40
BAHASA MELAYU BMK2012 Kuliah 1

Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SEM 1 2010/2011( I SHARE ALL MY NOTE WHEN I AM IN SEM 1.. I HOPE THIS WILL HELP YOU :)

Citation preview

Page 1: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

BAHASA MELAYUBMK2012

Kuliah 1

Page 2: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

SEJARAH, DASAR DAN PERANAN BM SBG BHS KEBANGSAAN

• Pengertian Melayu-Bangsa Melayu merupakan bangsa termudaantara bangsa-bangsa lain di dunia.-Kerajaan Mo-lo-yeu- dipercayai di daerah Jambi- I-Tsing= penggunaan kata Maloyu merujuk dua buah

kerajaan yg dilawatinya sekitar 675 thn Masihi (Darwis Harahap, 1992:13).

- Bahasa Melayu yg disebut sbg Kw’un Lun di Sriwijaya digunakan sbg bhs perdagangan&pemerintahan pd abad ke-7.

Page 3: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Zuber Usman- perkataan Melayu berasal drpd perkataan ‘Himalaya’ dan kemudian menjadi ‘Malaya’ seterusnya menjadi ‘Melayu’.

- Perkataan ‘Himalaya’ berasal drpd perkataan ‘Hima’ dan ‘alaya’.

- Hima=salji/salju alaya=tempat- Himalaya=tempat sejuk, seperti di puncak

gunung yg tinggi.

Page 4: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Slametmuljana=kata Melayu berasal drpd perkataan Sanskrit.

- Perkataan tersebut berkembang di dua tempat yg berbeza, iaitu di seberang Utara Selat Melaka dan di seberang sebelah Selatan.

- Di seberang Utara Selat Melaka= perkataan tersebut mengekalkan sebutan aslinya, iaitu ‘Malaya’

- Di seberang sebelah Selatan- mengalami perubahan bunyi, menjadi ‘Melayu’.

Page 5: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Pendapat pengkaji lain=perkataan Melayu berasal drpd perkataan ‘pamalayu’, iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kartanegara dr Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan Sumatera Barat. Di kawasan tersebut didirikan sebuah prasasti, iaitu prasasti Amoghapasa sbg peringatan berlakunya ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur tadi ke daerah Melayu pada tahun 1286.

• Pamalayu bermaksud “Ekspedisi Melayu”, iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Melayu.

Page 6: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Dalam pengertian yg luas, istilah Melayu merujuk kpd bangsa-bangsa Austronesia yg terdapat di Semenanjung T. Melayu & kaw. yg secara tradisional disebut sbg gugusan pulau-pulau Melayu.

• Kamus Dewan (2006:1014), mendefinisikan Melayu merujuk kpd nama suatu bangsa & bhs terutama di Semenanjung Malaysia.

Page 7: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Kajian UNESCO (1972):- Bangsa Melayu merupakan satu keluarga bangsa

yg mempunyai satu keluarga bahasa yg sama.- Bentuk fizikal tubuh bdn hampir sama, berkulit

sawo matang, rambut lurus, mempunyai ketinggian sederhana, penduduk asli di satu kaw. yg sgt besar, iaitu dr Madagaskar di pantai timur benua Afrika di barat hingga ke Pulau Paskah (Easter Island) di lautan Pasifik berhampiran dgn Republik Chile di Timur, kemudian dr kepulauan Hawaii dan Taiwan di utara hingga ke Pulau New Zealand di selatan.

Page 8: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Takrifan tersebut menyimpulkan bhw apa yg dimaksudkan sbg Melayu itu dr segi penentuan taraf kewarganegaraan, penduduk yg menjadi rakyat negara Melayu berkenaan boleh menjadi sesiapa shj selain rakyat Melayu sendiri.

• Pengertian Melayu dari suku bangsa bermaksud mereka ini mestilah berketurunan Melayu dari segi darah dagingnya.

• Agama Islam tidak menjadi syarat.

Page 9: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Di Malaysia- Org Melayu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat istiasat Melayu.

• Perlembagaan persekutuan Tanah Melayu dlm perkara 160(2) menakrifkan:

- Orang Melayu sbg seorg yg beragama Islam- Bertutur bahasa Melayu- Mengamalkan adat istiadat Melayu- Lahir sebelum hari Merdeka sama ada di

Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Page 10: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Dari segi takrifan antrapologi, Syed Husin Ali menjelaskan bhw org Melayu itu dr segi lahiriah;*lazimnya berkulit sawo matang*berbadan sederhana besar serta tegap dan*selalu berlemah lembut serta berbudi

bahasa.

Page 11: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

Teori Asal Usul Bangsa & Bhs Melayu1. Teori Yunan- Teori yg lebih popular- Dinamakan juga sbg Teori Affinities Gendang

Dongsong- dikemukakan oleh H.Kern dan R.H Geldern.

- Org Melayu dikatakan dtg ke Kepulauan Melayu menerusi 3 gelombang yg utama

- Melayu Negrito Melayu Proto Melayu Deutro.

Page 12: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Robert Von Heine Geldern (Sarjana Austria)“Orang-orang zaman neolitik (org darat Mon-Khmer) yg membawa kebudayaan beliung segi panjang itu adalah pengembang bahasa Kepulauan Melayu” (Ismail Hussien, 1984:2)- Teori ini lemah- ditolak krn kapak-kapak ini

telah dijumpai di Amerika dan Eropah pd zaman yg sama.

Page 13: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Hendrick Kern (1889)- Beliau merumuskan BM adalah berasal drpd

satu bahasa induk yg ada di Asia.- Mengkaji beberapa perkataan yg digunakan

seharian, antaranya tebu, nyiur, buluh, bambu dll.

- Perkatan-perkataan ini digunakan di Pulau Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa pulau lain di Lautan Pasifik hgga ke Pulau Pass di Amerika sama dgn perkataan2 yg terdapat di Champa, Chochin Cina dan Kampuchea.

Page 14: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Asmah Hj. Omar (1988)-Menyokong teori Hendrick Kern- Namun menyatakan bhw, proses migrasi atau

perpindahan mereka tidak sekali gus dan tidak juga melalui satu jln.

- Ada yg melalui jalan darat (tanah semenanjung), ada yg melalui jln laut barat melalui Lautan Hindi dan ada yg melalui arah Timur, iaitu melalui Laut China Selatan.

Page 15: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abd. Hamid Mahmod (1997)

- Menyokong teori bhw penutur2 BM dtg dari daerah Yunan dan telah turun dlm beberapa gelombang pergerakan manusia.

- Mula mendiami wilayah Asia Tenggara di antara thn 2500 S.M hgga thn 1500 S.M.

- Masyarakat Ausronesia ini tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik.

Page 16: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

2. Teori Nusantara-Bangsa Melayu dikatakan telah mendiami kawasan Nusantara sejak sekian lama

• John Crawford(1884)- Membuat perbandingan antara BM dgn bhs Lampung, BM-

bhs Sunda, BM-bhs Madura, BM-bhs Bali, BM-bhs Bugis dan beberapa bhs di Indonesia Timor, Pulau Roti danPulau Sawu.

- Terdapat juga perbandingan BM dgn bhs Tagalog, Bisaya, Campa, Farmosa dan beberapa bhs lain di lautan Pasifik hgga bhs Malagasi di Pulau Madagaskar.

- Merumuskan bhw bangsa Melayu dan bangsa Jawa menjadi induk bg semua bhs tersebut- dinamakan “Malayan”.

- Berpendapat bahasa Jawa ialah bhs tertua & menjadi induk kpd bhs2 lain.

Page 17: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Sutan Takdir Alisjahbana (ahli bhs Indonesia)- Menyatakan bangsa Melayu ini berkulit gelap yg tinggal

di Asia Tenggara spt di Thailand, Myanmar, Malaysia dan Indonesia.

- Penduduk2 ini dikatakan berasal dari rumpun bangsa yg sama.

- Mempunyai persamaan dari segi warna kulit dan saiz bentuk badan.

- Manusia kuno spt Homo Soloinensis dgn Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.

- Penemuan manusia kuno menunjukkan kemungkinan org Melayu adalah keturunan drpd manusia kuno tersebut yg berasal dari Jawa.

Page 18: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (ATMA, UKM)- Menegaskan bhw org Melayu sudah berada di Semenanjung sejak 35 000 thn lalu.- Bukti- kajian arkeologi melalui pendekatan sejarah

seni.- Mengemukakan teori evolusi atau perubahan- Faktor berlakunya evolusi ialah perdagangan jalan

darat dan perdagangan maritim akibat kewujudan kapal layar.

- Org Melayu dan bumiputera sebenarnya berasal drpd satu baka sahaja-membezakan org Melayu dengan bumiputera adalah anutan agama.

Page 19: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Rumpun Bahasa MelayuRumpun bahasa Austronesia terdiri drpd 4 keluarga bahasa yg lebih kecil, iaitu:i. Bahasa-bahasa Nusantara (Bahasa-bahasa kepulauan

Melayu) spt- BM, Aceh, Jawa Sunda, Dayak, Tagalog, Solo dll.

ii. Bahasa-bahasa Polinesia spt bhs Tonga, Hawaii, Maori & Haiti.

iii. Bahasa-bahasa Melanisia spt bahasa2 di Kepulauan Fuji, Irian dan kepulauan Kaledonia.

iv. Bahasa2 Mikronesia spt bahasa2 di Kepulauan Marshall, Carolina, Marianna & Gilbert.

Page 20: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Keluarga Bahasa Melayu- Bahasa Melayu menjadi bhs kebangsaan di 4 buah

negara Asia tenggara, iaitu Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura.

- Di Malaysia- BM turut dikenali sbg ‘Bahasa Malaysia’ dan di Singapura dan Brunei sbg Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan.

- BM turut dituturkan di kepulauan Farmosa hgga ke Madagaskar.

- Faktor yg menyumbang kpd penyebaran BM ialah perkahwinan, perdagangan, penghijrahan dan penjajahan.

Page 21: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Di Malaysia- BM menyebar, berkembang dan membentuk beberapa dialek yg kebetulan ditandai dgn persempadanan negeri.

• Wujud dialek Utara (Kedah dan Utara Perak), dialek P.Pinang, dialek Perak, dialek Johor, dialek Selangor, dialek Melaka, dialek Pahang, dialek Kelantan, dialek Terengganu,dialek N.Sembilan, dialek Sarawak dan dialek Sabah.

Page 22: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Perkembangan Bahasa Melayu1. Bahasa Melayu Kuno2. Bahasa Melayu Klasik, dan3. Bahasa Melayu Moden

Page 23: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

a.Bahasa Melayu Kuno- Kegemilangannya berlaku dari abad ke-7 hgga ke abad

ke-13, iaitu pd zaman Sriwijaya.- BM menjadi lingua franca dan bhs pentadbiran kerana:

- bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar

- tidak terikat kpd perbezaan susun lapis masyarakat - mempunyai sistem yg lebih mudah berbanding dgn bahasa Jawa. -Bhs Melayu Kuno byk dipengaruhi oleh sistem bhs Sanskrit

Page 24: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

- BM Kuno dapat dilihat pada batu2 bersurat abad ke-7 yg ditulis dgn huruf Palava:

i. Batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang (683M)ii. Batu bersurat Talang Ruwo, dkt Palembang (684

M)iii. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka

(686M)iv. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah

Hulu Jambin(686 M)-Bhs Melayu Kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dlm huruf Nagiri.

Page 25: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Ciri-ciri BM Kuno:- Penuh dgn kata2 pinjaman Sanskrit- Susunan ayat bersifat Melayu- Bunyi b ialah w (cth: bulan-wulan)- Bunyi e pepet tidak wujud (cth: dengan-dgan

@dangan)- Awalan ber- ialah mar- (cth:berlepas-marlapas)- Awalan di- ialah ni- (cth:diperbuat-niparwuat)- Ada bunyi konsonan yg diaspirasikan spt bh,th, ph, dh,

kh, h (cth: sukhatshitta)- Huruf h hilang dlm bhs moden (cth: semua-samuha,

saya-sahaya)

Page 26: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Peralihan BM Kuno ke BM Klasik-Dikaitkan dgn pengaruh agama Islam yg semakin mantap di Asia Tenggara-BM mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan-Terdapat 3 batu bersurat yg penting memperlihatkan peralihan ini:i. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)-ditulis dlm huruf India-mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit-Bhsnya berbeza sedikit drpd bhs batu bersurat abad ke-7.

Page 27: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

ii. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- Masih memakai abjad India- Buat pertama kali terdapat penggunaan kata2 Arab spt

kalimat nabi, Allah dan rahmat

iii. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)-ditulis dalam tulisan jawi-membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam BM pd abad itu

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhirperkembangan BM krn selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dlm bentuk tulisan.

Page 28: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

b. Bahasa Melayu Klasik- Dibahagikan kpd 3 zaman penting:

-Zaman kerajaan Melaka- Zaman kerajaan Acheh- Zaman kerajaan Johor-Riau

Page 29: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

Ciri-ciri bahasa Klasik-ayat:panjang, berulang, berbelit2-byk ayat pasif-menggunakan bhs istanaKosa kata klasik:ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masghul (sedih)-banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat):sebermula, alkisah, hatta, adapun-ayat sonsang-banyak menggunakan partikel “pun” dan “lah”

Page 30: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

c. Bahasa Melayu Moden-Bermula pada abad ke-19-Karya karangan Munsyi Abdullah dianggap sbg permulaan zaman BM moden-Sblm penjajahan British-BM mencapai kedudukan yg tinggi, berfungsi sbg bhs perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan bhs pengantar di pusat pendidikan Islam.-Slps Perang Dunia Kedua-British mengubah dasar menjadikan BI sbg bhs pengantar dlm sistem pendidikan.-Semasa Merdeka- Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan BM sbg bahasa kebangsaan.-Akta bhs Kebangsaan 1963/1967 menetapkan BM sbg bhs rasmi negara dlm sistem pendidikan negara.

Page 31: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• Perkembangan BM Modena. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)-bertanggungjawab utk merancang pemodenan BM spt perancangan penetapan bunyi atau sebutan, perancangan sistem ejaan,peristilahan,tatabahasa, perkamusan,dan penyuburan bhs melalui penerbitan dan penghasilan karya sastera. Usaha ini dilakukan dgn kerjasama ahli2 bhs dan pertubuhan serantau terutamanya MABBIM.

Page 32: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

b. Melalui sistem pendidikan- Laporan Razak (1956)-mencadangkan BM

dijadikan bhs pengantar di semua sekolah kebangsaan dan diajar di sekolah jenis kebangsaan.

- Maktab Perguruan Bahasa ditubuhkan pd tahun 1956 bertujuan utk melatih guru2 agar dpt mengajar dlm BM dgn baik.

- Tahun 1970- penggunaan BM diperluas di sekolah2 jenis kebangsaan. Beberapa subjek yg disampaikan dlm bhs ibunda spt sivik, pend.jasmani dan pend. Seni diajar dlm BM.

Page 33: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

- Peperiksaan LCE, MCE dan HSC dimansuhkan dan di peringkat institusi pengajian tinggi sebahagian drpd kursus2nya disampaikan dl BM.- Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan

pada thn 1970 khas utk memartabatkan BM.

Page 34: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

c. Peranan badan2 bukan kerajaan (NGO)- NGO turut serta dalam usaha2 memajukan BM- Antaranya syarikat ESSO dan GAPENA.- Kedua-duanya telah beberapa kali menganjurkan peraduan

mengarang dlm bahasa Melayu sbg usaha memajukan BM- Institut Insurans Malaysia telah bekerjasama dgn DBP utk

mencipta istilah dalam bidang perakaunan dan Persatuan Linguistik Malaysia(PLM) dalam bidang kebahasaan.

- Permodalan Nasional Berhad (PNB) setiap tahun menganjurkan aktiviti debat BM, pertandingan menulis dan pelbagai aktiviti kebahasaan sempena minggu amanah saham.

- Kerjasama dgn NGO menyumbang ke arah usaha memantap dan memajukan lagi BM agar setaraf dgn kedudukannya sbg bhs kebangsaan dan bhs rasmi Malaysia.

Page 35: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

d. Peranan Kerajaan dan Perjuangan Mendaulatkan BM

i.Perdaulatan Bahasa Melalui Perlembagaan dan Aktaii. Perdaulatan melalui Dasar Pendidikan

Kebangsaaniii. Penubuhan Universiti Kebangsaan

Malaysia(UKM)iv.Kerjasama serantau dan antarabangsa

Page 36: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

• BM dalam Pendidikana. Laporan Razak (1956) mencadangkan:- Pembentukan satu sistem pendidikan

kebangsaan- Pengakuan matlamat akhir BM menjadi bhs

pengantar utama- Permulaan kurikulum yg berorientasikan

alam sekeliling Malaysia- Mewujudkan sistem peperiksaan yg sama bg

semua

Page 37: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

b. Laporan Rahman Talib (1961) mencadangkan:-Penegasan kpd pendidikan asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.-Penegasan kpd pendidikan kerohanian yg kukuh dan unsur2 disiplin yg diingini.-Penengasan kpd kurikulum berorientasikan Malaysia-Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional-Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 thn-Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran dan meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Page 38: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

c. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67-memperuntukkan slps 1 September 1967, bhs kebangsaan hendaklah digunakan bg maksud2 rasmi, kecuali dlm beberapa kes tertentu spt undang2 yg sedia ditulis dalam BI.

- Akta ini menimbulkan ketidakpuasan hati org2 Melayu dgn jaminan bhw BI terus digunakan dan dilihat sbg mengancam kedudukan BM sbg bahasa rasmi.

Page 39: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

d. Pemberitahuan Undang2 No. 410/1967 diwujudkan utk membenarkan penggunaan bahasa Inggeris dengan bersyarat digunakan bagi tujuan2 rasmi shj.

e. Akta Pendidikan 1995, fasal 17(1) memperuntukkan bhw:

“Bhs Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dlm Sistem pendidikan Kebangsaan kecuali di sekolah jenis kebangsaan yang ditentukan di bawah seksyen 28 atau mana2 institusi pendidikan lain yg dikecualikan oleh Menteri drpd subseksyen ini”.

Page 40: Bahasa Melayu : Sejarah,Dasar Dan Peranan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan (BMK2012)

f. Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan

1957- Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan sekolah menengah

1970- Bahasa pengantar darjah 11975- Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan1976- Bahasa pengantar Tingkatan 11979- Bahasa Pengantar Tingkatan VI aliran sastera1980- Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti1981- Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains1982- Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan1983- Bahasa pengantar semua kursus di universiti (Sumber: Bhgn Dasar dan Pengurusan Korporat, KPM)