Bahasa Melayu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

persatuan berasaskan subjek bahasa melayu

Citation preview

PERANCANGAN PERLAKSANAAN LIMA TAHUN KOKURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU

PERANCANGAN 5 TAHUN AKTIVITI KOKURIKULUM

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

PERSATUAN BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH :

HAJJAH AZIZAN BINTI ABD. RASHID

(SMK TUNKU BESAR TAMPIN)

MALEK RIDWAN BIN MOHD SALLEH

(SMK DATO UNDANG MUSA AL-HAJ)PERANCANGAN PELAKSANAAN LIMA TAHUN KOKURIKULUM PERSATUAN BAHASA MELAYU

SEKAPUR SIREH

Persatuan Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Menengah merupakan satu daripada aktiviti kokurikulum yang bergerak aktif di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Rancangan lima tahun aktiviti Persatuan Bahasa Melayu mengandungi aktiviti untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan, keprihatinan pelajar sebagai warganegara yang bertanggungjawab terhadap keharmonian penggunaan Bahasa Melayu yang gramatis dan kritis.

Aktiviti persatuan ini dirancang khas untuk memotivasikan pelajar supaya melibatkan diri secara aktif dan positif dalam penggunaan Bahasa Melayu.Melalui aktiviti tersebut pelajar berpeluang melatih diri sebagai perancang, pengurus dan pemimpin yang boleh menjadi contoh kepada rakan sebaya. OBJEKTIFKesinambungan daripada penubuhan persatuan ini, beberapa objektif telah dirancang untuk merealisasikan pelaksanaannya. Antara objektif tersebut ialah :1. Menyemai perasaan cinta terhadap sekolah, negeri dan negara supaya wujud warganegara yang sihat dan harmoni.2. Menanam perasaan cinta terhadap Bahasa Melayu dan menggunakannya secara gramatis.

3. Mewujudkan Persatuan Bahasa Melayu di sekolah yang bergiat aktif untuk melatih pelajar yang berkebolehan, berkeyakinan diri dan boleh berhujah dengan baik.4. Meningkatkan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam gerak kerja yang dirancang.

5. Meningkatkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa serta membantu pelajar berinteraksi dengan masyarakat.

6. Membina sikap yang positif dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan bahasa dan budaya Melayu.7. Menggalakkan pelajar menyumbang tenaga, idea, kreativiti serta menyertai pertandingan-pertandingan yang dikelolakan oleh pihak sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

8. Melahirkan generasi yang berkualiti dan peka terhadap isu-isu bahasa dan menerapkan nilai-nilai patriotik dalam kalangan pelajar.

9. Menanam, memupuk dan memberi latihan awal daripada segi jati diri, kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan dalam kalangan pelajar.

10. Melahirkan pelajar yang berketrampilan, bersopan dan berbudi bahasa.

MingguAktivitiObjektifModus OperandiTindakanCatatan

1

Pendaftaran ahli Mendapatkan ahli yang berminat terhadap persatuan.

Dapat menyamaratakan bilangan ahli setiap persatuan. Pelajar diagihkan mengikut Persatuan Akademik di sekolah. S/U Kokurikulum

Penyelaras Persatuan dan Kelab

Suaikenal dan Pembahagian Kumpulan Merapatkan silaturrahim.

Memudahkan aktiviti dijalankan. Mengadakan sesi suaikenal antara ahli.

Membahagikan ahli kepada beberapa kumpulan.

Guru Penasihat dan AJK.

2Pertandingan Melukis Logo dan Motto Persatuan Mencipta identiti persatuan.

Melahirkan rasa kebersamaan.

Kerjasama berkumpulan. Edaran syarat dan peraturan pertandingan.

Pelajar mencipta logo dan motto mengikut kumpulan.

AJK.

Guru

3- Mengendalikan Minggu / Bulan Bahasa Melayu- Merancang aktiviti pengisian Bulan Bahasa Melayu Menanam rasa cinta terhadap Bahasa Melayu.

Menggunakan Bahasa Melayu yang gramatis.

Meningkatkan minat, bakat dan kemahiran berbahasa pelajar. Menentukan masa dan tarikh.

Menentukan aktiviti pengisian Minggu/Bulan Bahasa Melayu.

Menyediakan peralatan.

Mendapatkan sumbangan.

Menjalankan aktiviti

secara berkumpulan.

Guru Penasihat.

4Menerbitkan Buletin Bahasa

Mencungkil bakat pelajar.

Mencetak karya pelajar.

Mendapatkan sumber kewangan persatuan. Menentukan konsep dan jumlah muka surat.

Mendapatkan bahan.

Menyusun/mengedit bahan.

Menerbit dan mengedar bahan. Semua ahli.

Guru Penasihat AJK

Ajk Buletin

5Menulis kata-kata hikmat

Menceriakan kawasan sekolah.

Pelajar dapat menghargai dan menghayati kata-kata hikmat tersebut. Mencari dan mengumpul kata-kata hikmat.

Menulis kata-kata hikmat dan meletakkan di tempat yang sesuai. Guru Penasihat AJK.

Pertandingan Menulis esei Menggalakkan pelajar menulis esei.

Mencungkil bakat dan minat pelajar.

Menyertai pertandingan esei pelbagai badan / jabatan.

Pendedahan teknik penulisan esei.

Pelajar menghasilkan Esei berdasarkan tajuk yang diberi.

Memilih hasil karya pelajar untuk buletin persatuan dan majalah sekolah.

Memilih karya terbaik untuk pertandingan. Guru Penasihat

Semua ahli.

Teka Silangkata Melatih pelajar berfikir secara kritis.

Menambah perbendaharaan kata.

Menimbulkan minat dan kegembiraan pelajar.

Menyediakan teka silangkata.

Pelajar mengisi silangkata secara individu / kumpulan. Guru Penasihat. AJK

Bercerita Mencungkil bakat pelajar.

Melatih keberanian menampilkan diri di khalayak.

Membentuk jati diri pelajar. Memberi pendedahan awal kepada pelajar.

Memilih pelajar yang berbakat.

Mengadakan pertandingan. Guru Penasihat AJK.

Permainan Bahasa Melatih belajar berfikir.

Membentuk sikap kerjasama.

Menimbulkan keceriaan dan keseronokan. Memilih permainan yang sesuai.Contoh : Permainan

Simpulan Bahasa.

Pembinaan

Kosa Kata.

Kembara Minda.

Menyediakan bahan.

Menjalankan aktiviti. Guru Penasihat

AJK.

6Gerai jualan sempena

Hari Sukan Sekolah /

Hari Kantin / Karnival

Usahawan Mendapatkan sumber kewangan persatuan.

Melatih pelajar berniaga.

Memupuk semangat bekerjasama. Merancang bahan jualan.

Menyediakan keperluan jualan.

Membuat jualan.

Guru Penasihat, AJK dan Ahli.

7Bahas Ala Parlimen Mencungkil bakat pelajar.

Membentuk sifat kepimpinan.

Memilih wakil sekolah. Memberi pendedahan kepada pelajar.

Menyediakan tajuk perbahasan.

Menjalankan pertandingan perbahasan.

Guru Penasihat.

8Pidato Piala Diraja Mencungkil bakat pelajar.

Membentuk sifat kepimpinan.

Mencari wakil sekolah. Memberi pendedahan kepada pelajar.

Menyediakan tajuk pidato.

Menjalankan pertandingan pidato. Guru Penasihat.

9Puisi dan Lagu Puisi Melatih pelajar menulis puisi.

Melatih memelodikan puisi.

Mencungkil bakat pelajar.

Memilih wakil sekolah Mendedahkan pelajar kepada teknik penciptaan puisi.

Mendedahkan kepada teknik memelodikan puisi.

Menghasil dan memilih puisi dan lagu puisi yang terbaik.

Penceramah jemputan.

Guru Penasihat

10Buku Skrap Menggalakkan pelajar membaca.

Melatih pelajar memilih bahan.

Mencungkil kreativiti pelajar. Mengumpul bahan dari pelbagai sumber.

Memilih bahan yang sesuai.

Membuat buku skrap. Guru Penasihat.

Guru Jemputan

11Membina Laman Web Mencungkil kreatiiviti pelajar.

Menggalakkan pelajar menggunakan ICT.

Memilih laman web yang sesuai untuk dimuatkan di dalam internet. Pendedahan pembinaan laman web.

Pelajar membina laman web sendiri.

Memilih laman web yang terbaik. Guru ICT

Guru Penasihat

Semua ahli.

12Pementasan Drama Mencungkil bakat pelajar dalam lakonan.

Mendedahkan teknik lakonan.

Menjadi bahan bantu mengajar (dirakam dalam bentuk VCD). Pendedahan teknik asas lakonan kepada pelajar.

Menyediakan skrip.

Memilih skrip yang sesuai.

Latihan lakonan.

Rakaman lakonan pelajar untuk dijadikan BBM. Jurulatih jemputan.

Ketua Bidang / Ketua Panitia.

Guru Penasihat dan pelajar terpilih.

13Kuiz Komsas/ Melukis Karikatur Komsas Menggalakkan pelajar membaca dan menghayati teks Komsas.

Memupuk minat pelajar terhadap bahan sastera.

Memilih wakil sekolah.

Karikatur Komsas sebagai BBM. Membentuk soalan.

Menyediakan bahan.

Menjalankan kuiz.

Melukis Karikatur Komsas. Guru Penasihat.

14Mesyuarat Agung Melantik Ahli Jawatankuasa.

Merancang aktiviti persatuan.

Perlantikkan AJK baru.

Membincangkan aktiviti tahunan persatuan. Guru Penasihat Persatuan.

15Persembahan Kebudayaan Mencungkil bakat pelajar.

Mempersembahkan kepelbagaian aktiviti bahasa dan budaya Melayu.

Memberi keseronokan dan kegembiraan kepada pelajar.

Menjadi daya penarik kepada bukan ahli menyertai persatuan Bahasa Melayu.

Memilih masa dan tarikh yang sesuai.

Membuat perancangan aktiviti persembahan yang sesuai.

Melatih pelajar dalam pelbagai aktiviti persembahan.

Membuat persembahan. Guru Penasihat.

Semua ahli yang terlibat.

16Jamuan Akhir Tahun Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan ahli.

Melahirkan keseronokan dan kegembiraan kepada ahli.

Menutup Kalender Persatuan dan meninggalkankan nostagia buat semua

ahli persatuan.

Sebagai penghargaan kepada ahli persatuan dan guru penasihat. Memilih masa, tarikh dan tempat yang sesuai.

Menjemput pihak pentadbir sekolah.

Menyediakan bahan dan tempat.

Mengadakan jamuan akhir tahun.

Cenderamata kepada AJK. Guru Persatuan dan AJK

17Gotong-royong Membersihkan dan menceriakan makmal bahasa / bilik persatuan bahasa.

Mewujudkan semangat kerjasama dikalangan ahli persatuan.

Menyemaikan semangat kebersamaan dikalangan ahli.

Merancang masa dan tarikh yang sesuai.

Menyediakan peralatan.

Menjalankan aktiviti gotong-royong. Guru Penasihat dan semua ahli persatuan.

18Pementasan Drama Mencungkil bakat pelajar dalam lakonan.

Mendedahkan teknik lakonan.

Menjadi Alat Bantu Mengajar (dirakam dalam bentuk VCD). Pendedahan teknik asas lakonan kepada pelajar.

Menyediakan skrip.

Memilih skrip yang sesuai.

Latihan lakonan.

Rakaman lakonan pelajar untuk dijadikan ABM.

Jurulatih jemputan.

Ketua Bidang / Ketua Panitia.

Guru Penasihat dan pelajar terpilih.

PAGE 3