40
(PSV 3110) SEJARAH DAN APRESIASI SENI ISI KANDUNGAN BIL TAJUK SENARAI SEMAK 1. Kolaborasi 2. Kertas soalan 3. Pengumpulan maklumat dan penyediaan pengurusan grafik\ Seni barat Seni Oriental Seni Malaysia 4. Penulisan apresiasi karya seni dan refleksi 5. Penulisan apresiasi 2 karya 6. Refleksi 7. Rujukan

Asgment Sem 5

  • Upload
    dilasif

  • View
    315

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah dan apresiasi seni

Citation preview

(PSV 3110) SEJARAH DAN APRESIASI SENI

(PSV 3110) SEJARAH DAN APRESIASI SENI

ISI KANDUNGANBILTAJUKSENARAI SEMAK

1.Kolaborasi

2.Kertas soalan

3. Pengumpulan maklumat dan penyediaan pengurusan grafik\ Seni barat Seni Oriental Seni Malaysia

4.Penulisan apresiasi karya seni dan refleksi

5.Penulisan apresiasi 2 karya

6.Refleksi

7.Rujukan

2.0 Karya Imitasi dan ApresiasiBagi soalan sub tugasan kedua iaitu menghasilkan karya imitasi bersaiz A2 sama ada dari karya Barat, Oriental atau Malaysia saya telah memilih salah satu karya Oriental China yang bertajuk (Flowers were drunk)" oleh Karl Bang. Saya memilih karya ini kerana ianya mempunyai ciri keunikannya tersendiri dan mempunyai nilai estetik catan cina yang tinggi.

2.1 Tentang Tokoh Karya-karya seni dalam koleksi Karl Bang dengan mudah boleh dipanggil Goddess Central. Karl dilahirkan sebagai Bong Ka di Shanghai pada tahun 1935. Beliau secara rasmi dilatih oleh pakar-pakar artis lukisan Cina dan beliau juga secara rasmi dilatih dalam tradisi lukisan Eropah di Perancis dan Belgium. Gaya latihan beliau yang pelbagai ini telah membawa Karl Bang kepada pengadunan pelbagai budaya disiplin seni tradisional Cina dengan gaya peribadi ekspresif Eropah dan kemudiannya juga termasuk tradisi dari seluruh dunia. Gabungan gaya silang budaya ini telah mengiktiraf beliau dengan gelaran " Master of Contemporary Eclecticism ". Seninya dipamerkan oleh Balai Richardson Fine Art, dan semua sumber cetakan eksklusif serta lukisan asli oleh Karl Bang dikeluarkan oleh Syarikat Penerbitan Chantelle. Wakil seni yang mendapat MBA atau ijazah seni sejarah sering bekerjasama dengan artis-artis antarabangsa seperti Karl Bang.

Semasa Revolusi Kebudayaan Mao Tse-tung di China, Karl wajib untuk mengecat hanya imej propaganda yang dituntut oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1984 beliau dibenarkan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat, di mana Karl bebas untuk berkarya mengikut minat dan identitinya tersendiri iaitu wanita cantik, dewi, dan pola asas feminin daripada pelbagai kaum dan budaya. Wanita menjadi tema utama kepada semua hasil karya Karl Bang. Bagi Karl, kecantikan luaran wanita mendorong beliau untuk menjadikan wanita sebagai tema dalam karya-karya beliau. Beliau melihat wanita sebagai manusia yang mempunyai naluri kelembutan, kesantunan, kebenaran, dan kekuatan dalaman. Dalam beberapa tahun Karl Bang menjadi salah seorang artis yang paling terkenal di China. Kini, beliau menjadi salah seorang artis yang paling terkenal di Amerika dan dikenali ramai kerana hasil karyanya mengenai pancaindera wanita.

"To me, women depict peace of mind, natural beauty, and variance of emotions."Karl Bang

"Painting women is in keeping with traditional Chinese art. Women depict peace of mind and natural beauty. I try to make them different because I'm thinking of the inner soul of the person I draw, what they're thinking and not merely how they look." - Karl Bang

2.2 Koleksi Karya Karl Bang

(Lotus Pond)

(Feng Lin Tong)

(Angin musim panas)

(Lotus bayang-bayang)

(Autumn Dewi)

(teh Creek)

( Kuil wanita)

(Qiongdao Man Wu)

(Reveries)

(Chun Yun)

buluh

(Gunung Lion Lady)

(salji harimau)

(bermimpi istana)

() (Mood untuk Cinta (D))

(Mesir Yan Sinica)

() (Mood untuk Cinta (C))

() (Mood untuk Cinta (II))

(A non-american)

(Female leopard)

"Rituals"

"Felines"

"Winter's Majesty"

"Lioness"

"Huntress"

"Autumn Mistress"

"Spring Enchantress"

"A Mother's Love"

"Queen's Ransom"

Title Unknown

Title Unknown

Parade

Title Unknown

Title Unknown

Reverie (Silver Foil)

Samba

(Ku Yutang)

(Deer interest)

(White Tiger Queen)

(Love of horses)

(Play)

(Palace Rhyme)

() (Mood for Love (A))

(Maternal love)

(Maya Yu Festival)

()(Samba dancers (two))

(Flowers were drunk)

(Associated with the wolf)

(Mayan Goddess)

(Zebra)

(Snow leopard)

(Kindred Spirits)

"Winter"

Aurora

And pink clouds flying

Pengdaoxianwu

2.3 Apresiasi Hasil KaryaSetelah saya melihat dan meneliti setiap hasil karya Karl Bang seperti di atas, saya telah memilih Karya (Flowers were drunk) untuk saya membuat imitasi karya bagi melengkapkan kehendak tugasan kali ini. Di bawah merupakan karya (Flowers were drunk) yang telah saya pilih:

(Flowers were drunk)By Karl Bang

2.3.1 Apresiasi karya (Flowers were drunk) oleh Karl BangKarya catan Karl Bang yang bertajuk (Flowers were drunk) ini merupakan hasil karya catan yang bersifat oriental di mana Karl Bang mengadunkan pelbagai budaya disiplin seni tradisional Cina dengan gaya peribadi ekspresif Eropah. Hal ini adalah disebabkan latar belakang beliau yang secara rasmi dilatih oleh pakar-pakar artis lukisan Cina dan beliau juga secara rasmi dilatih dalam tradisi lukisan Eropah di Perancis dan Belgium. Gaya latihan beliau yang pelbagai ini telah membawa Karl Bang kepada pengadunan pelbagai budaya disiplin seni tradisional Cina dengan gaya peribadi ekspresif Eropah dan kemudiannya juga termasuk tradisi dari seluruh dunia. Keunikkan hasil pengadunan budaya yang beliau terapkan di dalam karya ini membuatkan saya tertarik untuk membuat imitasi terhadap karya yang unik dan tersendiri ini. Latar belakang CatanKarya (Flowers were drunk) ini merupakan hasil karya catan oleh Karl bang. Bentuk aliran karya adalah lebih kepada seni catan oriental iaitu catan tradisional cina dan jepun. Karya ini bertemakan wanita yang mempunyai gaya ekspresinya tersendiri. Stail pada karya ini lebih kepada stail catan cina yang menggunakan teknik basah atas basah yang ketara ditonjolkan pada latar belakang catan.Falsafah di sebalik KaryaKarya catan (Flowers were drunk) ini merupakan karya catan hasil penggabungan pelbagai budaya iaitu budaya Cina, Jepun dan Eropah. Hasil pengadunan budaya timur dan barat ini menjadikan karya catan ini mempunyai nilai estetika dan keunikkannya tersendiri. Identiti kebudayaan Cina jelas dapat dilihat pada latar belakang karya ini yang dipenuhi ragam hias seperti daun buluh dan plum blossom. Mengikut falsafah dalam catan cina, pokok buluh melambangkan kekayaan, lanjut usia, kejujuran dan kebenaran manakala plum blossom pula melambangkan kecantikan dan lanjut usia. Identiti kebudayaan Jepun pula jelas ketara pada pakaian tradisional Jepun yang dipakai oleh subject matter dalam karya ini iaitu seorang wanita yang mempunyai raut wajah wanita Eropah. Pakaian tradisional Jepun iaitu Kimono yang dipakai oleh wanita ini jelas menunjukkan terdapatnya unsur-unsur kebudayaan negara Jepun. Kimono (), Kimono secara literal bermaksud "sesuatu yang dipakai merupakan sejenis pakaian yang juga merupakan pakaian rasmi negara Jepun. Asalnya, perkataan "kimono" merujuk kepada setiap jenis pakaian, tetapi kini perkataan tersebut dikaitkan secara khususnya dengan pakaian tradisional penuh yang digunakan kaim perempuan, lelaki dan kanak-kanak.Kimono selalu berbentuk T, jubah bergaris lurus yang labuh ke paras pergelangan kaki, beserta kolar dan lengan baju panjang. Secara tradisionalnya, seorang wanita yang belum berkahwin memakai sejenis pakaian kimono yang digelar furisode, yang terdiri daripada lengan baju paras lantai, dalam majlis-majlis tertentu.Kimono selalunya dibalutkan pada tubuh badan, bermula dengan sebelah kirinya di atas sebelah kanannya (kecuali jika disarungkan pada mayat untuk dikebumikan) dan diketatkan dengan sebuah tali pinggang lebar yang digelar obi, di mana ia disarungkan di bahagian belakang. Kimono secara umumnya dipakai bersama-sama kasut tradisional (terutamanya Geta); dan zori sejenis selipar kulit dan sarung kaki jenis belah-kaki (tabi).Selain daripada Kimono, perhiasan pada rambut wanita di dalam karya di atas seperti cucuk sanggul dan pin rambut juga menunjukkan ciri-ciri identiti budaya masyarakat tradisional Jepun. Bukan itu sahaja malah gaya dandanan rambut yang disanggul tinggi pada bahagian atas kepala juga merupakan antara ciri identiti tradisional wanita Jepun.Penerapan unsur identiti Eropah dapat dilihat pada subject matter di dalam karya ini. Hal ini adalah kerana raut wajah wanita di dalam karya di atas jelas menunjukkan raut wajah seorang wanita berbangsa Eropah dan gaya ekspresif yang ditonjolkan oleh wanita tersebut juga menunjukkan identiti kebaratan. Unsur penerapan kebudayaan Eropah diperkuatkan lagi dengan Jambangan Bunga Lili yang dipegang oleh wanita tersebut. Bunga Lili merupakan bunga yang mempunyai lagenda pada zaman Yunani dan Rom. Lily merupakan bunga yang popular dalam peradaban Yahudi kuno.Bunga ini disebutkan dalam perjanjian lama dan juga dalam perjanjian baru. Bersamaan dengan perkembangan agama Kristian, Lily menjadi symbol kesucian dan kebajikan. Lili kerap dihubungkan dengan Perawan Suci Maria, salah satu contoh dimana perlengkapan agama Pagan diangkat oleh ibu Kristus. Melalui hubungannya dengan keperawanan, bunga Lily juga menjadi symbol pahlawan suci dan sejumlah santa. Asas seni reka pada CatanDalam penghasilan sesuatu karya, perkara paling asas dan amat penting dalam menonjolkan kualitinya adalah asas seni reka yang merangkumi unsur-unsur seni dan perinsip rekaan. Begitu juga dengan karya catan potret Radha ini. Pelukis karya ini berjaya mengaplikasikan penggunaan asas seni reka dalam karya catan beliau.Antara unsur-unsur yang dapat dikenalpasti ialah: Garisan- garisan beralun pada bahagian latar belakang karya yang menunjukkan seolah-olah ada pergerakkan.- Garisan tebal untuk outline subject matter yang ingin ditonjolkan. Rupa- dapat dilihat pada rupa daun Buluh, Plum Blossom dan corak pada Kimono Bentuk- dapat dilihat pada bakul bunga yang diletakkan di sebelah wanita tersebut. Warna - Ton warna pada tangan dan muka wanita tersebut melahirkan bentuk 3D yang menampakkan subject matter tersebut tampat realistik. Ruang- terdapat unsur ruang di antara subject matter (wanita) dengan latar belakang karya. Imbangan - imbangan tidak simetri jelas dapat dilihat pada karya ini kerana pemberatan objek lebih tertumpu pada bahagian kanan. Kontra- prinsip kontra dalam karya ini kurang jelas kerana warna latar belakang dan subject matter seakan akan sama. Penegasan- prinsip penegasan amat ketara pada bahagian rupa corak baju yang bertaburan pada Kimono dan juga daun pokok buluh yang seolah-olah jatuh kebawah. Harmoni- penyatuan warna, rupa corak dan objek yang dipersembahkan di dalam karya menimbulkan kesan yang harmoni. Irama dan pergerakan prinsip irama dan pergerakan dapat dilihat pada rupa latar belakang karya yang berwarna ungu kebiru-biruan serta rupa putih yang dicorak seolah-olah ada pergerakan.

2.3.2 Refleksi Hasil KaryaKarya yang bertajuk (Flowers were drunk) oleh Karl Bang merupakan sebuah karya yang amat mencabar bagi saya untuk saya membuat imitasi daripada karya tersebut. Hal ini adalah kerana karya catan ini bersifat figura yang realistic dan naturalis. Seperti yang kita tahu, karya yang berbentuk figuratif amat rumit untuk digambarkan kerana ianya bersifat realistik. Jika tersalah teknik ketika melukis atau mewarna, bentuk figura yang ingin digambarkan tidak dapat dipersembahkan dengan baik.

Sepanjang saya membuat karya imitasi ini, perkara yang amat mencabar buat saya adalah ketika mewarna figura wanita di dalam karya tersebut. Hal ini adalah kerana saya memerlukan penelitian terperinci tentang warna yang digunakan pada tangan dan raut wajah figura wanita tersebut bagi menampakkan seolah-olah figura tersebut tampak hidup dan berbentuk 3 dimensi. Warna putih banyak membantu untuk menimbulkan ton gelap dan terang pada tangan, muka dan bahu figura wanita tersebuit. Selain itu, saya juga buntu dalam membuat pemilihan warna yang tepat sepertimana warna di dalam karya asal. Warna ungu kebiru-biruan memerlukan saya membuat kajian warna berulang-ulang untuk mendapatkan warna yang tepat sepertimana dalam karya asal.

Saya kurang berpuas hati dengan raut wajah figura yang saya hasilkan kerana kerana raut wajah wanita di dalam karya asal lebih nampak ayu dan manis jika dibandingkan dengan karya imitasi saya yang saya hasilkan. Namun begitu, saya berbangga kerana dapat menyiapkan hasil tugasan dan karya saya ini dalam tempoh waktu yang ditetapkan dan saya berpuas hati terhadap karya imitasi yang saya hasilkan walaupun hanya 90 peratus sama dengan karya asal.

1.0 Apresiasi Karya Seniman Tanah Air

1.1 Karya Bumi Bahagia Lombong bijih Timah Malaya1960 oleh Abdullah Ariff

Rajah 3.1.1: Bumi Bahagia Lombong Bijih Timah Malaya1960, Cat AirKoleksi Balai Seni Visual Negara

Karya di atas merupakan hasil karya catan air oleh seniman tanah air yang merupakan perintis kepada catan air di Malaysia iaitu Abdullah Ariff. Jenis karya yang saya pilih seperti pada rajah 3.1.1 di atas ialah karya catan air landskap yang menggambarkan aktiviti ekonomi masyarakat negara Malaysia ketika baru mengecapi kemerdekaan. Karya ini menjadi rujukan ahli-ahli sejarawan sebagai dokumentasi sejarah negara.

Tentang Tokoh

Rajah 3.1.2: Abdullah Ariff, artist

Abdullah Ariff dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1904. Beliau adalah seorang artis yang belajar sendiri tanpa bimbingan guru dan seorang guru seni di Sekolah Anglo-Cina, Pulau Pinang (kini dikenali sebagai Methodist Boy School). Dalam tahun 1920-an, tidak ada kumpulan seni tempatan dan satu-satunya kumpulan seni yang dianjurkan pada masa itu terdiri daripada ekspatriat Eropah (suri rumah kebanyakannya Bahasa Inggeris), yang telah memanggil diri mereka "Impressionists Pulau Pinang". Asia tidak dibenarkan untuk menyertai kumpulan eksklusif yang mana mencerminkan imperialisme colonialistic semasa. Namun begitu, Abdullah Ariff telah dimasukkan ke dalam kumpulan tersebut dalam pertengahan 30-an kerana perkhidmatan beliau sebagai pengajar seni diperlukan."Pulau Pinang Impressionists" yang dibubarkan sebelum permulaan Perang Dunia ke-2, tidak boleh diperbaharui.

Abdullah Ariff telah diakui dengan Yong Mun Sen, sebagai perintis lukisan cat air di Malaysia. Beliau terkenal dalam pengendalian media cat air. Berbanding dengan Mun Sen, karya-karya beliau lebih menampakkan ciri-ciri 'Eropah' dalam pandangan dan pendekatan, dan lukisan beliau kelihatan mempunyai butir-butir yang padat dan penuh. Seorang guru yang berdedikasi, beliau dihormati di kalangan masyarakat seni di negeri-negeri utara.

Beliau pergi ke Kuala Lumpur pada tahun 1945 untuk bekerja sebagai kartunis The Straits Echo.Beliau kembali ke Pulau Pinang pada tahun 1947 dan bergiat aktif dalam politik dan ahli jawatankuasa UMNO. Pada tahun 1955, beliau telah berkhidmat sebagai ahli majlis bandar dan diberi pengiktirafan iaitu dinamakan satu jalan raya di Pulau Pinang sempena namanya (Jalan Abdullah Ariff). Pada tahun 1955, beliau menubuhkan Agensi Pengiklanan Ariff.

Pada tahun 1955, beliau mengambil bahagian dalam "United Persatuan Artis" kumpulan pameran di galeri Royal Society of British Artis, London. Di sana, beliau telah dipilih untuk Fellowship Royal Society of Art (FRSA) England. Pada tahun 1956, beliau telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam "Le Salon" Persatuan Artist Perancis di galeri di Grand Palai des Champs-Elysees, Perancis. Pada tahun 1957, salah satu lukisan beliau telah dipilih sebagai hadiah peribadi untuk dipersembahkan kepada Tungku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama Malaysia sempena sambutan Merdeka.

Abdullah Ariff meninggal dunia pada tahun 1962, meninggalkan legasi lukisan cat air yang sangat baik. Menurut salah seorang bekas pelajar, Tan Lye Hoe, falsafah seni Abdullah Ariff " ialah "Art knows no barriers".

Pemilihan alat, bahan, teknik dan ukuran karya.Karya Bumi Bahagia Lombong Bijih Timah Malaya1960 merupakan karya catan cat air yang berukuran 36.4 x 54.1 cm. Abdullah Ariff menggunakan media seperti cat air yang disapu ke atas kertas lukisan menggunakan teknik wash bagi menggambarkan karya catan beliau seperti rajah 3.2 di atas. Beliau bergiat aktif dalam catan cat air dan beliau merupakan perintis cat air yang tidak menerima pendidikan seni secara formal.

Hal benda dan temaKarya Bumi Bahagia Lombong Bijih Timah Malaya1960 ini menggambarkan sifat-sifat identiti serantau iaitu Bijih Timah yang merupakan sumber pendapatan hasil bumi masyarakat negara ini pada waktu itu yang membawa kekayaan. Gaya yang dipersembahkan oleh Abdullah Ariff dalam karya ini ialah sapuan cat air yang member kesan warna lut sinar dan harmoni serta kaya dengan jalinan. Teknik dalam karya ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sikap dan konsep romantik Inggeris. Karya cat air ini member nilai baik kepada masyarakat dahulu hingga kini kerana mampu menjadi dokumen budaya tentang kehidupan masyarakat pada zaman itu.

Terminalogi dan konsep yang ingin disampaikan.Berdasarkan kepada karya Bumi Bahagia Lombong Bijih Timah Malaya1960 ini, saya dapati bahawa Abdullah Ariff mengaplikasi konsep unsur seni iaitu ruang yang jelas tampak ketara. Beliau mempersembahkan 3 latar ruang iaitu latar hadapan, latar tengah dan latar belakang menampakkan suasana aktiviti melombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi keseluruhan gambaran dengan keutamaan beberapa elemen diletakkan di ruanagan tengah tersebut. Contohnya unsur cahaya, eksplorasi kecairan wash yang terserlah dan prinsip penegasan diberi tumpuan pada pancutan air yang tertumpu di latar tengah. Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada cahaya yang datang dari atas. Kawasan cahaya itu mengambil ruang yang luas dan diletak pada posisi tengah, dianggap pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan penggunaan cahaya yang sangat dititikberatkan. Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga figura sedang mencangkul dan mengandar bijih timah.Selain itu, penonjolan teknik wash atau kecairan yang mempunyai daya kekuatan yang unik telah memberi kesan yang baik ke atas karya catan cat air ini. Kekuatan yang unik ini adalah sifat wash itu sendiri yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan. Antara sifatnya yang tidak terduga dan terjadi secara spontan itu boleh membantu kepada kekuatan nilai catan air. Ruang yang digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu pada komposisi tengah lombong bijih timah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yang basah di aktifkan dengan pilihan warna yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan berkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan tidak diduga. Elemen cahaya itu sendiri sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten. Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepada catan air. Kesan itu bergantung kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air, jenis kertas yang digunakan.

Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya ini dan membantu satu ruang menjadi daya penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesan ketenangan dan mata banyak direhatkan di situ tetapi ia bukan titik fokus. Ruang yang dimaksudkan itu, luas ditinggalkan di belakang titik fokus dan ia menjadi daya tarikan. Contoh pancutan air itu adalah titik fokus dan runtuhan tanah adalah ruang yang diserlahkan kecairan. Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya penarik.

Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan emosi yang mendalam. Emosi kita dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap rasa untuk kita bersama menikmati keindahan alam.

Kekuatan dan kelemahanKelebihannya yang menyerlah dalam karya Bumi Bahagia Lombong Bijih Timah Malaya1960 ini ialah dari segi eksplorasi teknik wash dan bersifat konsisten adalah ciri-ciri yang dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Sifatnya yang begitu cermat dan teliti dalam menggunakan media telah mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yang dikatakan sentuhannya mirip gaya lukisan catan air Barat.

3.2 Karya Pantai Timur 1 oleh Khalil Ibrahim.

Rajah 3.2.1: Pantai Timur 1,1978, BatikKoleksi Balai Seni Visual Negara

Karya di atas merupakan hasil karya seniman tanah air iaitu Khalil Ibrahim. Beliau cukup terkenal dengan batik, cat minyak dan akrilik yang cantik dengan gaya figuratif organik. Jenis karya yang saya pilih seperti pada rajah 3.2 di atas ialah imej figuratif masyarakat pantai timur di Malaysia yang kaya dengan budaya, adat resam dan nilai kemasyarakatan yang baik.

Tentang Seniman

Rajah 3.2.2: Khalil Ibrahim

Khalil Ibrahim dilahirkan pada tahun 1934 dan merupakan salah seorang artis Malaysia yang terkenal. Hasil karya beliau tertumpu kepada lukisan, cat air, dan akrilik . Gaya dan aliran karya yang dipelopori beliau adalah bersifat realistik dan kemudiannya kepada abstrak.

Kerjaya seni Khalil Ibrahim telah menjangkau lebih 50 tahun. Beliau telah mempamerkan karya-karya beliau di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Switzerland pada tahun 1968 hingga 2002 serta menyertai pameran kumpulan di negara-negara lain iaitu Australia, Belgium, Bosnia & Herzegovina, Brazil, Canada, China, Croatia, France, Germany, Hong Kong, India, Indonesia, Japan, Jordan, Korea, Malaysia, New Zealand, Seychelles, Philippines, Singapore, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Turkey, UK, USA dan Vietnam.

Ibrahim memperoleh Diploma Rekabentuk Kebangsaan, dan kemudiannya menghadiri Central Saint Martins College of Art and Design di London, England. Beliau adalah Naib Pengerusi Pertubuhan Watercolour Malaysia 2002-2003.

Pemilihan alat, bahan, teknik dan ukuran karya.Karya Pantai Timur 1, 1978 merupakan karya catan batik yang berukuran 123cm 80cm. Khalil Ibrahim menggunakan media seperti batik dan warna-warna fabrik bagi menggambarkan karya catan beliau seperti rajah 3.2 di atas. Beliau sering mencuba pelbagai media untuk mencapai cita-citanya yang ingin menyalurkan daya kreativiti dan sensitiviti menerusi mana-mana media.

Hal benda dan temaKarya Pantai Timur 1, 1978 ini merakamkan corak kehidupan kaum nelayan pantai timur di Semanjung Malaysia. Imej figura disusun dalam satu kelompok yang melakukan pelbagai aktiviti dalam pergerakan, mengamalkan hidup bergotong- royong dan harmoni. Garis-garis kontur yang terdapat pada karya menggerakkan ilusi dan fikiran. Nilai yang terdapat pada karya ini ialah nilai yang mencerminkan budaya tempatan.

Terminalogi dan konsep yang ingin disampaikan.Berdasarkan karya Pantai Timur 1, 1978 pada rajah 3.2 di atas, saya dapati bahawa Khalil Ibrahim menggunakan warna-warna yang sesuai dengan tema, mesej dan imej figura yang digambarkan. Penggunaan warna yang cerah dan menarik seperti warna neutral menambahkan nilai estetik pada karya ini. Semangat kaum nelayan yang digambarkan diperkuatkan dengan penggunaan warna jingga, kuning dan merah.

Khalil Ibrahim juga mewujudkan garisan atau outline pada imej yang difokuskan. Penggunaan ruang pada karya digunakan sepenuhnya oleh beliau dengan melukis objek-objek seperti pukat dan tali sauh bagi memenuhi ruang pada karya. Unsur seni seperti rupa dan bentuk juga diwujudkan dengan melukis objek dan figura dengan pelbagai aksi serta pergerakan yang berbeza.

Prinsip rekaan juga dapat dilihat pada karya ini melalui penegasan dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan menjadi tumpuan oleh pemerhati. Konsep keseimbangan dilihat melalui cara beliau memanfaatkan figura manusia sebagai simbol imbangan. Selain itu, idea yang sama dan menyeluruh pada karya beliau telah mewujudkan konsep kesatuan.

Kekuatan dan kelemahanKekuatan yang ada pada karya Pantai Timur 1, 1978 ini ialah keaslian karya yang digambarkan oleh Khalil Ibrahim berdasarkan kepada pengalaman beliau tentang kehidupan serta kegiatan masyarakat di pantai timur Semenanjung Malaysia. Gubahan pada karya beliau adalah berdasarkan kepada alam serta budaya masyarakat setempat di dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, karya ini mempunyai mesej tertentu iaitu menyedarkan masyarakat dengan budaya hidup yang harus ada untuk mewujudkan suasana harmoni.

RUJUKANChua Yan Piaw,Panduan Revisi Esensi Pendidikan seni Visual SPM, Longman 2009Johor Astist Exhibition,Pameran Karyawan Seni Johor, Yayasan Warisan Johor,1996Kathleen Chee,Focus ACE SPM Pendidikan Seni Visual, Penerbitan Pelangi Snd Bhd 2009Muliyadi Mahamood,Seni Lukis Moden Malaysia Era Perintis hingga era pluralis (1930 1990), Utusan Publications & Distributors Snd Bhd, 2001Pekan seni Ipoh,Rupa Kata, Yayasan Kesenian Perak,1997T.K Sabapathy, Redza Piyadasa,Modern Artist of Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1983Zailani Yaacob, Azimah A. Samad,Teks lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM, Oxford Fajar 2004SUMBER INTERNEThttp://junanteola.wordpress.com/2007/03/11/the-women-of-karl-bang/http://pangkaart.blogspot.com/http://iasos.com/artists/karlbang/http://pangkaart.blogspot.com/http://iasos.com/artists/karlbang/http://www.nngallery.com.my/cof/76/http://wareyzseni.blogspot.com/http://senivisual1.blogspot.com/2009_11_01_archive.htmlhttp://www.foundus.com/t15/t15.htmhttp://www.sensual-arts.com/inspiration/variousartists/modernarts/bang/bang.htmhttp://melissaacer.tripod.com/bang/kbang.htmlhttp://marialaterza.blogspot.com/2011/08/karl-bang-1935-shanghai.htmlREFLEKSI

Pertama sekali saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpahNya serta keberkatanNya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini iaitu di bawah kursus Sejarah dan Apresiasi Seni (Psv 3110). Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Azizah binti Suleiman iaitu pensyarah saya kerana beliau banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya.

Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini banyak pengetahuan baru dapat saya pelajari dan perolehi serta saya juga dapat meningkatkan kemahiran saya dalam menghasilkan karya terutamanya dalam teknik catan cat air.Berdasarkan sub tugasan yang pertama iaitu mengumpul dan memproses maklumat dalam bentuk penulisan pengurusan grafik yang berkaitan tentang stail, teknik dan proses berdasarkan hasil karya Seni Barat, Oriental dan Malaysia, banyak ilmu pengetahuan baru yang saya perolehi contohnya berkaitan dengan prinsip dalam menghasilkan catan Cina iaitu Shi-Vitalize Spirit. Terdapat enam kriteria yang ditekankan dalam prinsip ini iaitu salah satunya ialah penggunaan warna secara monokrom dalam sesebuah karya China. Selain itu, melalui pengumpulan dan pemprosesan maklumat yang saya laksanakan ini ianya dapat membantu saya sebagai langkah persediaan untuk saya menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Bagi sub tugasan kedua pula iaitu menghasilkan satu karya imitasi sama ada dari seni barat, oriental atau Malaysia, saya telah memilih untuk membuat imitasi karya catan cat air cina iaitu karya pelukis Karl Bang yang bertajuk Flowers were Drunk. Sepanjang menyiapkan karya catan yang bagi saya sangat mencabar ini, saya dapat meningkatkan kemahiran menggunakan cat air dalam mengawal penggunaan air dan warna agar potret wanita yang saya lukis tersebut dapat dilihat seolah-olah ianya hidup. Saya berasa cukup berpuas hati kerana dapar menghasilkan karya tersebut dengan sebaiknya walaupun pada hakikatnya ianya tidak seratus peratus sama dengan karya yang asli. Seterusnya bagi sub tugasan ketiga pula iaitu membuat penulisan apresiasi bagi 2 karya oleh seniman tanah air, saya telah memilih karya Pantai Timur 1,1978 oleh Khalil Ibrahim dan Bumi Bahagia Lombong Bijih Timah Malaya1960 oleh Abdullah Ariff. Bagi saya tugasan sebegini sangat sesuai diberikan kepada saya dan rakan-rakan yang lain kerana ianya merupakan langkah awal untuk kami menghadapi peperiksaan kelak. Melalui tugasan sebegini dapat melatih saya untuk membiasakan diri dengan penulisan apresiasi dengan baik berdasarkan sesuatu hasil karya.

Namun begitu terdapat juga kekangan dalam melaksanakan tugasan ini iaitu kekangan masa dan masalah teknikal. Memandangkan tugasan ini diberikan kepada kami sebelum kami menjalankan paktikum selama sebulan di sekolah, saya terpaksa menangguhkan tugasan ini buat seketika memandangkan saya perlu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap tugasan sewaktu praktikum. Namun begitu saya berusaha untuk mencari ruang dan waktu untuk menyiapkan tugasan ini walaupun kerja-kerja lain perlu saya siapkan. Selain itu, masalah teknikal juga membantutkan kerja-kerja saya iaitu seperti masalah laptop, printer dan sebagainya. Bagi saya masalah yang saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini merupakan cabaran untuk saya dalam mematangkan diri untuk menjadi seorang yang lebih tabah dan berfikiran terbuka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Secara keseluruhanya, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya mengikut spesifikasi yang dikehendaki dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya yang sentiasa senyum iaitu Puan Azizah binti Suleiman kerana beliau cukup bersabar dengan kami walaupun tempoh penghantaran tugasan telah lama berlalu.