Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu Ass

  • View
    213

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm

Text of Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu Ass

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Jabatan Pengajian MelayuIPG Kampus Tuanku Bainun1.0 FONETIKFonetik merupakan satu kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia. Perkara ini melibatkan segenap umat manusia yang mampu bertutur di seluruh dunia. Mengikut Kamus Dewan (2007:414), fonetik membawa maksud ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Bagi mendapatkan penerangan yang lebih jelas, fonetik telah dibahagikan kepada tiga cabang utama iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik, dan fonetik auditori.Fonetik artikulasi merupakan salah satu cabang dalam kajian fonetik yang mengkaji penghasilan bunyi bahasa dan artikulator yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Bunyi bahasa akan dideskripsikan mengikut cara bunyi tersebut dikeluarkan oleh artikulator. Kesimpulannya, dalam pendeskripsian tersebut daerah dan organ artikulasi adalah terlibat sama.Bagi fonetik akustik pula, transmisi signal bunyi daripada penutur kepada pendengar semasa komunikasi sedang berlangsung adalah perkara yang dikaji. Dalam erti kata yang lain, kajian yang dilakukan mestilah melibatkan lebih daripada dua pihak. Sifat-sifat bunyi bahasa yang dihasilkan oleh pita suara akan dianalisis dengan menggunakan alat khas yang dipanggil parameter. Pita suara akan menghasilkan signal bunyi yang terdiri daripada frekuensi fundamental, intensiti dan durisi yang akan melalui parameter ketika kajian sedang dijalan.Cabang terakhir fonetik ialah fonetik auditori. Fonetik auditori pula mengkaji cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan akan dihantar serta diterjemahkan oleh otak. Kajian yang tidak boleh dilihat dan dirasa ini sebenarnya mudah difahami. Permulaannya, penutur akan menukarkan maklumat yang ingin disampaikan ke dalam bentuk kod-kod tertentu sepeti bunyi, kata atau ayat dan pendengar pula akan mentafsirkan maklumat yang disampaikan oleh penutur tadi.

2.0 FONOLOGIKamus Dewan (2007:414) telah menyatakan bahawa fonologi membawa maksud kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Siti Hajar Abdul Aziz (2008) pula meyatakan bahawa fonologi mengkaji ciri bunyi bahasa dan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Pengkajian dalam fonologi juga lebih banyak melibatkan organ-organ ujaran manusia. Selain itu, sosiolinguistik juga turut dikaitkan dengan fonologi disebabkan oleh tingkah laku sosial dan cara pengujaran dan komunikasi sesebuah masyarakat dalam kawasannya. Sebagai bukti, kita dapat melihat cara pertuturan masyarakat yang berbeza mengikut kawasan kerana mereka menggunakan dialek mereka yang tersendiri. Antara pengertian lain bagi fonologi ialah kajian tentang bunyi bahasa yang berkaitan dengan ciri-ciri bunyi bahasa dan cara bunti tersebut berhubung. Fonologi juga merupakan pengkajian yang lebih tinggi daripada fonetik dalam pengkajian ilmu linguistik. Bagaimanapun, fonetik tetap menjadi asas kepada pengkajian ilmu linguistik yang seterusnya. Selain itu, fonologi turut ditakrifkan sebagai pengkajian bentuk-bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa. Kajian mendalam mengenainya akan membawa kita tentang bagaimana bunyi-bunyii tersebut dihasilkan.

3.0 ARTIKULASIKamus Dewan (2007:79) memberi erti artikulasi sebagai cara atau proses menyebut bunyi atau kata dengan jelas. Pengertian yang diberikan menunjukkan bahawa artikulasi memiliki aturannya yang tersendiri. Artikulasi juga melibatkan artikulator untuk menzahirkan bunyi. Sebelum bunyi bahasa dihasilkan, ia mestilah melalui beberapa bahagian artikulator.

4.0 ARTIKULATORArtikulator adalah anggota tubuh manusia atau organ-organ yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam erti kata yang lebih mudah, artikulasi ialah alat artikulasi. Bunyi yang terbit adalah hasil daripada pergerakan udara dari paru-paru yang dipam ke organ-organ yang terlibat. Terdapat dua bahagian artikulator iaitu bahagian yang boleh digerak-gerakkan dan daerah pengeluaran.Antara artikulator manusia adalah seperti berikut:1. Hujung Lidah2. Hadapan Lidah3. Tengah Lidah4. Belakang Lidah5. Akar Lidah6. Rahang 7. Anak Tekak8. Rongga Tekak (Farink)9. Rongga Hidung10. Rongga Mulut11. Tenggorok12. Epiglotis13. Pita Suara14. Paru-paru

Gambar 1: Kedudukan artikulator manusia.

4.1 Anak Tekak

Gambar 2 : Kedudukan anak tekak.Daging yang tergantung dari lelangit lembut ini berfungsi untuk menentukan bunyi yang dihasilkan oleh manusia sengau atau tidak. Bahagian artikulator ini juga boleh digerak-gerakkan. Kedudukan anak tekak di dalam mulut manusia ialah di belakang rongga mulat dan berhampiran dengan lelangit lembut. Penyataan mengenai anak tekak itu merupakan antara kenyataan yang diberkan oleh Siti Hajar Abdul Aziz (2008).

4.2 Lidah

Gambar 3: Lidah merupakan artikulator paling aktif.Sesuatu yang tidak boleh dinafikan adalah fungsi lidah dalam sistem artikulasi manusia. Lidah merupakan artikulator paling aktif dan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian lidah memiliki fungsinya yang tersendiri. Bahagian-bahagian lidah ialah hujung lidah, hadapan lidah, tengah lidah, belakang lidah, akar lidah dan daun lidah.

4.3 Pita Suara

Gambar 4: Keadaan pita suara dalam menghasilkan bunyi bahasa.Artikulator yang terletak di dalam tenggorok atau fariks manusia ini adalah amat penting dalam menghasilkan bunyi bahasa. Bunyi bahasa yang dihasilkan datang dari getaran yang berasal dari peti suara. Terdapat satu selaput di pita suara yang membolehkannya menghasilkan bunyi bersuaran ataupun tidak bersuara.

4.4 Rahang

Gambar 5: Rahang terletak di bahagian hadapan bawah muka.Rahang ialah bahagian kepala di sebelah depan yang terdiri daripada dua tulang yang membolehkan mulut dibuka dan ditutup. Walaupun rahang tidak begitu penting dalam menghasilkan bunyi bunyi bahasa, kedudukannya adalah penting dalam pembunyian vokal.

4.5 Rongga

Gambar 6: Rongga menjadi laluan utama kepada pengaliran udara.Tempat laluan udara dari luar atau paru-paru yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa dipanggil rongga. Dua rongga utama adalah rongga hidung dan rongga mulut. Rongga hidung adalah lebih luas daripada rongga mulut.

5.0 DAERAH ARTIKULASIBibir, gigi, gusi dan lelangit adalah daerah artikulasi manusia (Siti Hajar Abdul Aziz:2008). Daeh artikulasi ini merupakan tempat organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa. Ada di antara daerah artikulasi yang boleh digerak-gerakan dan ada yang sebaliknya.

5.1 Bibir

Gambar 7: Bibir yang sumbing boleh mengakibatkan masalah pertuturan tetapi boleh diatasi dengan melakukan pembedahan.Bibir boleh dihamparkan, dibundarkan dan dirapatkan semasa bunyi bahasa dizahirkan. Alat artikulasi yang berada di luar mulut ini adalah kenyal dan fleksibel. Bibir sangat membantu penghasilan bunyi bahasa ketika pengujaran dilakukan.

5.2 Gigi

Gambar 8: Gigi yang sempurna.Gigi terbahagi kepada gigi bawah dan gigi atas. Bagaimanapun, peranannya tidaklah aktif dalam penghasilan bunyi bahasa.

5.3 Gusi

Gambar 9: Gusi yang berada anta gigi dan lelangit keras.Bunyi bahasa yang dihasilkan pada gusi adalah dengan bantuan hujung lidah. Gusi berada antara gigi dan lelangit keras. Selain itu, gusi juga tidak boleh digerak-gerakkan.

5.4 Lelangit

Gambar 10: Lelangit yang berada di dalam mulut.Daerah artikulasi terakhir ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras yang berbentuk cembung terletak pada atas mulut manakala lelangit lembut berada di belakang lelangit keras. Kelebihan yang terdapat lelangit lembut adalah kemampuannya untuk diturunkan dan dinaikkan. Peranan lelangit dalam sistem artikulasi manusia sangat penting. Lelangit menentukan jenis buunyi yang kan dihasiilkan iaitu antara bunyi nasal atau bunyi oral. Selain itu, bunyi sengau, bunyi letupan dan bunyi geseran turut dibantu oleh lelangit dalam penghasilannya.

6.0 HURUF DALAM BAHASA MELAYUPenulisan huruf bahasa Melayu pada masa ini telah menggunakan huruf Rumi. Sebelum huruf Rumi digunakan, Huruf jawi merupakan jenis huruf yang digunakan dalam penulisan masyarakat di alam Melayu. Kemasukan penjajah dari Eropah mengubah keadaan ini. Zaman yang sudah berubah bagaimanapun menerima baik kehadiran huruf-huruf Rumi yang digunakan dalam bahasa Melayu.Terdapat 26 huruf asas Rumi yang digunakan di seluruh dunia termasuklah negara Malaysia dan penggunaannya untuk bahasa Melayu. Lima daripada huruf-huruf tersebut dipanggil huruf vokal dan selebihnya adalah huruf konsonan. Turut disenarai kan adalah digraf dan diftong iaitu dua huruf vokal atau konsonan bergabung yang turut digunakan dalam pengejaan perkataan bahasa Melayu. Berikut merupakan senarai huruf yang digunakan dalam bahasa Melayu:

6.1 Huruf VokalBIL.HURUF KECILHURUF BESAR

1aA

2eE

3iI

4oO

5uU

Jadual 1: Senarai huruf vokal.

6.2 Huruf KonsonanBIL.HURUF KECILHURUF BESAR

1bB

2cC

3dD

4fF

5gG

6hH

7jJ

8kK

9lL

10mM

11nN

12pP

13qQ

14rR

15sS

16tT

17vV

18wW

19xX

20yY

21zZ

Jadual 2: Senarai huruf konsonan.

6.3 DigrafDigraf merupakan hasil gabungan dua huruf konsonan. Kamus Dewan (2007:351) mendefinisikan digraf sebagai dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi. Digraf juga disebut sebagai dwihuruf, dwilambang, dan huruf rangkap. Berikut merupakan senarai digraf dalam bahasa Melayu:BIL.DIGRAFCONTOH PENGGUNAAN

1khakhbar

2ghghaib

3nghangat

4nynyala

5symasyarakat

Jadual 3: Senarai digraf dalam bahasa Melayu.

6.4 DiftongJika digraf terhasil daripada gabungan dua huruf konsonan, diftong pula merupakan hasil gabungan dua huruf vokal. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Tiga jenis diftong yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah:BIL.DIFTONGCONTOH PENGGUNAAN

1aibalai

2ausaudara

3oiboikot

Jadual 4: Senarai diftong bahasa Melayu.

7.0 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYUSimbol fonetik bukan hanya sekadar lambang biasa. Simbol fonetik yang turut dikenali sebagai fonem perlu difahami dengan baik agar sebutan yang dihasilkan adalah tepat dan bermakna. Simbol fonetik juga memiliki perbezaan dengan huruf. Antara perbezaan yang ketara adalah, satu huruf mungkin akan diwakili oleh beberapa simbol yang berbeza untuk menghasilkan bunyi yang berbeza. Simbol fonetik juga memudahkan cara penyebutan perkataan yang asing bagi mereka kerana cara pengejaan dan penyebutan adalahh berbeza di seluruh dunia.

7.1 Huruf VokalHuruf vokal dihasilkan tanpa hangan , sekatan atau sisihan pada arus udara yang dikeluarkan dari peparu. Anta sifat vokal ialah bergetar, bersuara, lantang dan perpanjangan, udara keluar dari peparu secara berterusan. Bibir pula akan berada dalam keadaan terhampar, biasa atau bundar. Bahagian lidah yang terlibat pula ialah tengah lidah, hujung lidah dan belakang lidah.BIL.HURUFFONEMCONTOH PENGGUNAAN

1a/a//ayam/

2e/e//tele/

3i/i//bilis/

4o/o//ora/

5u/u//huta/

6e///mak/

Jadual 5: Fonem vokal dan contoh penggunaannya.

7.2 Huruf Konsonan (Bahasa Melayu Asli)Terdapat 18 fonem yang mewakili 18 huruf bahasa Melayu asli. Digraf ng dan ny turut berada dalam senarai.BIL.HURUFFONEMCONTOH PENGGUNAAN

1b/b//bola/

2c///ai/

3d/d//padat/

4g/g//gla/

5h/h//harimau/

6j///taam/

7k/k//klat/

8l/l//lalat/

9m/m//sulam/

10n/n//naga/

11ng///aa/

12ny///ai/

13p/p//pda/

14r/r//tebar/

14s/s//sedu/

16t/t//tidur/

17w/w//wa/

18y/j//jojo/

Jadual 6: Fonem konsonan bahasa Melayu asli dan contoh penggunaannya.

7.3 Huruf Konsonan (Bahasa Melayu Pinjaman)Bagi bahasa Melayu pinjaman pula, terdapat lapan fonem yang mewakili lapan huruf. Pinjaman huruf dan fonem adalah pengaruh daripada bahasa Inggeris dan bahasa Arab.BIL.HURUFFONEMCONTOH PENGGUNAAN

1f/f//fonologi/

2v/v//van/

3th///baha/

4dh///arab/

5z/z//zon/

6sy///urga/

7kh/x//tarix/

8gh///aib/

Jadual 7: Fonem konsonan bahasa Melayu pinjaman dan contoh penggunaannya.

7.4 DiftongTiga fonem diftong ialah:BIL.HURUFFONEMCONTOH PENGGUNAAN

1ai/ai//balai/

2oi/oi//kaloi/

3au/au//audit/

Jadual 8: Fonem diftong dan contoh penggunaanya.

8.0 TRANSKRIPSI RAKAMAN DALAM DIALEK (Kelantan)Saya telah menemu bual Encik Isa yang berasal dari Tumpat, Kelantan untuk membantu saya melaksanakan tugasan ini. Rakaman telah dilakukan pada 22 Ogos 2012 di kediaman beliau sendiri.

Faez: Assalamualaikum Encik Ise, boleh tak beritahu nama penuh Encik Ise?

Encik Isa: Namo ambo Wan Mohamad Norhisham bin Wan Mohamad Nordin.

Faez: Encik Ise berasal dari mane?

Encik Isa: Sayo asa Tumpak, Klate.

Faez: Ape yang istimewenye dekat Tumpat tu?

Encik Isa: Tumpak yang hok istimewonyo yo banyak kepok, kepok ike, banyok ike la, ike sembile ado, ike itu ado, tapi sedak la situ banyak kepok la, lai-lai kat situ ado mace toko-toko Sie,hok toko Sie banyak situ duo tigo gitu.

Faez: Kalo kepok tu dibuatnye dari ikan ape? Ikan sungai boleh?

Encik Isa: Ike sunge tok sedap. Slalunyo ike glamo buat kepok.

Faez: Encik Ise pande buat kepok tu?

Encik Isa: Tak penah buat kepok tapi mace mok cik saye banyok la buat kepok. Penah tengok je la tapi tak penah la buat.

Faez: Kalo jual tu mahal tak hargenye?

Encik Isa: Slalunyo kalo jual oghe Klate muroh sikek. Kalo oghe luar mace ambo ni maha sikek la. Slalunyo duo, spuloh dapat da.

Faez: Kalo tempat pelancongan mane tempat yang istimewe?

Encik Isa: Kalo Klate yang slalunyo hok popoular yang oghe luar duk ma slalu gi Ghanto Panje sebab situ ke barang-barang bebas cuka.

Faez: Encik tau tempat nak buat wau dekat mane?

Encik Isa: Kalo buat wau slalunyo dekek kat P.C.B., Panta Cahayo Bule area Kota Baru situ ke, banyak ogha buak.

Faez: Depe buat sendiri ke belajar dari sape agaknye die orang?

Encik Isa: Datok moyang mereke.

Faez: Datok moyang, kirenye warisan nenek moyang kepade anak cucu mereke buat wau. Jadi wau tu akan dimainkan dekat tepi pantai?

Encik Isa: Tepi panta, kat situ ke tempak brangin skek, takka mae tenga banda, tak dok angin situ, tak naek la waunye.

Faez: Yang paling tinggi waunye tinggi mane?

Encik Isa: Tinggi mencecah langit.

Faez: Kalo losong tu ape beza dengan keropok lekor?

Encik Isa: Losong biasonyo kat ganu jo kalo kat sini takdok sini.

Faez: Losong tu makanan Terengganu, saye ingatkan losong tu datang daripade Kelantan jugak. Maksudnye die dari negeri yang berbeze la.

Encik Isa: Tapi ado jo yang buat losong sini tapi oghe mace prefer beli kat Ganu, kat sini tok sedak pon.

Faez: Sebab tempat asalnye ye. Lagi saye nak tanye Kelantan popular dengan Mak Yong, jadi penah Encik Ise tengok orang maen Mak Yong?

Encik Isa: Penah mase kecek dulu, penah la mok ngan bapok bawok pegi tengok Mak Yong tapi yang kecek sume ora tuo la. Sayo pon tak pahe ghoyak gapo tapi bes la tengok wayang kulit, Mak Yong.

Faez: Jadik, kalo wayang kulit pon macam wau jugak kite kene buat. Kalo encik penah tengok orang yang buatnye tu?

Encik Isa: Tak penah, rase mok penah la.

Faez: Saye ade dengo cite yang atok encik ni dulu pakar wayang kulit.

Encik Isa: Tok Suri. Atok sayo mema terkenal tapi lepah die meningga, die tak turon kat anok-anok dio, cucu-cucu dio jadi kami tak tau sangat, tau gitu-gitu jo.

Faez: Kerugian la jugak sebab tidak sempat diwariskan kepade anak-anak cucu. Rugi tau sebabnye ia warisan dunie. Sekarang saye dah ade kat Kelantan cube encik cadangkan ke mane saye wajar pegi?

Encik Isa: Kalo Klate mu bleh gi Wakaf Cek Yeh, mu tau Wakaf Cek Yeh kat Kota Baru , tempa beli-beli bare atau mu bleh gi mace gerbang malam kat Perak tu ha. Lagi mu leh gi Panta Cahayo Bule, Panta Ighama kat Bachok tu, tempat-tempat pelanconge kt sane cantek, cantek-cantek molek.

Faez: Encik ade keturunan darah dari Siam? Katenye orang Kelantan ni banyak darah-darah Patani.

Encik Isa: Ado belah nenek sayo, ado la Sie sikek. Mok ye oghe Sie pah tu mai sini, jumpo Tok Suri tu nikoh tu.

Faez: Tok Suri orang sini la.

Encik Isa: Tok Suri oghe Tumpak pon.

Faez: Jadi ade la darah-darah Sie sampe sekarang.

Encik Isa: Kan Tumpak sempade Sie, mema dekak ngan Sie, meme tak jaoh la.

Faez: Penah ke Sie?

Encik Isa: Penah, dulu tempak tu meme boleh gi, kerajae tak bagi sebab tempak tu bahayo.

Faez: Sebab ape? Ape yang bahayenye tempat tu?

Encik Isa: Kalo ikok kami tak bahayo pon sebabnyo mu naek sampe kan. Sunga tu bukan jaoh mane pon tapi sebabnye yang naek sampa tu jekek tak paka.

Faez: Deras ke air Sungai Golok tu?

Encik Isa: Die depen la kalo time musim meme musim tengkujuh ko meme air tu derah la kan tapi slalu air tu biaso jo.

Faez: Kelantan pon terkenal dengan insiden-insiden banjir ni sebab limpahan air Sungai Golok, penah berlaku kat umah Encik Ise?

Encik Isa: Penah umah keduo sayo dok sini, umah petamo meme tepi Sunga Golok ke. De maso sayo umur belasan tahung dulu ado sekali tengkujuh ke dah tu meme banjir derah habeh sampe bumbung, musnoh bare umah tu.

Faez: Abeh umah tu masuk dalam sunge la.

Encik Isa: Tapi selamatlah kami sekeluargo selamat pei sekolah ka, tingga situ duo, tigo aghi tunggu surut pah tu dapak umah baru.

Faez: Barang-barang rumah tu macam mane pulak?

Encik Isa: Ade dokumen-dokumen penting seperti surat beranok tu sempat la slamatke.

Faez: Maksudnye sebelom banjir tu naik barang-barang ni diambik la, ke dah ditenggelam.

Encik Isa: Baghe yang hok ringa, hok T.V, peti aih sumo tu tak sempak la nak slamat ke.

Faez: Berapa harga kerugian?

Encik Isa: Kalo kire-kire balik ado dekak duo ploh ghibu kot, kreto pon skali.

Faez: Ade berape kali penah berlaku banjir yang penah encik hadapi?

Encik Isa: Duo, tigo kali la tapi umah ni yang keduo.

Faez: Encik Ise dah berkeluarge ke belom?

Encik Isa: Dah.

Faez: Anak berapa?

Encik Isa: Sorang, kembar.

Faez: Saye rase setakat tu aje la Encik Ise, terime kasih bebanyak kerane sudi ditemu bual oleh saye.

Encik Isa: Sesamo.

9.0 TRANSKRIPSI RAKAMAN DALAM BAHASA STANDARDHasil daripada temu bual yang dilakukan, saya telah menterjemahkan dialek yang telah digunakan oleh Encik Isa kepada bahasa Melayu standard.

Faez: Assalamualikum encik, boleh nyatakan nama penuh encik?

Encik Isa: Nama saya ialah Wan Mohamad Norhisham bin Wan Mohamad Nordin

Faez: Dari manakah encik berasal?

Encik Isa: Saya berasal dari Tumpat.

Faez: Apakah perkara-perkara istimewa yang sering dikaitkan dengan Tumpat?

Encik Isa: Terdapat banyak keropok ikan di Tumpat yang menjadikannya lokasi yang istimewa. Selain itu, terdapat beberapa buah tokong siam dibina di situ.

Faez: Apakah jenis ikan yang sering digunakan dalam pembuatan keropok ikan? Adakah jenis ikan yang habitatnya di sungai sesuai digunakan?

Encik Isa: Ikan yang berasal dari sungai tidak sedap. Kebiasaannya ikan gelama digunakan dalam penghasilan keropok ikan.

Faez: Adakah Encik Isa mengetahui cara pembuatan keropok ikan?

Encik Isa: Saya tidak pernah membuat keropokikan tetapi mak cik saya ada menghasilkannya dan saya pernah melihatnya.

Faez: Berapakah harganya apabila dijual?

Encik Isa: Kebiasaannya harganya lebih murah bagi orang Kelantan tetapi dijual pada harga yang lebih tinggi kepada pelanggan yang datang dari luar. Dengan hanya RM10, kita sudah mampu mendapatkan tiga batang keropok.

Faez: Di manakah letaknya tempat-tempat pelancongan menarik di negeri Kelantan?

Encik Isa: Antara tempat pelancongan yang yang kerap dikunjungi oleh pelancong di Kelantan adalah Rantau Panjang kerana kebanyakkan barang-barang yang dijual adaah bebas cukai.

Faez: Adakah encIk mengetahui lokasi pembuatan wau?

Encik Isa: Terdapat ramai pembuat wau berada di sekitar Pantai Cahaya Bulan.

Faez: Adakah mereka mempelajari cara pembuatan wau secara sendiri?

Encik Isa: Mereka mempelajari teknik pembuatan wau daripada nenek moyang mereka.

Faez: Jadi wau-wau tersebut akan dimainkan di tepi pantai?

Encik Isa: Wauakan dimainkandi tepi pantai kerana di situ lebih berangin. Wau tidak akan dimainkan di tengah bandar kerana angin di kawasan tersebut kurang dan wau tidak dapat diterbangkan.

Faez: Berapakah ketinggian yang mampu dicapai oleh wau apabila diterbangkan?

Encik Isa: Ketinggiannya mampu mempu mencecah langit.

Faez: Apakah pula perbezaan losong dan keropok lekor?

Encik Isa: Losong berasal dari Terengganu dan tidak dijual di sini.

Faez: Rupa-rupanya losong merupakan makanan tradisional masyarakat Terengganu, saya fikirkan losong juga berasal dari Kelantan. Maksudny, ia datang dari negeri yang berbeza.

Encik Isa: Ada juga sesetengah masyarakat di sini yang membuat losong tetapi lebih baik jika dibeli dari Terengganu kerana rasanya yang lebih sedap.

Faez: Tambahan pula lonsong berasal dari sana. Seterusnya saya ingi bertanya tentang makyong yang popular di Kelantan. Adakah Encik Isa pernah melihat persembahan Mak Yong?

Encik Isa: Saya pernah melihat persembahan Mak Yong sewaktu kecil dahulu apabila dibawa oleh ibu dan bapa saya tetapi saya tidak memahami apa yang diperkatakan kerana orang tua yang berkta-kata.Bagaimanapun, ia sesuatu yang menyeronokkan untuk melihat wayang kulit dan Mak Yong.

Faez: Baiklah, wayang kulit juga perlu dibentuk dalam pembuatannya seperti juga wau, adakah encik pernah melihat orang menghasilkannya?

Encik Isa: Saya tidak pernah melihat pembuatan wayang kulit tetapi ibu saya pernah melihatnya.

Faez: Saya ada menadapat maklumat yang mengatakan bahawa datuk Encik Isa sebenarnya adalah pakar wayang kulit.

Encik Isa: Beliau digelar Tok Suri, datuk saya memang terkenal tetapi selepas beliau meninggal, beliau tidak mengajar anak cucunya mengenai wayang kulit. Jadi kami tidak begitu memahami seni tersebut dan hanya mengetahui sedikit sahaja.

Faez: Agak rugi kerana tidak sempat diwariskan kepada anak cucu. Tambahan pula ia merupakan warisan dunia. Sekarang saya sudah berada di Kelantan, bolehkah encik cadangkan tempat yang sewajarnya saya lawati.

Encik Isa: Kalau di Kelantan, kamu boleh pergi ke Wakaf Cek Yeh di Kota Bharu. Tempat tersebut meupakan kawasan membeli barang. Kamu juga boleh pergi ke Rantau Panjang. Keadaannya seperti Gerbang Malam di Ipoh, Perak. Kemudian, kamu boleh pergi ke Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Irama di Bachok.Tempat-tempat pelancongan di sini cantik-cantik belaka.

Faez: Adakah encik memiliki pertalian darah dengan masyarakat Siam? Dikatakan bahawa masayarakat Kelantan di sini banyak pertalian dengan masyarakat Pattani.

Encik Isa: Saya memiliki perkaitan dengan masyarakat Siam melalui nenek saya. Ibunya yang datang berhijrah ke sini.

Faez: Bagaimana pula dengan Tok Suri?

Encik Isa: Beliau memang berasal dari Tumpat.

Faez: Tumpat juga terletak berdekatan dengan Thailand, adakah encik pernah ke sana?

Encik Isa: Saya pernah pergi ke sana. Dahulu sememangnya boleh datang dari Malaysia dengan menaiki sampan tetapi pada hari ini sudah tidak dibenarkan kerana dilarang oleh pihak kerajaan yang menyatakan bahawa tempat tersebut adalah berbahaya.

Faez: Apakah punca yang menjadikan tempat tersebut dilabelkan sebagai bahaya?

Encik Isa: Sebenarnya tidaklah begitu bahaya kerana sungai di situ tidaklah luas tetapi mereka yang menaiki sampai untuk ke sana tidak memakai jaket keselamatan. Mungkin itulah punca larangan dikeluarkan.

Faez: Adakah arus air Sungai Golok itu deras?

Encik Isa: Jikalau musim tengkujuh sememangnya sungai tersebut deras tetapi biasanya tidak.

Faez: Kelantan juga terkenal dengan insiden banjir yang disebabkan oleh limpahan air Sungai Golok, pernahkan kejadian tersebut berlaku kepada encik?

Encik Isa: Sekarang saya tinggal di rumah kedua saya. Rumah pertama yang saya duduki sememangnya berdekatan dengan Sungai Golok. Semasa saya berusia belasan tahun pernah berlaku musim tengkujuh yang mengakibatkan air banjir meningkat sehingga ke bumbung rumah dan mengakibatkan barang-barang di dalam rumah itu musnah.

Faez: Bagaimanakah keadaan rumah tersebut ketika itu?

Encik isa: Rumah tersebut habis ditenggelami air. Bagaimanapun kami sekeluarga selamat kerana dipindahkan ke sekolah selama beberapa hari dan mendapat rumah yang baru.

Faez: Bagaimana pula dengan barang-barang di dalam rumah?

Encik Isa: Beberapa dokumen penting dapat diselamatkan.

Faez: Maksudnya, sebelum banjir tersebut menjadi semakin buruk, beberapa jenis barang sempat diselamatkan.

Encik Isa: Barang yang ringan sahaja dapat diselamatkan. Televisyen, peti ais dan barang-barang yang lain tidak sempat diselamatkan.

Faez: Berapakah jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung?

Encik Isa: Kerugian yang terpaksa ditanggung kira-kira RM20,000. Kerugian terhadap kereta juga terpaksa ditanggung.

Faez: Berapa kali kejadian banjir yang pernah encik hadapi?

Encik Isa: Saya pernah berhadapan dengan kejadian banjir sebnayak du, tiga kali tetapi sekarang saya tinggal di rumah kedua saya.

Faez: Adakah Encik Isa sudah berkeluarga?

Encik Isa: Saya sudah berkeluarga.

Faez: Berapa orang anak yang sudah encik miliki?

Encik Isa: Saya memiliki dua orang anak kembar.

Faez: Setakat ini sahajalah temu bual yang ingin saya jalankan bersama encik. Terima kasih kerana sudi ditemu bual.

Encik Isa: Sama-sama.

10.0 ANALISIS DIALEKAnalisis dialek Kelantan dilakukan sebagai kesinambungan kepada hasil temu bual yang telah saya lakukan. Berikut saya senaraikan contoh-contoh perkataan dialek Kelantan yang memiliki perbezaan dengan bahasa Melayu standard. Setiap perkataan yang dinyatakan memiliki perbezaan cirinya apabila wujud dalam bentuk dialek.

10.1 Senarai Perkataan dalam Dialek (Kelantan)BIL.DIALEK KELANTANBAHASA STANDARD

1asaasal

/asa//asal/

-/a/ di awal dan akhir perkataan-/s/ di tegah perkataan-Berlaku pengguguran /l/ dalam dialek ini daripda perkataan asal

2ambohamba

/amb//hamba/

-/b/ di tengah perkataan-/m/ di tengah perkataan-/h/ di awal pekartaan digugurkan dan /a/ ditukar menjadi // di akhir perkataan

3bapokbapa

/bap?//bapa/

- /b/ di awal perkataan -/a/ di tengah perkataan - /p/ di tengah perkataan -// di tengah perkataan - /?/ di akhir perkataan-Penambahan /?/ di akhir perkataan dan perubahan /a/ kepada // pada suku kata kedua

4baghebarang

/bae//bara/

-// di tengah perkataan-/e/ di akhir perkataan-Pengguguran // dan penyebutan /r/ menjadi //. /a/ pada suku kata kedua juga menjadi /e/

5buakbuat

/bua?//buat/

-/u/ di tengah perkataan-/t/ diubah menjadi /?/

6bawokbawa

/baw?//bawa/

-/w/ di tengah-Penambahan /?/ dan pengubahan /a/ menjadi // pada suku kata kedua

7cukacukai

/uka//ukai/

-// di awal perkataan-/k/ di tengah-Pengguguran /i/ dalam sebutan

8duodua

/du//dua/

-/d/ di awal perkataan-Pengubahan /a/ kepda //

9dekekdekat

/dke?//dekat/

-// di tengah perkataan-/k/ di tengah perkataan-/e/ di tengah perkataan-/t/ diubah menjadi /?/ dan /a/ menjadi /e/

10derahderas

/drah//dras/

-/r/ di tengah perkataan-/h/ di akhir perkataan-/s/ diubah menjadi /h/

11gapoapa

/gap//apa/

-/g/ di awal perkataan-Penambahan /g/ di awal perkataan dan /a/ diubah menjadi // di akhir perkataan

12ghoyaksebut

/yak//sebut/

-// di awal perkataan-/y/ di tengah perkataan-Dialek setempat yang berbeza dengan bahasa Melayu standard

13ghiyaringgit

/iya//rigit/

-/i/ di tengah perkataan-Dialek setempat yang berbeza dengan bahasa Melayu standard. Pinjaman perkataan Arab

14gelamogelama

/glam//glam/

-/l/ di tengah perkataan-/a/ digantikan dengan //

15ikeikan

/ike//ikan/

-/i/ di awal perkataan-/a/ dan /n/ digantikan dengan /e/

16kecekkecil

/ke?//kil/

-/k/ di awal perkataan-// di tengah perkataan-/i/ digantikan dengan /e/ manakala /l/ menjadi /?/

17kalokalau

/kal//kalau/

-/au/ diubah menjadi //

18kepokkeropok

/kpo?//kropo?/

-/o/ di tengah perkataan-Pengguguran suku kata kedua. Melibatkan /r/ dan /o/

19mokemak

/m?//m?/

-Pengguguran /e/ dan /a/ digantikan dengan //

20memememang

/meme//mem/

-/m/ di awal perkataan-/a/ dan // digantikan dengan /e/

21molekbagus

/mle?//bagus/

-Dialek setempat yang berbeza dengan bahasa Melayu standard

22macemacam

/me//mam/

-/a/ dan /m/ digantikan dengan /e/

23nikohnikah

/nikh//nikah/

-/n/ di awal perkataan-/a/ digantikan dengan //

24ogheorang

/e//ora/

-// di awal perkataan-/r/ diubah menjadi // manakala /a/ menjadi /e/. // terus digugurkan

25pantapantai

/panta//pantai/

-/p/ di awal perkataan-/n/ di tengah perkataan-/t/ di tengah perkataan-/i/ digugurkan dalam penyebutan perkataan

26sembilesembilang

/sembile//sembila/

-/s/ di awal perkataan-// digugurkan dan /a/ digantikan dengan /e/

27sedaksedap

/sda?//sdap/

-/d/ di tengah perkataan-/p/ digantikan dengan /?/

28sikeksikit

/sike?//sikit/

-/i/ digantikan dengan /e/ manakala /t/ digantikan dengan /?/

29tokotokong

/tk//toko/

-/t/ di awal perkataan-// digugurkan dan /o/ menjadi //

30tenggeletenggelam

/tgle//tglam/

-// di tengah perkataan-/g/ di tengah perkataan-/m/ digugurkan dan /a/ digantikan dengan /e/

31teghuhterus

/tuh//trus/

-/r/ digantikan dengan // dan /s/ di akhir perkataan menjadi /h/

32tuotua

/tu//tua/

-/a/ digantikan dengan //

33toktidak

/t?//tida?/

-/i/, /d/ dan /a/ digantikan dengan //

34sungasungai

/sua//suai/

-/i/ digugurkan daripada sebutan perkataan

35tengatengah

/ta//tah/

-/h/ digugurkan daripada sebutan perkataan

36josahaja

///sahaa/

-// di awal perkataan-Hanya suku kata terakhir diambil dan /a/ diubah menjadi //

37penahpernah

/pnah//prnah/

-/h/ digugurkan daripada sebutan perkataan

38pakapakai

/paka//pakai/

-/i/ digugurkan daripada sebutan perkataan

39mahamahal

/maha//mahal

-/h/ di tengah perkataan-/l/ digugurkan daripada sebutan perkataan

40kekan

/k//kan/

Imbuhan kan ini menghadapi penguguran /a/ dan /n/ kemudian diganti dengan //

Jadual 9: Analisis dialek.

10.2 Statistik Fonem dalam DialekBIL.FONEMPENGGUNAAN

AWALTENGAHAKHIR

1/a////

2/b///

3///

4/d///

5/dh/

6/e///

7///

8/f/

9/g///

10////

11/h///

12/i///

13///

14/k///

15/x/

16/l//

17/m///

18/n///

19///

20//

21/o////

22/p///

23/r//

24/s///

25//

26/t///

27//

28/u//

29/v/

30/w//

31/j//

32/z/

Jadual 10: Statistik fonem dialek Kelantan yang ditemui dalam temu bual yang dijalankan.

REFLEKSI

Saya dikehendaki untuk melaksanakan tugasan ini secara individu. Antara perkara yang perlu terkandung di dalam tugasan adalah seperti menghuraikan perkara-perkara berkaitan fonetik, fonologi, artikulasi, dan artikulator. Selain itu, saya juga dikehendaki untuk membuat transkripsi rakaman cerita dalam dialek anda dan memprosakannya ke dalam Bahasa Melayu standard. Pada akhir pelaksanaan tugasan ini, saya perlu membuat refleksi dan menyerahkannya pada tarikh yang telah ditetapkan.Sepanjang proses menyelesaikan tugasan ini berlangsung, saya telah dapat mengenal pasti beberapa kekuatan dan kelemahan yang perlu diambil perhatian untuk kebaikan bersama. Antara kekuatan yang boleh diperkatakan tentang tugasan ini adalah pengalaman saya sendiri yang sudah mempelajari asas kepada fonetik dan fonologi sebelum ini. Walaupun apa yang saya pelajari itu adalah asas sahaja, ia adalah sangat penting untuk mempelajari bahagian yang lebih tinggi. Asas yang tidak kukuh boleh menyebabkan kita terus keliru tentang apa yang telah kita pelajari. Selain itu, saya juga dapat berkongsi idea dan maklumat daripada rakan-rakan walaupun tugasan ini adalah tugasan individu. Kerjasa yang tejalin itu secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi hubungan saya dengan rakan yang lain. Hasil kerja yang saya lakukan juga menjadi lebih berkualiti apabila rakan-rakan yang lain memberi komen dan cadangan bagi penghasilan tugasan yang lebih baik. Mereka yang membantu umpama pengganti pensyarah kerana mereka lebih dekat dan mudah dihubungi. Bagaimanapun, pensyarah tetap menjadi rujukan utama kepada saya.Kelemahan tetap dapat ditemui dalam apa sekalipun perkerjaan yang kita lakukan. Dalam pelaksanaan tugasan ini, kelemah yang dapat saya kenal pasti apabila ingin membuat rujukan daripada buku-buku berkaitan fonetik dan fonologi. Tidak menjadi masalah untuk mendapat buku rujukan tetapi kandungan dalam buku rujukan yang ditemui adalah berbeza-beza. Lihat sahaja kepada contoh mudah iaitu penulisan e pepet dan e taling. Cara penulisan dalam Kamus Dewan adalah berbeza dengan apa yang dipelajari oleh saya daripada buku rujukan hasil penulisan Siti Hajar Abdul Aziz. Mujur penyarah mata pelajarnya ini peka terhadap kekeliruan yang saya dan rakan lain hadapi. Beliau memberi kelonggaran kepada saya untuk memilih mana-mana cara penulisan asalkan disertakan dengan bukti rujukan.Kelemahan lain yang perlu diperbaiki adalah cara penulisan soalan tugasan yang diserahkan kepada guru pelatih. Seharunya soalan tugasan yang diberikan jelas dan mudah difahami oleh guru-guru pelatih yang terlibat. Apa yang saya perhatikan, terdapat arahan bertindih dan ini cukup mengelirukan saya. Akibatnya, proses pelaksanaan tugasan ditangguhkan seketika bagi mendapatkan penerangan yang lebih jelas daripada pensyarah agar tiada kesilapan dilakukan. Akhirnya, keadaan ini dapat diselesaikan dan saya dapat menyelasaikan tugasan ini dengan jayanya.Saya juga mendapati bahawa segelintir daripada rakan saya terlalu taksub untuk menghasilakan tugasan yang tebal dan disertakan dengan isi-isi yang tidak terkandung dengan kehendak soalan. Kelemahan tersebut seharusnya disedari oleh semua pihak kerana tugasan yang dilaksanakan tanpa mengikut kehendak soalan bermakna mereka tidak memahami soalan tersebut. Perkara ini juga memperlihatkan bahawa mereka tidak yakin dengan apa yang mereka sertakan dalam tugasan dan hanya bermatlamat untuk mendapat markah yang tinggi tanpa memikirkan kualiti. Sangat penting kepada guru pelatih agar tidak terpengaruh dengan sesuatu yang bersifat kuantitatif tanpa memikirkan kualiti perkara yang dilakukan.

Kesimpulannya, tugasan ini agak mencabar bagi saya. Terdapat beberpa kekuatan dan kelemahan yang seharusnya diberikan perhatian supaya penambahbaikkan bersama dapat dilakukan. Hasilnya, semua pihak akan mendapat kebaikannya. Tugasan ini juga telah dapat meningkatkan kefahaman saya mengenai fonetik dan fonologi. Saya juga bertambah yakin untuk menjadi guru yang cemerlang dan dapat memberi inspirasi kepada masyarakat. Ilmu yang saya miliki mungkin masih sedikit dan saya akan menggunakan masa yang ada ini untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran saya.

RUJUKAN

Siti Hajar Abd Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Noresah Baharom et al. (2007). Kamus Dewan (edisi ke-4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaEncik Januri. (2011). Artikulasi dan Artikulator. Dicapai pada 15 Ogos 2012 daripada http://januri42.blogspot.com/2011/07/artikulasi-dan-artikulator.htmlMohd Ruslee Mohd Salleh. (2010). Artikulasi dan Artikulator. Dicapai pada 15 Ogos 2012 daripada http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com/2010/12/bmm3107-artikulasi-dan-artikulator.htmlPaDin. (2009). Bab 1: Definisi Kajian Fonetik dan Fonologi. Dicapai pada 15 Ogos 2012 daripada http://pjjmatematik.blogspot.com/2011/05/kajian-fonetik-dan-fonologi.htmlTiada Nama Pengarang. (2011). Fonologi - Bunyi Vokal dan Konsonan.Dicapai pada 15 Ogos 2012 daripada http://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/02/fonologi-bunyi-vokal-dan-konsonan.html

LAMPIRAN17