48
1.0 Pengenalan Dalam era globalisasi dan ledakan ilmu ini, rakyat Malaysia seperti rakyat negara lain juga pasti tidak mahu ketinggalan merebut peluang mengejar ilmu bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang. Kecemerlangan ilmu menjadikan kita sama seiring dalam meneroka penemuan- penemuan baru yang mengharumkan nama negara di mata dunia. Malahan ramai rakyat negara kita yang telah mencipta nama di luar negara. Menjadi impian Kerajaan Malaysia untuk memberi segala yang terbaik untuk semua rakyat. Pelbagai rancangan diatur dan pelbagai program dilaksanakan bagi memastikan rakyat negara ini mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat negara lain. Dalam bidang pendidikan terutamanya, kerajaan sentiasa mencari formula- formula baru bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang bermutu. Kemajuan pesat ekonomi negara turut menuntut kemajuan yang pesat dalam bidang pendidikan. Permintaan tenaga kerja profesional berikutan berkembangnya sektor industri merupakan satu cabaran dalam bidang pendidikan negara kita yang kurang menawarkan program-program tersebut. Selaras dengan pembangunan 1

Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

  • Upload
    others

  • View
    38

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

1.0 Pengenalan

Dalam era globalisasi dan ledakan ilmu ini, rakyat Malaysia seperti rakyat negara lain

juga pasti tidak mahu ketinggalan merebut peluang mengejar ilmu bagi mencapai

kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang. Kecemerlangan ilmu menjadikan kita sama

seiring dalam meneroka penemuan-penemuan baru yang mengharumkan nama negara di

mata dunia. Malahan ramai rakyat negara kita yang telah mencipta nama di luar negara.

Menjadi impian Kerajaan Malaysia untuk memberi segala yang terbaik untuk semua

rakyat. Pelbagai rancangan diatur dan pelbagai program dilaksanakan bagi memastikan

rakyat negara ini mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan

rakyat negara lain. Dalam bidang pendidikan terutamanya, kerajaan sentiasa mencari

formula-formula baru bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat pendidikan yang

bermutu. Kemajuan pesat ekonomi negara turut menuntut kemajuan yang pesat dalam

bidang pendidikan.

Permintaan tenaga kerja profesional berikutan berkembangnya sektor industri

merupakan satu cabaran dalam bidang pendidikan negara kita yang kurang menawarkan

program-program tersebut. Selaras dengan pembangunan negara, kerajaan telah

membina institusi-institusi pengajian tinggi yang berteraskan sains dan teknologi. Oleh

sebab tanggung jawab yang terlalu banyak kerajaan tidak mampu menyediakan peluang

pendidikan untuk semua rakyat. Bagi memperlengkapkan kekosongan yang perlu diisi,

kerajaan telah menggalakkan penubuhan institusi pendidikan swasta supaya sama-sama

berganding bahu memikul tanggung jawab memajukan rakyat dalam memastikan rakyat

negara ini mendapat pendidikan yang sewajarnya. Kalau dahulu peranan institusi

pendidikan swasta terlalu kecil bilanganaya dan hanya berfungsi sebagai satu alternatif

kepada pelajar-pelajar yang gagal mendapatkan tempat di institusi-institusi tinggi awam,

keadaan kini telah jauh berubah. Institusi pendidikan swasta mempunyai peranan dan

tanggung jawab yang tidak kurang pentingnya jika dibandingkan dengan institusi

1

Page 2: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

pengajian awam. Kini, institusi pengajian swasta tidak lagi sebagai pilihan kedua malah

menjadi satu pilihan utama terutamanya kepada pelajar-pelajar dari golongan

berpendapatan tinggi meneroka bidang-bidang baru dalam dunia pendidikan. Kemudahan

yang serba lengkap serta penawaran kursus yang bersesuaian dengan permintaan semasa

serta masa pengajian yang pendek menjadikan institusi pendidikan swasta tumpuan

pelajar-pelajar dari golongan yang berkemampuan.

1.1 Institut Pendidikan Swasta : Penubuhan , Pengurusan dan Operasi

Walaupun kerajaan tidak terlibat dalam membiayai kewangan institusi pendidikan swasta

bukan bermakna kerajaan tidak terlibat langsung dalam urusan penubuhan dan

pentadbiran institusi pendidikan swasta. Kementerian Pendidikan melalui Jabatan

Pendidikan Swasta terlibat secara langsung mengawasi penubuhan dan operasi serta

menjalankan pemantauan bagi memastikan kecemerlangan dan kualiti pendidikan di

institusi pendidikan swasta berterusan. Bagi memastikan perjalanan pengurusan dan

operasi institusi pendidikan swasta bersesuaian dengan aspirasi dan cita-cita negara

beberapa akta telah disediakan dan segala urusan pentadbiran institusi pendidikan Swasta

adalah berikut iaitu Akta Pendidikan 1996, Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta

1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996, Akta Lembaga Akreditasi Negara

dan Akta Perbadanan Tinggi Nasional 1997.

1.2 Struktur Pendidikan Swasta

Mengikut Shahril et al. (1997) struktur institusi pendidikan secara umum terbahagi

kepada dua kategori iaitu kategori yang pertama ialah institusi pendidikan swasta yang

menawarkan pengajian peringkat rendah, menengah dan kursus-kursus kemahiran.

Kumpulan intitusi yang termasuk dalam kumpulan ini ialah taman didikan kanak -kanak,

sekolah rendah dan menengah persendirian, sekolah-sekolah ekspatrait, sekolah

antarabangsa, sekolah perdagangan dan teknikal serta pusat-pusat kemahiran.

2

Page 3: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Kumpulan kedua pula ialah kolej-kolej swasta, kolej universiti swasta, universiti swasta

dan cawangan universiti swasta. Kumpulan institusi ini dikenali sebagai Institusi

Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang menawarkan pelbagai kursus peringkat diploma,

ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana. Secara umumnya institusi pendidikan swasta di

negara ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah.

1.2.1 Sekolah agama

Sekolah-sekolah swasta wujud dalam bentuk sekolah-sekolah agama. Contoh nya ialah

TASKI, sekolah agama pondok yang terdapat dengan banyaknya di Selangor, Kelantan,

Terengganu dan Johor. Sekolah-sekolah ini disusun khas untuk orang ramai mendapat

pendidikan dari peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi . Orang

yang telah mencapai usia ‘tua’ dan ingin mendalami bidang agama boleh mendapatkan

pendidikan di sini. Pendidikan awam kurang (tidak) menyediakan peluang pendidikan di

peringkat usia ini. Oleh itu di sinilah peranan IPTS memberi peluang itu kepada meraka

yang berkenaan.

1.2.2 Sekolah Rendah dan Menengah Antarabangsa

Sekolah ini juga ditubuhkan oleh pihak swasta. Untuk melihat peranan sekolah ini, kita

perlu melihat tujuan penubuhannya. Sekolah-sekolah Antarabangsa ini ditubuhkan untuk

anak-anak diplomat yang bertugas di negara ini mendapat pendidikan mereka.

Kurikulum yang mereka gunakan adalah sama bagi sekolah-sekolah antarabangsa lain di

luar negara. Sekolah ini sangat berguna kerana sekiranya ibubapa mereka berpindah

tugas ke negara lain, anak-anak mereka masih dapat menyambung pelajaran mereka di

negara lain kerana kurikulum yang serupa. Oleh itu peranan IPTS ini sangat memberi

manafaat kepada para diplomat.

3

Page 4: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

1.2.3 Pusat Tuisyen

Pusat-pusat tuisyen swasta yang didirikan bagi memenuhi keperluan pelajar yang akan

menghadapi peperiksaan. Pusat tuisyen ini memberi pengkhususan bagi mata pelajaraan

yang tertentu. Pelajar hanya perlu mendaftar bagi mata pelajaran yang mereka lemah dan

perlukan bimbingan sahaja. Selain itu bagi pelajar yang tidak cukup latihan dan

penerangan yang mereka dapati di sekolah kerajaan maka mereka akan dapat memenuhi

cita rasa mereka itu di pusat-pusat tuisyen. Bahkan pusat-pusat tuisyen ini juga

berperanan untuk membimbing pelajar yang tidak mendapat bimbingan di rumah.

Ibubapa akan menghantar anak-anak mereka ke sini supaya anak-anak mendapat

bimbingan yang lebih teratur terutama dari segi latihan tambahan di pusat-pusat tuisyen.

1.2.4 Pusat Latihan Komputer

Komputer memainkan peranan yang sangat penting dewasa ini. Celik IT, sebuah rumah

satu komputer, kemudahan pengeluaran caruman KWSP untuk pembelian komputer dan

pinjaman kewangan kerajaan dengan kadar yang rendah adalah langkah kerajaan

menggalakkan bidang IT. Latihan-latihan yang disediakan oleh pusat latihan komputer

memainkan peranan yang sangat penting.

Pusat-pusat latihan komputer ini menyediakan latihan komputer dari pelbagai aspek

yang diperlukan oleh pelanggan mereka. Pelajar-pelajar lepasan sekolah atau sementara

menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, mereka berupaya mendapat latihan

dengan lebih teratur dan terancang.

1.2.5 Pusat Bahasa

Bahasa Melayu adalah bahasa utama di Malaysia. Tetapi berkemahiran bertutur dalam

pelbagai bahasa adalah satu kelebihan yang mendatangkan faedah sosial dan ekonomi.

4

Page 5: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Pusat-pusat mempelajari pelbagai bahasa yang diperlukan sangat penting di sini. Orang

ramai boleh mempelajari bahasa-bahasa yang mereka perlukan di pusat-pusat bahasa ini

dalam tempoh yang singkat.

1.2.6 Sekolah Gaya Pos

Ingin melanjutkan pelajaran tetapi tidak mempunyai masa yang sesuai kerana kekangan

masa bekerja? Ingin meningkatkan kemahiran diri tetapi terbelenggu dengan tugas-tugas

seharian? Jawapan bagi persoalan ini ialah Sekolah Gaya Pos. Sekolah ini

menyediakan penerangan pelajar menerusi gaya pos , iaitu dengan mengirimkan nota-

nota kepada pelajar. Pelajar-pelajar mempunyai pilihan memilih masa yang sesuai untuk

mengulangkaji pelajaran mereka. Mereka tidak terikat dengan jadual waktu. Pilihan

mereka dengan menyertai Sekolah Gaya Pos ini sangat memenuhi kehendak mereka. Di

sinilah letaknya peranan IPTS memenuhi keperluan mereka.

1.3 Kurikulum di Institusi Pendidikan Swasta

Mengikut Akta Pendidikan 1996, kurikulum yang terdapat di peringkat prasekolah

adalah diwajibkan mengikut garis panduan yang disediakan oleh Kementerian

Pendidikan. Bahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan

tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar perlu

mengajarkan bahasa Melayu sebagai satu mata pelajaran.

Sekolah rendah swasta sepenuh masa melaksanakan sukatan pelajaran berdasarkan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBRS) dan menggunakan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar utama. Bahasa-bahasa lain juga boleh diajar. Begitu juga bagi sekolah

menengah sepenuh masa yang mengunakan Sukatan Pelajaran yang desediakan oleh

Kementerian Pendidikan iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Sekolah ini juga menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa-

5

Page 6: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

bahasa lain sebagai bahasa kedua. Terdapat satu lagi kategori sekolah swasta iaitu sekolah

menengah Cina yang menggunakan kurikulum persendirian dan menggunakan bahasa

Cina sebagai bahasa pengantar utama. Bagi sekolah antarabangsa dan sekolah Ekspatrait,

kurikulum yang digunakan ialah kurikulumnya yang tersendiri berpandukan kurikulum

luar negara. Sekolah-sekolah ini menyediakan pelajar-pelajar mengambil peperiksaan di

luar negara.

1.4 Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)

IPTS yang dikendalikan oleh pihak swasta menawarkan kursus untuk lepasan Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mendapatkan sijil. diploma dan ijazah dalam pelbagai

bidang. Secara amnya terdapat dua kategori IPTS mengikut status mereka iaitu :

a. IPTS yang bukan bertaraf Universiti, kolej Universiti atau kampus cawangan.

b. IPTS yang bertaraf Universiti, kolej Universiti atau kampus cawangan.

Kumpulan IPTS yang perlu berdaftar dengan Kementerian Pendidikan ialah institut

pengajian tinggi swasta, universiti swasta, kolej universiti swasta, kampus cawangan

universiti swasta dan pusat pengajian jarak jauh.

1.5 Program-program yang ditawarkan oleh IPTS

Selaras dengan kemajuan negara dan permintaan tenaga semasa, IPTS menawarkan

pelbagai program yang bersesuaian dan memenuhi cita rasa dan kemampuan para pelajar.

Antara program yang ditawarkan ialah :

6

Page 7: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

1.5.1 Penyediaan Pendidikan untuk Peperiksaan Luar Negara

Antaranya “A level” anjuran badan-badan peperiksaan Associated Examining

Board(AEB), Cambridge, London atau Oxford, Canadian Grade X111, South Australian

Matriculation Examination. (Kolej Taylor, Damanasara , Bandar Utama , Sunway).

Kebanyakan pelajar yang menduduki peperiksaan ini adalah bertujuan untuk melanjutkan

pelajaran ke luar negara.

1.5.2 Program Profesional

Bidang-bidang yang ditawarkan dalam bidang ini ialah bidang pengurusan, perakaunan,

pemasaran, pengajian bank dan teknikal. Pelajar-pelajar akan dianugerahkan kelulusan

peringkat diploma atau ijazah atau ahli bersekutu. Peperiksaan yang dianjurkan oleh

badan-badan pofesional dalam negara adalah seperti The Malaysian of Certificate Public

Accountant (MACPA), Malaysia Intitut of Accountant (MIA). Chartered Institute of

Management Accounting (CIMA). Institut yang menawarkan kursus-kursus tersebut

antaranya ialah Kolej Stamford, Kolej RIMA, Systematic Business School dan Institut

Teknologi Federal.

1.5.3 Program Pemindahan Kredit

Terdapat dua cara pemindahan kredit yang ditawarkan oleh IPTS. Cara yang pertama

ialah pelajar-pelajar perlu belajar dalam negeri untuk mendapatkan sekurang-

kurangnya 60 jam kredit dan melanjutkan pelajaran ke tahun dua atau tahun tiga ke

Universiti luar negara. IPTS tempatan menggubal kurikulum berasaskan kehendak

Universiti luar negara. Pilihan yang kedua ialah pelajar-pelajar mengambil peperiksaan

peringkat diploma di IPTS tempatan dan mendapat pengecualian pengajian bagi tahun

7

Page 8: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

pertama dan tahun kedua kursus ijazah universiti luar negeri yang mengiktiraf diploma

tersebut.

1.5.4 Program Kembar

Melalui program kembar ini IPTS tempatan mengadakan hubungan langsung dengan

sesebuah universiti luar negara untuk menawarkan kursus ijazah universiti tersebut. IPTS

tempatan boleh berkembar dengan dengan beberapa universiti luar negara. Para pelajar

boleh memilih menjalani kursus sama ada sebahagian daripada kursus tersebut dijalankan

di IPTS tempatan dan sebahagian lagi di universiti luar negara. Program Berkembar

merupakan pilihan yang paling digemari oleh para pelajar kerana para pelajar boleh

memilih sama ada belajar sepenuhnya di IPTS tempatan dan mendapat ijazah yang sama

dengan IPTS kembarnya di luar negara. Pilihan ini bukan sahaja mengurangkan kos

perbelanjaan pembelajaran pelajar, tetapi juga mengurangkan pengaliran wang negara ke

luar. Bagi pelajar yang berkemampuan dan bercita-cita untuk belajar ke luar negara,

mereka berpeluang menyambung pelajaran di IPTS luar negara mengikut kadar tahun

pilihan mereka.

1.5.5 Program Ijazah Luaran

Dalam program ini para pelajar dikehendaki mendaftarkan diri sebagai pelajar external

sesebuah universiti. IPTS menyediakan kemudahan kelas tutorial. Antara kolej yang

menawarkan program ini ialah Institute Crecent (dalam bidang undang-undang) dan

Kolej Stamford.

8

Page 9: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

1.5.6 Pengajian Jarak Jauh

Program ini adalah program terbaru yang menawarkan pendidikan peringkat ijazah dan

ijazah sarjana. Program ini dijalankan dengan kerja sama universiti luar negeri.

Organisasi perniagaan tempatan menyediakan kemudahan bilik kuliah dan pensyarah

tempatan serta kemudahan perpustakaan. Kuliah diberikan secara pos dengan bimbingan

pensyarah tempatan dengan mengadakan kelas dua kali seminggu. Pada akhir semester

pensyarah universiti berkenaan akan datang membimbing pelajar-pelajar atau pelajar

sendiri datang ke universiti berkenaan.Pendidikan jarak jauh ini bertujuan untuk memberi

peluang kepada pegawai-pegawai eksekutif mempertingkatkan kelulusan tanpa

meninggalkan keluarga dan kerjaya.. Antara organisasi tempatan yang menyediakan

program tersebut adalah Malaysian Strategic Consultant dengan Universiti Deakin

(Australia), RAYMA Management Consultant dengan Universiti Strathlyde (UK)

2.0 Peranan Jabatan Pendidikan Swasta

Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) adalah merupakan satu jabatan di bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia. Jabatan ini dahulunya dipanggil sebagai Bahagian Pendaftaran

Sekolah dan Guru (BPSG) yang telah beroperasi sejak dari tahun 1961. Mulai 1 Oktober

1995 BPSG telah dijadikan sebagai sebuah jabatan yang dikenali sebagai JPS dan

diketuai oleh seorang Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. JPS bertanggungjawab

kepada segala aspek pengurusan penubuhan, pendaftaran dan pengawalseliaan institusi

pendidikan swasta (IPS) dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS). JPS

bertanggungjawab dalam mempastikan dasar, perancangan dan hala tuju pendidikan

swasta adalah selaras dan selari dengan Dasar Pendidikan Negara. Tugas dan

tanggungjawab ini dipikul bersama dengan unit pendidikan swasta di Jabatan Pendidikan

Negeri (Jabatan Pendidikan Swasta 2001).

Jabatan Pendidikan Swasta bertanggungjawab ke atas semua aspek penubuhan dan

pendaftaran serta pengawalseliaan pendidikan swasta dari peringkat pra-sekolah sehingga

9

Page 10: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

ke peringkat universiti. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan ini untuk memastikan

bidang pendidikan swasta memainkan peranan dalam menambahkan peluang mendapat

pendidikan khususnya di peringkat "tertiari" bagi semua golongan masyarakat (Jabatan

Pendidikan Swasta 2001). Pendidikan swasta semakin memainkan peranan yang penting

dalam sistem pendidikan kebangsaan kerana ia merupakan "supplementary" dan

"complementary" kepada institusi pendidikan di Malaysia di semua peringkat, khususnya

di peringkat pendidikan tinggi. Di antara objektif utama Jabatan Pendidikan Swasta

ialah : (Jabatan Pendidikan Swasta 2001).

i. Menentukan pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan swasta

berkualiti, bertaraf dunia dan relevan dengan keperluan negara.

ii. Memastikan semua pengurusan penubuhan dan pendaftaran institusi

pendidikan swasta mematuhi peruntukan perundangan dan syarat yang

ditetapkan.

iii. Menentukan pelaksanaan sistem penguatkuasaan dan pengawalseliaan

yang  cekap dan berkesan.

iv. Memastikan keseluruhan prasarana istitusi pendidikan swasta berkualiti.

v. Menjadikan pendidikan sebagai satu industri.

3.0 Peranan Pendidikan Swasta Terhadap Dasar Pendidikan Negara.

Pada masa kini institusi pengajian tinggi awam tidak dapat menampung permintaan

pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi tempatan. Menurut Menteri

Pendidikan :

10

Page 11: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

"Kerajaan tidak dapat menampung kekurangan kira-kira 150,000 tempat belajar

diperingkat pendidikan tinggi, beliau seterusnya menerangkan bagi setiap 100

orang yang layak, pusat pendidikan tinggi di negara ini hanya mampu

menawarkan tempat kepada 33 atau 34 pelajar sahaja" ( Berita Harian 1992 )

Ini menimbulkan masalah untuk menempatkan pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Institusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) yang jumlahnya terlalu sedikit, berbanding lulusan cemerlang atau

terbaik kedua-dua peperiksaan peringkat sekolah itu (Massa 1997).

Langkah yang telah diambil oleh pihak IPTS dengan menggabungkan institusinya dengan

universiti luar negara yang menawarkan program berkembar di mana kursus-kursus

profesional seperti undang-undang, perakaunan dan kejuruteraan telah ditawarkan.

Langkah ini merupakan satu langkah yang bijak di mana yuran pengajian yang rendah

tetapi dengan kualiti yang sama dengan IPTA menjadikan IPTS sebagai alternatif utama

untuk pelajar meneruskan pengajiannya (Massa 1998).

Dengan ini juga institusi pendidikan swasta dapat membantu IPTA dalam melatih

tenaga profesional dan mahir bagi menampung permintaan sektor perindustrian dan

perdagangan yang sedang pesat membangun. Misalnya pada tahun 1990 hingga 1997,

Malaysia memerlukan kira-kira 300,000 pekerja terlatih dalam sektor perkilangan (Berita

Harian 1993).

Begitu juga mengikut Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991 - 2000,

Malaysia memerlukan tambahan jurutera seramai 30,100 orang, pembantu jurutera

seramai 122,900 orang dan 600 orang lagi bagi pegawai perubatan dan kesihatan

menjelang tahun 2000. Dalam seruannya, Timbalan Menteri Pendidikan Dr.Fong Chan

Onn telah menyeru supaya sektor swasta mendirikan lebih banyak institusi pendidikan

bagi menampung permintaan terhadap pendidikan tinggi (The Sunday Star 1993).

Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Datuk Sulaiman Daud menyeru agar sektor swasta

memainkan peranan yang lebih cergas dalam pembangunan pendidikan negara,

11

Page 12: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

khususnya menyediakan kursus yang tidak dapat disediakan oleh kerajaan (Berita Harian

1992). Mengikut Rancangan Malaysia Keenam (1991) pada tahun 1985, dianggarkan

seramai 60,000 pelajar telah belajar di institusi pengajian tinggi di luar negeri. Bilangan

pelajar Malaysia yang ramai di luar negeri ini telah mengakibatkan pengaliran keluar

tukaran wang asing kira-kira RM1.2 billion setahun, tetapi dengan tertubuhnya institusi

pengajian swasta telah menyebabkan fenomena pelajar ke luar negara berkurangan.

Misalnya pada tahun 1990, jumlah pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negeri telah

menurun kepada 52,000 orang sahaja (Kerajaan Malaysia 1991). Sehubungan itu, institusi

pendidikan swasta yang tumbuh seperti cendawan pada akhir-akhir ini, selain dapat

memberikan kemudahan pendidikan kepada pelajar-pelajar tempatan, juga dapat menarik

dan memberi peluang belajar kepada pelajar-pelajar luar negeri khasnya kepada pelajar-

pelajar Asean. Ini disarankan oleh Perdana Menteri sendiri agar :

"Institusi pendidikan swasta berusaha menarik penuntut bukan saja daripada

dalam negara bahkan juga dari luar negara, Beliau seterusnya berkata, bahawa

kita mampu daripada segi kepakaran untuk menyediakan segala kemudahan

peringkat tinggi bagi rantau Asia Tenggara" (Utusan Malaysia 1993)

Setakat ini, menurut sumber Kementerian Pendidikan, cuma terdapat 4,000 pelajar

asing menuntut di negara ini, itu pun termasuk di pusat pengajian tinggi awam ( Massa

1998 ) Menerusi institusi pengajian swasta, pemilihan menerusi pencapaian akademik

untuk kemasukan atau pengambilan tidaklah diperketatkan seperti di IPTA, kerana yang

penting untuk mereka iaitu setiap pelajar berkemampuan menampung kos pembelajaran

dan mengambil kursus yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan sekolah. Selain

peranan-peranan yang tersebut di atas institusi pendidikan swasta juga berperanan sebagai

pelengkap dan bukan pesaing kepada pendidikan awam. Dengan maksud yang lain

institusi pendidikan swasta lebih peka terhadap kehendak pelajar dan masyarakat dalam

menawarkan apa - apa kursus (Massa 1997).

12

Page 13: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

4.0 Implikasi Kebaikan

Penubuhan pendidikan swasta di negara ini telah banyak membantu negara dari aspek

menyediakan prasarana pendidikan dan ekonomi negara. Pendidikan swasta secara tidak

langsung bertindak sebagai pemangkin kepada pembangunan negara. Memang tidak

dapat dinafikan bahawa institusi pendidikan swasta memainkan peranan yang penting

dalam perkembangan pendidikan negara, khususnya dalam melahirkan golongan

profesional dan tenaga mahir, memberi peluang pendidikan kepada pelajar yang layak

dan menjimatkan kos.

4.1 Menampung Pemintaan

Setiap tahun apabila keputusan peperiksaan SPM / SPVM / STPM diumumkan terdapat

peningkatan dalam bilangan pelajar yang lulus dengan baik. Pelajar-pelajar ini

berkelayakan melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Permasalahan

yang timbul ialah bilangan IPTA yang sedia ada tidak berkemampuan untuk menampung

dan menempatkan bilangan lambakan pelajar itu (Massa 1998 ). UKM, UPM, UiTM,

UTM, UIA , USM, UNIMAS dan IPTA-IPTA yang lain walaupun bilangannya semakin

bertambah namun masih belum cukup untuk menampung pelajar-pelajar ini. Pelajar-

pelajar ini terpaksa mengambil alternatif lain. Jawapan yang dicari-cari bagi menghadapi

fenomena ini ialah IPTS. IPTS yang menjalankan program berkembar dengan universiti

luar negara dan menawarkan kursus-kursus yang profesional merupakan pilihan bijak

pelajar ini. Tambahan pula kualiti kursus yang ditawarkan itu hampir sama dengan

IPTA. Faktor ini menjadi tarikan kepada pelajar yang tidak berpeluang melanjutkan

pelajaran ke IPTA.

Sasaran unjuran pembangunan sumber tenaga Malaysia yang dibuat menjelang tahun

2020 ialah 40% daripada rakyat Malaysia mendapat pendidikan di peringkat universiti

(Massa 1998). IPTS bersama-sama dengan IPTA memikul tanggungjawab ini secara

bersama IPTA. Langkah ini juga bertujuan untuk merintis satu perubahan bagi

13

Page 14: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

membentuk imej Malaysia sebagai sebuah negara maju yang mempunyai golongan elit

pendidikan tinggi yang akan dapat memainkan peranan penting dalam memodenkan

pembangunan sosial dan ekonomi negara ( Massa 1997).

4.2 Melatih Tenaga Profesional

Apabila menerima masuk pelajar-pelajar ini dengan kursus-kursus bertaraf profesional

yang ditawarkan oleh IPTS secara tidak langsung institusi berperanan membantu

melahirkan tenaga profesional dan mahir. Permintaan terhadap tenaga profesional dan

mahir semakin meningkat dengan pesat pada dekad ini , terutama dalam sektor

perindustrian dan perdagangan . Sebagai contoh mengikut Rancangan Jangka Panjang

ke Dua 1991 – 2000, Malaysia memerlukan tambahan jurutera seramai 30,000, pembantu

jurutera seramai 122,900 orang dan 600 orang lagi pegawai perubatan dan kesihatan pada

tahun 2000 ( Berita Harian 1993).

4.3 Pelengkap Bukan Pesaing

IPTS juga menawarkan kursus-kursus yang tidak terdapat di IPTA. Kehadiran IPTS di

arena pendidikan kebangsaan berfungsi sebagai pelengkap kepada institusi pendidikan

yang sedia ada.

4.4 Penjimatan Kos Kerajaan / Tajaan

IPTS juga mampu untuk menjimatkan tanggungan kewangan kerajaan / tajaan. Sebelum

ini , sekiranya kerajaan memerlukan pakar-pakar dalam bidang tertentu namun kursus

tersebut tidak ditawarkan di sini, maka pelajar tersebut terpaksa dihantar ke luar negara

( Massa 1998 ) Ini bermaksud pengaliran wang keluar. Sila rujuk pada Carta di bawah

14

Page 15: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Yuran Pengajian Satu Tahun Akademik yang dikenakan Oleh Institusi Swasta Tempatan

dan Universiti Luar Negara mengikut Kursus

Bidang Kursus Kolej Swasta

Tempatan

Universiti-Universiti Luar Negara

Amerika Syarikat United Kingdom

Kejuruteraan

Ekonomi

Pengurusan

Perniagaan

Perakaunan

Undang-undang

Sains Komputer

RM10500

RM9500

RM5400

RM9000

RM7500

RM5400

RM25000

(RM14500)

RM25000

(RM15500)

RM25000

(RM19000)

RM25000

(RM16000)

RM25000

(RM175000)

RM25000

(RM16000)

RM35000

(RM24500)

RM30000

(RM20500)

RM30000

(RM24600)

RM30000

(RM21000)

RM35000

(RM27500)

RM35000

(RM29600)

Sumber: Prospektus kolej-kolej swasta tempatan mengenai yuran pengajian dan The

British Council Education Guide (Dalam kurungan ialah kos yang boleh dijimatkan)

15

Page 16: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Peranan penting IPTS di sini ialah dengan twinning program, linkage, transfer program

yang diadakan dengan universiti luar negara menyebabkan pelajar boleh melanjutkan

pelajaran mereka di tanah air. Bayangkan sekiranya satu sesi akademik di USA ialah

RM25000, jika tiga sesi bermaksud RM75000. Maksudnya jika pelajar tersebut

melanjutkan pelajaran di IPTS bayarannya hanyalah RM30000. Kos yang dibayar di luar

negara ini tidak termasuk kos sara hidup pelajar terbabit.

4.5 Kos Tanggungan Ibubapa

Kejatuhan nilai ringgit, kemelesetan ekonomi dan kelembapan ekonomi dunia

mengakibatkan kos pengajian di luar negara meningkat dua kali ganda. Ini menyebabkan

ibubapa beralih pandangan ke universiti tempatan. Permintaan memasuki IPTA telah

melebihi dari tempat yang ditawarkan. Mampukan IPTA menampung jumlah mereka

yang ramai itu? Jawapannya ialah IPTS. Kini IPTS bukan hanya menampung pelajar

lepasan sekolah malah pelajar yang terpaksa kembali meneruskan pelajaran di tanah air

setelah kos hidup di luar negara meningkat ( Massa 1998). Walaupun kerajaan, ibubapa

terpaksa membelanjakan wang untuk pembelajaran pelajar-pelajar itu tetapi tiada

pengaliran keluar wang negara. Di sinilah peranan IPTS menyumbang dalam

mengurangkan kos negara.

4.6 Menambahkan Pendapatan Negara

Kini terdapat 4,452 pelajar asing yang menuntut di negara ini yang membawa pendapatan

sebanyak RM53 juta (Massa 1998). Jumlah ini akan menjadi lebih besar jika diambil kira

jumlah yang perlu dibayar oleh pelajar tempatan. Oleh itu ini menjanjikan sumber

pendapatan negara yang memberikan pulangan yang lumayan. Jika diberi perhatian yang

lebih dengan mengawal selia kualiti IPTS maka sejumlah besar tukaran wang asing akan

dapat diselamatkan.

16

Page 17: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

4.7 Pemindahan Teknologi dan Kepakaran

Menerusi program berkembar yang dijalankan oleh IPTS dengan universiti luar negara

akan menyebabkan pemindahan teknologi dan kepakaran berlaku. Pemindahan ini akan

berlaku apabila pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar turut serta melibatkan diri dalam

penyelidikan bersama yang dijalankan di negara ini.

5.0 Implikasi Keburukan Pendidikan Swasta

Terdapat beberapa kesan keburukan yang wujud dalam proses perlaksanaan pendidikan

swasta di negara ini khususnya dalam penubuhan institusi pengajian tinggi. Di antara

keburukan yang wujud ialah :

5.1 Pengambilan pelajar yang tidak seimbang

Kemasukan pelajar ke institusi pendidikan tinggi adalah tidak seimbang. Pelajar – pelajar

Melayu khususnya terlalu sedikit dalam insitusi pengajian tinggi swasta. Jumlah pelajar

bumiputera di IPTS pada tahun 1997 ialah kira – kira 4,200 orang daripada 84,000 pelajar

(Zainal 1997). Bilangan ini hanya merangkumi 5% daripada jumlah pelajar di seluruh

IPTS. Pada tahun 1998 jumlah pelajar bumiputera ialah kira – kira 26,500 daripada

176,047. Bilangan ini hanya merangkumi 15% daripada jumlah pelajar di IPTS.

Manakala di IPTA pula jumlah pelajar bumiputera ialah 30,250 orang daripada 55,000

orang pelajar (Zainal 1997). Secara keseluruhannya jumlah pelajar bukan bumiputera di

seluruh pusat pengajian tinggi ialah 104,550 berbanding 34,450 pelajar bumiputera

(Zainal 1997). Menurut Ghazali (1993), 80% pelajar – pelajar IPTS adalah terdiri

daripada satu kaum tertentu sahaja. Fenomena ini akan menyebabkan wujudnya jurang

dalam perpaduan di antara kaum di negara ini.

17

Page 18: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

5.2 Pendidikan swasta telah melahirkan pendidikan tinggi dwisistem

Mengikut Seksyen 17 (1) Akta Pendidikan 1995, Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi

bahasa pengantar utama di semua institusi pengajian dalam sistem pendidikan kebangsaan

KECUALI sekolah jenis kebangsaan yang ditubuh di bawah seksyen 28 atau mana-mana

institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh menteri daripada sub-seksyen ini (MDC

1996). Mengikut Zainal (1996)," kecuali " dalam seksyen tersebut melibatkan 1290 buah

SRJK Cina dengan jumlah seramai 581,000 pelajar, 544 buah SJK Tamil dengan pelajar

seramai 96,120 orang, 60 buah Sekolah Bebas Cina dan lebih 250 buah IPTS yang

menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Implikasinya, ia akan

menjejaskan matlamat menseimbangkan ekonomi antara kaum dan penubuhan bangsa

Malaysia. Ini disebabkan pihak swasta lebih komited dengan bukan bumiputera yang

lebih daya saing dalam semua segi berbanding kaum bumiputera (Zainal 1996).

Soal bahasa amat penting bagi bumiputera khususnya orang Melayu. bahasa Inggeris

akan menjadi bertambah penting pada abad ke 21 , dan ia mempunyai nilai ekonomi

dalam sektor swasta. Kesan peningkatan bahasa Inggeris dan kejatuhan keagungan bahasa

Melayu akan menyebabkan pelajar-pelajar Melayu luar bandar yang terdidik di sekolah

kebangsaan dan sekolah menengah kebangsan akan tersisih. Menjelang 2020 nanti, sudah

pasti ramai di antara mereka akan tercicir dalam persaingan (Isahak 1994). Selain dari itu,

kesan pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 dan Akta IPTS 1996 akan menyebabkan bahasa

Melayu akan jatuh nilai ekonominya dalam tempoh 15-20 tahun lagi. Kedua-duanya juga

akan mewujudkan sekurang-kurangnya dua kumpulan pelajar dan siswazah iaitu satu

aliran kebangsaan dan satu aliran Inggeris dengan kemungkinan kumpulan ketiga dari

aliran Cina (Zainal 1998).

5.3 Konflik dengan dasar pendidikan negara

18

Page 19: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Kesan negatif daripada penubuhan IPTS juga adalah status dan martabat bahasa Melayu

sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa ilmu akan tercabar. Pemisahan yang jelas di

antara pengajian ilmu kemanusiaan umpamanya bahasa, sastera, sejarah dan falsafah

dengan pengajian ilmu ekonomi, pengurusan, sains dan teknologi. IPTS lebih berminat

kepada pengajian yang kedua itu, kerana kepentingan ekonomi dan pasaran dan

menganggap bahawa pengajian ilmu-ilmu kemanusian itu kurang ada gunanya ( Anwar

Ridwan 1995 ). Isu ini dihangatkan lagi dengan kemasukkan pelajar ke IPTS yang tidak

mempunyai kredit di dalam bahasa Melayu yang dibangkitkan oleh Kesatuan Guru

Bahasa Melayu Se Malaysia (KGBMS) di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 11 Julai

1998.

Sikap memandang sepi kepada bahasa kebangsaan yang berlaku di IPTS ini perlu

dibendung agar tidak berlaku di kejadian membelakangkan Bahasa Melayu kerana ini

bererti membelakangkan Dasar Pendidikan Negara. Seksyen 41(1) Akta IPTS yang

menetapkan bahawa hanya Bahasa Melayu yang boleh menjadi bahasa pengantar di IPTS

merupakan langkah yang bijak dalam menegakkan DPK. Namun kelonggaran yang

diberikan dalam Seksyen 41(3)(a) dan Seksyen 41(3)(b) dengan membenarkan IPTS

memohon pengecualian menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Arab sebagai bahasa

pengantar telah menyebabkan ia menjadi tandatanya kepada masyarakat. Sikap

membelakangkan bahasa Melayu oleh IPTS bererti membelakangkan Dasar Pendidikan

Negara.

5.4 Kebanyakan IPTS dimiliki oleh satu kaum

Satu lagi masalah yang sering di timbulkan ialah kebanyakan kolej swasta ini dimiliki

oleh satu kaum sahaja atau dimiliki oleh syarikat sendirian berhad yang dikuasai oleh satu

kaum sahaja, begitu juga dari segi jumlah pelajar yang mengikuti kursus-kursus di kolej

swasta adalah majoritinya dari satu kaum sahaja, ini telah dinyatakan oleh Lee Meow Fatt

dalam ceramahnya di ceramah Anjuran Persatuan Mahasiswa UKM di UKM Bangi pada

2 Ogos 1992 yang berjudul "Private Educational Institution" menyuarakan kebimbangan

19

Page 20: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

dan menyatakan bahawa masalah yang sering timbul semasa penubuhan IPTS ialah

kebanyakkan IPTS ini dimiliki oleh satu syarikat atau syarikat sendirian berhad sahaja

begitu juga dengan jumlah pelajar yang dimonopoli oleh satu kaum sahaja dimana

fenomena ini akan menyebabkan jurang perpaduan wujud, pada hal kita melihat sektor

pendidikan adalah merupakan satu alat untuk menyatu-padukan rakyat Malaysia yang

berbilang kaum.

5.5 Kualiti kurikulum yang boleh dipersoalkan

Seperkara lagi ialah kewibawaan kualiti tenaga pengajar di IPTS yang boleh

dipertikaikan. Pendedahan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun

Razak menyatakan bahawa terdapat IPTS di negara ini yang menggunakan khidmat

pensyarah yang kurang wibawa (Berita Harian 1997). Naib Presiden Kolej Unitek

Malaysia, Petaling Jaya, Rosli Yusof dalam kenyataannya menyatakan bahawa pihaknya

turut menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar terutama di bidang kejuruteraan

dan komputer. (Massa 1997) Sikap IPTS ini amat mendukacitakan kerajaan dan akan

membantutkan rancangan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan

bertaraf antara bangsa.

6.0 Isu – Isu dan Cabaran Pendidikan Swasta

Terdapat beberapa isu yang wujud dari pendidikan swasta di negara ini. Isu yang wujud

ini memberikan cabaran kepada kerajaan supaya masalah ini dapat di atasi dengan baik .

Di antara isu dan cabaran yang wujud ialah :

20

Page 21: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

6.1 Menggadai Maruah Pendidikan Tinggi

Menurut Prof. Neil Buxton, Naib Canselor Universiti Hertfordshire, di United Kingdom ,

“ Universiti adalah sebahagian daripada institusi nasional negara. Jika separuh

daripada universiti itu dimiliki oleh orang asing, ini bermakna sebahagian

daripada kemerdekaan anda pergi ke seberang laut ” ( Massa.1998 )

Pendapat ini disuarakan oleh beliau kerana beliau bertaangggapan bahawa IPTS ini

merupakan sebahagian daripada institusi nasional mereka dan kepentingan nasional

mereka adalah bercanggah dengan kepentingan nasional kita. Jadi peranan IPTS sebagai

pusat penyebar ilmu dan melahirkan insan yang berguna kini di persimpangan jalan. Kini

pendidikan sebagai alat penting untuk melahirkan sebuah kerajaan bersatu yang dikawal

dengan sempurna telah terusik. Cuma pendidikan di peringkat menengah dan rendah

sahaja yang masih lagi belum terusik.

Tidak dapat dinafikan sejak kebelakangan ini sudah banyak IPTS yang telah

membelakangkan agenda nasional, tetapi atas nama kehadiran ijazah berkembar dengan

IPTS asing, ini merupakan satu usaha komersial yang menguntungkan, melahirkan tenaga

mahir dan pakar, kepincangan ini telah diketepikan (Chamil Wariya 1998). Jadi ini

membuktikan kepada kita dalam jangka masa panjang, kehadiran dan kewujudan IPTS

asing ini akan menyebabkan “ kebebasan Malaysia terbang ke sebarang laut ”, jika dilihat

dalam konteks akademik.

Pandangan Prof. Neil Buxton ini perlu dinilai secara kritis. Mengapakah beliau

mengambil sikap yang nampaknya tidak menyenangi penubuhan terlalu banyak kampus

cawangan pusat-pusat pengajian tinggi asing ini ? Dan mengapakah sebagai orang asing,

beliau meminta kerajaan Malaysia agar lebih berhati-hati dalam isu ini ? Apakah yang

tersurat disebalik peringatan beliau ini ? Rasional beliau jika diteliti dengan mendalam

21

Page 22: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

membolehkan kita membuat interpretasi bahawa universiti-universiti asing yang tidak

berada di bawah kawalan kita akan menyebabkan kita kehilangan kawalan ke atas mereka

dan secara tidak langsung akan menyebabkan kepentingan nasional kita akan turut

terjejas.

Kenyataan Prof. Neil Buxton di atas selari dengan pendapat Dr. Anwar Ridzwan

1995, bahawa kelonggaran di IPTS ini akan menyebabkan sesuatu kerajaan itu semakin

kehilangan kawalan dan suara terhadap institusi pendidikan negara. (Dewan Budaya

1995). Perlu wujud kesedaran bahawa kemungkinan kebebasan kita mengawal IPTS ini

akan tercabar sedikit masa lagi. Tidak dapat dinafikan juga penjajahan semula melalui

bentuk akademik semakin berleluasa tetapi tidak begitu terasa. Keghairahan untuk

mendapatkan kelulusan yang diiktiraf dan kononya mengikuti piawaian antara bangsa

akan membuatkan kita berasa gelap mata (Massa 1998 ).

6.2 Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu Tergugat.

Umumnya kita mengetahui bahasa Inggeris merupakan bahasa utama di IPTS sedangkan

bahasa Melayu yang diletakkan taraf sebagai bahasa Kebangsaan berada di kelas kedua

sahaja. Begitulah nasib bahasa Melayu ketika ini. Walau bagaimanapun teradapat

Seksyen 41(3)a, yang membenarkan pihak IPTS memohon kepada Kementerian

Pendidikan pengecualian penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam

proses pengajaran dan pembelajarannya. Manakala Seksyen 41(3)b pula, membenarkan

bahasa Arab bagi pengajian Agama Islam.

Pengecualian di dua Seksyen ini memperlihatkan kepada kita ketidaktegasan pihak

kementerian dalam mendaulatkan imej bahasa Melayu di IPTS. Mengapakah perlu

diberi pengecualian ? Apakah bahasa Melayu itu sendiri tidak mampu menjadi wahana

dan wacana kepada perkembangan dunia keilmuan di IPTS ? Sehingga bilakah kita harus

berbangga dengan perlaksanaan bahasa Melayu di IPTA sahaja ? Kita harus mempunyai

keyakinan bahawa tidak perlu pengecualian dalam apa jua peringkat perlaksanaannya.

22

Page 23: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Tidak dapat dinafikan bahawa IPTS yang digerakkan oleh tokoh korporat dan swasta

lebih kepada acuan keperluan mereka sendiri. Ini selari dengan kehendak pasaran dunia

pekerjaan yang menuntut penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pengamalnya. Bahasa

Melayu akan terus dipinggirkan. Sejauhmana akta yang sedia ada berjaya mengekang

fenomena ini daripada terus menular ?

Menurut Anwar Ridhwan, dalam Seminar Pengkoporatan Institut Pendidikan Tinggi

Swasta di Dewan Bahasa dan Pustaka, Jun 1995, sejak akhir-akhir ini semacam terdapat

satu perubahan secara halus yang seolah-olah membolehkan beberapa matapelajaran

diajar dalam bahasa Inggeris (Dewan Budaya 1995). Bagaimanakah nasib bahasa Melayu

dan bahan-bahan terbitan dalam bahasa Melayu yang dicetak oleh DBP sejumlah 15,000

naskah untuk IPTA dan IPTS menjelang tahun 2020. Nyata bahasa Melayu akan menjadi

bahasa kelas kedua di IPTS. Dengan ini hasrat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu dalam semua bidang telah dibatasi dan dihadkan jangkauannya.

Jika dianalisis secara kritis, ternyata pengaruh bahasa Inggeris ini mempunyai kesan

jangka panjang yang amat berbahaya kepada Dasar Bahasa Kebangsaan. Menurut Prof.

Abdullah Hasan (1996), jika di peringkat IPTS menggunakan bahasa Inggeris, bagaimana

dengan peringkat sekolah menengah, rendah, pra-sekolah, tadika-tadika dan sebagainya ?

Adakah golongan bumiputera disediakan untuk bersaing dalam menggunakan bahasa

antarabangsa ini ? Kita berasa bimbang golongan bumiputera akan terus tertinggal dan

terpinggir dalam arus kemajuan sistem pendidikan yang kita cipta sendiri. Oleh itu kami

berpendapat mesti diwujudkan satu kesinambungan penguasaan bahasa Inggeris ini

sebagai persediaan untuk ke universiti kelak. Pihak kerajaan perlu konsisten dengan dasar

yang ingin dibentuk. Sekiranya kerajaan memberi kelonggaran kepada pihak IPTS untuk

menggunakan bahasa Inggeris maka kerajaan perlu mewajibkan penggunaan bahasa

Inggeris sekurang – kurangnya untuk subjek teknikal di peringkat sekolah menengah.

Dasar ini akan menjadikan pelajar bumiputera dan bukan bumiputera untuk bersaing dari

kedudukan yang sama dalam persaingan pendidikan di IPTS.

23

Page 24: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Lazimnya pelajar yang menguasai bahasa Inggeris ialah pelajar dari taraf sosio

ekonomi yang tinggi. Bagaimanakah dengan nasib pelajar luar bandar yang gagal berbuat

demikian. Kesan jangka panjangnnya ialah pelajar akan selalu didoktrinasikan dengan

kepentingan penguasaan bahasa Inggeris berbanding dengan bahasa Melayu.

6.3 Semangat Patriotisme Kehilangan Arah

Institut Pendidikan Tinggi Swasta, Kolej Swasta, Sekolah Swasta dan sebagainya tidak

mementingkan pendidikan sejarah dan kewarganegaraan. Ini amat bertentangan dengan

agenda pendidikan nasional negara. Sedangkan sejarah merupakan subjek teras untuk

peringkat sekolah. Di Institut Pendidikan Tinggi Awam dan sekolah-sekolah kerajaan

pula melihat kepentingan mata pelajaran ini dalam konteks yang nasional dan

mewajibkan semua pelajar mengambil subjek ini di peringkat SPM dan mata pelajaran

Tamadun Islam di peringkat pengajian tinggi yang turut memaparkan pergerakan sejarah

sesuatu bangsa.

Walau bagaimanapun situasi ini berbeza di IPTS. Mereka tidak melihat subjek ini dari

perspektif nasional. Oleh itu tiada subjek ini ditawarkan di mana-mana IPTS mahupun

kolej swasta. Menurut Puan Maharom Mahmood, Pusat Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan semasa membentangkan Kertas Kerja dalam Persidangan

Kebangsaan Pendidikan Sejarah di Kuala Lumpur Oktober 2001, beliau menekankan :

“ Pendidikan Sejarah akan dapat membawa kita mengenal jati diri / asal usul

bangsa kita serta boleh menanam sifat cintakan bangsa dan setia kepada negara”

Di sini kita dapat membuat interpretasi bahawa mata pelajaran Sejarah ini sangat

penting dan masih relevan dalam konteks kepentingan nasional. Apakah generasi yang

akan terdidik dengan kurikulum IPTS ini akan melupakan sejarah asal-usul bangsa

mereka ? IPTS juga pada hakikat telah meminggirkan subjek keagamaan dan moral.

Kesemua subjek ini dilihat sebagai tidak mempunyai “ market value ” yang baik. IPTS

24

Page 25: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

lebih mementingkan nilai ekonomi dalam menawarkan kursusnya ? Hakikatnya, nilai

patriotik akan terus malap dalam jiwa generasi yang belajar di IPTS. Kita bimbang akan

lahir generasi yang lupa sejarah bangsa mereka sendiri.

6.4 Kurikulum IPTS gagal dimantau

Menurut Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Khalid Yunus, setiap kurikulum yang hendak

ditawarkan mesti mendapat kelulusan dari Menteri Pendidikan dahulu mengikut seksyen

38 Akta IPTS dan memenuhi prasyarat Seksyen 39 Akta IPTS (Massa 1998 ).Isunya ialah

sejauhmanakah pihak Jabatan Pendidikan Swasta yang dipertanggungjawabkan berjaya

memantau samada sukatan kurikulum, tenaga pengajar, kemudahan prasarana dan lain-

lain yang disediakan oleh IPTS, kolej-kolej mahupun sekolah-sekolah swasta ? Kita

sering mendengar masalah ini dibangkitkan di media massa. Realitinya, kurikulum di

IPTS atau di Kolej Swasta tidak mencapai standard piawaian yang ditetapkan. Wujud

kepelbagaian kurikulum di peringkat sekolah-sekolah swasta. Jika dilihat secara

terperinci, pendidikan di peringkat pra sekolah atau tadika swasta turut mempunyai

kurikulum yang tidak seragam. Oleh itu persoalannya disini, bagaimanakah agenda

pendidikan nasioanl akan dicapai jika tidak wujud keseragaman dalam kurikulum ini ?

Menurut Chamil Wariya (1998) . Umumnya Kementerian Pendidikan terlalu bergantung

kepada undang-undang dalam memantau IPTS mahupun kolej atau sekolah swasta ini.

Tetapi berdasarkan realiti semasa, undang-undang tidak semestinya bersifat mencegah

dan mengawal dan terdapat banyak undang-undang yang diwujudkan gagal dimanfaatkan.

Kebergantungan kepada undang-undang bukanlah tindakan yang bijak.

Dalam aspek kurikulum juga telah berlaku pengasingan yang jelas antara subjek

kemanusiaan seperti sejarah, sastera, bahasa dan lain-lain dengan pengajian ilmu

ekonomi, sains dan teknologi ,sains dan sebagainya. Kolej swasta dan IPTS luar lebih

berminat menawarkan subjek aliran kedua. Ini selari dengan tuntutan pasaran kerja ketika

ini. Jelas pengasingan ini akan menjadikan subjek ini terus dipinggirkan dan akan hilang

25

Page 26: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

arahnya di masa hadapan. Pelajar-pelajar tidak lagi mempunyai ruang untuk mengasuh

minda berkarya dan sebagainya. Sedangkan subjek kemanusiaan ini juga mempunyai

signifikannya yang tersendiri dalam membentuk peribadi dan pemikiran pelajar.

6.5 Kedudukan Pelajar Bumiputera Terpinggir

IPTS mahu pun kolej swasta tidak mempunyai kuota yang khusus untuk pelajar

bumiputera. Kemasukan ke IPTS dan kolej-kolej Swasta ini bergantung kepada

kemampuan kewangan pelajar tersebut. Jika dilihat jumlah pelajar bumiputera di IPTS

mahu pun kolej swasta amat minima. Mereka tiada kemampuan dari segi kewangan.

Kadar yuran yang terlalu tinggi menyebabkan mereka lebih tertumpu kepada IPTA.

Menurut Datuk Khalid Yunus ( Massa 1998 ) :

“ langkah menetapkan kuota bukan langkah yang sesuai. IPTS mempunyai entiti

sendiri. Yang kementerian boleh lakukan ialah mengambil tahu sahaja ”

Bagaimana nasib pelajar bumiputera di IPTS. Dikhuatiri kelak sektor IPTS akan

menjadi industri yang tidak menguntungkan khalayak terbanyak di negara ini. Kita juga

bimbang suatu ketika nanti IPTS akan diidentifikasikan untuk bukan bumiputera dan

IPTA untuk bumiputera. Segala-galanya bukan suatu yang mustahil untuk berlaku. Oleh

itu langkah awal perlulah diambil agar nasib pelajar bumiputera di IPTS dan Kolej

Swasta akan terbela.

6.6 Tergugatnya Kebudayaan Kebangsaan

Pendidikan Swasta mengenepikan dan tidak memberi penekanan elemen budaya

kebangsaan dalam kurikulum mereka. Yang pasti pendidikan swasta lebih menjurus ke

arah melahirkan individu yang lebih materialistik dan individualisitik. Menurut Anwar

Ridhwan (1995) :

26

Page 27: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

“ Perkembangan Pendidikan Swasta yang tidak terkawal telah mempercepatkan

kerosakan budaya kebangsaan. Penobatan Bahasa Inggeris sebagai bahasa

utama menggagalkan fungsi bahasa kebangsaan tersebut.”

Jelas Pendidikan swasta akan terus meminggirkan budaya bangsa kita. Langkah-langkah

menuju ke status negara maju menjelang 2020 mula menyaksikan bahawa nilai

kehidupan kini lebih bersandarkan kepada unsur-unsur material. Kian terbentuk

masyarakat yang liberal. Sampai bilakah satu budaya kebangsaan akan dapat

diwujudkan? Kita bimbang kewujudan dan peminggiran budaya kebangsaan di kalangan

generasi di IPTS ini akan mempercepatkan lenyapnya budaya kebangsaan suatu masa

nanti.

7.0 Rumusan dan Cadangan

Secara umumnya pendidikan swasta memainkan peranan yang penting dalam

perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini. Walau bagaimanapun perlu ada

kawalan dan pemantauan dibuat ke atas perlaksanaan pendidikan swasta agar ianya tidak

bertentangan dengan dasar dan falsafah pendidikan negara untuk masa yang akan datang.

Penulisan ini mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil demi kebaikan

bersama dalam proses perlaksanaan pendidikan swasta di negara ini. Beberapa cadangan

yan diberikan adalah seperti di bawah :

a. Dasar kurikulum pendidikan swasta harus sesuai dengan falsafah pendidikan

negara di mana keutamaan harus diberi kepada penggunaan bahasa Melayu

sebagai bahasa penghantar. Seterusnya ilmu yang berteraskan nilai – nilai moral

dan patriotisme perlu diberikan perhatian.

27

Page 28: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

b. Untuk pendidikan tinggi khususnya untuk memastikan tidak wujud pola

pengambilan pelajar yang tidak seimbang maka setiap IPTS diminta untuk

mengadakan kursus yang membolehkan pelajar mendapat bantuan PTPN.

c. Untuk membantu pengusaha IPTS bumiputera disarankan supaya kerajaan

bekerjasama dengan IPTS bumiputera bagi penubuhan sesebuah kolej komuniti di

sesebuah negeri.

d. Dicadangkan supaya ditubuhkan satu ‘Tabung Penyelidikan dan Pembangunan’

bagi tujuan tenaga pengajar di IPTS menjalankan R&D. Satu bentuk perkongsian

perlu dibentuk di antara IPTA dan IPTS dalam program R&D.

e. Penubuhan IPTS sewajarnya tidak berdasarkan komersial sahaja. Mereka perlu

menawarkan kursus yang masih kekurangan di negara ini walaupun ianya

ditawarkan oleh IPTA.

f. Pihak JPS perlu memastikan yang pihak IPTS memberikan keutamaan kepada

bahasa Melayu dan menyediakan kursus yang mempunyai nilai kenegaraan dan

patriotisme. Contoh pihak JKR telah menetapkan setiap spesifikasi lukisan

pembinaan perlu dibuat dalam bahasa Malaysia dan pihak swasta yang ingin

berurusan dengan JKR terpaksa akur kepada peraturan ini.

g. Kerajaan negeri juga digalakkan memainkan peranan dalam pembangunan

industri pendidikan bersama pihak swasta dengan membangunkan kemudahan

infrastruktur yang sesuai.

h. LAN perlu menggunakan ahli – ahli panel yang betul – betul layak dan

mempunyai ‘mindset’ yang lebih professional dalam menjalankan tugas – tugas

penilaian kursus pengajian dan pemantauan kualiti.

28

Page 29: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

i. Pihak LAN perlu mengadakan perbincangan dengan pihak JPA supaya semua

kursus – kursus pengajian yang telah diakreditasi oleh LAN secara otomatik

diiktiraf oleh JPA.

j. Memastikan guru – guru yang benar komited dalam bahasa Inggeris dihantar ke

kawasan luar bandar bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan

pelajar Melayu.

Diharapkan cadangan yang diberikan oleh kumpulan ini akan dijadikan sebagai panduan

untuk pembentukan dasar yang sesuai berhubung dengan perkembangan pendidikan di

negara ini. Diharapkan dasar yang dibentuk nanti akan mengambilkira kepentingan

semua pihak di negara ini.

29

Page 30: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Rujukan

Abdullah Othman. 1998. Penubuhan Sekolah – Sekolah dan Institusi - Institusi Pendidikan Swasta Masa Kini Jenis, Perundangan dan Dasar. Kertas dikemukakan dalam kursus penyelia unit perhubungan dan pendaftaran, Jabatan Pendidikan Negeri. IAB.

Abu Zahari Abu Bakar. 1991. Menghala Wawasan 2020. Kuala Lumpur : Arena Ilmu (M) Sdn. Bhd.

Atkinson. 1983. The Economics of Education. London : Hodder and Staughton.

Anwar Ridhwan. 1995. Pengkorporatan Institusi Pengajian Tinggi – Implikasi terhadap Bahasa dan Budaya Kebangsaan. Dalam Dewan Budaya Julai 1995. Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. 1986. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Percetakan Negara.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. 1992. Perangkaan Pendidikan 1990. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berita Harian. 1993. 10 Mei.

Berita Harian. 1998. 16 Julai .

Berita Harian. 1992. 4 November .

Chamil Wariya. 1998. Menggadai Maruah Pendidikan Tinggi. Massa. Utusan Publications.Kuala Lumpur.

Education Planning and Research Division. 1968. Education Statistics of Malaysia 1938 – 1964. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Education Planning and Research Division. 1990. Education in Malaysia 1989. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

EPRD. 1989. Education in Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng. 1990. Pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti.

Falsafah Pendidikan Negara dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Malaysia. 1988. Kementerian Pendidikan. PPK.

Ghazali Othman. 1993 . Kesan Bandingan IPS Dalam Pembangunan Negara. Seminar Pengurusan Pendidikan . IAB. 25 -27 Nov.

30

Page 31: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Hj. Shahril Hj. A. Karim. Pendidikan swasta menjelang Wawasan 2020. Kertas dibentangkan di Seminar Nasional ke 2 Pengurusan Pendidikan. IAB. 26 – 28 Nov.

Isahak Haron . 1992. Aliran Perkembangan Pendidikan dan Pembentukan Malaysia sebagai Negara Industri dalam Abad ke 21, Pidato Umum Aminuddin Baki Kali ke 4, UPM.

Jabatan Pendidikan Swasta. 2001. (atas talian) http://www.studymalaysia.com/jps/bm/ (28 Disember 2001).

Kerajaan Malaysia. 1991. Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995. Kuala Lumpur : Percetakan Negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1985. Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Malaysia. Kuala Lumpur : DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1993. Education In Malaysia. Kuala Lumpur : EPRD.

Lee Meow Fatt. 1992. Private Educational Institution. Their Regulation in Full Filling National Mission and Vision . Kandungan ceramah Anjuran Persatuan Mahasiswa UKM di UKM, Bangi pada 2 Ogos.

Lee Pau Wing. 1993. Pendidikan Tinggi di Malaysia dalam Sharil et al. , Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributor.

Maharom Mahmood. 2001. Kurikulum Sejarah Ke Arah Memperkukuh Usaha Pemupukan Semangat Patriotik Di Kalangan Murid . Kertas kerja Persidangan Pendidikan Ke Arah Pembentukan Warganegara Patriotik Kertas2. 8 – 12 Oktober. Kuala Lumpur.

Majalah Dewan Budaya. 1995. Julai

Majalah Massa.1997. 6 Disember

Majalah Massa. 1997. 2 Ogos.

Utusan Malaysia. 1998. 17 Jun.

Utusan Malaysia. 1993. 30 April.

MDC .1996. Akta Pendidikan 1995. MDC. Kuala Lumpur

31

Page 32: Pendidikan Swasta - Geocities.ws · Web viewBahasa lain selain bahasa Melayu boleh dijadikan bahasa pengantar dan tadika yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

The Sunday Star. 1993. 17 Jan.

Zainal Abidin Wahid .1996. Liberalisasi Pendidikan Gugat Masa Depan Melayu. Tamadun. Mac.

32