12
PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH RENDAH ELM3033 E No. 3 - Menghuraikan Tugas seorang guru Pendidikan Moral Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini merupakan satu subjek yang penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin dan berwawasan. Tambahan pula, dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, peranan Guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan menjadi contoh (role model)kepada para pelajarnya. Dalam penghidupan (sosialisasi), seseorang individu perlu melalui berbagai proses perkembangan sehingga mencapai kematangan. Salah satu proses yang dialami ialah proses perkembangan moral. Antara lain, proses sosialisasi pelajar akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku di mana akan memberi perubahan besar dalam kehidupan mereka. Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun pelajar diajar secara langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh pelajar hasil daripada tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan 1

Tugas Guru Pend. Moral

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tugas Guru Pend. Moral

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH RENDAH

ELM3033E

No. 3 - Menghuraikan Tugas seorang guru Pendidikan Moral

Pendidikan Moral memainkan peranan penting dalam merealisasikan

matlamat pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata

pelajaran ini merupakan satu subjek yang penting di sekolah dalam melahirkan

generasi yang berilmu, berdisiplin dan berwawasan. Tambahan pula, dalam usaha

melahirkan insan yang bermoral, peranan Guru Pendidikan Moral memainkan

peranan yang penting dalam menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dan

menjadi contoh (role model)kepada para pelajarnya. Dalam penghidupan

(sosialisasi), seseorang individu perlu melalui berbagai proses perkembangan

sehingga mencapai kematangan. Salah satu proses yang dialami ialah proses

perkembangan moral. Antara lain, proses sosialisasi pelajar akan mempengaruhi

pemikiran, emosi dan tingkah laku di mana akan memberi perubahan besar dalam

kehidupan mereka.

Sosialisasi berlaku secara sedar atau tidak sedar. Walaupun pelajar diajar

secara langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang

baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam

masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh pelajar hasil

daripada tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya.

Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia,

tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi atau sosialisasi. Sosialisasi

mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang

belajar isi kandung kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia

dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Justeru, kepentingan proses sosialisasi pelajar di sekolah terutama dalam

mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku mereka memang tidak dinafikan

lagi. Oleh sebab itu, mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral (Pusat

Perkembangan Kurikulum 1988), penaakulan moral merupakan hasil yang penting

dalam pengajaran Pendidikan Moral.

1

Page 2: Tugas Guru Pend. Moral

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH RENDAH

ELM3033E

Agen Perubahan Sosialisasi Individu

Dalam proses sosialisasi pelajar terdapat lima agen utama yang turut

membawa perubahan dalam diri mereka, yakni keluarga, rakan sebaya, sekolah

(institusi), agama dan media massa.

Seringkali ditimbulkan bahawa faktor keluarga memainkan peranan penting

dalam mempengaruhi kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Ibu bpa yang sentiasa

memberi galakkan dan perangsang sehingga menimbulkan minat, semangat

ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadai pelajaran. Ibu bapa juga berupaya

membentuk pola-pola tingkah laku pelajar. Faktor-faktor seperti dorongan dan

galakkan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta

keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukan personaliti, motivasi dan

pencapaian akademik anak-anak yang masih bergelar pelajar. Ibu bapa yang

sentiasa memberi dorongan dan bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi. Di

samping itu, ibu bapa juga dikaitkan sebagai satu faktor persekitaran yang banyak

mempengaruhi pembentukan dan perkembangan sosialisasi khususnya yang

berkaitan dengan personaliti dan sahsiah mereka. Tak syak lagi pepatah Melayu

mengatakan, “jikalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sehubungan

dengan itu Mohd. Azhar et.al, (2001)  menyatakan bahawa ketika kecil dan dalam

keluarga pendidikan asas serta pembentukan keperibadian itu mesti diberikan dasar

yang jelas dan kukuh.

Pada diri remaja, pengaruh dalam lingkungan perilaku diakui cukup kuat.

Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai

untuk menentkan tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam

berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger,

1991). Kelompok teman sebaya juga diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan

keputusan seseorang remaja tentang perilakunya (Conger, 1991). Rakan sebaya

dilihat mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Raka

sebaya di sekolah dapat mempengarui disiplin seseorang remaja. Sekiranya nilai-

2

Page 3: Tugas Guru Pend. Moral

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH RENDAH

ELM3033E

nilai rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama,

menepati masa, menghormati guru dan mematuhi peraturan, begitulah juga sikap

pelajar berkenaan. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya akan

menghasilkan seseorang ndividu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-

satu masyarakat seperti sifat-sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama.

Rakan sebaya juga memainkan peranan penting bagi membentk konsep diri, sikap

dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun

sebaliknya di sisi masyarakat. Contohnya, cara berpakaian, hobi, aktiviti-aktiviti

sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya.

Di samping itu, pelajar menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah.

Pengaruh sekolah (institusi) adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh

keluarga. Apabila kanak-kanak bersekolah, interaksinya dengan masyarakat menjadi

bertambah luas. Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar sosialisasi secara

formal yang ditentukan oleh kurikulum sekolah tetapi ia juga melalui kurikulum

tersembunyi dengan cara menyesuaikan diri dalam suasana baru sekolah seperti

beratur mengikut giliran, mengikut peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan

bersaing dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Organisasi dan struktur belajar di sekolah

seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan

peperiksaan, bentuk, strutur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru,

kesemuanya menggalakkan perubahan dalam proses sosialisasi mereka. Jenis

kepimpinan dan suasana sekolah turut mempengaruhi perkembangan personaliti

pelajar. Sebagai contoh, pengetua atau Guru Besar yang tegas melaksanakan

disipln pasti menegaskan kepada remaja, keadaan disiplin adalah penting bagi

menjamin kejayaan perlaksanaan sesuatu tugasan sebaliknya pengetua atau Guru

Besar yang tidak tegas menghasilkan kesan yang negatif pula (Rosiadi et.al, 2008).

Agama di dapati mempunyai hubungan dengan perlakuan moral. Ramai

berpendapat agama adalah penting untuk mencapai perlakuan moral yang baik.

Adalah didapati pelajar yang menghadiri kelas-kelas agama lebih jujur daripada

pelajar yang tidak menghadiri kelas agama. Ramai berpendapat pelajar-pelajar

menggunakan ajaran agama sebagai petunjuk dalam proses perkembangan moral

mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes-kes di mana orang-orang yang

3

Page 4: Tugas Guru Pend. Moral

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH RENDAH

ELM3033E

percayakan agama tidak menggunakan prinsip-prinsip moral yang tinggi dalam

perlakuan mereka seharian. Ini kerana tidak ada keimanan di dalam diri mereka.

Sekiranya pelajar-pelajar ini diberi didikan agama yang kuat dan berpegang kepada

keimanan nescaya mereka tidak akan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan

moral manusia malahan agama itulah yang akan membentuk jiwa, moral dan

akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara dan kaedah untuk membentuk

akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan seperti yang terkandung di

dalam agama Islam. Keadaan ini sekaligus membentuk proses sosialsasi dalam diri

individu serta membawa perubahan besar dalam hidup mereka.

Ada pendapat yang mengatakan media massa mempunyai pengaruh

sosialisasi sama kuatnya seperti pengaruh rakan sebaya dan sekolah. Media massa

yang merangkumi surat khabar, majalah, radio dan terutama televisyen boleh

meninggalkan kesan yang negatif dan positif ke atas sosialisasi seseorang.

Pengaruh baik atau buruk yang diterima oleh pelajar-pelajar melalui media massa

bergantung kepada apakah bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka.

Rancangan-rancangan televisyen mempunyai tema yang berbagai. Tema yang baik

seperti cerita di mana orang yang baik selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya

orang jahat menerima hukuman atau balasan dapat membantu perkembangan

pertimbangan moral pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar patut digalakkan untuk menonton

rancangan sedemikian. Sebagai ibu bapa dan guru yang bertanggung jawab adalah

menjadi tanggung jawab mereka untuk mendidik pelajar-pelajar supaya mereka tahu

memilih apakah rancangan televisyen dan bahan-bahan bacaan yang baik dan

sesuai untuk mereka.

Peranan dan Tugas Guru Pendidikan Moral

Menurut Kamus Dewan (1970) ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan

pengasuh. Daripada pengertian di atas, jelas menunjukkan guru merupakan insan

yang berkecimpung dalam arena perguruan yang dikaitkan sebagai suatu bidang

mengajar atau melaksanakan dalam konteks institusi pendidikan dalam usaha

menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Dalam kerengka tugas

sebagai Guru Pendidikan Moral yang berwibawa, khususnya dalam meningkatkan

4

Page 5: Tugas Guru Pend. Moral

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH RENDAH

ELM3033E

perkembangan moral kognitif remaja (pelajar) ke arah melahirkan generasi yang

bertanggungjawab dan berwawasan, seseoang Guru Pendidikan Moral harus sedar

bahawa pelajar yang datang ke sekolah telah mempelajari serba sedikit persoalan

moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat.

Keadaan ini bermakna, para pelajar harus diberi harapan dan kepercayaan

agar tabiat tentang moral yang dipelajari bakal melahirkan pengetahuan moral

mereka sekaligus perkembangan moral kognitif terus subur. Dengan cara ini kita

dapat memupuk nilai-nilai dan prinsip hidup golongan remaja agar menjadi remaja

yang berilmu serta berdisiplin. Kenyataan ini dapat disokong oleh pendapat Yahya

Buntat at.el, (2003)  di mana Guru Pendidikan Moral bukan sahaja berkemahiran

mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri

harus di bentuk ke arah profesionalisme.

Dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral,Pendekatan

Perkembangan Moral Kognitif adalah berasaskan kepada teori perkembangan moral

Kohlberg (1962) yang memberi fokus kepada merangsang perkembangan moral

para remaja (pelajar). Pedekatan ini banyak membantu membina kebolehan

menaakul golongan remaja di peringkat yang lebih tinggi. Bailey (1979) dalam

(Chang Lee Hoon, 2005) turut menyatakan bahawa perkembangan moral pada

peringkat ini lebih tertumpu kepada perkembangan karaktor moral, sikap terhadap

peraturan moral dan membuat pertimbangan moral. Di samping itu juga, istilah

‘perkembangan’ memberi satu gambaran yang menunjukkan satu perubahan yang

progresif ke tahap yang lebih kompleks yang tidak boleh diterbalikkan, maka

perkembangan moral membayangkan andaian mengenai apakah yang dianggap

matang dari segi moral (Downey & Kelly (1978) dalam Chang Lee Hoon (2005).

Terdapat beberapa perspektif atau teori perkembangan moral yang

membawa implikasi terhadap pendidikan moral, khususnya dalam kebanyakan

gejala sosial yang berlaku kini. Penaakulan moral yang matang adalah penting

kerana pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-

nilai murni dalam kalangan remaja (Loganathan, 1995). Stoll & Beller dalam

5

Page 6: Tugas Guru Pend. Moral

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH RENDAH

ELM3033E

Loganathan (1995) turut  melaporkan bahawa sekolah-sekolah kini sedar bahawa

sesuatu harus dilakukan untuk mengajar nilai-nilai murni dan yang lebih penting lagi

adalah mengajar pelajar cara menaakul tentang sesuatu nilai. Namun, Wilson (1973)

memang telah menjelaskan bahawa penaakulan moral merupakan suatu kemahiran

yang boleh diajar dan dipelajari.

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa di sekolah sendiri

merupakan sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di

sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan

memberikan pengaruh secara tidak lanagsung kepada pembelajaran moral para

pelajar di sekolah. T. Mariuthu (1980) dalam Rosiadi (2008) menjelaskan bahawa

remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah

adalah kedua pentingnya berbanding dengan keluarga. Organisasi dan struktur

belajar di sekoah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa

yang menekankan peperiksan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan

harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar

yang lemah dari segi akademik.

Keadaan ini sudah tentu berbeza jika pelajar yang belajar di sekolah yang

ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan mudah

proses pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya.

Dengan cara ini, Guru Pendidikan Moral di sekolah terbabit berperanan

mengembangkan moral kognitif pelajar yang bermasalah. Menyentuh pernanan guru

dalam menangani masalah vandalisme di sekolah, ia perlu dilihat dari sudut sikap

guru itu di mana beliau hampir dengan pelajar selepas ibu bapa (Abdullah, 2005).

Sudah tentu usaha ini akan memberi kesan kepada masalah pelajar kerana

tanggungjawab mendisiplinkan pelajar terlelak di bahu guru di sekolah.

Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema Kohlberg

(1975) mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu

faktor yang menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah

faktor paling penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah

6

Page 7: Tugas Guru Pend. Moral

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH RENDAH

ELM3033E

laku moral.  Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah

laku moral jika dia tidak faham dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut

bertingkah laku sebegini. Justeru, Guru Pendidikan Moral harus bersedia mengajar

nilai-nilai moral sekaligus memperkembangkan pengetahuan moral pelajar agar

mencapai matlamat untuk melahirkan individu yang bermoral tinggi. Tambahan

Loganathan (1995) penaakulan moral yang matang adalah penting kerana pemikiran

yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam

kalangan remaja di sekolah.

Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan

objektif-objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam

kalangan pelajar. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan

bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata

pelajaran yang lain.[1] Selaras dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan, KBSR dan

KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur yang

membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluru dan seimbang.

Justeru itu, bagi mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar

sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya

dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini sejajar dengan perkembang moral

kognitif pelajar berkenaan dengan ‘pertimbangan moral’ (moral judgement) Kohlberg

(1987) dalam Chang Lee Hoon (2005) yang mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri

pertimbangan moral bagi golongan pelajar iaitu (i) pertimbangan tentang nilai bukan

fakta (ii) pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan

(iii) pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan

tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri.

            Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung

dalam Etika Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas

daripada tanggungjawab ini. Ikrar dalam EPP, ‘.... dengan menyedari

betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai

kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut

sebagai panduan’ (Yahya Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas penuh

7

Page 8: Tugas Guru Pend. Moral

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH RENDAH

ELM3033E

dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan

kebangsaan dapat dicapai bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang

bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoal tinggi serta mulia. Adalah

diharapkan juga para pelajar menolak sikap devian mereka agar tidak terlibat

dalaam gejala vandalisme di tempat awam ataupun sekolah.

Antara lain, kekuatan moral bakal melahirkan masyarakat “berminda kelas

pertama” adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing,

berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat

tersebut juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta

sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui

pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi.

Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara

senantiasa dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan kepada pegangan

prinsip-prinsip berasaskan nilai-nilai universal yang luhur, akan diterapkan.

            Menyentuh tentang konsep ‘Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara’ di

mana telah meletakkan satu tanggungjawab penting kepada semua guru. Selain

Kod Etika Profesion Perguruan (EPP), aspirasi negara disandarkan kepada

tanggungjawab untuk membangunkan negara. Guru berkenaan harus menjadi

teladan (role model) dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping

menyebarkan mesej yang diingini kepada para pelajar. Dalam isu ini, mesej untuk

menolak sebarang perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan

undang-undang negara wajar ditonjolkan  dalam kalangan pelajar melalui

penggemblengan usaha bersama agar imej institusi pendidikan dapat dipelihara

sepenuhnya sekaligus membentuk generasi Malaysia yang bertanggungjawab dan

berwawasan.

8