of 23 /23
22 FONETIK DAN FONOLOGI / 2 Unit 2 FONETIK DAN FONOLOGI Pengenalan Unit ini membincangkan hal tentang konsep Fonetik dan Fonologi bahasa Melayu serta aspek kajiannya. Unit ini juga menjelaskan hal tentang bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, bunyi bersuara dan bukan bunyi bersuara serta menerangkan alat- alat artikulasi dan fungsinya dalam penghasilan bunyi bahasa bahasa Melayu. Apakah yang Dimaksudkan dengan Bunyi? Bunyi ialah kesan yang didengar oleh telinga yang berlaku apabila udara daripada paru-paru keluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke rongga mulut atau rongga hidung. Semasa udara keluar melalui rongga tekak dan HASIL PEMBELAJARAN Setelah selesai mempelajari unit ini, anda seharusnya dapat: i. membezakan kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu, ii. menjelaskan aspek kajian fonetik artikulasi, akustik dan fonetik auditori, iii. menganalisis bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, bunyi bersuara dan bukan bunyi bersuara, iv. mengetahui alat-alat artikulasi dan fungsinya dalam penghasilan bunyi bahasa Melayu.

fonetik fonologi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pjj upsi

Text of fonetik fonologi

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

Unit

2FONETIK DAN FONOLOGIHASIL PEMBELAJARAN Setelah selesai mempelajari unit ini, anda seharusnya dapat: i. membezakan kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu, ii. menjelaskan aspek kajian fonetik artikulasi, akustik dan fonetik auditori, iii. menganalisis bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, bunyi bersuara dan bukan bunyi bersuara, iv. mengetahui alat-alat artikulasi dan fungsinya dalam penghasilan bunyi bahasa Melayu.

PengenalanUnit ini membincangkan hal tentang konsep Fonetik dan Fonologi bahasa Melayu serta aspek kajiannya. Unit ini juga menjelaskan hal tentang bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, bunyi bersuara dan bukan bunyi bersuara serta menerangkan alatalat artikulasi dan fungsinya dalam penghasilan bunyi bahasa bahasa Melayu.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Bunyi?Bunyi ialah kesan yang didengar oleh telinga yang berlaku apabila udara daripada paru-paru keluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke rongga mulut atau rongga hidung. Semasa udara keluar melalui rongga tekak dan

22

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

rongga mulut atau rongga hidung, udara mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin tidak. Udara yang keluar dalam bentuk gelombang itu mengenai bahagian gegendang telinga dan terhasillah bunyi.

Tahukah Anda Pengertian Fonetik?Bunyi bahasa dikaji dalam bidang fonetik. Berikut diberikan beberapa definisi atau pengertian serta pendapat tentang fonetik: (i) Dalam The World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1566), fonetik dikatakan the body of speech sounds of any one language, and their relation to one another. Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. Marsono dalam bukunya, Fonetik (1986:1) mendefinisikan fonetik sebagai ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai pembeda makna dalam sesuatu bahasa. W. Bright (1992:194) dalam International Encyclopedia of Linguistics menghuraikan fonetik sebagai the study of the physical characteristics of human speech sounds. Abdullah Hassan (1993:40) memberikan definisi fonetik sebagai fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya ... Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi. The Penguin Dictionary (2004:1046) menjelaskan fonetik sebagai the study and classification of speech sounds. Menurut Kamus Dewan (2005:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi) (vii)

23

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

2.1 Berikan definisi fonetik menurut tokoh yang anda tahu. 2.2 Rumuskan konsep fonetik berdasarkan definisi yang telah diberikan oleh tokohtokoh di atas.

Tahukah Anda Pengertian Fonologi?Bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai sistem atau peraturan pula dikaji dalam bidang fonologi. Antara definisi atau pengertian serta pandangan tentang fonologi adalah seperti yang berikut: (i) F. Parker (1974:112) memberikan pengertian fonologi sebagai ... suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan. Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:61) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Dalam World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart, 1981:1567), fonologi didefinisikan sebagai the systems of sounds used in a language. Abdullah Hassan dalam bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia (1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyibunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Menurut J. Clark dan C. Yallop (1995:5) phonology is concerned with the organization of speech within specific languages. P. Roach dalam bukunya Phonetics, menjelaskan fonologi sebagai the study of the distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the rules which regulate their use (2001:111). Fonologi dalam The Penguin Dictionary (2004:1045) ditakrifkan sebagai the study of the sound systems of a language.

(ii)

(iii)

(iv)

(v) (vi)

(vii)

24

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

2.3 Jelaskan konsep fonologi berdasarkan pandangan tokoh yang anda tahu. 2.4 Bezakan konsep antara fonetik dengan fonologi.

Tahukah Anda Konsep Fonetik dan Fonologi dalam Bahasa Melayu?Berdasarkan pelbagai definisi dan pengertian daripada beberapa buah kamus dan ensiklopedia serta berdasarkan pandangan dan pendapat yang diberikan oleh beberapa orang sarjana bahasa tentang fonetik dan fonologi, dapat kita rumuskan bahawa fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Dalam bidang fonetik, terdapat tiga aspek kajian yang dilakukan, iaitu: (i) fonetik artikulasi (ii) fonetik akustik (iii) fonetik auditori Fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi. Fonetik akustik pula mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya (lihat rajah 2.1 bentuk gelombang akustik). Fonetik auditori pula merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat.

25

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

s

i

Rajah 2.1: Bentuk gelombang akustik bagi perkataan bahasa Inggeris see /si:/ (Sumber: P. Roach, 2001:40)

Fonologi pula dapat disimpulkan sebagai kajian terhadap fungsi-fungsi bunyi bahasa. Maksudnya bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan makna). Matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonemfonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa. Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu? Fonetik dan fonologi bahasa Melayu ialah bidang pengajian yang melibatkan pengkajian terhadap bunyi-bunyi bahasa dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Kajian fonetik dan fonologi bahasa Melayu meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan, misalnya bagaimanakah bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong dalam bahasa Melayu itu dihasilkan. Apakah alat-alat artikulasi yang terlibat dan daerah mana pada alat artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam bahasa Melayu. Misalnya, bagaimanakah cara menghasilkan bunyi vokal hadapan, vokal belakang, dan vokal tengah dalam bahasa Melayu. Dalam bidang ini, juga turut dikaji pelbagai jenis bunyi konsonan dalam bahasa Melayu seperti konsonan letupan, letusan, geseran, sengau, separuh vokal dan seumpamanya. Bidang ini turut mengkaji jenis-jenis diftong seperti diftong au, ai dan oi dalam bahasa Melayu (Abdul Hamid Mahmood, 2002:198).

26

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

2.5 Bincangkan aspek-aspek kajian bidang fonetik; fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori.

Tahukah Anda Bunyi Bahasa dan Bukan Bunyi Bahasa?Dalam kehidupan, manusia menyedut udara setiap hari. Udara merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa. Udara disedut ke dalam paru-paru dan dihembuskan keluar bersama-sama waktu kita sedang bernafas. Udara yang dihembuskan (atau dihirup untuk sebahagian kecil bunyi bahasa) itu, kemudian mendapat halangan atau gangguan di berbagai-bagai tempat alat artikulasi dengan berbagai-bagai cara sehingga terjadilah bunyi-bunyi bahasa. Tempat atau alat artikulasi yang dilalui, antaranya ialah batang tenggorok, pangkal tenggorok, kerongkong, rongga mulut, rongga hidung atau rongga hidung bersama-sama dengan alat yang lain. Pada waktu udara mengalir keluar, pita suara boleh berada dalam keadaan terbuka atau tertutup. Jika pita suara itu terbuka, udara dapat keluar bagi menghasilkan bunyi-bunyi tidak bersuara. Jika pita suara itu tertutup, udara yang keluar dengan kuat akan menggegarkan pita suara, maka lahirlah bunyi-bunyi bersuara seperti bunyi vokal. Jika udara mengalami gangguan atau himpitan, maka bunyi-bunyi yang dihasilkan merupakan bunyi-bunyi konsonan. Bunyi bahasa tidak akan terjadi sekiranya tiada halangan atau gangguan pada alat artikulasi seperti dalam bernafas. Bunyi bahasa ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia yang digunakan dalam pertuturan. Bunyi yang bukan bunyi bahasa pula merupakan bunyi yang mungkin dihasilkan oleh alat artikulasi, tetapi tidak digunakan dalam pertuturan, misalnya bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi sendawa, bunyi dehem, bunyi berdengkur dan seumpamanya. Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat yang bukan alat artikulasi seperti bunyi lipatan jari, tepuk tangan dan seumpamanya juga bukan bunyi bahasa. Rajah 2.2 yang berikut menunjukkan proses penghasilan bunyi.

27

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

Proses oral Proses sebutan (artikulasi) Proses penghasilan bunyi (fonasi) Proses pengaliran udara (menghembus dan menghirup) paru-paru

Rajah 2.2: Proses Penghasilan Bunyi (Sumber: B.William, 1992:195)

2.6 Dengan menyertakan gambar rajah, terangkan proses-proses yang terlibat dalam penghasilan bunyi. 2.7 Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa? 2.8 Berikan lima contoh bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa.

28

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

Apakah Alat Artikulasi?Seperti yang diterangkan bahawa bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami halangan atau gangguan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci, bahagianbahagian anggota tubuh yang ikut membentuk bunyi, baik secara langsung ataupun tidak langsung ialah alat artikulasi. Alat artikulasi atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa terdiri daripada yang berikut: (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9) (10) (11) (12) (13) (14) (15) (16) (17) (18) (19) (20) (21) (22) (23) (24) (25) Paru-paru (lungs) Batang tenggorok (trachea) Pangkal tenggorok (larynx) Pita suara (vocal cords) Krikoid (cricoid) Tiroid (thyroid) atau halkum Aritenoid (arythenoids) Dinding rongga kerongkongan (wall of pharynx) Epiglotis (epiglottis) Akar lidah (root of tongue) Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah (hump, back of tongue, dorsum) Tengah lidah (middle of the tongue, medium) Daun lidah (blade of the tongue, laminal) Hujung lidah (tip of the tongue, apex) Anak tekak (uvula) Langit-langit lembut (soft palate, velum) Langit-langit keras (hard palate, palatum) Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi (alveola, alveolum) Gigi atas (upper teeth, denia) Gigi bawah (lower teeth, denta) Bibir atas (upper lip, labia) Bibir bawah (lower lip, labia) Mulut (mouth) Rongga mulut (oral cavity, mouth cavity) Rongga hidung (nose cavity, nasal cavity)

29

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

18 17 19 16 25 15 21 23 22 20 13 14 6 4 12 11

24 10

8 9 7 5 5

3

2

1

Rajah 2.3: Alat-alat Artikulasi

30

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

Tahukah Anda Fungsi Alat Artikulasi?Setelah kita mengenali pelbagai jenis alat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa, sekarang kita meneliti dengan terperinci fungsifungsi alat artikulasi tersebut:

Paru-paruFungsi utama paru-paru adalah untuk pernafasan. Bernafas pada dasarnya ialah mengalirkan udara ke dalam paru-paru. Proses ini disebut menarik nafas dan mengeluarkan udara yang telah kotor. Proses ini disebut menghembuskan nafas. Udara yang mengandungi O2 (oksigen) akan mengalir ke paru-paru jika tekanan udara luar lebih besar daripada tekanan udara dalam paru-paru. Berkurangnya tekanan udara dalam paru-paru kerana adanya pembesaran ruangan, begitu pula sebaliknya. Udara akan mengalir keluar dari paru-paru hanya apabila tekanan udara yang ada di dalam paru-paru lebih besar daripada tekanan udara yang ada di luar, sehingga memungkinkan CO2 (gas karbon dioksida) mengalir ke luar. Selama manusia masih hidup, proses mengembang (pembesaran ruangan paru-paru) dan mengempis (pengecilan ruangan paru-paru)nya paru-paru yang dikerjakan oleh otot-otot paru-paru, otot perut dan rongga dada berjalan terus secara teratur. Arus udara yang dari paru-paru inilah yang menjadi sumber syarat mutlak terjadinya bunyi (K.L. Pike, 1947:4; B. Malmberg, 1963:21-22). Epiglotis (katup pangkal tenggorok) terletak pada pintu masuk pangkal tenggorok berfungsi untuk melindungi masuknya makanan atau minuman ke batang tenggorok. Pada waktu kita menelan makanan dan minuman, epiglotis menutup batang tenggorok sehingga makanan atau minuman tidak masuk ke saluran itu. Dalam pembentukan bunyi bahasa, epiglotis ini tidak mempunyai peranan apa-apa.

Pangkal Tenggorok (Larynx)Pangkal tenggorok atau laring (larynx) adalah rongga pada hujung pipa pernafasan. Rongga ini terdiri daripada empat komponen, iaitu (i) tulang rawan krikoid, (ii) dua tulang rawan aritenoid, (iii) sepasang pita suara dan (iv) tulang rawan tiroid (B. Malmberg, 1963:22). Tulang rawan krikoid berbentuk seperti lingkaran sebagai tumpuannya terletak di belakang. Dua tulang rawan aritenoid

31

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

bentuknya kecil seperti piramid terletak di atas rawan krikoid. Sistem otot aritenoid dapat bergerak mengatur gerakan pada sepasang pita suara. Pita suara bahagian muka terkait pada tulang rawan tiroid, sedangkan bahagian belakang pada tulang rawan aritenoid. Sepasang pita suara dapat membuka lebar, membuka, menutup dan menutup rapat. Fungsi utama pita suara ini adalah sebagai pintu klep yang mengatur pengawasan arus udara antara paru-paru dengan mulut atau hidung. Tulang rawan tiroid atau halkum yang dapat dilihat berbentuk menonjol pada kaum laki-laki sebenarnya tidak begitu mempunyai peranan yang bererti dalam pembentukan bunyi bahasa.

Tiroid (lekum)

Aritenoid Krikoid Keterangan: Garis putus dengan titik menarik nafas Garis agak tebal bernafas biasa (normal) Garis tipis di tengah fonasi Garis putus melengkung di bawah pergerakan arah aritenoidRajah 2.4: Proses Menutup dan Membukanya Glotis (Sumber: B. Malmberg, 1963:25)

Dengan peristiwa membuka dan menutupnya pita suara, maka terbentuklah suatu celah atau ruang di antara sepasang pita suara. Celah itu disebut glotis. Sehubungan dengan terjadinya bunyi dan pernafasan, maka glotis biasa dibezakan atas empat posisi, iaitu dalam keadaan: terbuka lebar, terbuka, tertutup dan tertutup rapat. Glotis dalam keadaan terbuka lebar terjadi apabila kita bernafas secara normal. Glotis dalam keadaan terbuka dalam menghasilkan bunyi tak bersuara; sedang dalam keadaan tertutup, sehingga memungkinkan arus udara yang mengalir menggetarkan pita suara pada waktu menghasilkan bunyi 32

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

bersuara. Proses menggetarnya pita suara itu sendiri disebut fonasi (phonation) (B. Malmberg, 1963:23-25; P. Ladefoged, 1973:7-22). Yang terakhir, keadaannya tertutup rapat, iaitu dengan menghasilkan bunyi hamzah. Rajah 2.5 yang berikut dapat memperjelas huraian ini.

1 1 2 tulang rawan aritenoid 2 tulang rawan aritenoid

Pita suara terbuka lebar dalam bernafas normal

Pita suara terbuka dalam menghasilkan bunyi tak bersuara

1 1

2 tulang rawan aritenoid

2 tulang rawan aritenoid

Pita suara tertutup dalam menghasilkan bunyi bersuara Keterangan:

Pita suara tertutup rapat dalam menghasilkan bunyi hamzah

1 - pita suara (celah, ruang, lubang pita suara) 2 - glotis (garis tempat pertemuan pita suara)Rajah 2.5 : Keadaan Pita Suara Ketika Menghasilkan Bunyi (Sumber: P. Ladefoged, 1973:6)

33

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

Rongga Kerongkongan (Pharynx)Rongga kerongkongan atau faring (pharynx) ialah rongga yang terletak di antara pangkal tenggorok dengan rongga mulut dan rongga hidung. Fungsi utamanya adalah sebagai saluran makanan dan minuman. Dalam pembentukan bunyi bahasa, peranannya terutama hanyalah sebagai tabung udara yang akan ikut bergetar apabila pita suara bergetar. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh faring disebut bunyi faringal (Bloch & George, L. Trager, 1942:16). Bunyi sebegini terdapat dalam bahasa Arab dan Hebrew (M. Davenport & S.J. Hannahs, 1998:13).

Langit-langit Lembut (Soft Palate, Velum)Langit-langit lembut (velum), iaitu bahagian lembut selepas langit-langit keras, beserta bahagian hujungnya yang disebut anak tekak (uvula) dapat turun naik sedemikian rupa. Dalam keadaan bernafas normal, langit-langit lunak beserta hujung anak tekak menurun, sehingga udara dapat keluar masuk melalui rongga hidung. Demikian pula pada waktu terbentuknya bunyi nasal. Dalam kebanyakan pembentukan bunyi bahasa, iaitu bunyi non-nasal atau pada waktu kita menguap, langit-langit lembut beserta anak tekaknya terangkat ke atas menutup rongga hidung. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh langit-langit lembut ini disebut bunyi velar. Dalam pembentukan bunyi, ia sebagai artikulator pasif, sedangkan artikulator (aktif)nya ialah pangkal lidah. Bunyi yang dibentuk oleh pangkal lidah (dorsum) disebut dorsal (Bloch & George L. Trager, 1942:16). Gabungan keduaduanya menjadi dorso-velar. Untuk bunyi yang dihasilkan dengan halangan anak tekak (uvula) disebut bunyi anak tekak atau uvular.

Langit-langit Keras (Hard Palate, Palatum)Langit-langit keras merupakan bahagian bertulang selepas gusi yang pada bahagian depan langit-langit itu melengkung cekung ke atas dan bahagian belakang berakhir dengan bahagian yang terasa lembut apabila diraba. Dalam pembentukan bunyi bahasa, langit-langit keras ini sebagai artikulator pasif, sedangkan artikulator aktifnya adalah hujung lidah atau tengah lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh langit-langit keras (palatum) disebut palatal (Bloch & George L. Trager, 1942:15). Bunyi yang dihasilkan oleh hujung lidah (apex) disebut apikal dan bunyi yang dihasilkan dengan halangan tengah lidah (medium) disebut medial. Gabungan yang pertama menjadi apikopalatal sedangkan gabungan yang kedua menjadi medio-palatal. 34

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

Gusi Dalam (Alveola, Alveolum)Gusi dalam (gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi, lekuk gigi) adalah bahagian gusi tempat letak akar gigi depan atas bahagian belakang, terletak tepat di atas serta di belakang gigi yang melengkung ke dalam menghadap lidah. Dalam pembentukan bunyi bahasa, gusi ini sebagai artikulator pasif sedang artikulator aktifnya adalah hujung lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh gusi (alveola, alveolum) disebut bunyi alveolar atau bunyi gusi. Bunyi yang dihasilkan oleh halangan hujung lidah pada gusi disebut bunyi apiko-alveolar. Selain itu, dapat juga gusi bekerjasama dengan daun lidah sebagai artikulator aktifnya. Bunyi yang dihasilkan oleh daun lidah (lamina) disebut bunyi laminal. Gabungan keduaduanya menjadi bunyi lamino-alveolar.

Gigi (Teeth Denta)Gigi terbahagi menjadi dua, iaitu gigi bawah dan atas. Walaupun gigi bawah dapat digerakkan ke bawah dan ke atas namun dalam pembentukan bunyi bahasa tidak banyak berperanan, hanya bersifat membantu sahaja. Yang berfungsi penuh sebagai artikulator atau dasar artikulasi adalah gigi atas bekerjasama dengan bibir bawah atau hujung lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh gigi (denta) disebut bunyi dental. Bunyi yang dihasilkan oleh bibir (labia) disebut bunyi labial. Bunyi yang dihasilkan oleh halangan gigi atas dengan bibir bawah disebut bunyi labio-dental dan yang dihasilkan oleh halangan gigi atas dengan hujung lidah disebut bunyi apiko-dental. Fungsi utama gigi untuk mengunyah. Contoh-contoh bunyi yang dihasilkan oleh gigi ialah [] seperti dalam perkataan hadith [hadi].

Bibir (Lip, Labia)Bibir terbahagi menjadi dua, iaitu bibir bawah dan atas. Fungsi utama kedua-dua bibir adalah sebagai pintu penjaga rongga mulut. Dalam pembentukan bunyi bahasa, bibir adalah sebagai artikulator pasif bekerjasama dengan bibir bawah sebagai artikulator aktifnya. Dapat juga bibir bawah sebagai artikulator aktif itu bekerjasama dengan gigi atas, hasilnya ialah bunyi labio-dental. Contoh-contoh bunyi yang dihasilkan oleh bibir ialah bunyi fonem [p], [b], [w], [m] dan bunyi labio dental, [f] dan [v].

35

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

Lidah (Tongue)Fungsi utama lidah adalah sebagai alat perasa dan untuk memindahkan makanan yang akan atau sudah dikunyah. Dalam pembentukan bunyi bahasa, lidah sebagai artikulator aktif mempunyai peranan yang amat penting. Lidah dapat dibahagi kepada lima bahagian, iaitu akar lidah (root), pangkal lidah (dorsum), tengah lidah (medium), daun lidah (lamina) dan hujung lidah (apex). Akar lidah bekerjasama dengan rongga kerongkongan menghasilkan bunyi dorso-velar. Tengah lidah bekerjasama dengan langit-langit keras menghasilkan bunyi seperti [, , y]. Hujung lidah bekerjasama dengan langit-langit keras menghasilkan bunyi seperti [l]. Selain itu, hujung lidah boleh bekerjasama dengan gigi atas untuk menghasilkan bunyi [] seperti dalam perkataan mithal [mial], juga dengan gusi untuk menghasilkan bunyi [t, s], seperti dalam perkataan [tadi] dan [sapu].

2.9

Namakan alat-alat artikulasi dalam rajah di bawah.

36

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

xi

i

vii viii

ii iii iv vi v x xii ix

Apakah Bunyi Bersuara dan Bunyi Tidak Bersuara?Bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara ini mempunyai kaitan dengan keadaan pita suara seperti yang digambarkan dalam rajah 2.6 yang berikut:

37

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

(a)

(b)

(d)

(c)

Rajah 2.6: Keadaan pita suara (glotis) ketika: (a) tertutup, (b) terbuka untuk bunyi bersuara, (c) terbuka untuk bunyi bisikan, (d) proses getaran (Sumber: J. Laver, 1993:188)

Sekiranya pita suara (glotis) itu tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka berlakulah getaran pada pita suara dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi bersuara. Contohnya, bunyi [b], [d], [g] dan bunyi-bunyi vokal.

38

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

Rajah 2.7 : Tiga bentuk gelombang bunyi yang mungkin berupa getaran pada pita suara (Sumber: P. Ladefoged, 2006: 183)

Sebaliknya, jika pita suara (glotis) itu direnggangkan (terbuka) sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi tidak bersuara. Contohnya, bunyi [p], [t], [k], [f], [s] dan seumpamanya.

2.10

Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan perbezaan bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara.

39

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

PANDUAN MENJAWAB SOALAN LATIHAN UNIT 22.1 Bagi soalan ini, jawapan anda harus mencakupi aspek-aspek berikut: i. Definisi fonetik ii. Berikan pendapat C.L. Barnhart & R.K. Barnhart dalam The World Book of Dictionary iii. Definisi yang diberikan oleh Harimurti Kridalaksana iv. Definisi yang diberikan oleh Marsono dalam bukunya, Fonetik (1986) v. Definisi yang diberikan oleh W. Bright (1992) vi. Definisi yang diberikan oleh Abdullah Hassan (1993) vii. Definisi yang diberikan oleh Menurut Kamus Dewan. 2.2 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu: i. Memberikan beberapa definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh yang berlainan tentang ilmu fonetik ii. Berdasarkan definisi oleh pelbagai tokoh tersebut, sila buat rumusan anda sendiri terhadap ilmu fonetik. 2.3 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu: i. Memberikan beberapa definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh yang berlainan tentang ilmu fonologi ii. Berdasarkan definisi oleh pelbagai tokoh tersebut, sila buat rumusan anda sendiri terhadap ilmu fonologi. 2.4 Bagi menjawab soalan ini, jawapan anda harus boleh: i. Menjelaskan perbezaan antara fonetik dan fonologi ii. Fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi vokal, konsonan, dll iii. Fonologi mengkaji sistem bunyi bahasa, iaitu menentukan fonem-fonem yang distingtif iv. Anda juga harus membincangkan bagaimana fonem tersebut berperanan membentuk suku kata dalam bahasa Melayu, dll. 2.5 Untuk menjawab soalan ini, anda harus boleh: i. Memberikan penjelasan tentang jenis-jenis aspek fonetik bahasa Melayu ii. Sila beri keterangan tentang fonetik artikulasi iii. Sila beri keterangan tentang fonetik akustik iv. Sila beri keterangan tentang fonetik auditori. 40

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

2.6 Soalan ini memerlukan anda: i. Melukis gambar rajah alat artikulasi yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi ii. Menerangkan proses oral, proses sebutan (artikulasi), proses penghasilan bunyi (fonasi), proses pengaliran udara (menghembus dan menghisap) dan paru-paru. 2.7 Untuk menjawab soalan ini, anda perlu: i. Menerangkan bunyi-bunyi yang dikatakan bunyi bahasa dan bunyi yang bukan bunyi bahasa ii. Berikan juga ciri-ciri bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa. 2.8 Untuk menjawab soalan ini, anda perlu: i. Memberikan contoh-contoh bunyi bahasa seperti bunyi vokal, konsonan, diftong, vokal rangkap dan bunyi suku kata ii. Contoh bukan bunyi bahasa termasuklah bunyi kentut, bunyi batuk, berdehem, lipat jari, dll. 2.9 Untuk jawapan soalan ini, anda perlu: i. Memerhatikan semua alat artikulasi yang terlibat dalam penyebutan bunyi bahasa ii. Sila berikan nama setiap alat artikulasi tersebut. 2.10 Untuk jawapan soalan ini, anda perlu: i. Perlu membezakan antara bunyi bersuara dan bukan bunyi bersuara ii. Sila berikan lima (5) contoh bagi bunyi bersuara dan bukan bunyi bersuara yang meliputi bunyi vokal dan konsonan.

41

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

RujukanAbdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan bahasa Melayu terkini. Masa Enterprise. Abdul Hamid Mahmood (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: City Reprographic Services. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. Abdullah Hassan (1993). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Alias Mohammad Yatim (1992). Fonetik dan fonologi suatu tinjauan. Kulim: Penerbit Sarlis. Arbak Othman (1983). Permulaan ilmu linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Ashby, P. (1995). Speech sounds. London: Routledge. Barnhart, C.L. & Barnhart, R.K. (Ed.) (1981). The world book of encyclopedia volume two. Toronto: World Book Inc. Bright, W. (Ed) (1992). International encyclopedia of linguistics. New York: Oxford University Press. Clark, J. & Yallop, C. (1995). An introduction to phonetics and phonology (second edition). USA: Blackewell. Crystal, D. (1986). A Dictionary of Linguistics and Phonetics. Oxford: Basil Blackwell Ltd. Davenport, M. & Hannahs, S.J. (1998). Introducing phonetics & phonology. Auckland: Arnold. Gleason, H.A. (1955). An introduction to descriptive linguistics. New York: Holt, Rinehart & Winston. Harimurti Kridalaksana (1983). Kamus linguistik. Jakarta: Penerbit P.T. Gramedia Jakarta.

42

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

Hymes, D. (1966). Linguistics and Language Planning. Dalam Brigth (Ed.). Sociolinguistics. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan fonologi siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional. Istilah linguistik Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia, Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. Jones, D. (1958). An outline of English phonetics. London: Heffer. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ladefoged, P. (1973). Preliminaries to linguistic phonetics. Chicago: University of Chicago Press. Ladefoged, P. (1993). A course in phonetics (3rd. Ed). New York: Harcourt, Brace and Jovanovich. Ladefoged, P. (2005). Vowels and consonants (second edition). Australia: Blackwell Publishing. Ladefoged, P. (2006). A course in phonetics (fifth edition). Boston, MA: Thomson Wadsworth. Laver, J. (1993). Principles of phonetics. New York: Cambridge University Press. Lutfi Abas (1985). Linguistik deskriptif, nahu bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lyons, J. (1981). Noam Chomsky. New York: Penguin Modern Master University Press. Malmberg, B. (1963). Phonetics. New York: Denver. Mangantar Simanjuntak (1991). Neurolinguistik dan Afasiologi: Satu kewujudan kerjasama yang saling menguntungkan. Dewan Bahasa, 35(2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marsono (1986). Fonetik. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

43

FONETIK DAN FONOLOGI / 2

Martin, J.B. & Rahilly, J. (1999). Phonetics the science of speech. London: Arnold. Mohd. Taib Osman (2004). Budaya dan bahasa Melayu masalah dan harapan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Parker, F. (1974). Linguistik untuk bukan ahli linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pike, K.L. (1947). Phonetics: A critical analysis of phonetic theory and a technique for the practical description of sounds University of Michigan Press. Rahmat Sato, H. (1998). Pengenalan fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Roach, P. (2001). Phonetics. United Kingdom: Oxford University Press. Sudaryanto (1983). Linguistik. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press. The Penguin Dictionary (2004). London: Penguin Books. Verhaar, J.W.M. (1983). Pengantar linguistik. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.

44