48
1.0 DEFINISI FONOLOGI Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspe terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi.Bidang ini disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatl disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada s fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ per bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ). Manakala fonemik pulaialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bu Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik da terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengk bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahas daripada pendapat Henderson yang menyatakan : The study of the systematic organization of selected speech sounds in th spoken form of individual language has variously been called “ phonology “. Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “fu phonetics “. Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala ben dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi tertentu itu. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah b mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengk dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendeng 1

42449112 Nota Fonetik n Fonologi

Embed Size (px)

Citation preview

1.0

DEFINISI FONOLOGI Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang

terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi.

Bidang ini disebut juga oleh

kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ). Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan : The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology . Bidang ini juga umumnya disebut sebagai fonemik atau functional phonetics . Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. 1

Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang fonetik.

2

2.0

DEFINISI FONETIK Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan

Rodman ( 1983 ) fonetik adalah kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna dalam semua bahasa manusia. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik. Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract ) menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri. Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi. Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini. Kesimpulannya, kedua-dua pendapat yang diberikan ini telah

menjelaskan tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah sebagai fonemik.

3

Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Dengan singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.

4

3.0

DEFINISI BAHASA Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan

kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur itu adalah satu keanehan. Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak bertutur. Sekiranya ia diletakkan dalam satu masyarakat lain, ia akan terus berjalan dan seterusnya menuturkan bahasa masyarakatnya yang baru itu. Ini menunjukkan bahawa berjalan adalah fungsi biologi tubuh badan secara naluri, tetapi pertuturan adalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari. Jika diteliti akan cara orang bertutur tentang bahasa, kita sering mendapati bahawa bahasa itu sering dianggap sebagai suatu alat yang boleh dipunyai, diperoleh malah dihalangi. Ahli-ahli linguistik pula sering memperkatakan mengenai bahasa sebagai sesuatu yang berlaku seolah-olah ia suatu objek seperti jam loceng yang mempunyai struktur dalaman yang boleh dikaji. Anggapan sebegini tidaklah tepat kerana bahasa itu seringkali dirujuk sebagai organisma yang hidup. Ahli-ahli psikologi pula menganggap bahasa itu sebagai alat untuk melahirkan perasaan, menyampaikan ilmu, mencipta keindahan, menurunkan ilmu kebudayaan peradaban dan untuk berkomunikasi (Raja Mukhtaruddin Mohd Dain, 1982:29). Pendapat ahli-ahli psikologi ini ada benarnya dalam beberapa perkara. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang, marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan jeda. Pada aspek keindahan pula, seseorang itu

5

menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan sebagainya dalam bahasa yang puitis. Bagi menyampaikan ilmu, bahasa memerlukan alat yang berkuasa merakamnya. Sesungguhnya ilmu yang kita miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.

6

Bunyi Bahasa Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, kitar suara, rongga takak dan mulut atau hidung atau keduaduanya. Udara yang kelar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh dunia. Bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan. Pada hakikatnya, bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi. Kita sedia memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Ini kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Oleh itu, bunyi bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Alat artikulasi adalah alat-alat atau organorgan yang berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. 3.2 Alat-alat Pertuturan Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

7

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok

Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan dan fungsinya seperti yang berikut :

3.3

Fungsi Alat Pertuturan Lidah 8

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. Lelangit

9

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

10

4.0

BUNYI VOKAL 11

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara iaitu ketika menghasilkan bunyi tersebut, pita suara digetarkan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan berpanjangan dalam erti kata bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu enam vokal asli { a, e, i ,o dan u } dan dua vokal yang terdapat dalam kebanyakan dialek { ,dan .} Terdapat empat vokal depan, iaitu [ i ] , [ e ], [ ], dan [ a ], satu vokal tengah [ ] dan tiga vokal belakang [ u ], [ o ] dan [ . ] Walaupun dari segi tulisan dan penyebutan standard, vokal-vokal di dalam bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis, tetapi di dalam pertuturan, terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan. Vokal-vokal itu dapat digambarkan melalui carta vokal yang disediakan. Kata depan, tengah dan belakang lidah merujuk kepada bahagian pada lidah. Rajah di bawah ini menunjukkan keratan rentas lidah. Garisgaris melintang menunjukkan ketinggian lidah. Rajah tersebut juga menunjukkan kedudukan lidah semasa bunyi vokal dihasilkan. Bibir dalam keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan dihasilkan, manakala bibir dalam keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan. Keadaan bibir neutral semasa menghasilkan vokal tengah.

Kedudukan vokal-vokal tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut :

12

Nama Vokal g Vokal depan sempit Vokal depan separuh sempit ( e taling ) Vokal depan separuh luas Vokal depan luas Vokal tengah ( e pepet ) Vokal belakang sempit Vokal belakang separuh Sempit Vokal belakang separuh luas

Lamban [i ] [e] [] [a] [] [u] [o] []

Contoh (awal ,tengah, akhir kata ) Ikan, bila, kail Ekor, boleh, taugeh. lok, tlor anak, masa, lima mak, btul Udang, butang, lalu otak, bosan, logo rang, b leh.

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. vokal dapat dilihat seperti berikut: Carta Vokal Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-

5.0

BUNYI KONSONAN. Konsonan adalah bunyi bahasa yang apabila di keluarkan

bunyi bunyi ini akan menerima sempitan, sekatan dan geseran sama ada di

13

bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi konsonan boleh mempengaruhi bunyi vokal dalam sebutan, misalnya apabila menyebut konsonan sengau, bunyi vokal yang mengikutinya turut akan disengaukan. Proses ini dinamakan sengauan. Konsonan terbahagi kepada dua iaitu: 1. Bunyi Konsonan Melayu Asli Terdapat 19 bunyi konsonan Melayu asli iaitu: [p] [b] [t] [d] [k] [g] [] [] [] [s] [r] [h] [l] [m] [n] [] [] [w] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara Konsonan letupan dua bibir bersuara Konsonan letupan gusi tidak bersuara Konsonan letupan gusi bersuara Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara Konsonan letupan lelangit lembut bersuara Hentian glotis Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara Konsonan letusan lelangit keras bersuara Konsonan geseran gusi tidak bersuara Konsonan geseran gusi bersuara Konsonan geseran glotis bersuara Konsonan geseran sisian gusi bersuara Konsonan sengau dua bibir bersuara Konsonan sengau gusi bersuara Konsonan sengau lelangit lembut bersuara Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara Separuh vokal dua bibir bersuara

14

[j]

Separuh vokal lelangit keras bersuara

2. Bunyi Konsonan Melayu Pinjaman Terdapat 8 bunyi konsonan Melayu pinjaman iaitu: [f] [v] [] [] [z] [] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara Konsonan geseran bibir gigi bersuara Konsonan geseran gigi tidak bersuara Konsonan geseran bersuara Konsonan geseran gusi bersuara Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak

bersuara [x] [] Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara Konsonan geseran lelangit lembut bersuara

Cara Membunyikan Konsonan Melayu Asli Rajah berikut menunjukkan bagaimana bunyi konsonan Melayu asli dihasilkan.

Daerah Artikulasi Gusi Cara Dua Lelangit Lelangit Gusi Lelangit Penghasilan Bibir Keras lembut Keras Letupan p b t d k g Letusan Geseran s Getaran r Sisian l Sengauan m n Separuh w J

Pita Suara h

15

Vokal 5.1 Konsonan Letupan (a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] Cara membunyikannya: 1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak

untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Pita suara direnggangkan. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

(b) Konsonan letupan dua bibir bersuara [b] Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [p]. Bezanya ialah: 1. Pita suara dirapatkan. 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].

16

(c) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] Cara membunyikannya: 1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung. 3. Pita suara direnggangkan. 4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan sertamerta. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].

(d) Konsonan letupan gusi bersuara [d] Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [t]. Bezanya ialah: 1. Pita suara dirapatkan. 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 17

3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d].

(e) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] Cara membunyikannya: 1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menutup arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Pita suara direnggangkan. 4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta-merta. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].

18

(f) Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g] Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [k]. Bezanya ialah: 4. Pita suara dirapatkan. 5. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

(g) Hentian glotis [ ]

19

Cara membunyikannya:

Semasa udara dari peparu keluar lelangit lembut dan anak tekak akan dinaikkan ke belakang dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari peparu ke rongga hidung. Manakala pita suara pula diarapatkan sepenuhnya supaya udara tersekat di belakang pita suara. Udara disekat oleh pita suara tanpa menggetarkan pita suara

20

5.2

Konsonan Letusan (a) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [] Cara membunyikannya: 1. Hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke

dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Pita suara direnggangkan. 4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan.6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras tidak bersuara

[].

(b) Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ ] Cara membunyikannya: Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan []. Bezanya ialah: 1. Pita suara dirapatkan. 2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras bersuara [].

21

5.3

Konsonan Geseran (a) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] Cara membunyikannya:

Konsonan geseran adalah dengan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara di renggangkan, arus udara melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi ( s ).

22

5.4

Konsonan Getaran(a) Konsonan getaran gusi bersuara [r]

Cara membunyikannya:

Konsonan getaran terjadi apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil pada waktu itu dinamakan bunyi getaran gusi bersuara ( r ).

23

5.5

Konsonan Sisian (a) Konsonan sisian gusi bersuara [l] Cara membunyikannya:

Konsonan sisian berlaku apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui bahagian tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisian sisi bersuara ( l )

24

5.6

Konsonan Sengauan ( nasal )

Konsonan Sengauan ini boleh dibahagikan kepada empat bunyi nasal yang terdapat di dalam bahasa melayu. Perbezaan yang berlaku pada keempat empat bunyi nasal itu adalah pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. Contohnya adalah :(a) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m] Cara membunyikannya:

Semasa udara dari peparu dikeluarkan, bibir bawah akan dirapatkan untuk membuat sekatan udara. lelangit lembutn dan anak tekak akan ditirunkan manakala pita suara akan dirapaatkan.arus udara akan menggetarkan pita suara dan akan masuk ke rongga mulut seterusnya ke rongga hidungakan menghasilkan bunyi [m]. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

25

(b) Konsonan sengau gusi bersuara [n] Cara membunyikannya:

Apabila udara dilepaskan secara perlahan-lahan melalui pita suara yang dirapatkan dan terus melalui mulut terus ke rongga hidung kerana hujung lidah dinaikkan ke atas gusi untuk membuat sekatan udara. Ini akan menghasilkan bunyi sengauan bersuara [n].

26

(c) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara []

Cara membunyikannya:

Cara pengeluar udara bagi konsenan sengauan [] adalah sama tetapi

berbeza pada sekatan di mulut iaitu arus udara di sekat oleh lidah belakang dan lelangit lembut yang menyebabkan udara terus ke hidung.

27

(d) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ ] Cara membunyikannya:

Depan lidah dianakkan ke lelangit keras. Pita suara dirapatkan. Pita suara akan ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung kerana lelangit lembut dan anak tekak tidak dirapatkan. Maka terhasillah bunyi sengauan bersuara [ ].

28

5.7

Separuh Vokal (a) Separuh vokal dua bibir bersuara [w] Cara membunyikannya:

29

Bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Lelangit lembut akan dinaikkan ke belakang tekak untuk membuat sekatan ke rongga hidung.udara dari peparu akan keluar ke rongga mulut. Pita suara pula akan bergetar dan lidah bergerak pantas untuk membunyikan vokal tengah [].

(b) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Cara membunyikannya:

30

Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. Bibir dihamparkan dan lelangit lembut dinaikkan ke belakang nak tekak. Pita suara di getarkan sambil lidah bergerak pantas untuk membunyikan vokal [].

31

6.0

BUNYI DIFTONG Diftong akan terjadi bila terdapat gabungan dua vokal yang terdapat di

dalam satu suku kata, yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen. Diftong bermula daripada perkataan inggeris yang mana dua vokal hadir dalam konteks yang sama, yang pertama mengikuti yang kedua. Manakala dalam bahasa melayu terdapat tiga diftong iaitu ( au, oi, ai ) seperti yang digambarkan dengan gambarajah di bawah :-

Tengah Hadapan sempit

Belakang

i e a(a) (b)

u (c) o

Separuh sempit

Separuh luas luas

(a) (ai) (b) (au) (c) (oi)

PERGERAKAN LIDAH UNTUK MEMBUNYIKAN DIFTONG Diftong yang pertama ialah diftong ( ai ) iaitu bahagian depan lidah pada mulanya berada pada kedudukan untuk vokal ( a ) tetapi kemudiannya bergerak kepada kedudukan untuk vokal ( i ) tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan ( i ). Contoh [pakai].

32

Diftong yang kedua pula ialah [ai]. Pada ketika ini depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [a] tetapi kemudiannya bergerak untuk vokal [u];

bibir yang mula-mula dihamparkan, kemudiaannya dibundarkan pula. Contoh [pulau]. Diftong yang ketiga pula ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan, lidah berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula mula bundar tetapi kemudian bekeadaan hampar. Contoh [amboi].

33

RUJUKAN i. Dr Ali Mahmood, Masudi Bahari, Lokman Abdul Wahid (IPBMM) (2007). Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Selangor. Meteor Doc Sdn. Bhd. ii. Awang Sariyan (1995). Mari berbahasa baku: Sebutan baku dan ejaan rumi. Selangor: Synergymate Sdn. Bhd iii. Mahani Razali dan Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan, Pendekatan Kontemporari. Universiti Pendidikan Sultan Idris. McGrawHill Sdn Bhd. iv. Nik Safiah Karim dan Farid M. Onn. 2004. Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur. Dawarna Sdn Bhd. v. Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. Jurnal. Pengantar Linguistik Am. Karyanet.

vi.

Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1, Oxford Fajar Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

vii. viii.

www.ship.edu/~cgboeree/bandura.htmlhttp://www.karyanet.com.my http://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/105konsonan.hm

34

ix. x.

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf

35

TRANSKRIP ASAL

Satu Bahasa, Satu Bangsa.Bahasa yang membentuk sebuah bangsa Malaysia ialah bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu kerana bahasa jiwa bangsa. Bahasa sangat berdaulat kerana boleh membentuk jiwa dan jati diri kebangsaan. Jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul

mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa Malaysia. Sebaliknya, jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah `jati diri asing'. Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa Malaysia. Walaupun, kita dituntut menguasai bahasa asing, tetapi janganlah pula jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Ini bukanlah budaya bangsa yang maju. Bahasa kebangsaan juga berperanan sebagai bahasa ilmu dalam segenap bidang, bahasa pentadbiran, bahasa ekonomi, bahasa sosial dan bahasa peradaban moden. Oleh itu, kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wadah terpenting, selain wadah pendidikan dan kebudayaan kebangsaan, untuk membentuk keperibadian bangsa Malaysia. Di sini terletaknya peranan bahasa kebangsaan dalam rancangan

merealisasikan Wawasan 2020. Sekiranya kita mengabaikan peranan dan kepentingan bahasa kebangsaan, ini bermakna kita telah tergelincir daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia itu sendiri.

36

37

BIODATA

Nama Tarikh lahir Umur Status Alamat rumah

: MOHD HAZIM BIN ABDUL KADIR : 1 JANUARI 1988 : 22 : BUJANG : 1243 LRG MURNI, KG SEBERANG LIMBONGAN, 22200 KAMPONG RAJA, TERANGGANU.

Negeri Pekejaan

: TERANGGANU : PELAJAR (BAKAL GURU)

institut / Universiti: INSTITUT PERGURUAN KAMPUS KOTA BHARU

38

[# s bahas # sc bas # ]bahas mlayu sbab bahas iw bas #] [# bahas sat bdalat sbab bahas mbetu? iw d ati dii kbasa #] [# kalu sluruh ra?jat mlajsia t? kir bez asal-usul mendalatk [# bahas mbetu? sbuh bas mlajsia ialah bahas kbasa iaitu

bahas kbasa # mk np? itr d kpribadi kit sbagai sc bas mlajsia #] [# kalu kit dalat bahas-bahas asi # mak kit ni jati dii asi walapon kit i kot bahas asi tapi alah sampai iw d pemikir kit alah kot bahas asi #] [# ni buk budaja bas mu #]

#] [# adi aatlah pmbentuk ati dii kit sbagai bas mlajsia #] [#

bahas ptadbir # bahas ekonomi # bahas sosial # d bahas pradab moden #] [# adi bahas kbasa pti sbagai wadah tpti selain wadah pdidik d kbudaya kbasa bagi mbtu? kpribadi bas mlajsia #] [# mk tlta?lah pran bahas kbasa dal

[# bahas kbasa ug maen peran dal baa? bida # pa dal

mrialisasik wawas duw puloh duw puloh #] [# Kalu kit aba pran d kpti bahas kbasa mak kit ni tglicir daripad gabak pbtuk bahas kit sediri #]

raa

39

40

BIODATA

Nama Tarikh lahir Umur Status Alamat rumah

: ABDUL FATAH BIN ABDULKHAIR :23 APRIL 1988 : 22 : BUJANG : LOT 3542 KAMPUNG DELEK KANAN, 41250 KLANG, SELANGOR

Negeri Pekerjaan

: SELANGOR DARUL EHSAN : PELAJAR (BAKAL GURU)

Institut / Universiti : INSTITUT PERGURUAN KAMPUS KOTA BHARU

41

[# Satu bahas # satu bas #]kbasaan iaitu bahas melayu keran bahas jiw bas #] [# bahas saat brdaulat kran bolh mmbntu? jiw dan ati diri kbasaan #] [# bahas yang mmbntu? sbuah bas mlajsi ialah bahas

mndaulatkan bahas kbasaan akan trzahirlah citra dan kpribadian kit bahas asi akan trpanarlah jati diri asi#] [# lantas akan trnatlah pmbntu?kan jati diri kit sbagai bangs mlajsi #] [# Walapun kit dikuasai oleh bahas asi #] [# ini bukanlah buday bangs yang maju #] dituntut muasai bahas asi ttapi jaanlah pul jiw dan pmikiran kit [# bahas kbasaan jug brpranan sbagai bahas elmu dalam

[# jik sluruh ra?jat mlajsi tanp meir prbezaan asal-usul

sbagai satu bas malajsia #] [# sbali? jik kit mndaulatkan bahas

sgnap bida # bahas pntadbiran # bahas ekonomi # bahas sosial # dan bahas pradaban moden #] [# oleh itu kpntian bahas kbasaan sbagai wadah trpnting selain wadah pndidikan dan kbudayaan kbangsaan # untuk mmbentu? kpribadian bangs mlajsi #] [# di sini trlta?a pranan bahas kbasaan dalam ranaan

merialisasikan wawasan duw puloh duw puloh #] [# skir kit mabaikan pranan dan bahas kbasaan # ini bermakn kit telah trglinir daripad graba? pmbntu?kan bangs mlajsi itu sendiri #]

42

43

BIODATA

Nama Tarikh lahir Umur Status Alamat

: ZUL HAKIM BIN IBRAHIM : 26 OKTOBER 1989 : 21 : BUJANG : NO. 212 PEMATANG TINGGI B, 13200 KEPALA BATAS SEBERANG PERAI UTARA. PULAU PINANG.

Negeri Pekerjaan

: PULAU PINANG : PELAJAR

Institut / Universiti: INSTITUT JEPUN-MALAYSIA (JMTI)

44

[# Satu bahasa # satu basa #][# bahasa yang mmbntu? sbuah basa mlajsia adalah bahasa kbasaan iaitu bahasa melayu sbab ia adalah bahasa jiwa basa #] [# bahas mema brdaulat sbab ia bulh mmbntu? jiwa dan ati dii kbasaan #] mndaulatkan [# kala semua oa mlajsia ta? kia prbezaan asai-usui depa bahasa kbasaan jadi akan trzaherlah cita dan

kpribadian kita sbagai basa mlajsia #] [# tapi kala depa mndaulatkan bahasa-bahasa asi mema akan trpanarlah jati dii asi #] [# sbab tulah trnat jati dii kita sbagai oa mlajsia #] [# Walapun kita dituntut muasai bahasa oa lua? tapi jaanla sampai jiwa dan kita pua pala ota? kita dikuasai oleh bahasa oa lua? #] [# ni bukana budaya bangsa yang maju #] sgnap bida # bahasa pntadbian # bahasa ekonomi # bahasa sosial # dan bahasa padaban moden #] [# sbab tulah kpntian bahasa kbasaan ni sbagai wadah trpnting selain daipada wadah pndidikan mlajsia #] [# bahasa kbasaan juga bpanan sbagai bahasa elmu dalam

dan kbudayaan kbangsaan # bagi mmbentu? kpibadian bangsa [# kat sinila trlta?a pranan bahasa kbasaan dalam ranaan

meialisasikan wawasan duwa puloh duwa puloh #] [# kala kita do? abaikan pranan dia dan kpntian bahas ni mema kita akan trglinir la daripada gaba? pmbntu?kan bangsa mlajsia tu sendii #]

45

REFLEKSINama: Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana limpah dan kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pada hari pertama menerima kerja kursus pendek ini, saya seperti semester-semester yang lepas telah bersedia untuk menerima tugasan ini dengan tangan yang terbuka dan perasaan yang berkobar-kobar. Tidak dapat dinafikan setiap kerja pasti terselit juga masalah-masalah yang menggangu kelancaran setiap perancangan kerja buat kita. Pertama sekali saya mendapat tugasan ini, keserabutan otak mula bermain di minda. Hal ini kerana, tajuk yang dibekalkan agak mencabar minda untuk memahaminya iaitu berkaitan fonetik dan fonologi. Kapayahan dalam melaksanakan tugasan ini amat mencabar kerana sumber rujukan yang agak terhad.Kebanyakkan sumber yang saya jumpa adalah berbahsa Indonesia. Oleh itu agak sukar untuk saya memahami teks tersebut. Puas fikiran saya berputar-putar mencari jalan penyelesaian untuk menghadapi cabaran ini. Alhamdulillah, dengan bantuan dan kerjasama rakan sekelas, dapat juga saya memahami sedikit demi sedikit mengenai tajuk berdasarkan tugasan yang diberikan. Tidak lupa juga bantuan pensyarah mata pelajaran ini yang selalu berhempas pulas cuba untuk memahamkan kami sekelas. Peringkat awal semasa proses membentuk rangka kerja kursus pendek ini, sememangnya amat sukar untuk difahami apa yang patut dimuatkan dalam buku kerja kursus ini. Saya mengakui bahawa amat sukar untuk saya memulakan tugasan ini. Hari demi hari berlalu begitu sahaja tanpa sebarang anjakan yang bergerak dari

46

tugasan ini. Oleh itu semasa di dalam kelas saya dan juga rakan-rakan sering mengajukan soalan berkaitan tugasan ini kepada pensyarah iaitu Encik Ibrahim Bin Idris. Setiap kali soalan diajukan, saya masih lagi kabur dengan jawapan yang diberikan oleh pensyarah berkenaan walaupun pada dasarnya, pensyarah berkenaan telah memberi penerangan yang terbaik. Daripada menunggu bulan jatuh ke riba, sekali lagi saya berjumpa pensyarah untuk mengetahui keterangannya yang diberikan semalam dengan lebih mendalam. Akhirnya, setelah beberapa kali diterangkan, barulah saya dan rakan-rakan dapat cara untuk melaksanakan tugasan ini. Setelah bertungkus-lumus mencari, menyunting dan mengemaskini maklumat serta kerap kali bertanya kepada pensyarah tentang kekeliruan yang saya hadapi malahan pelajar lain juga turut menghadapi masalah yang sama, akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus jangka pendek ini dengan jayanya sebagaimana tarikh yang telah ditetapkan. Dalam tugasan ini juga saya perlu menyelidik tiga orang yang berlainan negeri. Ini kami perlu mentranskipkan percakapan dialek negeri mereka itu mengikut penyebutan fonetik yang betul. Bagi meyakinkan kerja saya betul, saya meminta pandangan daripada pensyarah penasihat iaitu Encik Ibrahim selaku pensyarah yang mengajar subjek ini. Setelah semuanya selesai kami kembali meneruskan perjuangan menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah selepas itu, tiada lagi masalah yang cuba untuk menguji saya. Saya bersyukur kerana kolaborasi saya dan Aizat dalam menyiapkan tugasan ini berjalan dengan lancar. Berkat kesabaran dan keikhlasan saya menyiapkan tugasan ini memberi impak yang amat positif kepada saya dan juga pihak lain. Sekian, terima kasih. YANG BENAR . (MUHAMMAD AIZAT BIN ABDUL HAMID)

47

48