Upload
tiyeesan
View
104
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
bm
Citation preview
1) Pak Salleh _______ buah rambutan yang masak itu
dengan sebatang galah.
A menolak B memukul
C menjolok D merentap
2) Shanrizal sedang menaikkan bendera Jalur
Gemilang di hadapan pejabat sekolah hingga
_______ tiang.
A penjuru B puncak
C hulu D atas
3) Encik Daud bersetuju ______ harga buah epal dan
cempedak yang ditawarkan oleh Pak Mail.
A dengan B kepada
C untuk D daripada
4) Ketua kerani itu menerima ________ ke majlis
sambutan Hari Kecemerlangan Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina) Taman Permaisuri.
A surat akuan B surat kiriman
C surat tawaran D surat jemputan
5) Rama-rama menggunakan ________ untuk
mengesan keadaan di sekelilingnya.
A rerambut B sesungut
C sesendi D jejari
6) Pak Din duduk di atas bangku plastik sambil
________ kelapa yang diminta oleh pelanggan di
kedai runcitnya.
A menekan B memarut
C memulas D meramas
7) Encik Wong sedang menaip kertas kerjanya dengan
computer riba ________ anak lelakinya sedang
membaca buku.
A hingga B supaya
C malahan D manakala
8) Aktiviti gotong-royong membina pondok bacaan
yang dilakukan oleh penduduk Kampung Cempaka
itu dapat ______ penduduk setempat.
A mencampuradukkan
B menunjukajarkan
C menitikberatkan
D menyatupadukan
9) Pak Rahim memandu kereta pacuan empat rodanya
dengan perlahan kerana jalan raya menuju ke Estet
Kemuning itu ________.
A bengkang-bengkok
B senget-menget
C simpang-siur
D lekak-lekuk
10) Chee Keong memakai topi keledar ________
hendak menunggang motosikal berkuasa tinggi ke
pejabat.
A lalu B sambil
C kerana D supaya
11) Cikgu Wong dan Kuhan sedang menaik tali jaring
bola tampar di tepi pantai itu.
Pilih perkataan berlawan bagi menarik.
A melepas B mendorong
C menyorong D menghulur
12) Burung helang itu hendak menyambar anak-anak Si
Merah yang berkeliaran di hadapan reban.
Pilih perkataan seerti bagi menyambar.
A merampas B menangkap
C menyetap D meragut
13) Puan Marlia bertanya kepada jurujual di Butik
Embun itu, Bolehkah ________ mencuba baju
kebaya ini?
A dia B saya
C kami D mereka
14) Bunga iris yang berwarna biru boleh ditanam
________ rizomnya.
A dari B pada
C dengan D daripada
15) Adik Amin ketakutan apabilameluhat singa itu
_____________seekor anak kambing.
A membaham B menggigit
C mengunyah D memamah
16) Kasihan sungguh orang tua itu kerana badannya
____________.
A condong B bongkok
C senget D bengkok
17) Televisyen yang baru dibeli oleh ayah diletakkan di
__________almari hiasan.
A sebelah B sedut
C seberang D hadapan
18) Cikgu Din menggunakan ________untuk menjaga
masa dalam pertandingan syarahan itu.
A jam randik B jam loceng
C jam dinding D jam pasir
19) Tiga ekor burung punai sedang ________ di atas
bumbung pondok di tepi sawah.
A duduk B hinggap
C berpijak D berlunjur
20) Air di dalam tempayan itu ________ kerana adik
terlupa hendak menutup kepala paip.
A meruap B membuak
C memercik D melimpah
21) Pak Deli menunggang motosikalnya dengan berhati-
hati semsa menuruni Bukit Padang Terendak yang
________ itu.
A senget B landai
C curam D tegak
22) Jayakumar sedang berlari sambil ________ baton
kepada Mazlan yang berada di hadapannya.
A menyangkutkan B menghulurkan
C memasukkan D mengalungkan
23) Jan Nee dan kawan-kawannya sungguh tertarik
apabila melihat beberapa ________ buah anggur
yang berbuah dengan lebat di Ladang Anggur
Perdana itu.
A ikat B gugus
C cekak D tandan
24) Anggota polis yang menjalankan operasi mencegah
pendatang tanpa izin itu sedang mengadakan
________ terhadap buruh-buruh yang tinggal di
rumah kongsi tersebut.
A kaji selidik B pandu uji
C soal siasat D soal selidik
25) Wak Karman ________ di tengah panas matahari
untuk menanam anak pokok pisang emas itu.
A ringan tulang B berputih tulang
C mencuri tulang D membanting tulang
26) Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Selayang itu
sedang menanam tumbuhan ________ sebagai
hiasan di sepanjang Jalan Mulia itu.
A renek B kerdil
C ketot D halus
27) Puan Ratna sedang ________ kulit buah limau bali
itu untuk dijadikan pencuci mulut selepas makan
tengah hari.
A menetak B menghiris
C memotong D mengupas
28) Adik hanya berjaya mengisi ________ sahaja air ke
dalam botol itu semasa sukaneka itu.
A sebahagian B sesetengah
C separuh D separa
29) ________ itu sedang bertungkus lumus
memindahkan mangsa-mangsa banjir itu ke pusat
pemindahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
A Sukarelawan B Angkasawan
C Peragawati D Seniwan
30) Pemain penyerang pasukan Datuk Bahaman yang
cedera itu ________ ke luar padag untuk diberikan
rawatan.
A dijunjung B dipangku
C dijulang D diusung
31) Pada musim kemarau, Pak Sahak akan ________ air
dari sungai untuk menyiram sayur-sayuran di
kebunnya.
A menatang B menjinjing
C mengelek D mengandar
32) Rahayu dan abangnya membantu ibu mereka
________ daging ayam itu untuk membuat sate.
A mencolok B menjolok
C merodok D mencucuk
33) Pak Cik Harun menggunakan sebatang galah yang
panjang untuk ________ buah kelapa sawit yang
telah masak di kebunnya.
A mencantas B mengait
C memetik D mengambil
34) Mak Cik Temah sedang ________ buluh untuk
membuat nyiru dengan berhati-hati supaya
tangannya tidak terluka.
A menghiris B mengikis
C melarik D meraut
35) Penjaga gol hoki pasukan Malaysia sedang
________ bola yang dipukul Pakistan daripada
membolosi pintu golnya.
A menampan B menyerang
C mengasak D mengelecek
36) Mak Lijah lebih gemar ________ pulut
menggunakan dapur kayu kerana rasanya yang
lebih enak.
A merebus B mencelur
C mengukus D menjerang
37) Pihak polis terpaksa menutup Jalan Pinang itu
kerana sebuah lori telah ________ di jalan tersebut.
A terpelanting B terbaring
C terbalik D terentang
38) Pesawat MAS itu ________ dengan lajunya di atas
landasan sebaik-baik sahaja mendapat arahan
daripada menara kawalan.
A berlungsur B melungsur
C melungsuri D melungsurkan
39) Pemain penyerang pasukan Kedah itu sedang
________ bola untuk mengelirukan penjaga gol
pasukan Selangor.
A melaga-laga B mengacu-acu
C melibas-libas D mengacah-acah
40) Orang ramai di dalam bank itu segera ________
apabila perompak itu melepaskan tembakan.
A menurun B menyendiri
C meniarap D meneletang
41) Datuk saya membuang janggutnya dengan
________ yang berwarna biru.
A pisau dapur B pisau cukur
C pisau toreh D pisau meja
42) Cikgu Lim ________ tangan budak yang hamper
terjatuh itu.
A menolak B menjolok
C menarik D memukul
43) Mak Minah meminta cucunya mengurut ________
tengkuknya yang berasa lenguh.
A atas B bawah
C hadapan D belakang
44) Suntikan itu bertujuan untuk meningkatkan
________ badan.
A daya tahan B daya cipta
C daya kuda D daya seribu
45) Mak Busu _______ hantaran untuk majlis
perkahwinan anak sulungnya.
A menganyam B mengubah
C menggubah D menenun
46) Ular itu menyorok di dalam lubang di ________
pokok.
A dalam B samping
C pangkal D antara
47) Pengerusi PIBG sedang pingat emas itu kepada
pemenang acara lontar peluru.
A menghulurkan B mengalungkan
C menyangkutkan D memasukkan
48) Pak Uda mempertahankan diri daripada serangan
penjahat dengan sebatang ________.
A tongkat kayu B tongkat kail
C tongkat ampai D tongkat ali
49) Beberapa orang pekerja pembinaan sedang
memasang ________ pada bumbung rumah itu.
A bebiri B lelabah
C tetupai D kekuda
50) Nenek saya ________ kelapa untuk mendapatkan
santannya.
A meramas B mencnai
C menggentel D menguli
51) Kah Meng melambai-lambai tangan apabila
terpandang akan guru kelasnya yang berada di
________ sungai.
A hulu B seberang
C selekoh D hilir
52) Terdapat banyak ________ di dalam kapal yang
karam di dasar laut itu.
A harta karun B harta benda
C harta pusaka D harta milik
53) Kak Timah menggunakan penyapu untuk
membuang sawang di ________ rumahnya.
A sesungut B bebola
C lelangit D reriang
54) Datuk cuba menhilangkan kelenguhan pada kakinya
dengan duduk ________.
A bersila B berlunjur
C bersimpuh D bercangkung
55) ________ hendak ke mana?
A Aku B Saya
C Engkau D kalian
56) Walaupun berjawatan tinggi, Encik Lim tidak pernah
memandang rendah ________ pekerja-pekerjanya.
A seperti B kepada
C dengan D tentang
57) Lebih daripada lima ribu orang peserta mengambil
bahagian dalam ________ Hari Kebangsaan pada
setiap tahun.
A diarak B berarak
C mengarak D perarakan
58) Ayah saya membuang ________ itu dengan
menggunakan sebatang penyapu habuk.
A jejari B sesiku
C lelangit D sesawang
59) Murid-murid lelaki itu sedang ________ di kantin
pada waktu rehat.
A bersiar B berkejar
C berbual D bertugas
60) Kim Seng menggunakan sebatang sudu untuk
_________ tudung tin biskut yang tertutup rapat itu.
A mengumpil B mencabut
C mengorek D menyodok
61) Sook Moi sedang ________ sebuah lagu di majlis
perpisahan itu.
A menciptakan B mendendangkan
C menghadiahkan D melarikan
62) Rumah neneknya terletak di ________ taman
permainan dengan dewan.
A antara B hujung
C penjuru D belakang
63) Pertandingan ________ peringkat antarabangsa
diadakan di Kuala Terengganu.
A kapal terbang B kapal selam
C kapal perang D kapal layar
64) Guru Besar memberikan amaran kepada Zaki dan
Kamarul kerana ________ kerap ponteng sekolah.
A dia B kita
C saya D mereka
65) Pak Dollah ________ beberapa biji buah durian
yang telah gugur di dusunnya.
A memetik B menjolok
C mengambil D memungut
66) Tong sampah itu diletakkan di ________ pagar.
A atas B luar
C dalam D tengah
67) Ah Seong jatuh tersungkur kerana _________ batu
itu.
A tersepak B bersepak
C menyepak D disepak
68) _______ minum air kopi ini, datuk," kata Lily.
A Tolong B Harap
C Jemput D Minta
69) Johan ________ kerana rakan-rakannya
memberikan hadiah semasa hari jadinya.
A besar hati B makan hati
C tawar hati D buta hati
70 ________ itu mengedarkan risalah tentang
barangan jualannya kepada orang ramai.
A Jurutera B Jurujual
C Juruacara D Jurucakap
71) Kakak saya ________ apabila melihat cacing di
dalam bekas itu.
A terhuyung-hayang
B lintang-pukang
C geli-geleman
D sedu-sedan
72) Mak Cik Ani sedang ________ air di dapur.
A menjinjing B membancuh
C menyimbah D menjerang
73) Peserta-peserta Pertandingan Kayak itu terpaksa
_________ arus sungai yang deras.
A melalui B melayari
C mengalami D mengharungi
74) ________ pegawai polis sedang menjalankan
siasatan di sebuah bank yang telah dirompak.
A Segerombolan B Sepasukan
C Seangkatan D Sekawan
75) ________ tidak dibenarkan mengambil gambar di
sini, kata pegawai keselamatan itu kepada
beberapa orang pengunjung.
A Kita B Tuan
C Awak D Kalian
76) Si Comel, kucing kesayangan Lina sedang ________
anaknya yang baru lahir.
A menggonggong B menggigit
C membawa D menghidu
77) Encik Ranjit memandu keretanya dengan perlahan
semasa menaiki bukit yang _______.
A curam B senget
C tegak D cerun
78) Puan Nancy ________ kari kepala ikan sementara
menanti kepulangan suaminya.
A merebus B menanak
C memasak D menumis
79) Pokok labu yang ditanam datuk ________ ke luar
pagar kebunnya.
A merangkak B menyusur
C menjulur D menjalar
80) Sze Pei segera ke dapur apabila terbau masakan
yang sudah ________.
A busuk B hapak
C hangit D tengik
81) Doktor sedang memeriksa ________ telinga adik
yang berdarah.
A jejari B sesiku
C lelangit D gegendang
82) Kanak-kanak itu terjatuh dari basikal, ________
mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
A dia B saya
C hamba D beliau
83) Pihak polis marin telah ________ kawalan di
perairan Selat Melaka.
A ketat B pengetat
C keketatan D memperketat
84) Apabila kakak senyum ________ barisan giginya
yang putih dan bersih itu.
A serlah B pameran
C terserlah D mempamerkan
85) Azmi ________ daripada tidur apabila terdengar
kokokan ayam jantannya.
A menjaga B berjaga
C terjaga D dijaga
86) Pelajar itu sedang ________ ayahnya menggunakan
telefon awam.
A mendekati B memaklumi
C memberitahu D menghubungi
87) Ah Seng mengumpul baki duit belanja sekolahnya
setiap hari kerana dia tahu bahawa
A sediakan paying sebelum hujan
B sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
C ke mana tunpahnya kuah kalau tidak ke nasi
D bapa borek anak rintik