21
Budaya: Bab 4 Ketaksamaan Peluang Pendidikan KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN 1) Definisi Ketaksamaan — Menurut Kamus Dewan edisi ke-3: Ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat. • Noran Fauziah Yaakub - keadaan di mana manusia tidak memperoleh ganjaran sosial yang sama. • Perbezaan semulajadi seperti sahsiah,kecondongan yang berlainan • Perbezaan darjat@taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan • Bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat • Penilaian tersebut adalah suatu yang berterusan dalam suatu jangka masa panjang • Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi ke genarasi yang lain • Memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan 2)Jantina — Gender — Memberi makna wujudnya status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri yang sesuai untuk lelaki dan perempuan, interaksi lelaki dan perempuan. — Zaman tradisonal: fungsi wanita terhad sebagai pembantu suami. — Pada zaman penjajahan peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. — Amalan patriarki iaitu menerima budaya lelaki sebagai ketua yang mempunyai kuasa dan dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak.

Ketaksamaan dalam pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ketaksamaan dalam pendidikan

Budaya: Bab 4 Ketaksamaan Peluang Pendidikan

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

1) Definisi Ketaksamaan

— Menurut Kamus Dewan edisi ke-3:

Ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat.

• Noran Fauziah Yaakub - keadaan di mana manusia tidak memperoleh ganjaran sosial

yang sama.

• Perbezaan semulajadi seperti sahsiah,kecondongan yang berlainan

• Perbezaan darjat@taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan

• Bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat

• Penilaian tersebut adalah suatu yang berterusan dalam suatu jangka masa panjang

• Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi ke genarasi yang lain

• Memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan

2)Jantina

— Gender

— Memberi makna wujudnya status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri yang sesuai untuk

lelaki dan perempuan, interaksi lelaki dan perempuan.

— Zaman tradisonal: fungsi wanita terhad sebagai pembantu suami.

— Pada zaman penjajahan peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan

lelaki.

— Amalan patriarki iaitu menerima budaya lelaki sebagai ketua yang mempunyai kuasa dan

dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak.

Page 2: Ketaksamaan dalam pendidikan

— Sistem meritokrasi telah digunakan iaitu pemilihan berdasarkan pencapaian akademik

dan bukannya gender.

— Kecenderungan pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi

3)Murid Berkeperluan Khas

— Dr. Chua Tee Tee- satu program khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa.

— Mempunyai kecerdasan yang amat rendah atau kebolehan mental yang lebih tinggi.

— Persekitaran yang kurang yang kurang “mesra” menyebabkan golongan ini tertinggal.

— Mereka mengalami kecelaruan tingkah laku

— Tingkah laku terbias

— Tingkah laku bersifat pengongkongan dalaman.

— Mengalami ketidakmatangan yang sangat ketara.

— Golongan ini mesti diberi peluang supaya tidak tertinggal dalam arus pendidikan

nasional.

— Melalui Akta Pendidikan Khas 1966 memberi kuasa kepada KPM menyediakan

pendidikan yang sesuai untuk golongan ini.

4)Siapakah Mereka?

— Kerencatan mental

— Masalah pembelajaran

— Kecelaruan tingkah laku

— Kecacatan pendengaran & masalah komunikasi

— Kecacatan penglihatan

Page 3: Ketaksamaan dalam pendidikan

— Kecacatan fizikal

— Pintar cerdas & berbakat istimewa

5)Kerencatan Akal

a) Autisme

- ketidakupayaan kanak-kanak memahami perkara sekeliling.

- biasanya mula berlaku pada usia 30 bulan.

- gangguan dalam otak yang menguasai bahagian kefahaman, emosi & komunikasi.

— Bilangan pengidap di dunia 10-15 dalam 10 ribu orang.

— Kanak-kanak lelaki lebih banyak mengidap dengan nisbah 4:1.

Ciri-ciri Autisme;

— Suka menyendiri

— Masalah bahasa & komunikasi

— Asyik dengan aktiviti sendiri

— Ketawa tiba-tiba

— Tidak rasa sakit apabila jatuh

— Tidak takut pada bahaya

— Menangis/marah tanpa sebab

— Mengulangi kata-kata

— Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal

— Tidak bertentangan mata semasa bercakap

Page 4: Ketaksamaan dalam pendidikan

— Menunjukkan dgn jara arah yang disukai

— Bertingkah laku melampau

Cara Mengatasi;

— Pakar jiwa.

— Ibu bapa bersabar dan membimbing dengan penuh perhatian.

— Boleh sembuh jika mengidapi sebahagian ciri-cirinya.

— Hantar ke Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia untuk rawatan.

b)Sindrom down

— Sindrom Down

- kecacatan mental dan fizikal.

- Punca pembahagian kromoson yang tidak seimbang.

- Wanita mengandung berumur 40 tahun ke atas kebarangkalian bayi mendapat sindrom

down 5%.

Ciri-ciri;

— Fizikal

— Kepala bulat

— Hidung kemik

— Berbadan pendek

— Mata sepet

Page 5: Ketaksamaan dalam pendidikan

— Rupa hampir serupa

— Mudah mendapat penyakit jantung, sembelit & leukemia

— Kecerdasan

— IQ rendah daripada 50

— Boleh diajar mengurus diri apabila meningkat dewasa

c)Cerebral palsy

— Cerebral-otak & palsy-kurang daya kawalan pada otot.

— Penyakit yang berkaitan dengan kerosakan otot.

— Bukan berpunca daripada keturunan tetapi faktor lain.

— Otot kurang bermaya (mudah letih) & lambat menyiapkan kerja.

— Terjejas pusat kawalan otok di otak.

— Masalah koordinasi antara kawalan otot dan pergerakan tangan dan badan.

— Kesan-gerak badan kekok, imbangan badan mengeletar, badan lembik, kaki & tangan

kejang,masalah menghisap & menelan

Punca;

— Kerosakan otak

— Deman kuning yang teruk selepas lahir

— Deman panas

— Kelahiran awal

— Kecederaan, pembengkakan otak & selaput

— Jangkitan rahim

Page 6: Ketaksamaan dalam pendidikan

— Pendarahan sebelum kelahiran

Rawatan;

— Mengajar kebolehan asas.

Berjumpa pakar otopedik, fisioterapi, jurupulih cara kerja & jurupulih pertuturan

d) Kecacatan Penglihatan

— Keadaan seseorang tidak dapat melihat dan memerlukan braille.

— Individu yang kehilangan penglihatan sepenuhnya atau ketajaman penglihatan 6/60 atau

20/200 atau kurang.

— Individu yang tidak nampak sebarang cahaya dan penglihatannya 3/60 atau kurang.

— Definisi di Malaysia- mereka yang tidak boleh melihat dengan terang tanpa kawalan

cahaya, kanta khas dan latihan khusus.

Punca;

— Penyakit berjangkit- siplis, campak rubell.

— Keturunan

— Jangkitan kuman semasa mengandung.

— Kekurangan vitamin A.

— Termakan bisa

— Kemalangan

Hewett & Forness- cirinya dapat dilihat dari segi rupa, tingkah laku & aduan.

Page 7: Ketaksamaan dalam pendidikan

— rupa: sensitif pada cahaya, bgh tepi mata merah & berair, juling terdapat bintik putih di

tengah mata hitam.

— Tingkah laku: mengosok-gosok mata, menutup sebelah mata, selalu mengelip mata,

menjeling kelopak mata dan memegang buku dekat dengan mata.

— Aduan: mengadu mata panas, kabur, berganda & pening kepala.

e) Kecacatan Pendengaran

— Terbahagi dua pekak deria tidak berfungsi dan separuh pekak boleh mendengar tetapi

kurang jelas boleh dibantu dengan bantuan alat.

— Kecacatan pendengaran tidak mengalami kecacatan akal.

Ciri-ciri;

— Lambat menjawab pertanyaan

— Lain ditanya lain dijawab

— Gangguan dalam sebutan

— Sukar menguasai kosa kata

— Menyendiri

Punca;

— Baka

— Jangkitan kuman semasa mengandung

— Ibu mengidap kencing manis, penyakit beri-beri & pernah menagih dadah

— Lahir tidak cukup bulan

Page 8: Ketaksamaan dalam pendidikan

— Demam campak

— Terdedah bunyi yang sangat kuat

f)Kecelaruan Tingkah Laku

— Hiperaktif- terdiri daripada lelaki dan tingkah lakunya jelas pada usia 4-9 tahun.

— Mula berkurangan pada usia 9 tahun ke atas.

— Jika tidak berubah langkah rawatan mesti diambil untuk mengelakkan masalah tingkah

laku.

g)Ciri-ciri Hiperektif

— Bising/merayau

— Mengganggu orang tanpa sebab

— Nakal & tidak takut pada hukuman

— Tidak mendengar kata

— Tidak menumpukan pada kelas

— Tidak menyiapkan kerja sekolah

— Suka membuat rekaan

— Suka merosakkan harta orang

— Kasar

— Resah

— Tidak disukai orang lain

Punca;

Page 9: Ketaksamaan dalam pendidikan

— Kurang kasih sayang

— Minta perhatian

— Pengaruh cerita

— Pengaruh keluarga

— Kerosakan otak

— Sifat semula jadi

— Selalu ditakuti oleh keluarga semasa kecil

— Kebimbangan tinggi

— Deraan

— Keluarga terlampau keras dalam mendidik

h)Masalah Pembelajaran

— Masalah Pembacaan (Dyslexia)

sebagai gangguan yang jelas menunjukkan kesukaran membaca walaupun diajar secara

lisan.

mempunyai kecerdikan yang memuaskan & boleh bersosio budaya.

— otak kanak-kanak tidak dapat memproses bahasa dan bunyi dengan baik.

— mereka mengalami kesukaran mengikuti arahan sama ada secara lisan atau tulisan.

— Kesukaran ini akan hilang apabila meningkat dewasa.

Ciri-ciri;

— Kesukaran membaca sifir, tambah & tolak.

Page 10: Ketaksamaan dalam pendidikan

— Selalu menggunakan jari atau alat untuk mengira.

— Melakukan banyak kesilapan ejaan.

— Lambat atau terhenti-henti ketika membaca.

— Kesukaran menyebut atau menulis abjad tertentu spt s,c,p & d.

— Perlu perhatian dan kesabaran untuk mendidik kanak-kanak ini.

— Boleh dipulihkan.

i)Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar Cerdas

— Daya pemerhatian tajam & perasaan igin tahu tinggi.

— Bahsa- perbandaharaan kata luas & pertuturan lancar.

— Menyelesaikan masalah kreatif & inovatif.

— Ingatan yang baik.

— Cepat menguasai kemahiran baru.

— Menunjukkan bakat luar biasa.

— Menggunakan perkara yang dipelajari dalam konteks baru.

— Menyusun turutan secara logik.

— Menghasilkan idea yang aneh & tidak munasabah.

— Boleh berbincang & menghuraikan idea.

— Minat menulis & membaca.

— Cepat belajar & mengaplikasikan apa yang dipelajari.

— Inisiatif & mahu bekerja sendiri.

— Menumpukan perhatian yang lama & meneruskan kerja yang mencabar.

Page 11: Ketaksamaan dalam pendidikan

— Menunjukkan kepintaran & kelucuan.

— Terangsang dengan sesuatu yang kompleks & suka meramal.

— Menunjukkan perasaan & pendapat yang teguh.

— Sangat kritikal pada diri sendiri.

6) KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN.. ( PEDALAMAN )

” … merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar

bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara

mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus

pembangunan negara.”

YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein

( Perutusan Tahun Baru, 2006 )

A) Pengenalan

Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di bandar dan

kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan

bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi.

Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan

daripada segi kemudahan asas. Guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang

pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai

pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosioekonomi dan tahap

keupayaan pelajar. Jurang ini dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal

pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang perbezaan yang ketara dari segi

Page 12: Ketaksamaan dalam pendidikan

sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat

perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3).

Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak

kemajuan sejak RMKe-3. Walaubagaimanapun, tugas ini belum selesai dan akan

terus diberi keutamaan dalam RMKe-9.

B)Dasar dan Matlamat

1. Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap

sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk

memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang

sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenalpasti

jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat

ditingkatkan.

2. Jurang bandar dan luar bandar

· Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada

segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid

(SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

Jurang Digital

· Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT

antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.

Jurang antara tahap pencapaian pelajar

Page 13: Ketaksamaan dalam pendidikan

· Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M,

kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada

sistem pendidikan.

· Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas.

· Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas merujuk kepada perbezaan

penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar

bekeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat.

Jurang sosioekonomi

· Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan,

disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar.

2. Kekurangan Kemudahan Asas

o Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum

mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan

tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi

kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman.

· Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-

35KVa, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar

sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya untuk p&p.

o Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1517 sekolah rendah dan 68

sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah

bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well).

· Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan

pula menggunakan air tadahan hujan.

Page 14: Ketaksamaan dalam pendidikan

3. Sekolah Kurang Murid

· Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan

sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90 % SKM

ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan,

kemudahan dan guru terlatih.

· Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan

perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana

kebanyakannya berada jauh dipedalaman.

· Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas

bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada

pelbagai tahun persekolahan.

4. Cabaran KPM

· Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan

latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang

terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar.

· Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan

dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-

sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian

sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina.

BANTUAN DAN PROGRAM SOKONGAN

KPM memperuntukkan lebih daripada RM 1.0 bilion setiap keluarga miskin dan golongan

kurang upaya melalui program berikut;

a) Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Page 15: Ketaksamaan dalam pendidikan

b) Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)

c) Bantuan Makanan Asrama.

d) Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid

e) Jaket Keselamatan

f) Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya

g) Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

h) Skim Baucer Tuisyen (SBT)

i) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)

j) Asrama Harian

FAKTOR-FAKTOR KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN BAGI MASYARAKAT PEDALAMAN

— Faktor pertama : Kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu-satu bidang.

— Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di

dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik.

— Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-murid di

kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan

menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri.

— Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum

agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh

anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan

meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Faktor kedua : Pertumbuhan pusat urban yang lembab.

Page 16: Ketaksamaan dalam pendidikan

— Ia merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai pusat

penawaran khidmat perbandaran yang efektif. Sebagai contoh, kurangnya kemudahan

awam seperti bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan prasarana sekolah

yang teruk.

— Apabila segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung ia menjadi

sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk pergi menuntut ilmu. Hal ini juga turut

mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke sekolah untuk memajukan

diri mereka sendiri.

Faktor ketiga : Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang kurang merangsang.

— Ia merujuk kepada masyarakat pedalaman yang boleh dikatakan masih tebal dengan ciri-

ciri penduduk desa, boleh dikatakan tidak berfikiran terbuka terutama dalam aspek

pendidikan.

— Sebagai contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran anak-

anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan ataupun

tidak berpelajaran. Mereka lebih suka anak-anak mereka melakukan aktiviti harian seperti

menangkap ikan dan mencari hasil hutan.

Ketaksamaan Kelas Sosial

Ø Taraf @ kelas sosial adalah faktor kepada ketaksamaan peluang pendidikan

Ø Boleh wujud dalam sesuatu kumpulan kaum itu sendiri atau juga antara kaum

Ø Contoh: Masyarakat Melayu( golongan pembesar dan rakyat bawahan)

Ø Masyarakat India ( kasta dalam masyarakat )

Ø Masyarakat Cina ( antara golongan berada dan kurang berkemampuan

Page 17: Ketaksamaan dalam pendidikan

Ø Kelas sosial masyarakat:

Ø Sistem feudal

Ø Rakyat bawahan@marhain

Ø Golongan pembesar

Ø Golongan istana

Ø Aspek ketaksamaan peluang pendidikan:

Ø Kemudahan mendapatkan guru

Ø Bahan-bahan rujukan

Ø Peluang kerjaya selepas tamat belajar

Ø Kelas sosial masyarakat:

Ø Perubahan zaman,sistem kelas masyarakat turut berubah:

Ø Golongan petani

Ø Golongan masyarakat kampung

Ø Golongan yang tinggal di bandar

Ø Golongan kurang berkemampuan

Ø Golongan pemimpin

Ø Golongan berada

Ø Aspek ketaksamaan peluang pendidikan:

Ø Kemudahan mendapatkan guru

Ø Kemudahan peralatan fizikal di sekolah

Ø Kelas tambahan@tuisyen

Ø Pembiayaan kewangan

Page 18: Ketaksamaan dalam pendidikan

Ø Bahan-bahan rujukan

Ø Peluang-peluang melanjutkan pelajaran

Ø Peluang kerjaya selepas tamat belajar

Pendidikan Masyarakat Indigoneous

• Sistem pendidikan sekolah yang secara nasional dikembangkan di Tanah Air belum

menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional. Padahal,

sistem belajar asli memiliki banyak hal positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya

tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu.

• Merujuk kelompok masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman & masih belum

menerima sebarang perubahan luar.

• Mereka masih taksub dengan sistem kehidupan mereka.

• Dalam konteks Malaysia merujuk penduduk pribumi di pedalaman Sabah & Sarawak.

• Di Sabah spt Kadazan, Bajau, Murut, Suluk & Orang Brunei.

• Di Sarawak spt Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan & Kelambit.

• Sistem pendidikan nasional belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning

system) masyarakat tradisional.

• Sistem belajar asli mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan

mempelajari sesuatu.

• Sistem belajar asli yang diwarisi potensi yang berharga.

• Sistem belajar asli masyarakat indigenous berpandukan pengalaman merupakan

proses pendidikan yang manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat

dan perkembangan manusia.

• Dalam sistem belajar asli, proses belajar seseorang akan mencakupi empat perkara.

Page 19: Ketaksamaan dalam pendidikan

• manusia akan mengalami sesuatu secara nyata.

• memikirkannya secara konseptual.

• mengamati sesuatu sambil merenung, dan

• mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

• Proses belajar di sekolah yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif

iaitu proses yang dialami adalah pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami

pengalaman nyata.

• Berbeza dalam sistem belajar asli masyarakat indigenous.

• Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan

nilai-nilai budaya

Orang Asli

— Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan

kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi.

— Keserasian cara hidup dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana

tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan. (Rusli

Zaenal, 2002)

— Kajian Kementerian Pelajaran, mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa ORANG ASLI

yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum

mereka.

— `Sekolah' bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan dan

ketepatan berburu dan menyumpit, dan sebagainya.

— Kadar keciciran sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu

ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian

pendidikan.

Page 20: Ketaksamaan dalam pendidikan

— Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang Asli tercicir

daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak

menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

— Dalam kes tertentu terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke

sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.

Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah

(Mustaffa Omar, 2004).

— Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan Orang Asli masih berada di

tahap rendah.

— Keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah tinggi iaitu 45.8 peratus dan kadar buta

huruf 49.2 peratus (kadar nasional 6.4 peratus).

— Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan sering ditipu peraih.

— Kesannya pendapatan Orang Asli merosot dan hidup serba kekurangan.

— Seisi keluarga adalah tenaga kerja yang keluar mencari makan seharian suntuk.

— Tempat kediaman terlalu jauh dengan sekolah.

— Taraf sosio-ekonomi yang rendah.

— Tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu

normal atau berkeperluan khas.

— Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang

memuaskan.

— Pengaruh persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal berkaitan

pelajaran dan tiada tekanan untuk berubah.

Page 21: Ketaksamaan dalam pendidikan

— Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan mendorong ramai anak Orang Asli

berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan atau

membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit.

— Kesannya berlakunya keciciran pelajaran dalam kalangan mereka.

— Bagi meningkatkan minat pendidikan anak Orang Asli dan seterusnya mengurangkan

kadar keciciran pelajaran, guru hendaklah mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M

kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah, makan-Rancangan

Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan kebudayaan)