Click here to load reader

Bab 3 Tamadun Melayu (2)

  • View
    4.037

  • Download
    1

Embed Size (px)

Text of Bab 3 Tamadun Melayu (2)

PowerPoint Presentation

Akidah IslamOrang Melayu berpegang pada akidah Islam sebagai asas pandangan semestanyaMementingkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.TPandangan semesta orang Melayu berunsur tradisional disesuaikan dengan dasar-dasar akidah Islam.Mentaati segala yang disuruh dan meninggalkan segala larangan Allah adalah tuntutan imam2

Masyarakat Melayu sangat menghormati pemimpin. Nilai-nilai ini adalah nilai-nilai yang asas dalam tamadun Melayu Institusi beraja adalah unsur tradisi masyarakat Melayu. Ketaatan dan kesetiaan kepada Sultan/Raja telah menjadi sebahagian daripada budaya orangn Melayu sejak zaman awal tamadun lagi Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin

3

Berpegang teguh kepada Adat ResamMasyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti yang dapat dilihat dalam amalan hidup seharianOrang Melayu amat menjaga adat resam termasuklah pantang larang dan adat istiadat yang diwarisi dan diamalkan turun-temurunAntara adat yang masih diamalkan seperti adat istiadat menyambut kelahiran, perkahwinan dan kematian.4

Memulia-kan orang TuaTamadun Melayu memberi keutamaan kepada yang tua atau berusia.Nilai ini berkaitan dengan pemahaman masyarakat Melayu bahawa orang yang lebih berusia mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding dengan orang muda.Pengalaman adalah sesuatu yang dipandang penting dalam masyarakat Melayu.5

Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan SilaturahimTerbukti melalui gelaran dalam keluarga seperti datuk, nenek, along, angah, pak cik, dan makcik.Aktiviti kenduri-kendara juga membuktikan orang Melalu mementingkan hubungan silaturrahimDemikian juga dalam amalan ziarah-menziarahi6

Saling menghormatiTamadun Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain.Mereka saing menghormati malahan seringkali bersikap rendah diriPenghormatan diberikan kepada orang lain yang turut menghormati orang lainOrang yang tidak membalas penghormatan yang diberikan akan dipandang rendah7

Meraikan TetamuMeraikan tetamu adalah satu nilai yang penting dalam masyarakat Melayu.Mengikut ajaran Islam, tetamu membawa rezeki kepada tuan rumah. Oleh yang demikian, tetamu sentiasa dialu-alukan dan diraikan dengan sebaik-baiknya .Pepatah Melayu- suami pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan8

Bertimbang rasaOrang Melayu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalm pelbagai keadaanSikap ini menjadikan orang Melayu tidak mementikang perasaan diri semata-mata.9

Bersopan santun,Berbudi BahasaBersopan santun dan berbudi bahasa adalah sebahgian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang dikaitkan dengan adab. Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang yang beradab sebagai halus budi pekertinya manakala orang yang tidak bersopan santun dan tidak berbudi bahasa sebagai biadab dan kasar.10

Bermesyuarah/BermuafakatIalah cara bagaimana masyarakat Melayu cuba mencapai persetujuan ramaiGolongan ramai diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira semua pendapat.Hal ini dibuktikan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.11

Bergotong-royongSalah satu daripada ciri Tamadun Melayu adalah melakukan kerja pekerjaan secara bergotong-royong. Nilai kerjasama ini merupakan sebahagian daripada nilai kebudayaan Melayu yang berteraskan kepentingan kehidupan secara berkumpulan.Gotong-royong diamalkan dalam aktiviti seperti kenduri-kendara, menanam dan menuai padi, membersih rumah ibadat dan tanah perkuburan.12

Pencapaian Tamadun MelayuSebelum Islam

- Bentuk sastera lisan dan hikayat13PersuratanCerita mitos Puteri SantubongCerita legenda MahsuriCerita mergastua Sang KancilUngkapan pantun, peribahasa, gurindam, seloka

Selepas IslamSastera kitab Sharabul Ashiqin Hamzah Fansuri Sastera ketatanegaraanTajul Salatin Bukhari al-JauhariHistoriografi Sulalatul Salatin Tun Sri LanagKitab-kitab perubatanTayyib al-Ihsan fi Tibbil Insan Wan Ahmad Muhammad Zain al-FataniAstronomi Ilmu Falak Syeikh Ahmad al-FataniMatematik Raudat al-Hussab fi Amal al-Hisab Syeikh Ahmad Abdul Latif al-Khatib

Seni tari Zapin Mak Yong Inang

Kesenian14Seni Muzik Gamelan Cak LempongKompang

Seni Ukir dan Khat Mimbar masjid Ukiran kayu Ukiran tembaga

Seni Bela Diri/Persilatan Silat gayong Silat cekak Silat lincah

Seni Pertukangan Rumah Senjata Perahu

Seni Tenun, Sulaman dan Anyaman Songket Tekat Selendang Tikar Terendak

Seni Kulinari Acar buah Rendang Gulai Nasi Dagang, Ulam, Ambang, Kerabu

Kesinambungan antara Tamadun Melayu dan Tamadun MalaysiaAsas sistem pemerintahanAgama , Adat IstiadatSistem PerundanganPeranan Bahasa MelayuTamadun Malaysia yang ada kini wujud hasil dari satu proses sejarah yang berkesinambungan dan dapat dibuktikan melalui pelbagai sumber sejarah Arkeologi.Jelas sekali paksi dan landasan utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan Tamadun Malaysia ialah tamadun Melayu. 16

Asas Sistem Pemerin-tahanTamadun Melayu sebelum ini seperti Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu, Melaka Johor Riau-Lingga membentuk sistem pemerintahan yang tersendiri dan terbukti menjadi sebuah kerajaan yang berjaya.

Setiap kuasa Melayu tersebut diperintah oleh raja atau Sultan yang mana akhirnya telah menyumbang kepada sistem pemerintahan raja berpelembagaan dalam Tamadun Malaysia hari ini.

Sistem Raja berperlembagaan di negara ini Yang di-Pertian Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu menjadi komponen penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua utama negara yang mengetuan tiga badan:Badan perundanganBadan pemerintahanBadan kehakiman.17

Sistem PerundanganSistem pentadbiran tamadun Melayu dahulu dikukuhkan lagi dengan sistem perundangan tradisional yang berasaskan adat Melayu dan hukum syariah.Melaka: Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut MelakaJohor: Undang-undang Johor (Undang-undang Tubuh Negeri Johor, 1895)Pahang: Undang-Undang PahangKedah: Undang-Undang KedahPerak: Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Keturunan Daripada Turun Negeri PerakTerengganu: Perlembagaan Negeri Terengganu, 1911.Negeri Sembilan: Hukum adan dan Undang-undang adat.Sistem perundangan tradisional ini telah dilanjutkan kepada politik Malaysia dalam perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Negeri18

Agama dan Adat istiadat MelayuBerdasarkan sejarah, tamadun Melayu telah dimantapkan oleh agama Islam di mana Islam dan adat Melayu telah menjadi sturktur penting kemelayuan dan ketamadunan Malaysia.Pengaruh tersebut berkekalan hingga kini di mana:Islam menjadi faktor dalam mendefinisikan Melayu (Melayu sebagai yang mengamalkan adat istiada Melayu, berbahasa Melayu dan beragama Islam.Islam menjadi agama Persekutuan Malaysia, dan setiap raja atau sultan ialah ketua agama bagi setiap negeri dalam Persekutuan Malaysia. Adat Melayu juga mempengaruhi cara berpakaian, jenis pakaian, pengucapan dan tingkah laku.

19

Peranan Bahasa MelayuSejarah Ketamadunan Melayu juga berkembang disebabkan peranan bahasa Melayu pada waktu itu sebagai alat penyebaran agama Islam. Peranan bahasa Melayu pada waktu itu yang dibantu dengan huruf jawi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa dalam kitab-kitab agama dan bahasa karya sastera. Bahkan bahasa yang digunakan olah para pendakwah pada masa itu sebagai media komunikasi mereka.Hal ini menjadikan bahasa Melayu sebagai lingua franca dalam kalangan pedagang.Bahasa Melayu telah berperanan sebagai bahasa persatuan dan kesatuan Melayu pada waktu itu.Berdasarkan sejarah tersebut, Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa Kebangsaan Malaysia 20

KESIMPULANTamadun Melayu muncul dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu awal

Kemunculan tamadun awal membantu atau memberi kesan positif kepada pembinaan Tamadun Melayu

Kerajaan Melayu awal lebih mantap setelah menerima Islam

Islam telah banyak membawa perubahan corak pemikiran dan sosiopolitik masyarakat Melayu

Pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu Islam sebagai zaman kegemilangan Tamadun Melayu21

Rujukan22Kementerian Pengajian Tinggi. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Ahmad Zaki Abd. Latiff (et.al). (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Oxford Fajar Afifah Abu Yazid(et.al). (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Petaling Jaya :Pearson