25
TAKRIFAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DALAM KONTEKS MALAYSIA PENGENALAN Ketaksamaan peluang pendidikan merupaka isu yang sedang diperkatakan di seluruh pelusuk negeri Malaysia amnya. Rentitan daripada isu hangat tersebut telah merangsang kajian terhadap kesan sekolah, impak status sosioekonomi dan ketaksamaan ras serta etnik dalam pencapaian akademik. Ketaksamaan peluang pendidikan in telah menggalakkan kajian dalam mencari kebenaran penemuan yang dikemukakan dalam Laporan Coleman (1966). Dokumentasi pencapaian lemah dikalangan pelajar minoriti dan miskin kerana sekolah mereka kekurangan sumber-sumber pengajaran. Dengan kata lain kajian Colemen adalah tertumpu kepada perbezaan antara kekurangan antara sekolah dengan sekolah lain. Kajian lanjutan pula menunjukkan pentingnya sekolah terhadap pembelajaran pelajar di sekolah. Penyelesaian bagi menurangkan jurang antara kelas atasan dengan seluruh penduduk adalah meningkatkan ketaksamaan peluangdalam kalangan penduduk tanpa mengira rasa tau jantina. Justeru itu kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha memperbaiki keadaan agar dapat merapatkan jurang antara penduduk demi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (1970 sehingga 1990) yang bermatlamat mengukuhkan perpaduan negara. Program pendidikan telah dirancang bagi merapatkan jurang perbezaan antara sosiobudaya dan sosioekonomi di negara ini, antara wilayah dan kaum 17

Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

TAKRIFAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DALAM KONTEKS

MALAYSIA

PENGENALAN

Ketaksamaan peluang pendidikan merupaka isu yang sedang diperkatakan di

seluruh pelusuk negeri Malaysia amnya. Rentitan daripada isu hangat tersebut telah

merangsang kajian terhadap kesan sekolah, impak status sosioekonomi dan

ketaksamaan ras serta etnik dalam pencapaian akademik. Ketaksamaan peluang

pendidikan in telah menggalakkan kajian dalam mencari kebenaran penemuan yang

dikemukakan dalam Laporan Coleman (1966). Dokumentasi pencapaian lemah

dikalangan pelajar minoriti dan miskin kerana sekolah mereka kekurangan sumber-

sumber pengajaran. Dengan kata lain kajian Colemen adalah tertumpu kepada

perbezaan antara kekurangan antara sekolah dengan sekolah lain. Kajian lanjutan

pula menunjukkan pentingnya sekolah terhadap pembelajaran pelajar di sekolah.

Penyelesaian bagi menurangkan jurang antara kelas atasan dengan seluruh

penduduk adalah meningkatkan ketaksamaan peluangdalam kalangan penduduk

tanpa mengira rasa tau jantina. Justeru itu kementerian Pelajaran Malaysia telah

berusaha memperbaiki keadaan agar dapat merapatkan jurang antara penduduk

demi meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.

Dasar Ekonomi Baru (1970 sehingga 1990) yang bermatlamat mengukuhkan

perpaduan negara. Program pendidikan telah dirancang bagi merapatkan jurang

perbezaan antara sosiobudaya dan sosioekonomi di negara ini, antara wilayah dan

kaum melalui pembangunan sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan

lebih saksama.

17

Page 2: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

TAKRIF KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Takrif ketaksamaan ialah pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa

terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan

etnik lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan, peluang kerjaya

dan sebagainya. Ada juga yang berpendapat ketaksamaan berlaku akibat daripada

taburan sumber, kuasa dan autoriti yang tidak sama rata.

Manakala pendapat Noran Fauziah Yaakub takrif ketaksamaan peluang

pendidikan ialah kaedah di mana manusia tidak memperolehi ganjaran sosial yang

sama. Ianya melibatkan perbezaan semulajadi seperti sahsiah samada

kecenderungan yang berlainan. Di mana ia melibatkan keupayaan mental, bakat dan

kekuatan. Selain daripada itu, ia juga bergantung kepada penilaian sesuatu

masyarakat. Penilaian ini akan berterusan dalam jangka masa panjang dan ia juga

boleh diwarisi dari satu generasi ke generasi lain yang memberi kesan kepada

peluang pendidikan.

Ketaksamaan peluang pendidikan telah wujud sejak munculnya kelas

masyarakat dari sistem feudal lagi. Rakyat bawahan dan golongan pembesar dan

istana menerima sistem pendidikan yang berbeza.pihak penjajah kemudiannya

meneruskan dasar yang sama, di mana anak-anak pembesar dan pentadbir diberi

peluang untuk belajar disekolah yang dikhaskan untuk kumpulan mereka. Manakala

anak petani dan orang kampong terus ketinggalan dalam bidang pelajaran.

Sebagaimana pendapat Max Weber (1903), beliau mengatakan ada lima kelas

sosial iaitu golongan atasan atau orang kaya dan ahli korporat. Mereka ini juga

dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua adalah kumpulan

pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan memegang

jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakan terdiri

daripada golongan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara. Golongan

ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan

sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar biru yang

berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang

terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak

pernah langsung melalui pendidikan formal.

Manakala takrifan ketaksamaan peluang pendidikan oleh Rusli Md Zain

(1998) berpendapat hubungan yang positif diantara pencapaian akademik dengan

17

Page 3: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi dapat

memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak. Dalam erti kata lain, murid

yang berada sudah tentunya menerima peluang pendidikan yang baik berbanding

murid miskin.

2.PUNCA ATAU FAKTOR WUJUDNYA KETAKSAMAAN PELUANG

PENDIDIKAN

2.1 KELAS SOSIAL

Kelas sosial adalah merujuk kepada lapisan sosial atau kedudukan sesuatu

kelompok yang sama dalam masyarakat tanpa membezakan dasar pembahagian

kelas dari segi kewangan, kuasa, politik, pekerjaan dan selain daripadanya. Dalam

erti kata lain, kriteria yang digunakan adalah kekayaan, kuasa, kehormatan dan ilmu

pengetahuan.

Stalcup (1968) mendefinisikan kelas sosial sebagai lapisan dalam masyarakat, yang

mana mereka mengganggap diri mereka sama dari segi latar belakang keluarga,

peringkat pendidikan, pekerjaan, ras dan sikap terhadap isu-isu sosial.

Rothman (2005) memberi erti bahawa kelas sosial adalah sebagai satu kumpulan

individu atau keluarga yang berada pada satu kedudukan yang serupa dalam sistem

ekonomi pengeluaran, penyebaran dan penggunaan bahan serta perkhidmatan

dalam masyarakat. Contohnya kelas atasan, kelas menengah dan golongan rendah.

Ahli sosiologi mencadangkan lima kelas sosial, antaranya Max Weber

(Wikipedia,2010) mengatakan lima kelas sosial iaiatu golongan atasan atau orang

kaya dan ahli korporat atau bangsawan atau elit. Golongan kedua ialah kumpulan

pertengahan atasan, iaitu yang berpendidikan tinggi, professional dan yang

memegang jawatan yang baik dalam sesuatu organisasi. Mereka dikenali sebagai

pengurus, berprestij dan berpendapatan tinggi. Golongan ketiga pula ialah kumpulan

pertengahan bawahan, yang terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan

pemegang sijil serta diploma. Mereka mementingkan pendidikan anak-anak mereka

dengan harapan anak-anak akan mempunyai masa depan yang cerah dan baik

dengan adanya pendidikan. Golongan keempat adalah mereka yang terdiri daripada

kelas pekerja kolar biru. Mereka mempunyai sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan

17

Page 4: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

Penilaian Menengah Rendah. Mereka bekerja di kilang dan restoran. Golongan

kelima ialah golongan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan

rendah dan tidak pernah melalui pendidikan formal. Golongan ini terdiri daripada

golongan miskin dan bekerja di bawah tahap kemiskinan.

Kelas sosial wujud adalah disebabkan oleh perbezaan dari segi penghomatan

dan status sosial. Sebagi contohnya, anggota masyarakat dipandang tinggi kerana

memiliki status sosial yang tinggi, manakala ianya dipandang rendah apabila status

sosialnya yang rendah.

Jika dilihat daripada status sosial beginilah, ketaksamaan peluang pendidikan wujud

kerana golongan atasan yang berpendapatan tinggi mempunyai keupayaan untuk

mencapai kemajuan dari segi pendidikan, kuasa dan ekonomi. Kesemua itu menjadi

faktor untuk pencapaian pendidikan anak-anak mereka. Mereka juga mampu untuk

memberi pendidikan yang lebih baik samada pendidikan di dalam negeri mahupun

luar negeri. Guru-guru tuisyen juga dapat mereka sediakan untuk pembelajaran

anak-anak supaya lebih cemerlang. Pelbagai pendidikan tambahan disediakan bagi

memenuhi masa lapang atau untuk kerjaya sebagai contohnya kelas muzik, kelas

tarian dan kelas seni. Di samping itu juga kesihatan anak-anak mereka dijaga.

Pemakanan yang seimbang dan keperluan yang berkaitan dengannya dapat

disediakan untuk menambahkan kecerdasan minda.

Selain daripada itu kemudahan dalam pembelajaran seperti komputer atau alatan

canggih menyebabkan ketaksamaan berlaku antara anak-anak kelas atasan dengan

kelas rendah. Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi ini dapat

menambahkan lagi pengetahuan dengan cara yang lebih cepat dan pantas

terutamanya melalui jaringan internet. Berbeza pula dengan golongan kurang

berada, segala kemudahan adalah terbatas kerana kurang berkemampuan. Hal

tersebut berkait rapat dengan peluang pendidikan, di mana akses melalui Internet

dapat menyediakan skop tanpa sempadan untuk pelajar dari kelas sosial tinggi

berbanding golongan kelas sosial yang serba kekurangan.

17

Page 5: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

2.2 JANTINA

Pendaftaran pelajar di seluruh negara menunjukkan jurang yang amat ketara antara

jantina lelaki dan perempuan. Sebagai contohnya pelajar perempuan sebanyak 81%

berbanding pelajar lelaki iaitu 19%. Di sekolah Kemboja seramai 19% perempuan

dan 30% adalah lelaki.

Namun begitu di negara Filipina, Mongolia dan Malaysia, bilangan pelajar

perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Keadaan ini berlaku kerana pelajar

lelaki sering kali menamatkan pengajian formal untuk bekerja sepenuh masa serta

menampung pendapatan keluarga. Contohnya mengikut UNGEI,(2007) 65% pelajar

perempuan menghadiri sekolah menengah berbanding 54% pelajar lelaki.

Ketaksamaan peluang pendidikan berdasar jantina perempuan sentiasa diabaikan.

Ini jelas sekali dilihat dari segi keselamatan pelajar perempuan, keselamatan

semasa berulang-alik ke sekolah. Perempuan juga sering kali digambarkan dalam

persekitaran yang domestik dan terbatas dalam mencapai kemahiran berbanding

lelaki. Lantaran itu pelajar perempuan kebiasaannya akan berhenti separuh jalan

untuk belajar iaitu di sekolah rendah lagi mereka telah berhenti belajar.

Di bidang pengurusan pula perempuan lebih ramai bilangannya berbanding lelaki.

Ketaksamaan ini berlaku disebabkan oleh perbezaan jantina di mana lelaki lebih

suka menguasai bidang yang lebih tinggi kedudukannya.berdasarkan analisis

kurikulum adalah langkah paling penting dalam menentukan pelajaran berkualiti dan

kesamaan. Persoalan wanita boleh ditonjolkan atau dihapuskan, yang mana

kurikulumlah yang boleh mencipta idea-idea tentang kasta, kelas, identiti, agama

dan etnik. Sehubungan itu ia dapat dilihat daripada bidang yang dipelajari oleh

pelajar lelaki di sekolah dan tidak dapat dipelajari oleh pelajar perempuan adalah

seperti mata pelajaran seni pertukangan, teknikal atau matematik lanjutan.

Kecenderungan buku-buku yang diterbitkan adalah menjuruskan kepada kaum

lelaki. Begitu juga bidang sains yang kebanyakannya tertumpu dan diberi

pengiktirafan kepada saintis lelaki sahaja yang dapat meneroka dan mencipta teori

atau reka cipta.

Keseimbangan ketaksamaan peluang pendidikan di antara kalangan lelaki dan

perempuan ini dapat di atasi dengan membuat perubahan amalan pedagogi. Proses

pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira tentang sentiviti jantina di dalam

bilik darjah. Usaha penambahbaikan dalam kualiti persekolahan, namun

ketaksamaan dalam pengajaran dan pembelajaran masih tetap berlaku. Perkara ini

17

Page 6: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

berlaku disebabkan kesedaran jantina dalam tingkah laku guru, pelajar dan ibu bapa

masih kurang mendalam bagi mengubah pandangan atau persepsi masyarakat.

Perubahan dan kesedaran memerlukan jangka masa yang panjang. Sabagai

contohnya guru yang menganggap pelajar perempuan boleh memberi tumpuan

seperti pelajar lelaki merupakan satu contoh pemikiran guru yang peka terhadap

jantina. Di samping itu tanggapan pelajar perempuan kurang mahir dan berminat

dalam mata pelajaran matematik dan sains perlu dihapuskan dan tidak wujud dalam

pemikiran seseorang guru.

Gaya pembelajaran yang berbeza antara lelaki dan perempuan juga menjadikan

ketaksamaan dalam penghasilan dari segi gaya penilaian.sebagai contohnya pelajar

perempuan lebih cenderung memberi respons dalam situasi kolaboratif berbanding

secara individu. Penaksiran adalah alat penting dalam penambahbaikan kualiti

pendidikan yang merangsang pembelajaran. Dari segi penaksiran di sekolah Asia

Pasifik penaksiran adalah dalam bentuk sumatif, iaitu pada akhir sesuatu unit

barulah diketahui sama ada mereka telah menguasai apa yang mereka pelajari.

Penaksiran dalam bentuk formatif perlu digunakan oleh seseorang guru supaya

dapat mengetahui pencapaian pelajar secara berterusan dan dapat menyokong

pembelajaran pelajar melalui teknik pemerhatian, log pembelajaran, semak semula

portfolio dan maklum balas untuk memahami bagaimana persepsi serta harapan

pelajar lelaki dan perempuan mempengaruhi cara mereka menilai kemajuan pelajar,

peperiksaan dan maklum balas.

2.3 KUMPULAN MINORITI

kumpulan minoriti sebenarnya adalah merujuk kepada kumpulan kecil orang

yang sama keturunan, agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di sebuah

tempat yang majoriti penduduknya yang berlainan keturunan, agama. Budaya dan

sebagainya.(Kamus Dewan, 2007). Umumnya Malaysia merupakan sebuah negara

yang mempunyai penduduk yang pelbagai keturunan, agama dan bangsa, dimana

orang Melayu merupakan majoriti manakala orang Cina, India, Iban, Kadazan

Bidayuh, Orang Asli dan kumpulan etnik lain adalah kumpulan minoriti.

Kumpulan minoriti lain seperti kumpulan peribumi di Sabah dan Sarawak,

menghadapi isu ketaksamaan peluang pendidikan akibat daripada lokasi tempat

17

Page 7: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

tinggal mereka yang jauh di pendalaman. Perhubungan dan pengangkutan,

kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas lain dan kelengkapan sekolah tidak

ada inilah punca ketaksamaan berlaku dalam peluang pendidikan di Bandar dan di

luar Bandar. Factor inilah juga menyebabkan kadar keciciran yang tinggi. Jurang

pencapaian murid adalah besar berbanding dalam kumpulan majoriti dan jurang

digital dalam kalangan murid dan guru juga luas.

Manakala di Semenanjung Malaysia pula Orang Asli merupakan kumpulan

minoriti di mana bilangannya tidak mencecah 141,230 orang dan kedudukan mereka

di pedalaman dan kawasan terpencil. Faktor inilah yang menjadi punca mereka

terpinggir dalam semua aspek. Kelainan cirri dari segi fizikal, budaya, ekonomi dan

tingkah laku menyebabkan mereka terus ketinggalan daripada aliran perdana.

Kementerian Pelajaran telah melakukan dan melaksanakan pelbagai usaha bagi

merapatkan jurang antara kumpulan minoriti dan kumpulan majoriti dalam

ketaksamaan peluang pendidikan.

Kumpulan minoriti di kawasan setempat, iaitu sebagai contohnya di Sekolah

Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, kumpulan minority adalah terdiri daripada orang

Melayu, Manakala di Sekolah Kebangsaan pula kumpulan minoriti terdiri daripada

orang Cina dan orang India. Dalam suasana begini sekolah perlu peka terhadap

cara hidup dan budaya sesuatu kaum supaya mereka tidak merasa terpnggir dalam

mendapat peluang pendidikan yang disediakan. Peluang yang sama rata harus

diberikan dalam mencapai matlamat masing-masing. Guru seharusnya

mengadaptasi kurikulum yang sedia ada supaya mesra budaya dan semua murid

tanpa mengira bangsa, budaya dan agama dapat menerimanya.

17

Page 8: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

3. PERANAN GURU DALAM MENGURANGKAN JURANG KETAKSAMAAN

PELUANG PENDIDIKAN DI DALAM BILIK DARJAH

3.1 PENGENALAN

            Setiap insan yang lahir adalah berbeza, sama ada jantina mahu pun rupa

paras di antara satu sama lain. Hal ini jelas  kerana setiap individu adalah unik dan

tidak ada sepenuhnya adalah sama meskipun  bagi pasangan kembar

seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau

ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat

kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang

lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Ketaksamaan

tersebut seharusnya seseorang guru memahami perkara ini di kalangan murid-murid

kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.

Secara umumnya, seorang guru ataupun pendidik mempunyai kaedah dan teknik

pengajaran dan pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik

darjah mengikut subjek atau matapelajaran yang diajar. Guru juga perlu prihatin

terhadap persekitaran dan sosio budaya pelajarnya, adalah penting untuk 

mengetahui dan ambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar atau komuniti di dalam

sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang

dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran.

Pengetahuan seorang guru amatlah penting dalam mengetahui tentang

ketaksamaan pelajarnya dalam aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap

sosio ekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak

pembelajaran mereka.kemampuan seorang guru mengenali pelajar didalam

kelas,akan membawa kesan terhadap pencapaian pelajar sama ada lebih cemerlang

atau sebaliknya.

Kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan

teknik sahaja mampu menjadikan proses P&P; berjalan dengan lancar tanpa

mengambil kira dari aspek kepelbagaian budaya. Oleh hal demikian, proses P&P;

tidak akan mencapai objektif yang telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan

pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini berlarutan golongan berkenaan akan merasa

dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna akan persekitaran.

17

Page 9: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

Pemahaman yang mendalam akan ketaksamaan atau perbezaan antara

pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran

mereka malah pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik,

bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada

gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada bakat,

pengalaman, minat serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar

mencapai hasil pembelajaran.

Kepelbagaian dan ketaksamaan antara pelajar perlu diteliti, difahami dengan

sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan di selitkan

dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi

pengajaran yang lebih berkesan. Adalah penting bagi seorang guru memahami serta

mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang wujud di dalam sesebuah kelas. Setiap

guru juga perlu menyedari bahawa pengurusan pengajaran dan pembelajaran buka

semata-mata berada dalam skop untuk memastikan muridnya mendcapai hasil

pembelajaran dalam domain kognitif sahaja, malah guru perlu sedar pembelajar

kemahiran insaniah sama sekali tidak boleh diabaikan. Ia merupakan tuntutan dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan insan yang seimbang

dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Peranan sebagai seorang guru dalam mengurangkan jurang ketaksamaan

peluang pendidikan di dalam bilik darjah adalah melalui:

3.1 Susun Atur Bilik Darjah

Pelan kedudukan atau susun atur bilik darjah melibatkan kerusi meja tempat

duduk murid. Persekitaran bilik darjah mesra budaya akan wujud apabila murid

ditempatkan di tempat duduk yang dikelilingi oleh rakan-rakan daripada pelbagai

etnik. Penyusunan tempat duduk murid berasaskan keperluan relevan dengan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini guru perlu adil terhadap semua

muridnya. Murid memerlukan perhatian dan guru perlu sentiasa mendekati

muridnya. Murid yang mudah hilang perhatian semasa pengajaran dan

pembelajaran sedang berjalan guru seharusnya menempatkan berdekatan dengan

meja guru dan papan tulis.

17

Page 10: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

Selain daripada itu kedudukan murid di dalam kelas bercampur antara lelaki

dan perempuan, antara kumpulan etnik pula sebagai contohnya Cina, India, Melayu

berada dalam satu kumpulan yang sama. Namun begitu sekiranya kedudukan

jantina menjadi suatu halangan bagi sesetengah ibu bapa murid altenatif lain perlu

diambil kira.

3.2 Kemudahan Alat Bantu Mengajar

Minat murid terhadap pembelajaran mampu dibina sekiranya pengajaran guru

dibantu dengan pelbagai peralatan dan kemudahan yang menarik. Penggunaan

pelbagai multimedia akan mendorong pembelajaran yang tidak membosankan

malahan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Kemudahan bahan bantu mengajar

yang mencukupi dapat digunakan dan dikongsi bersama-sama mendorong murid

melalui pembelajaran dalam suasana gembira dan bersatu padu. Kemudahan dan

alat bantu mengajar dapat merangsang pembelajaran yang lebih koperatif dalam

kalangan murid. Di mana aia akan mendorong pengembangan idea, kreatif dan

berfikiran tinggi. Penggunaan multimedia memudahkan murid memahami ciri-ciri

perbezaan dan persamaan yang wujud dalam kehidupan dan ianya akan memberi

kefahaman dan persepakatan antara semua murid. Terutamanya penggunaan

internet dan komputer menawarkan pelbagai aktiviti pembelajaran interaktif yang

menyatukan elemen pergerakan, visual serta bunyi-bunyian selain objek.

3.3 Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Mesra Budaya

Pemilihan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya adalah

memainkan peranan penting dalam memastikan murid dari pelbagai etnik dapat

belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Guru perlulah bijak dalam memilih

kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira sumber-

sumber dari pelbagai udaya dan etnik muridnya. Kepelbagaian sumber yang

berlatarbelakangkan budaya dan amalan hidup yang berbeza-beza mampu menarik

minat untuk mengikuti pembelajaran tanpa rasa jemu dan bosan. Murid juga diasuh

untuk melihat bukan sahaja perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat

pelbagai etnik, sebaliknya turut mencari persamaan yang dapat dikongsi bersama-

17

Page 11: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

sama. Langkah-langkah berikut boleh dilakukan oleh seseorang guru. Antaranya

ialah:

i. Memilih sumber pembelajaran yang mengandungi ciri-ciri budaya sesuatu

etnik bagi memupuk pemahaman dan perkongsian nilai-nilai budaya.

Contohnya ialah makanan pada musim perayaan, pakaian yang dipakai

oleh sesuatu kaum, adat istiadat perkahwinan, pantang larang yang

menjadi kepercayaan turun temurun.

ii. Menggalakkan murid mencari cerita rakyat seperti cerita-cerita rakyat,

lagu-lagu rakyat serta artifak-artifak milik sesuatu etnik untuk dikongsi

semasa pembelajaran. Sebagai contohnya lagu-lagu di musim perayaan

juga dinyanyikan seperti lagu ”selamat Hari Raya”, lagu ”Gong Xi Fatt Cai

semasa murid Cina menyambut Tahun Baru Cina, dan lagu-lagu bagi

perayaan etnik lain berdasarkan etnik murid di dalam kelas tersebut.

iii. Guru juga boleh memilih sumber yang boleh menimbulkan kasih sayang

antara etnik iaitu melalui penceritaan, nyanyian, klip video dan foto.

3.4 Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang Berasaskan

Perbezaan Budaya Murid

Menurut Malta Fulop dan Ference Maton (2003), sejak dua dekat yang lalu

kajian menunjukkan perbezaan antara budaya ada kaitan dengan jangkaan

pembelajaran dan pengetahuan, ontologikal dan epistomologikal yang

mempengaruhi cara berfikir dan bertindak. Orang Melayu lebih menumpukan

perhatian terhadap hal-hal keagamaan. Oleh itu anak-anak Melayu dihantar ke kelas

atau sekolah agama. Manakala masyarakat bukan Melayu lebih mementingkan

pencapaian akademik. Orang Asli pula lebih tertumpu kepada kehidupan yang

ringkas dan selesa dengan persekitaran mereka yang terpinggir dan terpencil.

Motivasi yang rendah dalam pembelajaran menyebabkan kadar buta huruf yang

tinggi dikalangan orang Asli. Dimana pencapaian akademik adalah mempengaruhi

kemunduran hidup orang Asli (Mustafa Omar, 2004).

Oleh yang demikain guru perlu mengambil kira faktor ini dalam merancang

dan menguruskan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kelompok etnik

17

Page 12: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

yang berbeza dapat menikmati dan menerima peluang pendidikan yang sama.

Antara tindakan guru ialah dengan:

i. Memilih murid dari pelbagai etnik untuk aktiviti berkumpulan dan tindakan

ini menggalakkan perkongsian idea, pandangan dan pendapat.

ii. Memupuk nilai menghargai budaya etnik lain dengan menonjolkannya

melalui aktiviti pembelajaran.

iii. Melayan karenah murid dengan adil tanpa membeza-bezakan etnik dan

keturunan murid.

iv. Mengadakan lawatan ke destinasi tertentu untuk menyingkap sejarah

yang berkaitan dengan budaya yang dimiliki oleh sesuatu etnik contohnya

muzium, perkampungan orang Asli, Taman Budaya dan sebagainya.

3.5 Pemupukan Nilai Dan Budaya Malaysia

Dalam Rukun Negara Malaysia yang pertama adalah Kepercayaan Kepada

Tuhan, dalam hal ini nilai-nilai agama yang sejagat di mana ianya menekankan sikap

baik hati, amanah, bertanggungjawab dan berbaik-baik antara satu sama lain perlu

ditonjolkan oleh seorang guru. Murid –murid juga perlu diingatkan bahawa semua

agama menyuruh penganutnya hidup berbaik-baik tanpa persengketaan dan

permusuhan.

Murid juga diasuh taat setia kepad Raja Dan Negara. Nyanyian lagu

’Negaraku’ perlu menjadi amalan dan guru perlu memastikan murid menghormati

lagu tersebut. Di dalam bilik darjah perlu digantung gambar raja-raja dan DYMM Seri

Paduka Baginda Yang Dpertuan Agong bagi memupuk pemahaman murid terhadap

sistem Beraja Berpelembagaan di Malaysia. Ianya perlu diakui oleh semua etnik

yang ada di seluruh Malaysia.

Ditegaskan juga berkaitan dengan keluhuran perlembagaan negara Malaysia

yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat negara ini. Menerima Bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi atau pengantar dengan kata lain sebagai bahasa kebangsaan.

Penggunaan bahasa lain juga adalah digalakkan. Kedaulatan undang-undang perlu

dipatuhi. Murid dibimbing agar menghormati dan mematuhi undang-undang negara.

Sebagai contohnya mematuhi undang-undang sekolah dan peraturan kelas.

Kesopanan dan kesusilaan perlu dipupuk dalam jiwa murid-murid. Murid –

murid diasuh menggunakan bahasa yang sopan, mengamalkan perlakuan yang

17

Page 13: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

tertib dan beradab, serta menjalinkan hubungan yang mesra dan sepakat. Teguran

adalah perlu bila murid-murid memanggil kawan dengan perkataan yang kurang

sopan dan memalukan. Rakyat Malaysia yang mematuhi dan mentati Rukun

Negara, persekitaran pembelajaran mesra budaya pasti dapat dibina dan

mewujudkan. Guru-guru perlu berusaha mendekatkan murid dalam memahami

Rukun Negara dan mengamalkannya.

3.6 Penaksiran dan Penilaian Prestasi Pelajar

Penilaian berbentuk sumatif boleh digunakan untuk menilai hasil

pembelajaran secara holistik. Murid boleh dinilai dengan cara memberi murid

kebebasan sewaktu menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid boleb

menunjukkan bakat mereka dengan pembinaan showcase yang menterjemahkan

kebolehan, bakat dan kelebihan mereka. Aktiviti yang boleh disediakan oleh guru

seperti kolaj, poster, temu bual, menulis laporan dan membentangkan laporan

syarahandan sebagainya. Dalam hal ini guru perlu menyediakan rubrik pemerkahan

bagi memastikan stiap yang dinilai dan ditafsirkan menepati hasil pembelajaran yang

mencakupi domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Murid akan menggunakan perbezaan yang ada pada mereka berdasarka latar

belakang dan kecerdasan pelbagai untuk menyediakan tugasan. Peranan guru di

sini adalah memaparkan sikap terbuka dan menerima perbezaan murid sebagai

suatu yang istimewa, menghargai atas kesungguhan murid. Contoh hasil yang

terbaik akan dipamerkan dan murid yang lemah akan berusaha memperbaiki

kekurangan mereka. Persekitaran bilik darjah akan ceria dan murid akan berasa

gembira menghadapi pembelajaran seharian.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kaedah pembelajaran yang berbeza sesuai diaplikasikan di dalam

kelas di Malaysia, bukan sahaja untuk menarik minat murid tetapi juga dapat

membuatkan murid lebih memahami isi kandungan yang dipelajari tidak kira sama

ada kaum minoriti atau majoriti. Demi mencapai cita-cita menjadi negara maju

17

Page 14: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

menjelang 2020 dengan slogan 1Malaysia, guru-guru di sekolah hendaklah berani

menyahut cabaran dengan mengetengahkan pengajaran yang berorientasikan

murid, yang sesuai dengan tahap dan kebolehan mereka. Di samping itu juga, guru

tidak melihat pada satu-satu kelompok minoriti yang pandai sahaja berdasarkan

kaum, bangsa, agama dan budaya sahaja, malah guru perlu memahami keperluan

serta pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran bagi semua pelajar di dalam

kelas tersebut.

17

Page 15: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

BAHAN RUJUKAN

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A.

Majid, (2011), Budaya Dan Pembelajaran, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kamaruddin Haji Husin. (1994). Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur :

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.

Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Crow, L. D and Crow, A. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor : Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/bab-4-ketaksamaan-peluang-

pendidikan.html

http://kheru2006.i8.com/EDU3106/4_Ketaksamaan_Peluang_Pendidikan.htm

http://qalish.com/2011/01/kepelbagaian-pelajar.html

http://hanifisme.co.cc/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku-kes-3.html

17

Page 16: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

ISI KANDUNGAN

17

Page 17: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

PERKARA MUKA SURAT

Pengakuan i

Penghargaan ii

Biodata Diri iii

Isi kandungan iv

1.Takrif Ketaksamaan Peluang Pendidikan dalan konteks Malaysia

*Pengenalan 1

*Definisi ketaksamaan peluang pendidikan 2-3

2.Punca atau Faktor wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan *2.1 Kelas sosial

3-4

*2.2 Jantina 5-6

*2.3 Kumpulan Minoriti 6-7

3. Peranan Guru Dalam Mengurangkan Jurang Ketaksamaan

Peluang Pendidikan Di Dalam Bilik Darjah *3.0 Pengenalan

8-9

*3.1 Susun Atur Bilik Darjah 9-10

*3.2 Kemudahan Alat Bantu Mengajar 10

*3.3 Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Mesra Budaya 10

*3.4 Kepelbagaian Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Yang Berasaskan Perbezaan Budaya Murid 11-12

*3.5 Pemupukan Nilai Dan Budaya Malaysia 12

3.6 Penaksiran dan Penilaian Prestasi Pelajar 13

Kesimpulan 13-14

Refleksi 15-16

Bahan Rujukan 17

Lampiran

Borang kolaborasi

REFLEKSI

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Pertama sekali saya Lili Suriani binti Hassan panjatkan rasa syukur kehadrat Allah Yang Maha

Esa kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan. Setelah perbincangan dan membuat

rujukan bagi menghasilkan kerja kursus yang diberi, maka inilah yang dapat saya persembahkan dalam Kerja Kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106).

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkaan kepada pensyarah iaitu encik Mohd. Zaki bin Ab. Rahim dalam mata pelajaran Budaya dan Pembelajaran

(EDU 3106) yang banyak membantu dan memberi panduan serta penerangan berkaitan kerja kursus.

Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini, saya terpaksa menghadapi beberapa masalah yang sedikit sebanyak menggangu proses

penghasilan kerja kursus ini, namun begitu setelah mendapat penerangan oleh pensyarah saya berjaya mengatasinya.Saya mula mencari bahan untuk

dijadikan bahan rujukan bagi kerja kursus ini. Bagi tugasan yang pertama, saya mengumpul maklumat tentang definisi ketaksamaan peluang pendidikan,

punca atau sebab berlakunya ketaksamaan, dan peranan guru mengatasi ketaksamaan pendidikan di dalam bilik darjah. Kesemua persoalan ini dikumpul dan

pencarian bahan dimulakan.

Sebelum melaksanakan tugasan ini antaranya ialah saya dapat mengasah minda dan memperkembangkan kebolehan berfikir.Saya cuba memahami

soalan tugasan yang diberi supaya dapat menghasilkan kerja kursus yang berkualiti.Hal yang demikian dapat membantu saya memahami segala ilmu yang

berkaitan dengan pelajaran tugasan ini.

Sebelum melaksanakan tugasan ini,saya berbincang dengan rakan-rakan mengenai soalan tugasan dan memberi pandangan dan kritikan membina

agar tugasan kerja kursus ini dapat dihasilkan dengan baik. Saya juga mencari sumber rujukan di Pusat Sumber,kedai-kedai buku dan melayari internet.Hal

ini bukanlah mudah bagi saya mencari bahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan kali ini.Dari kerja kursus ini, saya dapat menambah pengetahuan

berkaitan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.Saya mungkin akan mempraktikkannya di prasekolah kami nanti.

Saya amat berharap apa yang saya persembahkan ini telah menjawab dan menepati kehendak soalan. Akhir, saya menyusun sepuluh jari

memohon kemaafan, kiranya ada terdapat salah silap, sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam kerja kursus ini.

Sekian, Terima kasih.

..................................................

(LILI SURIANI BT. HASSAN)

17

Page 18: Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia

17