24
Salam Benua ~ Usman Awang I MEREKA memisahkan kita pasport visa wilayah segala tempoh nama mereka merompak kita dengan undang-undangnya peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya kita dipaksa memilih salah satu dan kita mesti memilihnya tiada jalan lain II Telah saudara pilih senapang dan peluru banyak pemimpin memilih dollarnya untuk ini saudara membasahi baju rumput-merah sungai-merah tangis anak-anak darah rakyat tertindas III Saudara memerah kaktus melumat batu menjadikannya minuman makanan

Bahasa Melayu

  • Upload
    monisa

  • View
    285

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Salam Benua ~ Usman AwangIMEREKA memisahkan kitapasport visa wilayah segala tempoh namamereka merompak kita dengan undang-undangnyapeluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnyakita dipaksa memilih salah satudan kita mesti memilihnyatiada jalan lainIITelah saudara pilih senapang dan pelurubanyak pemimpin memilih dollarnyauntuk ini saudara membasahi bajurumput-merah sungai-merahtangis anak-anakdarah rakyat tertindasIIISaudara memerah kaktus melumat batumenjadikannya minuman makanangadis-gadis bekerja debu pasir dandanannyaanak-anak kecil menyandang senapangsaudara menghitamkan langit menyelubungisaluran minyaksetengahnya menyanyi di penjarauntuk pembebasan Palestin

IVKami bertatih di sawah semakin keringpetani-petani mulai menebang hutan darapermulaan kecil pada ketenangan segumpul awamketenangan yang di belakangnya memangkas kamiyang sedikit ini sedang belajardari tiap pengalaman saudaradan pengalaman sendirikami memampatkan gerhana bulan meipada tujuan tempatnusantara iniVSalamtanpa visapasportgolfwarnakemanusiaan rakyatseluruh benua

Usman Awang1970

[G] BENTUK SAJAKBentukBEBAS 1.Terdiri daripada 5 stanza2. Setiap stanza mempunyai bilangan baris yang berbeza3. Stanza 4 mempunyai bilangan baris terbanyak iaitu sebanyak 10 baris4. Stanza 2 dan 5 mempunyai bilangan baris yang paling sedikit iaitu sebanyak 6 baris[H] UNSUR BUNYI1.ASONANSI: pengulangan vokalS1 B2: pasport visa wilayah segala tembok nama

2.ALITERASI: pengulangan konsonanS2 B2: banyak pemimpin memilih dollarnya S3B2: menjadikannya minuman makanan S3 B4: anak-anak kecil menyandang senapang S4 B8: kami memampatkan gerhana bulan mei [I] GAYA BAHASA1.SIMBOLISME:S1 B3: mereka melambangkan kuasa besar S1 B4: peluru melambangkan penjajahan S2 B1: saudaramelambangkan rakyat yang ditindasS4 B1: kami melambangkan semua masyarakat 2.HIPERBOLA: Unsur yang melampauS2 B4: rumput-rumput sungai merah 3 B1: saudara memerah kaktus melumat batu S3 B5: saudara menghitamkan langit menyelubungi

3.EUFEMISME:S3B7: setengahnya menyanyi di penjara S3B3: gadis-gadis bekerja debu pasir dandannya 4.RESPONSI: Pengulangan perkataan di tengah barisS4 B6-7: dari tiap pengalaman saudara dan pengalaman sendiri 5.BAHASA ASING:S2 B2: dollar nya 6.PERSONIFIKASI: Unsur yang digunakan untuk memberi sifat manusia kepada sesuatubenda tidak bernyawaS4 B4: ketenangan yang di belakangnya memangkas kami 7.LITOTES: Perkataan yang menunjukkan kesederhanaanS4 B1: Kami bertatih di sawah semakin kering [J] SIKAP PENGARANG (SIKAP USMAN AWANG TERHADAP PUISI SALAM BENUA)1. Penggunaan gaya bahasa dalam Salam Benua memberikan rentak tertentu danteratur yang akhirnya mencipta suatu irama yang stabil dan berulang-ulang.-(Pengulangan perkataan saudara dalam S2, S3, S4) 2. Sajak-sajak beliau pada era 70-an semakin stabil dan mantap serta dihalusilagipada tahun-tahun 80-an dan 90-an melaluieksperimen-eksperimenhinggamenyeberang masuk ke dunia prosa naratif dan hampir memutuskan hubungandengan konsep puisi tradisional yang lebih mendekati lagu.* Eksperimen : Penyesuaian bentuk dan gaya Melayu dalam puisi mengikut zamanyang dilakukan secara separuh sedar dan spontan

3. Morfologi puisi-puisi Usman Awang mengikut era:40-an 50-an: memaparkan gaya bahasa pantun (menepati ciri puisi Melayutradisional)50-an 60-an: memaparkan bahasa lembut & romantik, bahasa bersahaja dan sinis(menepati ciri kontemporari zaman)60-an 70-an: memaparkan kebergantungan kepada prosa naratif (hampirterpesong daripada ciri puisi Melayu tradisional)4. Memandangkan sajak Salam Benua merupakan sajak pada era 70-an, terdapatsemangat dan harmoni pantun dalam puisi-puisinya walaupun dengan melonggarkanbeberapa ikatan yang konvensional. Beliau menggunakan kata-kata biasa dalampenulisan sajak ini.5. Sebagai seorang seniman yang berjiwa rakyat dan berkefahaman sosialis, sajak inibertujuan untuk mengetengahkan isu kedamaian dan kesepaduan dalam kalanganmasyarakat sarwajagat yang berbeza latar belakang.[K] AMANAT PENGARANG1. Kita hendaklah berlaku adil apabila melaksanakan tugas sebagai pemimpin.2. Kita haruslah bersatu-padu dan mengeratkan hubungan tanpa mengira status.3. Mengambil pengajaran dan iktibar dari peristiwa terdahulu dan membaiki taraf hidup.4. Kita mestilah menegakkan kebenaran dan memerangi sistem pemerintahan yangsonsang daripada yang hak

Bagaimana Kalau Usman AwangJENIS Satira Sindiran terhadap kerajaan yang memerintah negara pada tahun 1979/1984.NADA Nada Sinis Sajak ini bernada sinis kerana ia menggambarkan perasaan tidak puas hati Usman Awangterhadap kerajaan pada waktu itu. Ada unsur kecindanBENTUK SAJAK Bebas MAKSUD RANGKAPRangkap 1 Penulis menyindir pemimpin-pemimpin yang dalam menggalakkan rakyat Malaysia utukmembeli barangan buatan tempatan, mereka sendiri tidak menggunakan barang buatanMalaysia sebaliknya menggunakan kereta mewah buatan luar Negara. Rangkap 2 Penulis menyindir pekerja-pekerja kerajaan yang tidak adil dalam melaksanakan tugas.Apabila ada masalah di kawasan pemimpin, pekerja-pekerj Aini akan be KERJAdenganbersungguh-sungguh tetapi sebaliknya berlaku apabila berlaku masalah di kawasan rakyatbiasa. Rangkap 3 Kerajaan melakukan pembaziran dan menyalahgunakan sumber negara untuk kepentingansendiri sehingga rakyat menderita apabila kehabisan sumber. Rangkap 4 Kerajaan tidak bersikap telus dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat danmengambil rasuah daripada peniaga-peniaga besar sehingga rakyat menerima kesannya.Begitu juga pekerja-pekerja LHDN yang tidak telus menyimpan rekod-rekod cukaipendapatan sehingga masalah-masalah rasuah yang diambil tauke-tauke besar ada yangtidak direkodkan dengan sempurna. Rangkap 5 Penulis menyindir Perdana Menteri pada waktu itu yang mempunyai matlamat yang besartetapi jika beliau sendiri yang melakukan kesilapan-kesilapan kecil sehingga tersasar darimatlamat, siapa yang perlu dipersalahkan? Rangkap 6 Kerajaan harus memastikan rakyat dapat menggunakan kemudahan awam dengansempurna dan bukan sekadar untuk memenuhi syarat asal ada kerana ingin meraih undiketika pilihan raya. Akhirnya, kemudahan yang sedikit itu dimanfaatkan oleh pembangkanguntuk menarik pengundi. Tema Kritikan kepada pemimpinPersoalanRangkap 1 Sikap kerajaan yang melaksanakan sesuatu dasar tetapi pegawai-pegawai mereka yangkaya sendiri tidak mengikut dasar tersebut.Rangkap 2 Sikap pekerja kerajaan yang tidak bersikap adil dalam melaksanakan tugas.Rangkap 3 Kerajaan yang sering menyalahgunakan sumber negara untuk kepentingan sendiriRangkap 4 Rasuah dan sikap tidak telus kerajaan dan pekerja LHDN dalam menjalankan amanah rakyat.Rangkap 5 Pemimpin yang mengambil mudah dan tidak peka akan matlamat yang ingin dicapai. Rangkap 6 Sikap kerajaan yang tidak menunaikan janji ketika pilihan raya dan melaksanakan janjikepada rakyat secara sambil lewa

SIKAP PENGARANG Tidak berpuas hati dengan sikap kerajaan dan pekerja LHDN yang banyak mengamalkanrasuah dan perkara-perkara yang tidak telus dalam pemerintahan. Menyindir pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab dalam menjalankanpembangunan negara. Menyindir sikap kerajaan terhadap dasar-dasar yang telah digubal. Menyindir sikap pekerja-pekerja kerajaan yang tidak adil dalam menjalankan tugas. MESEJ Usaha menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia harus dilakukan dengancara yang betul dan bukan dengan cara paksaan dan perlu menyeluruh, bukan sekadarkepada rakyat biasa. Pembangunan yang terancang sangat penting agar rakyat tidak mendapat kesan burukdaripada pembangunan yang tidak terancang Kerajaan tidak sepatutnya bersikap mementingkan pihak mereka dan perlu sentiasaberjimat cermat dalam menggunakan sumber negara. Kerajaan dan pekerjanya harus bersikap jujur, amanah dan telus dalam melaksanakanamanah rakyat. Setiap tindakan pemimpin haruslah dilaksanakan dengan berhati-hati agar tiada kesilapanyang berlaku yang boleh menjejaskan hasrat kerajaan untuk pembangunan negara. Kemudahan awam harus disediakan secara mencukupi kepada rakyat agar rakyat tidakmenghadapi masalah.GAYA BAHASA Unsur BunyiAliterasi- Tiba-tiba sakit perut memulas-mulasAsonansi- Bagaimana kalau semua jalan raya ibu kotaSkema RimaRima Berpecah- Pola yang tidak semuanya sama dalam serangkap namun ada dua baris yang sama.

Unsur BahasaRangkap 1 Retoris-Apakah semua orang akan membeli motokar buatan Malaysia? Rangkap 2 Hiperbola-Tanpa henti tujuh hari tujuh malam lamanya? Rangkap 3 Anafora- Semua gas Petronas jadi anginSemua lilin jadi cairSemua bateri hilang kuasanyaRangkap 4 Klimaks- Kecuali fail para tauke besar danFail para menteri dan M.P. yangRangkap 5 Hiperbola- Tugas yang maha beratRangkap 6 Eufemisme-tempat melepas

Guru o guru

Berburu ke padang datarDapat rusa belang kakiBerguru kepala ajarIbarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setiaTiap akar ilmu miliknyaPelita dan lampu segalaUntuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabatAlur kesetiaan mengalirkan nasihatPemimpin yang ditauliahkan segala umatSeribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di Ibu KotaDi bangunan tua sekolah Hulu TerengganuDia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desaSemakin bererti tugasnya kepada negara.Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmuPanggilan keramat cikgu kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979

Maksud Sajak Guru O Guru'

Sajak Guru O Guru membawa tema keguruan iaitu bertemakan kemurnian profesion keguruan.Menurut penulis guru merupakan manusia yang tidak lokek dengan ilmu dan sentiasamemberikan ilmu dengan ikhlas demi untuk membentuk generasi muda yang berjaya dancemerlang. Persoalan ini dinyatakan penulis dalam rangkap pertama.

Dalam rangkap kedua pula penulis menggambarkan guru berperanan sebagai ibu bapa, dan rakanyang sentiasa mengambil berat dan memberikan nasihat kepada pelajarnya. Guru juga pemimpinatau orang yang dipercayai dan dihormati oleh golongan masyarakat. Pandangan dan nasihatnyaakan terus diingati.

Selain itu dalam rangkap ketiga Allahyarham Datuk Usman menyatakan jasa seorang guru yang telah berjasa dan berjaya melahirkan pemimpin, golongan profesional, golongan istana dan rakyat biasa. Kejayaan mereka bermula daripada kesabaran dan tunjuk ajar seorang gurumengajar membaca dan menulis.

Seterusnya dalam rangkap keempat penulis menggambarkan pengorbanan guru yang mengajar di bandar, luar bandar dan pedalaman. Pengorbanan mereka sangat besar. Mereka sanggup mengajar di sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman semata-mata untuk menurunkan ilmu.

Akhir sekali dalam rangkap terakhir, penulis memaparkan budi dan jasa guru yang sukar untuk dilupakan. Golongan guru akan terus dipanggil dengan panggilan keramat Cikgu sehingga keakhir hayat mereka. Gelaran keramat ini mempunyai nilai yang sangat tinggi meskipun tidak mendapat keistimewaan seperti pemegang gelaran Tun, Tan Sri dan sebagainya. Kesimpulannya, sajak Guru O Guru mengangkat tema keguruan yang menyatakan jasa, pengorbanan, sumbangan, dan kemuliaan guru dalam masyarakat.

Nilai

Sajak Guru O Guru sarat dengan nilai murni yang disulam dengan begitu indah sekali oleh penulis. Penulis menyelitkan nilai mencintai ilmu dalam rangkap pertama. Bagi penulis guru mencintai ilmu dan tidak lokek menyebarkan ilmu kepada pelajarnya.

Dalam rangkap kedua pula penulis memaparkan nilai kasih sayang, ingat-mengingati dan daya kepemimpinan yang ada pada guru. Guru menyayangi pelajar seumpama ibu bapa menyayangi anaknya dan menjadi sahabat akrab terhadap pelajarnya..

Selain itu, dalam rangkap ketiga penulis menggambarkan jasa guru mendidik anak muridnya sehingga menjadi orang yang berjaya dalam hidup.

Pada rangkap keempat pula dipaparkan nilai pengorbanan guru yang sanggup bertugas di bandar, luarbandar dan pedalaman semata-mata untuk berkhidmat kepada masyarakat dan menyampaikan ilmu pengetahuan.

Seterusnya, penulis menyelitkan nilai murni mengenang jasa. Jasa guru akan sentiasa diingati oleh masyarakat. Panggilan cikgu akan kekal meskipun seseorang guru sudah berpencen.

Tema

Sajak Guru O Guru bertemakan kerjaya perguruan yang mulia.

Persoalan

Terdapat banyak persoalan yang dipaparkan dalam sajak Guru O Guru,antaranya:1. Keikhlasan seorang guru mendidik anak didik.2. Hubungan guru dengan pelajar seperti ibu bapa dan rakan karib.3. Kejayaan seseorang manusia adalah atas usaha dan jasa guru.4. Pengorbanan guru yang sanggup berkhidmat di luar bandar, bandar dan pedalaman.5. Jasa dan pengorbanan guru tetap akan dikenang oleh masyarakat