Asgment Pn Arbakyah (Repaired) (Repaired)

Embed Size (px)

Text of Asgment Pn Arbakyah (Repaired) (Repaired)

Istilah kebudayaan banyak digunakan dalam bidang antropologi budaya. Dalam disiplin antropologi budaya tidak terdapat perbezaan maksud antara perkataan budaya dengan kebudayaan. Secara dasarnya konsep berkenaan dengan kebudayaan terlalu bayak dan rumit dan penghuraian tentang konsep ini mengundang pelbagai kecelaruan da kekeliruan kesan daripada perbezaan disiplin dan perspektif kebudayaan yang dapat dilihat oleh para pengkaji. Setiap takrif sering kali dipengaruhi oleh rangka teori dan andaian mengenai asas pembentukan masyarakat dan kebudayaan itu sendiri. Sebagai contoh teori evolutionism yang dipelopori oleh Edward Burnett Tylor(1882M-1917M), teori historical particularism atau historical diffusionism olehFranz Boas (1858M-1942M), teori culture and personality oleh Ralph Linton(1893M-1953M), teori functionalism oleh Bronislaw Malinowski (1884M-1942M), teori structural-functionalism oleh Alfred Reginald Radcliffe-Brown(1881M-1955M), teori structuralis oleh Claude Lvi-Strauss dansebagainya. Sarjana Islam, Malik Bennabi (1905M-1973M) dalam bukunya Musykilahal-Thaqafah, telah mengklasifikasikan istilah kebudayaan kepada dua aliran utama, iaitu aliran barat dan aliran Marxis. Aliran barat melihat kebudayaan sebagai hasil pemikiran, iaitu hasil manusia yang mana tokokh- tokohnya seperti William Oghbern dan Ralph Linton. Manakala aliran Marxis melihat kebudayaan sebagai hasil masyarakat. Tokokh- tokokh yang mempelopori adalah Konstantinov dan Mao Tze Tong. Kebudayaan merupakan proses dan hasil dari kehidupan masyarakat dan tidak terdapat mayarakat yang tidak menghasilkan kebudayaan. Tetapi kebudayaan yang dimiliki oleh satu masyarakat dengan dengan yang lainnya akan berbeza. Ada masyarakat yang masih memiliki kebudayaan sederhana, ada juga yang sudah kompleks dan moden. Antropologi mempelajari masalah budaya yang secara khusus dipelajari dalam antropologi budaya. Sosiologi sebagai ilmu pengetahuan mempelajari masyarakat yang pada dasarnya mempelajari budaya juga. Secara teori dan analisis masyarakat dan budaya dapat dipelajari secara terpisah walaupun dalam kenyataannya keduanya tidak dapat dipisahkan. Pandangan antropologi tentang budaya adalah segala sesuatu yang terdapat di dalam masyarakat, masyarakat ditentukan oleh budaya yang dimiliki. Walaupun ahli sosologi berpandangan bahawa unsur-unsur kemasyarakatan yang mendorong anggota masyarakat untuk menyesuaikan diri dalam sikap, cara berfikir, dan perilakunya pada lingkungan masyarakat. Unsur persamaannya adalah mengenai kebudayan dan masyarakat yang tidak dapat dipisahkan dalam suatu sistem sosial. Tambahan lagi, kebudayaan menurut istilah kamus dewan pula diambil daripada kata dasar budaya yang bermaksud tamadun, peradaban dan sebagainya, oleh yang demikian, kebudayaan diertikan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat. Dalam kalangan para pengkaji antropologi pula mempunyai persepsi yang pelbagai mengenai pengertian kebudayaan iaitu seperti Koentjaraningrat yang menyatakan kebudayaan berasal daripada kata sasnkrit buddayah iaitu bentuk jamak dari buddhi yang bererti budi atau akal. Seterusnya yang kedua pendapat dari Ralph L. Beals dan Harry Hoijer yang menyatakan bahawa konsep kebudayaan ialah mengenal pasti kelakuan yang biasa diamalkan , diperolehi melalui pembelajaran oleh sesuatu kumpulan masyarakat. Bagi ahli antropologi Sidi Gazalba pula menyatakan bahawa kebudayaan sebagai cara berifkir dan cara untuk merasa yang menyatakan diri dalam seluruh kehidupan sekumpulan manusia yang membentuk masyarakat. Abdul Aziz Deraman pula mengatakan bahawa makna kebudayaan secara paling mudah dalah himpunan olahan manusia daripada akal fikiran, ikhtiar dan kesanggupan berkarya. Soekmono berpedapat kebudayaan meliputi seluruh hasil usaha manusia sama ada dalam bentuk material, buah fikiran atau corak hidup manusia. Di samping itu, menurut Zoetmulder pula menyatakan bahawa kebudayaan ialah cara hidup. Kebudayaan juga bukan sahaja objek- objek sains sejarah tetapi sebagai manifestasi kehidupan masa lalu kerana pengaruh mereka ke atas kejadian kejadian masa itu. Contohnya kejadian masa silam seperti yang terdapat dalam Pararaton, kidung, Babad Tanah Jawi dan Negarakertagama adalah menggambarkan kebudayaan Indonesia. Manakala T.S. Eliot dalam bukunya Notes Towards the Definition Of Culture menyatakan a culture is conceived as the creation of the society as a whole being from another aspect that which makes it a society. It is not the creation for any one part of the society. Walaupun terdapat beberapa pengertian dan pandangan kebudayaan seperti yang telah dinyatakan, namun pendapat yang telah dikemukakan oleh E.B. Taylor adalah antara pendapat yang hampir memnuhi segi kebudayaan yang disenaraikan oleh Mahjunir, antaranya termasuklah susunan masyarakat, ekonomi, peralatan hidup, ilmu, kesenian dan keagamaan. Seperti yang dinyatakan oleh E.B Taylor tentang kebudayaan adalah satu lesatua yang kompleks merangkumi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, adat istiadat dan segala kemahiran yang terdapat pada manusia sebagai anggota masyarakat. Segala yang diterima, dipercayai dan dipraktikkan oleh masyarakat itu mestilah berterusan atau diulangi oleh generasi berikutnyadan jika tidak ia terkeluar dari kelompok budaya. Sebagai kesimpulan dapat dikatakan bahawa kebudayaan adalah rangkuman segala aspek hidup manusia baik dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggotanya dan mewarisinya turun temurun. Dengan perkataan lain kebudayaan termasuklah bentuk sosial, politik, adat dan istiadat serta ekonomi sesebuah masyarakat. Selain itu, konsep kebudayaan pula dapat dijelaskan dengan istilah kebudayaan yang dihuraikan berasaskan penggunaannya sudut literal dan konseptual. Aspek literal diperbincangkan dengan teliti berasaskan komparatif semantik bahasa Melayu, Inggeris dan Arab kerana ia kunci untuk memahami pengertian istilah. Dalam menghuraikan konsep budaya, perlu menggunakan pendekatan memilih untuk menapis pandangan yangbervariasi dan hanya menghuraikan berdasarkan aliran serta teori popular dalam antropologi budaya, seterusnya membuat perbandingan di antara pandangan sarjana Barat dan Islam tanpa menyisihkan pandangan budayawan tempatan dan sarjana Nusantara. Konsep kebudayaan dari aspek literal yang secara umumnya, perkataan kebudayaan bermaksud tamadun, peradabanatau kemajuan fikiran. Dari sudut etimologi, perkataan budaya berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu budi dan daya. Kalimah budi bererti ca haya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan daya bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkanoleh budinya. Pandangan ini disokong oleh Haji Abdul Karim Amrullah(1908M-1981M) dan Sutan Takdir Alisjahbana (1908M-1994M). Perkataanbudaya mengalami proses hiplologi (budi + daya : budaya). Bertentangan dengan Koentjaraningrat kerana beliau berpendapat istilah budaya berasal dari bahasa Sanskrit buddhayah iaitu kata jamak dari perkataan buddhi yang bererti budi atau akal. Dengan demikian, kebudayaan dapat diertikan sebagai hal-hal yang bersangkutan dengan akal. Begitu juga Bakkar dalam buku Filsafat Kebudayaan: Sebuah Pengantar yang mendakwa perkataan budaya berasal dari perkataan Sanskrit Abhudaya yang bererti hasil baik, kemajuan dan kemakmuran yang serba lengkap. Manakala perkataan Inggeris, istilah culture berasal dari perkataanLatin colere yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau menanam. Orang Eropah memilih perkataan culture untuk menggambarkan pemikiran mereka di mana salah satu dari maknanya adalahberhubungan dengan kehidupan mereka yang sangat rapat dengan aktivitipertanian (agriculture) pada masa tersebut. Justeru, sesiapa menyebut cultivated person merujuk seseorang yang mempunyai culture. Sedangkan dalambahasa Arab, istilah kebudayaan ini sinonim dengan perkataan al-thaqafah. Penggunaan istilah ini tidak ditemui dalam hasilkarya karangan para cendekiawan zaman pemerintahan Dinasti Umawiyyah (661M-749M) begitu juga era Dinasti Abbasiyyah (750M-1258M) dan tiadajugadalamhasilpenulisanIbnKhaldun(1332M-1406M) tetapi ia tidakbererti kebudayaan dalam bentuk praktis atau cara hidup yang komplekstidak pernah wujud pada masa tersebut. Istilah al-thaqafah membawa erti cepat memahami dan kecerdikan. Dalam kamus leksikon Lisan al- Arab karangan Ibn Manzur, dinyatakan thaqafa al- syay tsaqfan wa thiq afan wathuqufatan ertinya memahami secara mendalam, rajul thaqfun wa thaqifun wathaqufun ertinya, seorang lelaki yang cerdik dan cepat mengerti. Berasaskan pengertian literal tersebut, beberapa perkara utama yangberkaitan dengan kebudayaan dapat disimpulkan. Perkataan budaya dalam bahasa Melayu yang berasal dari budi dan daya serta bahasa Arab al-thaqafah lebih menghampiri falsafah kebudayaan yang berhubungkait dengan penjelmaan akal manusia. Begitu juga dalam penggunaan bahasa Inggerisnya, culture yang merujuk kepada hubungkaitnya dengan aktiviti pertanian . Kemajuan dalam sektor pertanian pada zaman Renaisance menjadi titik tolak penggunaan istilah culture. Selaras dengan pandangan ahlisosiologi Amerika, Will Durant dalam bukunya The Story of Civilizationbahawa bentuk pertama kebudayaan adalah pertanian. Manifestasi daripada kemajuan mekanikal dalam bidang pertanian menjadi falsafah tkelahiran istilahculture.Justeru,berdasarkankenyataantersebut,dapatdisimpulkanbahawa istilah kebudayaan merujuk dua proses utama, iaitu internal dan eksternal.Proses internal (dalaman) bersumberkan budi ataupun kecerdikan akalyang menjana proses eksternal yang berasaskan daya ataupun tenaga manusia sebagai momentum dalam mengatur urusan hidupan harianbermasyarakat. Tegasnya, kebudayaan adalah hasil interpretasi akal manusiadalam mem