View
227
Download
0
Embed Size (px)
8/7/2019 Jepun Pada Zaman Pendudukan Jepun
1/24
8/7/2019 Jepun Pada Zaman Pendudukan Jepun
2/24
direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang
berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok
masing-masing. Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas
di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka
antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnyasentimen 13 Mei 1969. Suasana yang seperti ini menyebabkan
hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi
terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik
baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan
kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah
berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan .
Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin
melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadappertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan
sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit
yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah 201019 Page
3
3. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia membawa kepada meletusnya
peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan
perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak
seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha
untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang
berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa
kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. 2.3 Latar belakang
pendidikan yang berbeza Latar belakang pendiikan yang berbeza
juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka
terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolahMelayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini
mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu
menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira
sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum
sekolah Cina dan India pula masing- masing berkiblatkan negeri
8/7/2019 Jepun Pada Zaman Pendudukan Jepun
3/24
asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India.
Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik
yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat
dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal dibandar-bandar sahaja. Sebelum Malaysia memiliki sistem
pendidikan Nasional, wujud empat aliran pendidikan yang
berlainan iaitu aliran inggeris, melayu, cina dan india yang
mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan
ketidakseragaman bahasa, identiti dan fahaman. Ini telah
menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak
buruk dalam 201019 Page 4
4. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia pembentukan kaum diMalaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba
memperkenalkan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan
penyelarasan namun proses perpaduan ini sukar dilakukan.
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan
Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan
Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu
mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru
Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan
perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan
yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada
awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan .
Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh
termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr.
Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga
antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin
Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasanUniversiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan
kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei
1970. Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah
mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum
8/7/2019 Jepun Pada Zaman Pendudukan Jepun
4/24
Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan
untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya
1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa
sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka
maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak merekadalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan
tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA
menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu
keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan
kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan
Dasar Pelajaran 201019 Page 5
5. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia Kebangsaan. KTAR sebenarnya
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya.Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba
bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia
yang berbilang bangsa. 2.4 Pertelingkahan Parti Politik Dalam
pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP
Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah
ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai
pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak
akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu
berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang
. Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa
beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan,
maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar
corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang
Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa
orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-
orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa
tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanyatelah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan
raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia
(KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti
Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan
kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia)
8/7/2019 Jepun Pada Zaman Pendudukan Jepun
5/24
dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau
bumiputera dihapuskan . Perlu ditegaskan di sini bahawa
tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali dengan
kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak
istimewa kepada orang Melayu dan 201019 Page 6
6. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia bumiputera lain yang telah
dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept.
1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi
perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal
perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan
kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang
telah jauh tertinggal di belakang. Keputusaan pilihanraya pada
10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruhPerikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya
membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh
parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat
sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan
berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu
dan bukan Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas
Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula
tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti
Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk
menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat
sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah
menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu.
Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan
dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka
berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang
menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu
amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakankemenangan oleh DAP dan Gerakan. Mereka telah melalui jalan-
jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu
yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah
melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami
oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih
8/7/2019 Jepun Pada Zaman Pendudukan Jepun
6/24
tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui
kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli
DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti
"Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini
negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu".Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat 201019 Page 7
7. SADN 1033 Kenegaraan Malaysia penyapu besar pada lori
sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari
Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO
Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan
berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun
Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka
sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahajanamun masih boleh membentuk kerajaan. Menu