Upload
miezz-azereen
View
256
Download
2
Embed Size (px)
7/31/2019 SEJARAH JEPUN
1/16
1
SEJARAH AWAL TAMADUN JEPUN
Sejarah bertulis Jepun bermula dari kemunculan awal teks-teks sejarah Cina pada awal abad
pertama. Namun begitut pakar arkeologi mendapati manusia telah tinggal dan hidup di pulau-
pulau Jepun sewal Zaman Paleolitik lagi. Selepas zaman ais sekitar 12,000 B.C mendapati
ekosisitem di Kepulauan Jepun yang kaya telah menggalakkan pembangunan manusia
menghasilkan tembikar juga dikenali sebagai Zaman Jomon. Rentetan itu sejarah Jepun
berselang seli antara tempoh-tempoh keterasingan dengan pegaruh-pengaruh radikal yang
kadangkala bersifat revolusi dari duia luar.
Sejarah negara Jepun itu dijulang selepas Perang Dunia II. Mungkin Bintang Asia ini dikenali
oleh Dunia selepas fasa itu.Tapi, hakikatnya sejarah negara itu juga mengalami proses. Proses
peralihan (transaksi) dengan kata lainya transaksi antara kelompok Revolusionari dan
Intelektual. Dua kelompok inilah sebenarnya yang memacu Jepun sehingga ke taraf Tamadun
Negara-Bangsa yang hebat. Berapa ramai intelektual mereka bermula dari
zaman Jomon(zaman terawal Jepun yang direkodkan oleh sejarah, 8000 tahun sebelum
Masihi) sehinggalah zaman Showa (1926-1989), kemudian, zaman selepas itu termasuklah
zaman pemodenan Meijisehinggalah sekarang.
Konotasi dari itu, juga berapa kali berlakunya proses reformasi ataupun evolusi sejarah dan
penganjakan paradigma (shift paradigm) masyarakat merka dari suatu tahap ke satu tahap
yang lebih baik. Dalam kata lainya membawa maksud dari satu tahap yang kuno kepada tahap
yang lebih moden. Inilah peranan terbesar kelompokan yang saya panggil sebagai
Revolusionari itu tadi.
7/31/2019 SEJARAH JEPUN
2/16
7/31/2019 SEJARAH JEPUN
3/16
3
PERANG DUNIA KEDUA
Pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuclear yang
dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap Empayar Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.
Serangan bermula pada 6 Ogos 1945 di bandaraya Hiroshima diikuti pada 9 Ogos 1945
pengguguran bom di Nagasaki. Pihak Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945 dengan
menandatangani dokumen menyerah kalah pada 2 September 1945. Serangan tersebut telah
menyebabkan kemusnahan yang meninggalkan kesan yang sangat hebat kepada penduduk
Jepun khususnya bangsa Jepun itu sendiri sehingga kini setelah 65 tahun berlalu.
Menurut kebanyakan anggaran, pengeboman Hiroshima membunuh kira-kira 70,000 orang
akibat kesan serta-merta peletupan itu. Anggaran bilangan yang terkorban menjelang akhir
tahun 1945 diberi dari 90,000 hingga 140,000, akibat terbakar, penyinaran, dan penyakit yang
menyusul, diburukkan oleh kesuntukan sumber perubatan. Sesetengah anggaran mencatat
sebanyak 200,000 orang mati menjelang tahun 1950, akibat penyakit barah dan kesan jangka
panjang yang lain. Bilangan untuk Nagasaki lebih rendah kerana rupa bumi di sana
Gambar 1 : PENGEBOMAN DI HIROSHIMA
7/31/2019 SEJARAH JEPUN
4/16
4
mengurangkan impak pengeboman, dengan bilangan yang terkorban serta-merta dianggarkan
dari 40,000 hingga 75,000 orang. Di kedua-dua bandaraya, kebanyakan besar kematian
merupakan rakyat biasa.
Terdapat beberapa faktor yang menyukarkan anggaran bilangan nyawa yang terkorban dalam
pengeboman ini. Populasi bandar-bandar terlibat sebelum pengeboman cuma diketahui secara
kasar, kerana berlakunya pemindahan besar-besaran, serta juga bilangan buruh paksa yang
juga kabur. Sebilangan mangsa terbakar mayatnya sehingga sukar dicam atau mayatnya
dilupuskan dalam pembakaran besar-besaran.Rekod anggota tentera turut musnah, dan ramai
keluarga dikorbankan keseluruhannya, maka kurangnya orang yang mampu melaporkan
bilangan yang terkorban. Peranan pengeboman dalam penyerahan kalah jepun, serta juga
kesan dan justifikasinya, banyak dilibatkan dalam perdebatan.
Bandar Hiroshima hancur musnah dihempas bom atom oleh tentera Amerika Syarikat.
Kemusnahan akibat pengeboman tersebut boleh dilihat melalui kemusnahan bangunan-
bangunan, rumah-rumah, alam sekitar malahan yang paling meninggalkan kesan adalah
Gambar 2 : KEMUSNAHAN AKIBAT PENGEBOMAN DI HIROSHIMA
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penyerahan_kalah_jepun&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penyerahan_kalah_jepun&action=edit&redlink=17/31/2019 SEJARAH JEPUN
5/16
5
terkorbanya ribuan rakyat Jepun. Malah kesan nuklear itu sendiri masih lagi menimpa rakyat
Jepun hingga beberapa generasi.
TSUNAMI DI JEPUN
Tanggal 11 Mac 2011, dunia digemparkan dengan kejadian tsunami terburuk di Jepun.
Kejadian tsunami berpunca daripada gempa bum yang berukuran 8.9 magnitud dan
menyebabkan berlakunya ombak besar setinggi hingga emat meter. Kejadian itu telah meragut
banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Gegaran pada 8.9 skala Richter, tsunami,
letupan loji nuklear dan adenovirus yang menimpa Jepun pada tanggal 11 Mac lalu dilihat
sebagai sudah jatuh ditimpa tangga. Namun, mereka cuba bangun menyelesaikan masalah dan
krisis yang terjadi. Peristiwa ini juga mengingatkan dunia akan peristiwa pengeboman
Hiroshima 65 tahun yang lalu. Pastinya rakyat Jepun mengambil banyak iktibar dari detik
kejatuhan mereka pada ketika itu untuk bangkit semula pada kali ini setelah berlakunya
tsunami.
7/31/2019 SEJARAH JEPUN
6/16
6
Sebelum tsunami
Selepas tsunami
7/31/2019 SEJARAH JEPUN
7/16
7
Sebelum tsunami
Selepas tsunami
7/31/2019 SEJARAH JEPUN
8/16
8
Sebelum tsunami
Selepas tsunami
7/31/2019 SEJARAH JEPUN
9/16
9
PATRIOTIK BANGSA JEPUN
JEPUN sebuah negara yang dikenali sebagai matahari terbit dan terdiri daripada kepulauan
sememangnya kuat dan berusaha sedaya mungkin bagi memulihkan kembali kemusnahan
yang berlaku dan itulah apa yang kita harus contohi daripada mereka khususnya seluruh rakyat
Malaysia. Gegaran pada 8.9 skala Richter, tsunami, letupan loji nuklear dan adenovirus yang
menimpa Jepun pada tanggal 11 Mac lalu dilihat sebagai sudah jatuh ditimpa tangga. Namun,
mereka cuba bangun menyelesaikan masalah dan krisis yang terjadi. Tsunami yang berasal
dari perkataan Jepun bermaksud "ombak gergasi" sudah cukup untuk menggerunkan sesiapa
sahaja yang mendengarnya. Tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk
memusnahkan apa saja yang berada di hadapannya.
Rentetan peperangan yang dilalui Jepun juga telah memberi impak berbeza kepada rakyat
Jepun untuk memperjuangkan nasib bangsa dan negara mereka. Semangat nasionalisme atau
sayangkan negara sendiri serta sanggup berkorban demi tanahair tercinta sebenarnya telah
lama terpatri di dalam jiwa dan jati diri rakyat Jepun. Oleh itu kesan peperangan yang berlaku
lewat 65 tahun dahulu telah membentuk semangat kebangkitan bangsa mereka daripada tewas
dalam apa jua keadaan pada hari untuk maju dalam pelbagai aspek termasuk politik, ekonomi
dan sosial sehinggalah kesan bencana alam yang dasyat seperti tsunami pada 2011 juga tidak
menjadi penghalang pada mereka.
Nasionalisme atau semangat kebangsaan bermaksud kesedaran politik dikalangan sesuatu
bangsa untuk membebaskan diri dan negara mereka daripada penjajahan kuasa asing. Ia juga
boleh didefinisikan sebagai perasaan cintakan tanah air dan juga membebaskan bangsa dan
negara daripada cengkaman penjajah. Selain daripada faktor-faktor sperti peranan akbar dan
7/31/2019 SEJARAH JEPUN
10/16
10
wartawan, pendidikan, intelektual, dan sebagainya, faktor pengaruh daripada luar juga
mempengaruhi dan memainkan peranan penting dalam usaha membangkitkan perasaan
nasionalisme. Kemunculan Negara Jepun sebagai kuasa besar dunia telah membuka mata
masyarakat Asia untuk memperjuangkan nasib mereka yang selama ini telah agar tidak terus
dikongkong oleh penjajah barat sama ada dari segi politik, ekonomi, mahupun sosial malahan
jatuh kerana bencana alam.
Gambar 3 : IMPAK TSUNAMI KETIKA DAN SELEPAS
7/31/2019 SEJARAH JEPUN
11/16
11
KEBANGKITAN RAKYAT JEPUN
Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara Barat.
Masyarakat Jepun dikenali sebagai masyarakat yang gigih dalam membangunkan negara dan
ekonomi mereka. Oleh demikian pegangan etika yang kukuh telah membentuk kesepakatan
yang baik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab ketika bekerja. Kini, masyarakat Jepun
bukan sahaja berjaya mempelopori dunia dalam bidang sains dan teknologi malahan turut
seiring mendahului bangsa lain dalam aspek sosio budaya dengan sikap diri serta etika kerja
yang cemerlang. Antaranya adalah sikap yang berdedikasi, menepati masa, prinsip perniagaan
yang teguh, professionalisme dan pengubahsuaian idea.
Masyarakat Jepun berpegang kepada empat prinsip asas dalam meningkatkan kualiti kerja
serta sebagai garis panduan ke arah etika kerja yang berkualiti. Ia adalah bagi para pekerja
yang berupaya melakukan tugasannya dianggap bijak dan akan dapat meningkatkan
produktiviti dan kualiti tugasannya. Selain itu, memberi peluang kepada pekerja untuk
meningkatkan kualiti kerja mereka, ahli-ahli dalam koperasi membentuk satu keluarga besar
dan bekerja dalam kumpulan adalah lebih penting berbanding bekerja secara individu.
Prinsip yang dibina oleh rakyat dan bangsa Jepun pada dasarnya inilah telah menjadikan Jepun
pantas untuk bangkit dan memperbaiki kehidupan mereka untuk terus maju dan bersaing
dengan dunia. Dua peristiwa yang pernah membadai Jepun ini telah terbukti dan seharusnya
menjadi iktibar kepada kita betapa masyarakat Jepun ini lebih mementingkan kemajuan
Negara mereka yang utama berbanding kepentingan peribadi mereka.
7/31/2019 SEJARAH JEPUN
12/16
12
Pembentukan ke arah gaya kerja yang inovatif, konsep kaizendilaksanakan bagi melahirkan
semangat berterusan para pekerja untuk membaiki hasil kerja mereka. Ia adalah satu proses
penambahbaikan yang berterusan bagi mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi dari semasa
ke semasa. Konsep Mottainaimerupakan konsep paling penting dalam masyarakat Jepun. Ia
bermaksud, segala harta di dunia adalah pembaziran atau anugerah daripada Tuhan. Manusia
sebagai pentadbir dan menguruskan harta-harta yang dipinjamkan tersebut dengan efektif
tanpa pembaziran. Jika membazir dianggap satu kesalahan besar.
Selain itu, masyarakat Jepun mempunyai etika kerja yang tinggi samada ia melibatkan
seseorang dalam profesion perguruan, pekerja pejabat, pelayan restoran, pemandu bas dan
sebagainya. Sikap yang komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan dan
berkebolehan untuk bekerja melampaui jadual waktu pejabat.. Masyarakat jepun mengamalkan
budaya kerja samurai bushido di mana prinsip-prinsip tersebut ialah pekerjaan itu satu
penghormatan dan amanah, berjuang untuk negara dan ketua atau majikan dengan ikhlas dan
bersungguh-sungguh, jadi dan buatkan yang terbaik dan mati itu lebih baik daripada
mengkhianat atau menghampakan majikan atau ketua.
Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan banting dan pantang
menyerah. Puluhan tahun dibawah kerajaan Tokugawa yang menutup semua akses ke luar
negeri, Jepun sangat tertinggal dalam teknologi. Ketika pemulihan Meiji (meiji ishin) datang,
bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast-learner. Kemiskinan sumber daya alam juga
tidak membuat Jepun menyerah. Tidak hanya menjadi pengimport minyak,bijih besi dan kayu,
bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.
Rentetan bencana terjadi di tahun 1945, dari peristiwa bom atom di Hiroshima dan Nagasaki,
disusul dengan kekalahan Jepun dalam perang, dan ditambahi dengan adanya gempa bumi
besar di Tokyo. Ternyata Jepun tidak habis. Dalam beberapa tahun berikutnya Jepun sudah
7/31/2019 SEJARAH JEPUN
13/16
13
berhasil membangun industri automotif dan bahkan juga keretapi laju (shinkansen) . Cukup unik
bahawa ilmu dan teori dimana orang harus belajar dari kegagalan dibuat formula di Jepun
dengan nama shippaigaku (ilmu kegagalan).
DASAR PANDANG KE TIMUR
Pada 8 Februari 1982, tercetus satu corak pemikiran baru kepada Negara Malaysia melalui
sudut pandangan bernas mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melalui Dasar
Pandang Ke Timur. Ia memperlihat akan negara Jepun dijadikan contoh dan teladan dari segi
meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta dengan
pengubahsuaiannya mengikut keadaan di Malaysia. Selain itu, bagi merealisasikan usaha
mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang
positif kearah mencapai matlamat Negara maju.
Objektif utama Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan
pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai
nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara. Sebagai sebuah
negara yang sedang membangun, nilai-nilai dan etika kerja di atas perlu diamalkan kerana
ianya dapat membantu menjayakan usaha-usaha pembangunan yang dijalankan.
7/31/2019 SEJARAH JEPUN
14/16
14
Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah 'kerajinan dan disiplin bekerja,
kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja,
keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri, tekanan daya pengeluaran (productivity)
dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan
perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan
jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam
jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan
bagi negara kita
Selaras dengan dasar ini, Kerajaan telah menyusun strategi dan program bagi meningkatkan
kecekapan, kekesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik di kalangan pegawai dan
kakitangan. Pegawai-pegawai dan pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun dan Korea untuk
mempelajari selok belok teknikal dan aspek pengurusan di kedua-dua negara tersebut. Di
antara program yang telah dijalankan adalah seperti perubahan struktur, perubahan sikap dan
latihan meningkatkan produktiviti.
MENJANA NILAI POSITIF RAKYAT MALAYSIA
Malaysia adalah sebuah Negara menbangun dan menuju ke arah kemajuan selaras dengan
Wawasan 2020 memerlukan semangat patriotism yang kukuh dan kental di kalangan rakyat.
Kemajuan yang diperolehi ini amat bermakna apabila segenap lapisan masyarakat mempunyai
semangat cintakan Negara. Apabila Malaysia berada dipuncak dunia dengan semangatcintakan negara yang ditonjolkan oleh rakyatnya maka ia memberi pulangan yang lumayan
kepada semua warganegara Malaysia terutamanya ekonomi.Ekonomi Negara akan semakin
mantap dengan kehadiran pelancong untuk melihat kemasyhuran Malaysia.para pelabur juga
7/31/2019 SEJARAH JEPUN
15/16
15
berlumba lumba menjana ekonomi negara kerana mereka percaya Malaysia adalah negara
yang aman,aman,bersatu padu dan makmur serta stabil di mana semua rakyatnya yang
berbilang bangsa mencintai Negara Malaysia.
Kekuatan dan ketabahan serta tanggungjawab bangsa Jepun terhadap Negara mereka. ketika
berdepan malapetaka yang dahsyat, Jepun masih menjadi inspirasi kepada dunia.
Penduduknya membuktikan bahawa manusia mampu menguasai naluri asas kehidupan demi
kebaikan bersama. Mereka mempamerkan kecekalan, ketenangan, maruah dan kemurahan
hati yang menjadi nilai budaya mereka selama ini.
Penutup
Sejarah telah membuktikan betapa gigih dan cekal sikap dan tingkah laku rakyat Jepun
terutamanya melalui apa yang dirakamkan pada dua peristiwa besar yang melanda Jepun iaitu
pengeboman dengan bom nuclear pada perang dunia ke dua dan peristiwa tsunami yang
melanda Jepun pada 2011. Jepun tangkas bangkit untuk membina semula Negara yang
musnah dengan tekad dan tekunnya kerjasama yang ditunjukkan oleh sekalian rakyatnya.
Kebangkitan Jepun selepas dua peristiwa besar itu menjadi contoh dan teladan bagi banyak
Negara terutamanya di asia dan khasnya Negara kita Malaysia sendiri.
.
7/31/2019 SEJARAH JEPUN
16/16
16