Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

Embed Size (px)

Text of Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

  • 8/3/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

    1/14

    Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu Mei 22, 2008Posted by ummahonline in Artikel.trackback

    Oleh: Shaharir Mohammad Zain

    Generasi hari ini rata-rata tidak mengetahui akan sejarah tamadun bangsa Melayu yang tinggi.Sebenarnya, bangsa Melayu merangkumi bukan sahaja Melayu Brunei, Indonesia, Malaysia,

    Singapura dan Selatan Thailand, tetapi juga Melayu Campa di Vietnam dan Kemboja, serta

    orang-orang Funan di Kemboja, Melayu Filipina, Madagaskar, Taiwan dan pribumi di Papua

    New Guinea dan pulau-pulau di Asia-Pasifik.

    Perkataan Melayu sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau Malai, yang

    bermaksud Gunung; dan Gunung itu pula ialah perkataan Melayu moden untuk perkataan

    purbanya Pnom. Marko Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk bangsa atau bahasa

    Melayu sebagai Malaiur.

    Catatan pegawai Portugis di Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada

    sekitar 1600, merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6

    lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu.

    Satu daripada tinggalan ilmu Melayu Funan (pada batu bersurat bertarikh 531 Syaka, tahun

    Melayu Purba yang bermula pada tahun 78M (609M) yang terkenal ialah sistem angka

    perpuluhan yang ada simbol sifar (yang sama sistemnya seperti angka sekarang).

    Sebelum abad ke-8M lagi Melayu Campa ada mencatatkan di prasastinya tentang kemahiranmereka dalam pelbagai bidang ilmu dengan mengelaskan ilmu-ilmu yang ada

    pada mereka itu kepada enam bidang ilmu termasuklah bidang sainsnya yang diistilahkannya

    sebagai horasastera (iaitu astronomi, astrologi, kosmologi dan yang berhubung dengannya seperti

    matematik dan fizik).

    Unit-unit sukatan asasi ciptaan orang-orang Melayu Campa dahulu juga cukup komprehensif,

    bersistem dan piawai, iaitu unit panjang atau jarak, dinamai li dan chang (kira-kira 10 kaki, unit

    Inggeris-Melayu yang berasal dari istilah Inggeris (fe e t ) berasaskan panjang kaki seorang raja

    England abad ke-16.

    Yang menariknya, ribuan tahun kemudian Inggeris mengambil istilah dram atau dramma

    (Sanskrit) menjadi satu daripada istilah unit isi padunya, drum.

    Dalam tamadun Melayu, pada abad ke-7M lagi, sudah wujud istilah imbuhan unit bilangan

    seperti eka- (ekadasa=11, ekabahasa=satu bahasa), dwi-/bidwinmatra = dua dimensi,

    http://ummahonline.wordpress.com/category/artikel/http://ummahonline.wordpress.com/2008/05/22/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-ilmu/trackback/http://ummahonline.wordpress.com/2008/05/22/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-ilmu/trackback/http://ummahonline.wordpress.com/category/artikel/
  • 8/3/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

    2/14

    bhineka=dua aneka, tri-(tribuana=tiga alam nyata,), panca- (pancaindera = lima deria)

    polok/pulu/puluh, ratus, rivu/riwu/ribu, laksa (10 ribu), keti (100 ribu), dan ayuta/juta.

    Pencatat Sepanyol bersama pengembara terkenalnya, Magellan, pada awal abad ke-16M

    mencatat perkataan Melayu ini sebagai iouta. Di Barat, sebahagaian daripada unitnya yangsetara dengan unit-unit Melayu di atas itu wujud hanya mulai abad ke-13M sahaja dan

    sebahagian lagi dicipta dalam abad-abad selepasnya.

    Selain itu, pada abad ke-14M, selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu terdapat banyak

    manuskrip dan buku atau kitab Melayu berkenaan dengan ilmu SAKTI (sains, kesihatan,

    kejuruteraan dan teknologi), selain daripada ilmu sakti biasa itu (ilmu sihir dan ajaib). Manuskrip

    bidang perubatan dan bioteknologi mungkin menjadi manuskrip Melayu yang terbanyak tetapi

    bidang ini dikenali sebagai tib atau mujarobat dan ahlinya tabib.

    Sebahagian besarnya masih belum dikaji oleh ahli-ahli biokimia, bioteknologi, bioperubatan dan

    perubatan kita sekarang. Oleh itu, dalam konteks sains moden ilmu-ilmu yang ada dalam ribuan

    manuskrip ini banyaklah yang bersifat hipotesis; dan sesuatu hipotesis dalam sesuatu bidang

    ilmu amatlah diingini dan mahal harganya kerana semua sains bermula dengan hipotesis.

    Satu lagi bidang kekuatan orang Melayu dahulu ialah bidang ilmu mantik (lojik), kosmologi,

    astrologi (ilmu nujum), kosmogeni dan falak (astronomi). Manuskrip Melayu yang tertua yang

    dijumpai setakat ini ialah Kitab Abi Ma.syar al Falak oleh Ahmad Abdul Qadir Ibni Abdul

    Rahman pada 1209h/1794M.

    Kesemua ini membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah mengungkapkan ilmu dalam zaman

    kegemilangannya, dan jika terus dimartabatkan dan diberi kepercayaan, mampu menjadi bahasa

    ilmu yang dapat menjana minda bangsanya.

    Nota: Shaharir Mohammad Zain merupakan professor matematik di Universiti Malaysia

    Terengganu (UMT). Sebelum itu beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor

    (HEA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Perkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, kemajuan29/10/2011 1:16pm

  • 8/3/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

    3/14

    KUALA LUMPUR 29 Okt. Rakyat perlu memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmudan kemajuan, serta pada masa yang sama mempelajari bahasa asing untuk menguasai ilmu yangada dalam bahasa itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Beliau berkata, masyarakat wajar mengambil iktibar daripada sejarah orang Eropah dahulu yangmempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu yang terdapat dalam bahasa itu.

    Katanya, orang Eropah mempelajari sesuatu bahasa untuk menguasai ilmu yang ada dalambahasa itu tanpa merendahkan kemampuan bahasa mereka sendiri dan mempunyai rasa banggayang amat kental terhadap bahasa mereka.

    "Orang Eropah kemudiannya menggunakan bahasa mereka sendiri untuk memperkayakan ilmuyang diperolehi. Mereka menulis karya-karya agung dalam bahasa mereka sendiri. Universiti-universiti didirikan untuk mengajar ilmu yang baru ditemui dalam bahasa-bahasa Eropah.

    "Hari ini, orang Eropah tidak perlu lagi mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu,terutama dalam bidang sains dan teknologi.

    Mereka telah berjaya mencipta ilmu dalam bahasa mereka sendiri dan mengembangkannya keseluruh dunia dan akhirnya bangsa Eropah menjadi bangsa yang maju dan bahasa mereka jugamenjadi bahasa yang maju, katanya.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmianKongres Bahasa dan Persuratan Melayu VIII yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan PenulisNasional Malaysia (Gapena) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini. Bernama

    Perkasa Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu, Kemajuan Muhyiddin

    KUALA LUMPUR, 29 Okt Rakyat perlu

    memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan kemajuan serta pada masa yang samamempelajari bahasa asing untuk menguasai ilmu yang ada dalam bahasa itu, kata TimbalanPerdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Beliau berkata masyarakat wajar mengambil iktibar daripada sejarah orang Eropah dahulu yangmempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu yang terdapat dalam bahasa itu.

    http://umno-online.com/wp-content/uploads/2011/10/KL02_291011_TPM_KONGRES.jpg
  • 8/3/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

    4/14

    Katanya orang Eropah mempelajari sesuatu bahasa untuk menguasai ilmu yang ada dalambahasa itu tanpa merendahkan kemampuan bahasa mereka sendiri dan mempunyai rasa banggayang amat kental terhadap bahasa mereka.

    Orang Eropah kemudiannya menggunakan bahasa mereka sendiri untuk memperkayakan ilmuyang diperolehi. Mereka menulis karya-karya agung dalam bahasa mereka sendiri. Universiti-universiti didirikan untuk mengajar ilmu yang baru ditemui dalam bahasa-bahasa Eropah.

    Hari ini, orang Eropah tidak perlu lagi mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu,terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Mereka telah berjaya mencipta ilmu dalambahasa mereka sendiri dan mengembangkannya ke seluruh dunia dan akhirnya bangsa Eropahmenjadi bangsa yang maju dan bahasa mereka juga menjadi bahasa yang maju, katanya.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmianKongres Bahasa dan Persuratan Melayu VIII yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan PenulisNasional Malaysia (Gapena) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

    Beliau berkata para pejuang bahasa mempunyai peranan penting untuk memartabatkan bahasaMelayu dengan memupuk sikap positif rakyat terhadap bahasa kebangsaan itu.

    Pejuang bahasa tidak harus lagi bertindak sebagai kumpulan pendesak semata-mata dan perlusentiasa turun padang, berada di tengah-tengah masyarakat, menjadi penggerak kesedaran rakyatpelbagai kaum untuk membina keyakinan mereka terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagaibahasa ilmu dan kemajuan, katanya.

    Para ilmuan di negara ini juga perlu mempergiatkan usaha untuk berkarya dalam bahasa Melayuselain usaha-usaha penciptaan istilah sains dan teknologi dalam bahasa itu, katanya.

    Kerajaan juga akan memperkukuhkan peranan Institut Terjemahan Negara yang akan

    bertanggungjawab untuk memperhebatkan lagi usaha penterjemahan buku-buku ilmiahantarabangsa yang berkualiti sebagai langkah menambah khazanah keilmuan dalam bahasaMelayu.

    Saya juga menyambut baik pengumuman Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri MohamedKhaled Nordin baru-baru ini bahawa penerbitan dalam bahasa Melayu akan dijadikan salah satukriteria kenaikan pangkat ahli akademik di institusi pengajian tinggi awam tempatan, katanya.

    Muhyiddin turut mencadangkan agar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,Akademi Pengajian Bahasa Melayu Universiti Malaya dan DBP menjalin kerjasama untukmenawarkan latihan dan kursus dalam bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa.

    Untuk memastikan akses yang lebih luas dan mudah serta kos yang lebih efektif, teknologidigital boleh dimanfaatkan dengan menawarkan kursus-kursus dalam bentuk pembelajaran atastalian, katanya.

    Beliau berkata kerajaan juga akan menghantar tenaga pengajar bahasa Melayu ke negara-negaraluar dan melatih rakyat Malaysia di luar negara sebagai munsyi bahasa Melayu mulai tahundepan. -MediaUMNO

  • 8/3/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

    5/14

    Anwar Ridhwan : Bahasa Ibunda vs Bahasa Asing

    RASA BANGGA : BAHASA IBUNDA vs BAHASA ASING

    Oleh

    ANWAR RIDHWAN

    Mengapa isu kedudukan dan masa depan bahasa Melayu di negara sendiri terus dipersoalkan?

    Sejak kira-kira sedekad yang lalu, isu bahasa Melayu ini merupakan salah satu ujian besar

    bangsa Melayu sendiri. Segalanya bermula dan berpangkal pada ada atau tidaknyarasa

    bangga terhadap bahasa Melayu terutamanya oleh pemimpin Melayu dan oleh orang Melayu

    sendiri.

    Apabila disebut pemimpin, secara spontan kebanyakan kita akan mengindentifikasikannya

    dengan pemimpin politik, terutama elit pemerintah. Sungguhpun takrifannya tidak semestinya

    menjurus ke situ sahaja, tetapi begitulah persepsi masyarakat Malaysia. Sejak sekian lama politik

    dan orang politik mencitrakan diri sebagai panglima dan juru selamat untuk apa-apa sahaja isu

    di bawah matahari Malaysia ini. Bukan tidak sering, pendapat pakar tentang sesuatu isu telah

    disisihkan oleh orang politik; dan mereka secara demokratik atau pun sebaliknya

    mengketengahkan idea sendiri yang mesti diterima dan dilaksanakan.

    Dalam soal rasa bangga terhadap bahasa Melayu, orang Melayu terutamanya akan terlebih

    dahulu melihat sikap serta peranan pemimpin politik Melayu mereka. Masyarakat selalu

    bertanya, sejauh mana pemimpin politik Melayu yang berkuasa meneguhkan dan

    menterjemahkan rasa bangga bahasa Melayu dalam kapasiti mereka? Sejauh mana mereka

    memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan negara ini?Sejauh mana mereka memperteguhkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu moden? Sejauh mana

    mereka memanfaatkan bahasa Melayu yang sejak sekian lama menjadi lingua franca rantau ini

    untuk terus menjadi bahasa perpaduan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak?

    Sejak sedekad yang lalu, masyarakat Melayu pada umumnya meragui adanya rasa

    bangga bahasa Melayu di kalangan ahli politik Melayu yang berkuasa. Berucap dalam bahasa

    Inggeris dalam majlis rasmi atau majlis separa rasmi yang dihadiri oleh rakyat Malaysia,

    melonggarkan penggunaan Bahasa Kebangsaan ketika pihak swasta berurusan secara rasmi

    dengan kerajaan, menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik yang

    akan merebak kepada ilmu-ilmu yang lain, menukar nama bahasa Melayu menjadi bahasa

    Malaysia, dan tiadanya usaha bersungguh-sungguh untuk membenihkan jati diri kolektif sejak disekolah rendah bagi semua kaum melalui bahasa pengantar Melayu yang tunggal sebagaimana

    Indonesia dan Thailand membangga-bahasakan bahasa rasmi mereka, adalah antara

    bukti bahawa pemimpin politik Melayu yang berkuasa kurang atau tidak memiliki sikap rasa

    banggabahasa Melayu dalam diri mereka. Mereka mempunyai pertimbangan lain, termasuk

    politik, yang dilihat lebih besar dan wahid berbanding bahasa bangsanya.

  • 8/3/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

    6/14

    Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah negara,

    tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya,

    sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara.

    Orang Melayu, termasuk pencinta dan pejuang bahasa Melayu tentu mengharapkan ahli politik

    Melayu yang sedang berkuasa berbuat sesuatu untuk memperkasakan bahasa Melayu dalampelbagai lapangan kehidupan. Bahasa Melayu telah berakar, tumbuh dan berkembang di Alam

    Melayu selama ribuan tahun, menjadi bahasa pengucapan seni dan pemikiran tinggi termasuk

    dalam bidang agama, ilmu pengetahuan dan falsafah. Sehubungan itu bahasa Melayu wajar

    disemarakkan sebagai bahasa rasmi, bahasa ilmu moden (sebagaimana UKM telah

    membuktikannya pada dekad 1980-an dan awal 1990-an), serta bahasa komunikasi dan

    perpaduan rakyat negara ini.

    Antagonis pemerkasaan bahasa Melayu yang kebanyakannya berselindung di balik nama

    samaran, khususunya yang melibatkan isu PPMSI, menggunakan alasan pentingnya bahasa

    Inggeris dalam kehidupan hari ini dan masa depan. Yang lebih ekstrim dan sinikal, menuduh

    pejuang bahasa Melayu sebagai anti-bahasa Inggeris dan tidak dapat melihat kepentingan bahasaInggeris di dunia global hari ini.

    Jawapan tegas daripada pejuang dan pencinta bahasa Melayu, yang sering didengar, dan tidak

    pernah mencairkan semangatnya serta terasa kebenarannya ialah, mereka tidak sekali-kali anti

    bahasa Inggeris. Hanya mereka mempersoalkan, mengapa dalam upaya mengukuhkan

    penguasaan bahasa Inggeris yang dijadikan mangsa serta korban ialah bahasa Melayu. Mereka

    berhujah lagi bahawa dengan meminggirkan bahasa Melayu dalam P&P sains dan matematik

    yang akan merebak ke subjek-subjek sains yang lain taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

    moden telah dinafikan oleh suatu dasar ciptaan ahli politik Melayu sendiri!

    Pejuang dan pencinta bahasa Melayu meneruskan hujah yang selalu didengar, bahawa subjek

    sains dan matematik bukanlah wadah yang sesuai bagi P&P bahasa Inggeris. Mengapa tidakP&P subjek bahasa Inggeris itu sahaja yang dimantapkan, termasuk mewujudkan sesi-sesi yang

    sistematik bagi menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dan sebagainya.

    Apabila bahasa Inggeris dijadikan dasarsebagai bahasa pengantar dalam subjek sains dan

    matematik di seluruh negara, maka dasaritu secara automatik melibatkan para pelajar di bandar,

    luar bandar, ceruk dan pedalaman. Bagi segelintir pelajar dan ibu bapa di kawasan bandar,

    mereka menyambut baikdasarini kerana mereka dan anak mereka boleh menguasai bahasa

    Inggeris. Tetapi sesuatudasardicipta untuk semua, bukan untuk kepentingan serta faedah

    segelintir pelajar. Bagaimana dengan nasib pelajar-pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman

    yang jumlahnya jauh lebih besar daripada jumlah segelintir pelajar bandar?

    Jika sesuatu dasar, seperti dasarPPMSI ini hanya memberi faedah kepada segelintir pelajar,

    tetapi dalam masa yang sama mengecewakan begitu banyak pelajar luar bandar, ceruk dan

    pedalaman, maka dasar itu boleh dianggap gagal. Para pelajar di luar bandar, ceruk dan

    pedalaman bukan sahaja tidak dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka

    melalui P&P sains dan matematik, malah lebih malang lagi tidak dapat menguasai ilmu sains dan

    matematik yang disampaikan bukan melalui bahasa ibunda mereka. Jika kegagalan itu

    berterusan, dan dianggap remeh pula oleh kementerian yang berkenaan, maka satu generasi

  • 8/3/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

    7/14

    pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman (kebanyakannya Melayu) menjadi mangsa

    kepada dasaryang tidak adil ini. Akibat kegagalan itu, mereka akan terlepas peluang pekerjaan

    yang lebih baik.

    Terdengar cakap-cakap yang kurang menyenangkan bahawa kementerian yang berkenaan sedaya

    mungkin mempertahankandasartersebut, dengan memanipulasi keputusan peperiksaan.Khabarnya, tahap markah lulus telah direndahkan, supaya dapat menunjukkan bahawa PPMSI

    telah melihatkan hasil yang membanggakan, dan dengan itu wajar diteruskan. Jika cakap-cakap

    dan khabar ini benar, malang sekali generasi pelajar Malaysia, kerana statistik lulus peperiksaan

    tidak menceritakan situasi yang sebenar.

    Pendidikan harus kembali kepada fitrah manusia dan bahasa ibundanya. Fitrah ini lebih

    bermakna kepada para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Dengan ayat yang lain,

    pelajar sekolah rendah (terutamanya) lebih mudah memahami dan menguasai sesuatu ilmu yang

    disampaikan melalui bahasa ibundanya. Sebagai ilustrasi, jika kita (baca : ibu bapa Melayu)

    mempunyai sepasang anak kembar berusia tujuh tahun, seorang belajar sains dan matematik

    dalam bahasa Melayu, dan seorang lagi belajar melalui bahasa asing, tentulah anak yang belajarmelalui bahasa Melayu itu lebih mudah memahami dan menguasai kedua-dua subjek tersebut

    berbanding kembarnya yang seorang lagi.

    Sebab itulah sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina berkeras mahu mengajar sains dan

    matematik dalam bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin lebih merupakan bahasa ibunda kepada

    para pelajar Cina. Memang terdapat juga pelajar Melayu dan India di sekolah Cina, tetapi mereka

    belajar bahasa Mandarin dalam kelas bahasa Mandarin, bukan belajar Mandarin melalui sains

    dan matematik.

    Belajar menguasai ilmu dan belajar bahasa asing adalah dua isu yang berbeza. Segala ilmu pada

    hakikatnya lebih mudah dipelajari melalui bahasa ibunda. Akan tetapi dalam masa yang sama

    para pelajar kita wajar digalakkan mempelajari dan menguasai beberapa bahasa asing melaluikelas-kelas bahasa, bukan melalui subjek lain.

    Beberapa bulan yang lalu penulis berada di Maghribi, dan berasa kagum kerana kebanyakan

    rakyatnya boleh menguasai beberapa bahasa. Selain daripada bahasa Arab (bahasa ibunda),

    kebanyakan mereka boleh menguasai bahasa Perancis (bahasa penjajah) dan bahasa Inggeris.

    Sesetengah mereka boleh menguasai bahasa ketiga popular iaitu bahasa Sepanyol. Mereka

    menguasai bahasa-bahasa asing ini melalui kelas-kelas bahasa yang sistematik, bukan melalui

    subjek sains dan matematik.

    Sehubungan itu memang wajarlah jika terdapat desakan rasional agardasarPPMSI

    dimansuhkan, dan kedua-dua subjek tersebut kembali diajar dalam bahasa Melayu. Dalam masayang sama, pelajar-pelajar mesti didedahkan kepada P&P bahasa-bahasa asing (Inggeris,

    Mandarin, Arab, Perancis, Itali, Sepanyol dll) , di dalam kelas-kelas bahasa yang sistematik,

    menarik dan berkesan.

    Jika pelajar-pelajar kita mula menguasai bahasa asing seperti Inggeris, Mandarin, Arab dan

    sebagainya dengan baik, mereka bukan sahaja boleh berkomunikasi melalui bahasa ini, malah

  • 8/3/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

    8/14

    boleh melanjutkan pelajaran dalam apa jua bidang ilmu yang memerlukan penguasaan bahasa

    asing tersebut.

    Dalam konteks Malaysia, penguasaan bahasa asing (bagi pelajar Melayu khususnya)

    terutamanya penguasaan bahasa Inggeris dan Mandarin, memanglah penting. Oleh kerana

    kepentingan itu, subjek dua bahasa ini wajar diajar secara sistematik, menarik dan berkesandalam kelas-kelas bahasa, bukan memparasit subjek sains dan matematik. Jangan sampai yang

    dikendong berciciran, yang dikejar tiada dapat, atau seperti ungkapan pilu yang diubah

    suai Balik Pulau Bayan Lepas, ilmu terpelau bahasa terlepas.

    Berbeza daripada dekad 1950-an hingga 1980-an yang menyaksikan kerajaan merupakan

    majikan terbesar bagi orang Melayu berkelulusan, kini pihak swastalah yang merupakan

    majikan terbesar. Senario ini menuntut orang Melayu berkelulusan untuk menguasai bahasa

    lingkaran bisnes tersebut Inggeris, Mandarin dan sebagainya.

    Dengan ilmu yang dikuasai melalui bahasa ibunda (bahasa Melayu umpamanya), dan bahasaasingyang dipelajari secara sistematik di dalam kelas bahasa, gabungan ilmu dan bahasa ini

    boleh menjadi modal insan yang mengketegahkan towering personality. Kembalikan ilmu ke

    lidah bahasa ibunda generasi muda kita. Kembalikan P&P bahasa asing ke dalam kelas-kelas

    bahasa yang sistematik, menarik dan berkesan, bukan membiarkannya memparasit subjek-subjek

    yang lain.

    Posted by Nur Aliaa in 03:54:36 | Permalink| Comments Off

    Kongres Bahasa dan Persuratan memartabatkan kembali bahasa MelayuOleh ANI AWANG

    KEDUDUKAN bahasa Melayu sebagai bahasa pembentukan tamadun bangsa kini makintercabar di negara ini kerana sikap sesetengah pihak yang memandang remeh terhadapkedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan ilmu dalam pentadbiran negara.

    Malah kedudukan bahasa itu mula mengalami perubahan ketara apabila pengajaran bahasaInggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik telah menafikan kedudukan bahasa Melayu.

    Menyedari bahasa Melayu merupakan jati diri dan maruah bangsa Melayu, satu Kongres Bahasadan Persuratan Melayu VII telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (DBP)baru-baru ini bagi mempertahankan kedudukan bahasa itu.

    Kongres yang bertemakan 'Bahasa, Persuratan dan Kebudayaan Melayu/Kebangsaan:Pengalaman 50 Tahun Yang Lampau Dalam Memperkasai Setengah Abad Mendatang itumenjadi debat yang menarik dalam memantapkan penggunaan dan kedudukan bahasa Melayuagar tidak lenyap di telan zaman.

    http://anwarridhwan.blog.com/2009/04/13/anwar-ridhwan-bahasa-ibunda-vs-bahasa-asing/http://anwarridhwan.blog.com/2009/04/13/anwar-ridhwan-bahasa-ibunda-vs-bahasa-asing/
  • 8/3/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

    9/14

    Seperti kata Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Datuk Dr. Hassan Ahmad: ``Kita tidak mahunegara ini menjadi negara maju dalam tahun 2020 tetapi bangsa Melayu hilang martabat dankuasa sebagai bangsa yang cemerlang dan maju disebabkan bahasanya tidak dijadikan alat utamadalam proses itu.

    ``Ini kerana penggunaan bahasa Melayu dalam sektor pentadbiran kerajaan tidak dianggap

    sebagai agenda penting dalam perancangan bahasa Melayu di negara ini, katanya ketikamembentangkan kertas kerja Masalah Bahasa Atau Masalah Pengguna Bahasa? MembetulkanSikap dan Persepsi Manusia Terhadap Bahasa Melayu, di DBP di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Jelas Hassan, pada fungsinya bahasa Melayu sudah maju sebagai bahasa pembentuk tamaduntinggi di rantau ini yang dapat merentas sempadan geografi dan etnik bahasa.

    Namun beliau tidak mahu bahasa yang sudah maju itu dimusnahkan oleh persepsi, sikap dankejahilan manusia terhadap keupayaan bahasa tersebut untuk mencapai kemajuan negara dalamzaman moden ini.

    ``Dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pada mata pelajaran Sains danMatematik dalam sistem pendidikan negara pada 2003 boleh menggugat kedudukan bahasaMelayu.

    ``Penggunaan bahasa itu dibuat secara tidak sah tanpa melalui proses perundangan.

    ``Penyokong bahasa tidak menentang usaha kerajaan mewajibkan penggunaan bahasa Inggerissebagai bahasa kedua di sekolah tetapi bahayanya bahasa itu menjadi bahasa penjajah di negaraini.

    ``Banyak negara bukan berbahasa Inggeris mengajar bahasa Inggeris di sekolah tetapi parapemimpin mereka (Jepun, Peranchis dan Korea Selatan) tidak menyeru rakyat merekamenggunakan bahasa asing itu sebagai alat kemajuan bangsa dan negara mereka, katanya.

    Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Prof. Dr. Awang Sariyan menegaskan kekaburansesetengah pemimpin terhadap peranan bahasa Melayu dalam pembentukan konsep kebangsaanamat menyedihkan.

    Menurut beliau, penggunaan bahasa Inggeris dalam mesyuarat jabatan dan nama tempat tertentutelah menjadikan rapuhnya penggunaan bahasa Melayu dalam pembinaan negara.

    ``Secara jelas bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengucapan intelektual akanterhakis sehingga tidak mustahil bahasa Melayu hanya dikenali sebagai bahasa komunikasisehari-hari, katanya dalam kertas kerja Bahasa Melayu Setengah Abad Lalu dan SetengahAbad Mendatang: Upaya Pemerkasaannya.

    Awang menambah, keadaan itu berlaku kerana kurangnya pengertian terhadap peranan bahasaMelayu dalam pembentukan konsep kebangsaan dan kenegaraan walaupun bahasa Melayusebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sudah pun dinobatkan dalam Perkara 152Perlembagaan Persekutuan.

    Sebagai bahasa kebangsaan, kata Awang, bahasa Melayu menjadi lambang yang signifikan bagikewujudan entiti politik, jati diri bangsa dan bahasa perpaduan.

    ``Ramai yang kurang menyedari tentang kejayaan sistem pendidikan negara yang berbahasapenghantar bahasa Melayu ialah terbentuknya kesatuan sikap, pemikiran, sistem nilai pandangansarwa di kalangan generasi muda, tambahnya.

  • 8/3/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

    10/14

    Penggiat teater Khalid Salleh yang turut menyertai seminar itu mahukan para pemimpin politikyang dilantik rakyat supaya sedar dan memperjuangkan bahasa Melayu demi kepentinganbangsa.

    ``Saya bimbang bahasa Melayu akan terjejas kerana sikap orang Melayu yang tidak memahamimaruah dan jati diri, katanya.

    Sementara itu, kongres tersebut telah membuat ketetapan seperti berikut;

    * Mendesak kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensinya supaya mendidik masyarakatsentiasa menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan kesusasteraan.

    * Menuntut status bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikandikembalikan keadaannya seperti sebelum 2002 termasuk proses pengajaran dan pembelajaranSains dan Matematik.

    * Memastikan peningkatan peranan dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasaperadaban oleh institusi ilmu, pemerintah dan seluruh warganegara.

    * Meminta kerajaan agar membina dasar buku berbahasa Melayu untuk melengkapiperpustakaan ilmu, industri buku dan penyebaran kesemua perpustakaan dalam negara.

    * Menegaskan kembali keyakinan terhadap kewajaran prinsip-prinsip Dasar KebudayaanKebangsaan sebagai landasan kaedah pembinaan kebudayaan kebangsaan Malaysia demikesatuan dan keutuhan bangsa.

    * Peningkatan mutu sastera melalui pelbagai strategi termasuk penterjemahan karya agung dandukungan yang kuat terhadap para karyawan dalam pelbagai aspek.

    * Menuntut kerajaan sentiasa memberi pengiktirafan kepada para karyawan sastera keranaperanan dan sumbangan mereka terhadap karya dan pembinaan sastera kebangsaan yangbermutu.

    * Mendesak kerajaan memberi pengiktirafan terhadap peranan besar dalam kalangan gerakanrakyat pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) untuk memajukan bahasa, sastera dan kebudayaan

    kebangsaan pada tahap antarabangsa.

    * DBP perlu memberi sokongan terhadap peranan dan fungsi Jawatankuasa Pemeriksaan BahasaMelayu yang dibentuk oleh kerajaan.

    * Menyambut baik bakal pindaan Akta Bahasa Kebangsaan yang memberi kuasa kepada DBPsebagai agensi penguat kuasa terhadap segala kelemahan penggunaan dan perlaksanaan fungsibahasa di dalam negara.

    * Menyokong usaha DBP sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk memperkasakankreativiti para karyawan sastera, meluaskan khalayak sastera dan meningkatkan mutu hasilsastera pada tahap global.

    Bahasa pentadbiran

  • 8/3/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

    11/14

    Penggunaan Bahasa Melayu: Laksana Di Semua Sektorat 10/16/2011 .

    Kongsi

    Bagi DPPM, seharusnya tindakan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmikerajaan telah dilaksanakan sejak 10-15 tahun dahulu. Sepatutnya kerajaan tidak perlumengambil masa terlalu lama sehingga ke hari ini memikirkan langkah ini dan tidak perlu

    berkompromi dalam meletakkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara.

    KENYATAAN MEDIADEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

    JADIKAN BAHASA MELAYU DISEMUA SEKTOR

    18 Dzu al-Kaedah / 16 Oktober 2011

    Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik langkah kerajaan mewajibkanpenggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan. Langkah ini positif

    demi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan meskipun agak terlambat untuk dilaksanakan.

    Bagi DPPM, seharusnya tindakan mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmikerajaan telah dilaksanakan sejak 10-15 tahun dahulu. Sepatutnya kerajaan tidak perlumengambil masa terlalu lama sehingga ke hari ini memikirkan langkah ini dan tidak perluberkompromi dalam meletakkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara.

    Negara-negara lain amat menyanjung tinggi bahasa kebangsaan mereka sehingga telah lamadijadikan bahasa utama perantara di negara masing-masing. Negara-negara hebat dan majuseperti Jepun, China, Korea, Perancis dan lain-lainnya tidak pernah ragu dalam menjadikanbahasa kebangsaan mereka sebagai bahasa utama di negara mereka. Ternyata menjadikan bahasakebangsaan sebagai bahasa rasmi negara dalam semua urusan mampu menaikkan semangat

    patriotik rakyat di samping mengangkat martabat bahasa kebangsaan ke pentas dunia. Negara-negara ini membuktikan bahasa kebangsaan masing-masing sebagai antara bahasa terpenting didunia dan masyarakat dunia perlu mempelajarinya.

    Selain langkah di sektor kerajaan, DPPM meminta pelaksanaan penggunaan bahasa Melayudalam urusan rasmi di laksanakan juga di sektor swasta. Bagi DPPM, kerajaan berhakmewajibkan penggunaan bahasa Melayu di sektor swasta memandangkan masih banyak sektorswasta yang mengguunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara. Ia perlu diamalkan oleh

    http://www.lidahrakyat.com/2011/10/penggunaan-bahasa-melayu-laksana-di.htmlhttp://www.lidahrakyat.com/2011/10/penggunaan-bahasa-melayu-laksana-di.htmlhttp://www.facebook.com/sharer.php?u=http://www.lidahrakyat.com/2011/10/penggunaan-bahasa-melayu-laksana-di.html&t=Penggunaan%20Bahasa%20Melayu:%20Laksana%20Di%20Semua%20Sektor&src=sphttp://hornbillunleashed.files.wordpress.com/2011/02/bahasa-melayu-msia_20070604.jpghttp://www.lidahrakyat.com/2011/10/penggunaan-bahasa-melayu-laksana-di.htmlhttp://www.lidahrakyat.com/2011/10/penggunaan-bahasa-melayu-laksana-di.htmlhttp://www.facebook.com/sharer.php?u=http://www.lidahrakyat.com/2011/10/penggunaan-bahasa-melayu-laksana-di.html&t=Penggunaan%20Bahasa%20Melayu:%20Laksana%20Di%20Semua%20Sektor&src=sp
  • 8/3/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

    12/14

    semua bangsa dan kaum agar bahasa Melayu mampu dimartabatkan secara menyeluruh. Apayang berlaku, masih banyak sektor swasta mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris termasukdalam surat menyurat, mesyuarat, seminar dan aktiviti, serta dalam temuduga. Pekerja yangbakal diambil bekerja di syarikat mereka diwajibkan mahir dalam bahasa Inggeris sebagai syaratutama. Ini menyebabkan ramai pekerja khususnya mereka yang berbangsa Melayu gagal

    menepatkan diri di sektor swasta ekoran gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

    Akhirnya DPPM benar-benar berharap pelaksanaan bahasa Melayu di kekalkan bahkan akandipertingkatkan dari semasa ke semasa. Jika benar rakyat cintakan negara sendiri, BahasaMelayu sebagai bahasa rasmi dalam setiap urusan pentadbiran perlu diyakini. Selain itu, sektorbukan kerajaan juga perlu menyambut positif langkah ini dan mengambil langkah serupa dalamsetiap urusan mereka. DPPM yakin jika ini berterusan, bahasa Melayu bakal menjadi bahasapenting di rantau Asia malah mungkin antara bahasa terpenting dunia kelak.

    Wajibkan Bahasa Melayu langkah positif

    2011/10/15KUALA LUMPUR: Beberapa agensi kerajaan dan kementerian berpendapat langkahmewajibkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pentadbiran sebagai tindakanpositif dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.

    Mereka secara amnya sedang melaksanakan langkah itu yang diumumkan Timbalan PerdanaMenteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Haizuhailie Baharuddin berkataJMM sedang melaksanakan penggunaan bahasa Melayu secara menyeluruh dalam urusan sepertimesyuarat jabatan, surat-menyurat dan seminar tanpa "merojakkan" bahasa berkenaan."Kita rasa Pekeliling yang akan dikeluarkan kerajaan berhubung penggunaan bahasa Melayu itusatu langkah positif bagi memantapkan penggunaan bahasa Melayu secara lebih meluas dalamkalangan agensi kerajaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    "Kebanyakan kita mencampur-adukkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, dan ini tidakmencerminkan kita serius untuk menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Kalau sudahdiwajibkan menggunakan bahasa Melayu, kita tidak boleh menggunakan bahasa Inggeris," kataHaizuhailie.

    Haizuhailie berkata, sebagai contoh, JMM akan menggunakan dwi-bahasa dalam sebarang kertaskerja melibatkan pihak antarabangsa, dan akan menterjemahkan kertas kerja yang diterima daribahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

    Semalam, Muhyidin berkata Kabinet bersetuju dengan keputusan menggunakan bahasakebangsaan bertujuan memantapkan peranan bahasa itu dalam segala urusan rasmi danpentadbiran kerajaan.Satu Pekeliling Perkhidmatan berkaitan panduan penggunaan bahasa Melayu dalamperkhidmatan awam dijangka dikeluarkan untuk tujuan berkenaan.

    Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kesihatan Harun Maddash pula berkata dasar ituwajar diperluas ke agensi bukan kerajaan.

  • 8/3/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

    13/14

    "Sekiranya langkah itu dapat dilaksanakan di semua jabatan kerajaan dan sektor swasta, sayapercaya bahasa Melayu mampu diangkat setanding dengan bahasa ibunda negara lain seperti diJepun dan China," katanya.

    Bagaimanapun, beliau menjelaskan sesetengah perkataan perubatan dalam bahasa Inggeris sukarditerjemahkan ke bahasa Melayu, menyebabkan penggunaan bahasa Inggeris terpaksaditeruskan.

    Tetapi, perkataan yang sudah diterjemah ke bahasa Melayu akan digunakan dalam urusan rasmiharian.

    Sambil menganggap langkah yang diumumkan Muhyiddin itu sebagai rasional, Ketua BahagianKomunikasi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Tarbiyah Bachik, berkata pihaknyatelah mengadakan pelbagai bengkel dan kursus bagi memantapkan penggunaan bahasa Melayudalam urusan rasmi perbadanan.

    Beliau menegaskan semua kakitangan kerajaan wajar menunjukkan contoh yang baik kepadaagensi bukan kerajaan dengan menggunakan bahasa Melayu untuk segala urusan rasmipentadbiran kerajaan. - BERNAMA

    Bahasa

    Staf: Wajibkan Bahasa Melayu di sektor awam langkah positifOct 15, 2011

    KUALA LUMPUR, 15 Okt Beberapa agensi kerajaan dan kementerian berpendapat langkahmewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan pentadbiran sebagai tindakanpositif dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.

    Mereka secara amnya sedang melaksanakan langkah itu yang diumumkan Timbalan PerdanaMenteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

    Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Muzium Malaysia (JMM) Haizuhailie Baharuddin berkataJMM sedang melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu secara menyeluruh dalam urusan seperti

    mesyuarat jabatan, surat-menyurat dan seminar tanpa merojakkan bahasa tersebut. Kita rasaPekeliling yang akan dikeluarkan kerajaan berhubung penggunaan Bahasa Melayu itu satulangkah positif bagi memantapkan penggunaan Bahasa Melayu secara lebih meluas dalamkalangan agensi kerajaan, katanya dipetik Bernama Online.

    Kebanyakan kita mencampur-adukkan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, dan ini tidakmencerminkan kita serius untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Kalau sudahdiwajibkan menggunakan Bahasa Melayu, kita tidak boleh menggunakan Bahasa Inggeris, kataHaizuhailie.

  • 8/3/2019 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

    14/14

    Haizuhailie berkata, sebagai contoh, JMM akan menggunakan dwibahasa dalam sebarang kertaskerja melibatkan pihak antarabangsa, dan akan menterjemahkan kertas kerja yang diterima dariBahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.

    Kelmarin, Muhyidin berkata Kabinet bersetuju dengan keputusan menggunakan bahasakebangsaan bertujuan memantapkan peranan bahasa itu dalam segala urusan rasmi dan

    pentadbiran kerajaan.

    Satu Pekeliling Perkhidmatan berkaitan panduan penggunaan Bahasa Melayu dalamperkhidmatan awam dijangka dikeluarkan untuk tujuan tersebut.

    Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kesihatan Harun Maddash pula berkata dasar ituwajar diperluas ke agensi bukan kerajaan.

    Sekiranya langkah itu dapat dilaksanakan di semua jabatan kerajaan dan sektor swasta, sayapercaya Bahasa Melayu mampu diangkat setanding dengan bahasa ibunda negara lain seperti diJepun dan China, katanya.

    Bagaimanapun, beliau menjelaskan sesetengah perkataan perubatan dalam Bahasa Inggeris sukar

    diterjemahkan ke Bahasa Melayu, menyebabkan penggunaan Bahasa Inggeris terpaksaditeruskan.

    Tetapi, perkataan yang sudah diterjemah ke Bahasa Melayu akan digunakan dalam urusan rasmiharian.

    Sambil menganggap langkah yang diumumkan Muhyiddin itu sebagai rasional, Ketua BahagianKomunikasi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Tarbiyah Bachik, berkata pihaknyatelah mengadakan pelbagai bengkel dan kursus bagi memantapkan penggunaan Bahasa Melayudalam urusan rasmi perbadanan.

    Beliau menegaskan semua kakitangan kerajaan wajar menunjukkan contoh yang baik kepadaagensi bukan kerajaan dengan menggunakan Bahasa Melayu untuk segala urusan rasmipentadbiran kerajaan.