Aktiviti Main Dlm Pkmbgan Kanak2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

main

Citation preview

  • Home RPT & RPH PENGAJARAN BERTEMA BUKU AKTIVITI LEMBARAN KERJA RUJUKAN ILMIAH NKRA

    MONDAY, FEBRUARY 09, 2009

    Teknik Bercerita Dalam Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Prasekolah

    OlehDr.Rohizani Yaakub,

    Pusat Pengajian Ilmu PendidikanUniversiti Sains Malaysia

    Pulau PinangPengenalan

    Ibu bapa dan guru lazimnya akan berasa sangat gembira dan bangga apabila anak-anakmula menunjukkan minat terhadap buku. Walau bagaimanapun perlu diingat bahawaminat terhadap buku pada peringkat awal perlulah sentiasa dipupuk supaya minat ituterus berpanjangan sehingga menjadi kebiasaan. Hal ini kerana sikap terhadap membacadalam kalangan kanak-kanak peringkat prasekolah adalah sangat penting dalammenentukan aktiviti pembacaan mereka seterusnya. Pada peringkat ini kanak-kanaksangat menyukai aktiviti membaca cerita secara kuat. Maksudnya, mereka suka kalau ibubapa, guru-guru, atau sesiapa sahaja membacakan cerita dan mereka mendengar. Padamasa yang sama, kanak-kanak sebenarnya menyimpan hasrat untuk dapat membacaseperti yang dilakukan oleh pencerita tersebut. Perbuatan membaca iaitu pergerakankepala (mata) dari kiri ke kanan, sangat menarik perhatian kanak-kanak. Mereka seolaholahtidak sabar untuk menguasai kemahiran ajaib tersebut.Umumnya semasa anak-anak masih kecil, ibu bapa akan duduk bersama anak-anak danmembacakan buku-buku cerita kepada mereka. Keriangan jelas terbayang di wajah anakanakyang mendengar cerita, tidak kira dari siapa. Namun, masa yang dihabiskanbersama anak-anak untuk bercerita akan semakin kurang setiap hari anak semakinmembesar, sehinggalah anak-anak dibiarkan untuk membaca sendiri. Biasanya itulah halyang terjadi dalam mana-mana keluarga pun. Namun, dengan perkembangan ilmu, sudahbanyak ibu bapa yang terus-menerus memberikan masa dan perhatian terhadappembacaan anak-anak kerana diyakini bahawa peranan merekalah sebenarnya yang akanmempengaruhi sikap anak-anak terhadap pembacaan apabila mereka besar. Menyedaripentingnya peranan mereka, banyak ibu bapa yang mula memberikan lebih perhatian danbelajar cara bercerita dengan lebih sistematik bagi membantu anak-anak memupuk sikappositif terhadap membaca. Hal ini kerana disedari bahawa sikap positif terhadap

    CIKGU ANI

    SK Labu, Batu 10,Seremban,Negeri Sembilan, MalaysiaView my complete profile

    PROFIL SAYA

    PUKUL BERAPASEKARANG

    0 More Next Blog Create Blog Sign In

    converted by Web2PDFConvert.com

  • membaca dalam kalangan kanak-kanak peringkat prasekolah adalah sangat penting dalammenentukan aktiviti pembacaan mereka seterusnya.

    Perkembangan Emosi Kanak-kanak

    Jika diteliti model pendidikan prasekolah yang dikeluarkan oleh Pusat PerkembanganKurikulum, komponen perkembangan sosioemosi memberi fokus kepada penguasaankemahiran emosi yang matang. Hal ini kerana diyakini bahawa perkembangan emosiyang matang dapat menjadi asas yang kukuh ke arah pembentukan sahsiah individu yangseimbang. Keseimbangan antara semua komponen pula penting sebagai persediaan awalkepada kanak-kanak memasuki alam persekolahan formal.Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003 : 5)Terdapat pelbagai cara untuk memupuk keseimbangan emosi kanak-kanak di peringkatprasekolah. Contohnya, aktiviti bermain yang dijalankan semasa berada di sekolah.Bercerita juga merupakan salah satu aktiviti yang sangat sesuai dengan perkembanganemosi kanak-kanak.Kepentingan emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejakzaman Greek lagi. Tidak hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, danHume telah mengemukakan teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepadapenyelidikan tentang emosi dan kaitannya dengan kehidupan manusia. Walaubagaimanapun, penyelidikan tentang emosi menjadi sukar kerana wujudnya nilainormatif yang tidak konsisten antara satu individu dengan individu yang lain. MenurutPlato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya takulan, kehendak(desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialahkegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosimempunyai peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secarakeseluruhannya.

    Bercerita

    Telah lama disedari bahawa cerita dapat memberi sumbangan ke arah kejayaan akademikdan kesejahteraan emosi kanak-kanak. Cerita-cerita rakyat misalnya, sesuai dijadikanbahan bercerita. Sebagai alat untuk pembelajaran, kaedah bercerita dapat dijadikan alatuntuk menggalakkan pelajar meneroka keunikan diri mereka. Selain itu ia juga dapatmeningkatkan tahap kebolehan mereka berkomunikasi melalui pemikiran dan perasaanserta meluahkannya dalam bentuk oral yang teratur. Dalam dunia sekarang yang serbamaju dan canggih, aktiviti bercerita dapat dijadikan alat untuk memupuk danmenyuburkan sifat-sifat peka pelajar terhadap kelebihan menguasai bahasa dengan baik.Selain itu, ia juga menyedarkan mereka bahawa adalah penting kita mempunyaikemahiran mendengar yang baik bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan antaraindividu.

    Bercerita juga membolehkan kanak-kanak menyuarakan pendapat dan perasaan secaralisan. Perkara ini berlaku apabila kanak-kanak diberi peluang untuk bercerita semulasetelah guru berbuat demikian. Guru boleh bertanya kepada kanak-kanak apakah yangmereka fikir akan berlaku selepas sesuatu kejadian dalam cerita. Dengan cara ini, kanakkanakdengan daya imaginasi mereka akan dilatih memberikan pendapat dan pandangan.Guru pula perlu menerima cadangan kanak-kanak tersebut tanpa prejudis. Dari situ guruboleh membantu kanak-kanak mengembara ke dalam dunia imaginasi denganmendengar dan berkongsi cerita tersebut dengan rakan-rakan sekelas yang lain.Bercerita boleh dijadikan alat untuk melatih kemahiran mendengar dan bertutur secarayang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana sewaktu bercerita, kanak-kanak atau gurujuga tidak terikat dengan nada dan intonasi perbualan yang biasa. Setiap patah perkataanperlu diucapkan bersesuaian dengan cerita. Contohnya, sekiranya terdapat kisah harimaudalam cerita itu, guru boleh memberi perhatian yang lebih sewaktu menyebut harimaumeNGAUM bagi memberi kesungguhan bahawa harimau mengaum itu suatu perbuatanyang dapat menunjukkan kegagahan. Guru tidak perlu untuk membunyikan ngaumanitu, cukup kalau memberi penekanan dalam sebutannya. Hal ini dapat mengelakkan jikaguru tidak dapat mengaum dengan suara yang kuat dan dalam. Suasana bercerita danmendengar cerita ini dapat mewujudkan keseronokan kepada kanak-kanak di sampingmereka dapat melatih kemahiran mendengar yang baik. Guru mungkin boleh memberiarahan awal supaya kanak-kanak mendengar dengan baik, barulah guru akan mulabercerita. Jika pelajar pula diberi peluang bercerita, sesi tersebut dapat menjadi sesimelatih mereka bertutur dan menyebut perkataan dengan betul. Contohnya:

    Ada seekor itik cantik ingin memetik buah betik. Itik yang cantik tidakdapat memetik buah betik. Pokok betik sangat tinggi. Itik cantik tidakputus asa. Buah betik itu mesti dipetik. Itik cantik bercadang memintatolong.

    Zailani Zakaria

    Create your badge

    MY FACE BOOK

    Rolet

    PENGUNJUNGSEDANG ONLINE

    ANDA PENGUNJUNGKE

    Bahan Ilmiah PrasekolahPekeliling & Surat Siaran KPMBahan Rujukan KurikulumStandard PrasekolahKebangsaan (KSPK)Rancangan Pelajaran TahunanPrasekolah 2010Pengurusan PrasekolahTeori Perkembangan Kanak-kanakCD Interaktif PrasekolahMuzikBahan-Bahan Zoom APanduan Menulis HurufLembaran KerjaLagu kanak-kanakCerita Kanak-kanak

    BAHAN-BAHANRUJUKAN

    Aktiviti Prasekolah (2)Artikel Kanak-kanak (30)Artikel Prasekolah (21)Bahan Bahasa Inggeris (4)Bahan Bantu Mengajar (25)Bahan Ilmiah (5)

    LABEL

    converted by Web2PDFConvert.com

  • Bercerita juga dapat memperkenalkan kosa kata baru bersesuaian dengan isi. Sebolehbolehnyaguru perlu berusaha untuk memperkenalkan beberapa perkataan baru setiap kalibercerita kepada kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak akan mudah belajar maknakata apabila digunakan dalam konteks yang sesuai. Banyak perkataan yang mempunyailebih daripada satu makna. Dengan menggunakan dalam cerita, kanak-kanak dapatmenyesuaikan kegunaan kata dengan konteks yang sesuai. Walau bagaimanapun, guruperlu elakkan memperkenalkan terlalu banyak perkataan dalam satu-satu masa keranaianya mungkin akan mengelirukan kanak-kanak. Sekiranya ada perkataan baru yangtelah diperkenalkan, guru bolehlah membuat sedikit persediaan dengan menuliskannyapada kertas imbasan dan dilekatkan di papan flannel atau dinding kelas supaya mudahdiingat oleh kanak-kanak. Daya imaginasi sewaktu bercerita dapat merangsangpenggunaan bahasa yang baik.

    Kanak-kanak lebih cepat belajar perkara yang diminati dan bercerita sangat menarikperhatian mereka. Setiap kanak-kanak mempunyai minat yang berbeza terhadap cerita.Kanak-kanak lelaki misalnya lebih meminati cerita-cerita binatang. Kanak-kanakperempuan pula mungkin lebih sukakan cerita Cinderella atau Red Riding Hoodkerana ceritanya mengisahkan perihal kecantikan puteri. Walau bagaimanapun, gurubiasanya menghadapi sebuah kelas yang terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan jugaperempuan. Oleh itu adalah sukar bagi guru untuk mengadakan sesi bercerita yangberasingan kepada kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Apa yang bolehdilakukan oleh guru ialah mengimbangkan cerita seumpama itu supaya mengandungiaksi-aksi lasak. Oleh itu kedua-dua kanak-kanak dapat menikmatinya. Kanak-kanakperempuan menggemari kecantikan puteri, dan kanak-kanak lelaki menggemari aksi-aksilasak tersebut. Tugas berat itu perlulah dibuat oleh guru sebelum mula bercerita supayapenceritaan akan menjadi licin dan lancar.

    Bercerita dapat menjadi cara yang sesuai untuk mengenali keunikan individu. Sewaktuaktiviti bercerita dijalankan, guru dapat mengenal pasti ciri-ciri tertentu dalam setiappelajarnya. Ada kanak-kanak yang dapat duduk dan mendengar dengan baik, ada kanakkanakyang hanya boleh duduk diam selama beberapa minit sahaja, ada kanak-kanakyang suka mengganggu rakan sewaktu sesi berlangsung, ada kanak-kanak yang sukamengambil bahagian dalam bercerita, dan sebagainya. Secara tidak langsung, guru dapatmengenal perangai setiap pelajar di bawah penyeliaannya. Perkara ini penting bagimereka untuk mengawal kelas sewaktu pengajaran berlangsung.

    Sewaktu sesi bercerita, guru dapat menunjukkan contoh kepada pelajar untuk dijadikanpanduan dan pedoman hidup. Guru juga dapat menerapkan nilai-nilai murni yang perludiamalkan seperti taat kepada ibu bapa, mendengar nasihat adik-beradik, berkongsikemudahan dalam kelas atau di rumah, dan pelbagai lagi bergantung kepada kreativitiguru. Namun perlu diingat iaitu elakkan memberi penekanan yang terlalu berat terhadappemupukan nilai sehinggakan sesi bercerita bertukar menjadi sesi ceramah. Keadaan initidak dapat meninggalkan impak yang positif terhadap pelajar. Sekiranya keadaan iniberlaku, pelajar akan berasa bosan dan enggan memberi kerjasama pada masa-masa akandatang. Misalnya terdapat watak tertentu dalam cerita yang boleh dijadikan panduankepada pelajar, guru bolehlah mengaitkannya dengan mengambil pelajar-pelajarnyasebagai contoh. Misalnya, Tengok, apa yang jadi kalau tidak mendengar nasihat ibuatau Piko sakit gigi sebab tidak memberusnya sebelum tidur. Guru boleh menyambungSiapa nak jadi seperti Piko? atau Siapa tak suka dengar cakap ibu?. Seterusnyamungkin dia boleh berkata Cikgu tahu Amar suka dengar cakap ibu kan? atau Semuapelajar cikgu ni suka dengar cakap ibu, kan?. Secara tidak langsung kanak-kanak ituakan terasa dihargai kerana dilibatkan dalam penceritaan. Perkara ini dapat menaikkanimej kendiri mereka.

    Bercerita Dalam Bilik Darjah

    Bercerita merupakan aktiviti yang menarik dan boleh digunakan dalam mana-manapelajaran bagi menghidupkan sesuatu pengajaran. Bercerita dapat meningkatkankefahaman kanak-kanak terhadap pelajaran dan boleh merangsang kanak-kanakmelahirkan idea atau pendapat serta menjadikan pembelajaran sebagai suatu pengalamanyang menyeronokkan. Bercerita juga dapat dijadikan sebagai aktiviti pengukuhan.Sebelum bercerita, guru perlu menyediakan diri selengkapnya. Misalnya memilih ceritayang sesuai, menentukan fokus cerita, memikirkan soalan-soalan yang bolehdikemukakan, perkataan atau frasa yang perlu difokuskan dan mencatat rangka ceritasebagai panduan. Selain itu, guru perlu berlatih bercerita sebelum bercerita kepadakanak-kanak untuk menambahkan keyakinan diri atau mencatat butir-butir penting ataskad-kad kecil sebagai rujukan dan menentukan alat atau bahan yang akan digunakansemasa bercerita.

    Buku Aktiviti Murid (3)Cerita Kanak-kanak (2)Doa Kanak-kanak (1)Gambar Bertema (1)Guru (25)INFORMASI KESIHATAN (4)Jadual Waktu Prasekolah (1)Kelas Prasekolah Bestari SKLabu (1)Keratan Akhbar (37)Komponen Kreativiti danEstetika (19)Komponen PerkembanganKognitif (4)Lagu Kanak-kanak (6)Learn abc (1)Learn Phonics (3)Lembaran Kerja (1)Lembaran Kerja Prasekolah (7)Mari Mewarna (1)Origami (14)Pekeliling (2)Pekeliling Ikhtisas (3)Pemakanan Kanak-kanak (4)Pembantu Pengurusan Murid(PPM) (1)Pengajaran Bertema (40)Pengajaran Suku Kata (2)Pengumuman (2)Permainan Kecil (1)Persekolahan (1)Perutusan (1)Program PERMATA (1)Program Prasekolah (2)Program Prasekolah JPNS (3)Puisi Kanak-kanak (1)Rancangan Pelajaran Harian (7)Rhymes (2)Tema Tahunan (2)

    2013 (7) 2012 (16) 2011 (20) 2010 (45) 2009 (205)

    December (23) November (20) October (2) August (5) July (7) June (17) May (23) April (26) March (52) February (10)

    Feb 27 (2) Feb 14 (5) Feb 09 (2)

    Teknik Bercerita Dalam

    BLOG ARCHIVE

    converted by Web2PDFConvert.com

  • Semasa bercerita pula, guru perlu memastikan keadaan kanak-kanak selesa, dapatmemberi tumpuan sepenuhnya terhadap cerita, tidak ada gangguan yang bolehmengalihkan perhatian mereka dan melibatkan kanak-kanak dengan memberi peluangmenjawab soalan atau melakonkan semula. Suara guru perlu jelas, bahasa yangdigunakan sesuai dengan tahap kanak-kanak dan istilah yang diperkenalkan daripadayang konkrit kepada abstrak. Gerak badan dan mimik muka yang sesuai boleh digunakanuntuk menarik perhatian kanak-kanak. Bahan-bahan yang sesuai perlu digunakan bagimembantu penyampaian guru dan membantu kefahaman kanak-kanak terhadap jalancerita. Guru perlu peka terhadap reaksi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Sekiranyasesuai, guru bolehlah memakai pakaian yang khas untuk menambahkan keseronokankepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pakaian itu hanya sebagai tambahan kepadaguru, sekiranya tiada pun tidak mengapa. Aksi guru sebenarnya yang lebih mustahak.Nada dan intonasi guru sangat penting. Sekiranya suara guru rata dan tidak bertukartukarmengikut ceritanya, sesi akan menjadi hambar.

    Selepas bercerita, guru perlu menyediakan aktiviti susulan sama ada menjawab soalansoalan,meminta kanak-kanak bercerita semula, atau simulasi/melakonkan bahagianbahagiantertentu cerita bagi memastikan kanak-kanak memahami cerita. Selain itu,nyanyian, melukis, dan kuiz boleh dijadikan sebagai pengukuhan.

    Banyak perkara yang perlu difikirkan sewaktu mengatur sesuatu sesi bercerita bersamapelajar. Antaranya ialah guru perlulah:

    1. Permudahkan plot cerita yang ingin diperdengarkan

    Gunakan perkataan sendiri untuk bercerita dengan mengekalkan konsep-konsepkesesuaian pilihan perkataan. Seringkali guru tidak dapat membina cerita sendiri tetapiakan memetik dari buku-buku cerita yang ada di pasaran. Kita perlu ingat, kadangkadangbuku cerita dihasilkan oleh penulis bukan yang tidak mempunyai latar belakangpendidikan. Mereka adalah penulis yang menulis untuk memenuhi pasaran. Sukarmendapatkan buku cerita yang benar-benar memenuhi kehendak pembelajaran kanakkanakiaitu yang menghiburkan, dan dalam masa yang sama memberi pengajaran. Olehitu adalah penting kepada guru-guru untuk membaca cerita-cerita sebegini danmempermudahkan plotnya bagi menyesuaikan dengan kanak-kanak. Benar atau salahcerita itu bukanlah perkara terpenting tetapi jika guru dapat bercerita dengan baiksehingga kanak-kanak dapat menerima cerita tersebut, itu dikatakan sudah berjaya.

    2. Bina peta atau carta alir cerita

    Manusia memang mempunyai sifat lupa. Tidak terkecuali bagi guru. Oleh itu, gurubolehlah membina peta cerita atau carta aliran untuk memudahkan cerita danmengelakkan lupa. Semua ini perlu dilakukan supaya guru tidak tersekat-sekat sewaktubercerita. Tambahan pula jika ada pelajarnya yang suka mencelah atau menimbulkanmasalah semasa sesi berlangsung. Selepas menangani masalah pelajar, guru terlupa dimana dia telah berhenti. Perkara ini akan membuatkan pelajar berasa kecewa. Kalauguru menyediakan peta cerita, perkara ini dapat dielakkan. Walaupun terganggu, gurutetap dapat menyambung ceritanya dengan baik. Walau bagaimanapun, gangguanseumpama itu dapat mengurangkan keseronokan kanak-kanak mendengar cerita, danseboleh-bolehnya dielakkan oleh guru.

    3. Sediakan alat bantu yang sesuai

    Sekiranya perlu, guru perlu menyediakan alat bantu untuk digunakan sewaktu sesibercerita. Tujuannya supaya kanak-kanak berasa seronok. Misalnya gambar-gambarbinatang, pemandangan, atau apa saja yang berkaitan dengan cerita boleh menjadikansesi bercerita lebih menarik minat. Warna-warni gambar menjadai pelengkap kepadapenceritaan yang menarik.

    5. Bercerita dengan suara, gaya, dan intonasi yang sesuai.

    Aspek ini adalah perkara paling penting dalam sesebuah sesi bercerita. Sekiranya suarayang monotonous dengan gaya yang hambar dan intonasi yang mendatar, pelajar akanjemu dan gagallah guru tersebut. Keadaan akan menjadi lebih serius jika guru berterusantiada gaya bercerita, lama-kelamaan pelajar menjadi bosan dan tidak berminatmengikuti sesi bercerita yang dikendalikan oleh guru tersebut. Sesi bercerita juga bolehbertukar menjadi sesi yang bising dan tidak terkawal.

    6. Sediakan pakaian khas jika perlu

    Teknik Bercerita DalamPerkembangan EmosiKanak-Ka...

    Cerita Kanak-kanak

    Feb 01 (1)

    January (20)

    2008 (15)

    BLOG PENDIDIKANAWAL KANAK-KANAK

    PRASEKOLAH SERI PAGISampan Kertas - Origamisampan kertas :)4 weeks ago

    BK Early ChildhoodEducation Specialist @BK Pakar PendidikanAwal Kanak-KanakKesilapan Satu ProsesPembelajaran - Menggalakkankanak-kanak melakukansendiri merupakan salah satucara memupuk kanak-kanakberdikari. Sediakan sokongandan panduan kepada kanak-kanak sema...4 weeks ago

    Bermulanya diprasekolah ini...Ubahsuai dapur kelas - Adayang komen di facebook bilasaya muatnaik gambar dapurkelas yang diubahsuai. Palingpedih bila ada yang kata apaguna kelas cantik kalaumengajar tak...2 months ago

    Prasekolah KualaKangsarPENTAKSIRAN KEMBARA3M PRASEKOLAH -MAKLUMAN. 1. Mohon pihakTuan/Puan menghantarperkara berikut sebelum 15Mei 2014. - Borang analisisKembara 3M (Individu) -Borang analisis Kembara...2 months ago

    Prasekolah SK UluKakusFree Numeracy Worksheets,Birthday Chart & Duty Roster- Hi everyone... It's still nottooooo late to wish everyonea Happy New Year and ablessed Chinese New Year! Iwould like to thank everyonefor visiting my...5 months ago

    Diari Seorang GuruPrasekolahRumah Terbuka Aidilfitri 2011di Prasekolah SK ParitSerong -6 months ago

    Laman InformasiPrasekolahSEJARAH PENDIDIKANAWAL KANAK-KANAK:INOVASI DI EROPAH PADAABAD 20: MONTESSORISCHILDRENS HOUSE -Montessori melihatpendidikan sebagai

    converted by Web2PDFConvert.com

  • Sesuatu sesi bercerita akan menjadi lebih menarik sekiranya guru menyediakan pakaiankhas sewaktu bercerita. Selain membangkitkan mood kanak-kanak, ia juga dapatmenjadikan sesi lebih real. Tidak perlulah menyediakan pakaian yang mahal atauterlalu detail sehingga menenggelamkan cerita. Cukuplah sekadar penghias untukmembezakan antara waktu pengajaran biasa dengan sesi bercerita. Keadaan ini juga bolehmenjadikan kanak-kanak lebih bersemangat dan bersedia untuk mengambil bahagianyang aktif dalam sesi tersebut.

    Sekiranya guru bersedia sebelum mengadakan aktiviti bercerita, sesi tersebut akanmenjadi sangat bermakna dan kanak-kanak dapat belajar sesuatu darinya. Banyakperkara yang boleh dilakukan bergantung kepada inisiatif dan kreativiti guru.Memilih Cerita Untuk Kanak-kanak

    Banyak perkara yang perlu diberi perhatian apabila memilih cerita untuk digunakandengan kanak-kanak prasekolah. Antaranya ialah plot cerita, iaitu struktur penceritaan.Kita biasa mendengar kanak-kanak bertanya Seronok tak cerita tu?. Yang dimaksudkanoleh kanak-kanak itu ialah adakah cerita itu bagus kerana plot diumpamakan sepertibenang yang menjahit dan mencantumkan peristiwa cerita serta menceritakan apakahyang berlaku kepada watak-watak dalam cerita itu. Baik plot cerita, baiklah cerita itu.Plot yang baik berkembang secara semulajadi daripada tindakan watak-watak, danbukannya terjadi secara disengajakan. Cerita yang mengandungi sub plot yang banyakjuga boleh mengelirukan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak peringkat prasekolah, memadaicerita yang mempunyai satu plot utama sahaja.

    Latar cerita juga penting kepada kanak-kanak. Latar masa boleh jadi pada masasekarang, yang sudah lepas, atau masa akan datang. Begitu juga dengan latar tempat.Boleh jadi di tempat yang biasa dengan kanak-kanak atau fiksyen semata-mata. Walaubagaimanapun, latar yang dipilih perlu bersesuaian dengan watak yang digunakan. Guruboleh mempelbagaikan cerita yang digunakan, bukannya memilih jenis cerita yang samasahaja, bagi mengelakkan kebosanan.

    Tema cerita yang dipilih untuk kanak-kanak juga penting. Ianya bergantung kepadatujuan guru menggunakan buku cerita tersebut, iaitu apakah mesej yang ingindisampaikan kepada kanak-kanak. Kadang kala terdapat buku-buku cerita yangmengandungi makna yang berlapis, iaitu yang tersirat. Guru perlulah pandai mencungkilsegala tema ini supaya kanak-kanak akan mendapat impak yang optimum. Tema yanghendak dipilih perlulah yang sesuai untuk dipupuk kepada kanak-kanak, seperti adil,jujur, dan seumpamanya. Ini kerana tidak semua nilai yang hendak didedahkan kepadakanak-kanak pada peringkat itu. Memadai kalau mereka dididik untuk bertolak ansurdengan rakan-rakan, boleh berkongsi permainan, boleh menghormati rakan ketika rakanbercakap, tidak merampas barangan rakan, dan seumpamanya. Melalui cerita, guru dapatmenyampaikan segala mesej ini dengan bersahaja dan meneguhkannya selepas ceritaselesai. Dengan cara ini, mesej akan lebih kekal dalam ingatan kanak-kanak. Buku-bukuyang mengandungi pengenalan konsep-konsep mudah seperti saiz, bentuk, dan warnabolehlah diperkenalkan. Perasaan ingin tahu mereka terhadap sesuatu dapatmembangkitkan minat kanak-kanak tersebut terhadap aktiviti membaca. Oleh itu bukubukumengenai mengapa sesuatu itu begitu, dan mengapa perkara ini begini sangatmenarik perhatian mereka. Contohnya fenomena cuaca, binatang, alam sekitar, dansebagainya. Selain itu kanak-kanak juga sangat sukakan cerita-cerita pengembaraan.Contohnya pengembaraan ke zoo atau sarkis. Watak-watak yang ada adalah pelbagaidan guru dapat mencipta bermacam-macam watak yang sesuai dengan minat kanakkanakdi bawah seliaannya. Yang pentingnya tema cerita dapat membangkitkan rasaingin tahu kanak-kanak kerana dari situlah mereka belajar mengenai diri mereka, rakanrakan,dan dunia seluruhnya.

    Watak juga memainkan peranan yang penting apabila memilih buku untuk kanak-kanak.Watak-watak yang hidup dan real seperti orang-orang yang dikenali sesuai dipilih.Kadang-kadang ada buku yang menggunakan watak-watak binatang tetapi jika dilukiskandengan sesuai, juga berkesan. Maksudnya watak-watak itu perlulah mempunyaikelebihan dan kelemahan tersendiri. Cara pengarang memperkenalkan watak jugapelbagai. Ada yang memperkenalkan secara terus, ada yang diperkenalkan oleh wataklain dalam cerita, ada yang diceritakan melalui dialog-dialog tertentu. Malah ada watakyang tidak diperkenalkan tetapi dapat dikesan melalui aksi-aksi tertentu. Namun perludiingat bahawa, perwatakannya perlulah tekal, tetapi bukannya sentiasa baik atau jahatsemata-mata. Segala perlakuan dan percakapan watak perlulah sesuai dengan umur,budaya, dan taraf pendidikan. Watak-watak juga tidak boleh terlalu banyak sehinggaboleh mengelirukan kanak-kanak. Biasanya buku yang baik hanya mengandungi empatwatak sahaja. Ini membolehkan kanak-kanak mengikuti cerita watak-watak tersebut

    pendidikan sebagaimembantu perkembanganpsikologi kanak-kanak. Gurusering mengabaikankepentingan elemen yangtidak disedari iaitu me...8 months ago

    Prasekolah SK. PuteriBANGUNAN BARUPRASEKOLAH BAIDURI -Kelas perluasan 2012...PraBaiduri1 year ago

    PRASEKOLAH SK TAMANSEMARAKBeautiful Flower Pictures -1 year ago

    Cikgu PrasekolahAlhamdulillah.......................- Setelah hampir setahun xdapat update blog ni, barumalam ni jumpa pasward.Bersyukur sesangat akhirnyadapat lah mengupdate blogni.............1 year ago

    Prasekolah Budiman SKTekek, Pulau TiomanIlham Prasekolah: SatuPerkongsian Idea -Memperkenalkan satukomuniti online IlhamPrasekolah. Dapatkanpelbagai idea-idea menarikuntuk menghidupkan PnPdalam kelas prasekolah,bahan bantu belaja...2 years ago

    Prasekolah PerakGambar Seminar PengurusanPrasekolah Perak 2012 -*SILA KLIK SINI UNTUKMELIHAT GAMBAR*2 years ago

    Asuhan dan DidikanBengkel Asuhan dan DidikanAwal Kanak-Kanak Siri 1 - 3 years ago

    SparkleboxCanon CREATIVE PARKThe Coloring.comReadinga-z.comFamilyEducation.comwww.LucyLearns.comPitara kids networksStarfall.comFreePrintaleColoringPages.netFamily FunLearningPlanet.comDLTK's SitesBusSongs.comTlsBooks.comKIDiddlesEnhantedLearning.comCOLORING BOOK FUNFamilyFun

    AKTIVITI-AKTIVITIUNTUKPRASEKOLAH

    converted by Web2PDFConvert.com

  • dengan mudah. Mungkin guru boleh membincangkan secara tidak formal tentangmasalah-masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita dan kaitkan dengan diri kanakkanak.Dengar jika kanak-kanak mengemukakan pendapat mereka tentang watak-watakyang telah dibaca.

    Stail dan gaya bahasa yang digunakan dalam cerita juga sangat penting diberi perhatiansewaktu memilih buku cerita kepada kanak-kanak. Cara pengarang memilih kata-katadan ayat untuk mengaitkan plot dapat memberi keseronokan sewaktu membacanya.Gaya bahasa yang sesuai dengan latar dan watak yang dipilih membuatkan cerita menjadilogik dan diminati oleh kanak-kanak. Kanak-kanak tidak sukakan cerita yang terlaludeskriptif, tetapi cerita yang mengandungi rima-rima tertentu dapat menarik perhatianmereka. Buku cerita yang mengandungi lagu-lagu tertentu juga memberikankeseronokan kepada kanak-kanak. Oleh itu pilihlah buku cerita yang mengandungi ayatayatmudah kerana ayat kompleks yang panjang membosankan pelajar kerana sukardifahami. Pengulangan yang sesuai juga boleh digunakan. Contohnya:

    Piko ingin bermain.Piko tiada kawan.

    Piko bertemu Cimi.Piko ajak Cimi bermain dengannya. Cimi setuju.

    Piko dan Cimi bermain bersama-sama.Piko dan Cimi bermain dengan gembira.

    Lulu nampak Piko dan Cimi sedang bermain.Lulu ingin bermain bersama-sama mereka.

    Piko dan Cimi mengajak Lulu bermain bersama mereka.Lulu sangat gembira.

    Lulu, Piko, dan Cimi bermain bersama-sama.Lulu, Piko, dan Cimi bermain dengan gembira..

    Moti ternampak Lulu, Piko, dan Cimi bermain bersama-sama.Moti ingin bermain bersama-sama mereka.

    Lulu, Piko, dan Cimi mengajak Moti bermain bersama-sama.Moti sangat gembira.

    Moti, Piko, Cimi, dan Lulu bermain bersama-sama.Moti,Piko, Cimi, dan Lulu menjadi kawan baik.

    Format buku cerita juga memainkan peranan penting dalam menarik minat kanak-kanak.Faktor-faktor saiz, bentuk, reka bentuk halaman, ilustrasi, pemilihan huruf, dan kualitikertas boleh mempengaruhi minat mereka terhadap sesebuah buku. Buku yangmengandungi banyak gambar yang berwarna-warni tentunya menarik dan kanak-kanaksuka. Selain membaca, mereka juga dapat menikmati gambar yang cantik. Tidak mustahiljika kanak-kanak dapat mencipta cerita mereka sendiri berdasarkan gambar dalam bukucerita tersebut. Tulisan yang menarik dan saiz yang sesuai boleh membuatkan merekatertarik untuk membacanya. Kanak-kanak yang masih dalam peringkat belajar membacaakan lebih mudah membaca tulisan yang besar. Buku cerita yang menggunakan formattulisan mengikut suku kata juga dapat membantu kanak-kanak belajar membaca. Selainitu bentuk buku yang senang dipegang juga mempengaruhi minat kanak-kanak. Tidakhairanlah jika kebanyakan buku kanak-kanak yang menggunakan kertas tebal danberkualiti lebih digemari berbanding buku biasa dengan kertas nipis.

    Namun, sebelum membaca sesebuah buku kepada kanak-kanak, guru-guru atau sesiapasahaja perlu membacanya terlebih dahulu. Pastikan cerita/idea yang ingin disampaikanmelalui buku tersebut dapat menyentuh hati kanak-kanak. Untuk membantu memilihbuku yang sesuai dan menjadikan sesi membaca cerita atau bercerita itu efektif, guruperlulah mempunyai panduan-panduan tertentu seperti pilihlah buku-buku yang dapatmenggambarkan permasalahan yang sedang dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.Misalnya dalam usia enam tahun, biasanya apakah perkara yang sering bermain di fikirankanak-kanak. Kemungkinan isi cerita yang berkaitan dengan permainan, binatang, danseumpamanya adalah menarik minat mereka. Buku cerita yang dipilih juga sebaikbaiknyadapat menggalakkan penyertaan aktif kanak-kanak. Misalnya mengandungi laguatau bait-bait puisi yang boleh dinyanyikan bersama-sama. Walaupun tujuan utamamendengar cerita adalah untuk berhibur, perlu diingat bahawa kanak-kanak juga perlubelajar sesuatu dari cerita tersebut. Oleh itu buku cerita yang menggabungkan unsurunsurkognitif dan afektif adalah perlu supaya mereka dapat menyerap nilai danpengajaran yang ingin diketengahkan melalui sesebuah cerita. Kalau boleh, cerita yangdipilih perlu mengandungi unsur-unsur penyelesaian masalah. Tidak perlu menyelesaikanmasalah yang besar dan berat, memadai jika mereka perlu mencantum dan menyusungambar. Kerja itu sebenarnya memerlukan kemahiran menyelesaikan masalah.

    Kesimpulan

    Gayle's Preschool RainbowHandwriting For KidsPreschool Education.comKiz clubFunBrain.comShirley'sPreschool Activitieswww.abcteach.comwww.kiddyhouse.comwww.kinderplans.comwww.worksheetlibrary.comwww.everythingpreschool.comwww.crayola.com

    PERKEMBANGAN KREATIVITIDAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAKDari Perspektif TeoriPENGENALAN Kebanyakansistem pendidikan di duniamenekankan kepentinganmembina minda yang kreatifdalam kalangan ...

    Penilaian di Prasekolah1.0 Pengenalan Pendidikanprasekolah adalah peringkatterpenting bagi membentukemosi, fizikal, sosial, danperkembangan pemik...

    Pembantu Pengurusan MuridN17PEKELILING PERKHIDMATANBILANGAN 9 TAHUN 2003 SKIMPERKHIDMATAN PEMBANTUPENGURUSAN MURID BIDANGTUGAS BAGI SKIMPERKHIDMATAN PEMBANTUPE...

    Tema: Buah-buahan

    Teknik Bercerita DalamPerkembangan Emosi Kanak-Kanak PrasekolahOleh Dr.Rohizani Yaakub, PusatPengajian Ilmu PendidikanUniversiti Sains Malaysia PulauPinang Pengenalan Ibu bapadan guru lazimnya akan...

    Kanak-Kanak & PermainanSecara amnya permainan bolehdidefinisikan sebagai apa-apakegiatan yang memberikankegembiraan dan kepuasankepada kanak-kanak tanpame...

    RPH- Minggu OrientasiRANCANGAN HARIAN Tema :Minggu Orientasi Subtema : HariPertama Persekolahan Tarikh:...

    TEMA TAHUNANPRASEKOLAH2012Untukmendapatkan

    paparan yang lebih jelas: SILADOWNLOAD DI SINI

    POPULAR POSTS

    converted by Web2PDFConvert.com

  • Newer Post Older PostHome

    Subscribe to: Post Comments (Atom)

    Posted by Zailani Zakaria at Monday, February 09, 2009

    Labels: Artikel Prasekolah

    Minat kanak-kanak terhadap pembacaan perlu disemai sejak kecil dan sentiasa dipupuksecara berterusan. Orang dewasa memainkan peranan yang sangat besar dalammenentukan tabiat yang baik ini menjadi sebati dengan kanak-kanak. Kesediaan orangdewasa menghabiskan masa yang berkualiti dengan kanak-kanak akan membantu merekamengenal potensi diri sendiri. Selain itu orang dewasa juga perlu membantu kanakkanakmemilih bahan-bahan bacaan yang sesuai dengan usia dan minat mereka.Sekiranya perkara ini berjaya dilakukan, biasanya kanak-kanak akan membesar danmenjadi individu yang gemar membaca dan meneroka ilmu pengetahuan.

    Rujukan:Charlotte S.Huck & Doris Young Kuhn. 1968. Childrens Literature 2nd Ed. Holt,Rinehart and Winston, Inc.Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.Sohaimi Abdul Aziz. 1998. Membentuk Kecerdasan Emosi Kanak-kanak MelaluiKesusasteraan Kanak-kanak. Pulau Pinang: Penerbit USM.

    Recommend this on Google

    Post a Comment

    Create a Link

    No comments:

    Links to this post

    Share this on FacebookTweet this

    View stats (NEW) Appointment gadget >>

    SHARE IT

    DOWNLOAD DI SINI

    Cerita Kanak-kanakSANG KANCIL MENIPUHARIMAU Harimau: (suarameninggi) Hah, Sang Kancil! Disini rupanya kamu berada. SangKancil : (terp...

    Tema: Diri Saya (Minggu 2)RANCANGAN HARIAN Tema :Diri Saya ...

    BLOG RAKAN-RAKAN GURU

    Kementerian Pelajaran MalaysiaSuruhanjaya PerkhidmatanPendidikanBahagian PembangunanKurikulumJabatan Pelajaran NegeriSembilanJabatan Pelajaran TerengganuJabatan Pelajaran KedahJabatan Pelajaran SelangorPPD Seremban

    PAUTANKEMENTERIANPELAJARANMALAYSIA

    Pek.Ikhtisas Bil9/2010:Pelaksanaan KurikulumStandard PrasekolahKebangsaanPek.Ikhtisas Bil 8/2010: GarisPanduan Mencegah &Menangani Perbuatan Bulidalam Kalangan Murid diSekolah.Pek.Ikhtisas Bil 2/2007:Peruntukan Waktu untukKegiatan Kokurikulum diSekolah-sekolah Rendah &MenengahPek. Kew Bil 3/2008:Peruntukan Yuran Khas SekolahPek.Ikhtisas Bil 3/2008:Mengundang Orang-orangKenamaan Ke Upacara Sekolah& Penggunaan Premis Sekolaholeh Pihak LuarPek.Ikhtisas Bil.8/2009:Langkah-langkah KeselamatanSemasa Aktiviti/ProgramLawatan di Luar WaktuPersekolahanPek.Ikhtisas Bil 2/2009:Larangan Membawa &Mengguna Telefon Bimbit olehMurid SekolahPek.Ikhtisas Bil 1/2009:Kemasukan Kanak-kanakWarganegara Malaysia TanpaDokumen Ke SekolahPek. Ikhtisas Bil 5/2009:Bayaran Tambahan

    PEKELILING-PEKELING KPM

    converted by Web2PDFConvert.com

  • PersekolahanPek. Ikhtisas Bil 5/2002:Lawatan Sekolah Pada HariPersekolahanPek. Ikhtisas Bil 12/2000:Lawatan Pendidikan Murid diHari PersekolahanPekeliling PerkhidmatanBil.6/2008: persaraan wajib 58tahunPekeliling Perkhidmatan Bil3/2003 Perkhidmatan PPMPekeliling Ikhtisas Bil 15/2002:Pelaksanaan KurikulumPrasekolah KebangsaanPenyediaan Rekod Pengajarandan PembelajaranPendidikan Wajib di Sek.Rendah2003Garis Panduan Pakaian GuruKetika Bertugas di SekolahKe Arah Membudayakan NilaiBerterima KasihKuasa Guru Merotan MuridMencegah Kebakaran diSekolahPemantapan PengurusanDisiplin di SekolahPenggunaan Buku Kerja diSekolah RendahSambutan Hari KemerdekaanPeringkat SekolahSemua Guru Adalah GuruDisiplin

    Surat Pekeliling PerkhidmatanBil 4 2009: Kesan ke atasPerkhidmatan Bagi Pegawaiyang iluluskan Cuti BergajiPenuh, Cuti Separuh Gaji danCuti Tanpa GajiSurat Pekeliling PerkhidmatanBil 7 2009: Kemudahan CutiKursus Sambilan (CKS) KepadaPegawai yang MengikutiPencara Sambilan di InstitusiPengajian Tinggi (IPT) dalamNegara.Surat Pekeliling PerkhidmatanBil 13 2009:PengiktirafanKelayakan Ijazah Sarjanadan/atau Ijazah DoktorFalsafah(Ph.D) Bagi MaksudPerlantikan ke PerkhidmatanAwam.Pekeliling Perkhidmatan Bil 62008: Tawaran OpsyenPersaraan Wajib ke 58 Tahun.Pekeliling Perkhidmatan Bil 142007: Kaedah Penetapan GajiPermulaan dan Pelarasan GajiKenaikan Pangkat.

    PEKELILINGJABATANPERKHIDMATANAWAM

    Portal Rasmi Kerajaan MalaysiaJabatan Perkhidmatan Awam

    PAUTAN JABATANKERAJAAN

    converted by Web2PDFConvert.com

  • Jabatan Kemajuan Masyarakat(KEMAS)Perpustakaan Negara MalaysiaPusat Maklumat RakyatJabatan Penerangan Malaysia

    Standard Guru MalaysiaUNICEF MalaysiaProgram Pergigian PrasekolahPanduan PerniagaanPerkhidmatan TadikaGaris Panduan PengendalianKanak-kanak di Taska danPrasekolah

    RUJUKAN

    PengenalanKata-kata Aluan: MenteriPelajaran, KSU KPM & KP KPMBooklet Terma Rujukan KonsepGuru CemerlangJ/Kuasa Penyediaan BukuTerma Rujukan KOnsep GuruCemerlangWawancaraPembangunan KerjayaBerterusan Guru CemerlangPerkhidmatan & Hal EhwalPentadbiranPeranan & T/Jawab GuruCemerlangPemilihan Guru CemerlangSemua GredGlosari

    GURU CEMERLANG

    Warga Pra Bestari

    converted by Web2PDFConvert.com

  • PRASEKOLAH SKLABU, BATU 10

    ANAK-ANAK DIDIK PRA BESTARI 2009

    Picture Window template. Powered by Blogger.

    converted by Web2PDFConvert.com