Click here to load reader

Jepun Group

  • View
    1.796

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of Jepun Group

1.0 PENGENALAN Jepun merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar isolasi atau pemencilan dari berinteraksi dengan dunia luar1. Walaubagaimanapun, Jepun bukanlah mengamalkan dasar tersebut sepenuhnya kerana masih terdapat hubungan dengan kuasa barat seperti Belanda yang di benarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki secara terhad. Ekonomi Jepun terlalu bergantung terhadap bidang pertanian yang menyumbang kepada pendapatan negara.2 Hal ini di buktikan dengan kedudukan peta ini sebagai golongan yang ketiga penting selepas samurai. Semasa pemerintahan Tokugawa, beliau telah mengamalkan dasar pemencilan dari dunia luar, dasar ini telah dilaksanakan melalui tiga titah perintah yang dikeluarkan oleh Bakufu pada 1633, 1635, dan 1639.3 Kesan daripada dasar pemencilan yang dilaksanakan oleh Tokugawa telah menyebabkan Jepun telah ditipu dalam perjanjian Kanagawa. Perjanjian Kanagawa (31 Mac 1854) ini adalah berat sebelah kerana lebih memihak kepada Amerika Syarikat. Kesan daripada perjanjian berat sebelah ini, maka Jepun telah mengalami Enlightement, hal ini dapat dilihat apabila Jepun telah mengalami revolusi yang ketara sejak berlakunya pemulihan yang dilakukan oleh Maharaja Meiji. Kejayaan Jepun sebagai sebuah negara moden disebabkan oleh dasar luar yang dilakukan semasa pemerintahan Meiji dan Taisho. Perkara ini dapat dibuktikan apabila kerajaan Jepun membuat perjanjian dan persidangan dengan negara-negara barat melalui perjanjian Shimonoseki, perjanjian Inggeris-Jepun 1902, perang China-Jepun, perang Rusia-Jepun, perjanjian Porthmouth, Tuntutan dua puluh satu, persidangan

1

Jepun kekal tidak berhubung dengan dunia luar selama 200 tahun. Dalam tempoh ini Tokugawa memerintah dengan tegas dan melarang orang Jepun dari keluar negara. Tokugawa memastikan tiada perang saudara seperti yang berlaku pada zaman sebelumnya. Banyak bandar baru muncul di Jepun dan Edo menjadi sebuah bandar yang terbesar di dunia. Untuk keterangan lanjut sila rujuk dalam Changes in Japan oleh Chisholm. J. The Usborne Internet Linked Encyclopedia of World History, London : Usborne Publishing, 2000, hlm, 356 357. 2 Sila rujuk Steele. M.W. Alternative Narratives in Modern Japanese History. London and New York : Routledge Curzon, Taylor and Francis Group. 2003, hlm, 133 141. 3 Titah perintah yang pertama pada 1633 ialah melarang kapal-kapal Jepun daripada meninggalkan Negara kecuali mereka mempunyai lessen sah yang dikeluarkan oleh Bakufu, begitu juga yang terjadi kepada penduduk Jepun, mereka tidak boleh meninggalkan Negara, kecuali mereka mempunyai kebenaran terlebih dahulu dari Kesyogunan Tokugawa. Jika rakyat ingkar, mereka akan dihukum bunuh. Titah kedua pula telah mengharamkan kapal-kapal Jepun daripada belayar dan pergi keluar negeri. Titah ketiga pula mengharamkan perdagangan asing dan tidak wujudnya perhubungan dengan dunia luar. Rujuk buku M. Rajendran, Sejarah Jepun, Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn.Bhd, 1988, hlm 49-50.

1

Versailles, persidangan Washington, dan akhir sekali perancangan semula struktur pembangunan ekonomi dalam tahun-tahun 1920-an. 2.0 PEMULIHAN MAHARAJA MEIJI Pemimpin pemulihan Meiji menyedari kedatangan kuasa barat merupakan satu ancaman kepada kedaulatan dan kebebasan negara mereka. Hal ini telah di sedari sejak kedatangan wakil Amerika Syarikat, Komodor Perry ke Jepun pada 1853. Desakan dan ancaman yang telah di buat oleh kuasa barat tersebut telah mencabar kewibawaan dan menjatuhkan maruah negara Jepun. Setahun kemudian, merupakan sejarah hitam bagi Jepun apabila terpaksa menandatangani perjanjian berat sebelah yang menjadikan Jepun negara yang mengikut kehendak kuasa barat.4 Kejayaan Jepun sebagai sebuah negara moden dalam abad ke-19 dan 20 disebabkan dasar luar negara yang dilakukan oleh negara Jepun. Perkara ini dapat dibuktikan dengan adanya hubungan yang erat antara negara Jepun dengan dunia luar. Sejak peristiwa perjanjian berat sebelah ini, telah menyebabkan pakar cerdik pandai Jepun mengkaji semula perjanjian-perjanjian lama semasa pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Undang-undang serta cukai eksport telah dilaksanakan, sementara itu perjanjian yang tidak adil dibubarkan. Kuasa-kuasa barat enggan untuk menandatangani semula perjanjian dengan Jepun. Pada 1890-an isu perjanjian yang tidak adil ini telah menjadi isu politik. Parti pembangkang termasuk parti Jiyuto dan Kaishinto telah memberi tekanan yang kuat, lantaran itu, Hitorobumi telah mengarahkan menteri luar negara (Mutsu Munemitsu) telah mengambil pendirian yang tegas akan perjanjian tersebut. Pendekatan yang diambil oleh Ito Hitorobumi adalah secara drastik, hal ini disebabkan kesan pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki oleh pihak Amerika Syarikat.4

Menjelang 1858, Jepun telah menandatangani perjanjian perdagangan dengan Amerika, Britain, Perancis, Rusia dan Belanda. Bagi Jepun, ia membawa suatu era baru yang menamatkan zaman tradisi Jepun dalam hubungan luar dengan kuasa asing. Sebelum perjanjian, maklumat tentang dunia luar hanya di ketahui melalui pedagang China di Nagasaki, Laporan China dari pulau Okinawa, Maklumat dari kedutaan Korea dan pedagang Korea yang berdagang di Pulau Tsushima atau maklumat dari pedagang Belanda di Dejima dan Nagasaki. Dasar yang di amalkan oleh kuasa asing ialah persamaan antara negara. Tetapi dalam kes Jepun dan China, perjanjian yang memihak kepada mereka di buat kerana sikap benci orang asing yang di amalkan oleh keduadua negara tersebut. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Auslin, M.R, Negotiating With Imperialism : Unequal Treaties and The Culture of Japanese Diplomacy, Massachussets : Harvard University Press, 2004, hlm, 116.

2

Mutsu Munemitsu telah mengumumkan kepada negara-negara barat terutamanya Britain bahawa sekiranya perjanjian itu tidak dikaji semula, Jepun akan menolaknya, justeru itu, kerajaan British akhirnya setuju dan pada Julai 1894 perjanjian baru telah ditandatangani, perjanjian ini telah menghapuskan hak wilayah asing. Dalam tahun 1880-an dan 90-an, Korea telah menjadi isu utama di Jepun. Itagaki dan Saigo mahukan Jepun amalkan satu dasar yang agresif terhadap Korea, tetapi ditentang oleh Okubo dan Iwakura.5 3.0 PERANG CHINA-JEPUN Dasar luar Meiji telah membawa kepada isu pengkajian semula perjanjian, penentuan batas sempadan dan keselamatan negara. Isu-isu yang berkenaan dengan penentuan batas sempadan dan keselamatan negara secara tidak langsung telah menjejaskan perhubungan Jepun dengan Korea, Negara China dan Rusia. Berikutan dengan penggulingan kerajaan Shogun, pemerintahan oligaki iaitu terdiri daripada empat buah keluarga (Itagaki, Saigo, Okubo dan Iwakura) yang telah bekerjasama sejak beberapa lama tanpa perselisihan besar, telah berselisih faham mengenai soal dasar luar negara. Perselisihan ini berkenaan dengan bagaimana hendak mengendalikan perhubungan dengan negara Korea pada masa hadapan. Itagaki dan Saigo mahukan Jepun supaya mengamalkan satu dasar yang agresif terhadap Korea. Dalam menjalinkan hubungan luar dengan Korea, satu rombongan telah dihantar ke negera Korea bertujuan untuk memaksanya mengamalkan dasar buka pintu dengan Jepun. Tetapi orang Korea telah menolak permintaan Jepun itu dengan mudah akibat permusuhan yang masih membara diantara kedua-dua buah negara itu disebabkan peristiwa serangan Hideyoshi dalam kurun ke-16. Saigo bersama suatu kumpulan penting dalam kerajaan berpendapat bahawa satu pasukan tentera perlu dihantar untuk mengugut Korea dan beliau sendiri akan mengepalai pasukan tersebut. Namun, dasar ini telah ditentang oleh Okubo dan Iwakari yang telah mendebatkan bahawa walaupun Korea merupakan suatu isu penting kepada Jepun, tetapi kerajaan harus menumpukan ke arah melaksanakan proses transformasi Jepun kepada sebuah negara yang moden dan kuat. Mereka ini sedar bahawa belum cukup masanya bagi orang Jepun hendak campur tangan5

Dalam tahun 1874, kerajaan Meiji telah menggunakan diplomasi ubat bedil untuk memaksa Raja Kojong di Korea supaya menandatangani satu perjanjian yang memberi hak keistimewaan perdagangan kepada Jepun.

3

di Korea kerana mereka telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri kekuatan negara-negara besar di dunia ini dan bagaimana lemahnya negeri Jepun dalam lapangan perusahaan. Tambahan pula, campur tangan di Korea akan melibatkan mereka dengan Rusia. Perdebatan tersebut telah menyebabkan Itagaki dan Saigo meletak jawatan. Walaupun kerajaan Meiji tidak menyerang Korea, namun ia telah bersikap lebih tegas terhadap kerajaan Korea. Dalam tahun 1874, kerajaan Meiji telah menggunakan diplomasi ubat bedil untuk memaksa Raja Kojong dari Korea supaya menandatangani satu perjanjian yang memberi hak keistimewaan perdagangan kepada Jepun. Krisis yang melibatkan antara Jepun dengan China dan Korea merupakan faktor utama yang membawa kepada tercetusnya Perang China-Jepun di Korea. Perang China-Jepun Pertama 1894-1895 berlaku di Korea kerana kedua-dua kuasa tersebut mempunyai kepentingan masing-masing di Korea. Peperangan ini berpunca daripada persaingan Jepun dan China untuk menegakkan pengaruh masing-masing di Korea. Sebenarnya Jepun mempunyai agenda yang tersendiri untuk menawan Korea. Bagi Jepun, Korea telah menjadi isu penting dalam tahun 1880-an dan 1890-an disebabkan beberapa faktor dalam negeri dan antarabangsa seperti politik, ekonomi dan sosial. Keadaan ini didorong oleh fahaman imperialisme Barat yang telah mempengaruhi pemimpin-pemimpin Jepun pada akhir abad ke-19. Mereka melihat bahawa dasar imperialisme amat penting bagi sesebuah negara menunjukkan kekuatannya agar mendapat pengiktirafan dunia. Pada masa yang sama telah timbul kekacauan di Korea disebabkan konflik antara Jepun dan China. Faktor-faktor ini sekaligus menjadi alasan utama Jepun untuk menguasai Korea hingga mencetuskan Perang China-Jepun antara kedua buah negara tersebut. Kejayaan Jepun dalam Perang China-Jepun Pertama telah memberi kejutan yang besar kerana ramai pemerhati menjangkakan Jepun akan kalah di