82
[BMM 3108 Fonetik dan Fonologi] 1.0 PENGENALAN Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berurutan. Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa. Bahasa bertindak melalui dua bentuk iaitu melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. 2.0 TEORI-TEORI FONETIK DAN FONOLOGI 2.1 Definisi fonetik Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa 1

215404247-Bmm-3108-Fonetik-Dan-Fonologi-2 (1).docx

Embed Size (px)

Citation preview

[BMM 3108 Fonetik dan Fonologi]

1.0 PENGENALAN

Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau berurutan.Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut bunyi-bunyi bahasa.Bahasa bertindak melalui dua bentuk iaitumelibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan makna.Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan.

2.0 TEORI-TEORI FONETIK DAN FONOLOGI

2.1 Definisi fonetikFonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagaiphoneyang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.

Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakanfonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi.Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr. Lufti Abas, 1975).Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut.Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan.

2.2 Cabang-cabang FonetikBidang fonetik terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitufonetik artikulasi, fonetikakustikdanfonetik auditori.

2.2.1 Fonetik Artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya.

2.2.2 Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.2.2.3 Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad. Proses ini mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi tersebut diinterprestasikan.Proses yang terlibat dinamakansebagai mendekod, yang melibatkan pendengar.Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula mentafsir maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam komunikasi yang berlangsung. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar, 2006).Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.

2.3 Definisi fonologiFonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci.Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptifyangmempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia.Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006)pula menjelaskan bahawafonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.

Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (2005) pula,bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.Menurut Crystal(1980:268), Fonologi adalah satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa.

2.4 Perbezaan Fonetik dan FonologiMenurut Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), bidang fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang kepada bunyi tersebut.Manakala bidang fonologi pula ialah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini.Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia yang direalisasikan melalui lambang-lambang tertentu.Manakala fonologi pula bertugas untuk merumus, menghurai dan menjelaskan segala bentuk bunyi sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia.Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi(fon)serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, danpersepsineurofizikal.ManakalaFonologiialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa yang dikenali sebagai bunyi bahasa.Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa manakala fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa.Fonemmerupakan istilah linguistik dan merupakan gabungan terkecil dalam sesuatu bahasa yang masih boleh menunjukkan perbezaan makna. Fonem berbentuk bunyi.Contohnya bunyi [k] dan [g] merupakan dua fonem yang berbeza, seperti dalam perkataan"cagar" dan "cakar".Sebagai rumusan, didapati kedua-dua bidang ini saling melengkapiantara satu sama lain.Bagi memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu.Apabila sudah menguasai bidang fonetik, baharulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna.Dengan demikian dapat dilihat bahawa fonetik dan fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Garis pemisah antara kedua-duanya adalah kurang jelas walaupun ada sarjana cuba meletakkan garis pemisahnya.

3.0 ALAT- ALAT ATRIKULASI

3.1 Definisi Artikulasi dan ArtikulatorArtikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi bahasa.Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara.Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan, iaitu lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut, manakala daerah artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah), gigi, lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin, 1998:16-17).

3.2 Fungsi Alat-alat Artikulasi

1.Bibir atas11.Tengah lidah

2.Bibir bawah12.Belakang lidah

3.Gigi atas13.Akar lidah

4.Gigi bawah14.Epiglotis

5.Gusi15.Pita suara

6.Lelangit keras16.Rongga tekak

7.Lelangit lembut17.Rongga Hidung

8.Anak tekak18.Rongga mulut

9.Hujung lidah19.Rahang

10.Hadapan lidah20.Tenggorok

Rajah 1 : Alat-alat Artikulasi3.2.1 LidahLidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang belakang kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi. Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan lelangit lembut Tengah lidah atau akar lidah :bahagian lidah yang bertentangan antara pertemuan langit keras dan lelangit lembut Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gigi Sebagai contoh,vokal depan sempit [i] dalam perkataan ikan memerlukan bahagian hujung lidah berada pada kedudukan paling tinggi dalam rongga mulut.

3.2.2 GigiSelain lidah, Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang seterusnya menghasilkan bunyi.

3.2.3 BibirBibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut.Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Selain itu,Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

3.2.4 GusiGusi merupakan bahagian yang cembung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.3.2.5 LelangitLelangit dapat dipecahkan kepada dua bahagian,iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.3.2.6 Rongga HidungTerletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

3.2.7 Pita SuaraPita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi.Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. Rajah 2 menunjukkan kedudukan pita suara apabila poses pengeluaran suara berlaku.

Rajah 2 : Kedudukan Pita Suara 4.0 VOKAL4.1 Definisi Huruf VokalHuruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk.(Marzukhi Nyak Abdullah, 1977:42).Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.(Abdullah Hassan,2006:44).

Jadual 3 menunjukkan simbol vokal Bahasa Melayu:HurufSimbol Fonetik

a[a]

e (pepet)[e]

e taling[]

i[i]

o[i]

u[u]

Jadual 3 : Simbol Vokal Bahasa Melayu

Vokal ialah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan. Vokal juga tergolong sebagai bunyi bersuara. Oleh itu, untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral dengan tanpa sekatan. Sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.

Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, dan u. Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut, iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir.Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah, ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut:

Rajah 4: Carta Vokal Bahasa Melayu

Seterusnya, keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan bundar. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu [] dan []. Bunyi-bunyi [] dan [] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti beg dan bos.

4.2 Jenis-jenis Vokal

4.2.1 Vokal HadapanWaktu menyebut bunyi akhir dalam kata geli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras itu terdapat saluran sempit untuk udara keluar. Huruf akhir pada perkataan geli, dilambangkan [i]. Lambang ini [ ] ialah lambang fonetik. Sehubungan dengan itu, bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [i]. Selepas anda menyebut bunyi [i], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [a]. Anda akan merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas kerana depan lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [a] ialah bunyi vokal hadapan luas.

4.2.2 Vokal BelakangSekarang, kita akan mengenali vokal belakang pula. Sebut bunyi akhir dalam kata batu. Vokal ini ialah vokal [u]. Untuk menghasilkan bunyi ini pula, bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Cuba anda letakkan tangan di bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut [o]. Ada perbezaan? Ya, ada kerana vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah dari menghasilkan bunyi [u].

4.2.3 Vokal Tengah [] Berdasarkan Rajah 4, ada berapa vokal tengah dalam bahasa Melayu? Sebenarnya ada satu vokal tengah, iaitu []. Vokal ini dihasilkan dengan meletakkan tengah lidah dekat dengan lelangit. Bibir dihamparkan. Sungguhpun begitu ada dua vokal kata pinjaman dan dalam bahasa baku sebagai kelainan bagi [e] iaitu [dan

4.2.4 Vokal dinasalkanApakah jenis vokal yang telah kita bicarakan di atas? Vokal yang kita pelajari ialah vokal hadapan dan vokal belakang. Betul, kerana bunyi vokal ini keluar melalui rongga oral. Pada masa vokal-vokal itu dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga nasal.Selain itu, terdapat juga vokal-vokal yang dinasalkan, iaitu vokal yang dikeluarkan melalui rongga oral dan nasal. Pada masa ini lelangit lembut diturunkan. Vokal ini dikenali sebagai vokal yang dinasalkan (nasalisasi) yang ditandakan dengan [~] atas lambang vokal. Contohnya [nani], semasa kata ini dituturkan, udara tidak seratus peratus keluar melalui rongga mulut tetapi apabila [n] disebutkan ada aliran udara yang melalui rongga hidung lalu terjadilah sengauan. Tanda [~] diwujudkan pada vokal yang seterusnya, iaitu [na].

5.0 KONSONAN5.1 Bunyi KonsonanDalam Bahasa Melayu juga, terdapat 25 fonem atau bunyi konsonan.Konsonan ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap.(Abdullah Hassan,2006:44).Simbol konsonan Bahasa Melayu mewakili kesemua 25 huruf dan simbol fonetik konsonan seperti yang ditunjukkan dalam jadual yang berikut: Bil.HurufSimbol Fonetik

1.b/b/

2.c/c/

3.d/d/

4.f/f/

5.g/g/

6.gh/x/

7.h/h/

8.j/j/

9.k/k/

10.kh/x/

12.l/l/

13.m/m/

14.n/n/

15.ng/n/

16.ny/n/

17.p/p/

18.q/q/

19.r/r/

20.s/s/

21.s/s/

22.t/t/

23.v/v/

24.w/w/

25.z/z/

Jadual 5 : Simbol dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu

Selain konsonan, dalam Bahasa Melayu juga terdapat konsonan gandingan dan rangkap seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6 yang berikut:

Konsonan RangkapSimbol Fonetik

gh[ ]

ny[ ]

ng[ ]

sy[ ]

th[ ]

dz[ ]

kh[ x ]

Jadual 6 : Konsonan Gandingan dan Rangkap

Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara seperti yang digambarkan dalam Rajah 7 yang berikut :

Rajah 7: Carta Konsonan Bahasa Melayu

Konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran, malaran dan getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan contohnya p][pulau] (awal) dan [atap] (akhir). Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [] untuk menghasilkan bunyi [], manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [] untuk mendapatkan bunyi [j].Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [], dan []. Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l]. Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [], dan [h]. Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y]. Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r]. Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h]. Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibir-gigi tak bersuara, (ii) Geseran bibir-gusi bersuara, (iii) Geseran gigi tak bersuara, (iv) Geseran gigi bersuara, (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara. Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara, bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [fiker] fikir, [hafal] hafal, dan [maaf] maaf. Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita suara tidak digetarkan. Contoh sebutan: [vkal] vokal, [vrsi] versi, dan [univrsiti] universiti. Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [alaa] Selasa (thalatha), [inen] Isnin (Ithnin), dan [hade] hadis (hadith). Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula, sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [alem] zalim (dzalim), dan [haer] hadir (hadzir). Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [xabar] khabar, [axbar] akhbar, dan [axer] akhir. Akhirnya, penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [aeb] ghaib, [loat] loghat, dan [bale] baligh. Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [a] dan [baa] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r].5.2Konsonan Pinjaman Selain konsonan-konsonan yang dinyatakan di atas, ada konsonan yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang dipinjam. Banyak konsonan dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan Melayu seperti bunyi-bunyi dari bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z]. Walau bagaimanapun, ada yang bunyi asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran. [f] dan [v] - bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara. Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar yang menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara.[z] bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Membunyikan [z] berbeza apabila pita suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang dihasilkan ini dinamakan geseran gusi bersuara.[s] pada waktu pengeluarkan bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang dihasilkan dinamakan geseran gusi lelangit keras.

6.0 DIFTONGMenurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu, diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau?(Marzukhi Nyak Abdullah,1997:63)Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #], [# panau #] dan [# amboi #]. Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal(Abdullah Hassan, 2006:42).

Bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa, iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [a] dalam [pula] pulau, (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pantai], (iii) diftong menurun, iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit, iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah contohnya, [oi] dalam [sepoi] sepoi.

7.0 JADUAL VOKALBunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa halangan, sekatan, ataupun sisian pada arus udara yang dikeluarkan dari paru-paru. Sifat-sifat bunyi vokal adalah;i. vokal adalah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan;ii. vokal adalah bunyi bersuara;iii. untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan; daniv. sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir.Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu enam vokal asli bahasa Melayu dan dua vokal pinjaman. Vokal-vokal asli ialah [a, e, i, o, u]. Vokal-vokal pinjaman pula ialah [, ]. Kelapan-lapan vokal ini ditunjukkan dalam Rajah 8 di bawah. Bahagian depan, tengah dan belakang pada rajah menunjukkan bahagian lidah yang berperanan ketika menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

Rajah 8 : Kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa MelayuSemasa bunyi vokal dihasilkan;i. berlaku getaran pada pita suara;ii. anak tekak dinaikkan;iii. udara yang keluar dari paru-paru tanpa sebarang halangan atau sekatan, malahan keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut;iv. bentuk bibir boleh berkeadaan bundar atau leper.7.1 Vokal HadapanSemasa kita menyebut bunyi akhir dalam kata beli, depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras terdapat saluran sempit untuk udara keluar. Huruf akhir pada perkataan beli, dilambangkan [ i ]. Lambang ini [ i ] ialah lambang fonetik. Manakala bunyi [ e ] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [ i ].Selepas anda membunyikan vokal [ i ], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [ a ]. Anda akan dapat merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas kerana depan lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [ a ] adalah bunyi vokal hadapan luas.a. Vokal Hadapan Sempit [ i ]Untuk menghasilkan vokal ini, hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara. Bibir berada dalam keadaan terhampar.Contoh perkataan :Awal kataTengah KataAkhir Kata[ikan][lipat][gali][ikat][lihat][sari][ipar][bila][cari]

Rajah 9: Pengujaran vokal depan sempit [ i ]

b. Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ]Vokal ini terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Kalau kita menyebut vokal [ e ], bahagian depan lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan vokal [ i ]. Untuk menyebutnya, hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [ i ]. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara akan bergetar. Lihat Rajah 9 di atas. Contoh perkataan : Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata[ elo ][ laher ] [ kole ][ esa ] [ merah ] [ sate ][ ela ][ sepa ]

c. Vokal Hadapan Separuh Luas [ ]Bahagian depan lidah diturunkan sepertiga daripada kedudukan vokal semasa melafazkan bunyi [ e ]. Lelangit lembut pula terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut dan pita suara bergetar. Semasa bunyi dilafazkan kedudukan bibir dalam keadaan terhampar.

Rajah 10 : Vokal Depan Separuh Luas

d. Vokal Hadapan Luas [ a ]Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Pita suara bergetar. Vokal ini paling banyak terdapat dalam Bahasa Melayu. (Rujuk Rajah 11)

Rajah 11 : Vokal Hadapan Luas [ a ]Contoh perkataan:Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata[ ala ][ mkan ][ lala ][ ali ][ sara ][ papa ]7.2 Vokal BelakangVokal belakang dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah ke lelangit lembut. Kemudian belakang lidah diturunkan satu pertiga ke bawah di bahagian belakang lidah seperti dalam menghasilkan bunyi vokal depan. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara bergetar. Bibir dibundarkan semasa menghasilkan bunyi ini.

a. Vokal Belakang Sempit [ u ]Bahagian belakang lidah diangkat tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuhnya. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara bergetar. Bibir berada dalam keadaan bundar. (rujuk Rajah 12)

Rajah 12: Vokal Belakang Sempit [ u ]

Contoh perkataan:Awal KataTengah KataAkhir Kata[ upah ][ sulam][ buku ][ ubah ][ luka ][ dulu ]

b. Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling tinggi semasa melafazkan bunyi [u]. Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut, sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan. (Lihat Rajah 13).

Rajah 13 : Vokal Belakang Separuh Sempit [o]

Contoh perkataan :Awal Kata Tengah KataAkhir Kata [ oleh ][ sogo ] [ solo ]

c. Vokal Belakang Separuh Luas [ ]Untuk menghasilkan bunyi vokal ini, belakang lidah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa bunyi ini dilafazkan, bibir berada dalam keadaan bundar.Contoh perkataan :Awal Kata Tengah KataAkhir Kata[ ra] [ tlak] [ blt ]

d. Vokal Tengah [ ]Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di bahagian bawah rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak untuk menutup rongga hidung. Udara keluar daripada paru-paru tanpa sekatan. Pita suara bergetar.

Rajah 14 : Vokal TengahContoh perkataan :Awal KataTengah KataAkhir Kata[ ma ][ sma ] -

8.0 JADUAL KONSONANKonsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan, bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi konsonan terhasil apabila berlakunya sekatan udara yang mengalir dalam saluran suara. Bunyi-bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Rujuk Rajah 15 untuk melihat cara-cara menghasilkan bunyi-bunyi konsonan bahasa Melayu.

Rajah 15: Konsonan Bahasa Melayu

Dalam Bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada konsonan asli dan pinjaman. Konsonan asli terdiri daripada bunyi-bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran, sisian, getaran dan bunyi separuh vokal.8.1 Konsonan Letupan (Plosif)Konsonan letupan dihasilkan dengan merapatkan alat sebutan kepada mana-mana daerah sebutan. Udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut akan tersekat. Apabila udara yang tersekat ini dilepaskan dengan serta merta maka terhasillah bunyi letupan. Bunyi letupan akan berubah-ubah apabila daerah dan alat sebutannya diubah.

a. Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b].Letupan bibir dihasilkan dengan merapatkan bibir nbawah ke bibir atas dan lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru akan tersekat dan dilepaskan serta-merta. Apabila letupan itu dilakukan dengan pita suara tak bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan bibir tak bersuara [ p ]. Contoh, [ parah ], [ rupa ]. Apabila pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan bibir bersuara [ b ]. Contoh, [ baru ], [ biru ], [ habuk ]

Rajah 16 : Konsonan letupan bibir [p] dan [b]Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya:Bunyi konsonan [p]Bunyi konsonan [b]

1.Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.2.Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.3.Pita suara direnggangkan.4.Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.5.Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].Cara membunyikan sama seperti membunyikan konsonan [p]. yang berbeza ialah:1.Pita suara dirapatkan.2.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan mengetarkan pita suara.3.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].

Contoh perkataan:HurufAwalTengahAkhir

Konsonan [p]palulapikatap

Konsonan [b]batekrabunadab

b. Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]Bunyi konsonan letupan gusi dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan dalam rongga mulut dilepaskan serta-merta pada bahagian hujung lidah dan gusi.Jika pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [ d ]. Contoh, [ dada ], [ nada ], [ tidur ]. Jika pita suara tidak bergetar, maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tak bersuara [ t ]. Contoh, [ tanah ], [ mata ]

Rajah 17 : Konsonan letupan gusi [t] dan [d]Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]. Cara membunyikannya:Bunyi konsonan [t]Bunyi konsonan [d]

1.Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.2.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.3.Pita suara direnggangkan .4.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.5.Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.6.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah:1.Pita suara dirapatkan.2.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.3.Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].

Contoh perkataan:HurufAwalTengahAkhir

Konsonan [t]takutbataspadat

Konsonan [d]dalamtandukabad

c. Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Letupan lelangit lembut dihasilkan apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan dilepaskan dengan serta-merta pada bahagian belakang lidah dan lelangit lembut. Bunyi suara yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut [ k ] tak bersuara di mana pita suara tidak bergetar. Contoh, [ kaki ], [ laku ], [ saku ]. Apabila pita suara bergetar maka bunyi suara yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut [ g ] bersuara. Contoh, [ gaya ], [ pagar ], [ segar ]

Rajah 18 : Konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g]Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya:Bunyi konsonan [k]Bunyi konsonan [g]

1.Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara .2.Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.3.Pita suara di renggangkan.4.Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.5.Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta.6.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah:1.Pita suara dirapatkan .2.Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengetarkan pita suara.3.Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

Contoh perkataan:HurufAwalTengahAkhir

Konsonan [k]kalamakantamak

Konsonan [g]garampagardialog

d. Letupan pita suara/hentian glotis [ ]Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Udara kemudian terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan serta-merta pada bahagian pita suara. Pita suara tidak bergetar. Maka terhasillah [ ]. Contoh, [ poko ], [ keadaan ]Hentian glotis [?] Cara membunyikannya:(a)Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.(b)Pita suara dirapatkan sepenuhnya.(c)Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.(d)Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara.Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut:

AwalTengahAkhir

anaksaatlemak

ikanrakyatbudak

8.2 Konsonan Letusan (Afrikat). Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [].

Bunyi letusan dihasilkan dengan merapatkan alat artikulasi sehingga udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutupi rongga hidung. Udara kemudiannya terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan perlahan-lahan pada bahagian lelangit keras. Maka terhasillah fonem [ ] di mana pita suara tidak bergetar. Contoh, [ awan ], [ baa ]. Apabila pita suara bergetar, bunyi suara yang dihasilkan ialah konsonan letusan lelangit keras bersuara [ ]. Contoh, [ alan ], [ baa ].

Rajah 19 : Konsonan letusan [ ] dan [ ]

Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara []. Cara membunyikannya:Bunyi konsonan []Bunyi konsonan []

1.Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.2.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.3.Pita suara direnggangkan.4.Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.5.Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.6.Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [].Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan []. yang berbeza ialah:1.Pita suara dirapatkan.2.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.3.Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi bersuara []

Contoh perkataan:HurufAwalTengahAkhir

Konsonan []caralacikoc

Konsonan []jalakanjikolej

8.3 Konsonan Sengauan (Nasal)Dalam Bahasa Melayu terdapat empat bunyi nasal. Bunyi nasal berlaku apabila alat artikulasi dirapatkan kepada daerah artikulasi. Lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga hidung dan rongga mulut. Pita suara akan bergetar.

a. Konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ]Udara dari paru-paru dipam ke pita suara. Lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Udara terhalang pada bahagian dua bibir, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut, maka terhasillah fonem [ m ]. Contoh perkataan [ mlu ], [ amn ]. ( Rujuk Rajah 20 ).

Rajah 20 : Konsonan Sengauan [m]Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:(a)Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.(g)Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(h)Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.(i)Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.(j)Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut:AwalTengahAkhir

macamtemanketam

murahlumbabadam

b. Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]Bunyi terhasil apabila udara terhalang pada bahagian hujung lidah dan gusi kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Apabila udara tiba di rongga tekak, lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]. Contoh perkataan ialah, [ nsi], [ nns ]. ( Rujuk Rajah 21 )

Rajah 21 : Konsonan Sengauan [n]

Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:(a)Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.(b)Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c)Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung(d)Arus udara dilepaskan perlahan-lahanBunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:AwalTengahAkhir

nagatanahtaman

nilampanahlaman

c. Konsonan sengauan lelangit keras [ ]Bunyi konsonan ini dihasilkan apabila udara yang terhalang pada bahagian depan lidah dan lelangit keras, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Bunyi suara yang dihasilkan ialah fonem [ ]. Contoh perkataan ialah, [ ala ], [ baak ]. ( Rujuk Rajah 22 )

Rajah 22 : Konsonan sengauan [ ]Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara []. Cara membunyikannya:(a)Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara(b)Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung(c)Pita suara dirapatkan dan digetarkan(d)Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung(e)Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahanBunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara () seperti perkataan yang berikut:AwalTengahAkhir

nyarisbanyak-

nyalasenyap-

d. Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ ]Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Udara terhalang pada bahagian belakang lidah dan lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Pita suara akan bergetar. Bunyi suara yang dihasilkan ialah [ ]. Contoh perkataan ialah, [ aa ], [ mail ]. ( Rujuk Rajah 23 )

Rajah 23: Konsonan sengauan [ ]7Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [] cara membunyikannya:(a)Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.(b)Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.(c)Pita suara dirapatkan dan digetarkan(d)Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.(e)Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [] seperti yang berikut:AwalTengahAkhir

ngilubingkalalang

ngerirangkaptulang

8.4 Konsonan Geseran (Frikatif)Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan rongga aliran udara sewaktu melalui rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan udara hanya keluar melalui rongga mulut.a. Geseran gigi-gusi tak bersuara [ s ]Bunyi dihasilkan apabila udara yang keluar dari paru-paru bergeser pada sempitan lidah dan gusi. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara maka terhasillah bunyi gusi tak bersuara [ s ]. Contoh perkataan ialah, [ salah ], [ msa ], [ bas ]. (Rujuk Rajah 24)

Rajah 24 : Konsonan Geseran [ s ]Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:(a)Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.(b)Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c)Pita suara di renggangkan.(d)Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara(e)Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].Contoh perkataan:AwalTengahAkhir

silaplasakpedas

satulesulemas

b. Geseran glotis tak bersuara [ h ]Bunyi dihasilkan apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang tanpa halangan. Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang tekak. Bunyi suara yang dihasilkan ialah [ h ], geseran glotis tak bersuara. Contoh perkataan ialah, [ hawa ], [ mha ]. (Rujuk Rajah 25).

Rajah 25 : Konsonan Geseran [ h ]Contoh perkataan :AwalTengahAkhir

hawamahasampah

hasadsihatlapah

8.5 Konsonan Getaran (Tril)Bunyi dihasilkan apabila udara dari paru-paru ditekan keluar melalui rongga mulut hingga menggetarkan lidah pada bahagian gigi-gusi. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [ r ]. (Rujuk Rajah 26)

Rajah 26 : Konsonan Getaran [ r ]Konsonan getaran gusi bersuara [r]:(a)Hujung lidah dikenakan pada gusi.(b)Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c)Pita suara dirapatkan.(d)arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara(e)arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidahBunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti contoh perkataan berikut:AwalTengahAkhir

rapattiramsabar

rugiseramlebar

8.6 Konsonan Sisian (Lateral)Udara dikeluarkan melalui rongga mulut terhalang dan keluar melalui kedua-dua belah kiri dan kanan lidah. Hujung lidah dinaikkan ke bahagian gusi. Pita suara bergetar. Bunyi yang dihasilkan ialah [ l ]. Contoh perkataan ialah, [ lari ], [ sila ], [ selamat ]. (Rujuk Rajah 27)

Rajah 27: Konsonan Sisian [ l ]Konsonan gusi bersuara [I]:(a)Hujung lidah dikenakan pada gusi.(b)Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.(c)Pita suara dirapatkan(d)Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara(e)Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti contoh perkataan yang berikut:AwalTengahAkhir

lagutilamtebal

lipatkelamkekal

8.7 Konsonan Separuh Vokal Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah dan ruang udara di dalam mulut sama kedudukannya seperti ketika menyebut bunyi vokal. Ujaran dilakukan separuh jalan sahaja.a. Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]Bibir dan belakang lidah seperti untuk membunyikan [ u ], kemudian berlaku geluncuran. Bunyi yang dihasilkan ialah separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]. Contoh perkataan ialah, [ waya], [ wa ]. (Rujuk Rajah 28)

Rajah 28 : Konsonan Separuh Vokal [ w ]

Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:(a)Bibir di bundarkan.(b)Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.(c)Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung(d)Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut(e)Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut:AwalTengahAkhir

wariskawantakraw

wajarlawan-

b. Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [ j ]Kedudukan lidah pada peringkat awal adalah seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini ialah separuh vokal lelangit keras bersuara [ j ]. Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:(a)Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.(b)Bibir di hamparkan.(c)Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung.(d)Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j].(e)Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut:

AwalTengahAkhir

yakintayang-

yuranpayah-

9.0 JADUAL DIFTONG

Diftong ialah bunyi yang terdapat geluncuran semasa menyebutnya. Diftong dilambangkan oleh dua huruf vokal yang membentuk satu suku kata. Semasa bunyi diftong dihasilkan, berlaku getaran pada pita suara. Diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, yakni yang merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal rangkap terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata tersebut ialah merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku kata, yakni ma dan in.Kesimpulannya, bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak. Bunyi diftong adalah terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal di mana pada mula-mulanya hadir tanpa menampakkan sebarang puncak kelantangan. Keadaan di mana ketiadaan puncak kelantangan semasa proses penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja semata-mata. Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga bentuk diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Bunyi diftong dihasilkan apabil sebuah vokal menggeluncur dan bergabung dengan sebuah vokal lain.

Rajah 29 : Kedudukan Diftong dalam Bahasa Melayua) Ini dapat dilihat dalam diftong [ai]. Bunyi vokal dimulai dengan cara penghasilan vokal depan luas [a], kemudian berlaku geluncuran ke arah bunyi vokal depan sempit [i]. Contoh perkataan AwalTengahAkhir

aisinghairanpandai

Aidilfitrihaiwantupai

b) Diftong [au] pula dihasilkan apabila vokal depan luas [a] menggeluncur ke arah bunyi vokal belakang sempit [u] iaitu bibir berada dalam keadaan bundar dan lidah berada di belakang. Contoh perkataan AwalTengahAkhir

aurattaufanpisau

audittauliahpulau

c) Pengujaran diftong [oi] dimulai dengan cara penghasilan vokal belakang separuh sempit [o], kemudian berlaku geluncuran ke arah bunyi vokal depan sempit [i]. Bibir berkeadaan leper dan lidah berada di hadapan dan bukaan mulut separuh sempit. Contoh perkataan AwalTengahAkhir

-boikotamboi

sepoi

10.0 TRANSKRIPSI

10.1 TRANSKRIPSI FONETIKTranskripsi fonetik merupakan satu cara merakamkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan lambang-lambang fonetik. Lambang fonetik ditulis dalam kurungan [ ].10.2 TRANSKRIPSI FONEMIKTranskripsi fonemik merupakan cara transkripsi yang menumpukan transkripsi dalam bentuk tulisan. Matlamat akhir fonemik ialah untuk membentuk sistem ejaan berdasarkan fonem-fonem yang ada dalam sesuatu bahasa, contohnya fonem // dieja sebagai ng, fonem /x/ dieja sebagai kh dan fonem // di eja sebagai ng.Contoh perkataan yang menunjukkan penyebarannya menggunakan transkripsi fonetik.Bil.HurufFonemPenyebaran (transkripsi fonetik)

AwalTengahAkhir

1.b/b/[bu ku][ba ba][a dab]

c//[a wan][ba a][ma]

d/d/[da ri][da da][kad]

f/f/[fa seh][a laf]

g/g/[ga ri][la ga][bg]

h/h/[ha ri][m ha][a rah]

j/j/[jam][ja ja][caj]

k/k/[ka ta][ba ta][ka tak]

kh/kh/[xa mis][ta rix]

l/l/[la lu][la la][a wal]

m/m/[m ri][m m] [ka lam]

n/n/[n si][m n][ta mn]

ng//[a a][ba u][si a]

ny//[ i][ba k]

p/p/[pa su][s pit][te tap]

q/q/[qa ri][wu quf][bu raq]

r/r/[ra sa][ba ra][se bar]

s/s/[ si la][sa sa][m las]

t/t/[ta lam][t tap][k rat]

v/v/[van][re vo lu si]

w/w/[wau][a wal]

z/z/[zoo][ba zar]

10.3 PETIKAN CERITA BERLAGA DENGAN BAYANG SENDIRI DALAM DIALEK KELANTAN Dale sebuah kapong ado seko aye jate hok gagoh . Namo aye jate tu Si Jalok. Si Jalok ni ado satu susuh hok taje dan Si Jalok ni jugok ado reng hok kuaq. Making aye-aye lain semuo pakaq takoq ke Si Jalok sebaq tu Si Jalok making agah. Dale sebuah kapong hok lain pulok ado seko aye jate lain. Namo aye jate ni Biqing. Si Biqing ni tok suko ke peqanga agah Si Jalok ni. Lalu, pado satu haqi si Biqing ni wi nasihaq ke Si Jalok. Mu ni Jalok, sepatuqnyo raso besyukur sebaq mu ado susuh hok taje bukenyo mu making agah. Kalu mu nok tahu ada aye lain hok lebih kuaq daqi mu, Denga Si Biqing kato lagu tu Si Jalok ni making nok maqoh. Cubo mu qoyak kaq aku, aye mano hok beqani nok lawe dengan aku, jekoh Si Jalok. Kalu mu nok tahu, aye tu hok ado depa mu ni loh. Mu tu, aku bule kalohke denge sene mesek jah. Lalu Si Biqing ni ajok Si Jalok belago di kapong dio. Si Jalok setuju denge cadange Si Biqing. Keesokke harinyo Si Jalok gi lah ke kapong Si Biqing denge sombong. Aku akan kalohkanmu Biqing, kecek Si Jalok. Pah tu dio masuk la dale qeban Si Biqing. Make tekejuqlah Si Jalok apabilo dio tengok, ado seko aye jate lain ado depa dio. Si Jalok teqeke ke aye tu. Aye tu teqeke ke dio balik . Si Jalok bequndo, aye tu bequndo balik. Si Jalok buko kepak aye tu pun buko kepak jugo.

Si Jalak seqo dipermaing-maingke joh. Akhirnyo, Si Jalok qeboh keqano tok cekaq. Aye tu pun qeboh jugo. Akhirnyo, muculloh Si Biqing . Mu ni Jalok, belago denge baye mu siqi dale cemin. Tak dok guno mu ni gagoh kalu mu ni bodo. Baye mu siqi mu anggap lawe mu, kecek Biqing sambe ketawa.

10.4 TRANSKRIPSI FONETIK PETIKAN CERITA DIALEK KELANTAN

[ # dal sbuah kapong ad sk ay at hk gagh # nam ay at tu si alk # si alk ni ad satu susuh hk ta dan si alk ni ug ad ng hk kua # making ay-ay lain smu paka tak k si alk sba tu si alk making agah # # dal sbuah kapng hk lain pulk ad sk ay at lain # nam ay at ni biing # si biing ni tk suk k pang agah si alk ni # # lalu pad satu hai si biing ni wi nasiha k si alk # # mu ni alok # spatunj as bsjuk sba mu ad susuh hk ta buknj mu making agah # kalu mu nk tahu ada ay lain hk lebih kua dai mu # # dnga si biing kck lagu tu si alk ni making nk mah # # cub mu yak ka aku # ay man hk bani nk law dng aku # kh si alk # # kalu mu nk tahu # ay tu hk ad dp mu ni lh # mu tu aku bul kalhk dng sn msk ah # # lalu si biing ni ak si alk blag di kapng di # si alk stuu dng cadang si biing # # ksokk hainy si alk gi lah k kapng si biing dng smbng # # aku akan kalhkanmu biing # kck si alok # # pah tu di masuk la dal ba si biing # mak tkeulah si alk apabil di tng ad skor ay at lain ad dp di # # si alok tk k ay tu # ay tu tk k di balik # si alk bund # ay tu bund balik # si alk buk kpak # ay tu pun buk kpak jug #

# si alak s dipemaing-maingk h # akhinj, si alk bah kean tk ckaq # ay tu pun bh ug # # akhiny # mucullh si biing # # mu ni alok # blag dng bay mu sii dal cmin # tak dk gun mu ni gagh kalu mu ni bd # baj mu sii mu angga law mu # kck biing samb ktawa # ]

10.5 PETIKAN CERITA BERLAGA DENGAN BAYANG SENDIRI DALAM BAHASA MELAYU STANDARD

Si Jalak seekor ayam jantan yang gagah. Si Jalak memiliki taji yang tajam dan tenaga yang kuat. Ayam-ayam lain berasa takut kepada Si Jalak. Si Jalak semakin angkuh apabila ayam-ayam lain takut kepadanya. Biring seekor ayam jantan ang tinggal di kampong lain. Biring juga tidak suka melihat sifat angkuh Si Jalak. Pada suatu hari, Biring menasihati Si Jalak. Kamu harus bersyukur kerana tajimu tajam, bukannya membangga diri. Si Jalak tidak peduli akan nasihat Biring. Lagipun ada ayam yang lebih gagah daripadamu, kata Biring lagi. Si Jalak berasa sangat marah mendengar nasihat Biring. Di manakah ayam yang berani berlawan dengan ku? tempik Si Jalak. Ayam itu berada di hadapanmu, kata Biring yang bijak bestari. Aku dapat kalahkanmu dengan mudah. Biring mengajak Si Jalak berlaga di kampungnya. Kamu akan malu jika kalah di kampong sendiri, sindir Biring. Si Jalak pun bersetuju. Pada keesokkan harinya, Si Jalak pergi ke kampong Biring dengan sombong. Aku akan kalahkan Biring, katanya.

Si Jalak masuk ke dalam reban Biring. Si Jalak terkejut melihat seekor ayam laga yang gagah berdiri di hadapannya. Si Jalak menerkam ayam laga dan ayam laga menerkam balas. Si Jalak berundur, ayam laga berundur juga. Si Jalak buka kepak, ayam laga berbuat beitu juga . Si Jalak berasa dirinya dipermain-mainkan.Keadaan begitu berlaku agak lama. Akhirnya Si Jalak rebah kerana letih. Ia melihat ayam laga turut rebah. Akhirnya Biring muncul. Kamu berlaga dengan bayang pada cermin. Tiada gunanya gagah jika bodoh. Bayang sendiri dianggap lawan, kata Biring sambil ketawa.

10.5 ANALISIS TRANSKRIPSI ANTARA BAHASA DIALEK KELANTAN DAN BAHASA MELAYU STANDARD BERDASARKAN PETIKAN DIALOG

Jika membuat perbezaan antara dialek Kelantan dengan bahasa Melayu baku, terdapat beberapa kelainan yang ketara di dalam bidang-bidang tertentu, seperti: i. Fonologiii. Morfologiiii. Ayativ. LeksikalNamun, tugasan ini hanya memerlukan bidang fonologi sahaja untuk dikaji.

10.5.1Kelainan Dalam Bidang FonologiFonologi merupakan satu kajian terhadap bunyi-bunyi bahasa. Hal ini bermaksud, bidang fonologi menentukan sistem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif atau tidak distingtif. Dalam bidang ini, didapati wujud dua kelainan yang ketara di antara dialek Kelantan dengan bahasa Melayu baku iaitu dalam aspek pengucapan dan fonem.

10.5.2 Kelainan Dalam PengucapanCara untuk mengungkapkan atau mengucapkan kata dalam dialek Kelantan berlainan dengan cara mengucapkannya dalam bahasa Melayu baku. Sebagai contoh dapat dilihat melalui perbezaan-perbezaan yang dihuraikan seperti :

a) Perbezaan Pertama Penjelasan : Vokal a akhir kata dalam bahasa standard mempunyai kesejajaran dalam vokal dalam dialek ini. BAHASA DIALEKFONEMBAHASA STANDARD

ado[ad]ada

dio[di]dia

pado[pad]pada

guno[gun]guna

b) Perbezaan Kedua Penjelasan : Vokal a dalam suku kata akhir yang tertutup mempunyai kesejajaran dengan vokal , dengan syarat konsonan yang mengikutinya itu adalah dalam bahasa bahasa standard merupakan hentian glottis (q) atau frikatif glottis (h). BAHASA DIALEKFONEMBAHASA STANDARD

jugoq[ugq]juga

c) Perbezaan Ketiga Penjelasan : Melalui bahasa standard, konsonan penutup kata merupakan t atau p, tetapi t atau p ini digantikan oleh hentian glottis [] dalam dialek, dan a sebelumnya itu dipertahankan. BAHASA DIALEKFONEMBAHASA STANDARD

kuaq[kua]kuat

takuq[taku]takut

dekaq[dka]dekat

d) Perbezaan Keempat Penjelasan : a yang diikuti oleh salah satu konsonan nasal ( m, n, ny, ng ) dalam suku kata akhir tertutup mempunyai kesejajaran dengan atau e-taling dalam dialek ini.

BAHASA DIALEKFONEMBAHASA STANDARD

denge[dng]dengan

aye[ay]ayam

dale[dale]dalam

11.0 RUMUSAN Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara. Kaedah fonetik juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.Hal ini adalah kerana otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membacaperkataan itu. Justeru, penguasaan ilmu fonetik dan fonologi ini dapat memudahkan pelajar untuk mempelajari cara-cara menghasilkan bunyi dengan sebutan yang betul.

12.0 REFLEKSI

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya menyiapkan tugasan BMM 3108: FONETIK DAN FONOLOGI ini dengan sempurna. Biarpun pada awalnya saya menjangkakan bahawa tugasan ini sukar, tetapi akhirnya dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Sebenarnya, di awal mendapat tugasan ini, saya berasa agak sukar dan samar-samar membayangkan apa yang perlu dilakukan. Tetapi dengan dorongan dan penerangan daripada pensyarah, Tuan Haji Izan bin Othman, gambaran tugasan menjadi lebih jelas dan membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk memulakan tugasan.Saya telah mencari bahan di pelbagai tempat dan sumber. Tugasan ini banyak mendisiplinkan diri saya khususnya ketika berada di penghujung tarikh serahan tugasan. Oleh itu, bagi memastikan proses penghasilan kerja kursus ini berjalan dengan lancar dan memuaskan hati, saya sentiasa teliti dalam menghasilkan kerja kursus ini. Saya sentiasa berbincang dengan rakan-rakan kumpulan dan juga daripada kumpulan yang lain bagaimana kandungan dan penyediaan bahan bagi kerja kursus ini. Apa yang kurang difahami dalam sesuatu perkara, akan dibincangkan sebaik mungkin . Jika ada sesuatu perkara yang agak kabur saya akan menelefon atau berjumpa dengan rakan-rakan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Taklimat-taklimat yang diberikan oleh pensyarah, saya dengar dengan teliti dan akan dicatat. Hal ini bertujuan untuk menambahkan lagi pemahaman saya terhadap cara-cara untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini.Segala persediaan sebelum memulakan kerja kursus ini telah saya lakukan sebaik mungkin. Saya amat berharap agar dapat menyempurnakan tugasan ini dengan baik dan berjalan dengan lancar. Selain itu, saya dapati kerjasama yang terjalin bersama rakan bagi menjayakan tugasan ini merupakan nadi utama tugasan ini dapat disiapkan. Rakan-rakan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan idea-idea yang bernas dalam memantapkan isi-isi kerja kursus ini.

Sementara itu, secara jujurnya saya sangat bersyukur kerana mendapat tugasan ini. Hal ini kerana, saya memperoleh banyak ilmu dan dapat menambahkan pengetahuan dalam pengajaran Bahasa Melayu . Fonetik ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan oleh manusia. Manakala Fonologi adalah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa yang bermakna itu digunakan secara sistematik untuk membentuk kata atau ujaran. Ini bermakna Fonologi berkaitan dengan pola bunyi bahasa dan bagaimana sesuatu bunyi dalam sesuatu bahasa itu berfungsi. Dari aspek bunyi-bunyi bahasa, fonetik berkaitan dengan fonologi, namun fonetik menekankan bagaimana bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara fizikal. Oleh itu, banyak faedah yang diperolehi daripada pelajaran fonetik dan fonologi. Antaranya ialah memberi pengetahuan tentang ilmu fonetik dan fonologi Bahasa Melayu untuk diaplikasikan secara praktik. Selain itu, kita dapat mengetahui dan memahami tentang bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa. Di samping itu, kita juga dapat mengetahui dengan lebih jelas bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dituturkan serta mengenali alat-alat artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Apabila pengetahuan telah bertambah tentang ilmu fonetik dan fonologi tentunya membolehkan seseorang pendidik mengenali pelbagai variasi bahasa yang dituturkan oleh murid, dan keadaan ini membolehkan seorang pendidik membetulkan kesilapan dengan tepat dan berkesan serta dapat membimbing murid supaya mahir membunyikan dan menyebut sesuatu dengan betul. Bahasa Melayu merupakan aset kita yang paling baik dalam menjamin kesinambungan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Hanya pengetahuan bahasa Melayu yang dikuasai secara utuh dan menyeluruh yang dapat menjadi alat komunikasi dan alat penyatu rakyat Malaysia. Justeru, pengkajian dan pemahaman dalam bidang fonetik dan fonologi dapat memantapkan lagi Bahasa Kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, seseorang guru bahasa, tidak kiralah bahasa apa pun di dunia ini perlulah benar-benar memahami selok-belok bahasa itu sendiri bagaimana variasi bahasanya, paradigmatik, stilistik dan sebagainya. Kefahaman yang baik akan menjadi satu bonus kepada guru agar guru tersebut dapat memberi kelangsungan bahasa itu kepada generasi seterusnya.Dari segi kesukaran untuk menyiapkan tugasan ini, secara terus terang saya katakan bahawa agak bermasalah untuk menyiapkan tugasan ini kerana pada suatu tahap saya berasakan tertekan untuk menyiapkan tugsan ini dengan kekangan masa dan bebanan kerja di sekolah kerana saya mengajar tahun enam, setiausaha Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah, setiausaha PIBG dan juga Penyelaras SPBT. Pada masa yang sama juga, kewajipan saya sebagai seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak juga terpaksa ditunaikan . Namun, disebabkan bantuan yang telah diberikan oleh rakan-rakan dan ahli keluarga saya kembali bersemangat untuk menyiapkan tugasan ini. Alhamdulillah, saya berjaya menyempurnakan tugasan pada kali ini.Namun disebalik kesukaran tersebut saya mendapat banyak manfaat yang tidak ternilai harganya. Dengan melakukan tugasan ini, saya dapat meningkatkan kemahiran belajar yang telah lama ditinggalkan sama ada membaca, mencatat nota, merujuk dan sebagainya. Saya juga lebih mahir dalam proses untuk mencari dan menambah maklumat.Kesimpulannya, tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru, saya perlulah mengetahui dengan lebih mendalam mengenai bidang fonetik dan fonologi. Melalui pemahaman ini juga, guru dapat mengajar dengan lebih berkesan. Selain itu, dengan adanya tugasan seperti ini, ilmu mengenai pengajaran dapat dipraktikkan dengan lebih berkesan lagi. Akhir sekali, saya berharap semoga kerja kursus ini dapat memberi manfaat kepada diri saya sendiri serta orang lain. Sekian, Wasallam.

Yang benar,

---------------------------------(SHUKINA BINTI MEHAT)

13.0 BIBLIOGRAFISumber Rujukan Buku Abdullah Hassan. (2005).Linguistik am: Siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Arbak Othman.(1983).Permulaan ilmu linguistik:Suatu pengenalan konsep dan bidang kajian secara toritis.Kuala Lumpur:Sarjana Enterprise. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar.(2006).Fonetik dan fonologi.Kuala Lumpur:PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir.(2005).Teori bahasa:Implikasinya terhadap pengajarantatabahasa.Tanjong Malim:Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. (2006).Teks bahasa Melayu STPM.Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain. (1980).Kaedah dan teknik mengajar bahasa:Dengan rujukan khas kepada pengajaran bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Pustaka Ilmu. Sheikh Roslam Sheikh Abdullah & Aminuddin Bin Mamat (2011).Modul PGSR:WAJ3104 Literasi bahasa.IPG Kampus Kota Bharu. Siti Hajar Abdul Aziz.(2011).Bahasa Melayu I edisi kedua.Kuala Lumpur:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sumber Internetafiqekie.wordpress.com/download-nota-pismp/fazilaziz.blogspot.com/.../bmm-3108-sistem-bunyi-...ppgipgktbbm3.blogspot.com/.../modul-semester-4.h...

64