Click here to load reader

Jepun Di Burma

  • View
    108

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

jepun

Text of Jepun Di Burma

ANALISAKAN KESAN-KESAN PENDUDUKAN JEPUN KE ATAS REJIM KOLONIAL DI ASIA TENGGARA

1.0PENGENALAN

Pada bulan Disember 1941, Jepun memulakan serangannya ke atas tanah jajahan Eropah dan Amerika di Timur Jauh dan Asia Tenggara. Jepun menggunakan negara Thailand sebagai tapak untuk melancarkan serangan ke atas Myanmar kerana hubungan baik dengan negara Thailand di bawah Perdana Menteri Luang Pibul Songgram. Serangan Jepun ke atas Myanmar dimulakan pada bulan Januari 1942 dengan bantuan tentera bebas Burma diketuai oleh Jeneral Aung San. Jeneral Aung San bersama nasionalis Myanmar yang lain membantu Jepun dengan harapan Jepun akan memberikan kemerdekaan kepada negara Myanmar. British cuba mempertahankan Myanmar di Moulmein dengan memperkuatkan pertahanan mereka di sepanjang Sungai Salween, tetapi gagal. Orang-orang British kemudiannya berundur ke Pegu dan seterusnya tiba di Rangoon. Pada Mac 1942, Rangoon dikuasai oleh Jepun dan memaksa tentera British bergerak ke Prome. Akhirnya pada bulan Mei 1942 hampir seluruh Myanmar telah dikuasai. Penguasaan Jepun ke atas Myanmar membawa kesan daripada segi politik, ekonomi dan sosial.2.0 NASIONALISME Nasionalisme di Myanmar amat berlainan dengan negara-negara di Asia Tenggara yang lain. Sejauhmanakah penjajahan Jepun di Myanmar meninggalkan kesan ke atas nasionalisme Myanmar, dapat dilihat melalui hubungan antara Jepun dan Myanmar sebelum kedatangan penjajahan dan semasa penjajahan Jepun. Sebelum kedatangan Jepun, semangat nasionalisme sudah bercambah dalam masyarakat Myanmar terutama di kalangan petani, Hpongyi dan pelajar-pelajar. Bentuk nasionalisme pada ketika itu hanyalah melalui pertubuhan-pertubuhan yang merangkumi semua peringkat iaitu daripada peringkat bawahan ( petani ), golongan agama ( Pynyi ) dan pelajar-pelajar. Gerakan yang mereka lakukan hanyalah bersifat sederhana sahaja, bercelaru dan berpecah-belah antara persatuan-persatuan yang ditubuhkan. Pengaruh dari Jepun telah menjadikan golongan nasionalisme Myanmar menjadi lebih radikal dan bersatu.

Hubungan Myanmar dan Jepun bermula pada tahun 1899. Pada tahun 1899 hingga 1941 hubungan Jepun dan Burma baik kerana aktiviti perdagangan yang dijalankan antara kedua-dua pihak. Pada masa tersebut terdapat juga rakyat Jepun yang tinggal di Myanmar yang berkerja di konsulat Jepun, firma serta organisasi Jepun, doktor gigi, jurugambar dan peniaga. Hubungan antara kedua-dua pihak dihentikan pada September 1941 disebabkan tindakan Jepun menduduki Indochina.

Pada ketika ini nasionalisme tempatan banyak dikaitkan dengan orang perseorangan Jepun iaitu Kokubu Shozo, Suzuki Keiji dan Higuchi. Individu-indidu tersebut banyak memberi sokongan kepada nasionalis tempatan. Kokubo juga dikatakan terlibat dengan satu rancangan Revolusi bersenjata yang melibatkan Dr. Ba Maw, U Soe Thein, Thakin kelompok Ba Sien dan bantuan ketenteraan serta kewangan dari Jepun. Memorandum gerakan bersenjata itu gagal mendapat keluluskan daripada kerajaan Jepun dan digantikan dengan Minami Kikan.

Sumbangan Jepun kepada nasionalis Myanmar pada peringkat awal adalah melalui penubuhan pasukan tentera pembebasan Myanmar. Pada bulan disember 1941 telah ditubuhkan satu pasukan tentera pembebasan Myanmar yang dinamakan Birumma Giyu Gun ( BIA ) di Bangkok. Anggota pasukan ini kebanyakannya dianggotai oleh beberapa orang Thakin yang melarikan diri untuk meminta bantuan Jepun. Penubuhan BIA merupakan sumbangan utama Jepun kepada nasionalis Myanmar. Golongan Thakin yang lari tersebut telah menjalani latihan tentera yang keras di bawah pengawasan Jepun. Latihan ketenteraan keras penting kepada Thakin tersebut dalam membebaskan negara mereka daripada British dengan teknik serangan. Tujuan latihan tersebut adalah menjadikan mereka bukan sahaja merupakan golongan terpelajar malah mahir dengan kemahiran ketenteraan. Pada masa yang sama, Jepun juga telah menjanjikan kemerdekaan kepada Myanmar jika mereka berjaya menguasai Myanmar dari British. Melalui perjanjian tersebut, golongan tersebut bersama-sama Jepun melakukan serangan ke atas British di Myanmar. Dengan bantuan tentera yang dilatih khas tersebut Jepun berjaya menguasai Myanmar. Penduduk tempatan telah memberikan kerjasama dengan baik kerana menyangkakan pembebasan Myanmar adalah datang daripada warganya sendiri.Semasa penjajahan Jepun, nasionalisme juga semakin meningkat berkembang dengan lebih pesat. Hal ini disebabkan beberapa dasar-dasar yang dilakukan oleh Jepun ketika menduduki Myanmar. Selepas menguasai Myanmar, Jepun memilih bumiputera terutama golongan Thakin yang terlibat dalam serangan ke atas British, dalam membantu pentadbiran Jepun di Myanmar bagi menunaikan janjinya memberi kemerdekaan. Ketua Thakin iaitu Aung San mendapat kedudukan yang tinggi dalam arena politik. Dasar yang dibuat Jepun tersebut telah menyediakan pengalaman dalam pentadbiran oleh masyarakat Myanmar. Keadaan ini menambahkan kembali keyakinan Myanmar bahawa mereka mampu memerintah sendiri dan berjuang untuk mencapai kebebasan. Walaupun Jepun memberikan kuasa pentadbiran kepada Myanmar, dalam masa yang sama mengurangkan ahli-ahli tentera yang bersama-sama membantu Jepun menentang British menjadi kecil serta mengurangkan kuasa mereka. Selepas tahun 1945 selepas Jepun menyerah kalah British kembali ke Myanmar, menyedari pengaruh yang kuat golongan pentadbir tersebut dalam politik maka British berhati-hati dalam melaksanakan dasar. Ramai juga telah diberikan peluang untuk mengisi kekosongan pentadbiran di peringkat pusat dan daerah seperti U Kyaw Nyein.

Semasa penjajahan dasar yang dilakukan Jepun dalam bidang pendidikan ialah menanamkan dalam diri pelajar dari pelajar sekolah, sekolah tinggi, kolej dan belia tentang kewujudan Negara Asia Baharu. Penanaman semangat untuk mewujudkan Negara Asia Baharu itu adalah menerusi penubuhan persatuan pakaian beruniform seperti persatuan pembantu polis, payung terjun dan tentera Negara. Melalui persatuan ini, belia-belia banyak didedahkan dengan kemahiran dan kaedah dalam peperangan. Tumpuan lebih diberikan kepada golongan belia dengan menawarkan pangkat yang dikhaskan untuk golongan yang berpendidikan. Ia bertujuan untuk mempengaruhi serta menjadikan belia sebagai golongan yang setia menurut perintah. Belia tidak terpengaruh malah menggunakan semangat dan teknik-teknik yang diajar melawan Jepun kembali selepas Jepun tidak menunaikan janji mereka serta melakukan banyak kezaliman dan pengekploitasian sumber alam Myanmar. Selepas penjajahan Jepun, golongan belia ini menggunakan kemahiran tersebut untuk dapatkan kemerdekaan daripada British.Semasa penjajahan Jepun, mereka diberikan kemudahan untuk berhubung dengan rakyat tempatan tanpa sekatan. Kebebasan penggunaan surat khabar dan radio dalam bahasa kebangsaan Myanmar dibenarkan secara rasmi. Keadaan ini memudahkan penyebaran pemimpin-pemimpin nasionalis berhubung dengan masyarakat tempatan.Walaupun Jepun menyerahkan pentadbiran kepada rakyat Myanmar dan memberi kemerdekaan tetapi Jepun masih lagi berkuasa penuh terutama dari sudut ekonomi. Malahan, Jepun banyak melakukan kezaliman dan pengekploitasi sumber alam Myanmar. Selepas Jepun tidak menunaikan janjinya untuk memberi kemerdekaan sepenuhnya kepada Myanmar, Thakin menjalankan gerakan sulit dan bersedia menentang Jepun. Mereka menubuhkan pertubuhan baru iaitu Anti Fascist Peoples Freedom League ( AFPFL ) yang keanggotaannya dibuka kepada pelbagai kaum. Tujuan penubuhan AFPFL adalah untuk mengekalkan kemerdekaan Myanmar. AFPFL juga menjalankan dasar berkerjasama dengan British untuk mengalahkan Jepun. Begitulah sikap nasionalis-nasionalis Myanmar yang sanggup berkerjasama dengan sesiapa sahaja bagi membebaskan negara dari penjajahan.Walaupun menyambut baik kepulangan semula British, masyarakat Myanmar tetap mahu kebebasan. Pengalaman semasa penjajahan Jepun menyebabkan mereka hilang kesabaran ke atas sebarang penjajahan asing. Penjajahan Jepun telah menyedarkan mereka dan berjaya meninggalkan semangat nasionalisme yang kuat dalam diri mereka untuk bebas daripada sebarang kekuasaan asing sama ada daripada sudut politik atau ekonomi. Gerakan pembebasan untuk memperoleh kemerdekaan penuh diketuai oleh Aung sang dan Anti-Fascist Kebebasan Rakyat ( A.F.P.F.L ). Pada pentadbiran British Aung san telah dijadikan jurucakap untuk mempertahankan cita-cita rakyat untuk mencapai kemerdekaan. Aung San juga telah mengetuai pemberontakan dan dalam masa yang sama menjalankan rundingan untuk mendapatkan kemerdekaan kali kedua daripada British. Oleh itu, jalan kepada kemerdekaan Myanmar telah terbuka dengan peranan yang dimainkan oleh Aung San. Penjajahan Jepun ke atas Asia tenggara dan terutamanya di Myanmar meninggalkan kesan yang positif ke atas nasionalisme. Nasionalisme yang bersifat sederhana pada peringkat awal bertukar kepada radikal, tersusun, bersatu-padu dan lebih berani selepas penjajahan Jepun. Golongan nasionalisme ini menjalankan gerakan hanya satu untuk mencapai matlamat asal mereka iaitu Myanmar untuk orang Myanmar. Hal ini menunjukkan Jepun meninggalkan sumbangan yang besar dalam perkembangan nasionalisme. Malah penduduk Myanmar juga amat menghargai sumbangan rakyat Jepun seperti Takashi Hachiro, Inao Mizutani dan Izumiya Tatsuro. Mereka telah dianugerahkan dengan hadiah negara Aung san Tagaung oleh bekas rakan mereka iaitu general Aung San .3.0 POLITIK

3.1PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN3.1.1 Sistem Pemerintahan Tentera

Setelah Jepun menakluki Myanmar, Jepun telah menubuhkan kerajaannya yang dikenali sebagai pentadbiran Baho. Semasa pendudukan Jepun, semua ahli politik Myanmar seperti Dr. Ba Maw, U Nu, U Ba Pe dan lain-lain telah dibebaskan. Mereka mengambil keputusan untuk berkerjasama dengan Jepun dan bersatu di bawah satu pertubuhan yang dikenali sebagai Tentera Kemerdekaan Myanmar ( Myanmar Independence Army ). Perubahan dalam sistem pentadbiran dapat dilihat semasa pendudukan Jepun di Myanmar,

Search related