24
JABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM BIDANG PERTANIAN Sejak kebelakangan ini, bidang pertanian sangat penting terutamanya pada zaman era globalisasi yang sedang rancak membangun dengan pesat dan mengaplikasikan penggunaan sains dan teknologi dalam semua bidang terutamanya dalam bidang pertanian. Bidang pertanian ini merupakan salah satu sumber utama yang menjana pendapatan negara dan seterusnya meningkatkan lagi

KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

  • Upload
    others

  • View
    15

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

JABATAN BAHASA MELAYUFAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASIUNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.

BBM 3401

BAHASA MELAYU TINGGI

TAJUK :

KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM BIDANG PERTANIAN

Sejak kebelakangan ini, bidang pertanian sangat penting terutamanya pada zaman era

globalisasi yang sedang rancak membangun dengan pesat dan mengaplikasikan penggunaan

sains dan teknologi dalam semua bidang terutamanya dalam bidang pertanian. Bidang pertanian

ini merupakan salah satu sumber utama yang menjana pendapatan negara dan seterusnya

meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara dengan pantas. Perdana Menteri Malaysia,

Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak turut menyatakan bahawa bidang pertanian ini amat

menyumbang kepada pendapatan Negara seiring dengan bidang-bidang lain yang dijalankan di

Malaysia ini. Hal ini kerana, bidang pertanian ini dikatakan menyumbang hampir satu per enam

Page 2: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

daripada pendapatan negara. Bidang pertanian ini juga memberi peluang pekerjaan kepada para

petani dan peladang untuk menambah pendapatan mereka sekaligus menyara hidup keluarga.

Justeru itu, dalam kertas kerja ini pengkaji akan memberi penekanan mengenai kelainan

istilah bahasa Melayu dalam bidang pertanian. Penggunaan istilah sesuatu bahasa itu sangat luas

dan kompleks pada masa kini terutamanya bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dan

bahasa rasmi Negara Malaysia. Terdapat pelbagai istilah bahasa Melayu yang digunakan

antaranya istilah dalam bidang sains dan ilmuan Islam, perakaunan, perubatan dan yang paling

utama sekali dalam bidang pertanian. Penggunaan istilah bahasa Melayu dalam bidang pertanian

amat luas sekali dan pelbagai istilah yang digunakan oleh penutur khususnya bagi membicarakan

perkara yang berkaitan dengan bidang pertanian. Oleh itu, kelainan istilah bahasa Melayu ini

merujuk kepada penggunaan istilah yang berbeza mengikut sesebuah kawasan.

Kelainan istilah ini amat bergantung kepada kawasan tertentu sahaja kerana terdapatnya

perbezaan dialek atau loghat dari negeri-negeri yang tidak sama. Misalnya dialek negeri

Kelantan, dialek Terengganu, dialek Kedah dan dialek Sarawak yang berbeza dengan bahasa

standard atau lebih dikenali dengan bahasa baku. Dialek yang digunakan oleh masyarakat

kawasan tertentu ini mempunyai perbezaan dari segi sebutan (cara membunyikan dan gaya

suara), struktur ejaan, makna dan juga leksikon ( tatabahasa). Kelainan istilah bahasa dan dialek

yang digunakan oleh penutur dalam bidang pertanian ini menyebabkan penutur dari negeri lain

sukar memahami istilah tersebut.

Page 3: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

Dengan itu, dalam kertas kerja ini pengkaji akan membincangkan tentang istilah-istilah

yang digunakan oleh para petani mengikut dialek dan bahasa yang berbeza terhadap sebutan,

ejaan dan makna jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, alat pertanian dan juga kaedah atau cara

sesuatu aktiviti pertanian itu dijalankan. Oleh itu, penggunaan bahasa atau istilah oleh

masyarakat petani ini sangat penting bagi memudahkan urusan komunikasi dan interaksi antara

mereka. Mereka juga dapat menjalankan aktiviti pertanian dengan mudah apabila penggunaan

sesuatu bahasa itu difahami antara satu penutur dengan penutur yang lain.

Seterusnya, kelainan istilah bahasa Melayu yang ingin dibincangkan adalah untuk

mengkaji peranan bahasa Melayu dalam bidang pertanian. Selain itu, dalam kertas kerja ini juga

bertujuan untuk mengkaji lebih banyak penggunaan istilah yang berbeza dalam kalangan petani

dan peladang. Petani dan peladang di sesebuah kawasan biasanya menggunakan dialek negeri

masing-masing dan hal ini menyebabkan petani dari negeri lain tidak dapat memahami

maknanya secara menyeluruh. Oleh itu, akan adanya penggunaan perkataan yang sama tetapi

membawa maksud yang berlainan dan berbeza mengikut pemahaman dan penaksiran dialek

negeri masing-masing. Namun begitu, muncul pula istilah-istilah saintifik dan moden yang akan

menyebabkan pertambahan istilah baru.

Page 4: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

Oleh hal yang demikian, dalam kertas kerja ini pengkaji telah membuat kajian terhadap

sebuah negeri dan satu bahasa yang mempunyai dialek dan bahasa yang berbeza iaitu dialek

negeri Kelantan dan juga bahasa Jawa yang menggunakan bahasa baku. Bahasa baku ini

merupakan bahasa formal atau bahasa standard yang tersusun dan mempunyai tatabahasa yang

lengkap dan kompleks seperti yang terdapat di dalam kamus-kamus seperti Kamus Dewan

Bahasa edisi keempat yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa baku ini juga

mudah difahami dan dituturkan oleh semua lapisan masyarakat termasuklah kaum Cina dan India

yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi rakyat Malaysia.

Kesemua dialek dan bahasa ini mempunyai cara pertuturan yang bebeza-beza dan

berlainan sedikit pada bunyi dan gaya suara atau sebutan untuk membunyikan sesuatu istilah

bahasa Melayu terutamanya dalam bidang pertanian. Lapisan masyarakat dan pengkaji sendiri

telah banyak bergaul dengan orang-orang Melayu dari negeri-negeri lain dalam semenanjung ini

dan sudah tentu dapat memerhatikan perbezaan di antara bunyi pertuturan masyarakat masing-

masing di negeri itu. Umpamanya orang Kelantan menyebut sesuatu perkataan itu dengan

sebutan yang berbeza mengikut ciri-ciri yang telah digunakan oleh mereka dalam perbualan

harian. Misalnya huruf ‘n’ dan ‘ng’ di belakang kata yang terdapat dalam bahasa baku digantikan

dengan huruf ‘e’ contohnya perkataan ‘kawan’ menjadi ‘kawe’, huruf ‘a’ di belakang kata juga

diganti dengan bunyi ‘o’ contohnya ‘apa’ menjadi ‘gapo’ dan pelbagai lagi ciri-ciri perbezaan

Page 5: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

perkataan yang digunakan dalam dialek Kelantan. Manakala dalam bahasa Jawa pula yang

membezakannya adalah dari segi istilah dan cara sebutan kerana Jawa terdiri daripada banyak

pecahan seperti Jawa Pegelan, Jawa Ponoroge dan sebagainya.

Oleh itu, dalam tajuk kelainan istilah bahasa Melayu dalam bidang pertanian ini, pengkaji

akan mengupas dengan lebih terperinci menggunakan perbezaan istilah dalam dialek Kelantan

dengan bahasa Jawa yang menggunakan bahasa baku untuk membezakan sesuatu perkataan dan

juga sebutan serta maknanya yang digunakan oleh para petani dan juga peladang untuk

membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan bidang pertanian. Contohnya dalam hasil pertanian

iaitu buah-buahan seperti perkataan buah durian iaitu bahasa baku dan di dalam dialek Kelantan

disebut buah driye . Manakala dalam bahasa Jawa disebut buah dhuren. Menurut Kamus Dewan

Edisi Keempat halaman 372 terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka, buah durian bermaksud sejenis

tumbuhan iaitu pokok dan buahnya berkulit tebal dan berduri. Terdapat pelbagai jenis buah

durian antaranya durian tembaga yang mana isinya berwarana kuning dan rasanya lebih sedap

daripada isi durian yang lain-lain.

Antara istilah lain bagi buah-buahan dalam bidang pertanian ialah buah ciku. Buah ciku

disebut buah sawonilo dalam dialek Kelantan namun dalam bahasa Jawa buah ciku disebut ciku

juga sama seperti sebutan dalam bahasa baku. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman

279, buah ciku ditakrifkan sebagai sejenis tumbuhan yang mana kulitnya berwaran coklat

Page 6: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

kekuningan dan buahnya sangat lembut. Nama saintifiknya ialah Achras Zapota. Sementara itu,

buah rambutan pula disebut buah mokte dalam dialek Kelantan manakala dalam bahasa Jawa

disebut buah rambutan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1277, buah rambutan

ialah sejenis tumbuhan yang berbuah. Buah rambutan terjadi hasil daripada pencantuman kulit

tunas yang baik kepada pokok yang kurang baik. Kulitnya berwarna merah kehitaman bila sudah

masak dan isinya berwarna putih kekuningan. Terdapat pelbagai jenis buah rambutan contohnya

rambutan budak-budak sekolah, rambutan gula batu dan juga rambutan gading yang mana

berbeza dengan rambutan yang lain kerana kulitnya berwarna kekuningan. Nama saintifik bagi

buah rambutan ialah Nephelium lappaceum.

Seterusnya buah mangga. Buah mangga disebut buah pauh dalam dialek Kelantan dan

dalam bahasa Jawa disebut buah pelem. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 993,

buah mangga bermaksud sejenis tumbuhan yang mana kulitnya berwarna kuning dan isinya

berwarna jingga kekuningan. Masyarakat Melayu gemar menjadikan buah mangga yang muda

sebagai sebahagian daripada lauk-pauk. Contohnya buah mangga ini dijadikan kerabu mangga

ataupun sambal belacan mangga dan sebaginya. Nama saintifik buah mangga ialah Mangifera

indica. Bagi buah manggis pula, dalam dialek Kelantan menyebut buah set’to manakala dalam

bahasa Jawa menyebut buah manggis. Menurut kamus Dewan Edisi Keempat halaman yang

sama, buah manggis adalah sejenis tumbuhan yang berkulit keras, berwarna ungu kehitaman dan

isinya berwarna putih. Nama saintifik bagi buah manggis ialah Garcinia mangostana.

Page 7: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

Selain itu juga, dalam dialek Kelantan buah kelapa disebut nyo manakala dalam bahasa

Jawa disebut kelopo. Menurut Kamus Edisi Keempat halaman 712, buah kelapa boleh

didefinisikan sebagai sejenis tumbuhan palma iaitu pokok dan berbuah. Pokok kelapa amat

serbaguna kerana dari daunnya, buahnya, batang pokoknya boleh digunakan untuk sebarang

jenis kegunaan. Contohnya daun kelapa digunakan untuk membuat anyaman ketupat, lidinya

pula digunakan untuk membuat penyapu, isi buah kelapa untuk dimakan dan airnya boleh

diminum. Tempurungnya pula boleh dijadikan sebagai perhiasan dinding dan juga cenderamata

apabila diubahsuai. Batangnya pula boleh dibuat tempat duduk dan pelbagai lagi kegunaan yang

dapat diperoleh daripada pokok kelapa ini. Nama saintifik bagi pokok kelapa ini ialah Cocos

nucifera.

Bagi buah nangka pula, dalam dialek Kelantan disebut nako dan dalam bahasa Jawa pula

disebut gori. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1069, nangka adalah sejenis

tumbuhan yang buahnya berulas-ulas dan boleh dimakan. Buahnya berwarna kuning dan bijinya

boleh juga dimakan. Ia sama seperti buah cempedak. Buah tembikai pula, orang Kelantan

menyebut timun manakala dalam bahasa Jawa disebut semongko. Menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat halaman 1641, tembikai bererti sejenis tumbuhan yang memanjat dan berbuah.

Kulitnya berwarna hijau tua dan tebal. Isinya berwarna merah dan ada juga yang berwarna

kuning.

Page 8: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

Hasil pertanian seterusnya ialah sayur-sayuran dan herba. Kebiasannya orang Kelantan

menyebut lada sebagai lado sementara masyarakat Jawa menyebut cili sebagai lombok. Menurut

Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 864, lada merupakan sejenis tumbuhan herba. Buahnya

pedas dan biasanya dicampur dengan rempah. Bentuk lada ini memanjang-manjang. Tetapi

terdapat juga lada yang berbentuk bulat berwarna merah atau hijau yang mempunyai rasa pedas

manis dan digunakan sebagai salad atau sayur. Lada ini dipanggil lada benggala. Bagi lada hitam

pula orang Kelantan menyebut sebagai lada bena dan bagi masyarakat Jawa menyebut lada hitam

sebagai merico e’reng. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman yang sama, lada hitam

ini adalah sejenis rempah untuk menambah rasa pedas dan ia berbiji-biji berwarna hitam. Ia

tidak boleh dimakan begitu sahaja. Ia perlu dikisar dan dicampurkan dalam masakan. Daripada

masakan itulah akan rasa pedasnya.

Seterusnya, sayur timun. Timun dalam dialek Kelantan dipanggil timun batang. Namun

dalam bahasa Jawa pula timun disebut sebagai timun. Sama sahaja seperti sebutan dalam bahasa

baku. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1689, timun atau dipanggil mentimun ini

merupakan sejenis tumbuhan ( pokok menjalar). Timun boleh dijadikan sebagai ulam dan boleh

juga dimasak dalam pelbagi jenis masakan. Kulitnya berwarna hijau tua seperti warna buah

tembikai dan kulitnya boleh dimakan sekali bersama bijinya. Sayur timun ini banyak khasiatnya.

Selain itu juga, orang Kelantan menyebut lengkuas sebagai ku’ah. Manakala orang Jawa

menyebut lengkuas sebagai laus. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 924, lengkuas

didefinisikan sejenis tumbuhan ( rizom ). Bentuk lengkuas sama seperti halia dan daunnya pula

sama seperti daun kunyit. Lengkuas digunakan dalam masakan seperti dalam masakan rendang.

Page 9: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

Selain itu, cekur disebut cekur dalam dialek Kelantan iaitu sama seperti bahasa baku.

Perbezaannnya adalah dari segi sebutannya dan dalam bahasa Jawa disebut kencor. Menurut

Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 257, cekur adalah sejenis tumbuhan juga yang mana

umbinya dibuat ubat. Daunnya digunakan untuk dicampurkan di dalam masakan untuk

menimbulkan bau sebenar cekur contohnya dalam masakan gulai ikan keli masak cekur.

Selanjutnya adalah serai. Masyarakat Jawa menyebut serai sebagai se’re manakala orang

Kelantan biasanya menyebut serra. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1463, serai

diertikan sebagai sejenis tumbuhan yang mana daunnya seperti rumput dan lalang tetapi daun

serai ini berbau harum. Kebiasaanya, serai ini digunakan untuk dibuat perencah masakan. Nama

saintifiknya adalah Cymbopogon citrates.

Istilah lain bagai sayur-sayuran dan herba ini ialah sayur petola. Dalam dialek Kelantan

menyebut petola sebagai ten’ne sementara orang Jawa menyebut petola sebagai gambas.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1201, petola bermaksud sejenis tumbuhan herba

yang memanjat dan berbuah. Bentuknya panjang, berwarna hijau dan berkulit keras. Petola yang

tua tidak boleh dimakan sebaliknya isi dalamnya digunakan untuk mencuci pinggan dan boleh

juga digunakan untuk membersihkan tubuh badan ketika mandi kerana isinya itu sama seperti

beras sabut yang ada pada masa kini. Seterusnya ialah jering. Orang Jawa menyebut jering ini

sebagai jengkol dan dalam dialek Kelantan pula menyebutnya sebagai jering juga sama seperti

dalam sebutaan dan perkataan bahasa baku. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman

628, jering adalah sejenis tumbuhan yang mana buahnya dijadikan ulam. Ia sangat berkhasiat

Page 10: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

kerana boleh dijadikan penawar untuk pelbagai jenis peyakit, tetapi ia mempunyai bau yang

kurang enak.

Aktiviti pertanian bukan sahaja untuk mendapatkan hasil pertanian seperti buah-buahan

dan sayur-sayuran serta herba tetapi juga untuk diniagakan dan dipasarkan. Untuk melakukan

aktiviti pertanian ini, pelbagai peralatan diperlukan. Antara peralatan yang biasa digunakan ialah

cangkul. Cangkul dalam dialek Kelantan disebut cok dan dalam bahasa Jawa disebut cangkul.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 244, cangkul merupakan sejenis alat untuk

memecahkan ( menggemburkan tanah ). Dalam aktiviti pertanian, cangkul digunakan untuk

menggembur tanah untuk membuat batas. Tujuan batas dibuat adalah untuk mengggariskan

pinggir sesuatu bidang. Kebiasaannya batas ini dibuat di tempat menanam seperti di sawah atau

ladang.

Selain cangkul, peralatan seperti tajak juga digunakan dalam bidang pertanian.

Kebiasannya penutur dari Kelantan menyebut tajak sebagai cok betul dan bagi masyarakat Jawa

pula menyebut tajak sebagai tajak. Sama sahaja bentuk perkataan dan sebutannya. Menurut

Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1573, tajak adalah sejenis alat untuk mencangkul tanah

atau membersihkan rumput di sawah ( bendang dan lain-lain). Fungsinya sama seperti cangkul.

Tetapi apa yang membezakannya adalah bentuk peralatan tersebut. Alat ini terdiri daripada mata

tajak yang diperbuat daripada besi yang berbentuk tirus dan tajam dibahagian hadapannya.

Terdapat dua jenis tajak yang biasa digunakan iaitu tajak runcing yang digunakan untuk kerja-

Page 11: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

kerja ringan seperti menggemburkan tanah dan merumput dan tajak mata pepat yang mana

digunakan untuk mengorek lubang, menanam pokok dan membuat parit.

Selain itu juga, alat pertanian yang kebiasaannya digunakan oleh para petani untuk

menjalankan aktiviti pertanian ialah garu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 437,

garu bermaksud sejenis alat (sisir) yang digunakan untuk menggaruk tanah. Bentuk alat ini

seperti garpu iaitu bergigi-gigi. Orang Kelantan menyebut garu ini sebagai ge’rak dan orang

Jawa pula menyebut garu ini sebagai garon. Bagi alat seperti pisau orang Kelantan menyebut

pisau sebagai pisa dan orang Jawa pula menyebut pisau sebagai piso. Menurut Kamus Dewan

Edisi keempat halaman 1216, pisau merupakan sejenis besi tipis yang tajam dan berhulu untuk

memotong atau menghiris. Kebiasaanya alat ini digunakan untuk memotong bahan-bahan

memasak.

Selain itu, alat pertanian seperti plastik ( poli beg ) untuk tujuan pertanian pula disebut

sebagai supit oleh orang Kelantan dan orang Jawa pula menyebut plastik e’reng dan ada juga

yang disebut sebagai plastik keresek. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1218,

plastik diertikan sebagai sejenis bahan sintetik yang warnanya bermacam-macam untuk membuat

pelbagai jenis alat. Alatan yang lain ialah kapak. Dialek Kelantan menyebut kapak sebagai kapok

sementara dalam bahasa Jawa menyebutnya sebagai kampak. Menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat halaman 672, kapak bermaksud alatan yang terdiri daripada bilah besi yang tajam dan

bertangkai kayu. Fungsinya adalah untuk menebang pokok dan membelah kayu.

Page 12: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

Bagi jentera pula, jentera pertanian yang biasa digunakan sejak dahulu lagi ialah kereta

sorong. Kereta sorong dalam dialek Kelantan disebut keto tolok manakala dalam bahasa Jawa

disebut kereto sorong. Kereta sorong ini digunakan untuk menggangkat tanah ataupun hasil

pertanian dan pelbagai lagi kegunaannya. Kereta sorong ini mudah dibawa tanpa menggunakan

kos yang tinggi seperti kenderaan yang lain. Apa yang perlu hanya menggunakan tenaga sahaja.

Jentera pertanian seperti , jentera untuk membuat batas,menuai dan memetik hasil pertanian yang

tujuannya adalah untuk pertanian pula disebut keto ghalo oleh orang Kelantan. Manakala

masyarakat Jawa pula menyebut jentera ini sebagai bajak. Jentera ini digunakan pada masa kini

untuk mempercepatkan lagi proses penanaman tanpa menggunakan tenaga yang banyak tetapi

menggunakan kos yang agak tinggi.

Selain alatan dan jentera pertanian, terdapat juga kaedah atau cara pertanian itu

dijalankan. Antaranya ialah menanam, menuai, membajak, menyemai dan menebas. Terdapat

istilah yang digunakan oleh para petani terutama bagi yang berketurunan Jawa dan menggunakan

dialek Kelantan. Bagi kaedah pertanian seperti menanam, orang Kelantan menyebut menane.

Manakala orang Jawa menyebut menanam sebagai nandur. Menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat halaman 1593, menanam merupakan aktiviti mencucuk dan menabur benih ke dalam

tanah supaya tumbuh. Kaedah pertanian seperti menuai disebut menu oleh orang Kelantan

sementara orang Jawa pula menyebut menuai sebagai ngunduh untuk menuai hasil seperti

rambutan, jagung, kelapa sawit dan lain-lain lagi. Manakala menuai untuk hasil pertanian seperti

Page 13: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

padi disebut ani-ani oleh orang Jawa. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1717,

menuai bermaksud memotong padi dengan tuai dan mengetam padi. Para petani menanam padi

pada bulan Oktober dan mengetamnya dalam bulan Februari.

Seterusnya aktiviti pertanian seperti membajak. Dalam dialek Kelantan menyebutnya

dengan membajok dan bagi orang Jawa pula menyebut sebagai mbajak. Menurut Kamus Dewan

edisi Keempat halaman 110, membajak merupakan kaedah pertanian yang digunakan oleh para

petani untuk menggemburkan tanah, meluku dan menenggala dengan menggunakan jentera

seperti bajak untuk membajak sawah dan sebagainya. Selain itu, bagi kaedah pertanian seperti

menyemai pula, orang Kelantan menyebutnya dengan menyema. Manakala bagi masyarakat

Jawa pula menyebut menyemai dengan ngambang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat

halaman 1432, menyemai membawa maksud menanam atau menabur benih di tempat yang

tertentu dan akan dialih ke tempat lain.

Kelainan istilah bahasa Melayu dalam pertanian ini juga membincang sesuatu cara

pertanian dilakukan seperti aktiviti menebas. Orang Kelantan menyebut menebas sebagai

menebah sementara orang Jawa pula menyebutnya sebagai mancah. Menurut Kamus Dewan

Edisi Keempat halaman 1622, menebas bererti memotong atau merambah pokok-pokok kecil,

menebang pokok-pokok dalam hutan, membuka hutan untuk bercucuk tanam dan setelah selesai

menebang, menunggu masa untuk membakar pula. Begitulah antara hasil pertanian, alatan dan

juga cara pertanian itu dijalankan di sesebuah kawasan yang biasa diutarakan oleh penutur-

Page 14: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

penutur dalam kalangan petani yang mempunyai pelbagai perbezaan sebutan dan cara

berkomunikasi bagi seseorang penutur.

Secara analoginya, kelainan istilah bahasa Melayu dalam bidang pertanian yang

menggunakan dialek Kelantan dan bahasa Jawa ini memang sangat luas dan menarik untuk

dikaji dengan lebih mendalam lagi. Pengkaji telah melalui sendiri bagaimana masyarakat

disekeliling menggunakan dialek daerah kawasan masing-masing dan cara menutur serta

berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain terutamanya bagi membicarakan mengenai

perihal dalam bidang pertanian yang kebiasaannya dituturkan oleh golongan petani dan

peladang. Komunikasi antara mereka ini bukan sahaja mengenai bidang pertanian tetapi juga

dalam bidang perniagaan untuk mereka memasarkan hasil pertanian kepada masyarakat dan

untuk dieksport keluar Negara.

Konklusinya, peranan bahasa Melayu ini memainkan peranan yang amat penting untuk

seseorang itu memahami tentang sesuatu bahasa. Tanpa bahasa, tiadalah komunikasi antara

penutur dengan masyarakat. Dengan adanya kelainan istilah dalam pelbagai dialek ini, para

petani dan peladang dapat menambah lagi perbendahara kata selain mengetahui dialek yang

mereka gunakan. Justeru, sebagai pengkaji perlulah memartabatkan penggunaan bahasa Melayu

ini hingga ke pelosok negeri dan ke seantero dunia agar bahasa Melayu ini terus menjadi bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi Negara sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan

Page 15: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

Persekutuan Perkara 152. Sememangnya sesuatu bahasa itu sangat penting untuk digunakan dan

diaplikasikan dalam menjalankan sebarang aktiviti termasuklah dalam bidang pertanian ini

supaya bahasa Melayu ini tidak ketinggalan dek kerana persaingan yang hebat antara sesuatu

bahasa dan juga istilah lain untuk berkomunikasi.

BIBLIOGRAFI

1. Zainal Abidin Ahmad ( Za’ba ) (2002) Ilmu Mengarang Melayu, Edisi Ejaan

Rumi Baharu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2. Ajib Che Kob (1985), Dialek Geografi Pasir Mas.

3. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 16: KaMaLia · Web viewJABATAN BAHASA MELAYU FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI TAJUK : KELAINAN ISTILAH BAHASA MELAYU DALAM

4. Majalah Dewan Siswa, Mac 2007.

5. Majalah Dewan Siswa, Julai 2010.

6. Utusan Melayu, Agro Biz, Pertanian Menjana ekonomi Negara, Sabtu, 24

Oktober 2009.

7. Mohd Fazli, DIALEK.htm.

8. Mohd Fazli, Maghi_Blaja_Kkecek_Kelate.htm.

9. Bahasa Jawa, Wikipedia Bahasa Melayu ensiklopedia bahasa. htm.

10. Famili Azam. com, Kamus_mel_Jawa_htm.

11. Famili Azam.com,Bahasa Jawa.