1
“S aya tidak menolak kemung- kinan muncul sebuah masyarakat ASEAN yang maju dan dihormati di seluruh dunia dengan bahasa yang maju dan menja- di wahana ilmu pengetahuan moden serta berupaya menjadi bahasa per- hubungan pelbagai domain di rantau ini”. Demikian ditegaskan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dalam Ucapan Utamanya bertajuk “Bahasa Serantau ASEAN: Impian atau Realiti?” dalam Persidangan Linguistik ASEAN IV (PLA IV). PLA IV yang berlangsung di Lotus Hotel Pang Suan Kaew, Chiang Mai, Thailand dari 20 hingga 23 Julai 2007, anjuran Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) dengan Persatuan Linguis ASEAN (PLA). Dalam persi- dangan ini sebanyak lebih daripada 60 kertas kerja telah dibentang- kan oleh wakil dari negara-negara Asean, iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, dan Thailand. Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh bahasa Melayu/Indonesia sebagai salah satu bahasa yang mampu menero- bos dan menyaingi bahasa-bahasa lain di antara bahasa anggota negara ASEAN. Antara lain, persidangan ini bertujuan menggarap persoal- an kajian bahasa-bahasa di Asia Tenggara demi kesinambungan dan pemantapan bahasa-bahasa tersebut. Antara tokoh linguistik yang telah membentangkan kertas kerja termasuk Prof. Madya Dr. Jaludin Haji Chuchu (Brunei Darussalam), Dr. Dendy Suguno (Indonesia), Prof. Dr. Abdullah Hassan (Malaysia) dan Prof. Madya Dr. Paitoon M. Chaiyanara (Singapura), yang juga bertindak selaku tuan rumah PLA IV. Dalam ucapan alu-aluannya, Prof. Madya Dr. Paitoon menyatakan keyakinannya bahawa persidangan ini akan menjadi wadah penting bagi para linguis untuk bersama-sama menggemblengkan fikiran bagi men- cari kata sepakat untuk memung- kinkan satu bentuk kerjasama keba- hasaan peringkat ASEAN yang boleh dilaksanakan oleh wakil anggota ASEAN. Sementara itu, Prof. Dr. Awang Sariyan, selaku Presiden PLM menya- takan “Bahasa Melayu perlu diran- cang menjadi bahasa supranasional, iaitu bahasa serantau dan bahasa antarabangsa”. Tegasnya lagi, Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) perlu mengaktifkan semula Sekretariat Melayu Antarabangsa itu kerana banyak manfaat yang diperoleh daripada kegiatan peng- antarabangsaan bahasa dan sastera Melayu. Dalam ucapan Majlis Penutupan Persidangan, Prof. Emeritus Ab- dullah Hassan menyarankan agar penyelidikan bahasa dan linguistik dilakukan bukan sekadar untuk tujuan akademik, sebaliknya perlu dikomersialkan. Tegasnya lagi, “Bahasa perlu dipromosikan sebagai salah satu modal insan melalui kemahiran menulis atau kemahiran berkomunikasi sebagai satu aset negara yang berharga”. Dalam persidangan ini, lima orang pegawai DBP turut membentangkan kertas kerja. Mereka terdiri dari- pada Dr. Ibrahim Ahmad (selaku ketua perwakilan DBP), Dr. Fadilah Jasmani, Puan Raja Masittah Raja Ariffin, Puan Kamariah Yusof dan penulis sendiri. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 15 Ogos 2007 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Kesinambungan dan Pemantapan Bahasa di Asia Tenggara BH PILIH L12 15 emel DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG B agi anda yang pernah ke Thailand atau Siam, pasti tidak akan berasa hairan mengapa Thailand merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa Barat. Kalau diperhatikan, di sam- ping hormat kepada rajanya, orang Thai amat menjaga jati diri bangsanya, iaitu bahasa- nya, bahasa Thai. Sebaik- baik sahaja kita melangkah masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand, kedatangan kita dialu-alukan dalam bahasa Thai dan barulah diikuti dengan bahasa Inggeris. Sebarang pe- ngumuman penerbangan tetap dibuat dalam bahasa Thai ter- lebih dahulu. Kalau diperhatikan kedai-ke- dai di lapangan terbang antara- bangsanya pun mengutamakan bahasa Thai. Meskipun meng- gunakan nama Inggeris, namun kedudukannya tetap di bawah bahasa kebangsaan mereka. Begitu juga di pusat beli- belah, semua kompleks tertera tulisan Thai mendahului bahasa Inggeris. Nama bilik mesyuarat di hotel lima bintangnya juga memakai nama tempatan. Di kedai makannya, meskipun di Restoran Islam, menu hidangan tetap ditulis dalam bahasa Thai sepenuhnya. Kalau ada bahasa Inggeris pun, bahasa Thai tetap diletakkan di bahagi- an atas. Begitu juga di pasar malamnya yang dikunjungi ramai pelancong asing, bahasa Thai tetap diutamakan. Ternyata, sikap mereka yang mengutamakan bahasa kebang- saan mereka ini, tidak sedikit pun mengurangkan bilangan pelancong asing ke negara mere- ka. Sempena negara kita menyam- but ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 ini, sewajarnya kita mencontohi negara jiran kita ini. Bak kata pepatah, bahasa menunjukkan bangsa. [email protected] Contohilah Orang Thai Mengutamakan Bahasanya Oleh Mashitah Taharin N ama Teluk Danga memang terkenal sebagai salah satu tarikan pelancongan di Johor Bahru. Persoalannya, mengapakah nama tempat yang asalnya dalam bahasa Melayu ini dengan sewenang-wenangnya ditu- kar kepada bahasa Inggeris, Danga Bay? Begitulah persoalan yang dikemukan oleh pembaca Klik DBP, Raja Mahadi Raja Muhamed yang tidak mahu Teluk Danga menerima nasib serupa dengan Bukit Bintang yang kini menjadi Star Hill. Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB) seharusnya peka de- ngan soal ini dan memastikan bahawa semua papan tanda meng- utamakan bahasa kebangsaan. Sekalipun, hendak menggunakan bahasa Inggeris, bahasa Melayu hendaklah diutamakan kedudu- kannya dengan meletakkannya di atas bahasa Inggeris dengan saiz yang lebih besar daripada bahasa Inggerisnya. Di samping itu, pihak media massa juga sewajarnya lebih mem- promosikan nama Teluk Danga daripada "Danga Bay". Hantarkan sebarang ke- salahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: ayu@dbp.gov.my atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Ba-hasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03- 2148 2875 / 2148 2898. Hadiah istimewa menunggu anda. APA SUDAH JADI? Mengapa Danga Bay? Dari kiri, Prof. Dr. Teuku Sylvana (Indonesia), Prof. Awang Sariyan, Dr. Sanat Mohd. Nasir dan Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan memberi tumpuan kepada Prof. Madya Dr. Paitoon yang membentangkan kertas kerjanya.

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Kesinambungan dan ... · diperoleh daripada kegiatan peng-antarabangsaan bahasa dan sastera Melayu. Dalam ucapan Majlis Penutupan Persidangan, Prof

  • Upload
    doquynh

  • View
    246

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

“Saya tidak menolak kemung-kinan muncul sebuah masyarakat ASEAN yang

maju dan dihormati di seluruh dunia dengan bahasa yang maju dan menja-di wahana ilmu pengetahuan moden serta berupaya menjadi bahasa per-hubungan pelbagai domain di rantau ini”. Demikian ditegaskan oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

dalam Ucapan Utamanya bertajuk “Bahasa Serantau ASEAN: Impian atau Realiti?” dalam Persidangan Linguistik ASEAN IV (PLA IV).

PLA IV yang berlangsung di Lotus Hotel Pang Suan Kaew, Chiang Mai, Thailand dari 20 hingga 23 Julai 2007, anjuran Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) dengan Persatuan Linguis ASEAN (PLA). Dalam persi-dangan ini sebanyak lebih daripada 60 kertas kerja telah dibentang-

kan oleh wakil dari negara-negara Asean, iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, dan Thailand.

Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh bahasa Melayu/Indonesia sebagai salah satu bahasa yang mampu menero-bos dan menyaingi bahasa-bahasa lain di antara bahasa anggota negara ASEAN. Antara lain, persidangan

ini bertujuan menggarap persoal-an kajian bahasa-bahasa di Asia Tenggara demi kesinambungan dan pemantapan bahasa-bahasa tersebut.

Antara tokoh linguistik yang telah membentangkan kertas kerja termasuk Prof. Madya Dr. Jaludin Haji Chuchu (Brunei Darussalam), Dr. Dendy Suguno (Indonesia), Prof. Dr. Abdullah Hassan (Malaysia) dan Prof. Madya Dr. Paitoon M. Chaiyanara (Singapura), yang juga bertindak selaku tuan rumah PLA IV.

Dalam ucapan alu-aluannya, Prof. Madya Dr. Paitoon menyatakan keyakinannya bahawa persidangan ini akan menjadi wadah penting bagi para linguis untuk bersama-sama menggemblengkan fikiran bagi men-cari kata sepakat untuk memung-kinkan satu bentuk kerjasama keba-hasaan peringkat ASEAN yang boleh dilaksanakan oleh wakil anggota ASEAN.

Sementara itu, Prof. Dr. Awang Sariyan, selaku Presiden PLM menya-takan “Bahasa Melayu perlu diran-cang menjadi bahasa supranasional,

iaitu bahasa serantau dan bahasa antarabangsa”. Tegasnya lagi, Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) perlu mengaktifkan semula Sekretariat Melayu Antarabangsa itu kerana banyak manfaat yang diperoleh daripada kegiatan peng-antarabangsaan bahasa dan sastera Melayu.

Dalam ucapan Majlis Penutupan Persidangan, Prof. Emeritus Ab-dullah Hassan menyarankan agar penyelidikan bahasa dan linguistik dilakukan bukan sekadar untuk tujuan akademik, sebaliknya perlu dikomersialkan. Tegasnya lagi, “Bahasa perlu dipromosikan sebagai salah satu modal insan melalui kemahiran menulis atau kemahiran berkomunikasi sebagai satu aset negara yang berharga”.

Dalam persidangan ini, lima orang pegawai DBP turut membentangkan kertas kerja. Mereka terdiri dari-pada Dr. Ibrahim Ahmad (selaku ketua perwakilan DBP), Dr. Fadilah Jasmani, Puan Raja Masittah Raja Ariffin, Puan Kamariah Yusof dan penulis sendiri.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 15 Ogos 2007

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Kesinambungan dan Pemantapan Bahasa di Asia Tenggara

BH PILIH L12 15 emel

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Bagi anda yang pernah ke Thailand atau Siam, pasti tidak akan berasa hairan

mengapa Thailand merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa Barat.

Kalau diperhatikan, di sam-ping hormat kepada rajanya, orang Thai amat menjaga jati diri bangsanya, iaitu bahasa-nya, bahasa Thai. Sebaik-baik sahaja kita melangkah masuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand, kedatangan kita dialu-alukan dalam bahasa Thai dan barulah diikuti dengan bahasa Inggeris. Sebarang pe-ngumuman penerbangan tetap dibuat dalam bahasa Thai ter-lebih dahulu.

Kalau diperhatikan kedai-ke-dai di lapangan terbang antara-bangsanya pun mengutamakan bahasa Thai. Meskipun meng-gunakan nama Inggeris, namun kedudukannya tetap di bawah bahasa kebangsaan mereka.

Begitu juga di pusat beli-belah, semua kompleks tertera tulisan Thai mendahului bahasa Inggeris. Nama bilik mesyuarat

di hotel lima bintangnya juga memakai nama tempatan.

Di kedai makannya, meskipun di Restoran Islam, menu hidangan tetap ditulis dalam bahasa Thai sepenuhnya. Kalau ada bahasa Inggeris pun, bahasa Thai tetap diletakkan di bahagi-an atas. Begitu juga di pasar malamnya yang dikunjungi ramai pelancong asing, bahasa Thai tetap diutamakan.

Ternyata, sikap mereka yang mengutamakan bahasa kebang-saan mereka ini, tidak sedikit pun mengurangkan bilangan pelancong asing ke negara mere-ka.

Sempena negara kita menyam-but ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 ini, sewajarnya kita mencontohi negara jiran kita ini. Bak kata pepatah, bahasa menunjukkan [email protected]

Contohilah Orang Thai Mengutamakan Bahasanya

Oleh Mashitah Taharin

Nama Teluk Danga memang terkenal sebagai salah satu tarikan pelancongan

di Johor Bahru. Persoalannya, mengapakah nama tempat yang asalnya dalam bahasa Melayu ini dengan sewenang-wenangnya ditu-kar kepada bahasa Inggeris, Danga Bay? Begitulah persoalan yang dikemukan oleh pembaca Klik DBP, Raja Mahadi Raja Muhamed yang tidak mahu Teluk Danga menerima nasib serupa dengan Bukit Bintang yang kini menjadi Star Hill.

Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB) seharusnya peka de-

ngan soal ini dan memastikan bahawa semua papan tanda meng-utamakan bahasa kebangsaan. Sekalipun, hendak menggunakan bahasa Inggeris, bahasa Melayu hendaklah diutamakan kedudu-kannya dengan meletakkannya di atas bahasa Inggeris dengan saiz yang lebih besar daripada bahasa Inggerisnya.

Di samping itu, pihak media massa juga sewajarnya lebih mem-promosikan nama Teluk Danga

daripada "Danga Bay". Hantarkan sebarang ke-

salahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected] atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Ba-hasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-2148 2875 / 2148 2898. Hadiah istimewa menunggu anda.

APA SUDAH JADI?

Mengapa Danga Bay?

Dari kiri, Prof. Dr. Teuku Sylvana (Indonesia), Prof. Awang Sariyan, Dr. Sanat Mohd. Nasir dan Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan memberi tumpuan kepada Prof. Madya Dr. Paitoon yang membentangkan kertas kerjanya.