Laporan Kursus Kejurulatihan Badminton Kebangsaan Peringkat Satu

Embed Size (px)

Citation preview

LAPORAN KURSUS KEJURULATIHAN BADMINTON KEBANGSAAN PERINGKAT SATU Tarikh : 14 18 Mac 2011 Tempat : Kompleks Sukan Bintangor & Hotel Ming Kiong

Pendahuluan Kursus Kejurulatihan Badminton Kebangsaan ini telah berlangsung selama 5 hari di Kompleks Sukan Bintangor dan Hotel Ming Kiong. Kursus ini telah disertai oleh 47 orang perserta yang terdiri daripada 32 peserta luar dan 15 peserta IPG.

ISNIN , 14 Mac 2011 Pendaftaran dimulakan pada jam 8 pagi di Hotel Ming Kiong Bintangor.

Sesi pendaftaran para peserta kursus

Taklimat kursus terus diberikan selepas pendaftaran. Falsafah kejurulatihan dan perlesenan dijelaskan oleh wakil BAM, iaitu Encik Chooi Weng Sheng. Beliau juga meneruskan kelas yang bertajuk Sejarah Badminton dan Struktur Organisasi BAM dan Peralatan Badminton.

Bengkel Kemahiran Asas Badminton diketuai oleh Encik Muhtasham Katan di Kompleks Sukan Bintangor pada jam 1.30 petang. Beliau telah memberi ilmu asas tentang badminton dan juga mengajar kemahiran asas yang tepat kepada para peserta. Teknik asas seperti genggaman dan ayunan raket diajar.

Selepas latihan asas di gelanggang, kelas diteruskan di Hotel Ming Kiong dengan tajuk Metodologi Latihan dan Suaian Fizikal sampai jam 6.30 petang.

SELASA , 15 Mac 2011 Latihan fizikal dan kemahiran asas badminton dimulakan pada jam 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari di gelanggang. Latihan pagi ini diketuai oleh Encik Muhtasham Katan. Kemahiran pukulan diajar seperti servis, lob, slice dan sebagainya.

Aktiviti

diteruskan

dengan

kelas

mengenai

pengenalan

kepada

kejurulatihan dan perancangan sesi latihan pada jam 1.30 petang. Dalam kelas ini, para peserta dapat mengenali sistem kejurulatihan Malaysia dan mempelajari persediaan rancangan sesi latihan. Para peserta juga dibahagikan kepada banyak pasangan kecil dengan teknik pukulan yang berlainan. Mereka diminta membuat rancangan pengajaran badminton. Rancangan ini akan

didemonstrasikan pada hari ujian nanti. Kelas hari ini tamat pada jam 6.30 petang.

RABU , 16 Mac 2011 Latihan kemahiran asas badminton diadakan di gelanggang pada jam 8 pagi juga. Teknik pukulan dan cara mengajar didemonstrasikan oleh Encik Muhtasham.

Kemudian, Teori Strategi dan Taktik diadakan di Hotel Ming Kiong pada jam 10.30 pagi. Kelas seterusnya diketuai oleh Dr Ong Kong Swee pada sebelah petang sampai tamat kelas hari ini. Beliau memberi ceramah bertajuk Pemakanan Sukan dan Pengenalan Biomekanik. Tajuk berkenaan adalah mengenai ilmu sains sukan.

KHAMIS , 17 Mac 2011 Latihan kemahiran asas juga dimulakan pada jam 8 pagi di gelanggang. Masa yang cukup diberi oleh para peserta untuk menjalankan latihan pengajaran masing-masing. Para jurulatih juga memberi bantuan jika peserta menghadapi sebarang persoalan dan masalah.

Seterusnya, kelas pengenalan anatomi fisiologi, kecederaan sukan dan psikologi sukan diadakan di sebelah petang sampai tamat. Ujian teori asas diadakan pada jam 8 malam di Dewan Kenanga IPG Kampus Rajang.

JUMAAT , 18 Mac 2011 Ujian praktikal kemahiran asas diadakan pada pagi ini sampai jam 12.30 tengah hari. Kemahiran asas badminton akan diuji dan rancangan pengajaran yang disiapkan oleh para peserta akan didemonstrasikan pada pagi ini. Pemerhatian dan pemberian markah di bawah penyeliaan jurulatih.

Ujian dijalankan dengan lancar dan Upacara Penutupan diadakan di Hotel Ming Kiong pada jam 2 petang. Dr. Ong Kong Swee, selaku Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah merasmikan penutupan ini. Beliau memberi galakan kepada para peserta supaya teruskan menyertai kursus peringkat kedua setelah lulus dalam kursus peringkat satu ini. Beliau juga

merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat menganjurkan kursus kali ini.

Laporan disediakan oleh,

(VENGELINE JANE ANAK PETER @ AWENG) Setiausaha, Kelab Badminton KPLI-SR IPG Rajang.

Disemak oleh,

(Yong Yoon Siong) Pengerusi Kelab Badminton KPLI-SR IPG Rajang.

Disahkan oleh,

(DR. ONG KONG SWEE) Ketua Jabatan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan