Upload
others
View
20
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PROSIDING
SEMINAR KEBANGSAAN TAMADUN DAN WARISAN ISLAM (TAWIS) 2017
“Merekayasa Kreativiti dan Inovasi”
Diterbitkan oleh
Institut Islam Hadhari (HADHARI),
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Selangor, MALAYSIA
bersama
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
2017
PROSIDING
SEMINAR KEBANGSAAN TAMADUN DAN WARISAN ISLAM (TAWIS) 2017
“Merekayasa Kreativiti dan Inovasi”
© Sekretariat TAWIS 2017,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia; Jabatan Pengajian
Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia; Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM); Yayasan
Taqwa Wilayah Persekutuan, 2017.
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan menerbit, mengulang cetak, mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, fotografi dan
isi kandungan prosiding ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain yang direka pada masa akan datang sebelum mendapat izin bertulis daripada Sekretariat TAWIS 2017, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya,
MALAYISA; Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA; Jabatan
Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor,
MALAYSIA; Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jalan Maktab, Seksyen 12, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA;
Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Tingkat Bawah Lot 1, Bangunan TH, 148, Jalan Ipoh, 51200, Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (2017 : Selangor)
PROSIDING SEMINAR KEBANGSAAN TAMADUN DAN WARISAN ISLAM
2017 (TAWIS 2017) : “Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa
Kreativiti dan Inovasi” / Dianjurkan oleh: Sekretariat TAWIS 2017,
Institut Islam Hadhari (HADHARI), Universiti Kebangsaan Malaysia,
Selangor MALAYSIA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Latihan Islam
Malaysia (ILIM), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, 14 November
2017, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) MALAYSIA ; Editor
ROSILAWATI MOHD HANAPI, MASHITOH YAACOB, MOHAMAD SABRI
HARON, A’DAWIYAH ISMAIL, FARIZA MD SHAM, NUR ASILAH KITHURU
MOHAMED, ZUBAIDAH MOHD NASIR, SITI SALWA SALIM, WAN AISHAH
WAN MOHD NOWALID, FARIS HARIYANTO.
ISBN 978-967-15103-2-2
1. Ummah (Islam)--Congresses. 2. Civilization, Islamic--Congresses.
3. Islam and science--Congresses. 4. Islam and state--Congresses.
I. Rosilawati Mohd Hanapi, 1983-. II. Mashitoh Yaacob.
III. Mohamad Sabri Haron. IV. Adawiyah Ismail, 1976-.
V. Fariza Md. Sham. VI. Nur Asilah Kithuru Mohamed.
VII. Zubaidah Mohd Nasir. VII. Siti Salwa Salim.
IX. Wan Aishah Wan Mohd Nowalid. X. Faris Hariyanto. XI. Universiti
Kebangsaan Malaysia. Institut Islam Hadhari (HADHARI).
XII. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. XII. Universiti Kebangsaan
Malaysia. Fakulti Pengajian Islam. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun
Islam. XIV. Institut Latihan Islam Malaysia. XV. Yayasan Taqwa Wilayah
Persekutuan.
XVI. Judul.
297.2709595
PROSIDING
SEMINAR KEBANGSAAN TAMADUN DAN WARISAN ISLAM (TAWIS) 2017
“Merekayasa Kreativiti dan Inovasi”
Dianjurkan oleh:
Sekretariat TAWIS 2017
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Institut Islam Hadhari (HADHARI),
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Selangor, MALAYSIA
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
14 November 2017
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
MALAYSIA
2017
EDITOR
ROSILAWATI MOHD HANAPI
MASHITOH YAACOB MOHAMAD SABRI HARON
A’DAWIYAH ISMAIL
FARIZA MD SHAM
NUR ASILAH KITHURU MOHAMED
ZUBAIDAH MOHD NASIR
SITI SALWA SALIM
WAN AISHAH WAN MOHD NOWALID
FARIS HARIYANTO
6
ISI KANDUNGAN
PRAKATA 8
SESI PEMBENTANGAN SELARI 1
NILAI KARAKTER DAN METODE PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN
TASAWUF
Nurcahaya, Akbarizan, Srimurhayati, Nurrahmi Hayani & Afdhal Rinaldi
9
PEMBUDAYAAN PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT (PISH) DI
KOLEJ KOMUNITI DALAM PERLAKSANAANNYA DI INSTITUT
PENDIDIKAN AGAMA
Mohammad Hafeez Md Ramli, Muhammad Arasz Salleh & Mathayu Abdul Jamai
17
PENGARUH HALLYU TERHADAP TINGKAH LAKU REMAJA DI IOI MALL,
MALAYSIA
A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar
25
SESI PEMBENTANGAN SELARI 2
PENGEMBANGAN AGIHAN ZAKAT MENGIKUT MAZHAB SYAFI’I
DALAM FATWA NEGERI TERENGGANU
Wan Zulkifli Wan Hassan, Nazri Muslim, Jamsari Alias, Azizi Umar & Zulkifli
Mohamad
33
KONSEP REZEKI MENURUT ISLAM DALAM KONTEKS USAHAWAN:
KAJIAN PERSEPKTIF TAMADUN ISLAM
Mohamad Sabri Haron & Abdul Qawi Abdul Halim
47
PSIKOLOGI CINTA DALAM DRAMA DAN PENGARUHNYA KEPADA
TAMADUN ISLAM
Nur Aina Mohd. Yaakop, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Fariza Md Sham & Nurul
Aiman Mat Abdul
61
PEMBINAAN PERADABAN REMAJA MELALUI PENDEKATAN DAKWAH
TARGHIB DAN TARHIB
Nor Azizah Mustapha, Fariza Md Sham & Ahmad Irdha Mokhtar
67
KEPERLUAN SABAR SEBAGAI ELEMEN KECERDASAN SPIRITUAL
DALAM PEMBENTUKAN PERSONALITI MENURUT PERSPEKTIF HADIS
Suriani Sudi & Fariza Md Sham
79
7
SESI PEMBENTANGAN SELARI 3
PERANAN ULAMA DALAM TUNTUTAN KEMERDEKAAN DI KELANTAN
Farid Mat Zain, Izziah Suryani Arshad, Azmul Fahimi Kamaruzaman & Mohd
Fazmie Deraman
89
WARISAN KETATANEGARAAN MELAYU MENERUSI UNDANG-UNDANG
TUBUH KERAJAAN JOHOR 1312 (1895)
Hanif Md Lateh@Junid, Izziah Suryani Arshad@Mat Resad & Ahmad Saiful
Abdul Manaf
107
CABARAN MEMBINA KEMAJUAN BANGSA DALAM KARYA ABDULLAH
ABDUL RAHMAN: MATARAHARI MEMANCAR TARIKH KERAJAAN JEPUN
Ermy Azziaty Rozali
117
POLA PENULISAN HADIS ARBACĪN SEBELUM AL-IMĀM AL-NAWAWĪ
Muhammad Hasan Said Iderus, Latifah Abdul Majid, Ahmad Asmadi Sakat & Siti
Zahidah Kosran
125
TINJAUAN AWAL ETNIK ROHINGYA DI MALAYSIA
Mohd Irfan Mohd Terin & Muhammad Hilmi Jalil
135
SESI PEMBENTANGAN SELARI 4
INOVASI DAN KECERIAAN DI SURAU-SURAU SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN (SMK) TERPILIH DI MALAYSIA
Abdul Munir Ismail
147
IBADAH DAN TAHAP PENGAMALANNYA TERHADAP PELAJAR
POLITEKNIK ZON TENGAH
Mohamed Hamdan Abdullah, Fariza Md Sham & A’dawiyah Ismail
173
TAHAP KEPRIHATINAN GURU MENERAPKAN UNSUR TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PdP) BAHASA ARAB BERDASARKAN MODEL CBAM
(CONCERN-BASED ADOPTION MODEL)
Faizatul Nadia Mohd Tahir & Harun Baharudin
183
KOMUNIKASI SEMUT: ANTARA WAHYU DAN SAINS KEJURUTERAAN
Fazida Hanim Hashim & Wan Nasyrudin Wan Abdullah
189
8
PRAKATA
Assalamualaikum w.b.t
Pertama-tamanya, kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sekretariat seminar
yang berjaya menganjurkan seminar TAWIS 2017 seterusnya berjaya menerbitkan
prosiding ini.
Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam 2017 (TAWIS) 2017 anjuran bersama
di antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan. Seminar ini memfokuskan kepada
isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat dalam membina peradaban
Islam melalui pelbagai aspek seperti kebudayaan, pendidikan, hiburan, kesenian, sosial,
politik dan lain-lain. Isu-isu dan cabaran ini memerlukan wadah untuk percambahan idea
ke arah menangani dan penyelesaian.
Dengan tema “Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi”
penganjuran TAWIS 2017 mampu memberikan solusi kepada masyarakat tentang
pembinaan ketamadunan masyarakat yang berteraskan Islam melalui pembentangan
hasil-hasil penyelidikan berkaitan tamadun Islam. Di samping itu, seminar ini menjadi
medan dalam kalangan sarjana dan pengkaji dalam bidang Tamadun Islam untuk
berkumpul, berbincang dan berkongsi idea-idea baru yang kreatif dan inovatif dalam
menghasilkan masyarakat yang mempunyai peradaban yang tinggi.
Dalam pembinaan tamadun masyarakat yang berteraskan Islam, kita menghadapi
cabaran terutama dalam mendepani gelombang Revolusi Industri ke 4 yang tidak
menjadikan nilai-nilai kemanusiaan sebagai dasarnya. Oleh itu, satu perbincangan dalam
konteks ini diharap dapat dirungkai dalam seminar TAWIS 2017 kali ini. Di samping itu
juga diharapkan dengan perbincangan ilmiah dapat membantu JAKIM dalam
merealisasikan Pelan Strategik JAKIM iaitu Memantapkan Kefahaman dan Penghayatan
Islam Secara Syumul bagi Melahirkan Khaira Ummah di samping untuk membina
masyarakat yang kukuh akidah dan patuh syariah.
Semoga perbincangan ilmiah dalam prosiding ini menjadi input untuk dimanfaatkan oleh
ahli akdemik, pelajar dan masyarakat umum.
Editor & Pengerusi Seminar
Prof Madya Dr Fariza Md Sham
Amran Awaluddin
♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
9
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi
Nilai Karakter dan Metode Pendidikan Karakter dalam Pendidikan Tasawuf
Nurcahayab, Akbarizana, Srimurhayatib, Nurrahmi Hayanic, Afdhal Rinaldia
a Fakultas Syariah dan Hukum, UIN Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru 28293, Riau, INDONESIA b Fakulats Tarbiyah dan Pendidikan, UIN Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru 28293, Riau, INDONESIA c Fakultas Ekonomi dan Ilmu Sosial, UIN Sultan Syarif Kasim, Pekan Baru 28293, Riau, INDONESIA
Abstrak
Tasawuf dikenal sebagai ajaran yang berhasil melahirkan pribadi-pribadi yang berakhlak mulia, berkarakter tinggi. Tasawuf
memiliki cara, metode dan materi tersendiri dalam membentuk karakter-karakter yang hebat. Meskipun diakui pula bahwa
tasawuf memiliki sisi negative dalam pengembangan intelektual dan kritis. Penulis melihat bahwa banyak ide-ide tasawuf
mengenai pendidikan karakter sangat relevan pada zaman sekarang. Penelitian ini membatasi permasalahan-permasalahan;
apa saja nilai-nilai karakter diajarkan kepada murid dalam tasawuf, dan bagaimana metode pendidikan karakter dalam
tasawuf. Penelitian ini masuk dalam library research. Oleh karena itu, teknik analisis isi merupakan pilihan yang tepat untuk
penelitian ini. Menurut Krippendorff, desain analisis isi secara rinci terdiri dari langkah-langkah; pengadaan data,
pengurangan data, inferensi dan analisis data. Hasil penelitian ini menunjukkan pertama, nilai-nilai afektif pendidikan yang
diajarkan dalam tasawuf adalah mujahadah (kesungguhan), khawf (takut) dan raja’ (harap), iradah (kemauan), istiqamah
(teguh hati) dan sabar, hurriyah (bebas) dan ikhlas (tulus), haya’ (malu), ghirah (cemburu), dan mahabbah (senang dan
suka). Kedua, metode pembelajaran afektif dalam kitab al-Risalah al-Qusyairiyyah adalah metode ubudiyyah (ibadah),
metode tauladan, metode latihan, metode cerita, metode pembiasaan.
Kata Kunci: Tasawuf; pendidikan karakter; nilai karakter
© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.
1. Pengenalan
Penelitian ini dilatarbelakangi oleh bahwa bangsa Indonesia berkeinginan untuk membangun pendidikan yang
berkarakter. Pendidikan karakter menjadi perhatian utama negara Indonesia, tidak hanya untuk kepentingan
individu, akan tetapi demi kepentingan bersama dalam rangka mempersiapkan generasi yang menjadi pewaris
Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]
Nurcahaya et al. / TAWIS (2017)
10
estafet kepemimpinan di masa akan datang, yang dapat menciptakan kemajuan dan kedamaian dalam
masyarakat.
Namun keinginan untuk membangun pendidikan yang berkarakter tersebut belum menampakkan
hasilnya sampai saat ini. Hal ini dibuktikan bahwa pendidikan karakter di sekolah selama ini baru menyentuh
pada tingkatan pengenalan norma atau nilai-nilai, dan belum pada tingkatan internalisasi dan tindakan nyata
dalam kehidupan sehari-hari.
Menurut penulis, karakter sebenarnya telah diajarkan secara sistematis oleh tasawwuf. Tasawuf dikenal
sebagai ajaran yang berhasil melahirkan pribadi-pribadi yang berakhlak mulia, berkarakter tinggi. Tasawuf
memiliki cara, metode dan materi tersendiri dalam membentuk karakter-karekter yang hebat. Meskipun diakui
pula bahwa tasawuf memiliki sisi negative dalam pengembangan intelektual dan kritis.
Telah diketahui secara luas, tasawuf memiliki lembaga pendidikan tersendiri dan mengembangkan
sistem pendidikan yang khas di mana persoalan spritual mendapat tempat yang dominan. Dalam perkembangan
selanjutnya, perkataan tasawuf dapat pula diartikan secara khusus sebagai jalan rohani (tariqah) yang menuju
kepada pencapaian kesempurnaan moral dan pengetahuan intuitif mengenai Tuhan. Jalan rohani (tariqah) ini
secara esensial menjadi sebuah metode praktis untuk membimbing seorang salik dengan mengikuti suatu cara
berfikir, merasa dan bertindak tertentu (Al-Taftazani 1989).
Pembentukan karakter yang baik merupakan hal yang penting dalam pendidikan. Hal ini sejalan dengan
sufisme itu sendiri yang menekankan pentingnya akhlak sebagai dasar karakter. Di sini dikutip kata-kata Ibn
Qayyim, yang artinya: “semua mereka yang berbicara tentang ilmu ini (dalam Islam) menetapkan bahwa
Tasawuf sama artinya dengan akhlak”. Abu Haffaz al-Haddad, salah seorang sufi awal, seperti yang dikutip oleh
al-Taftazani mengatakan “Tasawuf adalah suatu tata kesopanan, setiap waktu, hal dan maqam mempunyai tata
kesopanan yang diperlukan”. (Al-Taftazani 1989).
Kualitas individu menurut pendidikan versi tasawuf tidak hanya diukur berdasarkan ilmu pengetahuan
saja, tetapi yang paling mendasar adalah karakter yang kuat. “Kita lebih memerlukan sedikit adab daripada
sejumlah besar ilmu pengetahuan”. (Al-Taftazani 1989).
Jadi dapat dinyatakan bahwa tasawuf memiliki kontribusi yang sangat kuat untuk membentuk pribadi-
pribadi yang berkarakter melalui doktrin dan ajarannya. Doktrin dan ajaran tersebut dikenal dengan maqam dan
hal.
2. Masalah
Untuk mengarahkan penelitian ini maka penulis membatasi permasalahan-permasalahan pokok sebagai berikut:
i. Apa saja nilai-nilai karakter diajarkan kepada murid dalam tasawuf?
ii. Bagaimana metode pendidikan karakter dalam tasawuf?
3. Metode
Objek penelitian ini adalah buku, sedangkan buku tersebut masuk dalam kategori perpustakaan, maka jenis
penelitian ini penulis masukkan dalam “library research”. Oleh karena itu, teknik analisis isi merupakan pilihan
yang tepat untuk penelitian ini. Menurut Krippendorff (Darmiyati Zuchdi 1998) desain analisis isi secara rinci
terdiri dari langkah-langkah; pengadaan data, pengurangan data, inferensi dan analisis data.
Nurcahaya et al. / TAWIS (2017)
11
3.1 Pengumpulan Data
Data dalam penelitian ini diambil dari dokumen historis berupa karya tulis ulama sufi Imam al-Qusyairi dengan
kitabnya al-Risalah al-Qusyairiyyah, dan literatur-literatur yang ditulis oleh selain ulama sufi tersebut.
3.2 Reduksi Data
Data dalam penelitian ini dapat saja muncul berulang-ulang dan banyak. Bila hal ini terjadi, maka perlu reduksi
data. Dalam penelitian ini, reduksi data dilakukan dengan menyeleksi, mempertahankan teks-teks yang relevan
dalam kitab al-Risalah dan mentransformasikan data yang sesuai dengan kriteria permasalahan yang diangkat
dalam penelitian ini.
3.3 Inferensi
Inferensi dalam penelitian ini dilakukan dengan mengaplikasikan konstruk analisis yang ada pada teks dalam
kitab al-Risalah yang peka konteks untuk menghasilkan suatu inferensi yang tepat.
3.4 Analisis Data
Goetz dan le Compte mengenalkan sejumlah teknik analisis yaitu induksi analitik, analisis tipologik dan
komparatif konstan. (Noeng Muhadjir 1990).
4. Pembahasan
4.1 Nilai Karakter dalam Tasawuf
Sufisme pada mulanya adalah suatu bentuk pendidikan keagamaan yang bersifat pribadi lalu berkembang
menjadi halaqah (lingkaran) murid-murid di sekeliling seorang guru yang diakui, kemudian tumbuh lagi menjadi
sistem guru mursyid, syekh dan murid (salik). Sistem guru dan murid ini merupakan sekolah-sekolah bebas untuk
mendapatkan pelajaran dan bimbingan. Pelajaran dan bimbingan tersebut ditujukan untuk mencapai tingkat
tertinggi sebagai manusia yaitu manusia seutuhnya atau dalam istilah tasawuf disebut dengan al-insan al-kamil.
Indikator-indikator (ahwal) dalam al-insan al-kamil inilah yang harus dicapai oleh anak didik. Tujuan itu adalah
ma'rifatullah sebagai penghayatan iman dan taqwa dalam wujud al-khuluq al-jamil dan cinta (mahabbah) dan
rindu (syauq) sebagai manifestasi iman dan taqwa. Prinsip asasi ma’rifah ini adalah iman dan taqwa. Menurut al-
Risalah:
Semakin orang mengenal Allah (ma’rifah), semakin takut ia pada-Nya.
(al-Qusyairi, tt.: 313)
Ma’rifah yang merupakan tujuan murid. Hal ini sejalan dengan Abdur Rasyid ibn Abd al-Aziz (1975)
dalam bukunya al-Tarbiyah al-Islamiyah wa Thuruq Tadrisiha, yang menukilkan pendapat al-Farabi, Ibn Sina,
al-Ghazali dan Ikhwan as-Shafa tentang rumusan tujuan pendidikan Islam. Ia menyimpulkan bahwa tujuan
pendidikan Islam adalah taqarrub kepada Allah melalui pendidikan akhlak.
Lebih jauh lagi Ali Ashraf (1989) menjelaskan bahwa tujuan pendidikan Islam adalah dengan
terwujudnya penyerahan mutlak kepada Allah, pada tingkat individu, masyarakat dan kemanusiaan pada
umumnya.
Nurcahaya et al. / TAWIS (2017)
12
Ma’rifah, yang merupakan tingkat penghayatan iman tertinggi menurut tasawuf, dapat merupakan sarana
pendidikan dan pembinaan iman kepada Allah yang sangat mantap dan kuat.
Al-Risalah menjelaskan tentang taqwa secara tegas dalam satu bab khusus. Di mana seorang salik (anak
didik) harus mencapai derajat taqwa dalam perjalanan spiritualnya. Taqwa menurutnya bukan diperlihatkan
semata-mata pengetahuan seperti pengetahuan para teolog dan filosof, bukan pula semata-mata perasaan jiwa
yang menerawang seperti perasaan sufi kebanyakan (seperti yang ingin diubah al-Risalah), dan bukan pula
hanya semata-mata ketekunan beribadat. Namun lebih jauh dari itu, taqwa dibuktikan dengan tidak menyimpang
dari kebenaran, tidak lalai dan tidak pula berlebih-lebihan dan selalu menyebarkan kebenaran dan kebaikan.
Taqwa berkaitan dengan jiwa, al-Risalah menyatakan:
Manakala jiwa seperti kuda, cenderung kepada hawa nafsu, maka manusia mesti mengendalikannya
dengan kesalehan. Manakala jiwa berkeras kepala menolak untuk selaras dengan kehendak Tuhan, maka manusia
mesti mengendalikannya supaya menolak hawa nafsunya. Manakala jiwa bangkit memberontak maka manusia
mesti mengendalikan ini. (Al-Qusyairi, tt.: 99). Untuk melihat bagaimana nilai-nilai karakter tersebut dapat
dilihat dari Jadual 1:
Jadual 1: Nilai-nilai karakter dalam tasawuf
No Nilai- nilai Karakter
Utamau
Sub Nilai-nilai Karakter Nilai-Nilai Karakter
1 Ma’rifatullah
‘Arif, Ashab Haqq al-Yaqin.
22 Al-Khuluq al-Jamil Al-Khuluq al-Jamil kepada Allah: Mengabdi kepada Allah dan tidak
mempersekutukan-Nya, tunduk dan patuh hanya kepada Allah, berserah
diri kepada ketentuan Allah, bersyukur hanya kepada Allah, ikhlas hanya
kepada Allah, penuh harap kepada Allah, takut kepada Allah, mohon
pertolongan hanya kepada Allah, dan cinta dan rindu kepada Allah.
Al-Khuluq al-Jamil kepada bagi diri sendiri: Menjaga diri untuk tidak
melakukan perbuatan tercela dan merusak diri, memelihara kesucian jiwa.
Al-Khuluq al-Jamil bagi sesama: Jangan mengganggu orang lain, jangan
pernah bertengkar dengan orang lain dan jangan mencari perselisihan,
membina persatuan sesama dalam ikatan persaudaraan yang kuat,
Memenuhi janji dan menepati sumpah, berlomba dalam kebaikan,
menjauhkan diri dari sikap mencela, menghina dan menggunjing.
Al-Khuluq al-Jamil kepada lingkungan: Memperlakukan binatang dengan
baik, tidak menyiksa, menjaga dan memelihara kelestarian alam.
Nurcahaya et al. / TAWIS (2017)
13
33 Cinta (mahabbah)
dan rindu (syauq)
sebagai manifestasi
iman dan taqwa
a. Dengan cinta hati akan mencari Allah dengan rindu dan harap untuk
berjumpa dengan Allah, hatinya tak sanggup untuk menahan rindunya
bertemu Allah.
b. b. Manakala ia berbicara, dia berbicara dengan perintah Allah dan apa
yang dikatakannya adalah dari Allah. Manakala ia bergerak, dia
bergerak dengan perintah Allah, dan manakala ia diam, maka diamnya
itu adalah bersama Allah. Dia berbuat melalui Allah, dia milik Allah
dan dia bersama Allah.
44 Mujahadah
(kesungguhan)
Siapapun yang tidak bersungguh-sungguh pada awal perjalanan
spiritualnya tidak akan memperoleh manfaat sedikitpun dari jalannya.
55 Khawf (takut)dan
raja' (harap)
a. Tanda takut dan harap adalah kepatuhan yang baik kepada Allah.
b. Harap dengan kasih Allah, harap dengan pahala dan berharap berjumpa
dan bercinta dengan-Nya.
66 Iradah (kemauan)
Seorang murid tidak akan pernah kendor dalam kemauannya baik siang
maupun malam. Dia berjuang keras secara lahiriah, sementara dalam
batinnya dia menderita. Dia meninggalkan tempat tidurnya, batinnya sibuk
sepanjang waktu, menanggung kesulitan hidup, memikul beban, dia
mengembangkan sikap-sikap akhlak yang baik, dia mempraktekkan hidup
kepertapaan, memeluk ketakutan dan meninggalkan semua bentuk.
77 Istiqamah (teguh
hati) dan sabar
a. Keteguhan hati adalah sifat yang akan menyempurnakan akhlak, tanpa
keteguhan hati akhlak akan menjadi buruk
b. Amal-amal lahiriah mereka tidak tercemari oleh kelelahan
c. Tidak ada kata berhenti dalam perjalanan mereka
d. Taqwim, menyangkut disiplin jiwa. Iqamah, berkaitan dengan
pendidikan dan latihan hati. Istiqamah, berhubungan dengan tindak
mendekatkan batin
e. Sabar adalah meminum kepahitan tanpa wajah cemberut
f. Sabar adalah tetap tabah dalam menghadapi malapetaka dengan adab
yang baik
88 Hurriyah (bebas)
dan ikhlas (tulus)
a. Bebas dari keterikatan dengan sesama makhluk; kekuasaan makhluk
tidak berlaku atas dirinya
b. Tak sesuatupun yang memperbudaknya, baik hal-hal duniawi yang
bersifat temporal, pencarian hawa nafsu, keinginan, permintaan, niat,
kebutuhan maupun kekayaan
c. Menjadikan Allah sebagai satu-satunya obyek persembahan.
99 Haya’ (malu) a. Malu yang dikarenakan melakukan pelanggaran.
b. Malu karena tidak mampu (merasa kurang).
c. Malu karena melihat yang lebih besar (dalam hal ini kebesaran Allah
SWT.).
d. Malu karena ketinggian budi.
e. Malu karena sungkan.
f. Malu karena menganggap sesuatu sebagai terlalu remeh untuk
diungkapkan.
g. Malu karena sifat belas kasih dan ini hanya merupakan malu Tuhan
10 Ghirah (cemburu)
a. Rasa tak suka jika orang lain memiliki sesuatu yang dimiliki olehnya.
b. Sikap kompetisi untuk menjadi yang terbaik, saling berlomba dalam
berbuat kebaikan, dan persaingan dalam belajar.
Nurcahaya et al. / TAWIS (2017)
14
1 11
Mahabbah (senang
dan suka)
a. Cinta adalah menghindari kelalaian dalam semua keadaan
b. Cinta juga akan tumbuh perjuangan yang intensif (demi kekasih) tanpa
harus merasa lelah dan capek
4.2 Metode Pendidikan Karakter
Mengenai metode pendidikan ini dalam tasawuf didasarkan asumsi bahwa tasawuf memiliki jalan rohani
(maqam). Al-Taftazani menyatakan bahwa jalan rohani itu menjadi sebuah metode praktis untuk membimbing
salik dengan mengikuti suatu cara berfikir, merasa dan bertindak tertentu (al-Taftazani 1989).
Pada awal pertumbuhannya, tasawuf adalah suatu bentuk pendidikan keagamaan yang bersifat pribadi.
Pada mulanya tariqah (maqam), secara sederhana dalam dunia Islam, berarti metode bertahap dalam kontemplasi
dan penyadaran diri sufi. Kemudian tumbuh dari abad ketiga menjadi halaqah (lingkaran) murid-murid di
sekeliling seorang guru tarekat yang diakui, untuk mendapatkan latihan melalui persekutuan persahabatan. Lalu
berkembang lagi (sejak abad ke-6 H) menjadi sistem guru (mursyid) dan murid. Setiap tarekat sufi menjadi suatu
persaudaraan keagamaan dengan aturan, doa dan dzikirnya sendiri serta adanya pertemuan-pertemuan yang
sering dilakukan. Adalah wajar bahwa para salik dalam tarekat sufi menerima otoritas dan bimbingan guru-guru
mereka yang telah menempuh maqain-maqam dalam jalan rohani sufi. Lebih jelas al-Taftazani mengatakan
bahwa tarekat-tarekat sufi Islam selalu dan senantiasa merupakan sekolah-sekolah bebas untuk mendapatkan
pelajaran dan bimbingan akhlak (al-Taftazani 1989).
Dari pernyataan-pernyataan di atas, bila dihubungkan maka jelaslah bahwa tasawuf sebagai lembaga
pendidikan memiliki metode pendidikan khas yang cukup menarik untuk dibicarakan. Ada beberapa metode khas
yang dapat penulis tarik dari Al-Risalah, sebagaimana tergambar dari Jadual 2:
Jadual 2: Metode pendidikan karakter dalam Kitab Al-Risalah Al-Qusyairiyyah
NNo Metode Utama UraianUraian
111 Ibadah a. Menegakkan tindak tanduk kepatuhan yang sejati, melaksanakannya
tanpa batas.
b. Menjadi hambanya setiap saat, seperti halnya Dia adalah Tuhanmu
setiap saat
22 Tauladan Akhlak mulia yang diperlihatkan (diteladankan) oleh orang-orang mulia
ditengah-tengah orang-orang mulia
33 Latihan Latihan dalam perjalanan spiritual ini dalam tasawuf disebut dengan
riyadhah
44 Cerita Cerita-cerita saleh adalah salah satu tentara Allah, dan hati murid dikuatkan
olehnya
55 Pembiasaan Tak ada seorang pun bisa mencapai Tuhan kecuali dengan membiasakan diri
terus menerus mengingat (zikir) kepada-Nya
5. Kesimpulan dan Cadangan
Doktrin yang ada dalam sufisme sangat mendukung pendalaman rasa beragama (spiritualitas Islam), keyakinan
dan mampu memantapkan dan menghidupkan iman dan taqwa. Doktrin-doktrin itu banyak sekali, namun
doktrin-doktrin yang berkaitan dengan nilai-nilai afektif pendidikan yang diajarkan dalam kitab al-Risalah al-
Qusyairiyyah adalah mujahadah (kesungguhan), khawf (takut) dan raja’ (harap), iradah (kemauan), istiqamah
Nurcahaya et al. / TAWIS (2017)
15
(teguh hati) dan sabar, hurriyah (bebas) dan ikhlas (tulus), haya’ (malu), ghirah (cemburu), dan mahabbah
(senang dan suka).
Tasawuf dapat dikatakan memiliki lembaga pendidikan tersendiri dan mengembangkan sistem
pendidikan yang khas, di mana persoalan spiritual mendapatkan tempat yang dominan. Jalan rohani yang
dipergunakannya merupakan sebuah metode pendidikan praktis yang amat efektif untuk mencapai tujuan.
Metode pembelajaran afektif dalam kitab al-Risalah al-Qusyairiyyah adalah metode ubudiyyah (ibadah), metode
tauladan, metode latihan, metode cerita, metode pembiasaan.
Adalah merupakan tugas intelektual Islam untuk mengikis sisi-sisi negatif yang terdapat dalam sufisme,
karena walau bagaimana pun tasawuf masih atau bahkan sangat dibutuhkan pada zaman sekarang dan masa yang
akan datang. Penelitian tentang pemikiran mengenai sufisme dan pendidikan ini belumlah final, ia masih
menyisakan bidang-bidang garapan lain. Besar harapan penulis agar penelitian ini dapat dilanjutkan.
Rujukan
Ahmad, Zainal Abidin. 1976. Memperkembangkan dan Mempertahankan Pendidikan Islam di Indonesia.
Jakarta: Bulan Bintang.
Abrasyi, M. Athiyah al. 1970. Dasar-dasar Pokok Pendidikan Islam, terj. Bustami A. Gani. Jakarta: Bulan
Bintang.
Ansari, Muhammad Abd. Haqq. 1997. Merajut Tradisi Syariah dengan Sufisme: Mengkaji Gagasan Mujaddid
Syekh Ahmad Sirhindi. Jakarta: Sri gunting.
Aresteh, Reza. 1974. Rumi. The Persian. The Sufi. London: Routledge and Kegan Paul.
Effendi, Djohan. 1993. Sufisme dan Masa Depan Agama. Jakarta: Pustaka Firdaus.
Hasan, Chalijah. 1994. Dimensi-Dimensi Psikologi Pendidikan. Surabaya: Al-Ikhlas.
Madjid, Nurcholish. 1984. Khazanah Intelektual Islam. Jakarta: Bulan Bintang.
Muhaimin. 2008. Paradigma Pendidikan Islam. Bandung: Remaja Rosdakarya.
Muthahari, Murtadha. 1995. Manazil dan Maqamat dalam Irfan. terj. Ibrahim Habsyi. Dalam Al Hikmah. No.13.
th.1415/1995.
Nasr, Seyyed Hossein. 1980. Living Sufism. London: George Allen & Unwin Ltd.
Nata, Abuddin. 2009. Perspektif Islam Tentang Pembelajaran. Jakarta: Kencana.
Nicholson, R.A. 1979. The Mystic of Islam. London & Boston: Routledge and Kegan Paul.
Qusyairy, Abd al-Karim Ibn Hawazin al. Al-Risalah al-Qusyairiyah. Kairo: tp, 1330 H.
Simuh. 1996. Tasawuf dan Perkembangannya dalam Islam. Jakarta: RajaGrafindo Persada.
Sudirman. 1986. Ilmu Pendidikan. Bandung: Remaja Rosdakarya.
Syaibany, Muhammad al-Toumy al. 1979. Falsafah Pendidikan Islam. terj. Hasan Langgulung. Jakarta: Bulan
Bintang.
Tafsir, Ahmad. 1990. Filsafat Umum. Bandung: Remaja Rosdakarya.
Tafsir, Ahmad. 1992. Ilmu Pendidikan dalam Perspektif Islam. Bandung: Remaja RosdaKarya.
Taftazani, Abu al-Wafa al. 1985. Sufi dari Zaman ke Zaman. Bandung: Pustaka.
Taftazani, Abu al-Wafa al. 1989. Sumbangan Taswwuf kepada Pendidikan. Dalam Medium. Malaysia: tp, 1989.
Thoyib, Ruswan dkk.1999. Pemikiran Pendidikan Islam. Kajian Tokoh Klasik dan Kontemporer. Yogyakarta:
Pustaka Pelajar.
16
♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
17
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi
Pembudayaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) di Kolej Komuniti dalam
Pelaksanaanya di Institusi Pendidikan Agama
Mohammad Hafeez Md Ramlia, Muhammad Arasz Sallehb, Marhayu Abdul Jamaic
a Bahagian Akademik dan Pendidikan Berterusan (BAPB), Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi b Kolej Komuniti Jasin, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Taman IKS Merlimau 77300, Merlimau, Melaka, MALAYSIA c Politeknik Merlimau, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi, 77300 Merlimau, Melaka, MALAYSIA
Abstrak
Idea pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) telah dicetuskan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri semasa
ucapan di Perhimpunan Agung Umno pada 7 Disember 2013. kolej komuniti diamanahkan sebagai hub bagi pelaksanaan
PISH bagi institusi pendidikan di Malaysia dan pelaksanaannya bermula tahun 2014. Program PISH merupakan satu
inisiatif yang menggabungkan latihan kemahiran dan pendidikan agama demi membentuk masyarakat yang berilmu,
mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin kesejahteraan di mana PISH menggabungkan konsep ukhrawi dan
duniawi. Terdapat beberapa jenis kursus kemahiran yang ditawarkan di institusi pendidikan agama oleh kolej komuniti
dalam program PISH ini. Pelaksanaan PISH ini juga telah meningkatkan kolaborasi antara kolej komuniti dengan institusi
pendidikan agama. Bilangan kursus yang diadakan bersama institusi pendidikan agama juga menunjukkan peningkatan
setelah pelaksanaan program PISH ini. Pelaksanaan PISH di institusi pendidikan agama ini dapat memberikan ilmu yang
seimbang kepada pelajar institusi pendidikan agama tersebut. Peranan kolej komuniti sebagai institusi yang menyediakan
pendidikan dan latihan kemahiran dilihat telah berjaya membudayakan pelaksanaan PISH ini di institusi pendidikan agama
melalui penawaran kursus kemahiran oleh kolej komuniti.
Kata Kunci: Pembudayaan PISH; kolej komuniti; institusi pendidikan agama
© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.
1. Pengenalan
Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah menjadi agenda penting dalam memberi ilmu dan kemahiran yang
bersesuaian kepada rakyat Malaysia. Menerusi pendidikan sepanjang hayat, pendidikan tidak terhad kepada usia
muda sahaja malah ianya adalah pembelajaran yang berkesinambungan sepanjang hayat seseorang. Perkara ini
telah dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pendidikan Tinggi) dan Pelan
Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]
Mohammad Hafeez Md Ramli et al. / TAWIS (2017)
18
induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional 2011-2020. Idea pelaksanaan
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) adalah berdasarkan saranan yang dikemukakan oleh YAB Timbalan
Perdana Menteri Malaysia (TPM) semasa Perhimpunan Agong UMNO pada 7 Disember 2013. Rentetan dari
itu, JPKK mengadakan satu pertemuan dengan Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 9 Disember
2013 untuk mendapatkan input awal berkenaan hala tuju PISH.
Pada 21 Januari 2014, Mesyuarat Perancangan Dasar Pelaksanaan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
Bil.1/2014 berlangsung dengan dihadiri Dato’ Seri Idris Jusoh Menteri Pendidikan II, Y.Bhg. Tan Sri Yusof
Noor Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI), Ketua
Pengarah JPKK, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Sektor
Pelajaran, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Bahagian Dasar Antarabangsa SPT serta Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan SPT. Mesyuarat Penyelarasan bagi penyediaan bahan/silibus PISH anjuran
Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Sektor Pelajaran Bil 1/2014 telah diadakan pada 28 Januari 2014 dan disusuli
Mesyuarat berikutnya Bil 2/2014 pada 6 Februari bagi tujuan pembinaan, penyelarasan dan kemaskini bahan
dan silibus yang berkaitan dengan kursus dan program PISH. Pada tarikh 5 April 2014 Majlis Pelancaran PISH telah diadakan di Kolej Komuniti Ledang, Johor yang dirasmikan oleh TPM.
Aktivti PISH diteruskan dengan sesi Pembentangan PISH di Persidangan Lembaga Penasihat
Penyelarasan Pelajaran & Pendidikan Islam (LEPAI) kali ke-42 pada 8 Mei 2014 untuk makluman ahli LEPAI.
Seterusnya, pada 4 Jun 2014 Pembentangan Nota Jemaah Menteri bertajuk “Dasar Pendidikan Islam Sepanjang
Hayat (PISH)” dalam Mesyuarat Kabinet telah dibentangkan. Mesyuarat diteruskan bagi Mesyuarat
Jawatankuasa Exco Pendidikan Negeri Kali ke-6 Bil. 1/2014 pada 16 Jun 2014 dan pada 3 November 2014
Jawatankuasa PISH Nasional diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Nasional PSH Bil. 1/2014. Bagi
memantapkan pelaksanaan PISH, Mesyuarat Jawatankuasa Induk PISH Nasional telah diadakan pada 11
November 2014 untuk status pelaksanaan dan penambahbaikan program PISH.
Demi menyahut cabaran menjadikan modal insan yang berilmu, maka Jabatan Pendidikan Kolej
Komuniti (JPKK) telah mewujudkan satu program Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat (PISH) untuk
dilaksanakan kepada institusi pendidikan agama. Program ini juga adalah merupakan kesinambungan pelancaran
PISH oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 5 April 2014. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk
memberi peluang kepada pelajar institusi pendidikan agama seperti pelajar sekolah tahfiz, maahad, sekolah
pondok, madarsah, untuk meningkatkan kemahiran dan berjaya dalam pelbagai kerjaya dunia dan akhirat.
Merujuk kepada Zainab (2012), Kolej Komuniti ditubuhkan melalui memorandum No. 398/2225/00
oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. Pada tahun 2005, Kabinet melalui
Memorandum Menteri Pengajian Tinggi (No. 296/2456/2005) telah bersetuju menjadikan kolej komuniti
sebagai hab Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Sehingga tahun 2016, sebanyak 94 buah kolej komuniti
beroperasi di seluruh negara. Antara objektif penubuhannya adalah menyediakan laluan alternatif kepada pelajar
lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian
dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional, menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan
masyarakat setempat bagi meningkatkan kehidupan masyarakat; mewujudkan kerjasama yang erat antara ahli masyarakat dan kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi memajukan kawasan setempat.
2. Pendidikan Islam Sepanjang Hayat
Kolej Komuniti memainkan peranan yang besar dalam menyediakan kemahiran kepada komuniti setempat tanpa
mengira umur, latar belakang dan status sosio-ekonomi. Pendekatan PSH yang dilaksanakan merupakan
penyumbang utama dalam menyediakan akses kemahiran kepada masyarakat. Menurut Mimi Mohaffyza (2011),
PSH adalah kombinasi proses pembelajaran secara berterusan dimana seluruh individu dan minda melalui situasi
yang berubah-ubah untuk menghasilkan perubahan berterusan seseorang. Saluran pendidikan melalui PSH
Mohammad Hafeez Md Ramli et al. / TAWIS (2017)
19
berupaya melahirkan modal insan berkemahiran dan berpengetahuan. Justeru, pelaksanaan program PISH
menjadi antara agenda utama pada tahun 2014 bagi memperkasakan lagi Pendidikan Islam dalam kalangan
komuniti. Dalam konteks keperluan negara, Pendidikan Islam Sepanjang hayat bukan sahaja dapat memenuhi
“The Three Es” iaitu employment, empowerment dan enjoyment tetapi dapat melahirkan modal insan yang lebih
syumul dan bersifat lebih holistik. Hal ini disebabkan tidak semua berpeluang mengikuti pendidikan Islam secara
formal di peringkat kanak-kanak dan remaja. Masalah ini berpunca daripada keluarga, ekonomi, dan sistem
pendidikan yang bersifat dualisme. Justeru, pendidikan Islam sepanjang hayat adalah laluan kepada peningkatan
pengetahuan agama tanpa sekatan masa, umur dan tempat. Menurut Siti Shamsiah Mohd. Sufi, (2009), konteks
pembelajaran sepanjang hayat di dalam Islam adalah sangat jelas kerana Islam menggalakkan umatnya untuk
menuntut ilmu dalam pelbagai bidang untuk manfaat manusia sejak dari kecilhinggalah ke akhir hayat. Ia
bermaksud bahawa ilmu yang dipunyai oleh manusia tidak pernah cukup malah manusia digalakkan untuk
mempelajari sesuatu yang tidak diketahui olehnya supaya menjadi seseorang yang lebih tahu. Pembelajaran
seperti ini dapat memperbaiki kehidupan seseorang manusia melalui peningkatan kemahiran kerja, pengislahan
sahsiah diri dan bertambahnya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Program PISH merupakan satu inisiatif yang menggabungkan latihan kemahiran dan pendidikan agama
demi membentuk masyarakat yang berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin
kesejahteraan di mana PISH menggabungkan konsep ukhrawi dan duniawi. Bagi konsep ukhrawi, PISH memberi
kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada komuniti setempat seperti golongan lepasan sekolah
menengah, belia tercicir dan pelajar. Manakala konsep Duniawi pula, PISH memberikan ilmu kemahiran dan
keusahawanan kepada pelajar institusi institusi pendidikan agama seperti tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar
maahad, belia dan komuniti. Menurut Mohd Zainudin (2014), program PISH secara tidak langsung telah
melestarikan Pendidikan Islam dengan membina hubungan dan merapatkan ukhwah sesama umat Islam dan
penganut agama lain bagi mengekalkan keamanan sejagat.
PISH dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu:
Fasa 1 (2014-2015): Membina Hubungan dan Merapatkan Ukhuwah
Fasa ini menggerakkan kolaborasi antara institusi-institusi yang terlibat termasuklah jabatan dan bahagian dalam
Kementerian Pendidikan sendiri iaitu Jabatan Pengajian Politeknik dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti,
Sektor Pengajian Tinggi serta Bahagian Pendidikan Islam Sektor Pelajaran. Rakan kolaborasi sedia ada akan
diperkukuh dan diperluaskan dengan melibatkan Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran (LEPAI), Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merangkumi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Institut Kefahaman
Islam Malaysia (IKIM), Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, institusi tahfiz, pondok dan
badan-badan bukan kerajaan bagi tujuan membina kefahaman, kepercayaan dan keyakinan antara agensi yang
terlibat.
Fasa 2 (2016-2020): Memperkasa bakat insan
Tiga program akan ditawarkan di bawah fasa ini iaitu:
i. Program berbentuk joint certification yang merupakan persijilan profesional antara agensi-agensi
yang berkolaborasi. Program ini akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar institusi pondok dan tahfiz
yang berdaftar seluruh negara.
ii. Program berkonsepkan non formal dan majjanan wa sahlah (free & easy @ community college).
Melalui program ini peserta berpeluang mengikuti kursus pendek hujung minggu yang ditawarkan
oleh kolej komuniti di bawah program Sijil Modular Kebangsaan (SMK); dan
iii. Program pembelajaran Islam kontemporari yang menjurus kepada aspek fardu kifayah.
Mohammad Hafeez Md Ramli et al. / TAWIS (2017)
20
Fasa 3 (2021- 2025): Melestarikan Ummah
Program PISH akan menjadi pemangkin generasi yang berkemahiran dan bertakwa pada masa hadapan. Ini akan
menjadi wadah penting untuk rakyat Malaysia dalam melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik
mencakupi kemahiran dan kerohanian demi kelestarian ummah. Kursus-kursus yang ditawarkan dan modul yang
dibangunkan akan sentiasa ditambah baik secara berterusan, mengikut kesesuaian dari segi perubahan teknologi
dan permintaan komuniti.
3. Institusi Pendidikan Agama
Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan, bidang Pengajian Islam
adalah satu bidang pengajian yang amat penting bagi menyempurnakan tuntutan kehidupan harian warganya, di
samping menyumbang kepakaran pada peringkat antarabangsa. Oleh itu, bidang Pengajian Islam ini mestilah
jelas dan berfokus hala tujunya, malahan hala tujunya itu mestilah sentiasa dinilai dari semasa ke semasa bagi
menentukan ia selaras dengan peredaran dan tuntutan zaman. Di samping itu dapat melahirkan produk yang
sesuai untuk kegunaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sistem pendidikan ini bercita-cita dan berusaha untuk membangun insan seimbang melalui proses
pentarbiyahan intelektual, emosi, spiritual, kerohanian dan fizikal yang melaksanakan peranan dalam
kehidupan semata-semata kerana Allah dengan penuh ikhlas dan redha.
Terdapat beberapa kategori sekolah agama di Malaysia berdasarkan pentadbirannya, antaranya adalah
seperti yang berikut:
i. Sekolah agama di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat menengah
seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
ii. Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Kolej Islam Sultan Alam Syah (KISAS) dan
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang menawarkan kelas aliran agama (KAA).
iii. Sekolah agama di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri di peringkat menengah seperti Sekolah
Menengah Agama Negeri (SMAN).
iv. Sekolah agama di bawah kelolaan Majlis-majlis Agama dan Zakat di peringkat rendah dan menengah.
v. Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dibangunkan oleh masyarakat setempat dan dikendalikan oleh
Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) di peringkat rendah dan menengah.
vi. Sekolah Agama (SA) yang dikendalikan oleh pihak swasta di peringkat rendah dan menengah.
vii. Maahad Tahfiz sama ada milik persendirian, kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Majoriti
sekolah agama rakyat mempunyai kurikulum yang berbeza antara satu sama lain.
viii. NGO yang terdiri daripada persatuan-persatuan yang dikelolakan oleh individu secara pensendirian.
Contohnya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
ix. Agensi-agensi kerajaan yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam dan lain-lain agensi. 4. Kaedah Pelaksanaan PISH
Kolej Komuniti memainkan peranan yang besar dalam menyediakan kemahiran kepada komuniti setempat tanpa
mengira umur, latar belakang dan status sosio-ekonomi. Menurut Aleng (2016), pendidikan di Malaysia pada era
globalisasi menghadapi tuntutan yang besar bagi meningkatkan martabat pendidikan di negara ini. Modal insan
yang ingin dilahirkan melalui transformasi pendidikan hendaklah berupaya untuk melahirkan modal insan yang
berfikiran secara kritis dan kreatif, berinovasi, berkemahiran meyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta
peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berdepan dengan persekitaran global dan
dinamik. Bagi kolej komuniti, pendekatan PSH yang dilaksanakan adalah merupakan penyumbang utama dalam
menyediakan akses kemahiran kepada masyarakat. Saluran pendidikan melalui PSH berupaya melahirkan modal
insan berkemahiran dan berpengetahuan. Justeru, pelaksanaan program PISH menjadi antara agenda utama bagi
memperkasakan lagi Pendidikan Islam Sepanjang Hayat. Kolej komuniti adalah penggerak utama Program
Mohammad Hafeez Md Ramli et al. / TAWIS (2017)
21
Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) yang menggabungkan aspek kemahiran dan pendidikan agama.
Program PISH ini akan dilaksanakan menerusi dua pendekatan iaitu latihan kemahiran dalam bidang teknikal,
vokasional dan pendidikan keusahawanan kepada pelajar-pelajar sekolah sekolah Tahfiz, Maahad, sekolah
pondok dan madrasah. Program PISH ini akan memberi kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan
kepada pelajar institusi pendidikan agama seperti pelajar sekolah tahfiz, maahad, sekolah pondok, madarsah,
untuk meningkatkan kemahiran.
Kaedah pelaksanaan program PISH adalah dirancang dengan teliti untuk mendapatkan impak yang
positif supaya program PISH ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dan menjadi agenda tahunan bagi
semua institusi. Terdapat lima tahap pelaksanaan program ini iaitu:
i. Kurikulum
Kurikulum program PISH ini direkabentuk dalam 2 aspek. Aspek pertama adalah penyediaan kurikulum
Pendidikan Islam di mana pihak yang bertanggungjawab adalah pihak BPI/JAKIM/ILIM manakala bagi
aspek kedua iaitu aspek Kemahiran pihak yang bertanggungjawab adalah ILKA, Kolej Komuniti,
Politeknik, Giat MARA, KV dan lain-lain.
ii. Tenga Pengajar
Dari segi Tenaga Pengajar mereka adalah terdiri daripada Pensyarah KK/Politeknik/ILKA IPG, Guru
Pendidikan Islam, Guru Takmir dan Guru KAFA.
iii. Premis
Premis yang akan digunakan sebagai platform program PISH ini dijalankan adalah Masjid/surau, Kolej
Komuniti, Politeknik, Sekolah Tahfiz, Sekolah pondok dan lain-lain premis yang bersesuaian.
iv. Sasaran
Sasaran utama bagi melaksanakan program PISH adalah belia/pelajar dan komuniti setempat. Namun
bagi mendapatkan lebih penglibatan dari semua pihak, sasaran adalah dibuka kepada segenap lapisan
masyarakat.
v. Penglibatan
Pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program PISH ini adalah
terdiri daripada pihak JAKIM, pihak Jabatan Agama, pihak KPM, pihak Kementerian / agensi berkaitan
dan pihak ILK/MARA. 5. Pelaksanaan PISH di Institusi Pendidikan Agama
Peserta program PISH yang terbahagi kepada 2 jenis program iaitu agama/kerohanian dan kemahiran. Kursus
kemahiran lebih mendapat permintaan daripada pelajar institusi pendidikan agama berbanding kursus
agama/kerohanian. Antara kursus kemahiran yang ditawarkan di institusi pendidikan agama adalah seperti di
bawah:
Mohammad Hafeez Md Ramli et al. / TAWIS (2017)
22
Jadual 1: Kursus kemahiran yang dilaksanakan di institusi pendidikan agama
Pelaksanaan PISH ini juga telah meningkatkan kolaborasi antara kolej komuniti dengan institusi
pendidikan agama. Jadual 2 menunjukkan peningkatan kolaborasi sebelum pelaksanaan program PISH dan
selepas pelaksanaan program PISH. Sebanyak 40 kolaborasi telah diadakan sebelum pelaksanaan program PISH
dan selepas pelaksanaan program PISH sebanyak 314 kolaborasi telah diadakan.
Jadual 2: Bilangan Kolaborasi
Bil Sebelum Ada Program
PISH
Ada Program PISH
1 40 314
Bilangan kursus yang diadakan bersama institusi pendidikan agama juga menunjukkan peningkatan
setelah pelaksanaan program PISH ini. Jadual 3 menunjukkan bilangan kursus kemahiran teknikal yang
dilaksanakan di institusi pendidikan agama sebelum pelaksanaan program PISH adalah sebanyak 48 kursus dan
setelah pelaksanaan program PISH adalah sebanayak 618 kursus.
Jadual 3: Bilangan Kursus Kemahiran teknikal
Bil Aktiviti Sebelum ada
program PISH
Ada Program
PISH
2 Kemahiran
Teknikal
48 618
Pelaksanaan PISH di institusi pendidikan agama ini dapat memberikan ilmu yang seimbang kepada
pelajar institusi pendidikan agama tersebut. Pembelajaran ilmu duniawi berserta ukhrawi dapat meningkatkan
nilai diri pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan. Ilmu pengetahuan Islam dan ilmu kemahiran merupakan
satu gandingan yang utuh dan saling memerlukan anatara satu sama lain. Syamsul Bahri (2007) pula melihat tiga
aspek yang perlu diberi perhatian dalam merekayasa modal insan yang beracuankan Islam iaitu melalui pegangan
akidah yang teguh, pengamalan kolektif akhlak mulia serta wawasan iman dan muamalah. PISH mempunyai
dasar nilai murni yang bertujuan untuk melahirkan generasi manusia yang sejahtera dari segi keilmuan dan juga
kehidupan termasuklah pembangunan ekonomi. PISH juga adalah satu kaedah untuk melahirkan generasi yang
seimbang dan mampu berdaya saing, mempunyai akhlak yang mulia dan mempunyai ilmu kemahiran untuk
membentuk kekuatan ummah dalam membangunkan ekonomi dan indsutri negara.
No Kursus
1 Simen Fero
2 Pembuatan Biskut
3 Kursus Pembuatan Felt
4 Asas Pemasangan Elektrik
5 Kursus Asas Rekreasi
6 Jahitan
7 Pendawaian Permukaan Lampu, Kuasa & Kuasa Am
8 Pengenalan Bahasa Inggeris
9 Bahasa Inggeris – Parts of Speech
10 Kursus Pembinaan Blogspot
11 Kursus Pembuatan Kek Brownies
12 Kursus Asas Mesin Jahit/Membuat Pola Jahitan Jubah
13 Asas Microsoft Office Word
Mohammad Hafeez Md Ramli et al. / TAWIS (2017)
23
6. Kesimpulan
Kolej komuniti telah memberikan sumbangan dalam pelaksanaan PISH ini. Program PISH ini amat penting
untuk melihat sejauh mana program ini benar-benar memberikan kebaikkan kepada semua pihak. Pembudayaan
Pendidikan Islam sepanjang hayat di kolej komuniti dalam pelaksanaannya di institusi pendidikan agama dilihat
dapat meningkatkan bilangan kolaborasi, peningkatan jumlah peserta dan juga bilangan kursus yang
dilaksanakan. Bagi memastikan pembudayaan ini berterusan setiap agensi kerajaan juga dilihat perlu memainkan
peranannya bagi merealisasikan objektif ini. Peranan kolej komuniti sebagai institusi yang menyediakan
pendidikan dan latihan kemahiran dilihat telah berjaya membudayakan pelaksanaan PISH ini di institusi
pendidikan agama melalui penawaran kursus kemahiran oleh kolej komuniti.
Rujukan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2013. Pelan Induk Pembudayaan PSH Peringkat Nasional 2011-2020
Kementerian Pendidikan Malaysia (2015), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Pendidikan Tinggi
(PPPM (PT) 2015-2025.
Mimi Mohaffyza & Che Munira. 2011. Keperluan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Tenaga Pengajar di
Institut Latihan Kemahiran di Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Mohd Zainudin Mohd Esin, Noorhidayah Mansor & Mohamad Shawal Mustafa Kamal. 2014. Pendidikan Islam
Sepanjang Hayat (PISH) “Membina Hubungan Dan Merapatkan Ukhuwah”. Seminar Kebangsaan
Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014.
Pati anak Aleng. 2016. Transformasi pendidikan dan pembangunan modal insan, Selanggor, PTS akademia, 4-6
Siti Shamsiah Mohd Sufi (2009, Mei 22). Islam menuntut pembelajaran sepanjang hayat. Arkib Utusan Online.
http:Utusan//ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0522&pub=Utusan_Malaysia&sec=Renc
ana&pg=re_03.htm
Syamsul Bahri Andi Galigo. 2007. Penelitian Terhadap Dakwah Islamiah. Dlm. Mohd Radhi Ibrahim, Abdul
Rahim Arsyad, Roslizawati Ramli, Marina Munira Abdul Mutalib. (Penyt). Intelektualisme & Dakwah
Masa Kini. Hlm 37, Kuala Lumpur: Kolej Universiti Islam Malaysia
Zainab Binti Ahmad. 2012. Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015.
24
♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
25
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi
Pengaruh Hallyu Terhadap Tingkah Laku Remaja di IOI Mall Malaysia
A’dawiyah Ismaila,b, Al Mujahidah Abu Bakara
a Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor,
MALAYSIA b Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA
Abstrak
Hallyu atau gelombang Korea antara isu yang mendapat perhatian awam di Malaysia kerana memberi kesan kepada
perubahan tingkah laku remaja. Paling membimbangkan jika ia mempengaruhi kehidupan remaja sehingga mengubah gaya
kehidupan dari amalan beragama kepada budaya suka berhibur, pemikiran yang taat kepada perintah Allah SWT kepada
kebebasan dalam berfikir dan bertindak. Ia memberi kesan tidak baik seperti hilang identiti dan jati diri sebagai remaja
muslim. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek-aspek hallyu yang mempengaruhi tingkah laku remaja di
Malaysia dari segi pakaian, pergaulan dan perlaksanaan peranan dalam kehidupan. Dapatan dalam kertas kerja ini diperolehi
daripada borang soal selidik yang dijawab oleh 300 orang responden di IOI Mall. Data dianalisis di dalam perisian komputer
SPSS secara deskriptif berdasarkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan menunjukkan remaja tidak bersetuju dan
menunjukkan nilai min yang rendah seperti pakaian artis Korea mempengaruhi cara berpakaian seharian (min=1.87), bergaul
bebas dan mesra antara lelaki dan perempuan (min=1.56) dan pernah meninggalkan solat (min=1.32). Kesimpulannya,
remaja akur akan pengaruh hallyu kepada tingkah laku dalam kehidupan tetapi ia masih dapat dikawal dan mampu
mengekalkan identiti seorang remaja yang hidup berpandukan ajaran agama Islam. Walau bagaimanapun, semua pihak
termasuk institusi keluarga berperanan penting dalam memastikan remaja berada pada landasan kehidupan yang baik dan
menjamin masa depan.
Kata Kunci: Hallyu; tingkah laku; IOI Mall; remaja; isu sosial
© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.
1. Pengenalan
Seiring dengan perkembangan dunia ke arah pemodenan yang begitu pesat, telah timbul berbagai perkara baru di
dalam kehidupan manusia. Begitu juga dengan setiap remaja, mereka melalui pelbagai proses perkembangan
yang membawa perubahan dalam kehidupan mereka. Remaja masa kini merupakan sebahagian daripada
Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]
A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar/ TAWIS (2017)
26
masyarakat maju yang berdepan dengan perkembangan teknologi maklumat tanpa sempadan. Cabaran-cabaran
baru yang mendatang memberikan tekanan kepada para remaja untuk terus berdaya saing dalam kehidupan. Hal
ini kerana menurut Frick & Silverthorn (2001) dalam Nellie (2012) menjelaskan masalah tingkah laku menjadi
sebab utama kepada kanak-kanak untuk dibawa ke klinik kesihatan mental dan pusat pemulihan akhlak (Lyman
& Campbell 1996). Walaupun ramai remaja mampu memperoleh kemahiran-kemahiran serta mengambil peluang
dalam pelbagai bidang, namun terdapat juga remaja yang kecundang dalam mengatur diri mereka dan termasuk
dalam golongan remaja yang bermasalah samaada dalam bidang akademik mahupun bukan akademik. Justeru,
remaja perlu mempersiapkan diri mereka bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, tetapi lebih
daripada itu untuk menghadapi cabaran-cabaran dan realiti dalam kehidupan mereka.
Oleh itu, sebagai generasi muda remaja perlu mempunyai tingkah laku yang dinamik dan relevan. Islam
menjadi satu sistem hidup penting yang meliputi semua bidang kehidupan manusia. Sebagai umat Islam, setiap
remaja perlu mempunyai tingkah laku yang bercirikan Islam. Agama Islam sebagai ad-deen atau way of life amat
menekankan kepada pembinaan tingkah laku yang baik. Kehidupan seorang manusia beragama Islam itu bermula
dari awal kelahiran sehingga ke saat kematian dengan berpandukan ajaran Islam. Hal ini kerana, Islam muncul
dengan membawa panduan-panduan yang lengkap kepada umat manusia dalam melayari kehidupan di dunia
yang penuh dengan cabaran. 2. Latar Belakang
Remaja merupakan golongan muda yang penting di negara kita. Kepentingan remaja ini selari dengan wawasan
2020 bagi mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya dengan kekukuhan nilai agama serta
kejiwaan dan dipandu oleh tahap etika yang paling tinggi (Lukman & Zurian 2002). Persoalan mengenai
peningkatan pelbagai isu tingkah laku dalam kalangan remaja dari semasa ke semasa bukan hanya melibatkan
proses pemindahan fakta-fakta ajaran Islam tetapi turut memberi pengharapan agar remaja bertingkah laku mulia
sepanjang kehidupan. Ahli psikologi melihat isu tingkah laku sebagai fokus kajian dalam memahami perubahan
fizikal, kognitif, emosi dan sosial remaja. Remaja memang mudah dipengaruhi dan mereka seringkali teruja
sehingga membuat keputusan untuk bertindak dengan perasaan dan bukan dengan pemikiran yang matang serta
jelas. Pernyataan ini disokong dengan kajian PROSTAR yang mendapati tingkah laku dalam kalangan remaja
meningkat iaitu 18% daripada 6110 responden mempunyai pengalaman melakukan seks bebas dan menurut
statistik Belia Malaysia (2013) mendapati seramai 2092 remaja hamil anak luar nikah serta 14 % remaja pernah
mencuba dadah.
Sememangnya, isu sosial merupakan fenomena modenisasi serta kejutan budaya yang melanda golongan
remaja dan belia. Pernyataan ini disokong dengan kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
(IPPBM) (2006) dalam Rozita (2009) menyatakan belia negara yang tidak aktif dalam mengisi aktiviti masa
lapang iaitu mereka tidak menyertai aktiviti atau program berpersatuan atau kelab menjadikan kebanyakan
mereka lebih suka melepak. McCready (1997) dalam Rozita (2009) turut menjelaskan apabila masa dibiarkan
lapang tanpa sebarang aktiviti berfaedah akan menimbulkan kebosanan sehingga mendorong mereka untuk
terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak bermoral. Tambahan pula, golongan remaja merupakan generasi yang
bakal mewarisi negara pada masa akan datang dengan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat, agama,
bangsa dan negara.
Di samping itu, masyarakat juga sering dihebahkan dengan pelbagai masalah berkaitan tingkah laku
samada dari peringkat kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Hiburan juga terbukti mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada khalayak terutama dalam kalangan remaja. Pernyataan ini bertepatan dengan kajian oleh
Adiba et al. (2013) menjelaskan semenjak lahirnya rancangan hiburan yang bermanifestasikan realiti, sambutan
ke atas industri muzik semakin memberangsangkan. Pada masa kini, fesyen, muzik, drama, filem dan banyak
lagi yang berkaitan dengan hallyu (gelombang Korea) menjadi salah satu hiburan yang popular dan digemari
bukan sahaja kepada penduduk Korea malah sehingga ke peringkat antarabangsa termasuk di Malaysia. Hallyu
A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar/ TAWIS (2017)
27
(gelombang Korea) mencetuskan fenomena dalam dunia hiburan melalui drama, muzik, filem, rancangan realiti
dan sebagainya (Nor Hashimah & Zaharani 2011).
Di samping itu, pengaruh hallyu ini semakin jelas rentetan daripada isu yang berlaku baru-baru ini di
Malaysia yang dikeluarkan melalui akhbar Sinar Harian (16 Januari 2015) yang berkaitan dengan beberapa
remaja wanita yang bertudung telah berpelukan dengan artis lelaki Pop Korea Selatan (K-POP) melalui konsert
K-Pop yang dilaksanakan. Remaja wanita ini dipanggil ke pentas oleh artis tersebut dan mereka saling
berpelukan sebelum memperkenalkan diri. Remaja wanita tersebut tidak menghalang malah teruja dan tidak
merasa malu walaupun dipeluk dihadapan khalayak ramai.
Maka, dapat kita lihat remaja perempuan ramai yang terlibat dengan aktiviti sosial yang membawa
kemudaratan kepada emosi, fizikal dan sosial mereka. Oleh itu, kajian ini penting kerana berakhlak dan tingkah
laku mulia dalam setiap perbuatan mahupun tutur kata akan menjadi kayu ukur serta dinilai oleh Allah SWT.
Persoalannya ialah apakah pengaruh hallyu memberi kesan kepada tingkah laku remaja perempuan dan apakah
kesan kepada tingkah laku remaja? Sebagai hipotesis, kajian ini mengandaikan pengaruh hallyu memberi impak
kepada tingkah laku berpandukan syariat Islam bagi seseorang remaja perempuan.
3. Metodologi Kajian
Kertas ini adalah untuk mengkaji pengetahuan remaja mengenai Hallyu, cara remaja mendapatkan bahan Hallyu
dan pengaruh hallyu terhadap tingkah laku remaja.
Kajian ini telah dijalankan di IOI Mall, Putrajaya sebagai satu kajian awal melihat beberapa isu yang
berlaku dalam kalangan remaja. IOI Mall terletak di Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya. IOI Mall
merupakan pusat membeli-belah yang menyediakan kemudahan-kemudahan hiburan yang canggih dan moden
bagi setiap lapisan masyarakat terutama remaja. Selain itu, untuk memenuhi gaya hidup masyarakat setempat IOI
Mall turut dilengkapi dengan lebih 100 buah premis kedai yang terdiri dari pelbagai jenis antaranya ialah Bonia
Timepiece, Adidas Neo, Homepro, Tesco dan banyak lagi. Di IOI Mall Putrajaya turut mempunyai tarikan yang
utama kepada remaja berbanding premis kedai iaitu GSC, District 21, Icescape dan The Symphony Walk (t.p
2016).
Populasi kajian adalah terdiri daripada remaja perempuan yang beragama Islam dan mengunjungi IOI
Mall di Putrajaya. Pemilihan remaja yang berumur 16 tahun hingga 29 tahun dalam kajian ini adalah kerana
kesesuaian umur remaja dan peringkat umur pendidikan remaja di Malaysia. Seramai 300 orang telah terlibat
dalam menjawab soal selidik dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang
mengandungi lima skala likert dan data telah dianalisa secara deskriptif dengan menggunakan SPSS. 4. Dapatan Kajian
Sampel kajian adalah terdiri daripada 300 orang remaja perempuan dan beragama Islam yang mengunjungi IOI
Mall, Putrajaya. Hasil daripada kajian yang dijalankan, berikut adalah pengetahuan remaja berkaitan hallyu.
Jadual dibawah menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu (min= 3.84), bagi item ‘Saya tahu mengenai hallyu
melalui media massa (instagram, weechat, facebook, twitter)’, diikuti item ‘Saya tahu mengenai hallyu melalui
media massa (instagram, weechat, facebook, twitter)’ dengan min=3.78. Item ‘Saya tahu mengenai hallyu
melalui rakan-rakan’ menunjukkan nilai min yang ketiga tertinggi iaitu (min=3.77).
A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar/ TAWIS (2017)
28
Jadual 1: Pengetahuan berkaitan Hallyu
Bil. Item Min
1. Saya tahu mengenai hallyu 3.43
2. Saya tahu mengenai hallyu melalui rakan-rakan 3.77
3. Saya tahu mengenai hallyu melalui ahli keluarga 2.38
4. Saya tahu mengenai hallyu melalui media massa (instagram, weechat,
facebook, twitter)
3.78
5. Saya tahu mengenai hallyu melalui media elektronik (televisyen,
smartphone, radio)
3.84
6. Saya tahu mengenai hallyu melalui media cetak (majalah, akhbar) 3.06
Sumber: Soal Selidik 2017
Jadual 2: Cara remaja mendapatkan bahan mengenai hallyu
Bil. Item Min
1. Memuat turun lagu, drama dan filem 3.38
2. Bertanya dan meminta dengan rakan-rakan lagu, drama dan filem Korea 3.31
3. Membeli produk dari Korea 2.45
4. Menggunakan produk dari Korea 2.51
5. Menghadiri konsert atau roadtour artis Korea 1.64
Sumber: Soal Selidik 2017
Berdasarkan jadual diatas mendapati item ‘memuat turun lagu, drama dan filem’ menunjukkan nilai min
yang tertinggi iaitu (min=3.38), bagi item ‘bertanya dan meminta dengan rakan-rakan lagu, drama dan filem
Korea’ mencatat nilai min yang kedua tertinggi iaitu (min=3.31), diikuti item ‘menggunakan produk dari Korea’
menunjukkan nilai min ketiga tertinggi iaitu (min=2.51). Namun, terdapat juga item yang memperolehi skor min
yang rendah iaitu sebanyak (min=1.64) iaitu item ‘menghadiri konsert atau roadtour artis Korea’.
Jadual 3, 4 dan 5 dibawah pula menunjukkan hasil dapatan yang berkaitan dengan pengaruh hallyu
terhadap tingkah laku remaja perempuan. Analisis berdasarkan kiraan min menunjukkan responden bersetuju
dengan item ‘Pakaian artis Korea banyak mempengaruhi cara berpakaian harian saya’ (min = 1.87) sebagai kesan
utama yang menyebabkan mereka mengalami perubahan tingkah laku dari segi berpakaian. Item kedua tertinggi
dari kiraan min ialah item ‘Saya rasa lebih mudah bergerak apabila memakai jeans dan kemeja-T (body-hugging)
seperti artis Korea’ (min = 1.60) manakala item yang mempunyai skor min terendah pula ialah item ‘Saya lebih
gemar memakai seluar pendek setelah melihat pakaian artis Korea’ (min = 1.27).
A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar/ TAWIS (2017)
29
Jadual 3: Tingkah laku dalam berpakaian
Bil. Item Min
1 Pakaian artis Korea banyak mempengaruhi cara berpakaian harian saya 1.87
2 Saya lebih gemar memakai seluar pendek setelah melihat pakaian artis Korea 1.27
3 Saya lebih selesa berpakaian ringkas (simple) dan tidak mementingkan
menutup aurat
1.49
4 Saya rasa lebih mudah bergerak apabila memakai jeans dan kemeja-T (body-
hugging) seperti artis Korea
1.60
5 Saya lebih memilih berpakaian rugged dan trendy sepertimana yang dipakai
oleh artis Korea
1.58
Sumber: Soal Selidik 2017
Jadual 4: Tingkah laku dalam pergaulan
Bil. Item Min
1 Drama Korea membuatkan saya rasa bergaul bebas dan mesra antara
lelaki dan perempuan adalah biasa
1.56
2 Menonton drama atau muzik Korea membuatkan saya rasa menjaga batas
aurat dengan lelaki mahupun perempuan adalah perkara remeh
1.60
3 Saya kadang-kadang bersikap mesra dengan lelaki bukan mahram
sepertimana yang disiarkan dalam drama Korea
1.45
4 Drama dan filem Korea membuatkan saya menganggap mempunyai
teman lelaki dan keluar berdua bersama adalah biasa
1.56
5 Saya suka apabila teman lelaki memuji kecantikan dan bentuk tubuh saya
seperti artis Korea
1.40
Sumber: Soal Selidik 2017
Analisis berdasarkan kiraan min menunjukkan responden bersetuju dengan item ‘menonton drama atau
muzik Korea membuatkan saya rasa menjaga batas aurat dengan lelaki mahupun perempuan adalah perkara
remeh’ (min = 1.60) sebagai kesan utama yang menyebabkan mereka mengalami pengaruh hallyu dari aspek
pergaulan. Item kedua tertinggi dari kiraaan min ialah item ‘drama Korea membuatkan saya rasa bergaul bebas
dan mesra antara lelaki dan perempuan adalah biasa’ dan item ‘drama dan filem Korea membuatkan saya
menganggap mempunyai teman lelaki dan keluar berdua bersama adalah biasa’ yang mencatatkan kiraan min
yang sama iaitu (min = 1.56) manakala item yang mempunyai skor min terendah pula ialah item ‘saya suka
apabila teman lelaki memuji kecantikan dan bentuk tubuh saya seperti artis Korea’ (min = 1.40).
A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar/ TAWIS (2017)
30
Jadual 5: Tingkah laku dalam melaksanakan tanggungjawab
Bil. Item Min
1 Saya kadang-kadang terlewat solat lima waktu kerana terlalu asyik menonton
drama Korea
2.03
2 Saya rasa pernah meninggalkan solat kerana menghadiri konsert Korea 1.32
3 Saya gemar menonton drama Korea hingga menganggu tugasan assignment dan
homework
2.22
4 Saya menonton running man hingga mengganggu jadual belajar 2.21
5 Saya lebih banyak menghabiskan masa menonton drama dan rancangan realiti
Korea berbanding bersama keluarga
Min Keseluruhan
1.75
1.66
Sumber: Soal Selidik 2017
Analisis berdasarkan kiraan min menunjukkan responden turut bersetuju dengan item ‘saya gemar
menonton drama Korea hingga menganggu tugasan assignment dan homework’ (2.22) sebagai kesan utama
kepada perubahan tingkah laku dalam melaksanankan tanggungjawab mereka. Item yang mendapat persetujuan
dengan skor min (1.5) ke atas ialah item ‘saya lebih banyak menghabiskan masa menonton drama dan rancangan
realiti Korea berbanding bersama keluarga’ yang memperolehi min (1.75). Namun, terdapat juga item yang
memperolehi skor min yang rendah iaitu hanya sebanyak (1.32) iaitu item ‘saya rasa pernah meninggalkan solat
kerana menghadiri konsert Korea’.
Umumnya, tingkah laku remaja-remaja ini berada pada keadaan yang terkawal dimana min
keseluruhannya didapati sebanyak 1.66. Secara keseluruhannya item mempunyai min pada tahap yang rendah
iaitu 1.00 hingga 2.49. Ini menjelaskan bahawa remaja mempunyai pengetahuan mengenai hallyu tetapi bahan
ini tidak memberikan kesan yang negatif kepada tingkah laku remaja. 5. Rumusan
Terdapat beberapa perkara penting yang boleh dirumuskan berkaitan tingkah laku remaja dengan pengaruh
hallyu yang diterima oleh remaja khususnya di kawasan bandar. Kajian ini mendapati tingkah laku remaja berada
pada tahap yang tidak membimbangkan tetapi perlu ditauladani dan dididik dengan akhlak yang baik. Kajian ini
turut mendapati remaja meminati hiburan yang dibawa dan disalurkan dari luar dengan menonton dan melayari
di media seperti televisyen, komputer mahupun telefon pintar. Ini menunjukkan setiap remaja mempunyai
kemudahan-kemudahan tersebut untuk mendapatkan bahan berkaitan hallyu. Pendedahan yang tinggi terhadap
kemudahan-kemudahan ini agak membimbangkan kerana ianya akan menjejaskan tingkah laku remaja.
Secara keseluruhan mengenai pengaruh hallyu terhadap tingkah laku remaja adalah sederhana. Majoriti
item menunjukkan skor min 2.50 ke bawah. Keadaan ini menunjukkan bahawa remaja menerima pengaruh tetapi
pengaruh tersebut tidak memberi kesan kepada tingkah laku mereka. Melalui hal ini, dapatlah disimpulkan
bahawa terdapat remaja kurang berkecenderungan untuk memperolehi pengaruh yang negatif dan mereka tidak
hanya bersifat menerima sahaja sehingga membawa kepada perubahan tingkah laku mereka.
A’dawiyah Ismail & Al Mujahidah Abu Bakar/ TAWIS (2017)
31
Maka, hasil daripada perbincangan dapatlah disimpulkan bahawa remaja menunjukkan sikap mereka
mengikut keadaan serta situasi yang mereka alami. Malahan, berkemungkinan besar juga remaja yang bersikap
negatif menyangkakan perbuatan mereka tidak menyalahi landasan syarak. Dalam hal ini, setiap pihak
mempunyai tugas yang penting iaitu dengan membetulkan tingkah laku negatif bagi mencapai keseimbangan
dalam hidup remaja. Beberapa tindakan segera boleh dilaksanakan bagi mengurangkan tingkah laku yang tidak
baik dalam diri remaja antaranya pemantauan dan kawalan yang baik dari ibu bapa, mengadakan lebih banyak
aktiviti keagamaan dan berfaedah dalam media massa. Sehubungan dengan itu, remaja itu sendiri perlu lebih
bersedia agar diri mereka menapis terlebih dahulu apa yang diterima dengan matang dan bijak.
Rujukan
Adiba Munira Mohamad Amin, Fazuriyati Mohd Hamidin, Muhammad Firdaus Sujaini & Md Rozalafri Johori.
2013. Pengawalan dan Pencegahan Pengaruh Hallyu oleh Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak Menurut
Perspektif Islam. Jurnal Bicara Dakwah: KUIS.
Nellie Ismail. 2012. Hubungan di antara cara gaya keibubapaan dan temperamen dengan masalah tingkah laku
dalam kalangan kanak-kanak. Tesis Dr. Fal, Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad. 2011. Hallyu di Malaysia: kajian sosiobudaya. Jurnal Komunikasi
27(2): 203-219.
PROSTAR. 2016. Dipetik dari: https:// www.prostar.gov.my/Latar_BM.htm. Diakses pada 6 September 2016.
Rozita Abdul Latif. 2009. Pengaruh sokongan interpersonal ibu bapa, rakan sebaya, sekolah dan persekitaran
fizikal terhadap penglibatan remaja dalam aktiviti fizikal. Tesis Ijazah Sarjana, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Sinar Harian. 2015. 16 Januari.
Statistik Belia Malayasia Data Semasa 2013 volume 2, Perpustakaan Negara Malaysia. 2014.
http://www.ioicitymall.com.my/mall.php
32
♦ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ♦ Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦ Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia ♦
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ♦ Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan
33
Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun dan Warisan Islam (TAWIS) 2017 Tamadun dan Peradaban Islam: Merekayasa Kreativiti dan Inovasi
Pengembangan Agihan Zakat mengikut Mazhab Syafi’i dalam Fatwa Negeri Terengganu
Wan Zulkifli Wan Hassana,b, Nazri Muslima, Jamsari Aliasa , Azizi Umara & Zulkifli Mohamada
a Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA b Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA
Abstrak
Perlaksanaan sistem pengagihan zakat yang sistematik dan efisyen mampu untuk membendung masalah kemiskinan.
Antara objektif zakat difardhukan adalah menyempurnakan tuntutan kerohanian dan sosioekonomi umat Islam
termasuk golongan yang menerima zakat iaitu asnaf. Objektif ini tidak mampu dicapai jika pengurusan agihan zakat
tidak mengikut spesifikasi yang sesuai dengan keperluan mereka. Justeru pengabaian agihan zakat secara berkesan
dianggap suatu kesalahan yang ditegah dalam syariat. Agihan zakat perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar sistem
agihan dana zakat dilihat lebih dinamik dan jaminan sosial asnaf terbela. Namun begitu, timbul persoalan adakah
agihan itu benar-benar menjadi hak milik setiap asnaf atau boleh hanya diagihkan kepada satu golongan asnaf atau
sebahagian asnaf tanpa menurut keutamaan. Adakah agihan kepada lapan asnaf itu kekal secara literal atau
berdasarkan makna dan kepentingan semasa berdasarkan ijtihad. Apakah kadar, habuan dan sasaran agihan para asnaf
itu sama ada dibahagi sama rata atau berasaskan kepada dasar keperluan. Adakah persoalan kebajikan umat Islam dan
negara perlu diperluas dan diperbanyakkan skop pengagihannya? Justeru dalam artikel ini, penulis meneliti beberapa
fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Terengganu dalam membincangkan permasalahan di atas sebagai
panduan kepada masyarakat Islam. Dengan ini, kajian mendapati amalan kepada Mazhab Syafi’i di Terengganu tidak
menghalang para mufti dan Jawatakuasa Fatwa membuat keputusan fatwa tentang agihan zakat agar selari dengan
objektif agihan zakat. Ini kerana mereka mengambil sikap berhati-hati, keterbukaan dan kelonggaran kepada
masyarakat untuk memastikan agar agihan tersebut mesti berasaskan kepada keperluan, ke arah pemupukan dan
galakan kepada hidup beragama dan bermoral di samping memberi insentif dan motivasi kepada pengurus zakat. Ia
sekaligus menampakkan sistem agihan dana zakat lebih memberi kebaikan kepada sosio-ekonomi asnaf di
Terengganu.
Kata Kunci: Pengembangan; agihan zakat; Mazhab Syafi’i; fatwa; Terengganu
© 2017 Diterbitkan oleh HADHARI-UKM.
Pengarang Utama. Alamat e-mel: [email protected]
Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017)
34
1. Pengenalan
Masyarakat Islam sentiasa berhadapan dengan berbagai insiden dan masalah yang tidak pernah dihadapi oleh
mereka sebelum ini. Pengurusan dan prosedur zakat sering berhadapan dengan suasana berubah dari sudut
perolehan dan pengagihan zakat. Antara sebab berlaku demikian adalah terdapat bentuk pengurusan dan
pentadbiran yang mempunyai perubahan dan penambahbaikan dari masa ke semasa. Menyedari situasi ini,
perbincangan mengenai hukum sewajarnya ditangani oleh mereka yang mempunyai kelayakan dalam bidang
berkenaan.
Institusi fatwa amat diperlukan masa kini akibat daripada berlakunya perubahan realiti dan situasi serta
kemaslahatan dalam semua bidang kehidupan manusia. Di Malaysia, hanya mereka yang dilantik sebagai mufti
dan Jawatankuasa Fatwa Negeri hanya diberi mandat dalam memutus sesuatu fatwa apabila terdapat sesuatu
masalah baru yang memerlukan hukum yang jelas kepada masyarakat (Hasnan Kasan 2000).
Antara perkara yang penting yang perlu diberi penekanan dalam memutuskan sesuatu fatwa adalah zakat.
Ini kerana zakat merupakan antara yang terpenting dalam sumber pendapatan kerajaan dan perlu diuruskan
dengan sebaiknya sama ada dari sudut perolehan atau pengagihannya. Bagi memenuhi keperluan fatwa semasa
mengenai aspek zakat yang melibatkan kepentingan masyarakat dan negara, sewajarnya mufti dan mereka yang
diberi mandat dalam institusi fatwa menggunakan pelbagai mekanisme ijtihad dalam usaha memberi jawaban
terhadap insiden dan permasalahan hukum yang berlaku. Bukannya hanya bergantung atau sekadar memetik
fatwa-fatwa terdahulu walupun ia berbeza dari sudut masa, keadaan dan tempat.
Namun adakah isi kandungan setiap keputusan fatwa tersebut menyebut secara jelas sandaran hukum
agar menampakkan suatu fatwa itu bersifat ilmiah. Selain itu adakah fatwa-fatwa tidak terlepas dari berpegang
kepada pemikiran dan pendapat mazhab Syafi’i. Adakah fatwa yang diputuskan memenuhi kehendak syarak
yang berasaskan kepada keperluan, ke arah pemupukan dan galakan kepada hidup beragama dan bermoral serta
insentif dan motivasi kepada pengurus zakat.
Justeru kajian ini akan melihat dengan lebih dekat berhubung sejauhmana pengembangan agihan zakat
menurut mazhab Shafi'i masih lagi berlaku dalam fatwa-fatwa yang dikemukakan oleh Mufti dan Jawatankuasa
Fatwa Kerajaan Negeri Terengganu.
2. Prosedur dan Amalan Fatwa di Terengganu
Pada kebiasaannya, prosedur dan amalan hukum yang berlaku di negeri-negeri di Malaysia kecuali negeri Perlis
bersumberkan pandangan mazhab Shafi'i, maka keadaan yang sama juga berlaku di Terengganu. Justeru amalan
fatwa yang berlaku di Terengganu telah memperkukukan kedudukan ini berdasarkan peruntukan Enakmen
Pentadbiran Hukum Syarak No. 4 pada tahun 1955 dan dalam seksyen 26(1) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal
Agama Islam Terengganu (1986) yang mengatakan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti dan Jawatankuasa (JK)
Fatwa Agama Islam dan Adat Melayu hendaklah mengikut pendapat muktamad mazhab Syafi'i, sekiranya ia
bersalahan dengan kepentingan awam, maka pendapat dalam ketiga-tiga mazhab lain hendaklah dipakai.
Sekiranya keempat-empat mazhab tersebut pula bercanggah dengan kepentingan awam, maka Mufti dan
Jawatankuasa tersebut bolehlah mengeluarkan fatwanya sendiri tanpa terikat dengan empat mazhab tersebut.
Kenyataan dalam enakmen di atas menunjukkan bahawa terdapat peluang untuk menerima pandangan
mazhab lain tanpa merujuk kepada pandangan da'if dalam mazhab Shafi'i jika ia didapati bertentangan dengan
kepentingan umum. Justeru ini memberi memberi ruang yang luas kepada mufti dan Jawatankuasa Fatwa untuk
mengamal dan memakai pandangan dari mazhab-mazhab muktabar yang lain.
Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017)
35
Antara bukti yang menunjukkan bahawa fatwa di Terengganu menggunakan sumber rujukan fatwa
berpandukan mazhab Syafi’i ialah jawapan daripada mufti Terengganu terhadap surat yang dikirim kepadanya
oleh Persekutuan Islam Singapura. Dalam surat pertanyaan tersebut pihak Persekutuan Islam Singapura
mengutarakan tentang bidang kuasa tauliah kepada para kadi. Dalam memberi jawapan, nampaknya mufti
mengutip pandangan mazhab Syafi’i melalui kitab Asna al-Matalib Syarh Rawd al-Talib Syeikh al-Islam Abu
Yahya Zakariyya al-Ansari (Suk Trg. 90/1336, “pinta fatwa al-mufti suatu soal perkara yang berkenaan dengan
syariah Muhammadiah”).
Ini diperkukuhkan lagi dengan kemunculan beberapa orang tokoh agama yang memegang jawatan mufti
di Terengganu memandangkan kebanyakan mereka berpegang kepada mazhab Syafi’i. Menurut pemerhatian
penulis, boleh dikatakan majoriti mufti yang terdapat di Terengganu mempunyai latar belakang pendidikan aliran
mazhab Syafi’i. Ini memandangkan mereka berguru dengan ulama-ulama yang bermazhab Syafi’i di Mekkah dan
guru-guru yang berasal daripada Pattani atau negeri-negeri yang berada di Nusantara atau guru-guru yang pernah
berguru dengan guru-guru di Pattani dan guru-guru tempatan. Terdapat juga sebahagian daripada mereka yang
belajar di Timur Tengah yang terdedah dengan idea-idea tajdid (pembaharuan) (Wan Zulkifli 2009).
3. Dinamika Agihan Zakat berdasarkan Amalan Mazhab Shafi’i dalam Fatwa Terengganu
Dalam mazhab Syafi’i, pengagihan zakat kepada asnaf adalah berdasarkan kepada apa yang dinyataka oleh Imam
Syafi’i di awal perbincangan mengenai qism al-sadaqat (agihan zakat). Beliau membuat perbandingan antara
perintah agihan sebagaimana yang terdapat dalam surah al-Taubah ayat ke-60 dengan ayat pembahagian pusaka
kepada setiap waris yang masih hidup dalam surah al-Nisa’ ayat ke-11 berdasarkan kepada bahagian-bahagian
yang telah ditetapkan. Ini bermakna agihan zakat wajib diagihkan kepada setiap asnaf yang wujud ketika zakat
dikutip tanpa ada pindaan sedikit pun, malah bahagian asnaf juga boleh digandakan jika mana-mana bahagian
asnaf sudah tidak wujud seperti yang berlaku dalam sistem perwarisan.
Oleh sebab itu, Dr. Khalid al-‘Ani (1999) mengklasfikasikan agihan zakat kepada tiga kategori seperti
berikut;
i. Agihan berasaskan kepada keperluan seseorang seperti asnaf fakir, miskin, hamba, penghutang dan ibn
al-sabil.
ii. Agihan berasaskan kepada pemupukan dan galakan kepada hidup beragama dan bermoral seperti asnaf
muallaf dan fi Sabilillah).
iii. Agihan berdasarkan kepada insentif dan galakan kepada pengurus zakat seperti asnaf amil.
Dengan itu, objektif agihan zakat adalah untuk menunaikan hak dan tanggungjawab pembangunan asnaf
seperti menaiktaraf bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan kerohanian. Selain itu ia mampu meningkat dan
mempertahankan martabat dan maruah umat dengan cara membantu dan melaksanakan program, skim, projek
dan usaha-usaha meninggikan syiar Islam (al-Qaradawi 2000).
4. Realiti, Penghayatan dan Prospek Agihan Dana Zakat Mazhab Shafi’i dalam Fatwa Zakat di
Terengganu
Dalam membincangkan permasalahan ini penulis mengutarakan empat persolan utama berkaitan dengan agihan
dana zakat di kalangan fuqaha mazhab Shafi`i.
i. Pembatasan atau keterbukaan agihan semasa keberadaan atau ketiadaan lapan asnaf.
ii. Pelupusan dan pengekalan dana agihan kepada asnaf yang tidak berfungsi atau yang telah luput
keillatan hukum di dalam masyarakat seperti al-riqab dan muallaf.
Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017)
36
iii. Pengembangan skim dan program agihan zakat fi sabililllah.
iv. Perancangan pengurusan agihan dana zakat yang futuristik.
Oleh itu, artikel ini akan mengupas bagaimana Jabatan Mufti Terengganu memutuskan sesuatu fatwa
dalam menangani persoalan-persoalan kontemporari di atas mengikut amalan mazhab Syafi`i sama ada dana
agihan zakat ini boleh dikembangkan kepada skim atau program yang lebih luas dan berdaya maju untuk
membangunkan asnaf yang bukan hanya meliputi kebajikan atau subsidi semata-mata. Pada masa yang sama,
pemikiran mazhab Shafi`i dilihat mampu memberikan respon dalam menilai realiti, penghayatan dan prospek
fiqh Syafi’i di Malaysia.
5. Pembatasan atau Keterbukaan Agihan Semasa Keberadaan atau Ketiadaan Lapan Asnaf
Antara permasalahan yang ditimbulkan adalah rentetan daripada satu kertas cadangan yang disediakan oleh
Y.Bhg Dato' Hj. Zubir b. Hj. Awang mengenai zakat yang tidak dapat diagihkan kepada semua asnaf. Setelah
Mufti dan Jawatankuasa Fatwa mengkaji dan menimbang cadangan dalam kertas di atas, mereka seolah-olah
mengambil kira peruntukan dan keperluan yang ada dalam masyarakat di sesuatu tempat. Dengan ini, mereka
memutuskan dan bersetuju menyatakan bahawa mana-mana bahagian asnaf zakat yang tidak dapat diagihkan
semuanya hendaklah diberikan kepada asnaf yang ada penerimanya (Minit Mesyuarat Kali Ke-2, Penggal Ke-4,
bil (i), 10 Ramadhan 1417 bersamaan 19 Januari 1997).
Keputusan hukum yang dibuat oleh Mufti dan Jawatankuasa Fatwa tentang permasalahan di atas, para
fuqaha' membahaskannya dalam permasalahan yang berkaitan pengagihan zakat kepada kelapan-lapan asnaf
dalam menyelesaikan hukum di atas.
Ini kerana menurut pendapat ulama Shafi’i (al-Shirazi, al-Muhadhdhab, op. cit., j. 1, h. 170-171; al-
Ramli Sham al-Din 1984), wajib mengagihkan zakat samada ia zakat fitrah atau zakat harta kepada lapan asnaf
yang berdasarkan kepada ayat al-Qur'an dalam surah al-Taubah. Mereka berpendapat ayat tersebut menyebut
seluruh zakat dibahagikan kepada lapan asnaf dengan disertakan ‘lam tamlik’ iaitu huruf lam yang menunjukkan
pemilikan, dan disebut zakat itu diperkongsikan di antara mereka yang berhak menerima zakat dengan disertakan
‘waw al-tasyrik’ iaitu huruf waw yang menunjukkan perkongsian. Justeru, menurut mereka, ini menunjukkan
bahawa seluruh zakat adalah menjadi milik mereka keseluruhannya dan mereka berkongsi sesama mereka.
Walau bagaimanapun, menurut sebahagian ulama mazhab Shafi’i seperti al-Ruyani dan Ibn al-Salah (al-
Ramli 1984) mengatakan harus diberikan zakat fitrah kepada tiga orang fakir atau miskin atau tiga orang
daripada kumpulan yang berhak mendapat dua saham disebabkan berlaku kerumitan dalam pelaksanaan yang
kebiasaannya terdapat empat golongan sahaja iaitu fakir, miskin, orang yang berhutang dan ibn sabil pada
masakini. Ini dapat dilihat melaui nas yang telah dikemuakan oleh mereka:
Pendapat ini boleh dianggap selari dengan pandangan majoriti fuqaha' yang mengatakan bahawa zakat
harus diagihkan kepada satu kumpulan (asnaf) sahaja. Bahkan menurut ulama Hanafi dan Maliki, harus diberikan
kepada seorang sahaja daripada salah satu kumpulan (asnaf) (Ibn Humam t.t; al-Buhuti 1402H; al-Qurtubi
1407H).
Berpandukan kepada penjelasan di atas, jelas menunjukkan bahawa keputusan fatwa yang dipersetujui
oleh Mufti dan Jawatankuasa Fatwa di atas adalah bersesuaian dengan pandangan majoriti fuqaha' dan
sebahagian pandangan dalam mazhab Shafi’i sekalipun fatwa tersebut tidak membawa sebarang perselisihan di
kalangan fuqaha'. Keputusan yang diambil oleh Mufti dan Jawatankuasa Fatwa dalam kes di atas menunjukkan
mereka mengambil kira suasana dan keadaan ketika itu dan sekaligus menjaga kemaslahatan dan keperluan
masyarakat. Oleh itu, keputusan hukum yang dibuat adalah amat bersesuaian dan munasabah dengan kedudukan
kes yang diutarakan.
Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017)
37
6. Pelupusan dan Pengekalan Dana Agihan kepada Asnaf yang Kurang Fungsional atau Penyebabnya
Antara fatwa yang dilihat mempunyai kaitan dengan permasalahn ini adalah mengenai kelonggaran dan
pengekalan pengagihan dana zakat kepada asnaf muallaf. Keputusan ini dibuat rentetan daripada pembentangan
kertas kerja telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Haji Zulkifli bin Mohammad Al-Bakri berhubung takrif
muallaf dan had kemuallafan.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke Tiga Penggal Ke Sepuluh yang bersidang
pada 13 Mac 2013 bersetuju dengan keputusan bahawa apa yang dimaksudkan dengan muallaf adalah selari
dengan pendapat ulama di kalangan mazhab al-Syafi’iah yang menyatakan bahawa mualaf adalah mereka yang
baharu memeluk Islam. Manakala had tempoh kemuallafan bergantung kepada uruf yang dicadangkan ialah tiga
tahun. Jika sekiranya mereka masih miskin, maka zakat diberikan mengikut asnaf fuqara dan masakin. Sekali
lagi ditegaskan bahawa sudah sampai masanya tempoh had mualaf dikira selama tiga tahun sahaja berdasarkan
perkembangan semasa.
Berdasarkan kepada fatwa yang telah diputuskan di atas, jelas menggambarkan bahwa fatwa di atas
masih lagi berpandukan pandangan Imam Shafi’i yang tetap berpegang kepada prinsip, tiada pelupusan atau
pindaan terhadap mana-mana golongan asnaf, biarpun beliau mengakui kelonggaran dalam pelaksanaannya.
Mengikut Imam Shafi`i (1393H), asnaf muallaf tidak boleh gugur atau luput jika isu-isu keasnafan ini
masih wujud. Peruntukan dana zakat wajar diperuntukkan bagi pembiayaan program pentarbiyahan. Sebagai
contohnya, agihan tersebut dapat menanamkan perasaan keyakinan kepada Islam, keselamatan atau pengukuhan
penghayatan Islam.
Atas dasar ihsan, kewajaran, maslahah dan keperluan (mesra muallaf) atau ke arah pemupukan dan
galakan kepada hidup beragama dan bermoral turut menjadi tunjang pengekalan asnaf muallaf kepada mazhab
al-Shafi`i. Namun dalam masa yang sama imam Shafi`i juga berpendapat tidak mengharuskan agihan zakat
kepada asnaf mu’allaf qulubuhum dalam apa keadaan sekali pun. Pendapat ini juga merupakan pendapat
golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah. Dalam hal ini, Imam al-Shafi`i (1393H) berlandaskan kepada nas dari
hadith Mu`adh yang ditugaskan mengutip zakat di negeri Yaman daripada kalangan orang kaya, lalu diagihkan
semula kepada orang Islam yang fakir dan miskin di tempat yang sama. Mu`adh tidak mengagihkan kepada
orang bukan Islam. Seterusnya, Imam Shafi`i mencadangkan, sekalipun terdapat maslahah kepada bukan Islam,
mereka boleh mendapat bantuan daripada peruntukan dana al-fay’ (rampasan perang), bukan dana zakat atau
sedekah (al-Razi 1401/1981).
Walaupun pada zaman awal Islam, Nabi Muhammad SAW mengharuskan agihan dana zakat kepada
orang kafir ini adalah disebabkan pada ketika itu jumlah penganut Islam tidak ramai. Situasi ini telah berubah
pada masa kini di mana majoriti penduduk Arab telah beragama Islam dan syiar Islam telah menjadi sebahagian
kehidupan mereka. Mereka boleh memilih sama ada mahu beriman atau kekal dalam kekafiran.
Begitu juga dari sudut pengembangan penggunaan istilah asnaf al-gharimin. Ia dilihat masih lagi diguna
pakai dalam memutuskan sesuatu fatwa di Terengganu. Hal ini dapat dilihat dalam fatawa berhubung hukum
menyalurkan wang zakat dalam Tabung Bantuan Berdikari Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Setelah
mendapat maklumat mengenai konsep Bantuan Sara Diri tersebut, Mufti dan Jawatankuasa Fatwa bermesyuarat
dan berpendapat wang zakat sinf al-gharimin boleh disalurkan kepada Tabung Bantuan Berdikari Yayasan
Pembangunan dan diuruskan berdasarkan kepada al-Qard al-Hasan (Minit Mesyuarat Kali Ke-6, Penggal Ke-4,
9 Zulkaedah 1418 bersamaan 8 Mac 1998).
Wan Zulkifli Wan Hassan et al. / TAWIS (2017)
38
Menurut penganalisisan penulis, penjelasan hukum di atas dilihat mufti dan jawatankuasa fatwa
memperluaskan maksud sinf al-gharim dalam masalah pengagihan zakat kepada mereka yang berhak menerima.
Menurut ulama Maliki, Shafi’i dan Ahmad, antara golongan yang dikategorikan sebagai al-gharimin ialah orang
yang berhutang dan mengambil peruntukan zakat untuk kemaslahatan masyarakat. Imam al-Dusuqi (t.t) ada
menyebut:
(Dan ia berhutang untuk kemaslahatan) lebih baik dikatakan dengan ungkapan; dan orang
yang berhutang sesuatu hutang yang disekat padanya dan membelanjakan bagi tujuan
kemaslahatan yang diakui oleh Syarak bukan tujuan kerosakan.
Imam Shafi’i (1393H)) juga pernah menjelaskan sebagai berikut:
(Katanya) dan golongan yang berhutang kerana menanggung bebanan dan memulihkan
hubungan antara kedua belah pihak yang bertelingkah dan melakukan kebaikan
Ibn Qudamah (t.t) pernah manyatakan:
Al-Gharimun terdiri daripada dua golongan, antaranya golongan yang berhutang untuk
memperbaiki keadaan iaitu menanggung diat yang perlu dijelaskan atau harta untuk
meredakan fitnah dan memulihkan hubungan antara kedua belah pihak yang bertelingkah,
maka boleh diberikan kepadanya daripada harta sedekah (zakat) sekadar apa yang boleh
meringankan tanggungjawabnya sekalipun ia seorang yang kaya...dan kerana ia
mengambil harta tersebut (zakat) adalah untuk kemaslahatan umat Islam, maka harus ia
mengambilnya sekalipun kaya seperti orang yang bertugas sebagai askar
Fatwa di atas juga amat sesuai dengan apa yang dikemukakan oleh ulama kontemporari. Sebagai contoh,
pendapat al-Qaradawi (2000) yang mengatakan antara perkara yang boleh dikaitkan dengan orang yang
mendamaikan antara pihak-pihak yang bertelagah ialah orang yang aktif dalam bidang kegiatan sosial yang
mendatangkan manafaat seperti yayasan anak yatim, masjid untuk mendirikan solat dan perbuatan-perbuatan
kebajikan lain yang bertujuan untuk melayani keperluan masyarakat. Justeru orang atau badan-badan dan
yayasan-yayasan yang berkhidmat untuk memberi kebajikan dan bantuan demi kepentingan masyarakat,
diberikan hak untuk ditolong dan dibantu dari harta masyarakat.
Menurut beliau lagi, tidak ada dalil Syarak yang hanya mengkhususkan al-gharimin bagi orang yang
berhutang untuk mendamaikan dua belah pihak yang bersengketa sahaja tanpa dimasukkan keadaan-keadaan
yang lain. Menurut beliau lagi, pemakaian al-qiyas hendaklah diambil bagi membolehkan keadaan-keadaan
tersebut termasuk juga dalam asnaf al-gharimin jika keadaan-keadaan lain tidak dimasukkan dalam asnaf al-
gharimin (al-Qaradawi 2000).
Bagi menguatkan lagi pandangan di atas, beliau menukilkan pandangan al-Nawawi (1405H) daripada
ulama Shafi’i berhubung masalah tersebut sebagai berikut:
Menurut Abu al-Faraj al-Sarakhsi; orang yang berhutang kerana mengimarahkan masjid
dan menghormati tetamu, hukumnya samalah dengan hukum seseorang yang berhutang
untuk kemaslahatan dirinya. Telah dinyatakan oleh al-Ruyani daripada sebahagian
pengikut kami, ia diberi meskipun kaya jika kayanya itu dengan harta yang tidak
bergerak ('iqar) dan tidak boleh kepadanya jika ia kaya dengan memiliki wang, menurut
al-Ruyani, ini pandangan yang dipilih.