Upload
tan-sheaushan
View
280
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
1.Pengenalan
Citation preview
Penilaian Kursus KRB3033 Sem 2 Sesi 2012/13
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KRB 3033:
PENGANTAR BAHASA MELAYU
TAJUK ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
Sally tan D2010
PUSAT PEMBELAJARAN: EL- B01
NAMA TUTOR E-LEARNING : En. Abu Bakar Bin Yusuf
TARIKH SERAH :
PEMARKAHAN
TUGASAN BAHAGIAN A ( 20% )
ISI KANDUNGAN m/s
1. Pengenalan 1
2. Fungsi peribahasa dalam kesinambungan
warisan bahasa 2-4
3. Kepentingan peribahasa yang menyentuh
tentang tema budi bahasa 5-7
4. Rumusan 8
5. Biliografi / Sumber rujukan 9
Pengenalan
Menurut Za’ba seorang yang menulis pelita Bahasa Melayu dan juga seorang
ilmu mengarang melayu medenifisikan bahawa peribahasa ialah susunan kata yang
pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak
perkataannya. Susunan perkataanya mengandungi maksud tersirat, ia adalah
dilahirkan daripada cetusan fikiran orang melayu dahulu dan digunakan dalam
pertuturan harian. Peribahasa dibina untuk tujuan menggambarkan sesuatu sifat,
kelakuan, keadaan dan sebagai secara tersirat, mendalam serta mengelak daripada
menyinggung perasaan orang lain. Peribahasa boleh dibahagikan kepada peribahasa
tradisi dan peribahasa moden. Pada umumnya, peribahasa mengandungi falsafah
hidup dan nilai moral yang tinggi, ia sering digunakan sebagai kiasan, teladan dan
pengajaran untuk menghiasi karangan dan percakapan. (106 perkataan)
Tiga fungsi peribahasa dalam kesinambungan warisan bahasa.
Peribahasa melayu boleh dikatakan diwarisi daripada nenek moyang kita pada
zaman dahulu. Peribahasa boleh dilahirkan dan digunakan dalam masyarakat melayu
adalah atas sebab keinginan masyarakat untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan
mengelakkan daripada menyinggung perasaan orang lain sebelum mewujudkan
undang-undang yang boleh mengawal perlaku masyarakat. Masyarakat yang penuhi
ilmu pada masa ketika itu telah mencipta pelbagai petua, nasihat atau petunhuk
sebagai peraturan tataterbit pergaulan, tatsusila dalam pergaulan dalam hubungan
sesama manusia tanpa mengira kaum.
Petua-petua, nasihat-nasihat, dan petunjuk-petunjuk adalah diambil daripada alam
sekeliling kita, misalnya daripada sifat manusia, tabiat binatang, sifat tumbuh-
tumbuhan dan lain-lainnya. Setelah petua-petua tersebut diambil dan digunakan akan
diperhaluskan dan dicantikkan lagi penggunaan bahasanya supaya kata-kata yang
hendak dituturkan lebih sedap didengar tanpa menyinggung perasaan orang lain dan
berlaku perselisihan faham antara satu sama lain tetapi mempunyai maksud teguran
yang mendalam agar membolehkan orang yang ditegur akan insaf atas kesalahannya
dan tidak melakukannya lagi.
Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan atau kata lain bunga
bahasa salam budaya melayu, dimana kata-kata yang mampu menggambarkan sesuatu
maksud tertentu. Jadi ia mempunyai banyak peranan dalam kehidupan masyarakat
dan banyak fungsi dalam kesinambungan warisan bahasa.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2005:1185) makna peribahasa bermaksud
ayat-ayat atau kelompok-kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan
mengandungi pengertian yang tertentu seperti bidalan dan pepatah. Bidalan yang
terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran, contohnya “Adat periuk berkerak,
aadt lesung berdedak” yang bermaksud jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha.
Pepatah pula lebih kurang sama dengan bidalan tetapi ia mempunyai rangkaian
perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Sebagai contohny, biar putuh tulang,
jangan putih mata yang bermaksud rela mengorbankan nyawa daripada menanggung
malu. Contoh-contoh seperti diatas telah membuktikan pegangan mereka yang teguh
cukup menerangkan kebudayaan mereka.
Peribahasa juga dipakai dan digunakan untuk membuat dan menghiasi karangan
atau percakapan dan menguatkan tujuan karangan atau sesuatu percakapan dalam
sesuatu bahasa. Di samping itu, peribahasa juga boleh dijadikan sebagai suatu
pedoman hidup kerana maksud dan isinya adalah benar dan luas. Dalam
menghasilkan peribahasa, pertuturan masyarakat adalah melalui pengalaman hidup
mereka khususnya dalm kalangan rakyat biasa. Menurut Abdullah Hussian,2003
menyatakan bahawa penghasilkan peribahasa adalah melalui penaakulan para bijak
pandai dan mendapat sumber daripada kitab-kitab suci. Peribahasa yang diluahkan
mulut orang melayu bukan hanya menyampaikan isi yang tepat dan kias ibarat yang
tajam sahaja, malah ia merupakan satu ungkapan kalimat bahasa yang dihasikan amat
teratur, ringkas dan padat. Oleh itu, fungsi peribahasa pengumpamannya
menyampaikan pengajaran, teladan dan sindiran yang mempunyai pelembut agar
pendengar atau pembacanya tidak mudah terasa hati. Selain itu, peribahasa juga akan
dapat memberi impak yang besar ke atas pemikiran serta perasaan mereka.
Antara fungsi peirbaha adalah sebagai satu alat komunikasi dalam bahasa sama
ada ia secara formal iaitu digunakan dalam adat istiadat tertentu atau digunakan secara
tidak formal iaitu terutamanya digunakan untuk menyindir, menegur atau mengkritik
seseorang. Contohnya salah satu peribahasa “Biar mati anak, jangan mati adat” yang
bermaksud kita hendaklah mendisplinkan diri supaya mematuhi keputusan yang telah
kita buat. Ini adalah peribahasa yang memberi kita satu pegangan dan ingatan yang
baik. Peribahasa yang membawa peneguran secara tidak langsung tanpa menyingung
perasaannya seperti “Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tidak
tampak” yang bermaksud menyindir dan menegur orang yang suka menjaga tepi kain
orang lain.
Kedua, peribahasa merupakan satu media yang mempamerkan kebijaksanaan
penutur atau pewaris, ia juga melambangkan kebijaksanaan masyarakat khalayak
dalam penggunaan bahasa. Semakin banyak keindahan bahasa digunakan semakin
tinggi sanjungan masyarakat khalayak terhadap mereka. Oleh itu, ia dapat
menunjukkan ketinggian status dalam masyarakatnya.
Selain itu, peribahasa juga berfungsi sebagai alat pendidkan atau didiktik dalam
warisan bahasa. Peribahasa adalh sesuatu iilmu dan pengajaran yang dapat
disampaikan dalam pelbagai keadaan terutama suatu keadaan yang sukar untuk
dijelaskan seseorang dengan penggunaan keindahan bahasa, misalnya “lah panas,
kacang lupa akan kulitnya” bermaksud seseorang itu telah berjaya dan lupa asal
usulnya dahulu. Peribahasa begitu penting dalam kehidupan kita, maka kita haruslah
bertanggungjawab untuk menjaga dan mewarisi bahasa ini berterusan. (636perkataan)
Tiga kepentingan peribahasa yang menyentuh tentang tema budi bahasa
Menurut Za’ba(1934), peribahasa diertikan sebagai susunan cakap yang pendek
dan yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak turun temurun atas sebab
sedap didengar dan perkataanya bijak, ringkas, luas dan mempunyai maksud yang
mendalam-dipakai akan menjadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai bandingan,
teladan dan pengajaran. Keindahan peribahasa merupakan satu cara sesuatu
peribahasa itu digunakan dan menunjukkan kebijaksaan membina minda seseorang.
Peribahasa juga boleh dinyatakan sebagai satu cerminan watak bangsa yang
memilikinya. Di samping itu, peribahasa juga penting dalam konteks penelitian
warisan dan keterampilan pengguna bahasa. Ini kerana isi-isi dalam peribahasa secara
tersirat makna dan membolehkan manusia berkomunikasi dengan lebih lancar dan
berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dalam kehidupan sehariannya.
Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan,
perbilangan, kata-kata hikmah dan bahasa kiasan, setiap daripada itu mempunyai
sifat-sifat dan tujuan-tujuannya sendiri. Tujuan-tujuan utama peribahasa digunakan
adalah untuk menyembunyikan ungkapan-ungkapan atau kata-kata kasar dan
menghuraikan sistem adat melayu.
Kepentingan-kepentingan peribahasa dalam budi bahasa amat memainkan
peranan. Antaranya adalah kepentingan-kepentingan:
Pertama, meningkatkan budaya masyarakat yang berbudi bahasa. Masyarakat
melayu sememangnya terkenal dengan budi bahasa yang lembut ketika
berkomunikasi dengan pihak lain. Pada kebiasaannya, masyarakat melayu tidak suka
berterus-terang dalam menyatakan sesuatu yang tidak digemarinya. Oleh itu, dengan
penggunaan peribahasa dalam budi bahasa dapat menggelakkan kata-kata kasar
dengan gantian kata-kata yang lebih halus dan indah tanpa menyinggung perasaan
orang tersebut.
Di samping itu, ia juga dapat mengelakkan kebanyakkan perkara yang dapat
wujud salah faham dalam kalangan kaum yang berlainan. Selain itu, keindahan
peribahasa juga dapat mewujudkan satu masyarakat yang harmoni dan penyayang.
Kedua, penggunaan peribahasa dalam budi bahasa dapat mencerminkan dan
meningkatkan taraf hidup dan ilmu seseorang itu. Melalui peribahasa, kita boleh
memberi nasihat dengan teguran kepada orang itu secara tidak langsung. Di samping
itu, pengajaran peribahasa dapat membentuk jati diri seseorang dan mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan harian mereka. Nilai-nilai murni yang terdapat
dalam peribahasa bukan sahaja memuafakatan di antara satu sama lain dalam
mewujudkan keharmonian hidup bermasyarakat serta berkawan, malah ia boleh
memperluaskan ilmu dan meningkatkan imej seseorang itu. Seseorang itu selalu
berperibahasa dalam budi bahasa akan memberi satu anggapan yang mesra dan baik
serta mudah bergaulan.
Sememangnya konsep budi bahasa dan kesantunan menjadi fokus utama dalam
pemilihan dan penggunaan peribahasa ini agar pihak yang ditegur tidak berasa
tersinggung perasaan atau kecil hati kerana bahasa dalam peribahasa yang digunakan
adalah secara tidak langsung dan telah memperhaluskan kata-kata kasar kepada kata-
kata yang lebih lembut, licin dan cantik untuk digunakan. Ini membolehkan seseorang
yang memberi teguran menunjukkan keprihatinan dan kehemahannya kepada orang
yang ditegur dengan menggunakan bahasa baik serta mencerminkan keperibadiannya
yang tinggi.
Ketiga, selain daripada mewujudkan satu budaya masyarakat yang harmonis dan
penyayang, peribahasa dalam tema budi bahasa juga dapat membina sebuah negara
yang penuh dengan berbudi bahasa dan meningkatkan imej negara yang baik kepada
negara lain. Jikalau rakyat negara itu sentiasa mengamalkan peribahasa dalam budi
bahasa untuk kehidupan hariannya, semua rakyat akan hidup aman damai tanpa
berlaku perkara yang tidak seronok antara kaum, ia juga mewujudkan masyarakat
yang berpaduan, berbudi bahasa dan mesra. Secara tidak langsungnya, ia dapat
memberi satu gambaran baik kepada negara lain. Maka ia juga dapat memberi banyak
manfaat kepada negaranya. Contohnya, pelancong lain akan rasa senang hati dan
mesra semasa bergaulan dengan rakyat yang budi bahasa, ini boleh meningkatkan
ekonomi negara dan perkembangan pelancongan negara tersebut turut meningkat.
(539 perkataan)
Rumusan
Pada umumnya, peribahasa mengandungi falsafah hidup dan nilai moral yang
tinggi. Keindahan peribahasa dapat mengelakkan pelbagai masalah perhubungan di
antara satu sama lain tanpa mengira kaum terutama di negara Malaysia yang terdapat
pelbagai jenis kaum. Penggunaan peribahasa dalam kehidupan seharian kita bukan
setakat dapat meningkatkan taraf kehidupan sendiri, ia dapat membantu kita bersama-
sama mewujudkan satu budaya masyarakat yang harmonis dan penyayang. Di
samping itu, peribahasa yang dapat membantu kita menjelaskan sesuatu keadaan yang
sukar kita hendak menyampaikan tanpa menyinggung perasaan orang lain. Akhirnya,
peribahasa adalah bahasa kecantikan kita, marilah kita mengamalkan peribahasa
dalam budi bahasa dan kehidupan harian kita. (99 perkataan)
Jumlah keseluruhan patah perkataan: 1380 perkataan
Biliografi / Sumber Rujukan
Alias Sidek (1999). Penglihatan dunia orang Melayu dalam peribahasa. Disertasi, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
Mohd Tajuddin Hj Abdul Rahman dan Rahman Shaari (1997). Peribahasa Untuk KBSM. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
Zaitul Azma Zainon Hamzah (2011). Peribahasa Melayu : penelitian makna & nilai. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
http://midieja.blogspot.com/2011/11/peribahasa.html
Penilaian Kursus KRB3033 Sem 2 Sesi 2012/13
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
SEMESTER 2 SESI 2012/2013
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PJJ)
KRB 3033:
PENGANTAR BAHASA MELAYU
TAJUK ESEI ILMIAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
PEMARKAHAN
TUGASAN BAHAGIAN B ( 30% )
Tan Sheau Shan ( 800827105202) D20121061249
PUSAT PEMBELAJARAN: EL- B01
NAMA TUTOR E-LEARNING : En. Abu Bakar Bin Yusuf
TARIKH SERAH : 04-05-2013
ISI KANDUNGAN m/s
6. Pengenalan 1
7. Huraian Konsep ayat 2-4
8. Analisis Kesalahan ayat oleh murid
di dalam bilik darjah 5-8
9. Rumusan 9
10. Biliografi / Sumber rujukan 10
Pengenalan
Ayat dalam Bahasa Melayu mempunyai pelbagai jenis dengan tujuan menyatakan
maksud yang sama, maka ia menjadi sebuah bahasa yang hidup dan menarik dalam
kehidupan harian kita. Menurut Blommfield(1991:170), setiap ayat adalah bebas dan
tidak terikat oleh satu bentuk linguistik yang besar, maka ia adalah sebagai unit
tatabahasa terbesar dan tertinggi. Ciri-ciri ayat diucapkan dengan didahului oleh
kesenyapan, dan diakhiri dengan kesenyapan, tetapi mengandungi maknanya. Setiap
ayat akan dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda noktah. Di samping
itu, setiap ayat ditandai juga dengan intonasi yang menunjukkan bahawa ujaran itu
sudah lengkap. ( 92 perkataan )
Konsep ayat
Ayat ialah dibawah salah satu bidang utama tatabahasa iaitu sintaksis. Istilah
sintaksis adalah berasal daripada perkataaan Yunani iaitu sun yang bererti “dengan”
dan tattein yang membawa maksud “menempatkan bersama-sama”. Oleh itu, sintaksis
juga boleh dinyatakan sebagai “menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk
menjadi kelompok kata atau ayat”. Menurut Nik Safiah Karim(2009), sintaksis
merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji tentang bentuk, struktur, dan
binaan atau konstruksi ayat. Manakala, sintaksis bukan setakat mengkaji tentang
proses pembinaan ayat sahaja, malah ia juga merupakan satu panduan yang jelas atau
dinyatakan peraturan dalam menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat
dnegan cara yang betul. Secara ringkasnya, sintaksis ialah ilmu mengkaji ayat.
Ayat ialah satu binaan yang terdiri daripada unsur-unsur ayat, iaitu unti-unit yang
membentuk ayat. Unsur utama yang terdiri dalam satu ayat adalah kata frasa, klausa
dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat. Sebagai contohnya,
Swee Meng sedang membuat layang-layang. Dalam contoh ayat ini, terdapat dua
bahagian iaitu bahagian subjek “Swee Meng” dan bahagian predikat “sedang
membuat layang-layang”. Bahagian subjek dan bahagian predikat adalah merupakan
bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa melayu. Di samping itu,
bahagian subjek dan bahagian predikat juga terdiri daripada unsur-unsur tertentu
misalnya sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa
sendi nama (FS).
Sebelum membentukkan satu ayat yang lengkap dan betul, ayat dasar atau ayat
inti telah menjadi ayat asas kepada semua ayat yang lain. Ayat dasar ini terhasil
melalui gabungan dua frasa. Frasa boleh dikatakan satu urutan penempatan jenis kata
dalam ayat. Binaan frasa pula adalah terdiri daripada sekurang-kurangnya dua
perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan yang mempunyai potensi untuk
diperluas menjadi dua perkataan atau lebih besar. Frasa juga tiadak boleh dipecahkan
kepada subjek dan predikat. Sebagai contohnya, frasa dengan satu perkataan “saya
polis” dan frasa dengan dua atau lebih perkataan “pemuda itu polis”. Di samping itu,
jenis-jenis frasa terdiri daripada 4 jenis frasa iaitu frasa nama (FN) yang merangkumi
kata nama (KN), sama ada dalam bentuk terbitan atau kata ganti nama. Frasa kerja
(FK) pula ialah satu binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih kata intinya
kata kerja. Frasa adjektif (FA) ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau
kata intinya merupakan kata adjektif, contohnya “pandai sungguh”. Frasa sendi (FS)
adalah terdiri daripada satu kata sendi dan satu frasa nama, contohnya “cenderahati itu
daripada Puan Hasmah”. Selain daripada itu, ayat dasar juga boleh dikategorikan
kepada 4 pola iaitu frasa nama dengan frasa nama, frasa nama dengan frasa kerja,
frasa nama dengan frasa adjektif dan akhirnya frasa nama dengan frasa sendi.
Ayat juga boleh didefinisikan satu unit pengucapan yang paling tinggi letaknya
dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna ynag lengkap. Ayat boleh
terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang
pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi
intonasi yang sempurna. Di samping itu, ayat mempunyai dua bentuk iaitu susunan
biasa dan susunan songsang. Dari segi ragam, ayat dibahagikan kepada ayat aktif dan
ayat pasif. Di sebaliknya dari segi jenis-jenis ayat pula adalah terdiri daripada ayat
penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat seru. Di bawah adalah penjelasan tentang
keempat-empat jenis ayat tersebut. Ayat penyata adalah sejenis ayat yang menyatakan
atau memberi keterangan tentang sesuatu hal tanpa mengharapkan jawapan atau gerak
balas. Ayat tanya, sejenis ayat untuk tanya sesuatu perkara, tempat, benda, manusia,
binatang dan sebagainya dengan syaratnya akhiri ayat mestilah tandakan tanda soal
(?) dan semasa ucapkan hendaklah meninggikan sedikit nada suara supaya ingin
mendapatkan jawapan. Ayat perintah adalah sejenis ayat yang digunakan dengan
tujuan menyuruh, melarang, mempersilakan atau meminta pertolongan seseorang
untuk membantu diri melakuka sesuatu. Dalam ayat perintah terdapat 4 jenis iaitu
ayat suruhan yang tujuan memberi perintah atau arahan, ayat larangan yang bertujuan
memberi larangan dan tegahn bersama meletakkan perkataan jangan, usah di awalan
ayat itu. Ayat silaan pula ialah ayat yang digunakan untuk menjemput atau
mempersilakan seseorang dan akan menambahkan kata sila, jemputlah pad aawalan
ayat sebelum kata kerja. Ayat permitaan adalah tujuan untuk meminta pertolongan
daripada seseorang dengan menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong.
Ayat seruan adalah berbeza dengan ayat sebelum ini. Ia merupakan ayat yang dapat
mengambarkan sesuatu keadaan dan perasaan seperti ketakutan, kemarahan, kesakitan
dan sebagainya. Intonasi dalam ucapkan ayat seruan ini adalah nada yang rendah dan
seruan. Di akhiri ayat seruan ini hendaklah tandakan tanda seperti amboi, aduhai, cis,
wah, dan sebagainya pada awalan ayat tersebut.
Tidak kira mana-mana jenis bahasa, ayat tidak terhad banyaknya. Namun
demikian, ayat dalam bahasa melayu boleh dikategorikan kepada ayat aktif dan ayat
pasif. Di samping itu, ayat dasar dan ayat terbitan juga dalam golongan jenis ayat.
Ayat dasar adalah ayat inti, manakala ayat terbitan adalah sejenis ayat transformasi
mengalami proses perubahan atau penerbitan ayat melalui proses peluasan,
penggantian, pengguguran atau penyusunan semua unsur-unsur atau konstituennya.
Ayat tunggal dan ayat majmuk juga dalam lingkungan binaan ayat. ( 801 perkataan )
Kesalahan ayat
Pertama, kesalahan aspek morfologi dalam ayat. Kebanyakkan murid masih
lemah menguasai aspek morfologi dalam penulisan mereka yang merangkumi
penggunaan imbuhan awalan ber, di, ke, men, pe, kata tugas, kata ganti nama diri,
kosa kata dan ejaan. Sebab-sebab murid berlaku kesalahan pengunaan imbuhan
seperti di atas kerana murid masih dalam keadaan keliru dengan bunyi sebutan
imbuhan awalan serta tidak menguasai aspek makna imbuhan masing-masing. Maka,
selagi mereka masih tidak menguasai atau tidak memahami fungsi imbuhan akan
menyebabkan mereka terus berlaku kesalahan tentang aspek morfologi dalam
ayatnya.
Contoh-contoh kesalahan penggunaan imbuhan oleh murid dalam bilik darjah
seperti “....mengadakan majlis perkahwinan....”, (sepatuhnya ditulis
dengan .....diadakan majlis perkahwinan....), “...solekkan oleh Puan Siti.....”adalah
salah penggunaan, ia sepatutnya ditulis dengan ....disolekkan oleh Puan Siti....
Kesalahan kata ganti nama seperti kita....kami, dia...beliau, panggilan untuk orang-
orang istana misalnya baginda, patik, hamba dan sebagainya. Contohnya, “saya
sebuah telefon bimbit” (salah), sepatutnya menulis “Aku sebuah telefon bimbit”, ini
kerana telefon bimbit adalah sesuatu benda, maka hendaklah menggunakan “Aku”.
Kesalahan-kesalahan penggunaan kata ganti nama ini ditimbul kerana murid tidak
yakinkan diri dalam fungsi penggunaannya dan tidak mengambil sepenuh perhatian
semasa guru mengajar di dalam bilik darjah. Kesalahan dalam aspek kata tugas bagi
kata hubung dan sendi nama. Contohnya, ....dijenamahkan Samsung...., sebenarnya
ditulis ....dijenamakan sebagai Samsung.... Kesalahan kosa kata, contoh....soalan
jawapan..., sepatutnya ditulis sebagai ....kertas jawapan..., ....ujian tahunan...., ditulis
sebagai ....peperiksaaan akhir tahun .... .
Kedua, kesalahan yang biasa jumpai dalam ayat murid adalah kesalahan
penggunaan kata pemeri. Menurut Tatabahasa ( 2003 ),kata pemeri ‘ialah’ digunakan
untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan kata nama atau frasa nama.
Manakala kata pemeri ‘adalah’ digunakan untuk menunjukkan huraian dan letak di
hadapan kata adjektif, frasa adjektif, kata sendi nama atau frasa sendi nama. Namun
demikian, murid sering salah guna ‘ialah’ dan ‘adalah’ dalam penulisan ayat mereka.
Mereka juga sentiasa salah anggap dan ingat ‘ialah’ dan ‘adalah’ membawa maksud
yang sama menunjukkan sesuatu benda dan perkara serta keliru fungi dan
penggunaannya yang betul. Contoh ayat ini, Durian adalah buah yang paling terkenal
di Malaysia. ( ayat salah) sepatutnya ditulis Durian ialah buah yang paling terkenal di
Malaysia.(ayat betul)
Ketiga, kesalahan ayat oleh murid dalam bilik darjah adalah penggunaan bahasa
pasar atau bahasa mandarin dalam penulisan ayatnya. Kesalahan ini sering berlaku
dalam sekolah jenis kebangsaan cina bagi murid cina dalam penulisan Bahasa
Malaysia terutama bagi murid yang lemah dalam menguasai Bahasa Malaysia.
Kebiasaanya, saya dapati murid lemah dalam kosa kata atau penbendaraan kata,
mereka sering terus menggunakan perkataan Bahasa Cina menterjemah kepada
Bahasa Malaysia, maka wujudlah banyak kesalahan penggunaan kata dalam ayatnya,
misalnya
i) Suntikan (betul), murid tulis “ pukul jarum” (salah)
ii) Bapa saya (betul), murid tulis “saya punya papa” (salah)
iii) Ini kasut saya (betul), murid tulis “ ini saya kasut” ( salah)
Hal ini boleh berlaku kerana kebanyakkan mereka tidak mengambil berat tentang
penggunaan bahasa dengan betul. Di samping itu, kebanyakkan murid bertutur bahasa
mandarin atau Bahasa Hokkein dalam rumah ataupun bertutur dengan kawan sekelas
atau murid lain yang belajar bersama satu sekolah walaupun murid tersebut adalah
murid berkaum lain. Salah satu kemungkinan adalah mereka tidak yakin dan selalu
menganggap penguasai Bahasa Malaysia adalah satu perkara yang amat sukar bagi
murid cina serta sentiasa mengelakkan diri dalam menguasai bahasa ini. Selain itu,
pengaruhi latar belakang murid tersebut juga memainkan peranan penting dalam
penggunaan bahasa yang betul, misalnya, orang tua, ibubapa yang tidak bersekolahan
selalu bertutur bahasa pasar untuk mereka dalam kehidupan sehariannya, maka secara
tidak langsung murid tersebut akan dipengaruhi tanpa sedari.
Keempat, kesalahan ayat oleh murid dalam bilik darjah adalah mengenai tentang
aspek struktur ayat. Kesalahan struktur ayat adalah sering berlaku dan dijumpai dalam
penulisan ayat murid tidak kira tahun 1 sampai tahun 6. Kesalahan-kesalahan struktur
ayat boleh merangkumi empat aspek iaitu salah susunan subjek dan predikat dalam
ayat tunggal, salah menggunakan kata penghubung dalam ayat majmuk, keliru dalam
menggunakan ayat penyata dan ayat perintah, akhir sekali salah menggunkan tanda
baca. Di bawah adalah keterangan bagi setiap aspek kesalahan struktur ayat.
a) Salah susunan subjek dan predikat dalam ayat tunggal
Kesalahan ini sering berlaku bagi murid yang lemah dan tidak memahami
mana perkataan menunjukkan subjek dan manakah ayat yang menunjukkan
predikat dalam sesuatu ayat, jadi susunan subjek dan predikat dalam ayat mereka
sentiasa salah dan tidak membawa makna dalam ayat tersebut. Contohnya ayat
yang salh susunan subjek dan predikat “ makan durian adik”, ayat ini sepatutnya
ditulis dengan “ adik makan durian”, adik adalah subjek, manakala makan durian
adalah predikat.
b) Salah menggunakan kata penghubung dalam ayat majmuk
Kesalahan penggunaan kata penghubung ini juga sering didapati dalam ayat
murid. Mereka yang tidak faham maksud setiap ayat kata penghubung ini sering
berlaku kesalahan ini terutama bagi murid tahap 1 iaitu murid tahun 1,2dan 3.
Kadang-kadang mereka keliru dalam ayat tersebut sama ada ayat itu membawa
sesuatu perkara yang boleh dilakukan bersama-sama ataupun ayat itu adalah ayat
yang menunjukkan sesuatu pilihan. Contohnya, Saya atau Mei Ling sedang
memasak. Ayat ini adalah salah kerana ayat ini tidak menunjukkan sesuatu
pilihan, maka kata hubung “ atau ” hendaklah dibetulkan dengan “ dan ” yang
menunjukkan maksud saya dan Mei Ling kedua-dua orang sedang memasak.
c) Keliru dalam menggunakan ayat penyata dan ayat perintah.
Mereka sering tidak menambahkan kata-kata perintah seperti sila, jangan,
mempersilakan pad awalan ayatsebelum kata kerja.
d) Kesalahan tanda bacaan dalam ayat
Kesalahan ini adalah masalah yang paling pening kepala. Mereka tidak
faham fungsi setiap tanda bacaan dalam ayat, maka mereka akan tandakan sesuka
hati, ini menyebabkan ayat tersebut tidak menyampaikan maklumat sebenar dan
menjejaskan struktur ayat atau susunan ayat tidak betul. ( 921 perkataan )
Rumusan
Setiap bahasa mempunyai ‘perangkap’ atau bahaya terselindung yang
menyebabkan ramai pelajar melakukan kesilapan tatabahasa dalam penulisan ayat
mereka tanpa disedari. Jadi tatabahasa memainkan peranan penting dalam penulisan
ayat dengan betul, ia merupakan satu sistem atau peraturan untuk mengawal kesilapan
penggunaan tatabahasa dalam sesuatu bahasa dan peraturan dalam tatabahasa
berfungsi menghasilkan perkataan dan ayat yang berkualiti dalam bahasa tersebut.
Selain itu, ayat adalah terbentuk daripada konstituen klausa. Ayat yang
mengandungi unsur klausa yang terdiri daripada frasa, dan frasa pula terbentuk
daripad perkataan. Oleh itu,bilangan ayat dalam suatu ayat adalah tidak terhad.
( 90 perkataan)
Jumlah keseluruhan patah perkataan: 1904 perkataan
Biliografi / Sumber Rujukan
Nik Safiah karim, et. All. 2011. Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesalahan_biasa_tatabahasa_Melayu
** Catatan = Tunjuk ajar daripada guru Bahasa Malaysia di sekolah mengenai kesalahan-kesalahan ayat murid .