CERITA KANAK2 PILIHAN

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.

 "Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.

 Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.

 Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.

 Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.

 Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.

Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.

           

  KAWAN YANG TIDAK JUJUR

 Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan

Page 21: CERITA KANAK2 PILIHAN

terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.

     

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya

Page 22: CERITA KANAK2 PILIHAN

itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

  BUJANG TERBOYOI

Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana. Sultan menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.

       Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya.

Page 23: CERITA KANAK2 PILIHAN

       “Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah emak pulang. Doakanlah saya. Maafkanlah saya,” katanya Si ibu amat terharu tetapi apalah dayanya Anak ecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya amat merindukannya.

        Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam perjalanan, dia berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.        Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan musuh. Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya sebentuk cincin sakti.

        Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera dari manakah gerangannya?

        Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan permohonannya . Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.

       “Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik kasihan  melihat mereka,” kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea rah sepasang suami isteri,pekerja istana.

Page 24: CERITA KANAK2 PILIHAN

      “Silakanlah, beta tiada halangan,” titah sultan. Bujang Terboyoi membawa mereka ke air terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang indah-indah. Dia member mereka makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat. Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.

       “Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu dan ayah,” kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat gembira. Mereka menangis kegembiraan.

       Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan mangkat, Bujang Terboyoi di tabalkan menjadi raja.

Page 25: CERITA KANAK2 PILIHAN

Kancil dan buaya

     Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang  di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila masa saja.

    Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan  lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

   Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

   Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kancil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya

Page 26: CERITA KANAK2 PILIHAN

lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kancil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

  Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

   Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

  Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

Page 27: CERITA KANAK2 PILIHAN