7
Perindustria n di Jepun

perindustrian jepun

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah tema 3 penggal 1 stpm

Citation preview

PowerPoint Presentation

Perindustrian di Jepun

Jepun merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar tutup pintu [sakoku] atau dasar pemencilan.Walau bagaimanapun, kedatangan Komodor Matthew Perry dengan Kapal Hitam Angkatan Laut Amerika Syarikat berjaya mengubah dasar tutup pintu Jepun.

Melalui Perjanjian Kanagawa [Konvensyen Kanagawa] , Matthew Perry yang datang dengan angkatan laut yang kuat serta teknologi yang moden berjaya memaksa Jepun untuk menerima kehadiran orang barat.Era Pemulihan MeijiPeralihan era keshogunan [ yang mengamalkan sistem feudal] kepada era kerajaan Meiji menyaksikan bermulanya zaman Pemulihan Meiji @ Pembaharuan Meiji.

Langkah yang dijalankan semasa zaman Pemulihan Meiji:Jepun memperkenalkan sistem politik, undang-undang dan ketenteraan bercorak ala barat.Menubuhkan Dewan Penasihat MaharajaMenyusun Perlembagaan MeijiMembentuk Parlimen Diraja

Pemulihan Meiji membawa kesan positif kepada Jepun iaitu:Mempercepatkan proses pemulihan dan perindustrian di Jepun.Ketenteraan Jepun turut diperkuatkan sehingga berjaya mengalahkan China [Perang China Jepun I] dan Rusia [Perang Rusia Jepun]

Perkembangan Perindustrian di JepunPerkembangan perindustrian di Jepun dapat dilihat dalam 4 bidangPengekalan Industri-protoPerkembangan bidang pelaburanPeralihan bidang tumpuanPengenalan ekonomi dualismePengekalan Industri ProtoIndustri proto merujuk kepada satu bentuk pengeluaran pembuatan dan organisasi. Sehingga tahun 1890, pertanian masih menjadi penyumbang utama ekonomi Jepun.Teh dan sutera antara hasil utama Jepun. Hasil pertanian yang banyak membolehkan Jepun mengekalkan produk industri-proto di bandar dan juga luar bandar. Perkembangan Bidang PelaburanPelaburan domestik dalam bidang industri dan infastruktur menjadi penggerak bidang pelaburan di Jepun. Sektor awam dan sektor swasta menjadi pelabur utama dalam bidang infrastruktur. Selain itu, Jepun turut membina kilang-kilamg sutera, simen dan senjata. Syarikat Mitsui, Mitsubishi dan Kawasaki adalah antara syarikat industri besar yang banyak menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jepun.Peralihan Bidang TumpuanBidang pertanian dimajukan dengan memperkenalkan pembaharuan seperti:Penggunaan jentera / mesin elektrik.Penemuan benih berkualiti.Penggunaan teknologi pertanian dari barat.Pembaharuan ini menyebabkan hasil pertanian Jepun semakin meningkat. Faktor ini membawa kepada perkembangan sektor pembuatan. Jepun kemudiannya memberi tumpuan kepada sektor pembuatan sekaligus telah memacu perkembangan sektor perindustrian.Pengenalan Ekonomi DualismeFirma besar menawarkan gaji yang besar manakala firma kecil menawarkan gaji yang rendah.Hal ini menyebabkan gaji di sektor perindustrian yg besar lebih tinggi berbanding di pedalaman secara tidak langsung memacu perkembangan perindustrian. Pengenalan ekonomi dualisme membawa kepada:Pengkategorian buruh mengikut kemahiran dan pasaran.Ketidaksamaan pendapatan

Kesimpulan

Perkembangan ekonomi Jepun daripada pertanian kepada perindustrian menyaksikan Jepun muncul sebagai negara yang termaju ekonominya di rantau Asia Timur. Perkembangan ini banyak didorong oleh pembaharuan yang dilaksanakan dalam dasar Pemulihan Meiji. Pemerintahan Meiji menandakan berakhirnya era feudalisme yang diamalkan oleh Keshogunan Tokugawa.