30
Tokoh Bahasa Melayu dan Ciri Bahasa Melayu Klasik Jabatan Pengajian Melayu Disediakan oleh : Sharudin Bin Damit 930204-12- 5667 PPISMP Semester 1 Pendidikan Khas

Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

uddin

Citation preview

Page 1: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Tokoh Bahasa Melayu dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Jabatan Pengajian Melayu

Disediakan oleh : Sharudin Bin Damit 930204-12-5667

PPISMP Semester 1 Pendidikan Khas

Page 2: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Profesor EmeritusDatuk Dr Nik Safiah Binti Haji Abdul Karim

Page 3: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Latar Belakang Nama sebenar Professor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Binti Haji

Abdul Karim Dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampung Banggol, Kota

Bharu, Kelantan. Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan

Kota Bharu (sekarang Sekolah Rendah Zainab) dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara, Kuala Lumpur (sekarang Kolej Tunku Kurshiah, Seremban)

Pada tahun 1959, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik (1965).

Pada tahun 1975, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, USA.

 Kerjaya akademiknya bermula sebagai tutor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1963, , diikuti dengan jawatan pensyarah dan professor madya juga di Jabatan yang sama.

Page 4: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Professor Pengajian Melayu.

Pada tahun 2002, beliau diberi penghormatan melalui pelantikan Emeritus.

Dalam pentadbiran, beliau telah dilantik ke beberapa jawatan, antaranya Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali (1982-1983 dan 1992-1994), Ketua Jabatan Pengajian Melayu (1984-1986) dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu (1990-1992).

Dalam pentadbiran, beliau telah dilantik ke beberapa jawatan, antaranya Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali (1982-1983 dan 1992-1994), Ketua Jabatan Pengajian Melayu (1984-1986) dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu (1990-1992).

Beliau telah bersara wajib dari Universiti Malaya pada bulan Disember 1994 tetapi telah disambung secara kontrak dengan memegang Kursi Pengajian Melayu sehingga Disember 1999. Beliau seterusnya diiktiraf sebagai Professor Adjing sehingga akhir tahun 2000.

Page 5: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Pengiktirafan dan anugerah Pada tahun 1989, beliau dikurniakan pingat Kesatria Mangku Negara

(KMN). Pada tahun 1995,beliau menerima kurniaan Johan Mangku Negara

(JMN). Manakala pada tahun 1997 beliau telah dikurniakan Johan Panglima

Negara (JPN) yang membawa gelaran Datuk. Menerima Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah-Avon bagi

kecemerlangan dalam bidang pendidikan sebagai Ibu Ilmuwan pada 1995.

Dalam Perayaan sempena 50 Tahun Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kurshiah pada 1997 belaiu telah dianugerahkan wanita cemerlang.

Sumbangan dalam bidang bahasa juga diiktiraf dengan anugerah Tokoh Ilmuwan Bahasa dan Pingat Emas Tun Fatimah pada tahun 2001.

. Beliau juga juga diiktirafkan oleh pihak Universiti dengan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2003.

setelah beliau bersara, Universiti Melayu memberi penghormatan melalui pelantikan beliau sebagai Professor Emeritus pada 2002.

Page 6: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Bidang penulisan Telah menghasilkan beberapa buah buku tentang

pengajian wanita dan pada masa kini menjadi pensyarah sambilan di Rancangan Pengajian Gender, Universiti Malaya.

beliau telah berganding bahu bersama Dr. Rokiah Talib dalam penulisan biografi wanita tanahair.

Beliau juga telah menghasilkan belasan buah buku dan ratusan makalah mengenai isu bahasa. Antara buku yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan (yang ditulis bersama tiga orang ahli bahasa yang lain), Bahasa Malaysia Syntax, Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Malay Grammar for Academics and Professionals.

Page 7: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Peranan dan Subangan Nik Safiah Karim dalam Perkembangan Bahasa Melayu

Beliau menjadi salah seorang pengasas Persatuan Linguistik Malaysia dan pernah menerajuinya sebagai Presiden selama 18 tahun. Kini beliau menjadi penasihat persatuan tersebut.

Beliau telah menghasilkan belasan buah buku dan ratusan makalah tentang bahasa. Antara buku yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan (yang ditulis bersama tiga orang ahli bahasa yang lain), Bahasa Malaysia Syntax, beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Malay Grammar for Academics and Professionals.

Beliau menjadi pakar rujuk bahasa bukan sahaja dalam negara malahan juga diluar negara. Misalnya oleh Kementerian Pelajaran Singapura dan Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam.

Beliau telah berkhidmat dalam Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka selama 14 tahun.

Page 8: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Beliau dilantik Ahli Jawantankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa Melayu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM), dan ahli jemputan dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).

Beliau juga ahli Lembaga Amanah Yayasan Karyawan dan ahli Lembaga Penasihat Perpustakaan Negara Malaysia.

Beliau telah banyak menulis dan menghasilkan buku, kertas kerja, dan makalah dalam bidang Bahasa dan pengajian wanita. Antara bukunya yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan (dengan tiga orang penulis lain), Yang Indah Itu Bahasa (Jilid I), Bimbingan Pelajar Bahasa Kita (Jilid 2), beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu, dan Bahasa Melayu Grammar untuk Akademisi dan Profesional.

Kini, beliau muncul semula dengan buku-baru yang lengkap sebagai rujukan umum iaitu sebuah “ Liku-liku bahasa “.

Buku ini bertujuan untuk memenuhi keperluan peminat bahasa, guru bahasa, para pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin mendalami penggunaan Bahasa Malaysia dengan lebih cemerlang.

Page 9: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Pendeta Za’ba

Page 10: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Latar Belakang Nama sebenar ialah Zainal abidin bin Ahmad. Tilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Batu Kikir,

Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sejak berumur 5 tahun lagi Zainal Abidin telah diajar oleh

bapanya membaca Al-Quran terus-menerus siang dan malam. 3 tahun kemudian beliau tamat mengaji Al-Quran dan mahir

dalam rukun-rukun sembahyang serta beliau diajar berzanji. Pendidikan rasminya bermula pada tahun 1907 di Sekolah

Menengah Linggi, beliau turut juga belajar Bahasa Arab di sebelah petang. 

Pada tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St. Paul's Institution di Seremban hingga lulus Senior Cambridge dalam tahun 1915.

Zaba mula-mula bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru dalam tahun 1916. 

Pada tahun tersebut juga, beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab Melayu, Kuala Kangsar. 

Page 11: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Zaba mula-mula bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru dalam tahun 1916. 

Pada tahun tersebut juga, beliau bertugas sebagai guru Bahasa Melayu dan penterjemah di Maktab Melayu, Kuala Kangsar. 

pada hari Selasa 23 Oktober 1973, beliau telah kembali ke rahmatullah dengan meninggalkan jasa dan baktinya yang tidak ternilai.

Page 12: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Pada tahun 1939, Za’ba bertugas di Pejabat Penerangan Singapura. Ketika itu beliau menulis buku-buku mengenai pendidikan Melayu.

Semasa zaman Jepun, Za’ba bertugas sebagai juruhebah perang dalam Bahasa Inggeris di radio Singapura.

Pada tahun 1946, Zaba bertugas pula sebagai Penterjemah Kanan Bahasa Melayu di Pejabat Pelajaran Kuala Lumpur.

Pada tahun 1947, beliau dihantar ke London sebagai Pensyarah di Universiti London.  Sekembalinya dari London pada tahun 1953, beliau telah dilantik menjadi Pensyarah di Universiti Singapura (Bahagian Melayu) merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Universiti tersebut. 

Beliau telah mengambil ujian Ijazah Kesarjanaan dari Universiti London dalam tahun 1953 ketika berusia 58 tahun. 

Beliau telah mengambil ujian Ijazah Kesarjanaan dari Universiti London dalam tahun 1953 ketika berusia 58 tahun. Beliau berjaya mendapat Ijazah kelas dua. Antara tahun 1951 dan tahun 1955, Singapura. 

Page 13: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Pengiktirafan dan Anugerah beliau telah dianugerahkan gelaran 'Pendeta' pada tahun

1956. Dalam tahun 1959, Zaba telah dianugerahkan Ijazah

Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya. Pada tahun 1962, Zaba telah menerima satu lagi

penganugerahan, iaitu Bintang Panglima Mangku Negara oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia yang bergelar Datok dan kemudiannya Tan Sri.    

Pada tahun 1973, Zaba dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan.

Malangnya Zaba tidak dapat hadir untuk menerima ijazah tersebut kerana uzur.  

Page 14: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Peranan dan sumbangan Za’ba dalam perkembangan bahasa melayu

Sepanjang kerjayanya selama hampir 40 tahun, Za'ba bergiat secara aktif dalam bidang penulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta politik tanah air.

Za'ba merupakan penulis rencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih, sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik.

sepanjang dia berada di MPSI. Beliau,aktif dan banyak tenaganya ditumpukan ke arah penerbitan buku  sekolah dan buku bacaan umum di Biro Penterjemahan (pejabat Karang Mengarang) MPSI, selain memberi perhatian yang khusus dan lebih serius kepada usaha untuk memajukan bahasa Melayu.

Page 15: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Beberapa buah buku penting tentang tatabahasa telah dihasilkannya yang digunakan di maktab dan institusi pengajian pada masa itu bagi mengisi kekosongan yang wujud. Antara karyanya ialah Ilmu Bahasa Melayu (1926), Rahsia Ejaan Jawi (1929), Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi (1938), dan tiga jilid dalam siri Pelita bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949).

Setelah Perang Dunia Kedua tamat, Za'ba bergiat aktif dalam pertubuhan politik tanah air. Dia menjadi Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor (PMS).

Dia dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Melayu Se-Malaya yang berlangsung dari 1 hingga 4 Mac 1946, yang kemudian melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Pada tahun 1956, Za'ba mengetuai Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga, dan pada akhir kongres ini Za'ba dianugerahi gelaran "Pendeta".

Page 16: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Ciri Bahasa Melayu KlasikDalam Hikayat Merong

Mahawangsa

Page 17: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

sintaksis

Ayat yang panjang

Ayat yang berulang-ulang

Ayat yang berbelit-belit

Penggunaan ayat pasif dan songsang

morfologiPeggunaan perdu

perkataan

Penggunaan partikel “pun” dan “lah”

Penggunaan kata pinjaman Arab dan Parsi

Penggunaan bahasa istana.

Page 18: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Sintaksis Penggunaan ayat yang panjang.

› Disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban.

› Bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman tersebut.

› Contohnya :

“ Hatta maka antara beberapa lama-nya, maka pada suatu hari burong garuda itu pun dating-lah kepada tuan puteri anak Raja China itu, seraya kata-nya, “ Ayohai chuchu-ku, tinggal-lah dahulu chuhu-ku baik2 di-sini,sebab nenek hendak pergi mengadap Nabi Allah Sulaiman a.s. kerana menunaikan janji nenek dengan beliau,”.

Page 19: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

• Namun begitu, ayat yang panjang-panjang akan menyulitkan pembaca untuk memahaminya kerana pembaca terpaksa membaca ayat tersebut berulang kali untuk memahami maksud ayat tersebut.

• Dalam penghasilan karya moden, teknik ini adalah sangat tidak digalakkan agar idea yang ingin disampaikan mudah difahami oleh pembaca.

Page 20: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Penggunaan ayat yang berulang-ulang. Contohnya :

“ maka hamba pun tiada-lah bertanggoh lagi, lalu terus melanggar dan membinasakan sakalian kapal dan bahtera itu; hingga semua-nya habis tenggelam ka-dalam perut laut. Akan segala orang isi bahtera, kapal dan kechi itu pun mati bertaboran pada sa-panjang lautan itu; maka tiada sa-orang jua pun yang hidup, “

Pada ayat yang pertama, penulis ingin menggambarkan keadaan binasa kapal tersebut diserang. Pada ayat yang seterusnya pula, penulis masih menghuraikan maksud yang sama walaupun pada ayat yang pertama pembaca sudah memahami maksud yang hendak disampaikan oleh penulis.

Page 21: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Banyak menggunakan ayat yang berbelit-belit. Contohnya :

“ ada pun akan segala kapal kechi dan bahtera yang lain itu pun, ada-lah belayar bersama-sama mengiringkan anak Raja Rum itu. Hatta manakala kira2 sampai pertengahan pelayaran, maka angkatan anak Raja Rum itu bertemu-lah dengan hamba.”

(halaman 52, perenggan 4.5)

Ciri ini dipengaruhi oleh bahasa Arab.

penggunaan ayat yang berbelit-belit juga menyulitkan pembaca memahami maksud ayat tersebut.

Page 22: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Banyak menggunaan ayat pasif dan songsang. Ayat pasif ialah ayat yang menerangkan benda atau orang

yang dikenakan perbuatan ke atasnya. Contohnya :

“. . .anak Raja Rum itu ada bersama-sama dengan tuan puteri anak Raja China yang telah di-larikan oleh burong garuda itu.”

” (halaman 53, perenggan 4.7)

Jika ayat tersebut ditukar menjadi ayat aktif akan menjadi seperti berikut.” . . . burung garuda itu melarikan anak Raja Rum yang ada bersama-sama dengan tuan anak Raja China.”

Tujuan penggunaan ayat pasif ialah untuk memberi penekanan pada objek.

Page 23: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Definisi bagi ayat songsang pula ialah binaan ayat yang penekanan frasa prediket.

Dalam ayat songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa.

Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa yang digunakan akan lebih indah dan segar.

Ayat songsang amat berguna jika penulis perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya.

Page 24: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Contohnya :

“ . . .perkara ini pun tiada siapa pun daripada makhlok yang dapat menentukan masa atau waktu-nya.”

( halaman 55, perenggan 4.11)

Jika ayat ini ditukar menjadi ayat biasa akan menjadi seperti berikut “. . .tiada siapa pun daripada makhlok yang dapat menentukan masa atau waktu-nya perkara ini.”

Page 25: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Morfologi Banyak menggunakan perdu perkataan (kata

pangkal ayat).

Contohnya : hatta, shahadan, sebermula, adapun dan alkisah.

Perdu perkataan atau kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di pangkal ayat sebagai penghubung dalam ayat.

Dalam penulisan bahasa moden, kata pangkal ayat tersebut jarang lagi digunakan.

Page 26: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Banyak menggunakan partikel pun dan lah.

Contohnya :

“ akan tuan puteri ketiga berhamba itu ada-lah hamba pelihara dengan baik, pada tiap2 hari hamba beri makanan, tiada khali barang sa-hari jua pun ”.

( halaman 51, perenggan 4.3 )

Page 27: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi. Antara faktor peminjaman kata dalam bahasa melayu ialah

membentuk istilah-istilah baru bagi menepati kehendak pengisian masa dan keadaan serta Perkembangan dalam perniagaan dan perdagangan.

Dari Faktor psikologi pula ialah masyarakat penutur akan meminjam bahasa yang dianggap lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibunda sendiri.peminjaman.

peminjaman kata juga untuk memantapkan struktur bahasa iaitu bahasa tersebut akan terus berkembang dan hidup.

Bagi kosa kata Arab,bahasa arab meresap ke dalam bahasa Melayu akibat kedatangan pengaruh Islam.

Contoh kata pinjaman bahasa Arab alaihissalam, sabda, nabi,hikayat, alam, jin, hadhir, rezeki, maut, alam, subhanahu wata’ala, dan sebagainya.

Page 28: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Bagi kosa kata parsi pula, Pengaruh bahasa Parsi selalunya dikaitkan dengan pengaruh Islam.

Peresapan kosa kata bahasa Parsi dikatakan berlaku sezaman dengan masuknya unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu.

Antara perkataan parsi yang terdapat dalam hikayat tersebut ialah kahwin, nakhoda, pahlawan, Bandar dan sebagainya.

Page 29: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Banyak menggunakan bahasa istana.

Bahasa istana ialah bentuk bahasa yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja, apabila berhubung atau berkomunikasi dengan kerabat diraja, serta apabila menyebut hal-ehwal berkenaan raja.

Penggunaan bahasa istana dalam penulisan melayu klasik adalah disebabkan oleh pengaruh sistem feudal pada waktu tersebut.

Contonya ialah puteri (anak perempuan), menghadap,

(menjumpai), berdatang sembah (menjumpai), baginda (dia), beta (saya), bertitah (berkata), kurnia (hadiah), titah perentah (arahan), sukachita (gembira) dan murka (marah).

Page 30: Tokoh Bahasa Melayu Dan Ciri Bahasa Melayu Klasik

Sekian sahaja dari Uddin. Terima Kasih.