Author
syarudin-ibrahim
View
269
Download
0
Embed Size (px)
DISEDIAKAN OLEH:SYARUDIN BIN IBRAHIMPPG BAHASA MELAYU AMBILAN FEB.KUMPULAN 1
PSV3107E PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR
Bidang : Membuat Corak dan Rekaan KSSR Tahun 2
Tajuk :Pembalut Hadiah
Tahun : 2
Kelas : 2 Afdhal
Bidang : Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti : Membuat Corak Tidak Terancang
Menggunakan Kaedah Gosokan dan Lipatan
Tema: Pembalut Hadiah
Tajuk : Kertas Pembalut Hadiah
Masa : 9.15 pagi – 10.15pagi
Jenis-Jenis Media : Alat : Contoh-contoh corak
pembalut hadiah, pita selofan,
gunting, surat khabar
Bahan: Kertas lukisan, warna
air / poster
Bahan Bantu Mengajar: Komputer Riba, “LCD",
“Speaker”
EMK : Kreativiti dan Inovasi, TMK, Keusahawanan dan
Nilai murni : Tekun semasa aktiviti dan menjaga
kebersihan selepas aktiviti.
Standard Kandungan:
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, warna, imbangan, kontra, dan harmoni yang terdapat pada alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik cetakan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti membuat corak.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam membuat corak.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.
Standard Pembelajaran
1.Persepsi Estetik – Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik lipat dan gosok.
1.Unsur Seni
1. Rupa – organik atau geometri dan
gabungan rupa
2. Warna – primer, sekunder dan gabungan
warna primer dan sekunder
3. Jalinan - Tampak
ObjektifPada akhir pembelajaran murid-murid dapat:
1. Murid menyatakan prinsip membuat corak tak terancang dengan teknik lipat dan gosok serta memilih bahan / alatan yang sesuai.
2. Menghasilkan corak tak terancang dengan menggunakan warna postel yang cantik atau pelbagai dan cara menggosok dengan cara yang betul.
2.2 Aplikasi Seni – Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan corak tidak terancang menggunakan kaedah lipatan dan gosokan. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis- jenis media2.2.1.1 Bahan – warna air, kertas lukisan 2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.
2.3 Ekspresi Kreatif – murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran media, proses dan teknik, serta bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.2.3.1 Memilih dan memanipulasi warna secara kreatif2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual : rupa, warna, imbangan, kontra dan harmoni dalam penghasilan karya.2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik lipatan dan gosokan dalam menghasilkan corak dan rekaan.
2.4 Apresiasi Seni – Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual.2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan.2.4.2 Menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.
Standard Pembelajaran Ilustrasi Aktiviti
Persepsi estetik
1. Guru memainkan lagu “Selamat Hari Lahir
(Kumpulan Saujana) melalui persembahan
“powerpoint” sebagai penarik minat.
2. Guru bertanya kepada murid:
“Apakah yang kamu terima semasa menyambut
sambutan hari lahir?”
“Adakah kamu suka akan hadiah semasa
menyambut hari lahir?”
Jawapan murid: Hadiah dan suka.
3. Guru menayangkan gambar-gambar hadiah.
4. Murid diminta untuk memerhatikan persembahan
“powerpoint”.
5. Guru berinteraksi dengan murid tentang bahasa
seni visual seperti rupa, warna dan harmoni.
Aplikasi seni
Aktiviti guru:
1. Guru menerangkan contoh corak tidak terancang
kepada murid-murid.
2. Guru memperkenalkan media yang digunakan
seperti warna air dan kertas lukisan.
3. Guru menunjukkan cara bancuhan dan membuat
corak tidak terancang pada kertas lukisan.
EMK: Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK)
BBM: Komputer riba, LCD dan speaker
Contoh corak tidak terancang:
Lagu : Selamat Hari Lahir
Klik di sini
Contoh : Pembalut Hadiah
Aplikasi seni
Aktiviti guru:
1. Guru menerangkan contoh corak tidak terancang kepada murid-murid.
2. Guru memperkenalkan media yang digunakan seperti warna air dan kertas lukisan.
3. Guru menunjukkan cara bancuhan dan membuat corak tidak terancang pada kertas lukisan.
4. Guru menerangkan aktiviti yang akan dilakukan seperti cara melipat kertas lukisan yang telah
diletakkan warna air tadi.
Aktiviti murid:
1. Murid-murid mendengar penerangan daripada guru tentang contoh-contoh corak tidak
terancang.
2. Murid-murid melihat media seperti warna air dan kertas lukisan yang akan digunakan.
3. Murid-murid meneliti dan melihat cara membuat bancuhan dan membuat corak tidak
terancang pada kertas lukisan.
4. Murid-murid mendengar penerangan guru mengenai cara melipat kertas lukisan setelah
meletakkan warna air.
Contoh corak tidak terancang:
Alat dan bahan: Warna air, surat khabar
Ekspresi seniLangkah 11. Murid-murid diminta untuk melipat kertas lukisan menjadi kepada dua bahagian.Langkah 22. Titiskan beberapa warna air / poster pada sebelah satu bahagian di bahagian dalam lipatan tersebut. Pastikan warna dititiskan memenuhi dalam bahagian tersebut.Langkah 33. Lipatkan semula kertas lukisan dan buat urutan dengan perlahan ke beberapa arah supaya menjadi rata.2. Kemudian, buka kertas lukisan berkenaan dan lihat hasilnya selepas melipatnya.Langkah 44. Keringkan dan hiaskan hasil corak masing-masing mengikut
kreativiti sendiri.
Langkah-langkahLangkah 1 Langkah 2
Langkah 3 Langkah 4
Apresiasi Seni Visual1. Murid mempamerkan hasil corak yang
dihasilkan di hadapan kelas.2. Murid diminta menyatakan bahasa seni visual pada karya sendiri dan rakan yang dipamerkan.
Hasil corak yang dihasilkan :
Contoh soalan KBAT yang boleh diajukan kepada murid-murid oleh guru:1. Apakah bentuk yang kamu lihat dalam gambar?
(corak yang ditunjukkan).2. Apakah yang akan terjadi jika warna merah
bercampur dengan warna kuning?3. Apakah kegunaan pembalut hadiah?4. Mengapakah kita gunakan pembalut hadiah dan
apakah kemungkinan yang akan berlaku jika kita tidak menggunakan pembalut hadiah?
5. Selain daripada pembalut hadiah, apakah benda lain yang boleh kita hasilkan?
6. Apakah bentuk-bentuk lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan pembalut hadiah yang menarik?
Sekian, terima kasih.