Asgment Group Impak Globalisasi

Embed Size (px)

Citation preview

1.0 PendahuluanMenurut kamus dewan, globalisasi merujuk kepada fenomena yang menjadikan dunia semakin kecil dari disebabkan kepesatan teknologi maklumat. Malcom waters, mentakrifkan Globalisasi adalah sebuah proses sosial yang pembatasan geografis pada keadaan sosial budaya menjadi kurang penting, yang terjelma didalam kesadaranorang.Globalisasi merupakan satu proses yang meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Globalisasi meliputi pelbagai bidang dan merupakan suatu fenomena yang multi- dimensi di mana meliputi ekonomi, politik, budaya, ideologi, bahasa dan segenap aspek dalam hidup masyarakat. Globalisasi juga merupakan satu fenomena yang bergerak seiring dengan perkembangan dunia masa kini. Setiap perkara yang terjadi sama ada di dalam atau luar negara, kesemua negara- negara di dunia ini akan mendapat akses isu- isu antarabangsa. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi dunia kini. Hal ini telah dikaitkan dengan pengecilan ruang lingkup dunia masa kini serta dianggap sebagai satu era baru dalam sejarah manusia yang membawa kepada terhapus nya kepentingan sempadan. Globalisasi dari perspektif pengantarabangsaan dilihat oleh kebanyakan sarjana sebagai keadaan saling bergantung manakala dari segi liberalisasi pula dikatakan merujuk kepada proses penyingkiran halangan- halangan kerajaan ke atas pergerakan di antara negara- negara dengan tujuan untuk mewujudkan ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan. Oleh itu, sesebuah negara bangsa perlu berhati- hati terhadap impak yang bakal dihadapi sekiranya gagal menguruskan negara dengan betul dalam menghadapi cabaran dan rintangan arus globalisasi. Tegasnya, Malaysia sebagai salah sebuah negara membangun tidak terkecuali dalam berhadapan implikasi arus globalisasi yang mendesak dari prospek politik, ekonomi dan sosial dan terpaksa akur dengan kesan fenomena tersebut walaupun menghadapi cabaran kritikal demi pembangunan negara.

2.0 Globalisasi Ekonomi Negara MembangunGlobalisasi ekonomi merujuk kepada sempadan ekonomi negara-negara di dunia yang semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat, mudah, pantas dan rapat. Selain itu, globalisasi ekonomi juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan dalam perdagangan dunia. Globalisasi dalam ekonomi ini adalah menerusi ledakan dan kemajuan dalam teknologi ICT kerana segala pergerakan modal, teknologi, kepakaran Research and Development (R&D), informasi pasaran dan perdagangan menembusi mana-mana negara yang mengamalkan konsep pasaran bebas tanpa had dan batas-batas tanpa sempadan. Kecanggihan teknologi menjadikan segala urus niaga menjadi lebih cepat dan mudah. Oleh demikian, pada dunia hari ini, arus globalisasi bergerak dari negara maju kepada negara dunia ketiga ataupun negara-negara sedang membangun.Namun demikian, globalisasi juga menimbulkan pro dan kontra di antara negara-negara di dunia termasuklah negara-negara yang sedang membangun. Sebahagian negara yang mendukung globalisasi adalah kerana globalisasi dipercayai akan membawa dunia dan negaranya ke arah kemajuan ekonomi. Harapan negara-negara tersebut adalah untuk menghapuskan kadar kemiskinan, untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, meluaskan peluang pekerjaan, dan memperkecilkan jurang ekonomi antara negara dunia. Sementara itu, terdapat juga negara-negara yang menentang globalisasi ekonomi tersebut. Memandangkan wujudnya globalisasi justeru, akan mewujudkan ketidakadilan, ketidaksamarataan kemakmuran, dan mengukuhkan lagi jurang ekonomi antara negara-negara maju dengan negara-negara yang sedang membangun di dunia ini. Selain itu, globalisasi juga akan meningkatkan kadar kemiskinan di peringkat negara yang tertindas dan di peringkat dunia. Oleh demikian, sebab itulah terdapat negara-negara yang tidak mendukung gagasan globalisasi ini diwujudkan.Globalisasi ekonomi semakin jelas dalam dunia hari ini kerana terdapat hubungan kerjasama bebas di pelbagai kawasan seperti International Monetary Fund (IMF) atau Tabung Kewangan Dunia. IMF telah ditubuhkan pada 27 Disember 1945 dan telah mula beroperasi pada 1 Mac 1947 yang berpusat di Washington DC Amerika Syarikat[2]. Terdapat beberapa tujuan IMF telah ditubuhkan, antaranya adalah untuk mewujudkan kerjasama kewangan dunia dan memperluaskan perdagangan antarabangsa. Selain itu, IMF juga membantu mengadakan sistem pembayaran multilateral terhadap perjanjian-perjanjian yang sedang berlaku antara anggota dan memberi bantuan kewangan kepada negara-negara anggota. Kewujudan Asia Pasific Economic Corporation (APEC) atau kerjasama ekonomi Asia Pasifik. Dasar penubuhan APEC adalah untuk membawa perubahan yang cepat dalam bidang ekonomi dan politik di samping memberi perlindungan kepada negara anggotanya.[3]2.1 Impak Positif Globalisasi ekonomi telah memberi impak yang positif kepada negara-negara yang sedang membangun terutamanya dari segi modal. Globalisasi ekonomi telah menambahkan keupayaan modal dalam negara-negara yang sedang membangun dalam sektor ekonomi dan perdagangan. Negara-negara Asia Pasifik atau lebih dikenali dengan negara-negara yang sedang membangun tidak mempunyai keupayaan modal yang secukupnya untuk menggerakkan dan melibatkan diri dalam sektor ekonomi moden. Oleh demikian globalisasi ekonomi yang berlaku akan memberi suntikan baru yakni suntikan modal asing yang membolehkan industri negara membangun ini berkembang. Jika industri yang terdapat dalam negara-negara membangun ini berkembang maka ia secara langsung akan mewujudkan peluang pekerjaan, mengurangkan pengangguran, meningkatkan taraf hidup serta memutuskan lingkaran kemiskinan yang terdapat dalam negara-negara membangun. Selain itu, globalisasi ekonomi juga akan menggalakkan pemindahan teknologi dari negara maju kepada negara yang sedang membangun. Melalui globalisasi teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara maju dapat membangunkan struktur ekonomi moden negara membangun. Dalam pemindahan ekonomi ini, rakyat akan diajar kaedah pengendalian teknologi melalui latihan lanjutan dan usaha sama dalam konteks kajian dan pembangunan (R&D) tenaga manusia. Latihan yang dijalankan akhirnya akan melahirkan rakyat tempatan yang dapat mengusai kepakaran asing dan memajukan negara sendiri. Keadaan ini dapat kita lihat sendiri dalam teknologi HITEC di Malaysia yang bergantung pemindahan teknologi dari Jepun, teknologi reka bentuk, kawalan mutu, teknologi komunikasi serta kepakaran dalam pengurusan yang lain.Impak positif kesan daripada globalisasi ekonomi yang seterusnya adalah ia akan memperluaskan pasaran. Perluasan pasaran yang dimaksudkan adalah penghapusan Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal serta provokasi pasaran akan memberikan peluang kepada produk negara yang sedang membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata. Keadaan ini berlaku kerana globalisasi ekonomi memberi kuasa mutlak kepada pasaran iaitu permintaan dan cita rasa pengguna dalam urus niaga barangan dan perkhidmatan. Di Asia Tenggara pengenalan kepada Asean Free Trade Agreement (AFTA) iaitu perjanjian yang berorientasikan perdagangan bebas di Asia Pasifik yang termeterai pada tahun 2003. Melalui AFTA barangan dalam kalangan negara ASEAN akan dapat memasuki pasaran negara-negara anggota dengan lebih mudah dan mendapatkan faedah pasaran bersama dalam kalangan anggota.2.2 Impak NegatifSelain dari memberi impak yang positif, globalisasi ekonomi juga telah membawa kesan negatif ke atas negara-negara yang sedang membangun. Antara kesan yang nyata ekoran daripada globalisasi ekonomi adalah kegawatan ekonomi. Kegawatan ekonomi ini berlaku apabila aliran masuk modal antarabangsa yang begitu besar ke dalam negara serantau Asia Pasifik atau negara sedang membangun akan menyebabkan kewangan negara serantau tersebut menjadi lebih mudah berubah. Keadaan ini berlaku kerana wang boleh bergerak dengan hanya keluar merentasi sempadan sesebuah negara dengan hanya menekan computer sahaja. Oleh demikian, dengan penarikan keluar modal asing secara mendadak dari sesebuah negara, maka sesebuah negara tersebut akan menjadi muflis. Ekoran daripada itu, operasi industri boleh terhenti dan ini akan meningkatkan pengangguran serta meningkatkan beban hutang.Kesan yang seterusnya akibat globalisasi ekonomi adalah serangan spekulator. Maksudnya di sini adalah kegawatan ekonomi berpunca daripada kejatuhan nilai mata wang dan pasaran saham akibat mainan spekulator. Apabila nilai mata wang jatuh, maka keyakinan pelabur turut hilang menyebabkan pelabur menarik keluar modal untuk menggelakkan kerugian kepada diri mereka dalam jangka masa panjang. Contohnya adalah krisis kewangan Asia pada tahun 1997 yang mana telah membuka mata seluruh dunia apabila George Soros spekulator kewangan yang terkenal telah memanipulasikan nilai Pound Sterling sehingga menyebabkan kejatuhan Bank of England dan sejarah hitam yang sukar dilupakan oleh pelabur saham iaitu Black Wednessday pada tahun 1992. Kesan daripada ini, negara yang sudah mundur akan muflis dan berterusan bergantung kepada negara maju untuk menjalankan ekonominya. Oleh itu, kesan dari kegawatan, ia akan memaksa negara yang terlibat mengenakan kewangan yang ketat, menaikkan kadar faedah dan perniagaan akan menjadi lemah, pelaburan domestik akan merosot dan permintaan domestik akan terjejas.Globalisasi ekonomi yang terlampau juga akan memberi tekanan ekonomi dan bebanan kepada golongan miskin. Pendapatan negara-negara terlibat akan merudum, kemiskinan meningkat dan mereka yang berkenaan dalam aktiviti perdagangan pada hari ini sangat berkurangan seperti 20 tahun lalu, contohnya adalah Afghanistan dan Republik Demokratik Congo. Kesan dari tekanan ini, globalisasi turut mengakibatkan penghapusan hak-hak keistimewaan dan subsidi kepada golongan miskin yang diamalkan untuk melindungi rakyat sebelum ini. Apabila subsidi dihapuskan maka berlakunya peningkatan dalam harga barangan, perkhidmatan dan kos sara hidup. Keadaan ini akan menyebabkan yang miskin akan terus menderita dan membolehkan berlakunya kegawatan politik. Isi rumah terpaksa berhadapan dengan masalah inflasi berikutan kejatuhan kadar upah, merosotkan kutipan cukai dan mengurangkan kewangan kerajaan. Justeru, akan wujud keadaan monopoli bank tempatan oleh syarikat gergasi dan kawalan ekonomi oleh pelabur asing.Kesan seterusnya globalisasi ekonomi ke atas negara membangun adalah penjajahan baru ekonomi. Pembukaan pintu ekonomi dan pasaran membolehkan monopoli ekonomi berlaku di sesebuah negara. Keadaan ini sering berlaku terhadap negara-negara maju ke atas negara-negara yang sedang membangun. Kekayaan ekonomi sedang membangun akan dikaut keluar oleh pemodal asing. Setelah negara maju mengaut keluar ekonomi negara sedang membangun maka, mereka juga akan mengeksploitasikan tenaga kerja tempatan dengan kadar upah yang rendah. Oleh demikian keadaan ini dinamakan penjajahan ekonomi negara maju terhadap negara sedang membangun.

2.3 Globalisasi dan krisis ekonomiPeningkatan proses globalisasi dalam dua dekad ini telah mengubah secara asas struktur dan pola antara perdagangan dan kewangan antarabangsa. Dengan pertumbuhan perdagangan antarabangsa yang tinggi, maka semakin besarlah perkembangan pasaran modal antarabangsa dalam pengagihan modal langsung untuk meningkatkan pergerakan kemasukan modal portfolio swasta.[4] kemasukan modal portfolio swasta adalah merupakan fenomena penting yang menunjukkan era baru hubungan antarabangsa antara negara-negara maju dengan negara-negara membangun. Di samping itu, interaksi berskala antara perusahaan-perusahaan multinasional melalui pelbagai agensi tambahan semakin bertambah, antaranya adalah joint venture, subcontracting, licensing, dan persekutuan antara perusahaan (interfirm agreement) dan banyak lagi yang telah menandatangani pola baru dalam hubungan aktiviti industri antarabangsa (international inter-industrial linkage).Perkembangan ini mengkehendakan liberalisasi, reformasi ekonomi dan kewangan sebuah negara tersebut untuk memasuki dan menjadi bahagian dalam jaringan hubungan global yang efisien dan berdaya saing untuk memanfaatkan peluang bagi kepentingan kesejahteraan nasional. Perkembangan globalisasi juga telah menghasilkan suatu lingkungan perdagangan antarabangsa yang mempunyai aras hubungan antara negara-negara untuk mewujudkan persaingan yang semakin hebat di pasaran dunia. Laluan liberalisasi modal antarabangsa yang semakin tinggi telah memberi ruang yang besar untuk kemasukan dana antarabangsa dalam membiayai projek-projek pembangunan untuk mendukung program pertumbuhan yang tinggi, namun begitu, ia juga akan mengakibatkan tingginya pendedahan kewangan sesebuah negara terhadap arus pulangan modal luar negara yang setiap masa boleh terjadi dan boleh menjurus ke arah krisis mata wang dan kewangan.Krisis ekonomi yang dialami oleh beberapa buah negara di Asia sejak pertengahan tahun 1997 sebenarnya disebabkan oleh tingginya pendedahan ekonomi negara-negara tersebut. Impak awal krisis kewangan yang bermula dengan krisis pertukaran nilai adalah kesan kepada laluan pulangan modal luar negara. Oleh itu kepercayaan mula hilang terhadap mata wang antarabangsa dari penduduk negara yang berkenaan seperti di Indonesia. Dalam membendung masalah krisis mata wang dan kewangan ini, pendekatan berdasarkan mekanisme pasaran yang dibuat memberi perhatian dari segi efisien untuk meminimumkan korupsi pasaran dengan memberi peluang yang adil terhadap usaha ekonomi kecil dan sederhana. Keadilan merupakan sesuatu yang sukar dilakukan ekoran krisis ekonomi, oleh itu, hal tersebut akan bertentangan dengan mereka yang mengkaji penerapan konsep ekonomi yang berterusan.2.4 Tahap Globalisasi EkonomiDunia manusia kelihatan telah mencapai tahap global dan perlu diketahui bahawa kita terpaksa mengikuti haluan baru ini[5]. Kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi persaingan dalam pasaran global baru ini. Kita boleh membaca dan mendengar kenyataan ini hampir setiap hari menerusi mana-mana media komunikasi yang terdapat dalam negara ini. Globalisasi ini telah menjadi pegangan yang baru bagi perniagaan transnasional dan perlu dilihat bahawa fenomena ini merupakan ulangan Darwinism sosial abad lalu dengan ukuran dan nilai tidak demokratik yang sama (Hurtig 1991). Retorik mengenai padang permainan sama rata yang seolah-olah menggambarkan keadilan sering digunakan.[6] Oleh demikian, perdagangan antarabangsa diibaratkan sebagai gelanggang permainan sukan yang memberi kelebihan kepada pasukan lawan jika melandai ke arah bertentangan. Dalam konteks ekonomi dan perniagaan transnasional contohnya, gelanggang ini dianggap memberikan kelebihan kepada sebuah negara apabila subsidi diberikan kepada sesebuah industri bagi membolehkannya mengurangkan harga eksport.Walau bagaimanapun dalam konteks sebenar, keadilan telah dipersendakan seperti kata Barnet dan Cavanaugh (1994), subsidi itu ditakrifkan secara sangat meluas untuk meliputi program seperti program pembangunan wilayah, faedah insurans pengangguran yang lumayan, malah penjagaan kesihatan pembiayaan awam[7]. Selain itu, perlu diteliti dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan istilah Globalisasi. Kita perlu mengkaji istilah ini dengan kritis supaya kita melihat di mana kita akan dibawa oleh gagasan global. Terdapat sedikit unsur kelicikan dalam penggunaan istilah ini dan kita wajar berwaspada terhadap globaloney iaitu istilah ciptaan Clare Booth Luce yang bermaksud cakap karut mengenai globalisasi.Zaman ini telah disebut zaman globalisasi yakni terlalu banyak kuasa sosial-sosial yang menjurus kepada satu sama lain untuk menjadikan dunia ini semakin kecil. Globalisasi transnasional mendatangkan sesuatu yang bertentangan dengan kekayaan yang didakwa dihasilkannya di dunia ini. Kita dapat melihat bahawa perkembangan semasa dalam penyusunan semula ekonomi global menyebabkan semakin meluasnya golongan bawahan kekal yang terdiri daripada mereka yang kehilangan hak dan harta benda (Nozick 1992). Inilah dunia ekonomi dan perniagaan transnasional. Tumpuannya hanya pada ekonomi dan perdagangan serta kelebihan kompetitif dalam setiap jenis barang yang mampu difikirkan manusia Globalisasi merupakan satu ideologi politik kapitalisme baru yang dirangka oleh negara kaya dan negara maju. Ini menimbulkan masalah ketidaktentuan ekonomi, krisis ekonomi, pengawalan ekonomi global, ketidakseimbangan pertukaran asing dan merupakan satu order baru politik oleh negara kaya seperti Amerika Syarikat, Britain dan Negara Eropah yang memberi kesan buruk kepada perkembangan ekonomi dan politik global.

3.0 Globalisasi Politik Negara MembangunGlobalisasi dalam konteks politik sering dikaitkan dengan aspek sosial dan ekonomi iaitu jika fenomena globalisasi dicetuskan oleh mekanisme pasaran, maka reaksi politik adalah penting. dalam konteks politik-ekonomi ini, globalisasi mungkin difahami sebagai tindak balas politik terhadap perkembangan kuasa pasaran (Mittelman, 2000:12). Proses pendemokrasian semakin jelas berlaku kesan daripada globalisasi. Demokrasiialah suatu bentukkerajaandi mana kuasa menggubalundang-undangdan struktur kerajaan adalah ditentukan olehrakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaan demokratik. Proses pendemokrasian ini membawa kesan positif dan kesan negatif kepada negara-negara membangun.3.1 Kesan Positif Dari aspek politik, globalisasi akan menyebabkan pemerintahan sesebuah negara menjadi lebih liberal. Liberalisme menekankanhak-hak peribadisertakesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama "liberal" mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasukkebebasan berfikirdankebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian,pasaran bebasdan ketelusan sistem pemerintahan.Mereka yang liberal menyokong sistem kerajaan demokrasi liberal dengan pengundian yang adil dan terbuka, di mana semua rakyat mempunyai hak-hak yang sama rata di bawah undang-undang.[8] Dalam konteks demokrasi, kerajaan bertindak balas mendengar dengan baik dan mempunyai sistem politik yang tulus dan mudah. Negara tidak boleh menyimpan rahsia daripada dirinya sendiri dari konteks kerakyatan. Negara yang bermasyarakat terbuka tidak mempunyai nilai autokratik dan semua pengetahuan diketahui oleh semua. Kebebasan berpolitik dan hak-hak asasi manusia merupakan asas kepada masyarakat ini Bermula pada tahun 1980-an perubahan ideologi dalam arena politik dunia telah melahirkan dan mengembangkan sistem ekonomi terbuka yang demokratik serta berlandaskan pasaran bebas antarabangsa. Sebagai contoh, negara China yang merupakan negara komunisme telah melaksanakan dasar ekonomi terbuka dan begitu juga dengan Vietnam sebuah negara membangun telah membuka dasar mereka melalui kerjasama ekonomi dengan negara-negara ASEAN. Hal ini memperlihatkan negara yang mempunyai fahaman seperti Vietnam turut melaksanakan ekonomi terbuka untuk bersaing dengan negara-negara lain. Kebebasan bersuara negara-negara membangun merupakan kesan positif dalam aspek politik. Peranan negara-negara membangun seperti negara-negara Selatan yang semakin berani menyuarakan pandangan dalam mesyuarat antarabangsa. Contohnya, dalam mesyuarat Cancun pada bulan September 2003, negara-negara Selatan enggan meneruskan perundingan kerana pandangan dan permintaan mereka tidak di ambil berat dalam agenda WTO. Beberapa negara Selatan juga mendakwa negara maju memeras ugut dan tidak adil terhadap negara sedang membangun. Kelantangan suara bekas Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir Mohamad juga kedengaran dalam sidang kemuncak APEC tahun 2003 apabila beliau mendakwa perdagangan bebas tidak sama dengan perdagangan adil, dan perdagangan adil boleh menjadi perdagangan bebas. Beliau mendakwa negara Selatan memerlukan perdagangan yang adil mengambil kira situasi negara-negara mundur. Tidak lama kemudian beliau menggegarkan dunia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dengan menyatakan bangsa Yahudi sedang mempengaruhi Amerika Syarikat dan sedang menguasai dunia.[9]3.2 Kesan Negatif. Bagi kesan negatif pula, negara-negara membangun menghadapi ancaman kumpulan pendesak yang telah mempengaruhi konsep negara bangsa negara tersebut. Peralihan zaman memperlihatkan konsep negara bangsa moden bukan lagi menuntut kekuasaan mutlak tetapi keseimbangan dan sempadan antara kedaulatan, wilayah kekuasaan, perundangan dan juga demokrasi. Konsep kedaulatan dalam negara bangsa moden ialah autoriti politik sesebuah komuniti dalam hal hak menentukan kerangka kerja pentadbiran dan dasar dalam wilayah kekuasaan dan kebebasan pentadbirannya. Maka, kerajaan bebas berhak membentuk dasar makroekonomi untuk tujuan mencapai matlamat ekonomi domestik tertentu seperti pertumbuhan keluaran negara, mengurangkan pengangguran, mengawal inflasi dan memajukan sektor-sektor ekonomi tertentu.Namun, dasar makroekonomi terbuka tertakluk kepada kekangan domestik dan antarabangsa. Contohnya, peningkatan kebebasan aliran kewangan antarabangsa dipercayai merendahkan dasar kewangan. Jika bank pusat merendahkan kadar bunga untuk merancang ekonomi, pelabur akan memindahkan wang mereka dengan mudah untuk disimpan di negara yang menawarkan kadar bunga yang tinggi. Pasaran ekonomi dan kapitalisme global dikatakan lebih berpengaruh dalam dunia ekonomi tanpa sempadan. Peranan kerajaan dihadkan sekadar sebagai pentadbir dan institusi penyelaras untuk mekanisme pasaran. Kawalan negara bangsa akan digantikan dengan masyarakat global.[10]Globalisasi ekonomi akan membina satu bentuk organisasi sosial yang baru yang akan menggantikan negara bangsa yang tradisional sebagai unit ekonomi dan politik asas kepada masyarakat dunia. Globalisasi dianggap pemesatan integrasi ekonomi dan keperluan dana global menekankan kerajaan untuk meliberalisasikan ekonomi. Tekanan kapitalisme global ini menyebabkan politik bukan lagi penggerak untuk memajukan negara tetapi lebih ke arah amalan pengurusan ekonomi yang cekap. Kesannya, negara-negara membangun harus bijak menentukan pengurusan ekonomi mereka dengan menyesuaikan diri dalam persaingan globalisasi.Walau bagaimanapun, negara-negara membangun mempunyai risiko yang tinggi dalam campur tangan politik daripada negara-negara yang berkuasa dalam era globalisasi. Pencerobohan Amerika Syarikat dan sekutunya di Iraq telah mencetuskan kemarahan dunia. Serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq adalah untuk menguasai ekonomi minyak di samping faktor agama. Agenda cetusan negara barat iaitu demokrasi dan globalisasi masih rancak. Berdasarkan ideologi yang dipertahankan, barat masih mencengkam ekonomi global, mempengaruhi budaya politik dan berkuasa dalam arena politik global.Dunia tidak pernah berhenti daripada diancam masalah peperangan. Kesan peperangan di Afghanistan belum berakhir, dan kesan Perang di Iraq mempengaruhi politik di seluruh dunia. Peperangan boleh disebabkan oleh pencarian kuasa, kepentingan diri sendiri, nasionalisme, mahupun ketamakan akibat penambahan senjata. Kemiskinan dan ketidakadilan juga boleh menyebabkan konflik peperangan. Keganasan dan ketidakstabilan politik ada kalanya disebabkan faktor demografi sesebuah negara, seperti negara miskin yang mencatatkan populasi yang tinggi. Rangkaian komunikasi peringkat global juga mendedahkan semangat materialistik. Kemajuan teknologi memaparkan bagaimana kehidupan negara kaya dan menaikkan rasa tidak puas hati negara miskin yang merasakan negara kaya khususnya Barat menikmati kekayaan dan kesenangan atas penderitaan mereka semasa mereka dijajah. Globalisasi yang menghapuskan sempadan ini memudahkan lagi pertembungan ideologi politik dan kepentingannya untuk negara maju.Usaha sama antarabangsa merupakan harapan terbaik untuk mengawal masalah akibat globalisasi. Peranan PBB sebagai penjaga keamanan dunia mesti diberikan penekanan sebagai alternatif utama dan jalan penyelesaian yang terdahulu dalam mengekalkan keamanan. Pembangunan di negara-negara miskin dan sedang membangun mesti mendapat layanan yang saksama bagi keamanan dunia.4.0 Kesan Globalisasi terhadap Budaya Tempatan Negara Membangun.Perkembangan globalisasi ini menunjukkan bahawa ia bukan sahaja menyentuh tentang hubungan antara pelbagai pelosok dunia, tetapi juga berkaitan dengan penyebaran budaya. Walaupun kita tetap kekal di tempat kita tinggal, tetapi dengan globalisasi ini simbol budaya luar akan datang kepada kita melalui perantara media. Masyarakat tempatan akan terdedah kepada proses integrasi dan disintegrasi budaya di mana budaya luar menyerap dan diterima dalam budaya tempatan di samping ia juga mengdisintegrasikan budaya yang sedia ada. Akibatnya budaya yang sedia ada dibayangi oleh budaya baru yang mengintegrasikan ciri-ciri budaya luar.Hakikat ini diakui oleh Pieterse (1995:62), di mana beliau berpendapat bahawa dalam proses globalisasi, budaya tempatan atau introvert culture yang telah wujud begitu lama dan dibayangi ke belakang oleh budaya luar atau translocal culture akan secara beransur-ansur dibayangi ke belakang oleh budaya luar yang mengandungi pelbagai unsur secara beransur-ansur menonjol ke hadapan. Adalah sukar untuk meletakkan nilai moral dalam asimilasi budaya luar dengan budaya tempatan. Ini disebabkan nilai moral itu adalah subjektif berdasarkan ruang dan masa. Namun begitu, setiap generasi ingin mengekalkan ciri-ciri budaya positifnya untuk diwarisi. Ciri-ciri budaya ini ada kalanya berkaitan dengan adat resam dan ada juga yang berkaitan dengan pegangan agama. Mungkin sesuatu generasi itu ingin mempertahankan apa yang dianggap teras dalam gaya hidupnya.Apa yang kurang disenangi oleh masyarakat tempatan dalam arus globalisasi ini kemungkinan wujud satu budaya yang homogen iaitu yang berteraskan budaya Barat. Ini disebabkan representasi simbolik yang diterima adalah melalui kebanyakannya adalah berpangkalan di Barat. Tidak dapat dinafikan bahawa ada kalanya arus globalisasi ini songsang daripada Timur ke Barat di mana gaya hidup Timur diterima sebagai gaya hidup Barat. Tetapi kekerapannya adalah terlalu jarang. Walaupun terdapat hanya sedikit kesan positif kepada budaya tempatan negara membangun, tetapi ia memberi faedah yang sangat berguna kepada negara-negara tersebut. Contohnya, Malaysia mempraktikkan budaya kerja dan sebahagian cara hidup masyarakat Jepun di dalam kehidupan mereka. Generasi muda kini lebih terbuka, suka mempersoalkan sesuatu dan juga lebih kreatif. Perubahan ini adalah disebabkan pengaruh jaringan teknologi seperti komputer dan media interaktif.Selain mengancam ekonomi, globalisasi seperti yang diertikan oleh Barat juga mencengkam budaya. Globalisasi akan meninggalkan kesan seperti proses sejarah walaupun terhad dan tidak luas dari segi ruang dan tidak mendalam seperti sekarang ini. Bagaimanapun, proses globalisasi sekarang dan maknanya berbeza dan disengajakan. Teknologi canggih yang dimanipulasikan Barat, bukan sekadar satelit dan teknologi maklumat, bahkan penemuan sains lain yang sentiasa diusahakan seperti mencipta klon supaya membawa perubahan kebudayaan dalam kalangan manusia[11].Masalah ini merupakan suatu masalah yang kompleks kerana struktur dan peranan persekitaran ke atas masyarakat kita hari ini. Masyarakat hari ini bukan lagi sebuah masyarakat yang tradisional. Erti tradisional di sini ialah ia berkembang dengan kadar yang perlahan sehingga untuk menerima perubahan memakan masa bertahun-tahun. Pada hari ini informasi maklumat bergerak secepat kilat atau a click of the mouse. Kita boleh mendapat mendapatkan maklumat mengenai apa yang berlaku di Amerika dengan merujuk ke internet sahaja. Berita informasi berada di webpage BBC News berubah setiap minit. Beberapa detik, tragedi World Trade Centre tersebar luas. Malangnya bukan hanya informasi berita yang cepat sampai ke pelosok dunia, bahkan informasi muzik, filem dan pelbagai hiburan juga sepantas kilat disampaikan kepada generasi muda melalui internet.Pemasaran dan penyerapan budaya asing ini adalah secara senyap tetapi membunuh. Akhirnya tanpa disedari ia sudah mempengaruhi cara berfikir dan bertindak generasi muda. Budaya lepak dan budaya black mental yang hangat diperkatakan pada hari ini bukanlah suatu budaya yang mengejutkan sebenarnya. Sebaliknya ia adalah suatu budaya yang sepatutnya dijangka oleh para pemikir di negara. Ia adalah hasil daripada muzik Barat yang dipakej bersama dengan budaya si penyanyi itu sendiri. Pada hari ini, dunia Barat terutamanya Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, cita rasa dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Ia dilahirkan secara material dan bukan material dalam kehidupan individu dan kelompok iaitu satu fenomena yang sudah melepasi perbatasan negara.Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pada zaman dahulu, manusia dalam sesebuah masyarakat sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemari atau dicerobohi oleh pihak lain. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahasakan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosiobudaya sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka segala usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih mudah.Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah sesuatu yang mengejutkan apabila sistem sosio-budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup Barat. (Utusan Pengguna, 17 November 1997 : 23).Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesan-kesan globalisasi budaya iaitu dalam aspek budaya makan, budaya fesyen, budaya kerja, budaya hidup, budaya muzik dan hiburan serta budaya bahasa. Dalam aspek budaya makan, pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia seperti spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola. Budaya fesyen pula, anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan fesyen yang berjenama seperti Maybeline, Christian Dior, Versace, Bonia dan lain-lain menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya (Azhar Hj. Mad Aros et aI 2000 : 84).Manakala dalam aspek budaya muzik dan hiburan, muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik black mental telah menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan di luar dari negara Amerika. Contohnya, di Jepun dengan panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di Marne-La-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland (1992).[12]Budaya Bahasa iaitu bahasa Inggeris adalah alat perhubungan dan komunikasi terpenting antarabangsa dan digunakan secara global. Ini menunjukkan kejayaan globalisasi bahasa yang diterajui oleh Amerika. Terdapat penyebaran budaya konsumer Amerika Syarikat ke seluruh dunia, satu proses yang disebut sebagai ' McDonaldisation of Society'. Untuk mencapai maksud itu, budaya konsumer perlu disebarkan seluas-luasnya supaya lahir penyeragaman budaya dan gaya hidup.Unsur-unsur budaya luar yang menghasilkan translocal culture ini bukan sahaja disebarkan secara langsung melalui rangkaian media global atau internet dalam bentuk program, periklanan, radio dan sebagainya tetapi juga melalui rangkaian media tempatan yang memperagakan bahan-bahan yang diimport. Begitu juga ada kalanya budaya luar ini juga disajikan kepada khalayak tempatan melalui watak-watak tempatan tetapi membawa mesej daripada budaya luar. Bagi generasi muda yang sering meminati program media luar, sudah tentu secara sedar dan tidak sedar terdedah kepada unsur-unsur budaya luar dan seterusnya mendatangkan implikasi yang negatif kepada nilai-nilai dalam diri generasi muda.Satu perkara yang mengghairahkan berlaku pada hari ini, hasil perkembangan globalisasi dan teknologi penyiaran moden, lahir satu generasi remaja yang terdiri dari seluruh dunia, yang amat taksub dan terpengaruh dengan ikon-ikon hiburan yang terdapat di Barat. Daripada cara berhibur, berlanjutan ke cara berpakaian, yang seterusnya berlanjutan ke dalam cara hidup dan amalan seluruh kehidupan, serta cara berfikir dan bertindak ikon-ikon tersebut, ditiru dan diaplikasikan pula di dalam kehidupan generasi terbabit. Hasilnya, kita melihat betapa berleluasa gejala sosial yang melanda remaja hari ini. Dadah, arak, zina, pil khayal dan rokok serta pendedahan aurat, juga pengguguran haram menjadi mainan kehidupan mereka. Ketaksuban mereka meniru segalanya, memungkinkan dan membenarkan mereka menderhaka kepada ibu bapa, guru dan pemimpin, seperti yang berlaku hari ini. Kerosakan semua ini berpunca dari tersalah memilih hiburan yang tidak berpaksikan keTauhidan kepada Allah, dan lari dari fitrah manusia. Akibat dari itu, ada di antara mereka yang sesat terlalu jauh akibat dipandu syaitan, sehingga mereka menyembah dan memuja musuh manusia dan Allah itu, seperti yang berlaku kepada Black Metal dan JIT (Jangan Ikut Tuhan).Segala bentuk hiburan yang melalaikan dan merosakkan, nampak sangat sedap dan menarik tetapi, tidak mengandungi zat dan vitamin yang diperlukan, malah dipenuhi racun berbisa yang menular dan membunuh secara senyap tanpa disedari. Tidak ada unsur didikan dan panduan. Hasilnya manusia makin liar, lalu terbentuklah peribadi yang rosak dan merosakkan. Akhirnya memerangkap dan menjerat diri, hingga menyebabkan sukar untuk melepaskan diri dari cengkamannya. Contoh yang jelas dan nyata ialah banyak yang mula mencuba rokok, dadah, arak, seks dengan alasan sekadar untuk 'release tension' tapi, akhirnya apabila sudah terjebak, ia mula memakan diri dan mengakibatkan kerosakan yang cukup besar dan kronik.5.0 Globalisasi Pendidikan Negara Membangun5.1 Pengantarabangsaan pendidikanAntara kesan globalisasi terhadap pendidikan di negara- negara yang sedang membangun ialah berlakunya pengantarabangsaan pendidikan. Hal ini kerana, era globalisasi mewujudkan trend yang berbeza tentang bentuk baharu pengantarabangsaan pendidikan tinggi, kesan kewujudan persaingan hebat antara negara dan kewujudan pelbagai blok wilayah dan perdagangan. Negara- negara membangun sedar bahawa rakyat harus mempunyai daya saing yang tinggi agar mereka mampu bersaing pada peringkat antarabangsa. Daya saing yang tinggi ialah prasyarat penting jika mereka melibatkan diri dalam pertumbuhan ekonomi yang pesat. Oleh itu, untuk menyesuaikan diri dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi, universiti perlu membentuk satu kurikulum akademik yang akan menyediakan tenaga mahir hingga ke peringkat antarabangsa dan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang berdaya saing seiring dengan proses globalisasi dunia sekarang.Pengantarabangsaan pendidikan tinggi telah membawa kesan yang amat positif. Kehadiran pelajar antarabangsa di sesebuah universiti bukan sahaja mempengaruhi budaya sosial dan tempatan tetapi juga memberi pemahaman dan perspektif yang lebih luas kepada mereka tentang pentingnya kerjasama antara pelbagai bangsa. Namun begitu, pengantarabangsaan pendidikan juga boleh menjejaskan kualiti pendidikan. Hal ini kerana negara maju memperoleh lebih banyak faedah berbanding dengan negara membangun kerana negara maju mempunyai kelebihan dalam pendidikan tinggi. Contohnya negara- negara maju ini mempunyai tempat pengajian, peralatan terkini untuk pelajaran dan penyelidikan serta mempunyai sumber kewangan dan manusia yang mencukupi.Kini fenomena pengantarabangsaan semakin luas dalam bidang pendidikan selaras dengan usaha yang dijalankan oleh World Trade Organization (WTO) yang berhasrat untuk mengurangkan halangan terhadap perdagangan antarabangsa, turut memasukkan elemen pendidikan salam rundingan yang dinamakan General Agreement on Trade and Services (GATS).[13] GATS telah dibentangkan di Uruguay Round dan telah ditubuhkan pada tahun 1995 di bawah payung WTO, mempunyai 145 negara ahli dan bertujuan untuk meningkatkan liberalisasi perdagangan antarabangsa merangkumi pendidikan sebagai satu sektor perkhidmatan. Melalui perdagangan pendidikan ini boleh membawa inovasi melalui sistem penyampaian yang baharu serta kemasukan pelajar yang lebih besar dan nilai ekonomi yang baik.5.2 Pengajaran Berasaskan PenyelidikanArus globalisasi juga membawa kepada autonomi pendidikan yang merujuk kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran tanpa sempadan yang meliputi pengajaran berasaskan penyelidikan. Di arus globalisasi ini, negara- negara membangun perlu menyediakan pendidikan kurikulum dan sukatan program yang berasaskan maklumat terkini hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh ahli akademik tempatan atau antarabangsa. Pendekatan pengajaran berasaskan penyelidikan menekankan usaha penyampaian maklumat terkini dan merangsang penjanaan ilmu baharu. Melalui pengajaran berasakan penyelidikan ini, negara- negara membangun akan mendapat manfaat di mana banyak penemuan baru yang berbentuk ilmu akan dapat ditemui melalui penyelidikan dan pembangunan ini. Dengan adanya ilmu ini, negara- negara membangun boleh mempertingkatkan taraf pendidikan serta kualiti hidup.Melalui penyelidikan ini juga, bidang pendidikan di negara- negara membangun akan terus berkembang di mana melalui penemuan- penemuan teori baru akan menyebabkan penyelidik dan pelajar dari negara- negara maju datang belajar ke negara membangun. Di samping itu juga, mereka akan melaburkan untuk penyelidikan yang telah dilakukan dan hal ini akan memberi kemudahan yang sempurna untuk memudahkan penyelidikan kerana telah mempunyai dana yang mencukupi untuk menjalankan penyelidikan. Selain melaburkan dana, pelabur akan membawa sekali sumber dan kepakaran untuk membantu melicinkan penyelidikan tersebut dan hal ini sekali gus akan dapat memajukan negara- negara yang sedang membangun dalam arus globalisasi kini.Penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan ini biasanya di lakukan oleh pusat pengajian tinggi seperti dalam bidang bioteknologi. Dalam bidang ini, penyelidikan amat diperlukan supaya dapat mempertingkatkan lagi ilmu-ilmu sains dalam bidang pendidikan dan mendapat penemuan-penemuan baru yang akan mempertingkatkan tahap pendidikan negara sekali gus dapat dimanfaatkan dalam bidang ekonomi negara-negara yang sedang membangun bagi membolehkan negara- negara ini bersaing di persada arus globalisasi dan bergerak seiring dengan negara- negara maju.5.2 Transnasionalisme dan pendidikan merentasi sempadanKonsep transnasionalisme ini merujuk kepada perkaitan aktiviti dan saling tindak yang menghubungkan manusia dengan mana- mana institusi lain tanpa had sempadan negara.[14] Aktiviti tersebut mungkin dijalankan oleh sebuah kerajaan, Multinational Corporations( MNC) atau orang perseorangan seperti pendatang asing dan aktiviti ini tidak terhad kepada aktiviti ekonomi sahaja tetapi termasuklah politik, budaya dan agama. Sistem pendidikan yang bercorak transnasional dan tanpa sempadan ini juga diistilahkan sebagai suatu pergerakan, sama ada secara hakiki atau maya dalam kalangan individu seperti pelajar, guru atau pensyarah. Sistem pendidikan ini melibatkan program akademik berbagai-bagai- bagai disiplin daripada satu negara kepada negara lain. Perkaitan yang rapat antara globalisasi dan transnasionalisme juga membawa kepada perkembangan yang pesat dalam urusan antarabangsa dan rangkaian dalam semua bentuk kehidupan. Pada masa yang sama juga sistem pendidikan ini juga membayangkan bahawa sempadan antara negara menjadi semakin nipis, akibat kewujudan yang rapat.Selain itu, melalui transnasionalisme dan pendidikan merentasi sempadan ini juga telah membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Hal ini kerana bidang pendidikan telah mengalami evolusi merentasi sempadan di mana konsep pendidikan merentasi sempadan ini merujuk kepada aktiviti rangkaian hubungan akademik yang terbentuk melalui persetujuan, projek pembangunan, bantuan/pembiayaan antarabangsa dan inisiatif antarabangsa. Hal ini juga akan mewujudkan perdagangan dalam perkhidmatan pendidikan yang boleh dikategorikan sebagai subset kepada pendidikan merentasi sempadan, yang juga merupakan aktiviti dengan matlamat perdagangan dan keuntungan. Hal ini juga kan turut memberi impak positif kepada bidang pendidikan di negara- negara membangun di samping mendapat keuntungan daripada sektor perkhidmatan pendidikan membantu menjana ekonomi negara.

5.3 Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarDalam era globalisasi ini, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa. Dalam sistem pendidikan di negara- negara membangun, bahasa Inggeris telah banyak digunakan di mana- mana institusi pendidikan sebagai bahasa penghantar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Untuk menyediakan siswazah yang berdaya saing, usaha meningkatkan kemahiran generik mereka, seperti keupayaan berkomunikasi dan pembinaan jati diri perlu dilaksanakan. Disebabkan oleh arus globalisasi kini, Untuk menyediakan siswazah yang berdaya saing, usaha meningkatkan kemahiran generik mereka, seperti keupayaan berkomunikasi dan pembinaan jati diri perlu dilaksanakan.Penggunaan bahasa Inggeris merupakan suatu pendekatan yang selari dengan usaha mengantarabangsakan pendidikan tinggi di negara- negara membangun supaya dapat menghasilkan modal insan yang berdaya saing dengan negara- negara maju. Penggunaan bahasa Inggeris boleh menarik pelajar dan ahli akademik luar negara datang belajar dan berkhidmat di negara membangun dan hal ini akan menggiatkan lagi perkembangan pendidikan di negara- negara membangun di peringkat global. Contohnya di Malaysia terdapat banyak IPTA dan IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan terdapat ramai pensyarah serta pelajar luar negara datang belajar di Malaysia. Hal ini seperti yang telah diketahui akan dapat memperkembangkan lagi perkongsian ilmu dan memperkukuhkan lagi institusi pendidikan di negara membangun seperti Malaysia. Walau bagaimanapun, trend ini tidak akan sama sekali menafikan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan peranannya sebagai bahasa ilmu.5.4 Universiti Intensif PenyelidikanImpak daripada globalisasi ke atas negara membangun dalam aspek pendidikan ialah, universiti atau institusi pendidikan kini telah memasuki era baharu dengan kewujudan universiti yang berorientasikan penyelidikan. Universiti yang menekankan penyelidikan ini mengutamakan penyelidikan dalam aktiviti akademik. Universiti penyelidikan ini juga memberi keutamaan terhadap penawaran program pengajian pada peringkat pascasiswazah yang dijangka akan menggiatkan lagi aktiviti penyelidikan. Penyelidikan yang dijalankan di universiti- universiti ini haruslah berbentuk sepanjang hayat dan hasil penyelidikan biasanya digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Oleh hal yang demikian, penyelidikan sebagai kaedah untuk menjana ilmu pengetahuan baharu harus dilakukan secara berterusan.Penyelidikan ini harus ditafsirkan sebagai aktiviti sepanjang hayat selaras dengan proses globalisasi era kini yang dilaksanakan untuk menjana sumber ilmu pengetahuan baharu. Ilmu pengetahuan akan dapat dikembangkan melalui pemantapan ilmu pengetahuan sedia ada dan penemuan sumbangan ilmu baharu yang disokong oleh penemuan baharu dalam penyelidikan. Penyelidikan ini harus dijalankan secara kerjasama pintar dengan berbagai-bagai pihak, khususnya sektor industri serta antara institusi pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Kerjasama ini akan dapat membuahkan hasil penemuan dalam berbagai-bagai- bagai disiplin atau penemuan baru yang unik dan memantapkan lagi sistem pendidikan di negara membangun.Selain itu, melalui universiti intensif penyelidikan impak ke atas negara membangun juga adalah mempunyai satu trend baharu yang akan di perkukuhkan termasuk aspek pengkomersialan hasil penyelidikan. Oleh hal yang demikian, penyelidikan yang dijalankan oleh ahli akademik mesti menekankan potensi pengkomersialan walaupun teknologi yang digunakan masih rendah. Pengkomersialan tidak terhad kepada produk atau proses berteknologi tinggi sahaja tetapi menekankan juga produk atau proses yang dapat diketengahkan sebagai komoditi perniagaan. Melalui universiti intensif penyelidikan ini juga, negara- negara membangun akan dapat memantapkan proses yang sedia ada untuk menghasilkan produk serta dapat menambah nilai produk tersebut dengan kos pemprosesan yang rendah.6.0 Kesan Teknologi kepada negara Membangun TeknologiGlobalisasi sebagai suatu cara untuk menjadikan dunia ini semakin mengecil kerana segala urusan harian manusia dalam sesebuah negara atau berlainan negara menjadi lebih mudah dan cepat. Dengan kata lain, globalisasi juga menjadikan jaringan hubungan sosial manusia semakin aktif dalam keadaan yang maksimum. Teknologi merupakan wadah utama dalam menjayakan agenda globalisasi ini. Kemajuan dalam bidang teknologi menjadikan akses hubungan, maklumat serantau menjadi lebih cepat. Maka dengan itu masa boleh dijimatkan oleh manusia dalam sesuatu urusan. Daripada globalisasi ini, negara membangun akan banyak menerima impak sama ada impak positif mahupun negatif. Pengaruh utama dalam bidang teknologi dilengkapkan dengan adanya Internet[15] sebagai rangkaian yang berperanan aktif dalam menyediakan sistem perhubungan tanpa wayar yang membolehkan akses maklumat boleh dilayari di mana-mana sahaja. Kemudahan yang sangat relevan ini menjadi satu trend terkini yang membolehkan ia diterima oleh semua pengguna di seluruh dunia. Bukti negara membangun menerima impak daripada revolusi internet ini boleh dilihat apabila benua Asia merupakan benua yang paling ramai[16] pengguna Internet berbanding benua-benua lain dalam kajian yang dilakukan pada tahun 2003. Dalam kajian tersebut Benua Asia yang banyak terdiri daripada negara membangun telah mencatatkan penggunaan internet tertinggi iaitu seramai 250 juta mengatasi gabungan Amerika Utara dan Amerika Selatan. Ia membuktikan bahawa globalisasi sangat mempengaruhi negara-negara membangun di Asia terutamanya Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapore dan sebagainya.Pemindahan teknologi.Globalisasi yang rancak berlaku dalam revolusi ekonomi kini telah menggalakkan perkongsian teknologi dalam kalangan negara membangun daripada negara-negara maju. Malaysia contohnya mengambil inisiatif untuk melakukan kerjasama Strategik dengan Jepun dalam bidang teknologi dan kebanyakan kerjasama tersebut berkait rapat dengan industri automobil. Hal ini disebabkan oleh Malaysia yang memiliki perusahaan automobil tersendiri iaitu Perbadanan Automobil Nasional (Proton). Proton telah mengadakan kerjasama strategik dengan Mitsubishi, Toyota, Nissan dan sebagainya dari negara Jepun. Dalam kerjasama strategik tersebut pelbagai model kereta Inspira yang memperlihatkan kejayaan Proton menghasilkan produk bermutu dengan 40 peratus komponen dalam penghasilan Proton Inspira adalah komponen tempatan.Selain itu, Proton juga telah memeterai Memorandum Persefahaman (Mou) bersama Nissan untuk sama-sama mengendalikan kajian kemungkinan menilai peluang-peluang baru dan ia juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi daya saing bersama dalam pasaran global. Kerjasama tersebut akan memberi tumpuan kepada perkongsian teknologi dan ia seiring dengan daya saing global pada masa sekarang.Di sini dapat dilihat kebaikan globalisasi terhadap negara membangun seperti Malaysia kerana tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi dalam menghasilkan produk yang bermutu. Pemindahan teknologi akan memberikan kelebihan iaitu dengan hanya membeli teknologi yang sedia ada serta dimanfaatkan dalam produk tempatan.Kajian sendiri boleh dilakukan oleh sesebuah negara sebenarnya tetapi ia memerlukan perbelanjaan besar di samping persaingan sengit dari produk lain di serata dunia dan hal tersebut akan merugikan sesebuah negara kerana barangan yang dikeluarkan akan berhadapan dengan krisis kualiti di mana kualiti adalah suatu aspek yang sangat dipentingkan oleh pengguna.Dalam pada itu juga, globalisasi memberikan impak kepada peredaran maklumat di seluruh dunia. Dengan adanya proses globalisasi bidang teknologi semakin maju dan maklumat bolen tersebar di seluruh dunia dengan jangka masa beberapa saat sahaja. Hal ini memberikan impak positif terutamanya kepada negara membangun. Penyebaran maklumat yang cepat dan tepat ini membolehkan kegiatan ekonomi dan jaringan sosial negara membangun setanding dengan negara maju yang lain. Jika dahulu perhubungan hanya melalui surat-menyurat, tetapi sekarang ia nyata lebih efektif dengan penggunaan e-mel, laman sosial, blog dan sebagainya akan mempercepatkan penyebaran maklumat contohnya maklumat mengenai bencana alam seperti Tsunami di Indonesia, gempa bumi di Haiti dan sebagainya. Maklumat tersebar menyebabkan bantuan dihulurkan dengan cepat kerana negara-negara lain mudah menerima maklumat dan menyediakan peralatan yang diperlukan. Hal ini akan mewujudkan satu lagi globalisasi bencana dan globalisasi bantuan bencana.

7.0 KesimpulanSecara keseluruhannya, globalisasi ini bukan sahaja memberi impak yang positif terhadap negara- negara membangun seperti Malaysia malah turut meninggalkan impak negatif terhadap bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan bidang- bidang lain dalam kehidupan manusia. Dalam aspek positif, globalisasi telah menyumbangkan peningkatan kepada pertumbuhan serta perkembangan bidang ekonomi, politik, pendidikan, budaya di Malaysia. Namun di sebalik peningkatan dan kemajuan yang di nikmati dalam arus globalisasi kini pelbagai masalah- masalah yang telah di hadapi oleh negara- negara sedang membangun. Terdapat pelbagai isu- isu yang timbul akibat perkembangan pesat globalisasi kini dan ia banyak meninggalkan impak yang negatif kepada Malaysia seperti kegawatan ekonomi, penjajahan ekonomi baru, iklim politik dan budaya tempatan. Oleh itu, tranformasi ekonomi negara perlulah dilakukan seacara holistik melalui langkah yang pragmatik bagi mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi memantapkan ekonomi negara sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Selain itu, aspek tadbir urus negara haruslah dimantapkan dalam mengharungi arus globalisasi bagi mewujudkan amalan pentadbiran yang telus, cekap malah lebih tersusun dalam meneruskan agenda pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat seperti yang terkandunng dalam Pelan Integriti Nasional (PIN). PIN bermatlamat untuk mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, memantapkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan demi menjadikan malaysia sebagai kuasa baru asia yang berpendapatan tinggi, berdaya saing dan produktif dalam mengharungi arus globalisasi. Bibliografi Abd.Rahim Abd Rashid, 2006. Agenda Perubahan Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya.Kuala lumpur: Utusan Publication dan Distributors Sdn Bhd.Edmund OSullivan, 2007.PEMBELAJARAN TRANSFORMASI: Wawasan Pendidikan Abad Ke-21. Kuala Lumpur: Ampang Press Sdn. BhdHadi Soesastro, Aida Budiman, Ninasapti Triaswati, Armada Alisjahbana dan Sriadiningsih.2005. Pemikiran dan Permasalah Ekonomi di Indonesia dalam Setengah Abad Terakhir.Yogyakarta: Penerbit Kanisius (Anggota IKAPI)Lim Kim Hui dan Har Wai Mun, 2007. Globalisasi Media dan Budaya Antara Hegemoni Barat Dengan Kebangkitan Asia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala LumpurMohd Azizuddin Mohd Sani & at el, 2004. Globalisasi Dalam Perspektif: Isu dan Cabaran, IBSBUKU SDN. BHD: Kuala Lumpur, hlmn 35.Mohd Taib Othman, 2004, Globalisasi, Patriotisme dan Isu-isu Kemasyarakatan, PenerbitUniversiti Malaya.http://www.me.gov.my/ict/ict04.htmpt.mohe.gov.my/PENYELIDIK/penyelidikan%20IPPTN/Bab3.pdfhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme

[1] Mohd Azizuddin Mohd Sani & at el, (2004). Globalisasi Dalam Perspektif: Isu dan Cabaran, IBS BUKU SDN. BHD: Kuala Lumpur, hlmn 35.[2] Sri Murtono, Hassan Suryono dan Martiyo 2006. Pendidikan Kewarganegaraan. Hlm 68[3] Ibid I[4] Hadi Soesastro,et.al, 2005. Pemikiran dan Permasalahan Ekonomi di Indonesia dalam Setengah Abad Terakhir. Hlm 48.[5] Edmund OSullivan, 2007. Pembelajaran Transformasi : Wawasan Pendidikan Abad Ke-21, hlm 136.[6] Ibid I hlm 136[7] Ibid II hlm 136[8] http://ms.wikipedia.org/wiki/Liberalisme[9] Lim Kim Hui dan Har Wai Mun, Globalisasi Media dan Budaya Antara Hegemoni Barat Dengan Kebangkitan Asia, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur,2007,hal 52[10] Lim Kim Hui dan Har Wai Mun, Op.cit. hal 42[11] Mohd Taib Othman, 2004, Globalisasi, Patriotisme dan Isu-isu Kemasyarakatan, Penerbit Universiti Malaya, hlmn 7.[12] http://www.me.gov.my/ict/ict04.htm[13] http//pt.mohe.gov.my/PENYELIDIK/penyelidikan%20IPPTN/Bab3.pdf[14] Ibid[15] singkatan perkataanbahasa Inggeris;inter-network ialahrangkaian komputeryang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Rangkaian internet yang terbesar dinamakanInternet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakaninternetworking.[16] Globalisasi Media dan Budaya, Lim Kim hui dan Har Wai Mun hlm. 423http://globalisasi12.blogspot.com/2012/12/kesan-globalisasi-ekonomi.html