50
1.0 PENDAHULUAN Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berurutan. Bahasa yang dihasilkan itu disebut bunyi-bunyi bahasa. Bahasa Melayu juga mempunyai sistem bunyinya sendiri. Seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan yang luas untuk menguasai kemahiran bertutur yang baik dan efektif. Bahasa bertindak melalui dua bentuk iaitu melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. 2.0 KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI 2.1 Definisi Fonetik Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975). Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan. Kajian fonetik terbahagi kepada kepada tiga bidang iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Berikut adalah penerengan secara terperinci tentang ketiga-tiga bidang tersebut. BMM 3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 1

Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat

atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara

berulang-ulang atau berurutan. Bahasa yang dihasilkan itu disebut bunyi-bunyi bahasa.

Bahasa Melayu juga mempunyai sistem bunyinya sendiri. Seseorang itu perlu mempunyai

pengetahuan yang luas untuk menguasai kemahiran bertutur yang baik dan efektif. Bahasa

bertindak melalui dua bentuk iaitu melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui

alat ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kajian bunyi

terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.

2.0 KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI

2.1 Definisi Fonetik

Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan

tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan,

didengar dan diinterpretasikan.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa

Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian

tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau

bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan

diinterpretasikan.

Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik

ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang

digunakan sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai

mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia,

bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk

setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).

Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik

ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan

memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Abdullah Hassan (2005) pula

menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia,

terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.

Kajian fonetik terbahagi kepada kepada tiga bidang iaitu fonetik artikulasi, fonetik

akustik dan fonetik auditori. Berikut adalah penerengan secara terperinci tentang ketiga-tiga

bidang tersebut.

1

Page 2: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 1 – Bidang fonetik

2.2 Bidang-bidang Fonetik

I. Fonetik Artikulasi

Bidang ini mengkaji tentang cara penghasilan buniyi bahasa dan bahagian-

bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, bidang ini

juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu

dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, lelangit keras, lelangit

lembut, anak tekak, dan sebagainya.

II. Fonetik Akustik

Bidang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan ialah

gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini

dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop.

Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada,

frenkuensi dan amplitiud.

2

BIDANG FONETIK

Fonetik Artikulasi

Fonetik Akustik

Fonetik Auditori

Page 3: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

III. Fonetik Auditori

Bidang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui

pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses

yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian

yang mujarad. Dari ketiga-tiga bidang ini, fonetik artikulasi adalah bidang yang

paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia.

Dua bidang lagi iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori, agak kurang diberi

perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan

kesukaran untuk pengajaran.

3

Page 4: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

3.0 FONOLOGI

3.1 Definisi Fonologi

Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut

manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Apabila dua orang bertutur,

mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna itu

ialah bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi.

Terdapat beberapa pendapat dan pandangan tentang fonologi. Antaranya ialah F.

Parker (1972:112) memberikan pengertian fonologi sebagai suatu bidang yang mengkaji

sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan. Dalam Kamus Linguistik

(Harimurti Kridalaksana 1984:61) memberi definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik

yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Manakala pendapat Abdullah

Hassan dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia (1993:40) menyatakan

bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.

Bidang fonologi sebenarnya adalah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan

segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan

bentuk bunyi yang tertentu. Sehubungan itu, fonologi dipecahkan kepada dua bahagian iaitu

fonetik dan dan fonemik.

Fonetik ialah kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jizim yang mewujudkan

bentuk ucapan. Fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa iaitu

pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Para pengkaji fonologi

menggunakan istilah-istilah teknikal ketika menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah

bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu

diberi lambang yang diktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan

fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku, contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem

diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring, contohnya /o/.

Huruf pula, tidk diapit oleh sebarang tanda baca.(/o/ ialah unit bunyi yang lebih besar

daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa).

Sehubungan itu, fonetik dikaji secara berasingan. Hal yang demikian kerana bidang

fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah bidang ilmu yang mengkaji bunyi

bahasa yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan seperti berdengkur, batuk,

berdeham, bersiul dan sebagainya. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain proses

pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan.

4

Page 5: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

III.2 Perbezaan antara Fonetik dan Fonologi

Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh

manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh kedua-dua

pihak. Fonetik pula memberi maksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang

dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi

tersebut. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dijelaskan oleh Siti Hajar Abd

Aziz(2008) melalui jadual yang berikut:

FONETIK FONOLOGI

Fenomena bunyi atau pertuturan

manusia seluruhnya.

Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam

pertuturan bagi sesuatu bahasa.

Asas kepada kajian fonologi Input kepada kajian linguistik tinggi, iaitu

morfologi dan sintaksis.

Tidak dapat memerikan seluruh bunyi

yang dihasilkan oleh manusia, tidak

dapat menghalusi segala variasi bunyi

tersebut dan tidak dapat menghuraikan

Sistem bunyi semua bahasa yang

dituturkan oleh manusia dengan

sempurna.

Dapat merumuskan, menghuraikan dan

menjelaskan segala bentuk bunyi dalam

sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci

dengan tujuan untuk menentukan

peraturandan bentuk bunyi secara spesifik.

Rajah 2 – Perbezaan Fonetik dan Fonologi

5

Page 6: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

4.0 ALAT-ALAT ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

4.1 Definisi Artikulasi dan Artikulator

Artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses

pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas,

iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini

saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi bahasa.

Menurut Dr. Abdullah Hassan, alat artikulasi adalah alat untuk menghasilkan bunyi.

Ini bermaksud alat artikulasi berfungsi sebagai alat pengeluaran bunyi. Menurut  Kamus

Dewan edisi Ketiga pula, alat membawa maksud bahagian tubuh manusia yang

mengerjakan sesuatu atau organ (1998 : 27). Tutur pula bererti apa yang diucapkan, kata,

perkataan atau ucapan (1998 : 1502). Manakala peranannya menjelaskan maksud

mempunyai peranan, tugas, fungsi atau memainkan sesuatu peranan (1998 : 101). Bunyi

mengikut Kamus Dewan merupakan sesuatu yang kedengaran atau dapat didengar  (1998 :

191). Sehubungan itu, definisi berkaitan tajuk ini ialah membincangkan bahagian- bahagian

alat artikulasi pada tubuh manusia dan seterusnya menyatakan peranan alat-alat tersebut

sewaktu atau dalam menghasilkan bunyi bahasa.

Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu artikulator dan daerah artikulasi.

Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerakkan seperti lidah,bibir dan gigi

bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi termasuklah gigi

atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas

rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh

dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

4.2 Bunyi Bahasa dan Bukan Bunyi Bahasa

Dalam kehidupan, manusia menyedut udara setiap hari. Udara merupakan sumber

tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa. Udara disedut ke dalam paru-paru dan

dihembuskan keluar bersama-sama waktu kita sedang bernafas. Udara yang dihembuskan

(atau disedut untuk sebahagian kecil bunyi bahasa) itu, kemudian mendapat halangan atau

gangguan di tempat-tempat alat artikulasi dengan pelbagai cara sehingga menghasilkan

bunyi-bunyi bahasa. Tempat atau alat artikulasi yang dilalui ialah batang tenggorok, pangkal

tenggorok, kerongkong, rongga mulut, rongga hidung atau rongga hidung bersama-sama

dengan alat yang lain.

6

Page 7: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Pada masa udara mengalir keluar, pita suara boleh berada dalam keadaan terbuka

atau tertutup. Jika pita suara itu terbuka, udara dapat keluar bagi mengeluarkan bunyi-bunyi

yang tidak bersuara. Manakala, jika pita suara itu tertutup, udara yang keluar dengan kuat

akan menggegarkan pita suara, maka lahirlah bunyi-bunyi bersuara seperti bunyi vokal. Jika

udara mengalami gangguan atau himpitan, maka bunyi-bunyi yang dihasilkan merupakan

bunyi-bunyi konsonan. Bunyi bahasa tidak akan terjadi sekiranya tiada halangan atau

gangguan pada alat artikulasi seperti dalam bernafas.

Bunyi bahasa ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia yang digunakan

dalam pertuturan. Bunyi yang bukan bunyi bahasa pula merupakan bunyi yang mungkin

dihasilkan oleh alat artikulasi tetapi tidak digunakan dlam pertuturan, contohnya bunyi batuk,

bunyi siulan, bunyi sendawa, bunyi dehem, bunyi berdengkur dan sebagainya. Bunyi-bunyi

yang dihasilkan oleh alat yang bukan alat artikulasi seperti bunyi lipatan jari, tepuk tangan

dan lain-lain juga bukan bunyi bahasa.

Rajah 3 – Proses Penghasilan Bunyi (Sumber B. William, 1992:195)

7

Page 8: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

4.3 Alat-alat Artikulasi

Artikulasi merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan iaitu

lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut, manakala daerah

artikulasi ialah gigi atau gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah

bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya

dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Rajah 3 di

bawah menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir(atas dan bawah),

gigi, lelangit, anak tekak, lidah, dan ronggan hidung (Nor Hashimah Jalaludin, 1998:16-17)

Rajah 4 – Alat-alat Artikulasi

8

Keterangan Rajah

1. Bibir atas 11. Tengah lidah

2. Bibir bawah 12. Belakang lidah

3. Gigi atas 13. Akar lidah

4. Gigi bawah 14. Epiglotis

5. Gusi 15. Pita suara

6. Lelangit keras 16. Rongga tekak

7. Lelangit lembut 17. Rongga hidung

8. Anak tekak 18. Rongga mulut

9. Hujung lidah 19. Rahang

10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

Page 9: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

4.4 Fungsi-fungsi Alat Artikulasi

Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran

bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi,

lelangit, rongga hidung dan pita suara mempunyai fungsi-fungsinya yang penting

dalam menghasilkan bunyi bahasa.

4.4.1 Lidah

Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang

belakang kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu

belakang lidah, tengah lidah, hadapan lidah, daun lidah dan hujung lidah serta

pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.

Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan

dengan lelangit lembut

Tengah lidah atau akar lidah : bahagian lidah yang  bertentangan antara

pertemuan langit keras dan lelangit lembut

Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras

Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi

Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi

Sebagai contoh,vokal depan sempit [i] dalam perkataan ‘ikan’ memerlukan bahagian

hujung lidah berada pada kedudukan paling tinggi dalam rongga mulut.

4.4.2 Gigi

Selain lidah, gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun

peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan

sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara

inilah yang seterusnya menghasilkan bunyi.

9

Page 10: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

4.4.3 Bibir

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar daripada rongga mulut.

Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dibundarkan dan dihamparkan dan

juga berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi

sempadan paling luar daripada rongga mulut. Kedua-dua bibir (atas dan bawah)

dapat digerakkan, dihamparkan dan dibundarkan. Misalnya,untuk menghasilkan

bunyi b, w dan v. Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi

terhampar, manakala jika menyembunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga

berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut,

untuk menyembunyikan bunyi [ m ] misalnya, udara disekat di bibir.

4.4.4 Gusi

Gusi merupakan bahagian yang terletak di antara gigi dan lelangit keras. Rupanya

cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini

digunakan sebagai daerah sebutan. Gusi memainkan peranan dalam penghasilan

bunyi-bunyi seperti bunyi [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah

yang berfungsi membuat penyekatan.

4.4.5 Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit lembut dan lelangit

keras. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir

rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas

rongga mulut dapat diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga

tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan

udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan

tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Oleh itu, alat artikulasi ini

amat penting bagi menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau

ataupun tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah sengauan

manakala jika dinaikkan, bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau.

10

Page 11: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

4.4.6 Rongga Hidung

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh

dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit

lembut dinaikkan atau tidak.

4.4.7 Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam

penghasilan bunyi. Dalam peti suara, terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali

sebagai pita suara. Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka

dan tertutup. Ruang di antara kedua-dua selaput digelar glotis. Apabila kedua-dua

selaput itu dirapatkan, glotis akan menjadi sempit atau tertutup dan apabila

diregangkan, ia menjadi luas. 

Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara boleh

melalui tanpa sekatan. Oleh itu, dalam pernafasan biasa, glottis terbuka. Jikalau

glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru yang kuat

menyebabkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita

suara. Tambahan lagi, jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang,

maka udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi

yang dihasilkan disebut bunyi bersuara, misalnya [ a ]. Manakala jika pita suara tidak

bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi yang tidak bersuara, contohnya [s].

Rajah 5 – Pita Suara

11

Page 12: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

12

Page 13: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

4.5 Alat-alat Artikulasi Vokal

Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk

melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e,i,o,

dan u. Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut, iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir.

Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut

tanpa sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan

bahagian lidah, ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir.

Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat iaitu tinggi, separuh

tinggi, separuh rendah dan rendah. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu, ruang

udara dapat dibahagikan kepada empat juga iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas an

luas. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, tengah

dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram(gambar lidah) seperti berikut:

Rajah 6 – Bahagian Lidah

13

Page 14: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

4.6 Bahagian Bibir

Keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian iaitu neutral, hampar dan bundar.

Dalam bahasa Melayu, terdapat enam jenis vokal iaitu [i, e, a,o,u,ǝ] dan dua vokal tambahan

dalam dialek Melayu, iaitu [ɛ] dan [ǝ] yang merupakan bentuk sebutan harian dan juga

perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti ‘beg’ dan ‘bos’.

Terdapat lapan jenis vokal dalam bahasa Inggeris, iaitu vokal [i, e, ɛ, a, ɑ, ǝ, o dan u].

Vokal asli dalam bahasa Melayu pula, terdapat enam jenis iaitu [i, e, a, ǝ, o dan u]. Semua

vokal ini adalah bersuara kecuali vokal [ǝ] yang agak lemah bunyinya dan kurang nyaring

dan lantang. Berikut adalah keadaan bibir semasa menghasilkan bunyi vokal hadapan

dengan bibir terdampar dan menghasilkan vokal belakang dengan bibir bundar.

Rajah 7 – Keadaan bibir

14

Page 15: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

4.7 Artikulasi Diftong Bahasa Melayu

Bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah. Diftong

Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa, iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam

satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai], pandai,

dan [a] dalam [pula] pulau. (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada

kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai]. (iii) diftong menurun, iaitu diftong yang

puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai dan

(iv) diftong sempit, iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan

lidah contohnya, [oi] dalam [sepoi] sepoi. Kedudukan alat artikulasi lidah ketika menyebut

bunyi diftong adalah seperti berikut :

Rajah 8 – Kedudukan Lidah Untuk Bunyi

4.8 Cara Sebutan Diftong

I. Diftong [ai]. Pada masa ini bahagian depan lidah mula-mulanya berada

pada kedudukan untuk vokal [a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk

vokal [i] tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan [i]. Contoh : [pakai].

II. Diftong [au]. Pada masa ini depan lidah berada pada kedudukan untuk vokal

[a] kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u]; bibir yang mula-

mula dihamparkan, kemudian dibundarkan pula. Contoh : [pulau].

III. Diftong [oi]. Semasa dihasilkan lidah berada pada kedudukan [o] dan

kemudian bergerak kepada [i], bibir yang mula-mula bundar tetapi kemudian

berkeadaan hampar. Contoh : [amboi].

5.0 LANGKAH-LANGKAH  DAN KEADAAN ALAT ARTIKULASI KETIKA

15

Page 16: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

MENGELUARKAN BUNYI HURUF VOKAL

VOKAL HADAPAN

Rajah 9

Vokal Hadapan Sempit (Tinggi) [i]

Bibir dihamparkan.

Depan lidah dinaikkan tinggi ke arah gusi.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar rmelalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi i (rajah 9).

Contoh perkataan ialah:

Awal perkataan: ikan , ikut , ipar

Tengah perkataan: biru , bila , kita

Akhir perkataan: tali , beli , beri

16

Page 17: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 10

Vokal Hadapan Separuh Sempit (Separuh Sempit) [e]

Bibir dihamparkan separuh sempit.

Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi e (rajah 10).

Contoh perkataan ialah:

Awal perkataan: ekor , ela , elok

Tengah perkataan: katel , berang , heret

Akhir perkataan: sate

17

Page 18: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 11

Vokal Hadapan Separuh Luas (Separuh Rendah ) [ε]

Bibir dihampar separuh luas.

Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi e ( rajah 11).

Contoh perkataan (dialek Kelantan) ialah:

Awal perkataan: esok , elo , ejek

Tengah perkataan: beso , getek , gelek

Akhir perkataan: bule , ude , gode

18

Page 19: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 12

Vokal Depan Luas (Rendah) [a]

Bibir dalam keadaan hampar.

Depan lidah diturunkan serendah mungkin.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas hampar seperti yang terdapat

dalam perkataan berikut:

Awal perkataan: abang , ajar , asuh

Tengah perkataan: satu , paku , bukan

Akhir perkataan: kita , rasa , bila

19

Page 20: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

VOKAL BELAKANG

Sewaktu penghasilan vokal belakang, alat artikulasi penting yang berperanan ialah bahagian

belakang lidah.

Rajah 13

Vokal Belakang Sempit (Tinggi) [u]

Bibir dibundarkan.

Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang bundar u (rajah 13). Contoh

perkataan ialah:

Awal perkataan: ubi , unta , usung

Tengah perkataan: buka , bubur , subur

Akhir perkataan: satu , labu , paku

20

Page 21: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 14

Vokal Belakang Separuh Sempit (Separuh Tinggi) [o]

Bibir dibundarkan.

Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar kerongga mulut

menggetarkan pita suara.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit o (rajah 14).

Contoh perkataan ialah :

Awal perkataan: oleh , otak , obor , oren

Tengah perkataan: boleh , sotong , kongkong

Akhir perkataan: solo

21

Page 22: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 15

Vokal Belakang Separuh Luas (SeparuhRendah) [ͻ]

Bibir dibundarkan.

Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita

suara ke rongga mulut.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas (rajah 15). Contoh

perkataan (dialek Kelantan) ialah :

Awal perkataan: oloh , otok , ore

Tengah perkataan: pokok , sudoh , pecoh

Akhir perkataan: kito , bilo , belako

22

Page 23: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

VOKAL TENGAH

Alat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan vokal tengah ialah bahagian tengah lidah.

Rajah 16

Vokal Tengah (Pendek) [ə]

Keadaan bibir hampar.

Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak

dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut

menggetarkan pita suara.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah ( rajah 16 ).

Awal perkataan: emas , emak , empat

Tengah perkataan: penat , berat , cergas

Sebagai kesimpulan dapat dirumuskan di sini bahawa jumlah vokal kardinal

ialah lapan jenis. Vokal asli dalam bahasa Melayu hanya enam jenis, iaitu vokal i , e ,

a , u , o , dan e . Semua vokal adalah bersuara, kecuali vokal e yang agak lemah

bunyinya dan kurang lantang, vokal-vokal lain adalah nyaring dan lantang.

23

Page 24: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

6.0 LANGKAH-LANGKAH  DAN KEADAAN ALAT ARTIKULASI KETIKA

MENGELUARKAN BUNYI HURUF KONSONAN

Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang sewaktu dikeluarkan menerima sekatan,

sempitan dan geseran, sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi

konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.

Konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian,

geseran, malaran dan getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan

(plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya

sama ada di bahagian bibir, lelamgit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara

akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan. Berikut adalah keadaan alat

artikulasi ketika mengeluarkan bunyi beberapa huruf konsonan dengan cara yang betul.

Rajah 17

Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [ p ]

Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang

keluar ke rongga mulut.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi

menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dibuka (direnggangkan).

Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara

tersekat sepenuhnya pada bibir, kemudian dilepaskan serta-merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara p

(rajah 17).

24

Page 25: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Contoh perkataan :

Awal perkataan: panjat ,pokok , pukul

Tengah perkataan: lepas ,sepak , dapur

Akhir perkataan: dakap ,atap , sedap

Rajah 18

Letupan Dua Bibir Bersuara [ b ]

Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paru-

paru ke rongga mulut.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk

nmenyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan.

Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara kerongga mulut dan

tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut, kemudian udara dilepaskan dengan

serta-merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan dua bibir bersuara (rajah 18). Contoh :

Awal perkataan: burung , buku , budak

Tengah perkataan: tubuh , subur , tabor

Akhir perkataan: sebab , lembab , kitab

25

Page 26: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 19

Letupan Gusi Tidak Bersuara [ t ]

Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara

yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dibuka (direnggangkan).

Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut keluar tanpa menggetarkan pita

suara, kemudian tersekat pada bahagian gusi. Udara kemudiannya dilepaskan

dengan serta-merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara (rajah 19). Contoh:

Awal perkataan: tangan , tahu , tolong

Tengah perkataan: petang , putus , satu

Akhir perkataan: penuntut , patut , sebut

26

Page 27: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 20

Letupan Gusi Bersuara [ d ]

Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara

yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan.

Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan

tersekat sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta-

merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir bersuara (rajah 20).

Contoh:

Awal perkataaan: dalam , dahulu , duka

Tengah perkataan: pedang , padang , sidang

Akhir perkataan: abad , tekad , maksud

27

Page 28: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 21

Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [ k ]

Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat

sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara

supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dibuka (direnggangkan).

Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara

tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan dengan serta-merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara k

(rajah 21). Contoh:

Awal perkataan: kawan , kuda , kalau

Tengah perkataan: sukat , bakat , dekat

Akhir perkataan: budak , pekak , tengok

28

Page 29: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 22

Letupan Lelangit Lembut Bersuara [ g ]

Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat

sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru.

Pita suara dirapatkan.

Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan

tersekat pada bahagian lelangit lembut. Udara tersebut kemudiannya dilepaskan

dengan serta-merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut bersuara (rajah

22). Contoh:

Awal perkataan: guru , ganti , gantung

Tengah perkataan: agak , agar , juga

Akhir perkataan: beg , dialog , monolog

29

Page 30: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 23

Hentian Glotis [ Ɂ ]

Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untu

membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

Udara dari paru-paru keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glotis dan tidak

dilepaskan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan hentian glottis yang terdapat dalam

bahasa Melayu (rajah 23). Contoh :

Awal perkataan: Ɂibu , Ɂada , Ɂikan

Tengah perkataan: saɁat , jumaɁat , keɁadaɁan

Akhir perkataan: tidaɁ , anaɁ , goloɁ

30

Page 31: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 24

Letusan Lelangit Keras- Gusi Tidak Bersuara [ č ]

Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuata sekatan

pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dibuka(direnggangkan)

Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.

Udara tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi. Kemudian udara

tersebut dilepaskan dengan perlahan.

Contoh :

Awal perkataan: cari , cuti , curi

Tengah perkataan: suci , banci , benci

Akhir perkataan: mac , koc

31

Page 32: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 25

Letusan Lelangit Keras- Gusi Bersuara [ ǰ ]

Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan

pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk

menyekat udara daripada memasuki rongga hidung .

Pita suara dirapatkan.

Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara, dan

tersekat pada daerah lelangit keras-gusi. Udara dilepaskan perlahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi j (rajah 25).

Contoh :

Awal perkataan: jangan , jolok , janggut

Tengah perkataan: tajam , terjun , bujang

Akhir perkataan: imej , kolej

32

Page 33: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 26

Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]

Daun lidah dinaikkan kea rah gusi untuk membuat sempitan.

Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara

daripada keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dibuka (direnggangkan).

Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah guri.

Pita suara tidak digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gusi tidak bersuara. (rajah 26). Contoh:

Awal perkataan: sayang , sapu , sungguh

Tengah perkataan; basuh , kasar , dasar

Akhir perkataan: habis , bilis , hiris

33

Page 34: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 27

Geseran Glotis Bersuara [ h ]

Pita suara dibuka (direnggangkan) untuk membuat sempitan pada glotis.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi

menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.

Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glottis. Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glotis bersuara (rajah

27).Contoh:

Awal perkataan: habis , hulur , hantu

Tengah perkataan: lihat , tahap , pihak

Akhir perkataan: bersih , letih , kasih

34

Page 35: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 28

Getaran Gusi Bersuara [ r ]

Hujung lidah dikenakan pada gusi.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya

udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan.

Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah, dan

pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara r (rajah 28). Contoh:

Awal perkataan: rasa , ratu , runtuh

Tengah perkataan: beras , keras , laras

Akhir perkataan: besar , kasar , lebar

35

Page 36: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 29

Sengau Dua Bibir Bersuara [ m ]

Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara

yang keuar dari paru-paru ke rongga mulut.

Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya udara dapat memasuki rongga

hidung.

Pita suara dirapatkan.

Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir

mulut dibuka semasa menyebut bunyi m dan pita suara digetarkan (rajah 29).

Awal perkataan: makan , malam , mula

Tengah perkataan: timun , namun , timur

Akhir perkataan: salam , silam , dalam

36

Page 37: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 30

Sengau Gusi Bersuara [ n ]

Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang

keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara

dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan.

Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi.

Kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi senagau gusi bersuara (rajah 30).

Awal perkataan: nasi , nuri , nangka

Tengah perkataan: kenari , binasa , panas

Akhir perkataan: papan , simpan , lapan

37

Page 38: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 31

Sengau Lelangit Keras- Gusi Bersuara [ Ʀ ]

Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan

pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga ke hidung supaya

udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan.

Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit

keras-gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sengau lelangit keras-gusi bersuara

(rajah 31).

Awal perkataan: nyanyi , nyata , nyamuk

Tengah perkataan: banyak , minyak , tanya

38

Page 39: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 32

Sengau Lelangit Lembut Bersuara [ ŋ ]

Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat

udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara

dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan.

Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit

lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi senagu lelangit lembut bersuara (rajah 32).

Awal perkataan: nganga , ngiau

Tengah perkataan: bunga , singa , bangga

Akhir perkataan: tanggung , burung , tanjung

39

Page 40: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 33

Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [ w ]

Bibir dibundarkan.

Belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut, tetapi tidak menyentuh lelangit

lembut (sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang u).

Pita suara dirapatkan.

Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Semasa

menghasilkan bunyi vokal u lidah dengan pantas berubah ke kedudukan (posisi)

untuk menghasilkan vokal tengah e (rajah 33).

Awal perkataan: wau , waris , wayang

Tengah perkataan: kawan , lawan , kawat

Akhir perkataan: sepak takraw

40

Page 41: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Rajah 34

Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [ j ]

Depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal i,

kemudian semasa menghasilkan bunyi itu kedudukan lidah berubah dengan pantas

ke kedudukan vokal tengah e.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak

supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

Pita suara dirapatkan.

Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. Semasa

menghasilkan bunyi vokal i kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan

vokal tengah e.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan separuh vokal j (rajah 34).

Awal perkataan: yang , yakin , yatim , yuran

Tengah perkataan: dayang , sayang , baying , sembahyang

41

Page 42: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

6.1 Konsonan Pinjaman Dalam Bahasa Melayu

Konsonan pinjaman bermaksud konsonan-konsonan yang bukan berasal daripada

bahasa Melayu tetapi dipinjam daripada bahasa lain, seperti bahasa Arab, Sanskrit, Inggeris

dan sebagainya. Konsonan- konsonan ini telah umum dipakai dalam perkataan-perkataan

yang dipinjam daripada bahasa asing. Konsonan –konsonan ini terdiri daripada:

Geseran bibir- gigi tidak bersuara [ f ]

Geseran bibir- gigi bersuara [ v ]

Geseran gigi tidak bersuara [ ᶿ ]

Geseran gigi bersuara [ d ]

Geseran gusi bersuara [ z ]

Geseran lelangit keras tidak bersuara

Geseran lelangit lembut tidak bersuara [ x ]

Geseran lelangit lembut bersuara

42

Page 43: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

7.0 FONEM SUPSEGMENTAL BAHASA MELAYU

Fonem suprasegmental juga dikenali sebagai fonem suprapenggalan ialah ciri atau

sifat bunyi yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Maksudnya ciri

suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan denga cara menumpangi bunyi

segmental. Fonem suprasegmental tersebut terdiri daripada tekanan, nada, jeda, dan

panjang-pendek

I. Tekanan

Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau

lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan untuk

tekanan ialah /’/. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu

misalnya /buda?/. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.

II. Nada

Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan.

Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 rendah, 2 biasa, 3 tinggi, 4 tinggi sekali. Ayat

penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekanan

dan turun hingga 1. Contoh: Saya hendak balik. Dalam bahasa Melayu juga nada tidak

fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti

penghasilan sesuatu fonem.

III. Jeda

Jeda juga disebut sebagai persendian ialah unsur hentian yang memisahkan antara unsur-

unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan

untuk jeda ialah # . Unsur ini boleh membezakan makna.

Contoh: [#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan

nasi # ema?].

IV. Panjang-pendek

Panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan.

Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bererti panjang

sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.]

adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu, unsur ini tidak membezakan makna.

Kesemua unsur suprasegmental Bahasa Melayu yang telah dibincangkan berupaya

membezakan makna sesuatu ayat yang sama. Sebagai contoh, ketiga-tiga ayat di bawah

mempunyai makna yang berbeza berdasarkan unsur suprasegmental yang berbeza.

1. Siti makan nasi lemak

2. Siti makan nasi, lemak

3. Siti, makan nasi lemak!

43

Page 44: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Ayat pertama (1) merupakan ayat penyata, iaitu Siti memberitahu ibunya bahawa dia

sedang memakan nasi lemak ibunya. Ayat kedua (2) pula mempunyai maksud yang berbeza

berdasarkan unsur suprasegmental jeda, nada dan tekanan selepas perkataan nasi. Ayat ini

mempunyai maksud bahawa Siti memberitahu ibunya bahawa dia sedang makan nasi.

Seterusnya ayat ketiga (3) pula mempunyai unsur suprasegmental panjang-pendek, nada,

tekanan dan jeda selepas perkataan Siti dan emak. Ayat ini bermaksud bahawa, ibu Siti

meminta Siti memakan nasinya.

\

44

Page 45: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

8.0 TRANSKRIPSI FONETIK BERDASARKAN TEKS

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam

Perlembagaan Persekutuan Perkara 152. Begitu pun, masih banyak pihak yang tidak

mengendahkan fungsi dan peranan bahasa Melayu. Isu penggunaan bahasa Melayu dalam

urusan rasmi kerajaan juga sering dibangkitkan dan menjadi perdebatan banyak pihak. Isu

ini seolah-olah tidak berkesudahan. Yang lebih parah lagi, tuntutan segelintir pihak yang

menafikan peranan bahasa Melayu dan menuntut bahasa lain digunakan dalam urusan

rasmi secara terang-terangan mencalarkan fungsi bahasa Melayu.

Menyedari hal ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertindak tepat dengan

memberikan dimensi baharu kepada perjuangan memartabatkan bahasa Melayu apabila

mengumumkan akan mengadakan audit bahasa Melayu terhadap semua jabatan kerajaan

bermula tahun 2013. Usaha tersebut seolah-olah memberi sinar baharu kepada bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam membantu Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA)

meningkatkan kesedaran dalam kalangan penjawat awam terhadap penggunaan bahasa

Melayu dalam urusan rasmi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menjelaskan bahawa

pelbagai pekeliling dikeluarkan oleh JPA, termasuk mengenai Panduan Penggunaan Bahasa

Kebangsaan dalam perkhidmatan awam yang menetapkan bahasa kebangsaan digunakan

untuk setiap urusan rasmi dalam negara.

(dipetik daripada Fazli Mohd, 2012 : 52)

45

Page 46: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

[Bahasa] [Mǝlayu] [mǝrupakan] [bahasa] [kǝbaɳsaan] [sǝpǝrti] [yaɳ] [tǝrmaktob]

[dalam] [Pǝrlǝmbagaan] [Pǝrsǝkutuwan] [Pǝrkara] [152]. [Bǝgitu] [pon], [masɛh] [baɲak]

[pehak] [yaɳ] [tidak] [mǝɳǝndahkan] [fuɳsi] [dan] [pǝranan] [bahasa] [Mǝlayu]. [Isu ]

[pǝɳgunaan] [bahasa] [Mǝlayu] [dalam] [urusan] [rasmi] [kǝraǰaan] [ǰuga] [sǝriɳ] [dibaɳketkan]

[dan] [mǝnjadi] [pǝrdǝbatan] [baɲak] [pehak]. [Isu] [ini] [sǝolah-olah] [tidak] [bǝrkǝsudahan].

[Yaɳ] [lebɛh] [parah] [lagi], [tuntotan] [sǝgǝlintɛr] [pehak] [yaɳ] [mǝnafikan] [pǝranan] [bahasa]

[Mǝlayu] [dan] [mǝnuntot] [bahasa] [layɛn] [digunakan] [dalam] [urusan] [rasmi] [sǝčara]

[tǝraɳ-teraɳan] [mǝnčalarkan] [fuɳsi] [bahasa] [Mǝlayu].

[Mǝɲǝdari] [hal] [ini], [Dɛwan] [Bahasa] [dan] [Pustaka] [(DBP)] [bǝrtindak] [tǝpat]

[dǝɳan] [mǝmbǝrikan] [dimɛnsi] [baharu] [kǝpada] [pǝrǰuwaɳan] [mǝmartabatkan] [bahasa]

[Mǝlayu] [apabila] [meɳumumkan] [akan] [mǝɳadakan] [awdit] [bahasa] [Mǝlayu] [tǝrhadap]

[sǝmuwa] [ǰabatan] [kǝraǰaan] [bǝrmula] [tahun] [2013]. [Usaha] [tǝrsǝbot] [sǝolah-olah]

[mǝmbǝri] [sinar] [baharu] [kǝpada] [bahasa] [Mǝlayu] [sǝbagay] [bahasa] [kǝbaɳsaan]

[dalam] [mǝmbantu] [ǰabatan] [Pǝrxidmatan] [Awam] [(ĴPA)] [mǝniɳkatkan] [kǝsǝdaran]

[dalam] [kalaɳan] [pǝnǰawat] [awam] [tǝrhadap] [pǝɳgunaan] [bahasa] [Mǝlayu] [dalam]

[urusan] [rasmi].

[Timbalan] [Pǝrdana] [Mǝntǝri], [Tan] [Sri] [Muhyiddin] ]Mohd Yassin] [mǝnǰǝlaskan]

[bahawa] [pǝlbagay] [pǝkǝliliɳ] [dikǝluarkan] [olɛh] [ĴPA], [tǝrmaso?] [mǝɳǝnai] [Panduwan]

[Pǝɳgunaan] [Bahasa] [Kǝbaɳsaan] [dalam] [pǝrxidmatan] [awam] [yaɳ] [mǝnǝtapkan]

[bahasa] [kǝbaɳsaan] [digunakan] [unto?] [sǝtiyap] [urusan] [rasmi] [dalam] [nǝgara].

46

Page 47: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

9.0 KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung.

Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan

setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza  dalam menghasilkan bunyi

bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi

manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur

tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat

artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi

konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak

bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis)

tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara

dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan

atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka

yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

Ilmu tentang fonetik dan fonologi dalam bahasa Melayu mampu membantu sama ada

penutur pertama mahupun penutur kedua bahasa tersebut menguasai aspek pertuturan

dengan lebih baik.Bahkan, ilmu dalam bidang ini mampu memberi manfaat kepada golongan

dalam bidang tertentu. Misalnya, pakar terapi yang mendalami bidang fisiologi pertuturan

manusia, dapat memanfaatkan ilmu ini dalam latihan dan pemulihan bagi mengatasi

kesukaran yang dihadapi oleh sebahagian daripada kita yang mengalami masalah

pertuturan. 

Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru

mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara

saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Hal ini adalah kerana otak membaca

dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan

huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. 

47

Page 48: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

REFLEKSI

AZURA BT MD ZAINOL (700519025472)

Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah menerima banyak kebaikan yang

berguna untuk diri saya sebagai seorang guru. Saya juga tidak jemu-jemu berbincang

dengan pensyarah yang berpengalaman bagi mata pelajaran Fonetik dan Fonologi Melayu

iaitu Puan Hamidah bt Che Meh serta rakan-rakan lain untuk mendapat maklumat yang

lebih tepat bagi menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Pengalaman mencari maklumat

sama ada menerusi laman sesawang serta perbincangan menambahkan ilmu pengetahuan

yang amat berguna kepada saya.

Sehubungan itu, terdapat beberapa kebaikan yang saya peroleh dalam menerokai

internet untuk mencari maklumat tentang tugasan yang diamanahkan. Salah satunya ialah

saya mendapat pengetahuan baru dalam pencarian maklumat serta boleh mengetahui cara

mengakses internet secara mudah dan lebih mendalam. Pada masa yang sama, saya turut

menyedari bahawa internet adalah alat teknologi yang sarat dengan informasi terkini yang

banyak membantu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih lancar.

Berdasarkan tugasan yang diberikan, banyak pengetahuan yang saya peroleh iaitu

tentang definisi dan konsep fonetik dan fonologi bahasa Melayu dengan lebih meluas.

Fonologi adalah satu kajian tentang sistem bunyi bahasa yang terhasil melalui mulut

manusia. Oleh itu, fonologi merupakan suatu bidang yang menganalisis sistem bunyi bagi

mencapai matlamat dan pelaksanaan sebutan baku dalam sistem pendidikan pada hari ini.

Saya juga memperoleh segala maklumat yang mendalam menerusi huraian satu-

persatu tentang alat-alat artikulasi dan artikulator dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa

dalam pertuturan seharian. Penjelasan fungsi-fungsi bagi setiap alat artikulasi serta gambar

rajah yang dilukis oleh tangan saya sendiri agak merumitkan tetapi dapat membantu saya

memahami proses menghasilkan bunyi huruf vokal dan konsonan dengan betul.

Antara kebaikan lain yang diperoleh melalui penghasilan tugasan ini ialah saya dapat

memahami lebih terperinci tentang simbol-simbol fonetik dalam bahasa Melayu. Saya juga

dapat mengetahui cara mentranskripsi setiap perkataan dengan menggunakan simbol

fonetik dengan betul dan amat menguji kesabaran saya. Walau bagaimanapun, saya

bersyukur kerana dapat melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan baik.

Saya juga berpendapat bahawa kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling

sesuai untuk guru-guru mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini

telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Hal ini adalah

kerana otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu

otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. 

48

Page 49: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

Walaupun terdapat kekangan yang perlu dihadapi sepanjang melaksanakan tugasan

ini, tetapi tidaklah setanding dengan manfaat dan ilmu yang saya peroleh. Saya juga tidak

pernah berputus asa bagi menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Sebagai seorang guru,

segala tugasan yang diberi adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar. Syukur

alhamdulilah akhirnya saya dapat menyediakan tugasan ini mengikut masa yang

ditetapkan. Selain daripada memberi kesedaran kepada diri saya, ilmu yang saya peroleh ini

akan dikongsikan bersama rakan-rakan saya lain di sekolah. Semoga ilmu yang diperoleh

ini, saya dapat mempelajarinya dengan lebih mendalam dan dipraktikkan di dalam bilik

darjah dengan sebaik mungkin.

49

Page 50: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

BIBLIOGRAFI

Sumber buku

Abdullah Hassan. (2005). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah. (2007). Linguistik Fonetik dan Fonologi

Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.

Arbak Othman. (1983). Permulaan Ilmu Linguistik: Suatu Pengenalan Konsep dan Bidang

Kajian Secara Toritis. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Faridah Nazir & Maridah Hj Alias. (2013). Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu : Siri Pengajian

Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Penerbitan Multimedia.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS

Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Sumber Majalah

Fazli Mohd. (2012, September). Audit Bahasa Memartabatkan Bahasa Melayu. Edisi

Dewan Masyarakat, 52-53

Sumber Internet

https://www.google.com/#q=alat+artikulasi

http://www.slideshare.net/murnibintimohamat/fonetik-dan-fonologi-vokal-konsonan#btnNext

https://app.box.com/s/fefl3r1n7zp0rld7nswr

https://www.google.com/#q=fonem+suprasegmental+bahasa+melayu&start=30

https://www.google.com/#q=fonem+suprasegmental+bahasa+melayu&start=20

50

Page 51: Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu

51