Author
mohd-rizal-mohd-taher
View
239
Download
0
Embed Size (px)
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
1/28
PENGENALAN
Agama merupakan jalan penentu bagi manusia untuk mengamalkan satu cara hidup
yang berunsur keamanan dan keharmonian. Sepertimana agama-agama lain, agama
Kristian juga mempunyai banyak elemen dalam kitab suci Bible yang memimpin manusia
ke arah masa depan yang cerah, baik dan beretika. Agama Kristian adalah sebuah agama
monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Yesus dari Nazaret sebagaimana
ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian
berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi, dan kerana sebab
ini, ia juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Agama Kristian adalah istilah yang
paling umum dipakai untuk menamakan agama yang dibawa oleh Isa Al Masih iaitu Yesus
Kristus tanpa membezakan Katolik atau Protestan.
Kristian berasal dari nama Kristus iaitu gelaran terpuji kepada Yesus yang
mengasas agama tersebut. Kristus berasal dari bahasa Yunani yang membawa maksud yang
diurapi . Selain daripada agama itu, agama ini juga dikenali dengan agama Masehi. Istilah
ini ada hubungannya dengan Messias dalam bahasa Ibrani yang membawa maksud yang
sama dengan Kristus dalam bahasa Yunani. Berdasarkan kepada gelaran tersebut agama ini
dikenali sebagai agama Nasrani. Di barat, istilah Christianity digunakan bagi
menggambarkan agama Kristian secara umum iaitu meliputi Khatolik dan Protestan.
Agama Kristian di sini bermaksud semua ajaran atau golongan agama yang berdasarkan
atas ajaran-ajaran Yesus Kristus atau agama yang bersifat etnik, sejarah, monothesis dan
penebusan dimana hubungan antara Tuhan dan manusia terjadi dengan perantaraan dan
pekerjaan Yesus Kristus.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Agamahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Baruhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Alkitab_Ibrani&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Yahudihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abrahamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Agamahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Baruhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Alkitab_Ibrani&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Yahudihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abraham8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
2/28
Menurut Kitab Old Testament, 10 peraturan etika manusia telah diturunkan sebagai
wahyu kepada Nabi Isa untuk dijadikan pedoman kepada umat Kristian pada ketika itu. Ini
menunjukkan etika social telah dititikberatkan sebelum kedatangan Nabi Isa lagi. 10
Commandments yang disampaikan oleh Nabi Isa adalah seperti berikut iaitu, jangan ada
padamu Tuhan lain dihadapanku, jangan bagimu apa-apa patung yang merupai apa-apa
langit, bumi atau bawah bumi ini, jangan menyebut nama Tuhanmu dengan sebarangan,
tetaplah ingat dan kuduskanlah Hari Sabbath, hormatilah ayah dan ibumu, jangan
membunuh, jangan berzina, jangan mencuri, jangan buat tuduhan palsu dan jangan
mengingini apa-apa yang dipunyai oleh jiranmu.Selain daripada 10 Commandements, kitab
lama juga menyarankan tiga konsep etika yang lain iaitu keadilan dan kesamaan. Umat
Kristian disarankan agar sentiasa menegakkan keadilan di mana jua dan tidak kira dalam
keadaan apa sekalipin. Ia juga menyarankan agar mereka tidak tuduh menuduh di antara
satu sama lain tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Konsep etika yang seterusnya juga ialah kejujuran. Di mana jua, umat Kristian
disarankan supaya menegakkan keadilan dan kebenaran. Lebih-lebih lagi sekiranya sifat
kejujuran itu dapat menyelamatkan nyawa. Maka seseorang itu diwajibkan untuk
menegakkan kejujuran bagi menolong orang lain. Konsep etika dalam agama Kristian yang
lain juga ialah membuat baik. Umat Kristian juga disarankan supaya berbuat baik dan
mengamalkan budi pekerti yang baik agar mendapat pahala daripadanya. Selain itu, mereka
juga tidak harus menyimpan perasaan dendam di hati terhadap orang yang telah menyakiti
hati mereka. Sebaliknya, mereka haruslah lebih menumpukan kepada pertolongan kepada
mereka yang dalam kesusahan. Tambahan lagi, orang yang mengalami kesusahan itu juga
akan menghargai pertolongan yang diberikan.
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
3/28
Jangan Bertuhan selain Yehovah
Agama Kristian juga seperti agama-agama yang lain mempunyai kepercayaan yang
tersendiri. Ini adalah kerana seperti agama-agama yang lain, agama Kristian juga
mempunyai pengikut yang sangat ramai. Agama Kristian juga sepertimana agama-agama
yang lain mempunyai kepercayaannya yang tersendiri. Dalam Iman Kristian mengakui tiga
Tuhan (Trinitas). Ini harus diertikan dalam tiga cara Tuhan berada di alam ini. Tuhan Allah
berada di atas manusia, Tuhan Jesus berada bersama manusia dan Tuhan roh kudus berada
dalam diri manusia. Ketiga-tiganya adalah seperti satu seperti matahari, terang dan panas.
Agama Kristian juga mempunyai Tuhannya yang tersendiri. Oleh yang demikian,
mengikut kepercayaan mereka, mereka dilarang untuk bertuhan selain daripada Tuhan
mereka sendiri iaitu Yehovah. Ini adalah kerana mereka dituntut supaya tidak bertuhan
yang lain selain daripada Yehovah. Ini juga sedikit sebanyak ada persamaan dengan agama
Islam yang menyuruh supaya umatnya taat dan patuh di atas segala suruhan yang telah
disuruh dan telah tertulid di dalam Al-Quran. Agama Kristian juga menekankan supaya
umatnya taat dan patuh di atas segala suruhan Tuhan mereka. Ini adalah kerana jika mereka
melanggarnya, mereka akan dimurka dan mereka diminta untuk membuat pengampunan di
gereja-gereja mereka.
Dari aspek moral juga dapat dilihat disini bahawa, ianya amat baik bagi
pembentukan masyarakat yang bertamadun dan berakhlak mulia. Seperti agama-agama
lain, agama Kristian juga menekankan pelbagai aspek bagi membentuk masyarakat yang
berperibadi mulia. Selain itu juga, dalam aspek ini iaitu jangan Bertuhan selain Yehovah
ini juga dapat dilihat apabila pengikut yang menganut agama ini disuruh taat setia kepada
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
4/28
Tuhan mereka. Hal ini dapat dilihat dari aspek moral apabila mereka tidak akan
menyembah Tuhan yang lain selain daripada Tuhan mereka sendiri iaitu Yehovah. Ini akan
membuatkan mereka lebih taat setia kepada Tuhan mereka yang satu iaitu Yehovah.
Selain daripada itu juga, apabila mereka disuruh untuk taat setia kepada Tuhan
mereka yang satu iaitu Yehovah itu, mereka akan rasa terlindung dari segala kejahatan dan
mereka akan sentiasa melakukan kebaikan setiap masa. Ini juga akan menyebabkan mereka
tidak akan melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Tuhan mereka. Oleh
yang demikian, mereka akan sentiasa melakukan kebaikan sahaja dan meninggalkan
keburukan.
Dalam aspek ini juga, dapat dilihat dalam aspek moral apabila umat Kristian
mengikut segala yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang, maka kejadian
sosial akan berkurangan. Ini adalah kerana mereka berpegang teguh kepada ajaran mereka
yang menegaskan bahawa mereka tidak boleh melakukan perkara yang dilarang.
Contohnya, mereka tidak boleh berzina, mereka tidak boleh mencuri dan sebagainya. Hal
ini dapat dilihat dari sudut moral apabila perkara ini diterapkan dalam diri mereka, oleh itu
segala gejala yang tidak bermoral dapat dielakkan dan dapat dibanteras. Ini adalah kerana
mereka telah berpegang teguh kepada ajaran mereka.
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
5/28
Jangan menyembah berhala
Setiap agama mempunyai kod etika yang tersendiri. Seperti agama-agama yang
lain, agama Kristian juga mempunyai kod etikanya yang tersendiri. Dalam agama Kristian
juga menekankan bahawa mereka tidak boleh menyembah berhala. Hal ini amat
bertentangan dengan ajaran mereka yang menyatakan bahawa setiap umat mereka dilarang
untuk menyembah berhala. Ini adalah kerana, dalam kepercayaan mereka, mereka hanya
disuruh untuk mentaati Tuham mereka sahaja dan tidak menyembah berhala. Jika mereka
berbuat demikian, mereka akan dimurkai dan mereka dimintan untuk membuat
pengampunan di gereja mereka.
Mereka juga amat dilaranng menyembah berhala. Hal ini adalah kerana dalam
kepercayaan mereka melarang mereka supaya menyembah berhala. Ini amat bertentangan
dengan agama mereka. Selain itu juga, jika mereka mereka melakukan kesalahan juga,
mereka diminta supaya melakukan pembersihan dosa. Dalam khatolik upacara sakreman
ini mempunyai tujuh jenis, sedangkan dalam prostestan hanya mengakui dua jenis sahaja
iaitu Baptis dan Jamuan Kudus kerana sakreman yang ada disebut dalam kitab. Sekrema
tersebut ialah permandian (Baptisan). Ia merupakan amal suci dengan membasahi,
menyelamkan atau membasuh segala lambang pembersihan dari dosa. Dilaksanalan bila
seseorang bayi lahir atau baru memeluk agaman Kristian.
Selain itu juga, penguatan (Confirmation). Ia merupakan amal suci yang
dilaksanakan ketika seseorang meningkat dewasa. Caranya ialah dengan perletakan tangan
Imam disertai doa dan pelumuran minyal suci. Seterusnya ialah Jamuan Kudus (Eucharist).
Ia merupakan pemecahan roti dan pembahagian anggur suci yang sudah dihabiskan untuk
jemah. Pembahagian ini harus dimakan sebagai lambang korban Jesus di tiang Salib
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
6/28
(Protestian) atau ulanagn korban Jesus. Sesiapa yang memakannya langsung menjadi zat
darah daging dan daging dari Jeusu.
Oleh yang demikian, dari segi moralya, semua umat Kristian dilarang untuk
menyembah berhala. Ini adalah kerana ia akan meruntuhkan akidah dan akan membuatkan
mereka mudah terpesong. Oleh yang demikian, pegangan agama yang kuat dari setiap
agama menbolehkan mereka tidak melakukankan kejahatan dan akan sentiasa melakukan
kebaikan.
Jangan menyembah nama Yehovah dengan main-main
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
7/28
Jangan menyebut nama Tuhan, dengan sembarangan, sebab Tuhan akan
memandang bersalah orang yang menyebut nama-Nya dengan sembarangan.
Perintah yang Ke Tiga mencakup keseluruhan konsep kuasa dan otoritas Tuhan di
dalam sistem HukumNya iaitu agama Kristian. Perintah ini tidak hanya
mempersoalkan penyebutan namaNya dalam perkataan yang sia-sia tetapi juga
berkaitan dengan keseluruhan hokum Kristian dan keagamaan dan hukum yang
ditetapkan sesuai dengan fungsinya dalam hukum tersebut. Melakukan sesuatu
untuk Tuhan di bawah sistem yang agama Kristian juga merupakan pelanggaran
terhadap perintah ini.
Segala kuasa dijalankan di bawah arahan dari Tuhan, dilakukan atas namaNya
sebagai Yehova Agung. Ini adalah kerana setiap makhluk yang bagi hendak
bagiNya dipanggil dengan namaNya iaitu Yehovah dan mereka mempunyai
otoritasNya adalah sama seperti seseorang yang membawa cincin raja mempunyai
otoritas raja. Oleh yang demikian, dalam agama Kristia, mereka dilarang menyebut
nama Yehovah dengan main-main. Hal ini adalah kerana ia merupakan salah satu
perkara yang amat dimurkai jika mereka menyebutnya denagn main-mian. Dalam
aspek moral dapat dilihat disini bahawa, semua para penganut agama Kristian akan
menyebutnya dengan baik dan tidak akan mempermainkannya.
Kita tahu bahwa Tuhan dalam agama Kristian ingin bersekutu dengan manusia.
Satu-satunya cara agar persekutuan ini dapat berhasil, adalah bagi manusia untuk
menyerahkan diri secara keseluruhannya dan menyeluruh pada Tuhan agama
Kristian dan kehendakNya, melalui kepatuhan yang total dan menyeluruh terhadap
hukum-hukumNya. Tuhan dalam agama Kristian juga lebih lebih berkonsepkan
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
8/28
kepatuhan daripada persembahan. Lebih penting lagi, hukum diberikan untuk
kepentingan kita dan bukan merupakan sebuah beban apabila diterapkan di dalam
kuasa Roh Kudus.
Oleh yang demikian, dari segi moralnya disini dapat dilihat bahawa, dalam
agama Kristian, mereka diseur supaya tidak mempermainkan atau mempersendakan
nama Tuhan mereka. Merteka amat patuh dengan segala ajaran yang telah tertulis
dan mereka meninggalkan segala perbuartan yang telah dilarang oleh Tuhan
mereka. Oleh yang demikian, mereka tidak akan melakukan kejahatan dan
melakukan kebaikan.
REHAT DAN SUCIKANLAH PADA HARI KE TUJUH SETIAP
MINGGU (AHAD)
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
9/28
Ingatlah hari Sabat dan jagalah kesuciannya. Dalam masa enam hari, semua
manusia yang beragama Kristian hendaklah bekerja dan perlu melakukan semua kerja yang
patut dilakukan dan diselesaikan. Tetapi bagi manusia yang beragama kristian ini
menyatakan bahawa pada hari yang ketujuh adalah hari Sabat iaitu hari bagi manusia yang
beragama kristian untuk menyembah dan melakukan kepada mereka yang satu. Pada hari
tersebut juga, orang yang beragama kristian tidak boleh dan tidak dibenarkan untuk
melakukan sebarang pekerjaan kerana pada hari tersebut hanya untuk melakukan ibadat
kepada Tuhan. Yang dimaksudkan di sini adalah, pekerjaan yang tidak boleh dilakukan ini
melibatkan anak lelaki atau anak perempuan. Mereka tidak dibenarkan untuk menjalankan
apa apa sahaja aktiviti kerana mereka dianggap seperti Tuhan iaitu perlu rehatkan diri.
Selain itu, kegiatan ternakan juga tidak bolah dijalankan. Hal ini kerana, dalam enam hari
Tuhan menciptakan langit dan bumi, laut dan segala apa apa sahaja yang ada di dalamnya.
Tetapi pada hari yang ke tujuh, Tuhan akan berehat melakukan sebarang pekerjaan. Oleh
itu, Tuhan akan merestui hari Sabat dan memuliakannya. Hari Sabat ini merupakan hari
yang sepatutnya manusia yang beragama Kristian bersuci. Mereka seharusnya menyucikan
dan membersihkan diri daripada sebarang kesalahan dan dosa. Dengan ini, bagi orang
orang yang beragama Kristian akan pergi ke gereja pada setiap malam Ahad setiap minggu
kerana mahu dosa dosa mereka diampunkan. Beratus ratus orang Kristian akan datang
dan mengaku dosa mereka.
Hal ini kerana paderi yang menjalankan tugas sebagai Tuhan adalah dianggap
sebagai seorang yang suci daripada dosa. Bagi kepercayaan Kristian, setiap bayi yang baru
dilahirkan wajib dibaptiskan kerana dia mempunyai dosa daripada dosa pusaka yang
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
10/28
ditinggalkan oleh datuk moyang mereka. Manakala, berlainan dengan agama islam yang
mengatakan bahawa bayi yang baru dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah iaitu bersih
daripada segala dosa.
Selain itu, kita juga boleh lihat kata kata dari pemahaman islam. Hal ini kerana
pemahaman kristian mempunyai sedikit persamaan dengan pemahaman islam tetapi juga
terdapat perbezaannya. Pemahaman islam mengatakan, Wahai orang orang yang
beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka
segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah iaitu dengan menerjakan
sembahyang jumaat dan tinggalkanlah berjual beli pada saat itu. Sabat ataupun ataupun
rehat dan bersuci pada hari Ahad adalah dihapuskan dengan penurunan Al Quran. Orang
islam diberitahu di dalam Al Quran bahawa Sabat ( Ahad ) hanya diperintahkan bagi
kaum Yahudi. Tuhan walau bagaimanapun memerintahkan umat islam untuk bersegeradan
meninggalkan urusan untuk menghadiri ibadah sembahyang jumaat. Mereka boleh
meneruskan urusan kemudian pada hari tersebut. Di samping itu, daripada segi
pembentukan moral pula, rehat dan bersuci pada hari ke tujuh setiap minggu adalah amalan
yang baik dalam kalangan manusia yang beragama kristian. Hal ini kerana, bersuci dan
melakukan ibadat kepada Tuhan adalah diharuskan. Manusia yang bermoral merupakan
manusia yang sentiasa menjaga nama agamanya dengan baik dan melakukan apa sahaja
yang disuruh oleh Tuhan. Dalam agama kristian juga mengatakan bahawa Ingatlah
ketika kamu menjadi hamba di Tanah Mesir dan Tuhan kamu membawa kamu keluar dari
situ dengan kekuatannya dan kekuasaannya; maka Tuhan kamu memerintahkan untuk
kamu menjaga hari Sabat iaitu hari Ahad pada setiap minggu.
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
11/28
MEMULIAKAN IBU BAPA
Dalam agama kristian juga menekankan tentang menghormati dan memuliakan ibu
bapa. Anak anak sepatutnya memuliakan ibu bapa kerana itu merupakan salah satu
daripada tuntutan agama. Agama kristian juga memandang serius soal hubungan keluarga.
Dalam agama kristian mangatakan bahawa setiap anak anak seharuslah memuliakan ibu
bapa mereka kerana hari hari mereka akan berpanjangan dan juga berada dalam keadaan
yang baik di tanah yang Tuhan mereka kurniakan kepada mereka. Kita juga dapat lihat
maksud rukun kristian ini di dalam pemahaman islam. Dari segi pemahaman islam
menganggap Nabi Musa adalah salah seorang nabi Allah. Walau bagaimanapun, islam
turut mengajarkan bahawa kandungan teks yang terdapat dalam Taurat dan Injil telah
dicemari disebabkan oleh kecuaian dan kepentingan. Oleh itu, terdapat fakta yang hampir
sama di antara agama kristian dan juga islam. Dalam pemahaman islam turut memeberi
pandangan yang mengatakan bahawa hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Jika salah seorang dari keduaya atau kedua duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka ( sebarang
perkataan kasar ) sekalipun perkataan Ha dan janganlah engkau menengking atau
menyergah mereka, tetapi katakanlah mereka perkataan perkataan yang mulia.
Contohnya dalam surah ke 17, Al Israa ayat 22 37 yang mengatakan bahawa
Berbaiklah, hormati dan merendah diri kepada ibu bapa : Dan Tuhanmu telah
perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata mata dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau
kedua duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
12/28
janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun
perkataan Ha dan janganlah engkau menengking dan menyergah mereka, tetapi
katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah
engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan
doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurikanlah rahmat
kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya
memelihara dan mendidikku semasa kecil. Ajaran kristian menekankan unsur unsur
kasih sayang dan pengampunan antara manusia. Nabi Isa memberitahu pengikut
pengikutnya kamu hendaklah mengasihi jiran kamu dan ibu bapa kamu serta juga musuh
kamu. Doakan mereka yang mengecam kamu dan mereka yang melakukan tindakan buruk
terhadap kamu. Prinsip asas dalam agama Kristian ialah cintailah Tuhan dengan sepenuh
ragamu dan cintailah jiranmu dan ibu bapamu seperti kamu mencintai dirimu sendiri.
Ajaran agama Kristian percaya bahawa pengikut pengikutnya yang mengamalkan ajaran
ini akan menikmati kesempurnaan hidup di akhirat. Ajaran Nabi Isa ini terkandung dalam
kitab suci Kristian yang dipanggil Kitab Injil ataupun Bible.
Jika dilihat dari sudut pembentukan moral pula, terdapat fakta fakta yang
mengatakan bahawa setiap manusia ataupun anak anak haruslah memulikan ibu bapa
mereka. Selain itu, sikap hormat kepada kedua dua ibu bapa haruslah diterapkan dalam
diri anak anak sejak dari kecil lagi. Dalam pembentukan moral juga amat mementingkan
perasaan kasih sayang dalam sesebuah intitusi kekeluargaan. Apabila anak anak ini
sentiasa memuliakan ibu bapa mereka maka keluarga tersebut akan hidup dalam keadaan
bahagia, aman dan damai.
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
13/28
JANGAN BERZINA
Dalam agama Kristian juga mempunyai larangan jangan berzina bagi lelaki dan
perempuan yang belum berkahwin. Agama Kristian melarangnya kerana ia juga dianggap
sebagai dosa. Kesan zina kepada masyarakat dan keluarga dalam jangka masa pendek dan
panjang. Apabila seseorang melakukan zina, selepas itu ia akan memikirkan bahawa ia
adalah seorang yang berdosa dan tidak layak menasihati orang samada anaknya sendiri atau
orang lain. Ia akan membiarkan perbuatan orang lain yang seumpamanya. Bukan setakat
dirinya yang enggan memberi nasihat tetapi ahli keluarga terdekatnya juga seperti ibunya,
bapanya, pak ciknya dan mak ciknya. Masing masing akan memikir siapakah aku yang
akan memberi nasihat sedangkan ahli keluarga ku juga tidak betul. Akibatnya akan hilang
budaya nasihat menasihati di kalangan ahli masyarakat. Apabila hilang budaya nasihat
menasihati, maka pasti akan bertambah perbuatan perbuatan curang yang akan
menghasilkan ahli masyarakat yang sama tarafnya. Sebab itulah, antaranya zina harus
dihukum dengan seratus sebatan supaya menjadi pengajaran betapa serius kesannya.
Satu kajian telah dibuat yang menunjukkan kes zina yang berleluasa. Kajian ini
dilakukan ke atas orang orang Kristian di Amerika. Masyarakat Eropah dan Amerika,
tegasnya ialah masyarakat Barat yang dikenali sebagai masyarakat Kristian. Hal ini kerana
agama Kristianlah yang mereka terima di zaman dahulu. Sudah kita ketahui bahawa
masalah zina di Barat bukanlah merupakan satu masalah yang besar. Ahli ahli ilmu
masyarakat di Amerika mengemukakan hasil penyelidikan mereka tentang beberapa
peratus gadis gadis yang kehilangan dara dan disesetengah daerah yang memperkatakan
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
14/28
soal anak haram atau juga dikenali sebagai anak luar nikah. Namun, masalah ini tidak
menjadi soal lagi. Jika kelihatan pemuda pemudi yang bukan suami isteri berpeluk cium
di khalayak ramai, dan kita menegurnya maka kita juga akan disalahkan. Di Hyde Park di
London, biasa sahaja mereka melakukan zina di atas bangku bangku tempat duduk.
Sedangkan Nabi Isa sering mengajar dan mengatakan bahawa sehingga matamu
memandang dengan nafsu syahwat kepada permpuan yang bukan isterimu, patutlah kamu
cungkil sahaja matamu itu.
Di samping itu, dalam pembentukan moral juga melarang manusia melakukan zina
di antara lelaki dan perempuan yang belum berkahwin. Berzina merupakan satu perbuatan
yang tidak bermoral dan juga melanggar kod moral.
JANGAN MEMBUNUH
Agama Kristian tertarik kepada kesyahidan yang merupakan suatu tindakan yang
dibenarkan oleh agama mereka. Kematian Jesus juga dianggap sebagai sejenis bunuh diri
oleh sesetengah orang, terutamanya Tertullian. Adanya tujuh kes bunuh diri dalam Wasiat
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
15/28
Lama. Dalam kitab Matthew, pembunuhan diri Judas Iscariot yang mengkhianati Jesus
mungkin merupakan suatu tanda sesal atau sekurang kurangnya suatu pengakuan
kebersalahannya. Bagaimanapun ketika agama Kristian menjadi agama utama Empayar
Rom, pandangan pandangannya terhadap bunuh diri beransur ansur berubah. Pada
abad ke 5, St. Augustine menulis sebuah buku yang berjudul Kota Tuhan dan di
dalamnya beliau telah membuat kutukan pertama dalam agama Kristian terhadap bunuh
diri. Justifikasi untuk kutukannya ialah tafsiran baru bagi rukun Jangan Membunuh
dengan alasan alasannya yang lain berasaskan Phaedra oleh Plato. Walaupun ini hanya
merupakan tentangan kemanusiaan, sesetengah orang Kristian kesudahannya menindas
orang orang membunuh diri, menghina mayat mayat mereka dengan kadang kadang
mengebumikan mayat mereka disamping jalan denagn sebatang pancang menembusi mayat
mereka, memfitnah mereka serta menyeksa keluarga keluarga mereka.
Pada abad ke 6, bunuh diri menjadi siatu dosa keagamaan serta jenayah secular
dan pada tahun 533, sesiapa yang membunuh diri kerana dituduh melakukan jenayah tidak
dibenarkan melakukan upacara pengbumian Kristian yang merupakan keperluan untuk naik
ke syurga. Kemudian, pada tahun 693 iaitu sebarang percubaan untuk membunuhdiri juga
menjadi jenayah gereja yang dihukum dengan pengucilan dan diikuti oleh tindakan
tindakan sivil. Terdapat ramai orang Kristian yang mempercayai tentang kesucian nyawa
manusia. Suatu prinsip yang secara umum mengatakan bahawa semua nyawa manusia
adalah suci. Selain itu, suatu ciptaan Tuhan yang mengagumkan dan sungguh
mengajaibkan dan setiap usaha harus diambil untuk menyelamatkan dan mungkin akan
mengekalkannya.
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
16/28
Tidaklah sehingga kira kira seributahun selepas St. Augustine bahawa orang
orang Kristian sekali lagi menyoal tentang bunuh diri. Walaupun mereka masih
mempercayai bahawa bunuh diri umumnya adalah salah dan orang oaring Kristian yang
liberal berpendapat bahawa orang orang yang memilih untuk membunuh diri berasa
terlalu sedih dan Tuhan Kristian yang penuh dengan kasih sayang akan mengampunkan
perbuatan mereka. Agam Krristian mempunyai pendapat dan fahaman yang hampir sama.
Dalam agama islam memperlihatkan bahawa bunuh diri sebagai suatu dosa yang amat
menjejaskan perjalanan rohaniah seseorang. Bagi mereka yang dahulunya percaya tetapi
akhirnya menolak kepercayaan mereka kepada Allah yang pada hakikatnya kelihatan jelas
negatif. Seperti dalam ayat An Nissa yang mengatakan : Dan janganlah kamu bunuh
dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. Larangan terhadap
bunuh diri juga dicatat dalam kenyataan kenyataan hadis yang tulen. Umpamanya,
Orang yang mencekik dirinya sendiri hingga mati akan mencekiknya juga dalam neraka,
dan orang menikam dirinya juga akan menikan dirinya di dalam neraka dan orang yang
melemparkan dirinya dari tempat tinggi untuk membunuh diri, maka akan selalu dia
melemparkan dirinya di dalam neraka.
Justeru, pemahaman islam turut mengatakan bahawa jangan terlibat dalam
pembunuhan kerana takut kebuluran : Dan janganlah kamu membunuh anak anak kamu
kerana takutkan kepapaan. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada
mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu
kesalahan yang besar. Islam juga turut melarang manusia jangan membunuh sesuka hati :
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
17/28
Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah
membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar dan sesiapa yang dibunuh secara zalim,
maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam
pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya
dia adalah mendapat sepenuh penuh pertolongan (menurut Hukum Syarak). Jika dilihat
dari segi pembentukan moral pula, membunuh merupakan satu aktiviti yang tidak
bermoral. Bagi seseorang yang melakukan jenayah membunuh akan dikenakan hukuman
yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Selain itu, dalam moral juga melarang
kita melakukan perbuatan membunuh diri kerana dianggap melanggar kod moral.
JANGAN MENCURI
Salah satu daripada ten commandents atau sepuluh rukun agama Kristian ialah
jangan mencuri you shall not steal ( Exodus 20 : 15) . Menurut kamus Dewan edisi
Ketiga jangan bermaksud kata larangan yang menyatakan tidak boleh atau kod ungkapan
yang melarang seseorang buat kerja . Manakala Mencuri iaitu mengambil kepunyaan orang
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
18/28
tanpa kebenarannya. Namun dalam ten commandents di dalam kitab Old Testament
mencuri dari konteks tersebut adalah penculikan. Menurut sumber dari Judaism
menegaskan mencuri merujuk kepada penculikan harta benda. dimana kitab Bible merujuk
kepada memberi hukuman kepada mereka yang mencuri harta benda.
Menurut Kitab Old Testament menyatakan bahawa mencuri adalah menculik
orang kemudian memaksa bekerja dan dijadikan hamba pada waktu itu. Tetapi pada waktu
kini menculik adalah mengambil barangan orang lain iaitu bukan hak pemilik sendiri
termasuklah memfotokopi bahan bahan seperti memuat turun muzik di internet tanpa
membayar.
Di dalam kitab Agama Islam iaitu Al Quran juga terdapat larangan mencuri. Dan
orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah
usahakan (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan ingatlah Allah Maha
Kuasa lagi bijaksana (5 : 30). Ini bermaksud perbuatan mencuri adalah salah disisi semua
agama tanpa mengira lelaki atau perempuan.
Dalam perspektif moral pula mencuri adalah perbuatan yang tidak bermoral dan
boleh meruntuhkan ahklak seseorang kerana telah melanggar hukum undang- undang
kerana menggunakan barang tanpa kebenaran. Mencuri akan menjatuhkan maruah sendiri.
Terdapat suatu akhbar iaitu Kosmo pada bulan Februari dalam muka surat 6 yang
memaparkan seorang kakitangan kerajaan sanggup mencuri susu untuk diberikan kepada
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
19/28
anaknya. Kes tersebut menunjukkan perlakuan moral yang tidak baik kerana si bapa
sanggup mencuri walaupun telah bekerja kerajaan.
JANGAN BERDUSTA
Ten commandments atau sepuluh rukun yang seterusnya iaitu yang kesembilan
adalah jangan berdusta iaitu jangan bersaksi dusta terhadap sesamamu.You shall notbear
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
20/28
false witness agains your neighbours (Exodus 20 : 2-16). Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga jangan berdusta adalah berkaitan perkara yang tidak benar atau bercakap bohong
atau menipu terhadap orang lain.
Menurut kitab Bible menyatakan jangan menahan kesalahan dalam mahkamah
undang2 atau segala peraturan. Bermaksud kita perlulah bercakap benar dan betul semasa
di mahkamah . Oleh sebab itu, sebelum saksi menyatakan buktinya mereka perlu berikhrar
di atas kitab agama masing-masing mengangkat sumpah bercakap benar supaya tidak
berdusta di dalam mahkamah nanti. Tindakan hukuman akan dikenakan apabila bercakap
bohong di mahkamah.
Dalam agama Islam, terdapat larangan menyembunyikan perkara yang benar dan
memperlihatkan perkara yang salah. janganlah kamu (wahai orang-orang yang
menjadi saksi ) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang
menyembunyikannya,maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan
ingatlah Allah sentiasa mengetahui akan apa yang kamu kerjakan ( 2 : 283)
Selain itu kita perlulah bercakap benar terhadap jiran kita supaya tidak ada timbul
syak wasangka dan fitnah. kita perlulah menghormati jiran.terdapat hadis rasuluallah
bahawa di dalam sebuah kampung, 40 penduduk kiri dan kanan adalah jiran kita. Dalam
Bible juga terdapat ayat menyatakan bahawa kita perlu menyayangi jiran . Love your
neighbour as yourself (Leviticus 19 : 18 )
Dari perspektif moral pula, kita perlulah bercakap benar dan apabila kita berdusta
kesan akan datang akan menimpa diri kita sendiri seperti kisah dongeng si pengembala
kambing yang bercakap bohong bahawa kambingnya dimakan oleh sang belang iaitu
harimau. namun si pengembala tersebut hanya berdusta menyebabkan penduduk kampung
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
21/28
tidak mempercayai kata-kata si pengembala sehinggalah kisah yang di ceritakan benar-
benar terjadi kepada si pengembala tetapi akibat penduduk kampung hilang kepercayaan
terhadap si pengembala tersebut, tidak ada seorang pun yang datang menyelamatkan
kambing si pengembala. Oleh itu, kepercayaan orang lain terhadap diri kita perlulah dijaga
dan menghormati sesama insan.
JANGAN IRI HATI DAN CEMBURU KEPADA ORANG LAIN
(JIRAN ISTERI, ORANG GAJI, HARTA DAN KEUPAYAAN
ORANG LAIN )
Rukun yang terakhir Ten Commandments iaitu rukun kesepuluh ialah jangan iri
hati dan cemburu kepada orang lain atau jangan mengingini rumah sesamamu, jangan
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
22/28
mengingini isterinya atau hambanya laki-laki atau hamba perempuan atau lembu atau
keldai atau apa sahaja kepunyaan You shall not covet your neighbours wife, nor his male
servant , nor his female servant ,nor his ox , nor his donkey nor anything that is your
neighbours. ( Exodus 20 : 2-17 )
Menjadi kesalahan menginginkan dan merancang bagaimana untuk mendapatkan
keinginan orang lain dimana tuhan telah menganugerahkan kepada orang lain . Maknaya di
sini kita sebagai manusia mempunyai matlamat dan haluan masing-masing yang telah
tuhan tetapkan rezeki masing-masing. Oleh itu,manusia tidak perlu ada rasa cemburu dan
iri hati.
Menurut agama Islam, manusia perlulah bersikap kesederhanaan dan tahu
bersyukur dalam kehidupannya dan jangan menpunyai sikap hasad dengki dan dendam
kerana perbuatan tersebut adalah sifat syaitan. Dan janganlah engkau menujukkan
pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah kami berikan kepada
beberapa golongan dari mereka yang kafir itu nikmatinya yang merupakan keindahan
dunia ini,untuk kami menguji mereka padanya, sedang limpah kurnia tuhanmu di akhirat
lebih baik dan kekal ( 20 : 131)
Dari perspektif moral pula, perbuatan iri hati dan cemburu adalah perlakuan yang
tidak bermoral,namun terdapat kod moral sesuatu masyarakat yang membenarkan
contohnya masyarakat di barat akan bersaing dengan pelbagai cara sama ada bermoral atau
tidak asalkan mencapai matlamat mereka untuk berjaya. Teori tersebut dinamakan
teologikal iaitu membenarkan segala peraturan sama ada bermoral atau tidak asalkan
mencapai keuntungan yang mereka inginkan.Seperti kisah dongeng bawang putih dan
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
23/28
bawang merah yang penuh dengan hasad dengki dan tamak akhirnya membawa padah
kepada mereka.
Sifat Hukum
Sebagai pantulan kepada sifat Tuhan, undang2 Hukum Sepuluh itu adalah
moral, rohani dan sempurna, mengandungi prinsip-prinsip universal.
a) Satu pantulan mengenai sifat pemberian Hukum. Alkitab melihat sifat2 Tuhan dalam
Hukum-Nya. Seperti Tuhan, Hukum Tuhan adalah Sempurna dan kesaksian mengenai
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
24/28
Tuhan adalah murni (Mzm.19:7,8). Undang2 itu suci dan hukum itu suci, adil dan baik
(Roma 7:12).
b) Satu Hukum Moral. Hukum Sepuluh membawa corak Tuhan mengenai kelakuan bagi
umat manusia. Ianya mendefinisikan perhubungan kita dengan pencipta dan penebus kita,
dan tugas kita kepada sesame manusia. Alkitab memanggil perlanggaran Hukum Tuhan
sebagai dosa (1 Yah.3:4,KJV).
c) Satu Hukum Rohani. Hukum itu adalah rohani (Roma 7:14). Oleh itu, hanya mereka
yang mempunyai kerohanian dan buah roh dapat menurutinya. Roh Tuhan adalah yang
memberi kuasa kepada kita untuk melakukan kemahuan-Nya (Kisah 1:8; Mzm.51:10-12).
Dengan terus diam dalam kristus, kita menerima kuasa yang kita perlu untuk menghasil
buah bagi kemuliaan-Nya (Yah.15:5).
Hukum-hukum manusia hanya menumpukan perhatian kepada perbuatan-perbuatan
yang terdedah. Tetapi Hukum Sepuluh adalah amat luas (Mzm.119:96), menyentuh fikiran,
keinginan dan emosi seperti cemburu, dengki hawa nafsu dan cita-cita kita yang paling
rahsia. Dalam khutbah di atas gunung, Yesus menegaskan dimensi rohani hukum
menunjukkan bahawa perlanggaran bermula dalam hati (Mat.5:21,22,27,28; Mrk.7:21-23).
d) Satu Hukum Positif. Sepuluh Hukum itu lebih daripada hanya beberapa siri larangan;
ia mengandungi prinsip2 yang luas jangkauannya. Ia merangkumi bukan sahaja perkara-
perkara yang kita tidak harus lakukan tetapi kepada perkara2 yang kita harus lakukan. Kita
bukan sahaja menahan diri dari perbuatan2 dan fikiran jahat malahan kita harus belajar
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
25/28
menggunakan pemberian Tuhan untuk kebaikan. Dengan ini setiap perintah negatif
mempunyai dimensi positif.
Sebagai contoh hukum keenam, Jangan membunuh, mempunyai sisi positifnya
sebagai kamu harus menyayangi. Adalah kemahuan Tuhan supaya pengikut-pengikut-
Nya berusaha untuk mengembangkan rasa baik dan kesenangan kepada semua yang dating
ke dalam linkungan pengaruh mereka. Undang2 Sepuluh Hukum tidak harus dilihat hanya
dari sisi penegahan tetapi juga dari sisi belas kasihan. Penegah
KESIMPULAN
Sepuluh Rukun, atau Dekalog, merupakan satu senarai perintah agama supaya
membuat perkara yang disuruh dan menjauhi perkara yang dilarang, yang menurut tradisi
al-Kitab, disampaikan oleh Tuhan kepada Musa di Bukit Sinai dalam bentuk dua tablet
batu. Kandungannya diamalkan oleh Yahudi dan Kristian. Agama Kristian sebenarnya
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
26/28
mempunyai banyak persamaan dengan ajaran Agama Islam. Namun Agama Kristian telah
diselewengkan oleh orang yang mendakwa diri mereka adalah rasul pilihan tuhan.
Ten Commandments atau sepuluh rukun mempunyai dua versi yang berbeza
daripada Exodus 20:1-17 dan juga Deuteronomy 5:6-21 namun secara keseluruhannya
daripada kedua-dua tersebut adalah sama hanya ditekankan supaya menyayangi jiran
seperti diri sendiri dan juga perlu mencintai tuhan sepenuh hati dan jiwa serta segala minda
( matthew 22 : 37 40 )
Walaupun ajaran Kristian berpegang kepada rukun kepatuhan dan cinta kepada
tuhan serta perasaan baik hati terhadap jiran.Tidak bermaksud bahawa individu yang
mematuhi rukun adalah baik tapi mencukupi kerana terdapat orang yang gagal mematuhi
kemahuan tuhan yang sebenarnya. Contohnya mereka mengabaikan tanggungjawab
menjaga ibu bapa tapi berpura-pura dengan memberi wang kepada Gereja.
Justeru itu, walaupun di dunia ini mempunyai banyak agama, namun semua agama
menyuruh kearah kebaikan dan kebahagiaan hidup. kita sebagai penduduk yang
mempunyai pelbagai agama perlulah menghormati agama mereka.
BIBLOGRAFI
Didik Anak- Anak Cemerlang Dunia & Akhirat(2008, Ogos 1)MIDI, Aspirasi Wanita,
86-87
Hal Urban 2007 The 10 commandments of Common Sense New York Publications
of Simon & Schuster
Ibnu Qayyim Al Jauziyah. (2002). Petunjuk Bagi Orang yang Kebingungan : Jawapan
Terhadap Hujah Yahudi dan Kristian. Cresent News (KL) Sdn. Bhd.
Mardzelah makhsin.2007 Sains Pemikiran dan Etika. selangor PTS Publications &
8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
27/28
Distributor Sdn.Bhd.
Prof. Dr. Hamka. (1984).Mengapa orang barat yang maju tetap memeluk agama Kristian?Soal jawab agama Kristian, Jilid 2. Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur.
Siti Hajar Haji Ibrahim (2002)Bimbingan Pendidikan Untuk Remaja Islam, KualaLumpur,PUSTAKA JIWA SDN BHD
Unit Hal Ehwal Pelajar (2003)Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama IslamSelangor(JAIS).
Telah dicapai pada Januari 24,2009, dari
http://www.allabouttruth.org/10-commandments.htm
Telah dicapai pada Januari 24,2009, dari
http://en.wikipedia.org/wiki/Ten_Commandments
Telah dicapai pada Januari 25,2009,dari
http://www.islamonline.net/english/Journey/2005/11/jour01.shtml
Telah dicapai pada Januari 25,2009, dari http://www.ismail.com.my/agama.htm
Telah dicapai pada Februari 4,2009 dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pandangan_agama_tentang_bunuh_diri
Telah dicapai pada Februari 4,2009 dari http://ms.wikipedia.org.wiki/rukunsepuluh.
http://www.allabouttruth.org/10-commandments.htmhttp://en.wikipedia.org/wiki/Ten_Commandmentshttp://www.islamonline.net/english/Journey/2005/11/jour01.shtmlhttp://www.ismail.com.my/agama.htmhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pandangan_agama_tentang_bunuh_dirihttp://ms.wikipedia.org.wiki/rukunhttp://ms.wikipedia.org.wiki/rukunhttp://www.allabouttruth.org/10-commandments.htmhttp://en.wikipedia.org/wiki/Ten_Commandmentshttp://www.islamonline.net/english/Journey/2005/11/jour01.shtmlhttp://www.ismail.com.my/agama.htmhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pandangan_agama_tentang_bunuh_dirihttp://ms.wikipedia.org.wiki/rukun8/2/2019 Asgment Agama Dlm Pend Moral
28/28