Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    1/33

    BML 3043

    FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    KUMPULAN

    UPSI 23 (A122 PJJ)

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO.

    TELEFON

    ROZIAH BT HAMID D 20111049600 012-4487138

    NAMA TUTOR E-LEARNING:

    NIK HASSAN BASRI BIN NIK AB KADIR

    TARIKH SERAH:

    5 MEI 2013

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    2/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    KANDUNGAN HALAMAN

    i. Apakah yang dimaksudkan dengan fonetik dan

    fonologi bahasa Melayu1.0 Pengenalan

    1.1 Definasi Fonetik

    1.2 Definasi Fonologi

    1.3 Jenis-jenis fonetik

    1.3.1 Fonetik artikulasi

    1.3.2 Fonetik auditori

    1.3.3 Fonetik akustik

    2

    2

    3

    3

    4

    7

    8

    ii. Huraikan bunyi vokal dan konsonan bahasa

    Melayu

    2.0 Pengenalan

    2.1 Bunyi Vokal

    2.1.1 Vokal hadapan

    2.1.2 Vokal belakang

    2.1.3 Vokal Tengah

    2.2 Konsonan bahasa Melayu

    2.2.1 Konsonan Asli Bahasa Melayu

    10

    10

    12

    14

    15

    16

    16

    iii. Bincangkan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

    3.0 Pengenalan

    3.1 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

    3.2 Pola keselarasan vokal

    3.2.1Kekecualian Keselarasan Vokal

    3.2.3 Enam Prinsip Pengejaan kata-

    kata Pinjaman

    3.3 Kesimpulan

    27

    27

    29

    29

    31

    31Rujukan 32

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    2

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    3/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    i. Apakah yang dimaksudkan dengan fonetik dan fonologi bahasa Melayu

    1.0 Pengenalan

    Fonetik dan fonologi adalah tergolong di dalam ilmu linguistic. Linguistik adalah bidang

    mengenai kajian tentang bahasa secara saintifik. Dalam kajian linguistic, morfem dilihat

    sebagai unit tatabahasa yang paling asas. Unit bahasa tulisan yang paling asas adalahgrafem manakala unit bunyi bahasa yang paling asas pula ialah fonem. Untuk

    mengetahui bunyi-bunyi yang terlibat dalam satu-satu pertuturan, kita perlu

    mensintesiskan ujaran tersebut. Justeru bidang fonetik dan fonologi sedikit sebanyak

    mampu membantu dan memberi manafaat kepada ahli-ahli bahasa untuk membuat

    sentesis terhadap sesuatu ujaran.

    1.1 Definasi Fonetik

    Abdullah Hassan (1993:40) memberikan definisi fonetik sebagai fonetik

    mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya ... Fonetik

    amnya ialah pengkajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi.Menurut Kamus

    Dewan (2005:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan

    penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

    Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa UntukPelatih Maktab Perguruan menyatakan bahawa fonetik kajian tentang fenomena bunyiatau pertuturan manusia sejagat. Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajiantentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itudan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptifdasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapanbunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segalabunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa,

    maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yaknimenurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut Inderawati Zahid dan Mardian Shah Omar(2006) dalam buku berjudul Fonetik dan Fonologi menyatakan fonetik ialah kajianmengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakansebagai alat komunikasi. Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth(1979) the study of the sounds human beings employ when speaking a language isphonetics. Penyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan yang bermaksudpengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa bertuturialah fonetik. W. Bright (1992:194) dalam International Encyclopedia of Linguisticsmenghuraikan fonetik sebagai the study of the physical characteristics of humanspeech sounds

    Dari definasi yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa di atas, dapatlah dikatakan

    secara umumnya bahawa fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yangdigunakan untuk berkomunikasi yang dihasilkan oleh manusia. Kajian fonetik bahasaMelayu meliputi bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkanseperti bagaimana bunyi vokal, konsonan dan diftong dihasilkan. Fonetik bermaksudbidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasimanusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.Dalam bidang fonetik,kita akan dapat mengetahui bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh organsebutan manusia. Selain dari itu, kita juga akan dapat mengkelasifikasikan bunyi-bunyibahasa tersebut serta mengetahui perbezaan setiap bunyi yang dikeluarkan oleh

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    3

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    4/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    manusia. Fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yangmewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organpertuturan (articulator), sifat bunyi bahasa (akuistik), dan pendengaran (auditori).

    1.2 Definasi Fonologi

    Fonologi ialah gabungan kata phone dan logic. Kata phone beerti bunyi

    bahasa sementara kata logic pula membawa maksud ilmu pengetahuan. Menurut

    kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.

    (1996:354) Dalam Merriam Websters Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874)

    fonologi dihuraikan sebagai the science of speech sounds including, especially the

    history and theory of sound changes in a language or in two or more related

    languages.Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan

    definisi fonologi se bagai bidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa

    mengikut fungsinya.Kamus oxford Advanced Learners Dictionanry of Current English

    (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai the study of the systems of speech

    sounds,especially in a particular language.Dalam Ensyclpedia Amerikana (1994:959)

    fonologi diberi pengertian sebagai the branch of linguistics or of grammar that dealswith speech sound as they enter into the structure of language. Mengikut Adrian

    Akmajian et al dalam bukunya Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi terjemahan

    oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertian tentang fonologi seperti

    yang berikut: Fonologi ialah subbidang linguistic yang mengkaji struktur dan pemolaan

    sistematik bunyi dalam bahasa manusia.Istilah fonologi digunakan dalam dua cara. Dari

    satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang maengawal penyebaran

    bunyi tersebut.

    F. Parker (1974:112) memberikan pengertian fonologi sebagai ... suatu bidang

    yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan.

    Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:61) memberikan definisi fonologi

    sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut

    fungsinya. Abdullah Hassan dalam bukunya, Linguistik Am untuk Guru Bahasa

    Malaysia (1993:40) menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi

    dalam sesuatu bahasa itu.

    Secara umumnya, fonologi membawa maksud cabang ilmu bahasa yang yang

    meneliti atau mengkaji bunyi bunyi bahasa yang diucapkan oleh manusia dan fungsi

    yang dimainkan dalam system bunyi bahasa tersebut, samada bahasa masyarakat yang

    sudah maju ataupun masyarakat yang masih mundur atau primitif dalam segala bentuk

    dan aspeknya. Menurut Verhaar , (1995:7), ada dua pendapat tentang fonologi.

    Pendapat pertama mengatakan fonologi adalah terbahagi kepada dua iaitu fonemik dan

    fonetik. Pendapat kedua pula mengatakan bahawa fonologi ialah ilmu fonemik sahajadan merupakan lanjutan daripada ilmu fonetik. Ini bermaksud, fonologi atau fonemik

    adalah berbeza dengan ilmu fonetik.

    1.3 Jenis-jenis fonetik

    Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012:3)

    berdasarkan pelbagai definasi dan pengertian daripada beberapa buah kamus,

    ensiklopedia dan pendapat tentang fonetik, dapatlah dirumuskan bahawa fonetik adalah

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    4

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    5/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia, iaitu mengkaji

    bunyi-bunyi bahasa dari cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan alat

    pengucapan yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

    Fonetik dibahagikan kepada tiga aspek kajian iaitu :

    i. fonetik artikulasi

    ii. fonetik auditoriiii. fonetik akustik

    1.3.1 Fonetik artikulasi

    Fonetik artikulasi dikenali juga sebagai fonetik fisiologi. Cabang fonetik ini ialah

    yang mengkaji fungsi alat artikulasi dalam artikulasi bunyi bahasa. (kamus Linguistik,

    1997: 75) Dalam ayat yang mudah, fonetik artikulasi mengkaji bagaimana bunyi-bunyi

    bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi. Daerah artikulasi ialah bahagian saluran

    suara yang tidak bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi sewaktu berlakunya

    sesuatu bunyi. Organ artikulasi ialah organ ujaran dalam saluran suara yang terlibat

    dalam pengeluaran bunyi bahasa. Organ artikulasi terbahagi kepada artikulator aktif dan

    artikulator pasif.

    Artikulator aktif

    Artikulator aktif ialah organ artikulasi yang digunakan bagi menghasilkan bunyi

    bahasa. Artikulasi aktif tidak bersifat statik kerana boleh bergerak. Antaranya adalah

    seperti anak tekak (uvula), akar lidah (root of the tongue - hump), belakang lidah (back

    of the tongue - dorsum), tengah lidah (middle of the tongue - medium), daun lidah (blade

    of the tongue - laminal), hujung lidah (tip of the tongue - apex), gigi bawah (lower teeth -

    denta), dan bibir bawah (lower lip - labia).

    Artikulator pasif

    Artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan artikulator aktifyang digunakan tatkala menghasilkan sesuatu bunyi bahasa.Organ artikulator pasif pula

    ialah organ dalam saluran suara yang tidak bergerak seperti gigi atas dan lelangit keras

    Organ lain adalah seperti gelungan (retroflex), lelangit lembut (soft palate - velum), gusi

    lelangit keras (alveolar ridge), bibir atas (upper lip - labia), mulut (mouth), rongga mulut

    (mouth cavity / oral cavity), dan rongga hidung (nose cavity / nasal cavity).

    Dengan adanya artikulator aktif dan pasif inilah yang menjadikan timbulnya

    penamaan bunyi-bunyi bahasa seperti bunyi letupan dua bibir bersuara, letupan dua

    bibir tidak bersuara, geseran lelangit keras bersuara, geseran lelangit keras tidak

    bersuara dan sebagainya. Organ artikulasi ialah organ yang digunakan bagi

    menghasilkan bunyi manakala daerah artikulasi ialah kawasan yang menghasilkan

    sesuatu bunyi. Sebagai contoh, apabila dua bibir terkatup, daerah artikulasinya ialah

    bibir atas, sedangkan bibir bawah bertindak sebagai artikulator. Dengan itu bunyi yang

    terhasil dinamakan sebagai bunyi bilabial (bi bermakna dua dan labial bermakna

    bibir). Bunyi [b], [p], [m] ialah bunyi bilabial.

    Secara umumnya fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi

    pertuturan oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seseorang penutur itu

    menghasilkan bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    5

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    6/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    diklasifikasikan dan dideskripsikan. Pengkaji-pengkaji bidang fonetik melihat peranan

    organ dan daerah artikulasi yang terlibat semasa melakukan klasifikasi bunyi-bunyi

    dalam bahasa. Hasil dari pengklasifikasian yang dilakukan ialah The International

    Phonetic Alphabet (IPA). Setiap bahasa di dalam dunia ini mempunyai jadual klasifikasi

    bunyi yang berkaitan dengan lafaz yang terdapat dalam bahasa masing-masing.

    Alat artikulasi

    Alat Artikulasi (Artikulator): Alat artikulasi atau artikulator ialah organ yang

    menghasilkan bunyi bahasa, iaitu alat yang menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-

    paru dipam ke organ-organ yang terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan

    pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah. Di samping itu,

    aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam ujaran bunyi

    bahasa ini tercakup semua organ dalam sistem pernafasan dan organ sebutan. Organ-

    organ ini penting dalam sistem aliran udara yang menyebabkan penghasilan bunyi.

    Rajah 1: Alat artikulasi

    1. bibir atas2. bibir bawah

    3. gigi atas

    4. gigi bawah

    5. gusi

    6. lelangit keras

    7. lelangit lembut

    8. anak tekak

    9. hujung lidah

    10. hadapan lidah

    11. tengah lidah12. belakang lidah

    13. akar lidah

    14. epiglottis

    15. pita suara

    16. rongga tekak

    17. rongga hidung

    18. rongga mulut

    19. rahang

    Bunyi-bunyi bahasa ialah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang

    bergerak. Udara keluar dari paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan

    mulut atau hidung atau kedua-duanya. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan apabila udara

    tersekat atau terhalang pada alat artikulasi ini. Halangan pertama yang berlaku pada

    udara yang keluar dari paru-paru mungkin berlaku pada pita suara. Pita suara ialah dua

    membran yang anjal/ elastik yang terletak dalam peti suara. Membran itu adalah seperti

    pita yang melekat pada dinding peti suara dan terentang dari depan ke

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    6

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    7/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    belakang. Apabila pita suara kendur dan renggang, udara lalu tanpa halangan. Ruang

    yang renggang itu dipanggil glotis.

    Apabila pita suara kendur dan renggang, glotis terbuka (Rajah 2.4). Keadaan

    ini terjadi pada waktu bernafas dan penghasilan sesetengah bunyi seperti /s/ dan

    /p/, iaitu bunyi tidak bersuara. Apabila pita suara tegang dan rapat, glotis tertutup

    (Rajah 2.5). Udara tidak dapat keluar, tetapi boleh menghasilkan bunyi letupanglotis /?/. Selain itu, pita suara itu mungkin dirapatkan tetapi tidak berapa tegang

    sehingga udara boleh melaluinya dan pada waktu itu pita suara bergetar. Bunyi yang

    terhasil ini dikenali sebagai bunyi bersuara. Jadi, pita suara berfungsi dan menentukan

    bunyi bersuara atau bunyi tidak bersuara.

    Selepas udara melalui pita suara, udara bergerak ke rongga tekak. Dari rongga

    tekak udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung

    (nasal). Manakala lelangit manusia terbahagi dua. Di sebelah depan dinamakanlelangit

    keras dan di bahagian belakang, dikenali sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung

    lelangit lembut dinamakan anak tekak. Lelangit lembut dan anak tekak boleh digerak-

    gerakkan. Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada

    belakang tekak dan dengan itu menutup rongga hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui

    rongga oral. Oleh itu a ialah bunyi oral.Bunyi nasal pula ialah bunyi yang dikeluarkan

    melalui rongga hidung. Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral

    ditutup dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir.

    Fungsi Alat Artikulasi

    Lidah

    Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran

    bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,

    hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat

    deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah danbelakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan,

    tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh

    digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

    Gigi

    Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya

    tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan

    aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan

    bunyi.

    Bibir

    Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir

    terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan

    berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan

    paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara

    yang keluar daripada rongga mulut.

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    7

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    8/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Gusi

    Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian

    dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan

    hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

    LelangitLelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan

    lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir

    rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas

    rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak

    terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan

    keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan

    udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.

    Rongga Hidung

    Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung

    boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan

    lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

    Pita Suara

    Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam

    penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan

    mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

    1.3.2 Fonetik auditori

    Menurut Kamus Linguistik , 1997: 76, Fonetik auditori juga dikenali sebagai

    fonetik pendengaran iaitu cabang fonetik yang mengkaji pendengaran dan persepsibunyi bahasa, iaitu proses yang terjadi tatkala seseorang menerima bunyi dan

    bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar sebagai

    persepsi bahasa. Fonetik auditori juga meneliti penerima bunyi yang berasaskan nada,

    kelantangan dan kualiti bunyi. Sementara itu, Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan

    Basri Nik Ab Kadir (2012:23) pula berpendapat fonetik auditori ini adalah merupakan

    kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan

    supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat.

    Abdul Hamid Mahmood dan Nur Farah Lo Abdullah (2007: 17) menjelaskan bahawa

    fonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-

    bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan ke dalam lambang-

    lambang yang tepat.

    Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006: 1) berpendapat bahawa fonetik

    auditori ialah kajian fonetik yang mendeskripsikan cara bagaimana kita memproses dan

    menginterpretasi bunyi-bunyi yang dihasilkan. Nor Hashimah Jalaluddin (2000: 83)

    berpendapat bahawa fonetik auditori ialah bidang kajian berkenaan pendengaran dan

    proses yang wujud apabila kita menerima bunyi dan bagaimana bunyi itu dirasai.

    Tegasnya, fonetik auditori melibatkan otak dan telinga. Tambahnya lagi, gelombang

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    8

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    9/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    bunyi yang sampai ke telinga sebenarnya ialah getaran mekanikal bagi partikel-partikel

    udara. Manakala bunyi yang boleh didengar dan dirasa itu tentunya mempunyai jurang

    frekuansi dan kepadatan tertentu.

    Fonetik auditori ialah berkaitan dengan bagaimana bunyi diterima dan dikenali

    sebagai tuturan bunyi yang berbeza. Proses yang terlibat dinamakan mendekod dan

    ianya melibatkan pendengar. Melalui proses ini, penutur menukar maklumat yanghendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat

    manakala pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya

    sebagai sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. Kajian ini

    berkaitan dengan kerangka psikologi, iaitu kajian persepsi respons kepada bunyi tuturan

    seperti yang direfleksikan oleh pendengar.

    Persepsi pendengar kepada ujaran yang terlafaz melibatkan unsur kelangsingan ,

    kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi

    tertentu. Makna emosi ini dapat dikatakan sebagai satu kod yang ditentukan oleh

    anggota masyarakat penutur sesuatu bahasa.

    1.3.3 Fonetik akustik

    Menurut Kamus Linguistik, (1997 : 75), fonetik akustik juga dikenali sebagai

    fonetik fizikal. Ianya adalah berkaitan dengan kajian tentang sifat fizikal bunyi bahasa,

    seperti frekuansi dan amplitude, yang teralir di antara mulut dengan telinga.

    Di dalam Modul UPSI BML3043, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu yang ditulis oleh

    Prof Dr Abdul Hamid Mahmood dan Suhaina bt Abdullah, (2012: 25) Fonetik akustik

    ialah bidang yang mengkaji sifat bunyi itu sendiri, iaitu bagaimana gelombang udara

    dari paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh

    alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir dan sebagainya. Di dalam buku Pengenalan

    Fonetik dan Fonologi (2006:5), fonetik akustik adalah merujuk kepada kajian transmisi

    signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signalbunyi yang dipindahkan ini pula terkandung di dalamnya antara lain parameter-

    parameter seperti frekuensi fundamental (Fo), intensity dan durasi. Parameter-

    parameter ini , iaitu frekuensi fundamental (Fo) diukur dalam unit Hertz (Hz), intensity

    dalam unit decibel (dB0 dan durasi dalam unit saat (s) mendukung fungsi makna-makna

    yang tertentu..Dari sudut pendengar,ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masing-

    masingnya sebagai kelangsingan bunyi, kelantangan suara dan kepanjangan.

    Kajian ini melibatkan ilmu fizik. Secara ringkasnya kajian bunyi bahasa ini

    melibatkan analisis gelombang tuturan dan spectrum. Penelitian terhadap ciri-ciri fizikal

    atau sifat bunyi bahasa yang menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai

    spektrogram itu melibatkan bunyi nada, kelantangan dan kepanjangan. Dengan

    menggunakan spektrogram bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia itu dapat

    ditentukan tahap frekuensi dan tahap lebar gelombang dan getaran bunyi pada sesuatu

    masa. Hasil kajian melalui penggunaan spektrogram mendapati bahawa setiap orang

    mempunyai nada yang berbeza, lebih-lebih lagi jika dibandingkan antara jantina.

    Sebagai contoh nada suara seorang perempuan didapati tahap frekuensi dan tahap

    lebar gelombang dan getaran bunyinya jauh lebih tinggi berbanding dengan nada suara

    seorang lelaki. Hal ini kerana nada suara seorang perempuan mempunyai 240 pusingan

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    9

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    10/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    bagi setiap saat, sedangkan nada suara seorang lelaki hanya 150 pusingan bagi setiap

    saat. Malahan, kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan spektrogram juga

    mendapati bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang. Bunyi

    vokal hadapan nadanya lebih tinggi, manakala bunyi vokal belakang nadanya lebih

    rendah. Contoh bunyi vokal hadapan dalam bahasa Melayu ialah bunyi [i] dan [e], dan

    bunyi vokal belakang dalam bahasa Melayu ialah bunyi [u] dan [o]. Demikianlah halnyadengan bunyi-bunyi bersuara yang disebabkan getaran pada pita suara berbanding

    dengan bunyi-bunyi tidak bersuara yang disebabkan oleh tiada getaran pada pita suara

    didapati nada bunyi-bunyi bersuara lebih tinggi tahap frekuensi dan tahap lebar

    gelombang dan getaran bunyi berbanding dengan bunyi-bunyi tidak bersuara. Hasil

    kajian melalui penggunaan spektrogram juga mendapati bahawa bunyi konsonan dan

    suku kata dalam bahasa Melayu mempunyai tahap kelantangan yang berbeza. Hal ini

    kerana faktor yang mempengaruhi perbezaan itu berpunca daripada tekanan udara dari

    paru-paru. Maknanya apabila bunyi konsonan atau suku kata itu ditekan, tekanan udara

    bertambah dan kesanya menghasilkan bunyi yang lebih lantang. Antara contoh tahap

    kelantangan bunyi konsonan dalam bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh tekanan

    udara dari paru-paru ialah penghasilan bunyi konsonan [s], [z] dan [] didapati lebih

    lantang berbanding dengan penghasilan bunyi konsonan [f] dan [v].

    Rajah 3:

    Bentuk gelombang akustik bagi perkataan bahasa

    Inggeris see /si:/(Sumber: P. Roach, 2001:40)

    Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Crystal, D. (1990:5), istilah fonetik akustik

    ini bermaksud kajian terhadap cirri-ciri fizikal bunyi bahasa yang dihasilkan di antara

    ruang mulut dan telinga, iaitu antara pertuturan dan pendengaran. Keselutuhan kajian ini

    melibatkan mesin elektronik, ilmu fizik dan matematik. Ciri-ciri akustik ini penting bagimenentukan bunyi yang dikaji itu tepat dan jelas.

    Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa Fonetik akustik mengkaji

    sifat-sifat bunyi yang dilakukan dengan menganalisis bunyi yang dirakam dengan alat-

    alat yang tertentu. Ia merupakan kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada

    pendengar semasa komunikasi berlangsung. Melalui alat-alat yang sensitif, bunyi dapat

    dianalisis dari segi sifatnya. Teknik ini menganalisis gambar-gambar gelombang bunyi

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    10

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    11/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    yang dirakam. Sifat-sifat bunyi seperti ukuran gelombangnya, kesengauan bunyi, daerah

    sebutan dan lain-lain mudah dilihat dalam gambar-gambar akustik atauspektogram.

    ii. Huraikan bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu

    2.0 PengenalanBahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan

    ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu.

    Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah

    menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri.

    Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Secara umum, bunyi bahasa dibahagikan

    kepada dua golongan; vokal, konsonan dan semi-konsonan (D. Jones, 1958:12).

    Perbezaan ini didasarkan pada ada tidaknya halangan atau gangguan (proses artikulasi)

    pada alat artikulasi.Bunyi disebut vokalapabila tiada halangan pada alat artikulasi. Arus

    udara keluar terus-menerus tanpa sekatan. Halangan untuk bunyi vokal hanya pada pita

    suara sahaja. Halangan yang hanya terjadi pada pita suara tidak lazim disebut artikulasi

    (J.W.M. Verhaar, 1977:17) kerana vokal dihasilkan dengan halangan pita suara, maka

    pita suara bergetar. Pita suara dalam keadaan tertutup, tetapi tidak rapat sekali. Dengan

    demikian, semua vokal ialah bunyi bersuara.

    2.1 Bunyi Vokal

    Vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar

    berterusan melalui ronga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau

    sekatan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya

    bunyi-bunyi vokal dapat didengar lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi

    konsonan. Vokal dalam bahasa Inggeris terdiri daripada lapan jenis, iaitu [i], [e], [], [a],

    [u], [o], [ ] dan []. Vokal juga merupakan bunyi oral tetapi ada yang dinasalkan. Untukmenghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan dan sifatnya

    ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Semua vokal dalam Bahasa Melayu

    bersuara, bermakna pita suara bergetar dan aliran udara keluar tanpa sekatan. Menurut

    Mohamad Yunus Maris(1964), terdapat lapan buah vokal dalam Bahasa Melayu iaitu

    empat vokal depan dan tiga vokal belakang dan satu vokal tengah. Ini diterapkan dalam

    rajah berikut.

    Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ ] dan [a]

    manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [ ] dan satu vokal tengah, iaitu []. secara

    nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau

    bagaimanapun vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-

    vokal Kardinal.

    Seperti yang dinyatakan di atas, unyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang

    bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui

    rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran.

    Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar

    dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    11

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    12/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri

    tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah

    yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada

    dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut,

    sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja

    ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehinggaudara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung

    ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan

    semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga

    separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

    Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal itu ialah lidah, sama ada bahagian

    depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah. Sekiranya bahagian depan lidah yang

    berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal depan;sekiranya

    bahagian tengah lidah yang berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah

    bunyi vokal tengah dan seterusnya jika bahagian belakang lidah yang berperanan dalam

    penghasilan bunyi itu, maka bunyi vokal tersebut ialah vokal belakang.

    Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal itu dapat dirumuskan seperti

    yang berikut:

    (i) Bahagian lidah yang berperanan, sama ada bahagian depan, tengah atau belakang

    lidah.

    (ii) Ketinggian lidah yang dinaikkan, sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah dan

    separuh rendah.

    (iii) Keadaan bibir, sama ada bibir dihamparkan atau dibundarkan.

    (iv) Pembukaan rahang, sama ada luas atau sempit.

    Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis, iaitu vokal depan [i],

    [e], [a], vokal tengah [] serta vokal belakang [u] dan [o]

    Rajah 4 : Kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya

    Rajah kedudukan vokal bahasa Melayu di atas menunjukkan kedudukan lidah

    mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian

    hadapan lidah dan di bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di

    bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Garis-garis yang melintang itu pula

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    12

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    13/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    merupakan garis yang menunjukkan ketinggian lidah yang dinaikkan. Bagi

    membunyikan bunyi vokal [i] dan vokal [u] misalnya, lidah dinaikkan setinggi mungkin

    sementara bagi membunyikan vokal [a], kedudukan lidah letaknya rendah sekali.

    2.1.1 Vokal hadapan

    Vokal hadapan ialah bunyi [i], [e], [ ] dan [a]. Alat artikulasi yang terlibat dalammenghasilkan bunyi ini ialah lidah dan saiz rongga mulut serta bentuk bibir. Manakala

    daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras.

    i. Vokal depan sempit [i]

    Penghasilan vokal [i]

    1. Semasa lafaz bunyi ini, bibir berada dalam keaadaan terhampar.

    2. Vokal ini dihasilkan apabila bahagian hujung lidah diletakkan pada titik yang

    paling tinggi dibahagian hadapan mulut.

    3. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup

    rongga hidung.

    4. Udara keluar melalui rongga mulut

    5. Pita suara digetarkan

    Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari , geli

    ii. Vokal depan separuh sempit [e]

    Penghasilan Vokal [e]

    1. Bibir dihamparkan separuh sempit.

    2. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.

    3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara

    tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    13

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    14/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    5. pita suara digetarkan .

    Contoh: kole, tauge, bendi, elok, belok

    iii, Vokal Depan Separuh Luas (Separuh Rendah) []

    Penghasilan bunyi vocal []

    1. Berlaku iaitu bibir dihampar separuh luas.

    2. Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara

    tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.

    5. pita suara digetarkan

    Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

    iv. Vokal Depan Luas (Rendah) [a]

    Penghasilan vocal [a]

    Vokal depan luas [a] boleh dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:

    1. Keadaan Bibir dalam keadaan hampar.

    2. Depan lidah diturunkan serendah mungkin.

    3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udaradari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung

    4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

    5. Pita suara digetarkan.

    Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    14

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    15/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    2.1.2 Vokal belakang

    i. Vokal Belakang Sempit / Tinggi [u]

    Penghasilan vocal [u]

    Sewaktu penghasilan vocal belakang, alat artikulasi penting yang berperanan ialah

    bahagian belakang lidah. Bentuk bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi-

    bunyi vokal belakang.

    1. Bibir dibundarkan.2. Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut.

    3 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari

    paru-paru tidak keluar melalui hidung.

    4. udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut.

    5. pita suara digetarkan

    Contohnya; ubi, usung, unta, undur buka, bubur, suka, lupa satu, batu, labu, kuku,

    bayu

    ii. Vokal Belakang Separuh Sempit / Separuh Tinggi [o]

    Penghasilan vocal [o]

    1. Bibir dibundarkan.

    2. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.3 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari

    paru-paru tidak keluar melalui hidung.

    4. udara dari paru-paru keluar kerongga mulut

    5.. Pita suara dirapatkan supaya bergetar

    Contoh : oleh, otak, orang, boleh, toleh, kotak ,solo, koko, pidato

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    15

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    16/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    iii. Vokal Belakang Separuh Luas []

    Penghasilan vocal []

    1. Bibir dibundarkan.

    2. Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.

    3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya

    udara tidak keluar melalui rongga hidung.

    4. udara dari paru-paru keluar ke kerongga mulut.

    5. Pita suara digetarkanContoh (daerah Kelantan) : olok, otok, oren, pokok, sudoh, pecoh, kito, bilo,

    2.1.3 Vokal Tengah []

    Penghasilan vocal []

    1. Keadaan bibir antara hampar dengan bundar

    2.Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit

    keras

    3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara

    tidak keluar melalui rongga hidung

    4. Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

    5. Pita suara digetarkan

    Contoh bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [] seperti pada perkataan

    berikut: [ma ], [ mbun], [mpat], [nam]. [pnat], [brat], [rgas], [kmas].Kesimpulannya, jumlah vocal cardinal ialah lapan jenis, iaitu vocal [i,] [e], [], [a],

    [], [] , [o] dan [u].Manakala fonem asli dalam bahasa Melayu hanya enam jenis iaitu,

    vokal [i], [e], [a], [u], [o] dan []. Keseluruhannya, semua vokal bersuara kecuali vocal

    [ ] yang agak lemah bunyinya dan kurang lantang. Lima lagi vokal yang lain adalah

    nyaring dan lantang.

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    16

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    17/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    2.2 Konsonan bahasa Melayu

    Menurut Kamus Linguistik (1997:220, konsonan ialah huruf atau fonem yang

    mewakili kantoid. Kantoid gan bunyi artikulasi yang secara tradisi dikenali sebagai

    konsonan. Oleh itu, kantoid adalah bertaraf fonetik sedangkan konsonan adalah bertaraf

    fonemik. Abdul hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) pula

    berpendapat bahawa konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal.Sekiranya bunyi vocal itu adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan udara

    keluar terus-menerus tanpa sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi, maka bunyi

    konsonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan

    oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan

    tidak bersuara. Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan, iaitu:

    i. konsonan asli dan

    ii. konsonan pinjaman

    Sifat Konsonan bersuara dan tak bersuara

    Penentuan kepada sifat ini ialah pita suara semasa lafaz bunyi. Sekiranya pita suara

    bergetar, maka bunyi yang dirujuk akan dikatakan sebagai bersuara, manakala jika

    sebaliknya berlaku pa da pita suara, bunyi itu dinamakan sebagai tak bersuara

    2.2.1 Konsonan Asli Bahasa Melayu

    Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2012) Konsonan

    Asli bahasa Melayu ialah konsonan yang tersedia ada dalam bahasa Melayu dan telah

    digunakan oleh penutur bahasa Melayu tanpa perubahan. Konsonan bahasa Melayu

    berjumlah 19 fonem

    Daerah Sebutan

    Cara Sebutan

    1

    Duabibir

    2

    Gusi

    3

    GusiLelangit

    Keras

    4

    Lelangitkeras

    5

    Lelangitlembut

    6

    Pitasuara

    Letupan tak bersuara p t k ?

    Letupan bersuara b d g

    Letusan tak bersuara c

    Letusan bersuara j

    Sengau m n ng ny

    Geseran tak

    Bersuara

    S

    Geseran bersuara h

    Getaran r Sisian l

    Separuh vokal w y/j

    : Carta Konsonan Asli Bahasa Melayu

    i. Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [p]

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    17

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    18/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dihasilkan melalui proses seperti

    yang berikut:

    (i) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang keluar

    ke rongga mulut.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi

    menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan).

    (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara

    tersekat sepenuhnya pada bibir, kemudian dilepaskan serta-merta.

    (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir tidak

    bersuara [p]

    Contoh: di awal perkataan [padan], [paku], di tengah perkataan: [dapur],[dapat]. di akhir perkataan:[dakap], [atap],

    ii. Letupan Dua Bibir Bersuara [b]

    Konsonan ini dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:

    (i) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yangkeluar dari paru-paru

    ke rongga mulut.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untukmenyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    (iii) Pita suara dirapatkan.

    (iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan

    tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut, kemudian udara dilepaskan dengan

    serta-merta.

    (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan dua bibir bersuara [b]

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    18

    [p]

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    19/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Contoh: di awal perkataan [buru], [balu].di tengah perkataan: [tumbuh],[sabun],di akhir perkataan [karib], [adab].

    iii. Letupan Gusi Tidak Bersuara [t]

    Konsonan letupan gusi tidak bersuara dihasilkan melalui proses seperti yang

    berikut:

    (i) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara

    yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

    menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan).

    (iv) Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut keluar tanpa menggetarkan pita

    suara, kemudian tersekat pada bahagian gusi.Udara kemudiannya dilepaskan dengan

    serta-merta.

    (v) Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]

    Contoh : di awal perkataan:[tanam], [tahun], di tengah perkataan:

    [gtah], [batu], di akhir perkataan [tuntut], [parut],

    iv. Letupan Gusi Bersuara [d]

    [d]

    Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut perlu berlaku:

    (i) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara

    yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

    menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    (iii) Pita suara dirapatkan

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    19

    t

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    20/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    (iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan

    tersekat sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta-

    merta.

    (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir bersuara [d]

    Contoh : di awal perkataan:[duduk], [damai],di tengah perkataan:[pada],

    [gaduh],di akhir perkataan:[abad], [tekad]

    v.Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k]

    [k]

    Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dihasilkan melalui proses

    seperti yang berikut:

    (i) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat

    sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara

    supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan).

    (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara

    tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan dengan serta-merta.(v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]

    Contoh: di awal perkataan: [kawen], [kura-kura], di tengah perkataan:[pukat], [sakat], di akhir perkataan : [ana], [bala?],

    vi. Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g]

    [g]

    Bagi menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g], proses berikut

    perlu dilakukan:

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    20

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    21/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    (i) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat

    sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paruparu.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat

    sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    (iii) Pita suara dirapatkan.

    (iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dantersekat pada bahagian lelangit lembut. Udara tersebut kemudiannya dilepaskan dengan

    serta-merta.

    (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]

    Contoh: di awal perkataan:[guru], [guni], di tengah perkataan:[laga], [pagar], diakhir perkataaan:[beg], [dialog],

    vii. Hentian Glotis []

    []

    Untuk menghasilkan bunyi hentian glotis, proses berikut turut berlaku:

    (i) Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk

    membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    (iii) Udara dari paru-paru keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glotis dan tidak

    dilepaskan.(iv) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan hentian glotis [] yang terdapat dalam

    bahasa Melayu

    Contoh: di awal perkataan:[ibu], [ada], di tengah perkataan: [kadaan],[soal].di akhir perkataan:[ana], [ka],

    viii. Letusan Lelangit Keras-Gusi Tidak Bersuara []

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    21

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    22/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    []

    Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut turut berlaku:

    (i) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada

    arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

    membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan).

    (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara

    tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi, kemudian udara tersebut

    dilepaskan dengan perlahan (bukan dengan cepat atau dengan serta-merta). Walau

    bagaimanapun, untuk bunyi konsonan [] dalam bahasa Melayu, pelepasan udara

    adalah lebih cepat sedikit berbanding dengan pelepasan udara untuk bunyi konsonan

    letusan (afrikat) dalam bahasa Inggeris seperti dalam perkataan church

    Contoh: di awal perkataan:[ari], [uri], di tengah perkataan: [bani], [kuni]. diakhir perkataan:[ma], [ko].

    viv:Letusan Lelangit Keras-Gusi Bersuara []

    []

    Bunyi letusan lelangit keras-gusi dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:

    (i) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada

    arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

    menyekat udara daripada memasuki rongga hidung.(iii) Pita suara dirapatkan.

    (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan

    tersekat pada daerah lelangit keras-gusi. Udara dilepaskan perlahan (bukan dilepaskan

    dengan cepat atau sertamerta).

    Bagi bunyi kononan [ ] dalam bahasa Melayu, pelepasan udara adalah lebih cepat

    daripada pelepasan udara untuk bunyi konsonan j dalam bahasa Inggeris seperti untuk

    perkataan judge.

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    22

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    23/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Contoh:

    x. Geseran Gusi Tidak Bersuara [s]

    [s]

    Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s], proses yang

    berikut turut berlaku:

    (i) Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara

    daripada keluar melalui rongga hidung.

    (iii) Pita suara dibuka (direnggangkan).

    (iv) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi.

    Pita suara tidak digetarkan.

    (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gusi tidak bersuara [s]

    Contoh :di awal perkataan:[saya], [sdap].di tengah perkataan:[basuh],[dasar], di akhir perkataan [bilis], [bras].

    xi. Geseran Glotis Bersuara [h]

    [h]

    Untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran glotis [h], proses yang berikut turut

    berlaku:

    (i) Pita suara dibuka (direnggangkan) sedikit untuk membuat sempitan pada glotis.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi

    menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.

    (iii) Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan.

    (iv) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glotis bersuara [h]

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    23

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    24/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Contoh: di awal perkataan:[habis], [higap].di tengah perkataan: [tahap],[peha], di akhir perkataan: [lteh], [lbeh].

    xii.Getaran Gusi Bersuara [r]

    [r]

    Bunyi getaran gusi bersuara [r] dihasilkan dengan cara yang berikut:

    (i) Hujung lidah dikenakan pada gusi.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supayaudara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    (iii) Pita suara dirapatkan.

    (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan

    pita suara digetarkan.

    Contoh : di awal perkataan:[rasa], [rusuh].di tengah perkataan :[bras],[laras],di akhir perkataan:[bsar], [lebar],

    xiii. Sisian Gusi Bersuara [l]

    [l]

    Konsonan sisian gusi bersuara [l] dihasilkan dengan cara:

    (i) Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan padaarus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

    menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

    (iii) Pita suara dirapatkan.

    (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui sisian

    atau tepian. Pita suara digetarkan.

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    24

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    25/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sisian gusi bersuara [l]

    Contoh: di awal perkataan:[lara], [lumba], di tengah perkataan:[maklumat],[blat], di akhir perkataan:[tugal], [bbal],

    xiv.Sengau Dua Bibir Bersuara [m]

    [m]

    Konsonan sengau dua bibir bersuara [m] dihasilkan dengan cara:

    (i) Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yangkeluar dari paru-paru ke rongga mulut.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya suara dapat memasuki rongga

    hidung.

    (iii) Pita suara dirapatkan.

    (iv) Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung.

    Bibir mulut dibuka semasa menyebut bunyi [m] dan pita suara digetarkan

    Contoh: di awal perkataan:[makam], [muram], di tengah perkataan:[timun],[timur], di akhir perkataan:[dalam], [talam],

    xv.Sengau Gusi Bersuara [n]

    [n]

    Bunyi sengau gusi bersuara [n] dihasilkan dengan cara:

    (i) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang

    keluar dari paru-paru ke rongga mulut.(ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara

    dapat keluar melalui rongga hidung.

    (iii) Pita suara dirapatkan.

    (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi,

    kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

    (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau gusi bersuara [n]

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    25

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    26/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Contoh: di awal perkataan:[nabi], [nanti], di tengah perkataan:[knari],[binasa],di akhir perkataan:[kapan], [lipan]

    xiv : Sengau Lelangit Keras-Gusi Bersuara []

    []

    Untuk menghasilkan bunyi ini, proses yang berikut turut berlaku:

    (i) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada

    arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka ruang rongga ke hidung supaya

    udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung.

    (iii) Pita suara dirapatkan.

    (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit

    keras-gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

    (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara []

    Contoh :ai (nyanyi),ao? (nyanyok)

    xv. Sengau Lelangit Lembut Bersuara []

    []

    Bunyi konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] dihasilkan melalui proses

    yang berikut:

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    26

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    27/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    (i) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat

    udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara

    dapat keluar melalui rongga hidung.

    (iii) Pita suara dirapatkan.

    (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangitlembut, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.

    (v) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau lelangit lembut bersuara []

    Contoh: aa (nganga)

    xviSeparuh Vokal Dua Bibir Bersuara [w]

    [w]

    Bunyi separuh vokal dua bibir bersuara [w] ini dihasilkan dengan cara:

    (i) Bibir dibundarkan.

    (ii) Belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuh lelangit

    lembut (sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang [u]).

    (iii) Pita suara dirapatkan.

    (iv) Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Semasa

    menghasilkan bunyi vokal [u], lidah dengan pantas berubah ke kedudukan (posisi) untuk

    menghasilkan vokal tengah []

    xvii. Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [j]

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    27

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    28/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    [j]

    Bagi menghasilkan bunyi konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j],

    proses yang berikut turut berlaku:

    (i) Depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal [i],

    kemudian semasa menghasilkan bunyi itu, kedudukan lidah berubah dengan pantas ke

    kedudukan vokal tengah [].

    (ii) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak

    supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.(iii) Pita suara dirapatkan.

    (iv) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. Semasa

    menghasilkan bunyi vokal [i], kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan

    vokal tengah [].

    Contoh: jakin(yakin) , ja (yang)

    Soalan iii: Sistem ejaan rumi bahasa Melayu

    3.0 Pengenalan

    Huruf atau aksara Rumi juga disebut sebagai huruf latin. Aksara Latin

    merupakan system tulisan yang paling meluas digunakan di dunia hari ini. Istilah rumiberasal daripada perkataan Romawi yang digunakan dalam bahasa Arab yang merujuk

    kepada empayar Rom pada zaman dahulu. Istilah Rumi yang digunakan adalah

    bermaksud abjad atau huruf yang digunakan oleh empayar Rom yang merupakan

    pelopor bagi bahasa Latin.

    Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2005:378), ejaan ditakrifkan sebagai

    kaedah atau cara menulis perkataan dengan huruf. Di dalam kamus linguistic (1997:66),

    ejaan atau spelling ialah pewujudan bunyi pertuturan manusia dengan menggunakan

    lambang system tulisan.

    3.1 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu

    Sistem ejaan rumi bahasa Melayu bermaksud system ejaan baharu yangdipersetujui bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Republik Indonesia

    serentak pada 16 Ogos 1972. Sistem ini dilaksanakan pada tahun 1972 hasil

    kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia bagi pihak kerajaan Malaysia dan

    pemerintah Republik Indonesia. Badan yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan

    Rumi di Malaysia ialah Jawatankuasa tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri

    Pendidikan Malaysia , dan jawatankuasa ini diletak di bawah Dewan Bahasa dan

    Pustaka (Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1987:v)

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    28

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    29/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Sejarah system ejaan Rumi baharu di Malaysia bermula apabila terdapatnya usaha

    untuk menyelesaikan permasalahan bahasa Melayu selepas merdeka. Melalui kongres

    Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1956, satu system ejaan Rumi Melayu telah

    dipersetujui bersama yang dinamakan Sistem Ejaan Kongres. Dalam perbahasan ini

    telah dirumuskan empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi iaitu:

    i. Ejaan di Malaysia dan Indonesia hendaklah diaseragamkanii. Peraturan ejaan hendaklah mudah dengan cara system fonologi diberikan

    keutamaan dan fonem hendaklah digambarkan dengan satu sahaja.

    iii. Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang sama dan

    seragam

    iv. Kata-kata daripada bahasa asing hendaklah dieja mengikut hokum dan

    system fonologi melayu

    Pada tahun 1959, satu mesyuarat untuk menyeragamkan system ejaan Rumi telah

    dilaksanakan. Hasilnya, diumumkan Sistem ejaan Malindo, iaitu singkatan kepada

    Sistem ejaan Malaysia Indonesia. Walaubagaimanapun, system ini tidak dihebahkan

    kepada masyarakat. Pada tahun 1967, rundingan antara Malaysia dengan Indonesia

    untuk kali kedua tentang system ejaan Rumi bagi kedua-dua buah Negara telah

    melahirkan Sistem Ejaan Bersama Malaysia Indonesia yang di sebut ejaan baru.

    Antara perkara yang dipersetujui adalah seperti berikut:

    a) penulisan vokal dalam suku kata akhir tertutup (vocal i, e u dan o)

    Contoh: tilik, cerek, sulit, korek

    b) Penulisan awalan dan akhiran mempunyai satu cara sahaja, iaitu digandingkan

    atau ditulis serangkai dengan kata dasar.

    Contoh: melarikan, berbunga, terjatuh

    c) Penulisan partikel dan kata sendi nama ditulis berasingan daripada perkataan

    lain.

    Contoh: mengapa kah, ke sungai, di belakang

    Ejaan Baru ini juga telah mengadakan grafem baharu iaitu:

    c menggantikan ch

    Contoh: chantik digantikan dengan cantik

    sy menggantikan sh

    Contoh: shampoo digantikan syampu

    Ejaan Baru ini tidak ada pelaksanaannya secara rasmi. Dalam tempoh

    menunggu perasmiannya, timbul pula Ejaan Cadangan yang telah membuat beberapa

    perubahan pada Ejaan Baru tadi. Ejaan Cadangan telah mempertahankan penggunaan

    sh dan c, dan menggandingkan partikel dan kata sendi nama kah, lah, tah, di dan ke

    dengan perkataan lain.

    3.2 Pola keselarasan vocal

    (i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.

    (ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    29

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    30/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    (iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat

    dengna sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir

    sahaja.

    Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu,

    iaitu:

    Bil. Suku kata praakhir Suku kata Akhir

    Tertutup

    Contoh Penggunaan

    1. a a asal talak halaman2. a i alih tarik parit

    3. a u asuh datuk baruh4. e (pepet) a emas kelam selam

    5. e (pepet) i betik ketil lebih

    6. e (pepet) u belut telur perut

    7. e (taling) a elak dewan perang

    8. e (taling) e (taling) belek gelek leceh9. e (taling) o elok belok telor

    10. i a bilah kilang selinap

    11. i i intip pilih sisih12. i u pikul ribut tidur

    13. o a otak borang sekolah14. o e (taling) oleh boleh celoteh

    15. o o obor borong kelompok

    16. u a ulat bulat ketupat

    17. u i ulit kulit putih

    18. u u untuk buluh seluruh

    3.2.1Kekecualian Keselarasan Vokal

    Menurut Abdul Hamid Mahmood (1998 : 52), Sistem ejaan Rumi baharu bahasa

    Melayu yang mula dikuatkuasakan pada 16 Ogos 1972 menetapkan bahawa terdapat

    18 pola keselarasan vocal seperti di dalam rajah di atas. Penggunaan sistem baharu itu

    telah memansuhkan pola lama. Namun begitu, pada masa yang sama, menurut Ismail

    Dahaman dalam Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu, sistem ejaan Rumi baharu ini

    masih menggunakan pola lama ini, iaitu a e taling, a o, e pepet e taling, e pepet

    o, i e taling, i o, u e taling, dan u o bagi perkataan yang diserap daripada

    bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris, bahasa Eropah yang lain, dan bahasa di

    Nusantara. Menurut Nik Safiah et al., hal yang demikian terjadi kerana ejaan bagi istilah

    serapan atau pinjaman dikekalkan bentuk ejaan asalnya seboleh mungkin.

    Asmah Haji Omar (2004 :34) juga menyatakan bahawa, kekecualian keselarasan

    vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di Nusantara (Jawa) dan

    bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf

    vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

    Bil Pola

    Vokal

    Contoh Bahasa Nusantara Contoh Bahasa Inggeris

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    30

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    31/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    1. a-e taling Aneh, kaget, pamer Kabaret, panel

    2. a-o Calon, lapor, perabot Atom, faktor

    3. e pepet e taling gembleng

    4. e pepet o Bendok, jempol Gabenor, interkom

    5. i-e taling imlek simentiket

    6. i-o Ijon, pilon Diftong, transistor7. u-e taling Tulen, ulet Subjek, dokumen

    8. u-o Bunglon, lelucon Kupon, konduktor

    9. a-e pepet pakem teater

    10. e taling Hipotesis, objektif

    11. e taling-u Petroleum, spektrum

    12. e pepet e pepet Demdem, pepet

    13. i-e pepet iseng Artikel, filem

    14. o-i Fosil, hipokrit

    15. o-u Bonus, forum

    16. u-e pepet lumer skuter

    17. e taling e pepet meter

    18. o-e pepet Oktober

    Rajah : Menunjukkan pola-pola kekecualian keselarasan vokal

    Sumber:http://74.125.153.132/search?

    q=cache:8SZjzbNBEvUJ:staff.iiu.edu.my/mascitah/sistemejaan.doc+kekecualian+d

    alam+bahasa+melayu&cd=2&hl=en&ct=clnk&gl=my

    Penyerapan bahasa Nusantara, iaitu bahasa Indonesia terlalu banyak dan telah

    berlaku sekian lama sehinggakan pengguna bahasa tidak menyedari bahawa sejumlah

    besarnya berasal daripada daerah tersebut. Walau bagaimanapun, Sistem Ejaan RumiBaharu telah menetapkan bahawa bahasa tersebut ialah bahasa asing dan sistemnya

    sama seperti sistem pengejaan bahasa pinjaman yang lain. Contoh

    bahasa Indonesia yang telah lama terserap dalam bahasa Melayu ialah perabot, calon,

    pamer, aneh dan awet. adegan, lulur, lumayan, prihatin, pinggir, gamelan, calon, cerdas,

    wali, waras, lakon, lapor, keruan, lolos, matang, lumayan, perabot, peria, ningsun,

    lontong, lempengDalam prinsip keselarasan vokal, vokal a dengan vokal o tidak selaras,

    begitu juga vokal a dengan vokal e taling, namun hal ini dikecualikan bagi ejaan kata

    pinjaman.

    Berdasarkan Sistem Ejaan Rumi Baharu, beberapa prinsip pengejaan bahasa

    asing digunakan. Perkataan yang diambil daripada bahasa Inggeris dieja dengan

    mengutamakan bentuk visual asalnya tetapi diucapkan mengikut sebutan bahasaMelayu misalnya, psychoanalysis dieja psikoanalisis, arthritis dieja arthritis, glamour

    dieja glamor. Perkataan Inggeris yang mempunyai gabungan dua huruf konsonan yang

    sama dieja dengan menggugurkan satu huruf, misalnya nugget dieja nuget dalam

    bahasa Melayu, begitu juga session, dieja sesi. Selain itu, perkataan Inggeris yang

    bermula dengan auto, aero, tele, dia misalnya, masih dikekalkan unsur depanannya

    dalam bahasa Melayu, misalnya autokratik, aerodinamik, telefoto, dialog. Penyesuaian

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    31

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    32/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    huruf bagi gabungan huruf vokal juga dilakukan, misalnya mee dieja mi, saloon dieja

    salun.

    3.2.3 ENAM PRINSIP PENGEJAAN KATA-KATA PINJAMAN

    PRINSIP 1:Mengutamakan bentuk visual atau hurufiah tetapi diucapkan menurut

    sebutan bahasa MelayuContoh: 1. Psychology = psikologi 2. Technique = teknik

    PRINSIP 2:Mengekalkan gugus konsonan yang ada pada bahasa Inggeris

    Contoh: 1. Clinic = klinik 2. drama = drama

    PRINSIP 3: Mengekalkan penulisan unsure-unsur depanan Bahasa Inggeris

    Contoh: 1. au = audio 2. dia = dialek

    PRINSIP 4 : Mengekalkan pengejaan huruf g yang diucapkan/j/ dalam bahasa

    Inggeris tetapi diucapkan mengikut sebutan bahasa MelayuContoh: 1. Agenda = agenda 2. Tragedy = tragedi

    PRINSIP 5 : Mengekalkan bunyi /j/ bagi huruf g yang diucapkan /j/ dalam bahasa

    Inggeris

    Contoh: 1. agent = ejen 2. college = kolej

    PRINSIP 6 : Kata ambilan daripada bahasa Arab dieja menurut system ejaan rumi dandiucapkan menurut kaedah seburan melayu.Contoh: 1. dzat = zat 2. mithal = misal

    3.3 KesimpulanSistem ejaan Rumi Baharu telah Berjaya menyeragamkan ejaan bahasa Melayu dan

    mengangkat martabatnya sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi. Sistem ejaan

    ini lebih teratur , terutama dari segi keselarasan huruf vocal, aturan pengejaan bagi kata

    pinjaman daripada bahasa asing dan pengejaan istilah khusus telah dinyatakan dengan

    jelas

    RUJUKAN:

    Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan bahasa Melayu terkini. Masa Enterprise

    Abdul Hamid Mahmood (2002) Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: City

    Reprographic Services

    Abdul Hamid Mahmod dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik fonetik dan

    fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd

    ROZIAH HAMIDD20111049600

    UPSI23

    32

  • 7/29/2019 Bml3043 Fonetik Dan Fonologi

    33/33

    BML3043FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

    Abdul Hamid Mahmood et al.(2012) . Fonologi Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn

    Bhd.

    Abdullah Hassan (1993). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling

    Jaya:Fajar Bakti Sdn Bhd

    Alias Mohd Yatim (1992) . Fonetik dan fonologi suatu tinjauan. Kulim: Penerbit

    Sarlis

    Prof. Emeritus Dr Abdullah Hassan (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur:

    PTS Professional Publishing Sdn Bhd