of 41 /41
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN) 1.0 PERMAINAN BOLA SEPAK 1.01 PENGENALAN Pengenalan dasar 1Murid 1Sukan menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cinta akan negara. Dasar 1Murid 1Sukan dapat memberikan peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan insan secara holistic terutamanya dalam sukan bola sepak dan bola baling. 2.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 2.01 UNDANG-UNDANG PERMAINAN Dalam permainan bola sepak Undang-Undang Permainan terkini terdiri daripada 17 undang-undang yang tersendiri: Undang-Undang 1 : Padang Permainan Undang-Undang 2 : Bola 1

Ceramah Kejurulatihan Kursus Bola Sepak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

j

Text of Ceramah Kejurulatihan Kursus Bola Sepak

HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)

1.0PERMAINAN BOLA SEPAK1.01PENGENALANPengenalan dasar 1Murid 1Sukan menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cinta akan negara. Dasar 1Murid 1Sukan dapat memberikan peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan insan secara holistic terutamanya dalam sukan bola sepak dan bola baling. 2.0PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG2.01UNDANG-UNDANG PERMAINANDalam permainan bola sepak Undang-Undang Permainan terkini terdiri daripada 17 undang-undang yang tersendiri: Undang-Undang 1 : Padang Permainan Undang-Undang 2 : Bola Undang-Undang 3 : Bilangan Pemain Undang-Undang 4 : Alatan Pemain Undang-Undang 5 : Pengadil Undang-Undang 6 : Penolong Pengadil Undang-Undang 7 : Jangkamasa Permainan Undang-Undang 8 : Permulaan dan Memulakan Semula Permainan Undang-Undang 9 : Bola di Dalam dan di Luar Permainan Undang-Undang 10 : Cara Menentukan Jaringan Undang-Undang 11 : Ofsaid Undang-Undang12 : Kesalahan-kesalahan dan Kelakuan Tidak Bersopan Undang-Undang 13 : Sepakan Percuma Undang-Undang 14 : Sepakan Penalti Undang-Undang 15 : Lontaran ke Dalam Undang-Undang 16 : Sepakan Gol Undang-Undang 17 : Sepakan Penjuru Undang-Undang 1 : Padang Permainan2.02Ukuran Padang

Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang yang dibenarkan adalah seperti berikut:Panjang Minimum: 90m (100 ela)Maksimum : 120 m (130 ela)Lebar Minimum: 45m (50 ela)Maksimum : 90m (100 ela)Bagaimanapun, ukuran padang untuk permainan peringkat pertandingan antarabangsa adalah seperti berikut:Panjang Minimum: 100m (110ela)Maksimum: 110m (120 ela)Lebar Minimum: 64m (70 ela)Maksimum: 75m (80 ela)2.03Kawasan PadangGarisan padang perlu ditandakan pada setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan disebut garisan tepi manakala dua garisan yang lebih pendek disebut garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12 sm (5 inci lebar. Padang dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah Kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15 m (10 ela).2.03.1Ukuran Tiang Penjuru Dan Lengkok Sepakan Penjuru

2.04Undang-Undang 2 : Bola2.04.1BolaBola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola adalah tidak kurang daripada 68 sm dan tidak lebih 70 sm. Berat bola dalam lingkungan di antara 410 gram hingga 450 gram pada permulaan permainan. Bola permainan hanya boleh ditukar dengan kebenaran pengadil.2.05Undang-undang 3: Bilangan Pemain2.05.1PemainPerlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja. Setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol. Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.Rajah: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol.2.06Perlawanan RasmiBagi setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan-persatuan di bawah gabungannya, hanya 3 orang pemain gantian sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran iaitu di antara 3 hingga 7 pemain gantian.

2.07Nama Pemain GantianDalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.2.08Prosedur Penggantian PemainPertukaran pemain gantian mestilah mematuhi prosedur yang ditetapkan. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut. Rajah: Prosedur penggantian pemain.2.09Pertukaran Penjaga GolUntuk menukar penjaga gol, pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu dan sebelum pertukaran dibuat semasa pemberhentian permainan.2.10Undang-undang 4: Alatan Pemain2.10.1KeselamatanPemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Sebagai contoh cincin, gelang atau jam tangan.2.10.2 Peralatan AsasPeralatan asas yang mesti dipakai oleh setiap pemain ialah ; jersi atau baju berlengan seluar pendek stoking pelindung kaki kasut bola2.10.3Pelindung Kaki (Shin Guards)Setiap pemain mesti menggunakan pelindung pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.2.10.4Penjaga GolPenjaga gol mesti memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan penolong pengadil.2.10.5Pelanggaran PeraturanSeseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan ini. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga dibenarkan oleh pengadil. Pengadil akan memeriksa peralatan pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.

2.11Undang-undang 5: Pengadil2.11.1Kuasa PengadilSetiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkuasa untuk menguatkuasakan Undang-Undang Permainan. 2.11.2Tugas PengadilBerikut adalah tugas-tugas seorang pengadil; Menguatkuasakan undang-undang perlawanan. Mengawal permainan dengan bantuan penolong pengadil. Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat. Memastikan peralatan pemain yang digunakanmemenuhi syarat undang undang 4. Bertindak sebagai penjaga masadan menyimpan rekod permainan. Memberhentikan ataumembatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak luar. Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang. Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atauluka meninggalkan padang. Pemainyang cedera ituhanya dibenarkan masuk semula ke padang setelah mendapat syarat daripada pengadil. Menghukum kesalahan yang lebih berat kepada pemain yangmelakukan lebih daripada satu kesalahan pada suatu masa. Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan amaran bertulis (kad kuning) atau perintah keluar padang (kad merah). Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan. Bertindak melalui nasihat yangdiberikan oleh penolong pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya. Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.2.11.3Keputusan pengadilKeputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya boleh menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan penolong pengadil dengan syarat permainan itu belum dimulakan semula atau ianya telah ditamatkan. Rajah : Pakaian dan Alatan Pengadil dan Penolong Pengadil.2.12Undang-undang 6: Penolong Pengadil2.12.1TugasSeseorang pengadil dibantu oleh dua penolong pengadil. Antara tugas penolong pengadil ialah: Menunjukkan isyarat bila keseluruhan bola keluar dari garisan padang. Menunjukkan isyarat pasukan mana berhak untuk sepakan sudut, sepakan gol dan lontaran ke dalam. Menunjukkan isyarat pemain yang berada dalam kedudukan off side. Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar penglihatan pengadil.2.12.2BantuanMembantu pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak. Penolong pengadil boleh masuk padang untuk mengawal dan memastikan jarak 10 ela (9.15 m) dipatuhi.2.13Undang-undang 7: Jangkamasa Permainan2.13.1Jangkamasa PermainanTempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit, kecuali terdapat persetujuan di antara kedua-dua pasukan dan pengadil diberitahu sebelum permainan dimulakan. Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit. 2.13.2Masa RehatMasa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit. 2.13.3Masa TambahanMasa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapatkan rawatan.2.14Undang-undang 8: Permulaan dan Memulakan Semula Permainan2.14.1Permulaan PerlawananPenentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan perlawanan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan membuat sepak mula. Pasukan yang menang lambungan syiling akan membuat sepak mula pada separuh masa kedua.2.15Undang-undang 9: Bola Di Dalam dan Di Luar Permainan Bola dikira keluar dari padang permainan; apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi atau garisan gol sama ada di tanah atau di udara. diberhentikan oleh pengadil.Bola dikira dalam permainan, termasuklah bila; apabila ia melantun daripada tiang gol, palang gol atau tiang penjuru dan berada di dalam kawasan permainan. apabila ia melantun samada daripada pengadil atau penolong pengadil yang berada dalam kawasan permainan.2.16Undang-undang 10: cara menentukan jaringanJaringan gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara tiang-tiang gold an di bawah palang gol dengan syarat tiada pelanggaran undang-undang. Rajah: contoh kedudukan bola bagi menentukan jaringan gol.3.0PERSEDIAAN & PERANCANGAN3.01PERTIMBANGAN UNTUK LATIHAN.i. Tahap murid:Aktiviti sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur dan keupayaan murid.ii. Bilangan murid:Guru harus mengetahui bilangan murid yang akan menyertai aktiviti ini supaya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang latihan yang bersesuaian.iii. Langkah-Langkah Keselamatan:Antara langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah: Tahap kesihatan murid. Memanaskan badan sebelum aktiviti dan gerak kendur dilakukan selepas aktiviti. Pakaian dan kasut yang sesuai dengan aktiviti. Peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat.iv. Tempat latihan:Ruang latihan yang sesuai dan selamat. v. Kemudahan peralatan:Merancang jumlah dan jenis-jenis peralatan yang perlu digunakan semasa aktiviti; contoh: kon bola segar tali vi. Masa latihan:Masa yang diperuntukan untuk aktiviti sukan adalah seperti berikut: Sekolah Rendah 60 minit/minggu. Sekolah Menengah 90 minit/minggu.3.02Panduan Pemilihan Aktiviti Dan Contoh 1 Sesi LatihanPermainan: Bola Sepak Tarikh:Masa: 90 minitKemahiran: Hantaran LeretAlatan: Bola, Kon, Bip.KOMPONEN / MASA

AKTIVITI / KETERANGANPENGELOLAAN / GAMBAR RAJAH

Memanaskan Badan ( 10 minit)a. Reganganb. Joging

Rujuk gambar rajah

Aktiviti Kemahiran( 15 minit)Keterangan Aktiviti : Lari perlahan secara ulang alik dalam jarak 10 m selama 3 minit. Melakukan aktiviti hantaran leret 10 m dalam kumpulan 3 orang selama 3 minit.

3.03AKTIVITI MEMANASKAN BADANi. Senaman Regangan Statik ii. Senaman Regangan Dinamik

4.0KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK4.01LATIHANMENGAWAL BOLAlangkah-Iangkah sebagai latihan untuk mengawal bola.4.01.1BerpasanganSeorang pemain mengumpan bola untuk dikawal oleh pasangannya.Bola diumpan ke pelbagai aras dan arah:a) Kepala, dada, perut dan bawah lutut. b) Bola leret dari kiri, kanan dan depan.c) Lantunan bola ke aras pinggang untuk dikawal dengan kaki.4.01.2Latihan dindingSepak bola ke dinding dan mengawal bola yang melantun balik.Latihan dilakukan setempat dan bergerak. 4.01.3Latihan berkumpulan (statik/bergerak)i. Bulatan-seorangpemainberadaditengah-tengahbulatandanmengumpanbolakepadaahlipasukannyaseorangdemiseorang. Selepas satu pusingan, pemain lain mengambil tempatnya.ii. Barisan- Pemain dalam barisan berlari ke hadapan dan mengawal bolayang dihantar oleh pengumpan dan kemudiannya menolak bola kembalikepadapengumpan.Pemainyangakhirsekalimengawalbolaakanmenjadi pengumpan barn.Sesebuah pasukan bola sepak yang baik ialah pasukan yang berjaya menguasaiteknik tendangan dan hantaran yang baik. Kebolehan membuat sepakan danmembuat hantaran sangat mempengaruhi kecekapan menghantar bola danmenjaring. Oleh itu, latihan teknik ini amat penting untuk menjadi seorang pemainbola sepak yang berjaya4.02TENDANGAN DAN HANTARAN

4.02.1Jenis-jenis Tendangan

Terdapat 3 jenis tendangan:i. Tendangan leret.ii. Tendangan tinggi.iii. Tendangan voli.4.02.2Teknik asas menyepak

Berikut pula adalah teknik asas untuk menyepak bola:i. Untuk menggerakkan bola seearaleret atau rendah, kaki hendaklah diletakkandi tengah-tengah belakang bolaitu semasa menyepak.ii. Untuk menaikkan atau membuat sepakan bola tinggi,kaki hendaklah diletakkanpada bahagian bawah garisan tengah.iii. Bahagian kaki yang leper dan senang bergerak adalahsesuai untuk menyepakatau menggerakkan bola. Rajah: Cara-cara membuat tendangan leret dan tinggi Rajah: bahagian kaki yang digunakan untuk membuat sepakan dan hantaran.4.02.3Teknik dapat membantu untuk membuat tendangan danhantaran yang tepat

i. Menggunakan bahagian kura-kurakakiuntukmembuat tendanganleret,tinggi, hantaran rendah jarak dekat dan jauhdan tendangan kencang ke pintugol (Rajah (a).ii. Menggunakanbahagiandalamkakiuntuktendangantinggi,hantaranrendah,hantaran dekat dan jauh serta menjaringkan gol (Rajah (b).iii. Menggunakan bahagianluarkakiuntukmenghantar bola(Rajah(e).iv. Menggunakanbahagian tumit kaki untukmembuathantaran (Rajah Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan voli (Rajah (e).v. Menggunakan bahagianperutkaki (insidefoot)untuktendangan voliatauIambung (Rajah (f). Rajah: cara-cara membuat tendangan dan hantaran bola yang betul.4.02.4 Latihan Tendangan dan hantaran bola4.02.4.1 Latihan tendangan Ieret 1A-B (menggunakan kura-kura kaki)B-C (menggunakan bahagian Iuar kaki)C-A (menggunakan bahagian perut kaki)(Untuk sepakan tinggi, jarak antara barisan 4.02.4.2Latihan tendangan leret 2Seperti dalam Latihanpemain bertindak pengumpan tetap. 4.02.5Latihan menghantar bolaSusunan pemain adalah dalam bentuk bulatan. Pengumpan di tengahbulatanmenghantarbolakepadapemainyanglain.Pemainmenggunakan semua bahagian kaki untukmembuat hantaran bola.

4.02.6Latihan menjaringMenyepak bola secara leret, aras dada dan tinggi. 4.03JENIS JENIS HANTARANJenis-jenis hantaran seperti hantaran dinding, hantaran terus, hantaran segi empatdan hantaran zig-zig akan membolehkan anda membuat hantaran yang baik. Marikita lihat ke empat-empat jenis hantaran ini:i. Hantaran dindingPemain Z bertindak sebagai dinding. Pemain X akan menghantar bola kepada pemain Z. Kemudian pemain Zakan menghantar bolasekali lagi kepada pemain X yang telah bergerak ke tempat lain X1. Latihan ini juga turutdilakukandenganseorangpemainGyangbertindaksebagai penghalang. ii. Hantaran terus/sisipPemain Z menghantar bola terus ke depan untuk diterima oleh pemain Xyang bergerak ke arah bola itu. Latihan dilanjutkan dengan pemain Gsebagai pengawal yang cuba merebut bola.iii. Hantaran segi empatLatihan hantaran segi empat di antara pemain X dan pemain Z denganpemain G sebagai pengawal untuk merebut bola.iv. Hantaran zig-zagBola hendaklah dihantar ke ruang di depan penerima secara berselang-seli.4.04LATIH TUBI PERMAINANHantaran Lereti. Kemahiran AsasHantaran leret merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh seseorang pemain bola sepak. Hantaran leret juga merupakan salah satu variasi hantaran dalam permainan bola sepak. Kaedah hantaran leret ini juga sesuai untuk hantaran jarak dekat semasa permainan. Teknik kemahiran: Cuba membuat hantaran dengan menggunakan kaki kiri dan kanan. Ketepatan dan arah. Sentuhan padabola dengan bahagiandalam kaki, luar kaki dan kekura kaki. Kuncikan (lock) pergelangan kaki semasa menyentuh bola.ii. Aktiviti Kemahiran menggelecek.

Kemahiran AsasTeknik kemahiran:i. bengkokkan lututii. kawalan yang baik apabila menuju pihak lawaniii. kelajuan bola apabila bergerakiv. menukarkan arah dengan pantasv. mengacah sebelum mengelecek4.04.1MenandukTeknik Kemahirani. guna bahagian dahiii. kunci tengkok buka mata badan dilentikkan ke belakang sebelum menandukiii. tandukan ke bawah di atas bolaiv. tandukan di tengah untuk paras bahuv. tandukan di bawah untuk bola tinggi

4.05HANTARAN JAUHi. Kemahiran AsasHantaran jauh merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pemain bola sepak. Hantaran jauh juga merupakan salah satu variasi hantaran di dalam permainan bola sepak. Kaedah hantaran jauh ini juga sesuai untuk hantaran tinggi semasa permainan.Teknik hantaran jauh juga berbeza dengan teknik hantaran leret untuk jarak dekat. Kaedah ini memerlukan teknik yang betul ketika membuat hantaran jauh dan teknik kawalan juga perlu sesuai dan ketika menerima bola. Teknik kemahiran: Pemain melakukan hantaran tinggi menggunakan bahagian hujung kaki pada pasangan masing-masing dalam kedudukan statik. Pemain mengawal bola dengan mengunakankaki, paha, dada dan kepala. Pemainsaling melakukan hantaran tinggi antara satu sama lain. Cuba membuat hantaran menggunakan kaki kiri dan kanan.

5.0PENGELOLAAN KEJOHANAN / SISTEM PERTANDINGAN5.01Pertandingan Kalah MatiPertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan. Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.a) Kelebihan Boleh dijalankan dalam masa yang singkat Cepat memilih pemenang Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad Seronok untuk ditonton dan Penyertaan ramai.b) Kelemahan Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang benar-benar terbaik Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas pusingan pertama Kemungkinan ada antara pemain dari pasukan yang kalah langsung tiada peluang bermain.Bilangan menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari 7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. Oleh itu, 1 pasukan menunggu (bye). Carta untuk sistem kalah mati ialah seperti berikut:

5.02Pertandingan LigaMerupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Perkara-pekara yang perlu diambil perhatian, Masa yang mencukupi Kewangan yang ada Bilangan pengadil dan Kemudahan dan peralatan yang ada.Pertandingan boleh dijalankan dalam Liga satu pusingan dan Liga berkumpulan

5.03Kaedah Mengira Bilangan Perlawanan Pertandingan LigaCara pengiraan:N (N 1) N = jumlah pasukan 2 Contoh: 6 pasukan mengambil bahagian N (N 1) = 6 (6 1) = 6 x 5 = 30 = 15 perlawanan 2 2 2 2

ATAU:1. Tulis angka 1, 2, 3, 4, 5 dan 6.2. Abaikan angka tertinggi iaitu 6.3. Campurkan semua nombor tersebut iaitu 1 hingga 5.4. Jumlah yang diperolehi ialah 15.5. Bermakna jika 6 pasukan mengambil bahagian, jumlah perlawanan dalam pertandingan ini ialah 15.Contoh:25 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam satu pertandingan. Peraturan yang sesuai untuk pertandingan ini adalah peraturan peringkat berkumpulan. Dimana, kesemua 25 pasukan akan diundi untuk dikategorikan dalam kumpulan bermula kumpulan A hinggalah kumpulan D. setiap kumpulan akan mempunyai 4 pasukan kecuali kumpulan F iaitu mempunyai 5 pasukan. Bagi kumpulan F, sebuah pasukan akan dikira sebagai bye.Kumpulan AA1A2A3A4MATA

A1

A2

A3

A4

Kumpulan BB1B2B3B4MATA

B1

B2

B3

B4

Kumpulan CC1C2C3C4MATA

C1

C2

C3

C4

Kumpulan DD1D2D3D4D5MATA

D1

D2

D3

D4

D5

1. Format pertandingan & Jadual PerlawananKejohanan ini dibahagi kepada dua pusingan. Pusing pertama setiap pasukan akan bermain didalam kumpulan secara liga. Setiap kumpulan mempunyai empat pasukan dan satu kumpulan mempunyai 5 pasukan yang mana kumpulan akan ditentukan secara undian. Setelah tamat peringkat liga. Pusingan kalah mati akan dijalankan, Pasukan yang mendapat tempat pertama dan kedua akan layak ke pusingan seterusnya manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat tidak akan layak ke pusingan seterusnya.

A

A

C

A

B

D

D

Rajah: kedudukan perlawanan bola sepak6.0KESIMPULANPermainan bolasepak itu adalah kerjasama berkumpulan bukan individual atau perseorangan. Permainan tidak akan berkembang jika salah satu pemain tidak mengamalkan kerjasama dan semangat berpasukan di dalam sesebuah permainan tidak kira permainan bolasepak mahupun permainan yang lain.Andai tewas dalam sesebuah perlawanan, jangan salahkan siapapun pemainnya, kerana permainan bolasepak itu mengutamakan kerjasama dan mutu permainan.

7.0RUJUKAN Elizabeth, A. (2008). Field hockey steps to success (2nd ed.). Champaign. IL: Human Kinetics. Joseph, G., Helen Ten, Lim, C.B., & Haridas, M. P. (1995). Teknik pengadilan sukan padang. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sumber internet: dipetik dari http://bolasepakpjk5.blogspot.com/2012/10/kemahiran-dalam-permainan-bola-sepak.html5