56

Click here to load reader

Nota Fonetik n Fonologi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Nota Fonetik n Fonologi

1.0 DEFINISI FONOLOGI

Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang

terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini disebut juga oleh

kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi

kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah

disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan

fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada

kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat

bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ).

Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi

sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.

Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi

terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau

pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system

bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas

daripada pendapat Henderson yang menyatakan :

“ The study of the systematic organization of selected speech sounds in the

spoken form of individual language has variously been called “ phonology “.

Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional

phonetics “. Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan,

menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi

dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang

tertentu itu.

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang

mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah

bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi

dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya.

1

Page 2: Nota Fonetik n Fonologi

Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk

bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyi bukan bahasa seperti

dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang

fonetik.

2

Page 3: Nota Fonetik n Fonologi

2.0 DEFINISI FONETIK

Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan

Rodman ( 1983 ) fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang

membawa makna dalam semua bahasa manusia”. Walau bagaimanapun,

pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui tiga perspektif

yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik.

Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract )

menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana

pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik

meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri.

Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik

mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia,

baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan

memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang

fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma

badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi.

Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga

menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan

klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini.

Kesimpulannya, kedua-dua pendapat yang diberikan ini telah

menjelaskan tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik.

Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu

tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan,

hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang

membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah

fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya

dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya

diistilah sebagai fonemik.

3

Page 4: Nota Fonetik n Fonologi

Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik

deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau

melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan

fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa

dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Dengan

singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi

ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran

umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu

dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data

deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan

pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud

bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan

mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang

yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.

4

Page 5: Nota Fonetik n Fonologi

3.0 DEFINISI BAHASA

Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan

kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan

asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan

semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur

itu adalah satu keanehan. Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia

bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya

masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak

bertutur. Sekiranya ia diletakkan dalam satu masyarakat lain, ia akan terus

berjalan dan seterusnya menuturkan bahasa masyarakatnya yang baru itu.

Ini menunjukkan bahawa berjalan adalah fungsi biologi tubuh badan secara

naluri, tetapi pertuturan adalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari. Jika

diteliti akan cara orang bertutur tentang bahasa, kita sering mendapati

bahawa bahasa itu sering dianggap sebagai suatu alat yang boleh dipunyai,

diperoleh malah dihalangi.

Ahli-ahli linguistik pula sering memperkatakan mengenai bahasa

sebagai sesuatu yang berlaku seolah-olah ia suatu objek seperti jam loceng

yang mempunyai struktur dalaman yang boleh dikaji. Anggapan sebegini

tidaklah tepat kerana bahasa itu seringkali dirujuk sebagai organisma yang

hidup.

Ahli-ahli psikologi pula menganggap bahasa itu sebagai alat untuk

melahirkan perasaan, menyampaikan ilmu, mencipta keindahan, menurunkan

ilmu kebudayaan peradaban dan untuk berkomunikasi (Raja Mukhtaruddin

Mohd Dain, 1982:29). Pendapat ahli-ahli psikologi ini ada benarnya dalam

beberapa perkara. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan

bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,

marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting

seperti intonasi, tekanan dan jeda. Pada aspek keindahan pula, seseorang itu

5

Page 6: Nota Fonetik n Fonologi

menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan

sebagainya dalam bahasa yang puitis. Bagi menyampaikan ilmu, bahasa

memerlukan alat yang berkuasa merakamnya. Sesungguhnya ilmu yang kita

miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.

6

Page 7: Nota Fonetik n Fonologi

3.1 Bunyi Bahasa

Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara

yang bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui

tengkorak, kitar suara, rongga takak dan mulut atau hidung atau kedua-

duanya. Udara yang kelar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga

dan akhirnya didengar sebagai bunyi.

Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di

seluruh dunia. Bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.

Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan.

Pada hakikatnya, bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi.

Kita sedia memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna.

Ini kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara

yang dituturkan. Oleh itu, bunyi bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang

dihasilkan oleh alat artikulasi. Alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-

organ yang berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

3.2 Alat-alat Pertuturan

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk

menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan

berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan

yang mendalam tentangnya. 

Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan

fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan

pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang

berfungsi dalam sesuatu bahasa.

7

Page 8: Nota Fonetik n Fonologi

1. Bibir atas 11. Tengah lidah

2. Bibir bawah 12. Belakang lidah

3. Gigi atas 13. Akar lidah

4. Gigi bawah 14. Epiglotis

5. Gusi 15. Pita suara

6. Lelangit keras 16. Rongga tekak

7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung

8. Anak tekak 18. Rongga mulut

9. Hujung lidah 19. Rahang

10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan dan fungsinya seperti

yang berikut :

8

Page 9: Nota Fonetik n Fonologi

3.3 Fungsi Alat Pertuturan

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam

pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada  empat bahagian, iaitu

hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan  belakang lidah. Pembahagian

ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.

Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam

pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan

belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh

digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.  

Gigi 

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi

peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan

sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran

udara inilah yang menghasilkan bunyi. 

Bibir 

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga

mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan

dibundarkan dan berperanan  mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir

juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga

berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga

mulut. 

Gusi

Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke

bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan

dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 

9

Page 10: Nota Fonetik n Fonologi

Lelangit 

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras

dan lelangit lembut.  Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras

hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di

bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup

atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila

dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga

mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara

terpaksa keluar melalui rongga hidung.  

Rongga Hidung 

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga

hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada

anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting

dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara

memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping

selaput nipis berkenaan.

10

Page 11: Nota Fonetik n Fonologi

4.0 BUNYI VOKAL

11

Page 12: Nota Fonetik n Fonologi

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak

mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang

bersuara iaitu ketika menghasilkan bunyi tersebut, pita suara digetarkan.

Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan

bentuk bibir. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan

berpanjangan dalam erti kata bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih

panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.

Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu enam vokal asli { a, e, i ,o dan u }

dan dua vokal yang terdapat dalam kebanyakan dialek { ε,dan .{ כ

Terdapat empat vokal depan, iaitu [ i ] , [ e ], [ε ], dan [ a ], satu vokal

tengah [ ə ] dan tiga vokal belakang [ u ], [ o ] dan [ כ ] .

Walaupun dari segi tulisan dan penyebutan standard, vokal-vokal di

dalam bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis, tetapi di dalam

pertuturan, terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan. Vokal-vokal

itu dapat digambarkan melalui carta vokal yang disediakan.

Kata depan, tengah dan belakang lidah merujuk kepada bahagian

pada lidah. Rajah di bawah ini menunjukkan keratan rentas lidah. Garis-

garis melintang menunjukkan ketinggian lidah. Rajah tersebut juga

menunjukkan kedudukan lidah semasa bunyi vokal dihasilkan. Bibir dalam

keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan dihasilkan, manakala bibir

dalam keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan. Keadaan bibir

neutral semasa menghasilkan vokal tengah.

Kedudukan vokal-vokal tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut :

12

Page 13: Nota Fonetik n Fonologi

Nama Vokal

Lambang

Contoh (awal ,tengah, akhir

kata )

Vokal depan sempit [ i ] Ikan, bila, kail

Vokal depan separuh

sempit ( e taling )

[ e ] Ekor, boleh, taugeh.

Vokal depan separuh luas [ ε ] εlok, tεlor

Vokal depan luas [ a ] anak, masa, lima

Vokal tengah ( e pepet ) [ ə ] əmak, bətul

Vokal belakang sempit [ u ] Udang, butang, lalu

Vokal belakang separuh

Sempit

[ o ] otak, bosan, logo

Vokal belakang separuh luas [ כ ] .lehכrang, bכ

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak

mengalami sekatan atau himpitan.  Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh 

pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-

vokal dapat dilihat seperti berikut:

Carta Vokal

5.0 BUNYI KONSONAN.

13

Page 14: Nota Fonetik n Fonologi

Konsonan adalah bunyi bahasa yang apabila di keluarkan

bunyi – bunyi ini akan menerima sempitan, sekatan dan geseran sama ada di

bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi konsonan boleh

mempengaruhi bunyi vokal dalam sebutan, misalnya apabila menyebut

konsonan sengau, bunyi vokal yang mengikutinya turut akan disengaukan.

Proses ini dinamakan sengauan.

Konsonan terbahagi kepada dua iaitu:

1. Bunyi Konsonan Melayu Asli

Terdapat 19 bunyi konsonan Melayu asli iaitu:

[p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara

[b] Konsonan letupan dua bibir bersuara

[t] Konsonan letupan gusi tidak bersuara

[d] Konsonan letupan gusi bersuara

[k] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara

[g] Konsonan letupan lelangit lembut bersuara

[ʔ] Hentian glotis

[č] Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara

[ǰ] Konsonan letusan lelangit keras bersuara

[s] Konsonan geseran gusi tidak bersuara

[r] Konsonan geseran gusi bersuara

[h] Konsonan geseran glotis bersuara

[l] Konsonan geseran sisian gusi bersuara

[m] Konsonan sengau dua bibir bersuara

[n] Konsonan sengau gusi bersuara

[ŋ] Konsonan sengau lelangit lembut bersuara

[ɲ] Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara

[w] Separuh vokal dua bibir bersuara

[j] Separuh vokal lelangit keras bersuara

2. Bunyi Konsonan Melayu Pinjaman

14

Page 15: Nota Fonetik n Fonologi

Terdapat 8 bunyi konsonan Melayu pinjaman iaitu:

[f] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara

[v] Konsonan geseran bibir gigi bersuara

[θ] Konsonan geseran gigi tidak bersuara

[ŏ] Konsonan geseran bersuara

[z] Konsonan geseran gusi bersuara

[š] Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak

bersuara

[x] Konsonan geseran lelangit lembut tidak bersuara

[γ] Konsonan geseran lelangit lembut bersuara

Cara Membunyikan Konsonan Melayu Asli

Rajah berikut menunjukkan bagaimana bunyi konsonan Melayu asli

dihasilkan.

Cara

Penghasilan

Daerah Artikulasi

Dua

BibirGusi

Gusi

Lelangit

Keras

Lelangit

Keras

Lelangit

lembut

Pita

Suara

Letupan p b t d k g ʔ

Letusan č ǰ

Geseran s h

Getaran r

Sisian l

Sengauan m n ɲ Ŋ

Separuh

Vokalw J

5.1 Konsonan Letupan

15

Page 16: Nota Fonetik n Fonologi

(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]

Cara membunyikannya:

1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus

udara dari paru-paru ke rongga mulut.

2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak

untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3. Pita suara direnggangkan.

4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan

pita suara.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].

(b) Konsonan letupan dua bibir bersuara [b]

Cara membunyikannya:

Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [p].

Bezanya ialah:

1. Pita suara dirapatkan.

2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan

menggetarkan pita suara.

3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].

(c) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]

16

Page 17: Nota Fonetik n Fonologi

Cara membunyikannya:

1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan

penuh pada arus udara.

2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding

rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.

3. Pita suara direnggangkan.

4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa

menggetarkan pita suara.

5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-

merta.

6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].

(d) Konsonan letupan gusi bersuara [d]

Cara membunyikannya:

Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [t].

Bezanya ialah:

1. Pita suara dirapatkan.

2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan

menggetarkan pita suara.

3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d].

(e) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]

17

Page 18: Nota Fonetik n Fonologi

Cara membunyikannya:

1. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat

sekatan penuh pada arus udara.

2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi

menutup arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3. Pita suara direnggangkan.

4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa

menggetarkan pita suara.

5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta-

merta.

6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara

[k].

(f) Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]

Cara membunyikannya:

Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [k].

Bezanya ialah:

4. Pita suara dirapatkan.

5. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan

menggetarkan pita suara.

6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

(g) Hentian glotis [ʔ]

18

Page 19: Nota Fonetik n Fonologi

Cara membunyikannya:

Semasa udara dari peparu keluar lelangit lembut dan anak tekak akan

dinaikkan ke belakang dinding rongga tekak untuk membuat sekatan

udara dari peparu ke rongga hidung. Manakala pita suara pula

diarapatkan sepenuhnya supaya udara tersekat di belakang pita suara.

Udara disekat oleh pita suara tanpa menggetarkan pita suara

5.2 Konsonan Letusan

(a) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č]

19

Page 20: Nota Fonetik n Fonologi

Cara membunyikannya:

1. Hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat

sekatan pada arus udara.

2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding

rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari

paru-paru ke rongga hidung.

3. Pita suara direnggangkan.

4. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa

menggetarkan pita suara.

5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras

dilepaskan perlahan-lahan.

6. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras tidak bersuara [č].

(b) Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ǰ]

Cara membunyikannya:

Cara membunyikannya sama seperti membunyikan konsonan [č].

Bezanya ialah:

1. Pita suara dirapatkan.

2. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan

menggetarkan pita suara.

3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras bersuara [ǰ].

5.3 Konsonan Geseran

(a) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]

20

Page 21: Nota Fonetik n Fonologi

Cara membunyikannya:

Konsonan geseran adalah dengan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat

sempitan pada arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak

dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga

hidung. Pita suara di renggangkan, arus udara melaui rongga mulut tanpa

menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi ( s ).

5.4 Konsonan Getaran

(a) Konsonan getaran gusi bersuara [r]

Cara membunyikannya:

21

Page 22: Nota Fonetik n Fonologi

Konsonan getaran terjadi apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga

udara melalui antara lidah dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada

waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil pada waktu itu dinamakan bunyi

getaran gusi bersuara ( r ).

5.5 Konsonan Sisian

(a) Konsonan sisian gusi bersuara [l]

Cara membunyikannya:

22

Page 23: Nota Fonetik n Fonologi

Konsonan sisian berlaku apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan

udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara

keluar melalui bahagian tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi

sisian sisi bersuara ( l )

5.6 Konsonan Sengauan ( nasal )

Konsonan Sengauan ini boleh dibahagikan kepada empat bunyi nasal yang

terdapat di dalam bahasa melayu. Perbezaan yang berlaku pada keempat –

23

Page 24: Nota Fonetik n Fonologi

empat bunyi nasal itu adalah pada daerah udara disekat yang berlaku pada

rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. Contohnya

adalah :-

(a) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]

Cara membunyikannya:

Semasa udara dari peparu dikeluarkan, bibir bawah akan dirapatkan untuk

membuat sekatan udara. lelangit lembutn dan anak tekak akan ditirunkan

manakala pita suara akan dirapaatkan.arus udara akan menggetarkan pita

suara dan akan masuk ke rongga mulut seterusnya ke rongga hidungakan

menghasilkan bunyi [m]. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

24

Page 25: Nota Fonetik n Fonologi

(b) Konsonan sengau gusi bersuara [n]

Cara membunyikannya:

Apabila udara dilepaskan secara perlahan-lahan melalui pita suara yang

dirapatkan dan terus melalui mulut terus ke rongga hidung kerana hujung

lidah dinaikkan ke atas gusi untuk membuat sekatan udara. Ini akan

menghasilkan bunyi sengauan bersuara [n].

(c) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ]

Cara membunyikannya:

25

Page 26: Nota Fonetik n Fonologi

Cara pengeluar udara bagi konsenan sengauan [ŋ] adalah sama tetapi

berbeza pada sekatan di mulut iaitu arus udara di sekat oleh lidah

belakang dan lelangit lembut yang menyebabkan udara terus ke

hidung.

(d) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ɲ]

Cara membunyikannya:

26

Page 27: Nota Fonetik n Fonologi

Depan lidah dianakkan ke lelangit keras. Pita suara dirapatkan. Pita suara

akan ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung kerana lelangit lembut dan

anak tekak tidak dirapatkan. Maka terhasillah bunyi sengauan bersuara [ɲ].

5.7 Separuh Vokal

(a) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]

27

Page 28: Nota Fonetik n Fonologi

Cara membunyikannya:

Bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Lelangit

lembut akan dinaikkan ke belakang tekak untuk membuat sekatan ke rongga

hidung.udara dari peparu akan keluar ke rongga mulut. Pita suara pula akan

bergetar dan lidah bergerak pantas untuk membunyikan vokal tengah [ә].

(b) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Cara membunyikannya:

28

Page 29: Nota Fonetik n Fonologi

Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. Bibir dihamparkan dan lelangit

lembut dinaikkan ke belakang nak tekak. Pita suara di getarkan sambil lidah

bergerak pantas untuk membunyikan vokal [ә].

6.0 BUNYI DIFTONG

29

Page 30: Nota Fonetik n Fonologi

Diftong akan terjadi bila terdapat gabungan dua vokal yang terdapat di

dalam satu suku kata, yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen.

Diftong bermula daripada perkataan inggeris yang mana dua vokal hadir

dalam konteks yang sama, yang pertama mengikuti yang kedua. Manakala

dalam bahasa melayu terdapat tiga diftong iaitu ( au, oi, ai ) seperti yang

digambarkan dengan gambarajah di bawah :-

PERGERAKAN LIDAH UNTUK MEMBUNYIKAN DIFTONG

Diftong yang pertama ialah diftong ( ai ) iaitu bahagian depan lidah

pada mulanya berada pada kedudukan untuk vokal ( a ) tetapi kemudiannya

bergerak kepada kedudukan untuk vokal ( i ) tetapi tidak setinggi

sebagaimana membunyikan ( i ). Contoh [pakai].

Diftong yang kedua pula ialah [ai]. Pada ketika ini depan lidah berada

pada kedudukan untuk vokal [a] tetapi kemudiannya bergerak untuk vokal [u];

bibir yang mula-mula dihamparkan, kemudiaannya dibundarkan pula.

Contoh [pulau].

30

(a) (ai)(b) (au)(c) (oi)

Hadapan sempit

Separuh sempit

Separuh luas

luas

Tengah Belakang

(a) (b)

(c)

o

u

εכ

i

e

a

Page 31: Nota Fonetik n Fonologi

Diftong yang ketiga pula ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan, lidah

berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang

mula – mula bundar tetapi kemudian bekeadaan hampar. Contoh [amboi].

RUJUKAN

31

Page 32: Nota Fonetik n Fonologi

i. Dr Ali Mahmood, Masudi Bahari, Lokman Abdul Wahid (IPBMM)

(2007). Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Selangor.

Meteor Doc Sdn. Bhd.

ii. Awang Sariyan (1995). “Mari berbahasa baku: Sebutan baku dan

ejaan rumi.” Selangor: Synergymate Sdn. Bhd

iii. Mahani Razali dan Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan,

Pendekatan Kontemporari. Universiti Pendidikan Sultan Idris. McGraw-

Hill Sdn Bhd.

iv. Nik Safiah Karim dan Farid M. Onn. 2004. Tatabahasa Dewan Edisi

Baru. Kuala Lumpur. Dawarna Sdn Bhd.

v. Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. Jurnal. Pengantar

Linguistik Am. Karyanet.

vi. Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1,

Oxford Fajar Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

vii. www.ship.edu/~cgboeree/bandura.html http://www.karyanet.com.my

viii. http://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/105konsonan.hm

ix. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

x. http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf

32

Page 33: Nota Fonetik n Fonologi

TRANSKRIP ASAL

33

Page 34: Nota Fonetik n Fonologi

Satu Bahasa, Satu Bangsa.

Bahasa yang membentuk sebuah bangsa Malaysia ialah bahasa kebangsaan

iaitu bahasa melayu kerana “bahasa jiwa bangsa”. Bahasa sangat berdaulat kerana

boleh membentuk jiwa dan jati diri kebangsaan.

Jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul

mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kita

sebagai satu bangsa Malaysia. Sebaliknya, jika kita mendaulatkan bahasa-bahasa

asing, akan terpancarlah `jati diri asing'. Lantas, akan terencatlah pembentukan jati

diri kita sebagai bangsa Malaysia. Walaupun, kita dituntut menguasai bahasa asing,

tetapi janganlah pula jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Ini

bukanlah budaya bangsa yang maju.

Bahasa kebangsaan juga berperanan sebagai bahasa ilmu dalam segenap

bidang, bahasa pentadbiran, bahasa ekonomi, bahasa sosial dan bahasa peradaban

moden. Oleh itu, kepentingan bahasa kebangsaan sebagai wadah terpenting, selain

wadah pendidikan dan kebudayaan kebangsaan, untuk membentuk keperibadian

bangsa Malaysia.

Di sini terletaknya peranan bahasa kebangsaan dalam rancangan

merealisasikan Wawasan 2020. Sekiranya kita mengabaikan peranan dan

kepentingan bahasa kebangsaan, ini bermakna kita telah tergelincir daripada

gerabak pembentukan bangsa Malaysia itu sendiri.

34

Page 35: Nota Fonetik n Fonologi

BIODATA

35

Page 36: Nota Fonetik n Fonologi

Nama : MOHD HAZIM BIN ABDUL KADIR

Tarikh lahir : 1 JANUARI 1988

Umur : 22

Status : BUJANG

Alamat rumah : 1243 LRG MURNI,

KG SEBERANG LIMBONGAN,

22200 KAMPONG RAJA,

TERANGGANU.

Negeri : TERANGGANU

Pekejaan : PELAJAR (BAKAL GURU)

institut / Universiti: INSTITUT PERGURUAN KAMPUS KOTA BHARU

[# sɔ bahasɔ # sc baŋsɔ # `]

36

Page 37: Nota Fonetik n Fonologi

[# bahasɔ məa betu? səbuɔh baŋsɔ məa lajsia ialah bahasɔ kəbaŋsaƐ

iaitu bahasɔ məa layu səbab bahasɔ ǰiwɔ baŋsɔ #] [# bahasɔ saŋãt bədaṵlat

səbab bahasɔ məa betu? ǰiwɔ dƐ ǰati diɣi kəbaŋsaƐ #]

[# kalu səluruh ra?jat məa lajsia tɔ? kirɔ bezɔ asal-usul mendaṵlatkƐ

bahasɔ kəbaŋsaƐ # mãkɔ nãpɔ? Čitrɔ dƐ kəpəribadiƐ kitɔ səbagai sc baŋsɔ

məa lajsia #] [# kalu kitɔ daṵlat bahasɔ-bahasɔ asiŋ # mãkɔ kitɔ ni jati diɣi asiŋ

#] [# ǰadi čačatlah pəmbentukƐ ǰati diɣi kitɔ səbagai baŋsɔ mãlajsia #] [#

walaṵpon kitɔ ŋãǰi kot bahasɔ asiŋ tapi ǰaŋƐlah sampai ǰiwɔ dƐ pemikirƐ kitɔ

alah kot bahasɔ asiŋ #] [# ni bukƐ budaja baŋsɔ mãǰu #]

[# bahasɔ kəbaŋsaƐ ǰugɔ maa en peranƐ dalƐ baɲaa ? bidaŋ # pa dalƐ

bahasɔ pətadbirƐ # bahasɔ ekonomi # bahasɔ sosial # dƐ bahasɔ pəradabƐ

moa den #] [# ǰadi bahasɔ kəbaŋsaƐ pətiŋ səbagai wadah təpətiŋ selain wadah

pədidikƐ dƐ kəbudayaƐ kəbaŋsaƐ bagi məa bətu? kəpəribadiƐ baŋsɔ məa lajsia

#]

[# mãkɔ tələta?lah pəranƐ bahasɔ kəbaŋsaƐ dalƐ račaŋƐ məa rialisasikƐ

wawasƐ duwɔ puloh duwɔ puloh #] [# Kalu kitɔ abaḭ pəranƐ dƐ kəpətiŋƐ

bahasɔ kəbaŋsaƐ maa kɔ kitɔ ni təgəlicir daripadɔ gabak pəbətukƐ bahasɔ kitɔ

sediri #]

37

Page 38: Nota Fonetik n Fonologi

BIODATA

38

Page 39: Nota Fonetik n Fonologi

Nama : ABDUL FATAH BIN ABDULKHAIR

Tarikh lahir :23 APRIL 1988

Umur : 22

Status : BUJANG

Alamat rumah : LOT 3542 KAMPUNG DELEK KANAN,

41250 KLANG,

SELANGOR

Negeri : SELANGOR DARUL EHSAN

Pekerjaan : PELAJAR (BAKAL GURU)

Institut / Universiti : INSTITUT PERGURUAN KAMPUS KOTA BHARU

[# Satu bahasə # satu baŋsə #]

39

Page 40: Nota Fonetik n Fonologi

[# bahasə yang məa mbəntu? səbuah baŋsə məa lajsiə ialah bahasə

kəbaŋsaan iaitu bahasə melayu keranəa bahasə jiwə baŋsə #] [# bahasə saŋat

bərdaulat kəranəa boləh məa mbəntu? jiwə dan ǰati diri kəbaŋsaan #]

[# jikə səluruh ra?jat məa lajsiə tanpə meŋia rə pərbezaan asal-usul

məa ndaulatkan bahasə kəbaŋsaan akan tərzahirlah citra dan kəpəribadian kitə

səbagai satu baŋsə maa lajsia #] [# səbali?ɲəa jikə kitə məa ndaulatkan bahasə-

bahasə asiŋ akan tərpančarlah jati diri asiŋ#] [# lantas akan tərənčatlah

pəa mbəntu?kan jati diri kitə səbagai bangsə məa lajsiə #] [# Walaṵpun kitə

dituntut məŋua asai bahasə asiŋ tətapi jaŋaa nlah pulə jiwə dan pəma ikiran kitə

dikuasai oleh bahasə asiŋ #] [# ini bukanlah budayə bangsə yang maju #]

[# bahasə kəbaŋsaan jugə bərpəranaa n səbagai bahasə elmua dalam

səgənaa p bidaŋ # bahasə pəntadbiran # bahasə ekonoa mi # bahasə sosial #

dan bahasə pəradaban moa den #] [# oleh itu kəpəntiŋaa n bahasə kəbaŋsaan

səbagai wadah tərpənting selain wadah pəndidikan dan kəbudayaan

kəbangsaan # untuk məa mbentu? kəpəribadian bangsə məa lajsiə #]

[# di sini tərləta?ɲaa pəranan bahasə kəbaŋsaan dalam rančaŋan

mea rialisasikan wawasan duwə puloh duwə puloh #] [# səkirəɲəa kitə

məŋaa baikan pəranaa n dan bahasə kəbaŋsaan # ini bermaa knəa kitə telah

tərgəlinčir daripadə gəraba? pəmbəntu?kan bangsə məa lajsiə itu sendiri #]

40

Page 41: Nota Fonetik n Fonologi

BIODATA

41

Page 42: Nota Fonetik n Fonologi

Nama : ZUL HAKIM BIN IBRAHIM

Tarikh lahir : 26 OKTOBER 1989

Umur : 21

Status : BUJANG

Alamat : NO. 212 PEMATANG TINGGI B,

13200 KEPALA BATAS

SEBERANG PERAI UTARA.

PULAU PINANG.

Negeri : PULAU PINANG

Pekerjaan : PELAJAR

Institut / Universiti: INSTITUT JEPUN-MALAYSIA (JMTI)

[# Satu bahasa # satu baŋsa #]

42

Page 43: Nota Fonetik n Fonologi

[# bahasa yang məa mbəntu? səbuah baŋsa məa lajsia adalah bahasa

kəbaŋsaan iaitu bahasa melayu səbab ia adalah bahasa jiwa baŋsa #] [#

bahasə memãŋ bərdaulat səbab ia buləh məa mbəntu? jiwa dan ǰati diɣi

kəbaŋsaan #]

[# kalaṵ semua oɣaŋ məa lajsia ta? kiɣa pərbezaan asai-usui depa

məa ndaulatkan bahasa kəbaŋsaan jadi akan tərzaherlah citɣa dan

kəpƐribadian kita səbagai baŋsa məa lajsia #] [# tapi kalaṵ depa məa ndaulatkan

bahasa-bahasa asiŋ memãŋ akan tərpančarlah jati diɣi asiŋ #] [# səbab tulah

tərənčat jati diɣi kita səbagai oɣaŋ məa lajsia #] [# Walaṵpun kita dituntut

məŋua asai bahasa oɣaŋ lua? tapi jaŋaa nla sampai jiwa dəŋãn kita puɲã pala

ota? kita dikuasai oleh bahasa oɣaŋ lua? #] [# ni bukanɲã budaya bangsa

yang maju #]

[# bahasa kəbaŋsaan juga bəpəɣanaa n səbagai bahasa elmua dalam

səgənaa p bidaŋ # bahasa pəntadbiɣan # bahasa ekonoa mi # bahasa sosial #

dəŋãn bahasa pəɣadaban moa den #] [# səbab tulah kəpəntiŋaa n bahasa

kəbaŋsaan ni səbagai wadah tərpənting selain daɣipada wadah pəndidikan

dan kəbudayaan kəbangsaan # bagi məa mbentu? kəpəɣibadian bangsa

məa lajsia #]

[# kat sinila tərləta?ɲaa pəranan bahasa kəbaŋsaan dalam rančaŋan

mea ɣialisasikan wawasan duwa puloh duwa puloh #] [# kalaṵ kita do? abaikan

pəranaa n dia dəŋãn kəpəntiŋaa n bahasə ni memãŋ kita akan tərgəlinčir la

daripada gəɣaba? pəmbəntu?kan bangsa məa lajsia tu sendiɣi #]

REFLEKSI

Nama: Muhammad Aizat Bin Abdul Hamid

43

Page 44: Nota Fonetik n Fonologi

Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana limpah dan kurnia-Nya saya berjaya

menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

Pada hari pertama menerima kerja kursus pendek ini, saya seperti

semester-semester yang lepas telah bersedia untuk menerima tugasan ini

dengan tangan yang terbuka dan perasaan yang berkobar-kobar. Tidak dapat

dinafikan setiap kerja pasti terselit juga masalah-masalah yang menggangu

kelancaran setiap perancangan kerja buat kita. Pertama sekali saya

mendapat tugasan ini, keserabutan otak mula bermain di minda. Hal ini

kerana, tajuk yang dibekalkan agak mencabar minda untuk memahaminya

iaitu berkaitan fonetik dan fonologi. Kapayahan dalam melaksanakan tugasan

ini amat mencabar kerana sumber rujukan yang agak terhad.Kebanyakkan

sumber yang saya jumpa adalah berbahsa Indonesia. Oleh itu agak sukar

untuk saya memahami teks tersebut. Puas fikiran saya berputar-putar

mencari jalan penyelesaian untuk menghadapi cabaran ini. Alhamdulillah,

dengan bantuan dan kerjasama rakan sekelas, dapat juga saya memahami

sedikit demi sedikit mengenai tajuk berdasarkan tugasan yang diberikan.

Tidak lupa juga bantuan pensyarah mata pelajaran ini yang selalu berhempas

pulas cuba untuk memahamkan kami sekelas. Peringkat awal semasa

proses membentuk rangka kerja kursus pendek ini, sememangnya amat

sukar untuk difahami apa yang patut dimuatkan dalam buku kerja kursus ini.

Saya mengakui bahawa amat sukar untuk saya memulakan tugasan ini. Hari

demi hari berlalu begitu sahaja tanpa sebarang anjakan yang bergerak dari

tugasan ini. Oleh itu semasa di dalam kelas saya dan juga rakan-rakan sering

mengajukan soalan berkaitan tugasan ini kepada pensyarah iaitu Encik

Ibrahim Bin Idris. Setiap kali soalan diajukan, saya masih lagi kabur dengan

jawapan yang diberikan oleh pensyarah berkenaan walaupun pada dasarnya,

pensyarah berkenaan telah memberi penerangan yang terbaik. Daripada

”menunggu bulan jatuh ke riba”, sekali lagi saya berjumpa pensyarah untuk

mengetahui keterangannya yang diberikan semalam dengan lebih mendalam.

Akhirnya, setelah beberapa kali diterangkan, barulah saya dan rakan-rakan

44

Page 45: Nota Fonetik n Fonologi

dapat cara untuk melaksanakan tugasan ini. Setelah bertungkus-lumus

mencari, menyunting dan mengemaskini maklumat serta kerap kali bertanya

kepada pensyarah tentang kekeliruan yang saya hadapi malahan pelajar lain

juga turut menghadapi masalah yang sama, akhirnya saya berjaya

menyiapkan kerja kursus jangka pendek ini dengan jayanya sebagaimana

tarikh yang telah ditetapkan. Dalam tugasan ini juga saya perlu menyelidik

tiga orang yang berlainan negeri. Ini kami perlu mentranskipkan percakapan

dialek negeri mereka itu mengikut penyebutan fonetik yang betul. Bagi

meyakinkan kerja saya betul, saya meminta pandangan daripada pensyarah

penasihat iaitu Encik Ibrahim selaku pensyarah yang mengajar subjek ini.

Setelah semuanya selesai kami kembali meneruskan perjuangan

menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah selepas itu, tiada lagi masalah yang

cuba untuk menguji saya. Saya bersyukur kerana kolaborasi saya dan Aizat

dalam menyiapkan tugasan ini berjalan dengan lancar. Berkat kesabaran dan

keikhlasan saya menyiapkan tugasan ini memberi impak yang amat positif

kepada saya dan juga pihak lain.

Sekian, terima kasih.

YANG BENAR

………………………………………….(MUHAMMAD AIZAT BIN ABDUL HAMID)

45

Page 46: Nota Fonetik n Fonologi

46