27
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. NAMA : SIVANESAN A/L MUNIANDY NO. IC : 940918-08- 6275 KUMPULAN/ UNIT : F2C (SEJARAH) SUBJEK : SEJARAH KURSUS : PPISMP

Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TUGASAN TENTANG SEJARAH ASIA TENGGARA SEHINGGA PENDUDUKAN JEPUN

Citation preview

Page 1: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM,

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.

NAMA : SIVANESAN A/L MUNIANDY

NO. IC : 940918-08- 6275

KUMPULAN/ UNIT : F2C (SEJARAH)

SUBJEK : SEJARAH

KURSUS : PPISMP

NAMA PENSYARAH : ZAKARIA BIN SAAD

TARIKH HANTAR : 28/2/2013

Page 2: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

BIL

PERKARA MUKA SURAT

1 SOALAN

2 PENGHARGAAN

3 PENGENALAN

4 ESEI

5 KESIMPULAN

6 REFLEKSI

7 BIBILIOGRAFI

8 RUJUKAN

9 LAMPIRAN

Page 3: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun
Page 4: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

PENGHARGAAN

Saya sivanesan a/l muniandy memberikan penghargaan yang setinggi-tingginya

kepada pensyarah sejarah saya iaitu Tuan Zakaria bin Saad dengan tunjuk ajar

beliau yang ikhlas itulah yang membolehkan saya menghabiskan kerja kursus ini

dengan jayanya.Selain itu,beliau juga amat berdedikasi dalam mengajar kami.Beliau

sanggup mengorbankan masa beliau semata-mata untuk memberikan ilmu kepada

kami dan menjadikan kami seseorang insan yang berguna kepada Negara dan

keluarga kami.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang turut

membantu saya dalam mengabiskan kerja kursus ini dengan sempurna.Mereka juga

sanggup memberikan tunjuk ajar yang baik agar saya dapat menyiapkan tugas ini

dengan baik sekali.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk terima kasih kepada tuhan kerana-

Nya saya berada disini dengan tubuh badan yang sihat dan penuh bertenaga.Saya

berharap agar-Nya sentiasa merahmati kita semua.

Page 5: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun
Page 6: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

REFLEKSI

Terima kasih kepada Tuhan, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat

menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan

tugas seharian.Saya memilih tajuk “Sebelum pendudukan Jepun di Asia

Tenggara,kesemua negera di Asia Tenggara kecuali Thailand telah dijajah oleh

kuasa asing seperti Portugal, Sepanyol, Perancis dan British."Sejauh manakah

konsep ekonomi merupakan faktor utama yang telah menyebabkan berlakunya

penjajahan ke atas negara-negara di Asia Tenggara ini'.

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek pendidikan sejarah,saya

agak keliru tentang kehendak soalan. Saya berasa bimbang dan tercabar untuk

menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang pendidikan

sejarah amatlah sedikit.Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak

mematahkan semangat kami untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik,

bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet. Sewaktu permulaan

proses saya berasa amat letih kerana terpaksa berjaga pada waktu malam semata-

mata hendak mengumpul nota dan sumber-sumber yang dikhendaki dalam

menyiapkan kerja kursus ini Selain itu, saya selalu meminta tunjuk ajar daripada

pensyarah saya, Tuan Zakaria bin Saad semasa membuat tugasan ini.

Seterusnya, saya juga menghadapi masalah lain seperti kesukaran untuk

memahami ayat-ayat dalam buku sejarah dan masa yang untuk menyiapkan

tugasan adalah sangat terhad. Tambahan lagi, saya juga telah jatuh sakit semasa

menyiapkan kerja kursus ini. Namun saya berusaha menyiapkan kerja kursus saya

walaupun sangat letih. Saya juga menghadapi kesukaran dalam pencarian sumber

kerana sukar mencari nota yang berkaitan dengan kerja kursus saya. Selain itu,

saya juga berasa amat sukar dalam menyiapkan kerja kursus saya kerana terdapat

juga kerja kursus yang lain. Walaupun begitu,dengan bantuan pensyarah dan rakan-

rakan,saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin.Semoga ilmu

yang perolehi ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna apabila

saya ditempatkan di sekolah nanti.

Akhir kata,segala yang baik buruk itu datangnya dari Tuhan dan yang buruk itu

dari kelemahan saya sendiri.Sekian terima kasih.

Page 7: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

Pengenalan

Penjelajahan kuasa-kuasa Barat ke Asia bermula pada abad ke-15 dan 16. Pada

masa itu, penjelajahan mereka berkait rapat dengan konsep mekantilisme iaitu

usaha untuk mendapatkan keistimewaan dari segi perdagangan.Selain itu mereka

mengamalkan konsep imperialisme. Menurut Nadel dan Curtis menakrifkan

Imperialisme yang bermaksud perkembangan kuasa atau kawalan sama ada

secara langsung atau tidak, politik atau ekonomi oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau

masyarakat ke atas masyarakat lain yang didukung oleh ideal sendiri. Ini

menunjukan dasar imperialisme menonjolkan sifat-sifat keunggulan (hegemony) oleh

sesuatu bangsa ke atas bangsa lain. Istilah ini diperkenalkan di Perancis pada tahun

1830 yang berasal dari perkataan Imperialiste menunjukan bahawa bertapa

unggulnya empayar Napoleon. Orang Inggeris berpendapat bahawa bangsa

merekalah yang paling berkuasa (Greater British) disebabkan bangsa mereka telah

banyak menjajah negara lain terutamanya di benua Asia dan Afrika, Bangsa Inggeris

berpendapat lagi bahawa tujuan penjajahan tersebut bertujuan membangunkan

masyarakat tersebut disebabkan mundur.

Tujuan utama dasar Imperialisme adalah menambah hasil ekonomi melalui

penjajahan disebabkan sumber ekonomi mereka tidak mencukupi. Tersurat dari

dasar ini menunjukan bahawa imperislisme ini bertujuan mengembangkan empayar

dan wilayah jajahan dengan menggunakan apa juga cara untuk pelbagai tujuan.

Sarjana Barat membahagikan imperialisme kepada dua ketegori iaitu imperialisme

lama dan imperialisme baru. Imperislisme lama bermaksud menakluki atau

menguasai negara lain yang mempunyai empayar lain seperti Empayar Rom,

Empayar Turki, Empayer China termasuk negara Sepanyol, Belanda, Pertugis,

Britain dan Perancis yang memperolehi jajahan-jajahan di Asia, Afrika dan Amerika.

Bagi Imperialiseme baru bermaksud disebabkan oleh lebihan modal di negara

imperialisme untuk dieksport ke tanah jajahan. Akhir abad ke-19 disebabkan oleh

imperialisme ini telah menyebabkan wujud pemikiran dan semangat kapitalisme

yang menjadi pengerak utama kepada kolonialisme yang mencorak sejarah dunia

waktu tersebut.

Page 8: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

Soalan 1:

“Sebelum pendudukan Jepun di Asia Tenggara,kesemua negera di Asia Tenggara

kecuali Thailand telah dijajah oleh kuasa asing seperti Portugal, Sepanyol, Perancis

dan British."

Sejauh manakah konsep ekonomi merupakan faktor utama yang telah

menyebabkan berlakunya penjajahan ke atas negara-negara di Asia Tenggara ini.

Para sejarawan telah menggariskan faktor ekonomi merupakan faktor utama

yang mana membawa kepada imperialisme atau senang dikenali dengan perkataan

penjajahan, ke atas negara-negara di Asia Tenggara. Salah satu faktor ekonomi

utama yang membawa kepada penjajahan Asia Tenggara adalah Kesan revolusi

perindustrian. Pada akhir abad ke 18 dan awal abad 19, telah berlakunya satu

revolusi dalam bidang ekonomi di Britain yang telah menggantikan ekonomi

berasakan tenaga buruh kepada ekonomi berasakan mesin terutamanya dalam

bidang pertanian dan pembuatan. Revolusi perindustrian ini merebak ke Eropah

sehingga telah mengubah corak dasar imperialisme kuasa-kuasa Barat di Asia

Tenggara.Menurut John A Schey (2009) dalam bukunya "Pengenalan Proses

Pembuatan', Revolusi perindustrian semuanya dilihat bermula dengan penciptaan

enjin wap oleh James Watt.Ini menyebabkan berlaku banyak perubahan dari segi

sektor perindustrian, yang mana telah menggantikan kuasa fizikal manusia iaitu

tenaga buruh kepada kuasa mekanik mesin.Selain itu,penggunaan mesin kuasa wap

menjimatkan kosnya yang lebih murah daripada tenaga muruh yang memerlukan

bayaran gaji tetap setiap bulan. Perkembangan pesat sektor perindustrian tersebut

telah mewujudkan permintaan yang tinggi terhadap bahan mentah. Oleh yang

demikian, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba mencari kawasan yang boleh

membekalkan bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi memasarkan hasil

keluaran kilang mereka. Sejak hari itu, revolusi perindustrian membawa kepada

banyak penciptaan teknologi baru iaitu teknologi pembuatan kereta, teknologi

pengetinan makanan dan pelbagai teknologi lainya.Pada masa itu Eropah

mengadapi masalah dalam melaksanakan teknologi tersebut. Ini kerana, tidak

kecukupan bahan mentah menyebabkan sukar untuk melaksanakan teknologi.

Sebagai contohnya, teknologi pembuatan kereta memerlukan bijih besi dan getah

untuk membuat tayar kereta manakala teknologi pengtinan makanan memerlukan

Page 9: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

bijih timah yang banyak.selain itu getah juga sangat diperlukan kepada industri

seperti dalam pembinaan rel kereta api bagi dijadikan pelapik di antara dua rel,

pembuatan sarung tangan ,but getah dan lain-lain. Oleh itu, penjajahan barat

mengambil kesempatan di Asia Tenggara dengan melakukan penjajahan

terutamanya untuk dapatkan bahan mentah seperti bijih timah dan getah.

Pernyataan ini terbukti apabila Ruslan Zainuddin(2000) "Sejarah Malaysia' dalam

bukunya menyatakan bahawa British melakukan penjajahan di negeri-negeri Melayu

untuk menjalankan perdangangan terutamanya di negeri Perak dengan membeli

bekalan bijih timah daripada mereka. Ini kerana British pada masa itu memang

memerlukan sangat bahan mentah seperti Bijih Timah. Walau bagaimanapun, British

mula campur tangan di Perak bagi untuk mengkuasai bahan mentah yang terdapat

di perak iaitu bijih timah. Campur tangan ini berlaku akibat daripada perjanjian

pangkor yang telah membawa kepada Negeri Perak menerima Residen British yang

berkuasa dalam mengawal kegiatan perlombongan Bijih Timah. Di Burma British

telah membawa tanaman getah untuk ditanam kerana pada masa itu permintaan

getah di eropah meningkat secara mendadak.Ini berlaku disebabkan,wujudnya

banyak kilang yang berkaitan getah seperti kilang pembuatan kereta Selain itu di

Burma juga mempunyai tanah dan iklim yang sesuai untuk menanam pokok getah.

Di Indonesia pula,Belanda juga bertanam getah untuk mendapatkan untung yang

banyak berbanding dengan tanaman lada hitam dan tebu.Ini kerana harga getah di

pasaran dunia masa itu lebih tinggi daripada harga lada hitam dan tebu. tambahan

pula, Perancis di Indochina dan sepanyol di Filipina juga turut bertanam getah untuk

mendapatkan untung yang banyak.Disebabkan revolusi perindustrian ini kesemua

negara di asia tenggara dijajah oleh kuasa barat yang terdiri daripada British,

Perancis, sepanyol, dan Belanda.

Selain itu, kekayaan bahan mentah juga salah satu faktor ekonomi yang

menyebabkan berlakunya penjajahan di asia tenggara. Menurut Cowan, C.D. (ed),

(1964), dalam bukunya “The Economic Development Of South-East Asia”, telah

menyatakan bahawa “ kuasa-kuasa barat mula menyerang negara-negara Asia

kerana kekayaan hasil bumi dan bahan mentah”..Bahan mentah boleh dikatakan

sebagai sesuatu hasil bumi yang datang dari perut bumi atau di dalam laut.

Kegunaan bahan mentah yang pelbagai juga dalam kilang-kilang di eropah

mengakibatkan permintaan terhadap bahan itu bertambah. Negara-negara Asia

Page 10: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

Tenggara kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah, petroleum, dan gas asli.

Bahan Mentah ini menjadi rebutan antara kuasa-kuasa barat seperti Portugis,

Belanda, Perancis, Sepanyol, dan British. Menurut, Sejarawan Malaysia Haji

Buyong Bin Adil Pada kurun 16 hingga 17 Melaka dikenali sebuah pelabuhan yang

maju.Peryataan ini menunjukan bahawa kejayaan ini dibantu oleh kekayaan bahan

mentah di kawasan sekitarnya terutamanya di kawasan Tanah Melayu dan

Indonesia. Sepertimana semua orang tahu, Tanah Melayu adalah sebuah kawasan

yang kaya dengan Bahan Mentah seperti emas dan bijih timah.Menurut, Ptolemy

menamakan Tanah Melayu sebagai Aurea Chersonesus (Semenanjung Emas)

sementara Tanah Jawa pula digelar sebagai Labadius satu perkataan yang diubah

dari bahasa sanskrit lama. Gelaran asal di dalam Sanskrit ialah Yavadvipa. Kuasa

barat melakukan penjajahan pertama kali di melaka pada tahun 1511 ialah portugis.

Tujuan utama Portugis datang ke Melaka untuk menguasai perdangangan rempah

ratus.Rempah ratus seperti cengkih, buah pala, kayu manis dan bunga cengkih telah

menarik minat Portugis menguasai Melaka. Selain itu, nilai rempah ratus hampir

sama dengan nilai emas dengan bijih timah. British menguasai Tanah Melayu

disebabkan, Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah. Ini

terbukti apabila British ingin campur tangan di Negeri Perak dan Negeri

Selangor(kelang) yang sememangnya dikatakan sebagai Negeri-negeri kaya dengan

bijih timah. Ini kerana, perlombongan bijih timah telah membuat secara Tradisional

semasa era Melaka sebelum dimodenkan apabila kedatangan British ke Tanah

Melayu. Contohnya, teknik mendulang digantikan dengan penggunaan kapal korek

selepas kedatangan British di tanah melayu. Selain itu, perlombongan bijih timah di

negara kita juga amat mudah berbanding dengan negara lain kerana bijih timah di

tanah melayu didapati melalui bentuk bijih lanar (alluvial tin). Di Burma pula

kekayaan kayu jati dan perlombongan permata menjadi punca kepada penjajahan

barat khususnya, British. Selain itu, kesuburan tanah dan iklim yang sesuai untuk

tanaman getah juga menyebabkan British tertarik dengan Burma. British sangat

meminati kayu jati Bruma yang sangat memerlukan dalam industri pembuatan kapal.

Keistimewahan kayu jati Burma ialah jenis kayunya yang sangat berkualiti tinggi.

Seterusnya, di Burma juga mendapat beras yang berkualiti tinggi dan pokok kapas

yang diperlukan dalam industri pembuatan tekstil. Kekayaan bijih timah di tanah

melayu pernah menarik minat Belanda untuk menjajah Tanah Melayu khususya di

kawasan di antara kelang di Selangor sehingga ke kedah utara meliputi kawasan

Page 11: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

seperti Bernam dan Dinding. Ini berlaku apabila pihak Belanda membuka sebuah

kota di pulau pangkor pada tahun 1670 bertujuan untuk memonopoli perdangangan

bijih timah di kawasan Dinding(manjung). Kekayaan bahan mentah yang menarik

minat Belanda datang ke Indonesia ialah bijih timah, rempah ratus, buah pala dan

cengkih yang terdapat secara semula jadi di kepulauan Rempah dan Pulau Maluku

terutamanya Ternate dan Tidore. Dari segi hasil hutan pula, Indonesia mempunyai

kapur berus, dammar, dan rotan. Selain itu, di kawasan seperti siak dan

minangkabau pula terkenal dengan perusahaan lada hitam dan bijih timah. Belanda

juga dapat menguasai sumber petroleum di persisiran Pantai Timur Sumetera dan

Kalimantan dengan penubuhan Royal Dutch Shell dan Dordrecht. Di Filipina pula

terdapatnya tanaman tebu dan kelapa yang membolehkan sepanyol menjajahnya.

Walau bagaimanapun, di Filipina penanaman tebu telah berjaya di mana dasar

perdagangan liberal yang diperkenalkan oleh penjajah Barat telah mengembangkan

lagi perutanian ini.Namun, dalam abad ke-19 perusahaan ini semakin merosot

ekoran daripada persaingan daripada pengeluar dunia lain. Selain itu, Filipina juga

mempunyai hasil bumi melalui pelbagai hasil galian seperti logam perak, batu arang,

dan batu kapur. Sepanyol telah menggunakan bahan galian perak untuk dijadikan

sebagai siling perak bagi menggantikan dengan kain daripada negara china yang

akan dieksport semula ke sepanyol. Dari segi hasil laut pula sepanyol menguasai

mutiara dan obar-obar di kepulahan sulu. Akhirnya, pada abad ke-19 perancis

datang ke Indochina untuk mencari bahan mentah. Indochina ialah negara yang

mempunyai bahan mentah berasakan pertanian, perikanan, dan perhutanan

berbanding dengan negara-negara selat Melaka yang mengamalkan tradisi ekonomi

maritim. Namun, negara-negara Indochina juga mempunyai bahan mentah dari segi

perlombongan seperti emas, bijih besi dan antimoni.

Kedudukan strategik juga boleh dikatakan sebagai faktor pembangunan

ekonomi yang membawa kepada penjajahan di Asia Tenggara. Kawasan Asia

tenggara terletak di laluan perdagangan maritim iaitu antara Timur dan Barat, yakni

dari China ke Timur. Kedudukan ini yang menyebabkan kawasan Asia Tenggara

menjadi pusat perdangangan dan pelabuhan yang maju di dunia pada zaman

gemilanganya. Peryataan ini dibuktikan oleh W.G Shallebear dalam bukunya

"Sejarah Melayu(1961)' mengatakan:

Page 12: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

"Maka segala dagang atas

Dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka;

terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman

Selain itu, menurut Tome Pires menyatakan bahawa keuntungan perdangangan

Melaka pada itu sama dengan pelabuhan yang tersibuk di eropah iaitu Sevile. Pada

masa itu Melaka juga mempunyai kedudukan pelabuhan-pelabuhan yang strategik di

laluan selat Melaka iaitu pelabuhan srivijaya. Kedudukan Negara-negera Asia

Tenggara di antara laluan India-China menyebabkan wujudnya jumlah pelabuhan

yang banyak bermula dari Vietnam di sempadan laut China sehinggalah ke Acheh di

pengujung Selat Melaka. Ini kerana, para pedagang perlu segera berlindung di

mana-mana pelabuhan terdekat apabila tiba sahaja musim angin monsun yang

berbahaya kepada kapal-kapal mereka. Penemuan jalan laut ke Timur telah

digunakan sepenuhnya peluang ini untuk pedagang sehingga ke China. Kerajaan-

kerajaan Islam di Timur Tengah telah menguasai laluan rempah(Spice Route) atau

laluan sutera(Silk Route) yang menyebabkan kuasa barat tidak boleh menggunakan

jalan darat. Oleh itu, satu-satunya jalan boleh digunakan oleh barat ialah jalan laut

yang terpaksa berlayar mengeliling Tanjung Harapan di Afrika sebelum Berjaya tiba

ke India. Kedudukan strategik ini membolehkan Portugis menawan Melaka pada

tahun 1511. Kedudukan Melaka yang strategik di Selat Melaka telah menjadi tempat

persinggahan pedangang dari timur dan barat. Pada mulanya Portugis datang ke

Melaka Tmur bertujuan perdangangan rempah sahaja. Ini Kerana Pelabuhan Melaka

memiliki lebihan dari segi kedudukan yang mana membantu pelayaran daripada

Angin Monsun Timur Laut Dan Angin Monsun Barat Daya. Selain itu, Kedudukan

Melaka Berhampiran dengan pusat pengeluaran sumber asli Asia Tenggara seperti

hasil hutan, laut, galian, pertanian, dan rempah juga menyebabkan Portugis

berminat untuk mengusai Melaka. British di Tanah Melayu pula melalui Syarikat

Hindia Timur Inggeris (SHTI) menguasai Pulau Pinang. Ini kerana kedudukan yang

strategik di pintu masuk ke Selat Melaka. Kemudian, melalui Raffles Berjaya pula

menguasai Singapura yang mana ianya merupakan pintu masuk ke Selat Melaka

dari arah China. Ini menunjukan bahawa British melalui ini sudah pun menguasai

keseluruhan Melaka di dua buah pintu masuknya di utara dan selatan. Dengan

penguasan terhadap pintu masuk utara dan selatan menyebabkan British sudah pun

Page 13: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

menguasai ekonomi di Tanah Melayu. Perancis di Indochina pula, menguasai

Vietnam dan Kampuchea kerana mempunyai potensi pasaran barangan yang ada

pada wilayah tersebut. Pada masa itu, Perancis di bawah pemerintan Nepoleon

ketiga telah mengalami revolusi prindustrian yang pesat seperti negara lain di

Eropah. Selain itu, Indochina mempunyai kedudukan strategik kerana

bersempadanan dengan Tanah Besar China di utara. Ini membolehkan kebanyakan

penjajah Eropah adalah untuk menembusi pasaran China yang mempunyai jumlah

penduduk yang terbesar di dunia pada ketika itu. Filipina boleh mengatakan sebagai

sebuah pusat perdangangan entrepot di Asia Timur Jauh. Ini menyebabkan Perancis

menarik minat untuk menguasai Filipina. Hal ini berlaku kerana, Filipina mempuanyai

kedudukan berhampiran dengan kawasan Asia Timur termasuk China, korea dan

Jepun. Selain itu, kedudukanya juga berhampiran dengan pusat pengeluaran

rempah di Indonesia. Malah, Belanda juga pernah berusaha mendapatkan Filipina

daripada Sepanyol. Ini menunjukan bahawa kedudukan strategik membawa kepada

kegiatan perdagangan di Filipina. Di Indonesia pula, Syarikat Hindia Timur

Belanda(VOC) telah bertindak menguasai Betawi(Jakarta) sebagai pangkalan

mereka bagi menguasai perdangangan rempah di Nusantara. Pada masa itu KUasa

Barat sangat menggilahkan penguasaan dan berusaha untuk memonopoli rempah di

pusat pengeluaran sendiri di Kepulauan Rempah di Indonesia. Ini menunjukan

bahawa kedudukan strategik membawa kepada pembangunan faktor ekonomi di

Asia Tenggara.

. Antara faktor lain yang mendorong pihak British menjajah Asia Tenggara ialah

faktor politik. Pada zaman imperialisme Barat yang berlaku pada abad ke-19 telah

memperlihatkan banyak kuasa-kuasa Barat seperti British, Perancis, Amerika

Syarikat, Belanda dan Sepanyol berebut antara satu sama lain untuk menguasai dan

mendapatkan tanah jajahan demi kepentingan ekonomi negara masing-masing.

Persaingan antara kuasa-kuasa barat ini yang membawa kepada imperialisme di

Asia Tenggara. Antara kuasa-kuasa barat ini, Jerman paling dicurigai oleh British

kerana selepas penyatuannya pada tahun 1871, Jerman melancarkan dasar agresif

yang mengancam kedudukan British. Menurut Andaya(1982), “dalam keadaan

pegawai British di Pulau Pinang dan Singapura menganggap Siam sebagai satu

ancaman kepada mereka, di London para pembuat dasar bimbang mengenai

kemungkinan perluasan kuasa oleh negera Eropah lain, terutamanya Perancis,

Page 14: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

masuk ke kepulauan tersebut.” Ini menyebabkan Belanda dan British

mentandatangani perjanjian yang dikenali sebagai Anglo-Dutch Treaty 1824 telah

mentandatangani untuk membahagikan kawasan pengaruh untuk mengelakan

berlaku pertikaian antara Belanda dan British. Dalam perjanjian ini Belanda

mendapat Indonesia dan British pula menguasai Tanah Melayu. Semasa era Perang

Napoleon(1803-1815) yang disertai oleh perikatan British-Austria-Russia dan

kerajaan-kerajaan lain menentang Perikatan Napoleon Perancis telah menyebabkan

Belanda yang menyertai Perikatan British diserang dan diduduki oleh tentera

Naolean. Disebabkan ini Belanda mentandatangani Sura-surat Kew di mana

Belanda mempersetujuhi untuk menyerakan wilayah jajahan mereka kepada British

secara sementara dan selepas Perang Napoleon tamat Beritish perlulah

menyerakan balik wilayah jajahanya kepada Belanda. Perjanjian ini berlaku akibat

daripada kebimbangan Belanda yang mana kuasa-kuasa lain bertindak menguasai

Indonesia tanpa mereka mampu menghalangnya. Di Filipina pula, Sepanyol

menduduki selama 1521 tergugat apabila Belanda menunjukan minat untuk

menguasai kawasan Kepulauan Filipina. Ini menyebabkan, berlaku satu peperangan

antara sepanyol-Belanda yang dikenali Perang La Naval de Manila. Peperangan ini

berlaku di perairan Manila. Dalam peperangan ini Belanda kalah teruk dengan

Sepanyol membolehkan Belanda lupakan hasrat untuk menguasai Filipina. Selain

kuasa Eropah, Amerika syarikat dari dulu lagi menunjukan minat untuk menguasai

Asia Tenggara. Amerika Syarikat membuka pangkalan di Asia Tenggara iaitu di

Pulau Redang. Akhirnya, hasrat Amerika Syarikat menjadi kenyataan apabila

mereka Berjaya kalahkan Sepanyol di Filipina pada tahun 1899 dalam Perang

Sepanyol-Amerika. Pada mulanya Perang ini berdasarkan Revolusi rakyat Filipina

mengusir Sepanyol telah diambil kesempatan oleh Amerika Syarikat.

Tugas menyebarkan tamadun juga boleh dikatakan sebagai salah satu faktor

politik yang membawa kepada penjajahan di Asia Tenggara. Pada masa duhulu,

bangsa Eropah menganggap bangsa mereka sebagai sebuah bangsa bertamadun

tinggi manakala bangsa-bangsa lain di dunia sebagai tidak bertamadun.

Ketamadunan Eropah bermaksud kemajuan berasakan teknologi moden, ilmu

pengetahuan dan keagamaan. Mereka juga selalu mendakwa bahawa mereka lebih

maju dan bertamadun daripada negara-negara lain dan telah menjadi

tanggungjawab mereka untuk memimpin orang timur ke arah kehidupan yang lebih

Page 15: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

sejahratera dan selesa. Mereka juga menganggap tugas ini sebagai “White Man

Burden” atau senang dikenali dengan nama "Beban Orang Putih” yang bermaksud

menjadi tanggungjawab dan beban kepada orang putih untuk menyebarkan

tamadun ke Asia Tenggara. Slogan yang digunakan oleh barat ini sebenarnya salah

satu tipu muslihat untuk mewujudkan order baru di dunia yang segala mengikut

telanjuk dan acuannya dalam bidang politik, sosial, dan ekonomi. Slogan "Beban

Orang Putih” sebenarnya digunakan oleh Perancis dan Belanda. Perkara ini banyak

dilihat dengan pengenalan dasar-dasar dan birokrasi Barat di Negara-negara

mendudukinya. Menurut K.Gilbert dan L.Dorothy(1978) Perancis bertindak

menduduki Indochina, dengan menggunakan slogan “menyebarkan perutusan

tamadun” ke Indochina. Oleh itu, dasar-dasar Perancis telah diserap masuk di

dalam system pentadbiran Indochina secara asimilasi. Tanggungjawab

menyebarkan tamadun ini juga adalah salah satu Kristianisasi ke atas para

penduduk asal di negara yang dijajah. Contohnya di Filipina, Sepanyol dapat

mengkristiankan penduduk tempatan kecuali di selatan Flipina kerana pengaruh

islam yang kuat telah Berjaya diwujudkan oleh para pemerintah kesultanan Sulu. Di

Vietnam, Perancis telah membawa masuk mubaligh-mubaligh kristian ke Vietnam

sehinggakan Maharaja Minh Mang di Vietnam menguatkuasakan undang-undang

melarang kemasukan mubaligh kristian. Belanda dan British tidak berusaha untuk

mengkristinakan penduduk tempatan secara langsung kerana perjanjian di antara

British dan Raja-raja Melayu yang membolehkan Raja-raja Melayu berkuasa dalam

hal ehwal agama dan kebudayaan. Belanda pula hanya berminat Perdagangan

semata-mata di Indonesia.

Seterusnya, faktor agama. Winstedt, R.O.(1982), “A History Of Malaya” juga

mengatakan bahawa “keinginan penyebaran agama Kristian telah mendorong

kedatangan kuasa-kuasa barat ke Asia Tenggara kerana pada masa itu, rakyat di

Asia Tenggara mengamalkan agama Islam dan animisme”. Kegiatan dan aktiviti

imperalisme turut memperlihatkan kemasukan agama Kristian ke negara-negara

yang dijajah oleh kuasa-kuasa besar ini. Di Melaka portugis datang untuk

menyebarkan agama kristian. Ini terbukti apabila mereka mengamalkan konsep 3G

“Gospel,Gold dan Glory” (menyebarkan agama Kristian, menguasai tanah jajahan

dan memperolehi kekayaan). Ini menunjukan mereka datang ke Melaka untuk

menyebarkan agama kristian .Sepanyol di Filipina juga datang untuk menyebarkan

Page 16: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

agama kristian. Pernayataan ini terbukti apabila Sepanyol dapat mengkristiankan

separuh dari penduduk Filipina terutamanya di sebelah utara Filipina. Misalnya,

penguasaan Perancis ke atas Indochina dan Belanda ke atas Wilayah-wilayah di

Indonesia turut memaparkan peranan mubaligh-mubaligh kristian menyebarkan

agama ini sehinggakan berlaku penentangan hebat bukan sahaja dalam kalangan

rakyat bahkan termasuk pemerintah dan Raja-rajanya. Di Vietnam permusuhan

dengan Perancis menjadi kritikal apabila Paderi Augustin Schoeffer dan Paderi

Jean-Louis Bonnard dihukum bunuh antara tahun 1851-1852. Kerajaan Vietnam

turut mengeluarkan undang-undang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh

kristian dan musnahkan gereja-gereja. British tidak berusaha untuk mengkristinakan

penduduk tempatan secara langsung kerana perjanjian di antara British dan Raja-

raja Melayu yang membolehkan Raja-raja Melayu berkuasa dalam hal ehwal agama

dan kebudayaan.

. Faktor perhubungan dan teknologi juga salah satu faktor menyebabkan

kedatangan Barat ke Asia Tenggara. Ini kerana perkembangan bidang teknologi dan

perhubungan di negara-negara Eropah seperti Terusan Suez dan pembinaan

landasan kereta api. Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan

meningkatkan lagi keinginan kuasa-kuasa barat untuk mempercepatkan dasar

imperalisme. Pada abad ke 16, pelayaran bangsa Eropah ke Timur telah mula

dirintish oleh kebanyakan negara terutamanya Sepanyol dan Portugis. Vasco da

Gama dengan sokongan Putera Emmanuel telah Berjaya menemui Goa di India

setelah berlayar dari Portugal melalui jalan ke Tanjung di Afrika Selatan. Revolusi

perindustrian menyebabkan berlaku kemajuan dalam sistem pengangkutan untuk ke

timur. Sebelum ini perjalanan ke Timur banyak dibantu oleh penggunaa kapal layar

yang menggunakan kain layar, ini digantikan apabila perciptaan kapal wap pertama

yang mampu berlayar oleh British pada tahun 1807.Usaha untuk membina kapal

yang digerakan oleh enjin telah lama dilakukan di Eropah oleh negara seperti

Sepanyol, Perancis dan lain-lain dalam usaha berlumba untuk memajukan teknologi

masing-masing. Walaubagaimanapun, British akhirnya menjadi negara pertama

yang Berjaya merealisasikan penciptaan kapal wap tersebut. Ini kerana,kapal wap

dapat mempercepatkan perjalanan dan membawa muatan yang lebih banyak. Selain

itu, kapal wap juga boleh mempercepatkan perjalanan yang mana memudahkan lagi

proses pengeksploitasian ekonomi oleh para penjajah di Asia Tenggara. .

Page 17: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah menyebabkan jarak antara

perjalanan dari England ke Tanah Melayu dapat dipendekkan dan masa perjalanan

dikurangkan. Demikian itu, kos perdagangan dapat dijimatkan dan urusan

perdagangan antara Barat dan Timur dapat dipercepatkan. Napoleon Bonaparte

yang memenuhi laluan purba orang mesir Purba di laut tersebut ketika Perancis

menduduki Mesir selama beberapa tahun. Pembinaan terusan tersebut kemudianya

dilaksanakan pada zaman pemerintahan Said Pasha. Tugas pembinaanya diberikan

kepada Ferdinand de Lesseps, iaitu diplomat Perancis. Pihak British pernah

memmbuat bantahan rasmi kerana kematian beribu-ribu hamba Abdi dalam

menyiapakan projek tersebut. Pembinaan Tersan Suez disiap pada tahun 1869 yang

mana memisahkan Laut Mediterranean dan laut merah di Bandar Suez menjadi satu

laluan air yang bersambung. Sebagai menjamin keselamatan terusan tersebut,

akhirnya Cnvention Constantinople ditandatangani bagi menjadikan terusan ini

sebagai sebuah Zon kecil yang membenarkan kesemua apal dari negera Eropah

untuk lalu di kawasan tersebut.

Page 18: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

RUMUSAN

Berdasarkan pembincangan di atas,bolehlah kita membuat beberapa rumusan

berkenaan apa yang kita kenali sebagai penjajahan. Di segi istilahnya secara umum

dapatlah kita rumuskan bahawa gerakan penjajahan itu sebagai kolonialisme atau

imperialisme. Biarpun begitu, apabila dibincangkan secara khusus kedua-dua istilah

kolonialisme dan imperialisme pada hakikatnya adalah berlainan dari sudut dasar,

perlakuan atau aktiviti penjajahan.

Di sudut kolonialisme ianya jelas dipengaruhi faktor-faktor agama (god),

kemegahan (glory), dan keuntungan atau kekayaan (gold). Imperialisme pula jelas

memperlihatkan aktiviti-aktiviti yang menggambarkan kesinambungan sifat-sifat

kolonialisme seperti kemegahan, kemudiannya dilanjutkan oleh fahaman

nasionalisme yang membawa aktiviti etnosentrisme yang memuliakan kaum sendiri.

Dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa gerakan penjajahan terutamanya dari

barat yang dilaksanakan di Asia Tenggara ini adalah merupakan gabungan kedua-

kedua dasar yang kita bincangkan itu. Apa yang jelas ditonjolkan oleh kedua-dua

dasar tersebut ke atas negara ini ialah bagaimana ianya telah mengubah wajah

kehidupan asal yang ada di negara ini meliputi aspek sosial, ekonomi, atau politik.

Dasar-dasar kemasukan imigran, pendidikan vernakular, pemecahan ekonomi

mengikut kaum, sistem residen dan dasar pemerintahan berpusat telah

mengakibatkan cara hidup tradisi yang telah dibincang dalam bab sebelum ini

terhimpit dan tidak dihiraukan oleh penjajah Barat di asia Tenggara.

. Berdasarkan semua fakta-fakta tersebut, jelas gabungan dasar-dasar

kolonialisme dan imperialisme yang diamalkan Barat dalam gerakan penjajahannya

di Asia Tenggara ini akhirnya telah mewujudkan Asia Tenggara sebagai negara baru

dengan rakyat dan sistem kehidupan yang baru.

Page 19: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Abdullah .(2000). Sejarah Dan Tamadun Asia Tenggara:

Sebelum Dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

D.J.M. Tate, (1980), Sejarah Pembentukan Asia Tenggara (Jilid Kedua)

Perubahan Ekonomi Dan Sosial. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Kassim Thukim, (2002), Malaysia, Perspektif Sejarah Dan Politik. Johor

Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.

Liz Yip Shukye & Jais Bin Abdul Hamid. (2012). Sejarah Politik Malaysia

Sehingga Awal Abad Ke-20 Bandar Puchong: Perpustakaan

Negara Malaysia

Winstedt, R.O. (1982). A History Of Malaya. Kula Lumpur : Marican &

Sons Sdn. Bhd

Http://Www.Amazon.Com/Sejarah-Malaysia-Campur-BritishKelantan

diperolehi pada tarikh 24/2/2013

Http://Www.Scribd.Com/Punca-Dan-Faktor-Penjajahan-Di-Tanah-Melayu

diperolehi pada tarikh 23/2/013

Http://Www.Scribd.Com/Campur-Tangan-British-Di-Tanah-Melayu

diperolehi pada tarikh 25/2/2013

Http://Www.Wikipedia.Org/Wiki/Campur_Tangan_British_Di_Asia-Tenggara

diperolehi pada tarikh 26/2/2013

Page 20: Sejarah Asia Tenggara Sehingga Pendudukan Jepun