12
1.0 PENGENALAN Batik merupakan kraf tangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Kini seni tekstil ini semakin digemari oleh semua peringkat umur malah digemari juga oleh para pelancong luar negara. Perkataan batik berasal daripada bahasa Indonesia yang bermaksud pakaian yang mempunyai titik-titik kecil . Perkataan tik bermaksud titik yang asalnya daripada bunyi berdetik atau tik-tik . Ada yang mengatakan bahawa perkataan batik berasal dari Jawa iaitu titik iaitu proses menghasilkan batik Selain itu, batik merupakan satu bidang kraftangan yang terunggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. Kebanyakkan penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS juga dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Asgment Psv Mei 2015 - Ory

Embed Size (px)

DESCRIPTION

psv

Citation preview

Page 1: Asgment Psv Mei 2015 - Ory

1.0 PENGENALAN

Batik merupakan kraf tangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Kini seni tekstil ini

semakin digemari oleh semua peringkat umur malah digemari juga oleh para pelancong luar

negara. Perkataan batik berasal daripada bahasa Indonesia yang bermaksud ‘pakaian yang

mempunyai titik-titik kecil’. Perkataan ‘tik’ bermaksud ‘titik’ yang asalnya daripada bunyi

berdetik atau ‘tik-tik’. Ada yang mengatakan bahawa perkataan batik berasal dari Jawa iaitu

‘titik’ iaitu proses menghasilkan batik

Selain itu, batik merupakan satu bidang kraftangan yang terunggul di Malaysia. Sejak

abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional.

Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap

tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula

diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik

berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau

menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam

Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an

lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan

Terengganu.

Kebanyakkan penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik

digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian

seragam pramugari kapal terbang MAS juga dibuat daripada batik. Batik juga digunakan

dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan

sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan

lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu

digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering

dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Page 2: Asgment Psv Mei 2015 - Ory

2.0 SEJARAH BATIK

Mengikut catatan sejarah, batik dalam bentuk primitif diketahui wujud sejak 2,000 tahun lalu

di Parsi dan di Mesir. Di negara China dan Jepun kain bercorak batik mula digunakan sejak

abad ke tujuh dan ke lapan lagi. Di Tanah Melayu, batik mula diperkenalkan sejak abad ke 15

Masihi iaitu di zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik

pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah batik di Malaysia mula di ketahui

pada abad ke 18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan Batik di Terengganu.

Dalam tahun 1911 apabila Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan Batik di

kawasan Lorong Gajah Mati, Kota Bahru Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik

hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi’. Pada masa

itu kain di import dari Thailand jenis ‘Kain Pereir’ sementara itu warna dibuat sendiri dengan

menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelang hanyalah Biru dan

hitam sahaja. Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mengeluarkan batik yang menggunakan blok

kayu. Pada tahun 1926 kemasukan pewarna kimia dari Eropah telah membawa perkembangan

Batik. Reka corak batik mula dipengaruhi dengan reka corak Batik Indonesia. Dalam

tahun1932 seorang ahli perniagaan dari Terengganu Haji Ali bin Ismail telah bertemu seorang

dari tanah Jawa di Singapura dan mempelajari teknik-teknik membuat batik. Di samping itu

beliau juga membawa contoh-contoh blok batik yang diperbuat dari kayu ke Terengganu.

Dengan menggunakan kepakaran Haji Awang (Bekas pekerja Haji Che Su) telah memulakan

teknik-teknik baru menggunakan blok kayu cara Indonesia. Dalam tahun 1936 Haji Ali

membawa pulang blok tembaga dari Singapura dengan menggunakan cara baru iaitu

menggunakan teknik terapan lilin. Batik stensil dengan menggunakan pemidang skrin dicipta

oleh Mohd Yussof & Company dalam tahun 1933. Batik ini mendapat idea apabila En. Mohd

Yussof pergi ke Bangkok. Atas tunjuk ajar seorang dari Eropah bernama Dr. Schmidt (Wakil

Syarikat Singapura pengeluaran pewarna batik Widsor & Co.) kepada Mohd Yusoff dan Haji

Che Su maka batik cetakan Skrin menjadi terkenal di Kelantan. Sehingga ke hari ini

perusahaan Batik terus berkembang dengan menggunakan canting yang telah dipopularkan

oleh kumpulan pelukis-pelukis muda sekitar tahun 1970-an. Penggunaan canting adalah

pengaruh dari batik canting Indonesia kemudian sekumpulan pelukis telah menggunakan

tekniknya dalam bentuk teknik melukis. Akhirnya teknik ini menjadi digemari dan menjadi

identiti baru dalam seni Batik.

Page 3: Asgment Psv Mei 2015 - Ory

3.0 JENIS – JENIS BATIK

3.1 Batik Blok

Batik Blok dikenali juga sebagai Batik Terap atau Batik Pukul merupakan salah satu daripada

seni kraf buatan tangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Ia dihasilkan melalui proses

penerapan lilin dan penerapan warna.

Batik Blok adalah adaptasi daripada unsur alam semulajadi. Kebanyakannya berdasarkan

kepada flora dan fauna. Corak flora dipilih daripada bahagian-bahagian tumbuhan yang ditiru

berasaskan bentuk bunga. Gubahan motif dan corak direka secara realistik, abstrak dan

stilisasi dalam bentuk geometrik atau organik.

Antara motif flora yang digunakan untuk mencorak batik

ialah pucuk rebung, pohon ara, bunga tampuk manggis, bunga mangga, bunga cempaka,

bunga buluh, bunga maman, bunga kerak nasi, bunga berbaling, bunga raya, daun keladi,

bunga kenaga dan beberapa lain lagi. Manakala bagi motif fauna yang popular ialah seperti

jaring ikan dan ayam.

Page 4: Asgment Psv Mei 2015 - Ory

3.2 Batik Tulis

Batik Tulis dipercayai warisan dari batik Kraton, Jawa. Walaupun begitu, ia masih dihasil

dengan menggunakan kaedah yang sama iaitu lakaran canting. Namun ia masih wujud

perbezaan dari segi ciri-ciri rekaan malah juga estetik dan teknik pengeluran antara kedua-

duanya.

Batik Tulis juga dikenali sebagai Batik Canting. Ianya diperbuat daripada pelbagai jenis kain

termasuk kapas, rayon, voile dan sutera. Ragam hiasnya terdiri daripada motif tumbuh-

tumbuhan serta corak geomatrik. Reka coraknya juga mempunyai pelbagai susunan mengikut

permintaan semasa.

Pengeluaran Batik Tulis dibuat dengan menggunakan canting. Canting merupakan bekas

tembaga kecil bagi menakung lilin cair yang panas didalamnya serta mempunyai saluran kecil

yang dapat mengeluarkan lilin cair. Ia mempunyai pemegang supaya mudah digunakan.

Canting disikan dengan lilin panas dan dilukiskan melalui hujung saluran canting ke atas kain

yang telah diregangkan di atas pemidang mengikut rekacorak yang dikehendaki. Kain yang

telah dicanting diwarnakan, dikeringkan, dimatikan warna dan direbus bagi mengeluarkan

lilin sebelum dikeringkan sekali lagi.

Page 5: Asgment Psv Mei 2015 - Ory

3.3 Batik Skrin

Batik Skrin dibuat dengan mengunakan blok skrin. Blok skrin disediakan berasaskan rekacorak yang dikehendaki. Bilangan blok yang disediakan bergantung kepada bilangan warna kain yang dikehendaki di mana setiap blok skrin boleh dicetak satu warna.

Batik Skrin merujuk kepada kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna yang menggunakan corak batik yang dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang.

Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap.

Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja. Batik skrin kurang dikenali berbanding kaedah batik terap dan conteng.

3.4 Batik Cap

Batik Cap adalah salah satu jenis hasil proses produksi batik yang menggunakan canting cap. Canting cap yang dimaksud di sini mirip seperti stempel. Bahannya terbuat dari tembaga dan dimensinya lebih besar. Rata-rata berukuran 20cm X 20cm.

Ciri-ciri batik cap adalah :

Page 6: Asgment Psv Mei 2015 - Ory

Warna batik kedua belah sisi kain adalah sama Warna batik lebih mengkilap Motif tidak terlalu detil Biasanya warna dasar adalah warna tua / gelap

3.5 Batik Pelangi

Dihasilkan tanpa menggunakan lilin. Diperkenalkan oleh Che Minah Pelangi sewaktu

zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793-1808). Digunakan sebagai tudung dan

selempang terutamanya dayang dan inang istana. Tidak sukar dihasilkan – guna teknik

ikat dan celup.

 

Page 7: Asgment Psv Mei 2015 - Ory

4.0 PROSES PENGHASILAN BATIK CANTING

4.1 Bahan dan Peralatan Penghasilan Batik Canting

Berikut adalah bahan-bahan dan alat yang diperlukan dalam menghasilkan batik canting :

1. Kain sutera atau kain benang kapas. Umumnya, penghasilan batik di Malaysia menggunakan kain benang kapas. Tetapi, bagi mereka yang inginkan ciri-ciri eksklusif, kain sutera menjadi pilihan.

Page 8: Asgment Psv Mei 2015 - Ory

2. Alat canting. Alat canting digunakan untuk membentuk motif yang diingini.

3. Pemegang kain. Alat ini biasanya diperbuat daripada kayu.kain akan diregangkan di atas pemegang kain sebelum proses menghasilkan batik canting.

4. Lilin. Lilin yang digunakan akan dicairkan terlebih dahulu bagi memastikan proses mencanting menjadi lancar. Terdapat beberapa bahan campuran dalam lilin yang akan digunakan iaitu, rosin dan minyak masak. Sebanyak 80% lilin putih digunakan, kemudian rosin ditambah sebanyak 20% dan 2 sudu besar minyak masak. Rosin berfungsi untuk mengelakkan lilin yang telah dicanting patah di atas permukaan kain. Manakala minyak masak pula bertindak sebagai pelancar lilin dalam alat canting.

5. Bekas kecil untuk memanaskan lilin.

Page 9: Asgment Psv Mei 2015 - Ory

6. Pewarna. Pewarna akan digunakan semasa proses mewarna. Warna yang digunakan tidak terhad dan mengikut pilihan pencanting batik itu sendiri untuk menghasilkan batik yang cantik dan menarik.

4.2 Proses Mecanting

Langkah-langkah dalam proses pembuatan batik :

Langkah 1:Meregang atau menegang adalah antara proses awal dalam pembuatan batik. Kain putih atau kain dasar dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Kain ini kemudiannya diregang dengan menyangkut kedua-dua hujung kain pada susunan paku yang terdapat pada alat pemidang mudah alih atau meja terap.

Langkah 2:Corak batik yang telah dipilih perlulah dilukis di atas kain tersebut dengan menggunakan

Page 10: Asgment Psv Mei 2015 - Ory

pensel. Motif yang diingini boleh dipilih bedasarkan motif tradisional, flora, fauna, geometri, organik atau abstrak. 

Langkah 3:Proses mencanting dilakukan dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil canting. Campuran lilin cair dimasukkan ke dalam alat canting dan kemudian dilakar di

atas permukaan kain dasar yang diregang di atas pemidang. Lakaran lilin ini dilakukan bagi menghalang bahan pewarna daripada bercampur dan meresap masuk ke kawasan lain. Proses ini juga adalah antara proses-proses yang dilakukan untuk menghasilkan batik canting.

Langkah 4:Bancuh warna yang diingini.Warna yang dipilih perlulah dibancuh dalam bekas yang berlainan agar tidak berlaku percampuran warna. Seterusnya, warnakan corak yang dipilih dengan menggunakan pewarna batik. Mewarna memainkan peranan penting dalam proses menghasilkan batik yang cantik dan indah. Pada awalnya, warna-warna semulajadi digunakan secara meluas dalam pembuatan batik. Kemudian pelbagai warna telah digabung seperti campuran warna yang kontra, gelap dan cerah, dan pelbagai teknik warna diaplikasikan untuk mewarna batik. Antara teknik- teknik batik adalah Teknik Alfa, Teknik Semburan Angin (Air Brush), Teknik Menarik, dan lain- lain. Pengeluar dan pereka batik tempatan sentiasa melakukan kajian dan penyelidikan tentang penggunaan warna-warna batik supaya warna tidak mudah luntur dan menampilkan warna-warna menarik serta mengikut perkembangan warna semasa.

Page 11: Asgment Psv Mei 2015 - Ory

Langkah 5:Mematikan warna. Sodium silikat digunakan sebagai bahan pemati warna. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna yang dilukis tidak akan luntur apabila dibasuh. Seterusnya, rendamkan kain tersebut kedalam air selama empat jam. Setelah empat jam direndam, kain tersebut perlulah dibasuh dan direbus dengan air yang dicampur dengan soda ash. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin pada permukaan kain tersebut. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas.

Langkah 6:Jemur produk yang dihasilkan sehingga kering. Setelah itu, bingkaikan produk untuk meningkatkan lagi aspek peragaan. Akhirnya, berikan jenama pada produk yang dihasilkan.

5.0 KESIMPULAN

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat

baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang

MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis

keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja,

cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli

dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing

kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang

ke negara masing-masing.

Page 13: Asgment Psv Mei 2015 - Ory