KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/07/topik-6... · Kumpulan Minoriti Murid Berkeperluan Khas Isu-Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan

  • Upload
    buique

  • View
    318

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

  • KETAKSAMAAN

    PELUANG PENDIDIKAN

  • Ketidaksamaan Dalam Pendidikan

    Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak

    faedah sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan,

    kuasa politik.

    Walau bagaimana pun semasa penjajahan British di negara kita, tidak

    semua pelajar mempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itu

    sekolah dibahagikan mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum

    dan penempatan.

    Ketidaksamaan dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang

    untuk mengembangkan potensinya.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Konsep diskriminasi/ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan,

    pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok

    terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku

    pihak yang berpandangan negatif.

    Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan individu

    atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

    Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal).

    Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golongan

    istana menerima sistem pendidikan yang berbeza.

    Diteruskan lagi pada zaman penjajah.

    Golongan pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan

    orang kampung terus ketinggalan.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Aspek Ketaksamaan Peluang Masa Kini :

    Meliputi kemudahan mendapat guru

    Bahan-bahan rujukan

    Peluang kerjaya selepas tamat belajar

    Max Weber : Ada 5 Kelas Sosial

    1. Golongan atasan/orang kaya/ahli koperat

    2. Kumpulan pertengahan atasan orang yang berpendidikan tinggi,

    profesional dan memegang jawatan yang baik

    3. Pertengahan bawahan-lulusan sekolah menengah dan pemegang sijil

    diploma.

    4. Kelas pekerja-terdiri daripada pekerja kolar biru (ada PMR, SPM)

    5. Golongan bawahan: mempunyai kelulusan yang amat rendah dan

    tidak pernah melalui pendidikan formal.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Saifuddin Hj Masduki (1977) : wujud hubungan yang

    signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan

    ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa.

    Semakin tinggi pendapatan dan tahap pendidikan ibu bapa

    semakin tinggi tahap pencapaian anak-anak mereka.

    Murid berada mendapat peluang pendidikan yang lebih baik.

    Tahap kesihatan

    Suasana tempat tinggal

    Jumlah keluarga kecil/besar

    Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan

    ketidaksamaan dalam peluang pendidikan

    Terdapat sekolah kurang murid (SKM)

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Cabaran KPM memastikan agar infrustruktur, perkakasan, perisian dan

    latihan mencukupi di beri kepada sekolah-sekolah.

    Usaha KPM bantu:

    1. RMT

    2. Kumpulan Wang simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)

    3. bantuan Makanan Asrama

    4. Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid

    5. Jaket Keselamatan

    6. Elaun bulanan pelajar kurang upaya

    7. SPBT

    8. Skim Baucer Tuisyen (SBT)

    9. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan

    University

    10.Asrama Harian

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Faktor-faktor Ketaksamaan Peluang

    Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin

    disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

    - lokasi sekolah,

    - latarbelakang sosio-ekonomi pelajar,

    - pencapaian akademik,

    - kecenderungan semulajadi,

    - peluang hidup,

    - sosialisasi dan

    - perbezaan bahasa.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Ketaksamaan Peluang

    Pendidikan

    Kelas Sosial Jantina

    Kumpulan Minoriti Murid Berkeperluan

    Khas

    Isu-Isu Ketaksamaan

    Peluang Pendidikan

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Kelas Sosial:

    Berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat.

    Kelas sosial boleh dikatakan segolongan individu yang mempunyai

    kedudukan sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan,

    martabat, pekerjaan, atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

    Contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi

    2 golongan:

    1. Bourgouisie : masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran,

    pengagihan dan pertukaran

    2. Proletariat : masyarakat yang tidak memiliki perkara di atas sebaliknya

    hanya tenaga kerja sahaja.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Jantina:

    Murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran

    yang bersifat keperempuanan dan kelakian.

    Zaman penjajah peluang diberi kepada lelaki manakala golongan

    perempuan dinafikan peluang untuk menerima pendidikan.

    Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita,

    perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas.

    Peluang pekerjaan mengikut gender.

    Pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik daripada lelaki.

    Kuato kemasukan ke universiti lelaki atau perempuan????

    Sekolah teknik/vokasional : lelaki/perempuan???

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Kumpulan Minoriti:

    Jumlah kecil - tidak dapat mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan

    etnik yang lain.

    Faktor geografi - cth orang asli, kadazan, murut dsb

    Mereka menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau

    warisan daripada ibu bapa. Kini????

    Di sekolah terdapat juga kumpulan minoriti.

    Bersifat negatif - cth murid yang suka ponteng kelas, ponteng sekolah,

    pembuli, suka merokok, lepak, gengsterisme dll.

    Mereka adalah murid yang tercicir.

    Pihak sekolah perlu beri perhatian

    Bersifat positif : spt ulat buku, suka mencari maklumat di internet,

    cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dll.

    Bergerak dalam kumpulan sendiri/kecil

    Mereka juga perlu diberi perhatian.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Murid Berkeperluan Khas:

    Dua kategori MBK:

    1. kategori masalah

    2. kategori masalah khusus

    Kecerdasan yang amat rendah.

    Hadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa dan dalam

    masyarakat.

    Kanak-kanak pintar cerdas

    Golongan yang mana kebolehan mereka lebih tinggi daripada rakan

    sebaya.

    Oleh itu mereka tidak dapat memanfaat sepenuhnya sistem pendidikan

    sedia ada.

    Ini kerana motivasi dan keperluan mereka berbeza.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • 7 kategori kanak-kanak istimewa memerlukan Program

    Pendidikan Khas

    i. Kerencatan mental

    ii. Bermaslah pembelajaran

    iii. Kecelaruan tingkah laku

    iv. Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi

    v. cacat penglihatan

    vi. Cacat fizikal

    vii. Pintar cerdas dan berbakat istimewa.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

    Isu-Isu Ketidaksamaan

    Peluang Pendidikan:

  • Takrif Orang Asli:

    1. Mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik

    org Asli, mengikut cara hidup org asli, adat & kepercayaan

    org asli, dan termasuklah seorg keturunan melalui lelaki

    org itu.

    2. Mana-mana org daripada mana-mana kaum yg diambil

    sebagai anak angkat semasa budak oleh org Asli & yg

    telah dibesarkan sebagai seorg org Asli. Bercakap bahasa

    org Asli, mengikut cara hidup, adat & kepercayaan org Asli

    atau;

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

    1. Orang Asli

  • 3. Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorg

    perempuan org Asli dgn seorg lelaki drpd suatu kaum lain,

    dgn syarat bhw anak itu lazimnya bercakap bahasa org

    Asli, lazimnya mengikut cara hidup, adat & kepercayaan

    org Asli dan masih lagi menjadi ahli drpd masyarakat

    org Asli.

    4. Mana-mana org Asli yang tidak lagi berpegang kpd

    kepercayaan org Asli oleh kerana dia telah memeluk

    mana-mana agama / oleh kerana apa-apa sebab lain,

    tetapi dia masih mengikut cara hidup, adat / bercakap

    bahasa org Asli.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Taburan Kumpulan Orang Asli di Malaysia.

    Negrito-pedalaman utara Perak & Kelantan, sebahagian

    kecil hidup secara nomad mengikut musim tertentu.

    Senoi-sepanjang lereng bukit Banjaran Titiwangsa di

    pedalaman Perak, Kelantan & Pahang.

    Melayu Proto-berhampiran dgn kampung-kampung

    tradisional Melayu di Selangor, Ng 9, Melaka dan Johor.

  • Masalah Dalam kalangan Orang Asli

    Infrastruktur dan prasarana yg kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka.

    Kadar keciciran yg sangat tinggi.

    Prestasi yang amat rendah.

    Sikap x ambil berat ibu bapa mereka terhadap pendidikan.

    X ada semangat persaingan

    Jarak tempat tinggal yg jauh

    Kemiskinan keluarga.

    masih terpinggir

    golongan bijak pandai masih kurang

    latar belakang akademik rendah

    tahap pendidikan isi rumah juga rendah.

  • Peribumi bermaksud penduduk asli dan juga Bumiputera.

    Meliputi org Melayu, Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit,

    Melanau, Penan , Kadazan, Dusun, Bajau, Suluk, Orang

    Ulu, Negrito, Senoi dan Melayu Proto.

    Merujuk kepada penduduk pribumi di pedalaman Sabah

    dan Sarawak.

    Dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi,

    sosial dan budaya

    Di Sabah terdapat 23 suku kaum

    Terbesar Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei

    Di Sarawak : Melayu, Melanau,Iban, Bidayuh, Penan,

    Kelabit.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

    2. Peribumi (Indigenous)

  • Peribumi merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik

    yang tinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima

    sebarang perubahan dunia luar.

    Taksub kepada kehidupan yang dibina sejak dulu.

    Ketaksamaan peluang pendidikan tetap berlaku.

    Mereka masih belum menerima perubahan dalam dunia

    pendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup

    tradisional.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Masalah Yang Dihadapi

    Lokasi tempat tinggal yg jauh, latar belakang masyarakat

    dan status sosioekonomi.

    Kekurangan kemudahan asas & infrastruktur.

    Motivasi murid yg rendah

    Tidak minat ke sekolah.

  • Cara Mengatasi

    Perkenalkan kurikulum peribumi.

    Guna strategi & teknik pengajaran yang sesuai utk mereka.

    Pelaksanaan kelas dewasa bagi ibu bapa murid org Asli

    dan Peribumi.

  • Faktor Ketaksamaan peluang pendidikan;

    Lokasi

    Kurang guru pakar

    Pertumbuhan pusat urban yang lembab

    Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya kurang

    memberangsangkan

    Jurang digital.

    Kurang kemudahan asas.

    Kekurangan guru dalam bidang kritikal.

    Sosioekonomi yang rendah.

    Keupayaan murid yang kurang.

    Sekolah Kurang Murid yang serba kekurangan.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

    3. Masyarakat Pedalaman

  • Secara am, terdapat dua isu berkaitan dengan ketidaksamaan

    pendidikan iaitu budaya tersekat dan pendidikan imbuhan.

    Isu-Isu Ketidaksamaan

    Peluang Pendidikan:

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Budaya Tersekat:

    Budaya Tersekat bermaksud sekatan peluang ke atas

    segolongan masyarakat disebabkan faktor-faktor seperti

    kemiskinan, etnik dan lain-lain.

    Konsep ini amat popular semasa tahun 60-an di Amerika

    Syarikat di mana kanak-kanak berkulit hitam (African

    American) atau taraf sosio-ekonomi yang rendah

    dipinggirkan haknya.

    Dalam konteks Malaysia, sebelum kemerdekaan, pelajar

    kawasan terpencil atau luar bandar itu dianggap sebagai

    tersekat hak mereka untuk mendapatkan kemudahan

    pendidikan yang asas berbanding dengan pelajar bandar.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Budaya Tersekat:

    Budaya Tersekat juga merujuk kepada pelajar yang

    mempunyai pencapaian yang rendah di sekolah kerana

    latar belakang keluarga.

    Isitilah ini juga digunakan untuk bermaksud culturally

    disadvantage kerana dipercayai bahawa masalah utama

    ialah kekurangan relatif antara pengalaman rumah dengan

    corak budaya yang diperlukan untuk pembelajaran di

    sekolah.

    Contohnya, di kebanyakan kawasan luar bandar di

    Malaysia, pendapatan keluarga dan pendidikan ibu bapa

    adalah rendah. Tambahan pula, tumpuan diberi kepada

    tugas-tugas mengerjakan kebun.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Budaya Tersekat:

    Selain itu, loghat bahasa tempatan digunakan dalam

    kehidupan seharian.

    Suasana persekitaran rumah seumpama ini tidak

    membantu seseorang kanak-kanak untuk memenuhi

    kehendak pembelajaran di sekolah yang memerlukannya

    menulis, membaca dan berkomunikasi dengan

    menggunakan bahasa formal.

    Jelaslah bahawa latar belakang seseorang kanak-kanak itu

    boleh menjadi satu kekangan atau halangan terhadap

    pencapaiannya di sekolah.

    Kemahiran yang dikuasai dan nilai yang telah diterap

    semasa di rumah tidak dapat digunakan di sekolah kerana

    kekurangan relatif.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Budaya Tersekat:

    Jika dibandingkan dengan kanak-kanak kelas menengah di

    bandar, pendapatan keluarga dan pendididkan formal ibu

    bapa mereka adalah lebih tinggi, dan tumpuan diberi

    kepada pendidikan di sekolah.

    Ibu bapa membeli bahan-bahan untuk anak mereka dan

    menggalakkannya membaca serta menggunakan bahasa

    yang lebih kompleks untuk berkomunikasi.

    Latarbelakang seumpama ini banyak memberi seorang

    kanak-kanak kelebihan dari segi peluang untuk lebih

    berjaya di sekolah.

    Berbanding dengan golongan kanak-kanak ini, tidak

    mustahil mengapa kanak-kanak daripada kalangan budaya

    tersekat mempunyai risiko keciciran sekolah yang tinggi

    (Sharifah,1995).

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Pendidikan Imbuhan:

    Satu lagi faktor berkaitan dengan ketidaksamaan peluang

    pendidikan ialah yang disebabkan oleh ketidaksamaan

    status sosio-ekonomi.

    Tidak dapat dinafikan bahawa orang miskin di kawasan luar

    bandar dan orang kaya di bandar mempunyai peluang

    pendidikan yang berbeza.

    Atas sebab ini, maka pendidikan imbuhan diperkenalkan

    untuk mengatasi keadaan yang tidak seimbang itu.

    Pendidikan imbuhan sebenarnya adalah satu konsep baru

    dalam pendidikan yang wujud selepas Perang Dunia Kedua

    di beberapa negara Barat.

    Keadaan ini timbul akibat kesedaran rakyat terhadap

    kepentingan pendidikan.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Pendidikan Imbuhan:

    Hasil daripada itu, satu pergerakan dimulakan untuk

    menuntut hak peluang pendidikan yang sama, khasnya

    untuk kalangan rakyat kelas bawahan (Chazen, 1973).

    Sebelum pendidikan wajib diperkenalkan, peluang

    pendidikan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah

    menengah, kolej dan universiti amatlah terhad untuk kanak-

    kanak kelas sosio-ekonomi yang rendah berbanding

    dengan mereka daripada golongan memengah dan atasan.

    Ini menunjukkan bahawa status sosio-ekonomi ibu bapa

    yang rendah mengurangkan atau menghalang anak mereka

    daripada menerima pendidikan.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Pendidikan Imbuhan:

    Kesulitan peluang pendidikan sedemikian kemudian

    mengakibatkan masalah keciciran yang serius dan

    pengangguran yang boleh menjejaskan kestabilan dan

    keamanan sesebuah negara.

    Akibat kesedaran tentang kesan buruk masalah tersebut

    dan desakan rakyat, maka beberapa negara Barat telah

    mengambil tindakan tegas untuk memperbaharui sistem

    pendidikan mereka.

    Salah satu negara Barat tersebut ialah Amerika Syarikat.

    Apabila berlakunya masalah ketidak stabilan sosial yang

    serius, akibat ketidaksamaan pendidikan, satu program

    baru yang dipanggil Head Start telah diperkenalkan untuk

    membantu perkembangan pendidikan dalam kalangan

    golongan rendah masyarakat.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Pendidikan Imbuhan:

    Di Malaysia pula, lanjutan daripada Laporan Keciciran

    (1973), Kementerian Pendidikan talah melaksanakan dan

    melancarkan Projek Pendidikan Wajib pada tahun 1975.

    Di bawah projek ini, pelajar-pelajar luar bandar dibekalkan

    dengan bahan-bahan pembelajaran khas serta guru-guru

    berkelayakan yang telah melalui latihan khas untuk

    mengajar.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Faktor Persekitaraan Rumah Dan Sekolah Yang

    Mempengaruhi Pencapaian Akademik

    Pencapaian akademik seseorang pelajar tidak bergantung

    kepada IQ semata-mata.

    Sebaliknya, faktor-faktor lain seperti perbezaan kelas sosial,

    sosialisasi, dan lokasi di bandar atau luar bandar juga

    mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Perbezaan Kelas Sosial:

    Mengikut Ting (1985), Kelas Sosial merujuk kepada

    golongan individu yang mempunyai status sosio-ekonomi

    yang sama, contohnya gaji, jenis rumah yang didiami, dan

    lokasi rumah.

    Ahli sosiologi selalu mengaitkan pencapaian akademik

    pelajar dengan latarbelakang budaya ibu bapa, tahap

    pendidikan dan profesion mereka.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Pengaruh Kelas Sosial

    Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar

    Aspek Kelas Sosial Atasan Kelas Sosial Bawahan

    1. Bahan

    Pembelajaran

    Bahan pembelajaran yang mencukupi

    Kesan:

    Pelajar bersedia untuk belajar

    Tidak ada bahan pembelajaran atau tidak

    mencukupi

    Kesan:

    Pelajar menghadapi masalah dalam pembelajaran

    dan oleh kerana itu keupayaan belajar terjejas

    2. Kelas tambahan

    Pelajar mempunyai seorang tutor

    Kesan:

    Kemahiran dan pengetahuan pelajar

    dapat ditingkatkan kerana menerima

    bimbingan secara individu

    Tidak mampu membayar yuran kelas tambahan

    Kesan:

    Pemerolehan pengetahuan bergantung sepenuhnya

    kepada sekolah dan diri sendiri

    3. Pakaian seragam

    Sekolah

    Pakaian seragam sekolah pelajar

    kelihatan bersih, kemas dan baru Kesan:

    Harga Kendiri pelajar tinggi. Yakin

    semasa mengikuti pelajaran yang diajar

    Pakaian seragam sekolah pelajar selalunya menjadi

    lusuh, compang-camping dan tidak terurus.

    Kesan:

    Harga kendiri pelajar rendah. Kurang yakin untuk

    mengikuti pelajaran yang diajar

    4.Pendidikan

    Ibu Bapa

    Ibu bapa biasanya berpendidkan tinggi

    dan mementingkan pendidikan anak

    Menggalakkan anak mencapai akademik

    yang lebih tinggi. Mereka membimbing

    anak dalam kerjayanya.

    Kesan:

    Pelajar sedar tentang pentingnya

    pembelajaran dan perancangan

    awal kerjaya mereka

    Ibu bapa biasanya berpendidikan rendah dan tidak

    memberi perhatian kepada pendidikan anak

    Mereka kurang berpengetahuan lalu tidak boleh

    membimbing kerjaya anak.

    Kesan:

    Pelajar kurang bermotivasi untuk pencapaian

    akademik yang cenerlang

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Perbezaan Sosialisasi Dan Bahasa

    Mengikut Marimuthu (1990), sosialisasi merujuk kepada proses seorang

    individu belajar cara bagaimana hidup bermasyarakat supaya dapat

    disebatikan cara tersebut dengan personalitinya.

    Melalui proses ini, individu berkenaan memperoleh nilai, kepercayaan,

    norma, dan ciri-ciri serta tingkah laku sosial masyarakat dimana dia

    adalah seorang ahli.

    Sebaliknya, komunikasi adalah satu alat untuk berkomunikasi.

    Berdasarkan kegunaannya, bahasa boleh diklasifikasi kepada dua

    kategori utama: bahasa kompleks dan bahasa biasa.

    Bahasa kompleks berkait dengan kegunaan kata sifat, kata kerja, kata

    penghubung dan kata nama. Corak bahasa sejenis ini membolehkan

    seorang itu menyampaikan mesej dengan jelas dan tepat. Manakala,

    bahasa biasa lebih menggunakan kata nama dan frasa biasa sehingga

    menjadi pertuturan yang stereotaip (Sharifah Alwiah, 1985). Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Implikasi Sosialisasi Dan Bahasa

    Terhadap Pencapaian Akademik

    Aspek Sosialisasi Bahasa Kompleks Bahasa Biasa

    1. Nilai:

    Kepentingan ilmu

    Pengurusan Masa

    Penggunaan bahasa komplek oleh ahli

    keluarga dapat memupuk nilai yang

    berkaitan dengan kepentingan ilmu dan

    pengurusan masa di kalangan anak

    remaja mereka

    Kesan:

    Kesedaran di atas menjadi motivasi

    intrinsik kepada anak untuk mencari ilmu

    Penggunaan bahasa biasa oleh ahli

    keluarga tidak dapat memupuk nilai yang

    berkaitan dengan kepentingan ilmu dan

    pengurusan masa di kalangan anak

    mereka

    Kesan:

    Pelajar tidak bagitu sedar tentang

    kepentingan pendidikan maka

    mengabaikan tanggungjawab untuk

    mencari ilmu

    2. Kepercayaan agama

    Kepercayaan agama digalakkan oleh ahli

    keluarga atau ibu bapa dengan

    menggunakan bahasa yang kompleks.

    Anak mendapat bimbingan yang baik

    Kesan:

    Ajaran agama menjadi garis panduan

    tindakan anak-anak remaja dan mereka

    memberi tumpuan kepada kepentingan

    memperoleh ilmu.

    Bimbingan terhadap kepercayaan agama

    oleh ahli keluarga yang menggunakan

    bahasa dan loghat tempatan tidak begitu

    berjaya dan anak remaja kurang

    menerima bimbingan tersebut

    Kesan:

    Ajaran agama diabaikan, dan anak

    remaja kurang dibimbing atau dibantu.

    Maka kepentingan memperoleh ilmu

    bukan merupakan tanggungjawab utama Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Perbezaan Lokasi

    Bandar Dan Luar Bandar

    Sebagaimana yang kita ketahui, pelajar-pelajar di negara

    ini tinggal bersama keluarga mereka sama ada di bandar

    mahu pun di kampung.

    Data statistik menunjukkan bahawa sebanyak 84%

    daripada sekolah-sekolah rendah terletak di kawasan luar

    bandar dan 40% daripada sekolah-sekolah tersebut

    mempunyai bilangan murid kurang daripada 150 orang

    (Sharifah, 1995).

    Hal ini membawa implikasi terhadap pencapaian akademik

    pelajar.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Perbezaan Kemudahan Awam

    Antara Bandar Dengan Kampung.

    Aspek Bandar Kampung

    1. Bekalan air dan

    lektrik

    Mempunyai bekalan air dan lektrik

    Kesan:

    Pelajar boleh memberi tumpuan

    kepada pelajaran. Mereka boleh

    belajar dalam keadaan yang

    selesa.

    Ada kalanya tidak mempunyai

    bekalan air dan elektrik

    Kesan:

    Pelajar membazir masa

    mengangkut air daripada perigi dan

    sungai.

    2. Pusat tuisyen

    Terdapat banyak pusat tuisyen

    Kesan:

    Boleh mengikuti kelas tuisyen

    untuk meningkatkan lagi kemahiran

    dan pengetahuan

    Sukar mendapat pusat tuisyen

    Kesan:

    Pembelajaran hanya bergantung

    kepada input sekolah sahaja

    3. Perpustakaan

    Terdapat perpustakaan awam.

    Kesan:

    Ini membolehkan pelajar membuat

    rujukan tambahan dan tempat

    belajar yang selesa

    Tidak ada perpustakaan awam.

    Kesan:

    Hanya bergantung kepada bahan

    rujukan perpustakaan sekolah.

    Oleh kerana saiz sekolah kecil,

    maka bahan rujukan adalah

    terhad. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Ciri-ciri Sekolah Yang Mempengaruhi

    Pencapaian Akademik

    Terdapat beberapa ciri sekolah yang boleh mempengaruhi

    pencapaian akademik pelajar.

    Tiga daripada ciri-ciri tersebut, ialah budaya sekolah,

    jangkaan guru, dan keberkesanan sekolah.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • A) Budaya Sekolah

    Mengikut kebiasaan, budaya sekolah merujuk kepada

    persekitaran keseluruhan pelajar itu di sekolah.

    Persekitaran yang menggalakkan dan menyokong

    dikatakan mempunyai kesan positif terhadap proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    Mengikut Colin Marsh (2000), budaya sekolah sering

    berubah dan tidak statik.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Ciri-ciri Positif Sekolah

    Aspek Ciri Positif

    1. Keadaan fizikal

    sekolah yang baik

    a. Bilik darjah yang mencukupi dan tiada kelas terapung membolehkan

    pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar

    b. Kemudahan untuk aktiviti rekreasi, contohnya padang, dan jimnasium

    mengurangkan tekanan pembelajaran di kalangan pelajar

    2. Aspek sosial yang

    menghasilkan

    seorang insan yang

    baik dan berguna

    Sekolah menganjurkan projek gotong royong, dan kem kaunseling untuk

    memupuk nilai murni, dan Hari Kantin bertujuan mengutip derma untuk pelajar

    miskin serta memberi pelajar mencari pengalaman berniaga

    3. Budaya ilmu yang

    positif

    a. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah

    membantu pelajar memilih kerjaya masa depan

    b. Pengetahuan yang dipelajari itu membantu pelajar membentuk personaliti

    dengan kreativiti sendiri

    4. Menguasai bahasa a. Pelajar yang dapat menguasai bahasa dengan baik boleh mengambil

    bahagian dalam bahas, pidato, dan lain-lain

    b. Penguasaan bahasa yang baik memberi keyakinan kepada pelajar untuk

    berinteraksi dengan orang lain. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • (B) Jangkaan Guru

    Jangkaan guru merujuk kepada kepercayaan guru terhadap

    pencapaian pelajarnya dalam aktiviti pembelajaran.

    Jangkaan ini terbentuk hasil daripada penelitian data

    pencapaian akademik yang lepas, pemerhatian perlakuan

    pelajar serta interaksi guru dengan pelajar.

    Jangkaan ini membantu guru memotivasi pelajarnya ke

    arah pencapaian akademik yang lebih tinggi.

    Guru selalunya menyampaikan jangkaan ini melalui mimik

    muka, gaya dan tingkahlaku personal.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Hubungan Antara Jangkaan Guru Dengan

    Pencapaian Akademik Pelajarnya

    1. Jangkaan guru yang tinggi terhadap kemampuan pelajar

    bertujuan untuk:

    Meningkatkan usaha pembelajaran;

    Mempunyai keyakinan dalam penglibatan diri semasa

    aktiviti pembelajaran;

    Menghasilkan tugasan yang baik; dan

    Selalu bersedia untuk menerima pembelajaran yang baru.

    Contoh: membaca topik dahulu sebelum pengajaran

    dilaksanakan, dan menyediakan soalan yang berkaitan

    untuk bertanya dalam kelas.

    Kesan: Pencapaian akademik pelajar meningkat.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • 2. Jangkaan guru yang rendah terhadap pencapaian pelajar

    menyebabkan pelajar: :

    Malas untuk mencuba;

    Mengamalkan sikap mencari jalan yang paling senang

    semasa melengkapkan tugasan;

    Kurang memberi tumpuan kepada guru; dan

    Kurang terdorong untuk melibatkan diri dalam aktiviti

    pembelajaran di bilik darjah seperti bertanya dan menjawab

    soalan.

    Kesan: Pencapaian akademik pelajar mula merosot.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Ciri-ciri Sekolah Berkesan

    Secara am, sekolah berkesan menawarkan peluang

    pembelajaran yang sama kepada pelajar tanpa mengira ras,

    status sosio-ekonomi atau jantina.

    Selain daripada itu, sekolah berkesan juga memastikan

    bahawa semua pelajar dapat belajar dalam keadaan yang

    kondusif.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Mortimore (Sharifah:2000) mentakrifkan sekolah berkesan sebagai

    sekolah yang menolong pelajar berkembang lebih daripada jangkaan

    berdasarkan latar belakang keluarganya.

    Beliau menambah bahawa sebuah sekolah adalah berkesan sekiranya ia

    dapat:

    Mendorong pelajar untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi dengan

    mengambil kira kebolehan sebenar dan latar belakangnya.

    Memastikan setiap pelajar boleh memaksimumkan potensinya.

    Meningkatkan pencapaian dan perkembangan pelajar dalam semua

    aspek.

    Sentiasa menunjukkan peningkatan setiap tahun.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Perhubungan Antara Ciri-ciri Sekolah Berkesan

    Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

    Ciri-ciri Sekolah Berkesan Pencapaian Akademik Pelajar

    1. Pengurusan yang berkesan, dinamik, proaktif,

    dan mesra dengan klien;

    2. Peraturan sekolah yang jelas;

    3. Guru berterampilan dalam bidang masing-

    masing dan mesra dengan klien;

    4. Kemudahan dan infrastruktur fizikal yang

    mencukupi;

    5. Persekitaran sekolah yang ceria;

    6. Jangkaan yang tinggi terhadap pelajar dan

    guru;

    7. Kepimpinan yang kukuh;

    8. Semua ahli mempunyai komitmen untuk

    mencapai kejayaan;

    9. Kerjasama rakan sejawat dan kerja

    berpasukan.

    1. Pelajar berasa selamat dan selesa belajar

    dalam iklim sekolah;

    2. Pelajar bermotivasi untuk mengikuti pelajaran;

    3. Tumpuan murid terhadap pengajaran menjadi

    lebih berfokus;

    4. Disiplin pelajar terkawal;

    5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan

    dalam suasana yang menyeronokkan;

    6. Keperluan pelajar dapat dipenuhi;

    7. Persaingan yang sihat di kalangan pelajar

    dapat meningkatkan tahap pencapaian

    akademik;

    8. Hubungan yang mesra antara murid dan antara

    guru dengan murid menyebabkan persekitaran

    sosio-emosi yang boleh merangsang

    pembelajaran. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Rujukan:

    Ebel, Robert L. & Fribie David A. (1991). Essentials of educational measurement. Englewood Cliffs. New

    Jersey: Prentice Hall.

    Gay, L. R. (1985). Educational evaluation and measurement: Competencies for analysis and application. 2nd

    Edition. Columbus, Ohio: Charles E. Merrill Publishing Co. a Bell and Howell Company.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan

    Kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Mok, S.S. (2002). Ilmu pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) Semester 1 & 2. Edisi

    kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

    Sprinthall, R.C. (1994). Basic statiscal analysis. 4th Edition. Needham Heights, Massachusetts: Allyn & Bacon

    Wiersma, W. & Jurs, S.G. (1990). Educational measurement and testing. 2nd Edition. Needham Heights,

    Massachusetts: Allyn & Bacon.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

    Chavez,C. (2003). Combating social inequalities through Education.

    http://WWW.collegetermpapers.com

    Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New Jersey: Merrill Prentice

    Hall.

    Gronlund, N.E. & Linn,R.L. (1990). Measurement and Evaluation in Teaching. New York: Macmillan

    Publishing Co.

    Hopkins,C.D & Antes,R.L.(1990). Classroom Measurement and Evaluation. Itasca: Peacock Publishers,Inc.

    Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Education studies module 1/2.Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan

    Guru

    Kementerian Pelajaran Malaysia (1975), Kajian Keciciran, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

  • Mehrens, W.A & Lehmann,I.J.(1984). Measurement and Evaluation in Education and Psychology. Forth

    Worth:Holt, Rinehart and Winston,Inc.

    Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education Division.

    Marimuthu,T. (1990). Pengenalan kepada sosiologi pendidikan.Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Linn R. L. & Gronlund, N. E. (1995). Measurement and assessment in teaching. Englewood Cliffs, New Jersey:

    Prentice Hall.

    Sharifah Alwiah Alsagoff.(1984). Falsafah pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Sharifah Md. Nor (2000). Keberkesanan sekolah-satu perspektif sosiologi.Serdang: Penerbit Universiti Putra

    Malaysia

    Universiti Putra Malaysia (2000). Sosiologi pendidikan.Serdang: Fakluti Pengajian Pendidikan.

    Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh