Author
phamtram
View
501
Download
1
Embed Size (px)
MUKA 6
MUKA 12
MUKA 8 & 9
Jokowi panggil
Gabenor
Jakarta
‘Majulah Singapura’
tersemat dalam
minda orang Melayu
Perniagaan lebih
cekap dengan
teknologi
Isnin, 23 Februari 2015 | Isu 207& GENERASI GELIGA
Apa yang penting
bagi anda?
�HASLEEN BACHIK
MASJID Yusof Ishak yang bakal diban-
gunkan di Woodlands Drive 17 berada
dalam kedudukan yang baik, dekat de-
ngan prasarana awam dan mampu me-
ningkatkan keharmonian di kalangan
masyarakat di kawasan itu, kata Menteri
Bertanggungjawab bagi Ehwal Masya-
rakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, sema-
lam.Lebih daripada itu, usaha bersepadu
masyarakat Islam di sini dalam bersa-
ma-sama memikul tanggungjawab demi
kesejahteraan bersama amat terserlah
dengan Jawatankuasa Pembinaan Masjid
(JPM) itu berjaya mengumpulkan $1.9 ju-
ta melalui pelbagai kegiatan dalam masa
kurang setahun.
Malah, seramai 50 dermawan – yang
sebahagiannya menetap di luar kawasan
Woodlands – telah menyumbangkan an-
tara $10,000 dengan $50,000.
Masjid Yusof Ishak mensasarkan pe-
ngumpulan derma berjumlah $2.5 juta se-
hingga akhir tahun ini.
“Hakikat bahawa mereka telah dapat
mengumpulkan hampir $2 juta menunjuk-
kan adanya banyak sokongan di luar sa-
na. Saya rasa pihak jawatankuasa telah
bekerja keras secara bersama-sama de-
ngan jawatankuasa masjid-masjid yang
ada seperti Masjid An-Nur dan Masjid As-
syafaah,” kata Dr Yaacob yang juga Men-
teri Perhubungan dan Penerangan.
Mengulas tentang sokongan padu ma-
syarakat, Pengerusi Jawatankuasa Pembi-
naan Masjid Yusof Ishak, Haji Mohd
Ayub Johari, berkata:
“Saya rasa yakin matlamat $2.5 juta
itu akan dapat dicapai pada akhir 2015.
Masyarakat kita sangat murah hati. Mere-
ka membantu pada saat-saat kita memer-
lukan.“Misalnya, mereka yang menderma
antara $10,000 dengan $50,000 ada
dalam seramai lebih kurang 50 orang. Ia
menunjukkan rasa murah hati mereka.
“Sumbangan tertinggi ialah daripada
dua penderma yang memberikan
$50,000, seorang lelaki dari kawasan Bu-
kit Timah dan seorang wanita pula dari
Queenstown. Di kawasan Woodlands sen-
diri ada yang mendermakan $15,000,
$30,000 dan $40,000.
“Yang menderma kurang $1,000 pun
dalam ribuan jumlahnya.”
Sementara itu, isteri Presiden pertama
Singapura, Allahyarham Yusof Ishak,
Puan Noor Aishah, 81 tahun, turut melu-
angkan masa menghadiri majlis pembeto-
nan semalam.
Mengenai perasaan beliau menyaksi-
kan pembinaan masjid yang namanya di-
ambil sempena nama suaminya dan galeri
khas bagi memperingati sumbangan Pres-
iden pertama itu, beliau berkata:
“Syukur kepada Allah kerana mereka
mempunyai hati dan ada ingatan baik itu.
Semoga Allah membalasnya insya-Al-
lah.”Mengulas tentang kehadiran Puan
Noor Aishah, Dr Yaacob dalam laman so-
sial Facebook-nya petang semalam, mela-
hirkan penghargaan dengan berkata:
“Hari ini adalah hari yang bersejarah
kerana kami memecah tanah untuk
Masjid Yusof Ishak di Woodlands.
“Ini adalah salah satu cara di mana ki-
ta menghormati Presiden pertama kita di
atas sumbangan cemerlangnya kepada
Singapura khususnya peranan beliau
menggalakkan hubungan harmoni dalam
negara berbilang kaum.”
Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga
Manusia merangkap Pendidikan) yang ju-
ga Penasihat Pertubuhan Akar Umbi Mar-
siling, Encik Hawazi Daipi, berkata:
“Saya rasa ia juga boleh dianggap sebagai
satu mercu tanda oleh masyarakat di
Woodlands baik orang Islam atau bukan
Islam, sebuah institusi yang dapat menge-
ratkan silaturahim di kalangan penduduk
pelbagai kaum dan agama.”
Salah seorang penduduk, Encik Ro-
haizad Haji Juri, 34 tahun, guru, menam-
bah: “Saya berharap masjid ini dapat
menyediakan program mesra keluarga
yang dapat menampung kursus atau ke-
mahiran yang boleh menaik taraf kehidu-
pan keluarga di kawasan Woodlands ini.
Turut hadir di masjid semalam Menteri
Pembangunan Negara, yang juga Anggo-
ta Parlimen GRC Sembawang, Encik
Khaw Boon Wan dan Encik Vikram Nair
serta Mufti Dr Mohamad Fatris Bakaram.
Masjid Yusof Ishak dijangka siap dibi-
na pada penghujung 2016 dan pembi-
naannya menelan belanja $17.56 juta.
Apabila siap kelak, Masjid Yusof Ishak
dapat menampung 4,500 jemaah.
�ISMAIL ALI
SEPAK takraw mem-
punyai potensi cerah
menjadi permainan yang
diminati ramai di seluruh
dunia dan sudah mempu-
nyai syarat kuat untuk di-
sertakan dalam Sukan
Olimpik 2024.
Keyakinan itu diluah-
kan Setiausaha Agung
Persekutuan Sepak Tak-
raw Antarabangsa
(Istaf), Abdul Halim Kad-
er, semasa lawatan Pres-
iden Persekutuan Sepak
Takraw Indonesia yang
juga Naib Presiden Istaf,
Anjas Rivai, ke Pusat
Kecemerlangan Perseku-
tuan Sepak Takraw Sin-
gapura (Perses) Khamis
lalu.“Saya akan mengetu-
ai satu delegasi Istaf ke
persidangan SportAc-
cord, pertubuhan yang
memayungi semua per-
sekutuan sukan antara-
bangsa (Olimpik dan bu-
kan Olimpik) dan pe-
nganjur temasya sukan
berbilang acara serta per-
satuan antarabangsa ber-
kaitan sukan, di Sochi,
Russia, dari 21 hingga 24
April ini untuk menemui
Sekretariat Antarabang-
sa Jawatankuasa Olim-
pik Antarabangsa (IOC)
dan berbincang untuk
membuat permohonan
supaya sepak takraw diik-
tiraf oleh badan induk su-
kan Olimpik itu.
“Saya yakin selepas
membuat permohonan
itu, sepak takraw akan
mendapat tempat dalam
Sukan Olimpik 2024,”
jelas Abdul Halim.
Bagi mengukuhkan
hujah yang akan dike-
mukakannya, beliau me-
nambah bahawa sepak
takraw kini dimainkan di
45 negara di lima benua
dan dalam proses me-
menuhi kriteria IOC
yang memerlukan ia di-
mainkan di 75 negara.
Menurut Abdul Ha-
lim lagi, sepak takraw ju-
ga sudah mempunyai
syarat kuat bagi membo-
lehkannya disertakan
dalam Sukan Olimpik
dan sudah pun diserta-
kan dalam Sukan Asia se-
jak 1990.Antaranya ialah per-
nah menganjurkan per-
tandingan di peringkat
dunia yang disertai lima
benua dan menjadi ang-
gota Agensi Antidoping
Sedunia (Wada).
Takraw punya
syarat kuat ke
Olimpik 2024?
�NURMAYA ALIAS
RAMAI melahirkan rasa
terkejut menyusuli berita
penyanyi Taufik Batisah
akan menamatkan zaman
solonya April ini.
Seorang peminat, Cik
Rosmani Osman, 45 tahun,
seorang eksekutif operasi
berkata: “Saya terkejut den-
gan berita itu tetapi Taufik
sudah mencecah usia sesuai untuk menamatkan za-
man bujangnya.”
Seorang lagi peminat penyanyi yang popular den-
gan lagu, #awakkatmane, Cik Khalsom Haji Wardi,
45 tahun, seorang setiausaha undang-undang berka-
ta: “Anak-anak saudara perempuan saya bilang,
‘belum lagi terlambat. Akad nikah belum berlang-
sung’. Tetapi, saya gembira dan mendoakan yang ter-
baik buat Taufik.”
Dalam kenyataannya menerusi syarikat rakaman
Hype Records, Taufik ucapkan terima kasih di atas
ucapan dan doa peminatnya.
“Saya bersyukur akhirnya saya bertemu dengan
seseorang untuk berkongsi masa depan bersama. Dia
bukan dalam dunia hiburan... Selama ini, saya ber-
sikap peribadi tentang kehidupan saya.
“Oleh itu, saya memohon jasa baik semua untuk
melindungi ruang peribadinya...
“Ini bakal menjadi saat yang agak sibuk bagi per-
siapan menjelang majlis perkahwinan kami. Saya ber-
harap anda terus memberikan sokongan dan mendoa-
kan kami berdua.”
SOLAT Subuh 5.56 Syuruk 7.13 Zuhur 1.17 Asar 4.26 Maghrib 7.19 Isyak 8.28
Masjid Yusof Ishak jadi mangkin
keharmonian masyarakat
Peminat terkejut Taufik
bakal bergelar suami
IMPIAN JADI NYATA: Upacara simbolik 'pecah tanah' di tapak Masjid Yusof Ishak diadakan semalam. (Dari kanan) Haji Mohd Ayub Johari, Dr Mohamad Fatris Bakaram, Dr Yaacob Ibrahim, Puan
Noor Aishah, Encik Khaw Boon Wan, Presiden Muis, Haji Mohammad Alami Musa; Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak bin Hassan Maricar; Encik Hawazi Daipi, Encik Vikram Nair dan Haji Zainul
Abidin Rasheed. – Foto KHALID BABA
Isteri mantan Presiden pertama Singapura turut hadir serikan majlis pembetonan
AHAD, 8 MAC 2015 (17 JAMADILAWAL 1436)
MCI (P) 062/09/2014 60 sen
Sebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini
Berita Harian
Singapura
@BeritaHarianSG
Akhbar ini dicetak pada 9.30 malam.
Untuk edisi digital BH, lungsuri BeritaHarian.sg
TAUFIK BATISAH
RaikaN
LAPORAN PENUH MUKA 4 & 5
Sempena Hari Wanita Sedunia, yang jatuh hari ini,
Berita Minggu (BM) meraikan empat wanita - Speaker Parlimen,
Cik Halimah Yacob; pakar fisioterapi, Cik Nurhafizah Abu Sujad; pakar
ekologi marin, Dr Siti Maryam Yakub dan usahawan Cik Jumiah Ujud.
Empat individu ini melambangkan tekad, pengorbanan, keupayaan dan
potensi wanita Melayu/Islam setempat.
Grafik HAZAMI HAMIDON
Bahasa Jiwa
BangsaBahasa
Jiwa Bangsa
Mudah sahaja!Jawab soalan berikut dan hantarkan jawapan anda kepada
[email protected]. Sertakan butir-butir peribadi iaitu nama, usia, alamat dan nombor telefon anda.
KUIZ #bhsg50
Beg goodie SG50 yang mengandungi sehelai beg tote, sebuah lencana, sekeping pelekat logo SG50 dan set kalendar.
MENANGI!
Syarat-syarat: • Keputusan pihak Berita Harian adalah muktamad. • Setiap pembaca hanya boleh menjawab sekali sahaja.
SOALAN
Tarikh tutup: 4 April 2015
Grafik NUR AMANINA ISMAIL & HAZAMI HAMIDON
Sebutkan empat perkataan Inggeris yang diberikan sebagai
contoh perkataan asing yang kini digunakan dalam penulisan
bahasa Melayu.
SEKILAS ACARA SG50
#bhSG50
Layari laman www.singapore50.sg untuk maklumat lanjut.
KEDUDUKAN Singapura yang dikelilingi negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu telah membantu menjadikan bahasa itu sebagai pilihan mereka yang mahu menguasai bahasa asing.
Keadaan Singapura yang berbilang kaum pula menjadikan pilihan itu sesuatu yang semula jadi.
Demikian yang disaksikan di Pusat bagi Pembelajaran Bahasa Moden (CML), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
Pusat tersebut menawarkan program bahasa Asia dan Eropah kepada mahasiswanya. Para mahasiswa mengambil subjek itu sebagai elektif wajib mereka.
Selain bahasa Melayu, CML turut menawarkan pembelajaran bahasa Arab, Vietnam, Korea, Perancis dan Sepanyol. Bahasa-bahasa itu diajar sebagai bahasa asing kepada mereka yang bukan penutur asli bahasa tersebut.
Bagi bahasa Melayu, pelajarnya terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Cina, India, Perancis, Taiwan dan Eropah.
Menurut Pensyarah dan Penyelaras Bahasa Melayu di CML, Cik Hani Mustafa, di balik tawaran pelbagai bahasa untuk dipelajari, ramai mahasiswa melihat bahasa Melayu sebagai pilihan yang baik dan semula jadi bagi mereka.
“Ramai yang mahu belajar bahasa Melayu agar mereka mudah dan lebih mesra berbual dengan rakan atau jiran mereka yang berbangsa Melayu.
SIRI KONSERT DI TAMANNPARKS akan mengadakan konsertnya yang pertama dalam Siri Konsert SG50 di Taman Bishan-Ang Mo Kio pada hari ini (14 Mac). Ini merupakan konsert pertama dalam siri enam konsert yang akan dianjurkannya.
FESTIVAL MUZIK 2015: SUARA-SUARA BELIASuara-Suara Belia merupakan satu persembahan tahunan yang memaparkan irama-irama yang biasa didengari di Singapura dan dipersembahkan tanpa iringan muzik. Persembahan tersebut yang bertujuan merapatkan hubungan antara kaum di sini untuk meraikan SG50 melalui muzik akan diadakan di seluruh negara, bermula di Bedok pada hari ini (14 Mac).
MESKIPUN bahasa Melayu yang sempurna kian kurang kedengarannya apabila kita duduk-duduk di kedai kopi mendengar perbualan hari ini, dapat dirasakan bahawa kepentingannya tetap sama sekarang seperti dahulu.
Sebagai seorang yang telah bersama akhbar ini lebih 35 tahun, saya yakin bahawa bahasa Melayu akan kekal relavan untuk 35 tahun yang akan datang.
Kesedaran terhadap bahasa Melayu kian meningkat dan meskipun mutunya mungkin merosot, perluasan penggunaannya masih meningkat.
Saya katakan bahawa mutunya mungkin merosot kerana kini, banyak perkataan Inggeris sudah dicampur-adukkan dengan bahasa Melayu.
Sesetengah perkataan itu memang sukar diterjemahkan atau tiada langsung dalam kamus Melayu, tetapi banyak juga perkataan Inggeris yang dipakai kerana kemudahan menyampaikan maksud yang dikehendaki.
Perkataan-perkataan seperti prosedur, protokol, rutin, diet, bisnes dan hipokrit misalnya, kian kerap digunakan sama ada dalam pertuturan atau penulisan.
Ia kini sudah diterima oleh ramai pengguna bahasa Melayu.Apakah ini satu perkembangan yang baik atau sebaliknya?Perbahasan mengenai pro dan kontranya masih belum
selesai.Media cetak seperti Berita Harian juga tidak terkecuali dan
perlahan-lahan, perkataan-perkataan begini kian kelihatan.Keinginan untuk mendedahkan anak-anak kepada
bahasa Melayu yang betul sejak dari kecil atau di peringkat sekolah rendah juga kian ketara.
Untuk memenuhi permintaan tersebut, maka lahirlah GEN G yang diterbitkan akhbar ini.
Suatu masa dulu, ada kempen untuk menggalakkan
penyebutan baku dalam bahasa Melayu. Tujuannya memang baik dan masuk di akal kerana bakal menyeragamkan penyebutan di seluruh Nusantara yang mempunyai sekitar 300 juta penggunanya – atau mungkin lebih.
Namun entah di mana silapnya, ia gagal menjadi kenyataan dan harapan tinggal harapan.
Apa pun, bagi yang boleh berbahasa Melayu, mereka tentu tidak berasa janggal sekiranya berkembara di rantau Nusantara atau mempunyai rangkaian perniagaan.
Bahasa Inggeris mungkin merupakan bahasa dunia, tetapi di rantau kita, bahasa Melayu adalah ‘raja’.
Semasa saya di sekolah rendah, masih ingat lagi bahawa tiap tahun akan diadakan kempen Bahasa Kebangsaan.
Di sekolah, kami akan membuat poster-poster dengan slogan seperti ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ dan banyak lagi yang saya tidak ingat.
Bagaimanapun, semasa di sekolah menengah, saya tidak ingat kempen itu diadakan kerana mungkin pada tahun-tahun 1970-an, fokus kita ialah bahasa Inggeris untuk ‘menyambung’ Singapura dengan rangkaian dunia.
Kalau ada pun, mungkin pada skala yang kecil.Namun akhir-akhir ini, kita melihat semula kempen-kempen
menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di peringkat nasional dalam bentuk Bulan Bahasa.
Pelbagai kegiatan yang berkaitan dengan bahasa dan budaya Melayu dianjurkan sempena bulan tersebut dan ada rancangan untuk melancarkan Bulan Bahasa 2015 di Gardens by The Bay sempena sambutan ulang tahun ke-50 negara.
Syabas.Demikian serba sedikit putaran mengenai naik turunnya
bahasa Melayu yang kita cintai.Apa pun, saya masih yakin bahawa bahasa Melayu bukan
sahaja akan kekal relavan, bahkan dapat dimartabat dan diperkasakan ke tahap yang lebih tinggi.
Bahasa pastinya dapat memesrakan hubungan antara manusia,” kata Cik Hani.
Selain itu, ada pula yang melahirkan harapan agar lebih mudah berkomunikasi dengan rakan-rakan di Malaysia dan Indonesia apabila mereka ke negara tersebut.
“Walaupun bahasa Inggeris semakin digunakan oleh ramai orang, ini tidak melemahkan kedudukan bahasa ibunda dan dalam hal ini bahasa Melayu dilihat penutur asing sebagai penting dan bermakna dalam mengukuhkan hubungan dengan rakan dan jiran, khususnya
dalam konteks negara berbilang kaum seperti Singapura,” tambahnya.
Untuk penggal ini, CML membuka 12 kelas bahasa Melayu dengan setiap kelas mempunyai sekitar 24 orang.
“Pada mulanya kelas kami dibataskan kepada 22 pelajar sahaja, tetapi melihat kepada senarai menanti yang panjang, kami tidak sampai hati untuk menghampakan
mereka lalu menambah jumlah pelajar bagi setiap kelas.
“Meskipun telah ditambah jumlah pelajar, masih ada lebih 100 pelajar yang terpaksa kami tolak kerana tidak ada tempat kosong.”
Para pelajar harus mempelajari bahasa pilihan mereka selama satu penggal dan menduduki ujian yang menilai kemahiran bertutur, mendengar, menulis dan membaca. Mereka juga berpeluang mengetahui budaya orang Melayu.
Lima puluh tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Kalau seseorang itu lahir 50 tahun lalu, beliau kini mungkin sudah ada cucu.
Begitu juga dengan perkembangan bahasa Melayu yang telah melalui pelbagai cabaran, perubahan dan penerimaan perkataan-perkataan asing.
Wartawan ZAINAL JAMARI ([email protected]) menyorot serba sedikit cabaran dan perkembangan tersebut dalam dua rencana di bawah ini.
BahasaBahasasekarangsekarang
bahasa Melayu
&&
Kian ramai minatibahasa MelayuKian ramai minati