Upload
dangcong
View
217
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU
ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU
HAMIYAH BINTI MOHD LANI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pin.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU (PKG) ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU
SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya HAMIYAH BINTI MOHD LANI No. Matriks BP 060068 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 5, Jalan Siantan 5 Taman Kemas 81200 Johor Bahru Nama Penyelia Tarikh: 07 November 2008 Tarikh: 07 November 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan
dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
/
PROF DR. ZAITUN BINTI HAJI SIDIN
PENGESAHAN PENYELIA
”Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( Pengurusan Pendidikan )”.
Tandatangan :……………………………….
Nama Penyelia : PROF DR. ZAITUN BINTI HAJI SIDIN
Tarikh :................................................
PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH DALAM KALANGAN GURU DI PUSAT KEGIATAN GURU
(PKG) ZON TASEK UTARA, JOHOR BAHRU
HAMIYAH BINTI MOHD LANI
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pengurusan Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
ii
“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya
saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Pengkaji : HAMIYAH BINTI MOHD LANI
Tarikh : November 2008
iii
Dedikasi
Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani,
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T, serta
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT
yang memberi kekuatan dan ketabahan untuk menyelesaikan tugasan ini.
Setulus penghargaan dan terima kasih yang tiada terhingga kepada
semua yang telah membantu memberi perangsang cadangan, bimbingan
dan tunjuk ajar dalam menghasilkan kajian ini.
Buat bonda Aminah Abbas dan ayahanda Mohd Lani
yang sangat dikasihi
Kasih sayang, didikan serta pengorbananmu sangat bererti
untuk anakanda Nurul dan Husna yang setia membantu
serta buat keluarga yang sentiasa di sisi
pengertian dan sokonganmu menjadi pendorong.
Serta buat sahabatku Kalsom dan rakan-rakan seperjuangan yang sama
mengharungi perjuangan ini segala jasa baikmu sentiasa di hati
Hanya Allah sahajalah yang membalasnya.
Syukran jazlan khatira.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala pujian dan syukur kepada Allah S.W.T dengan izinNya
projek ijazah sarjana muda ini dapat disempurnakan.
Dalam usaha menjayakannya, penulis ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi buat
Prof Dr. Zaitun Haji Sidin
yang berusaha memberi bimbingan dan dorongan
sepanjang tempoh penyediaan projek ini.
Kesabaran dan keikhlasan beliau amat saya hargai.
Terima kasih yang tiada terhingga juga kepada para guru besar dan
guru-guru yang terlibat dalam kajian ini di atas kerjasama yang diberikan.
Turut tidak dilupakan kepada semua yang telah membantu secara
langsung mahupun tidak sehingga berjayanya kajian ini moga
Allah S.W.T sahaja yang membalas jasa baik kalian.
Terima kasih.
v
ABSTRAK
Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai
inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT
yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Ia berfungsi ala kafe
siber. Kajian ini adalah untuk melihat faktor – faktor yang mendorong penggunaan
pusat akses sekolah dalam kalangan guru, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat
akses sekolah dan juga mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh guru untuk
menggunakan pusat akses sekolah. Faktor demografi yang diambilkira dalam kajian
ini ialah umur dan pengalaman mengajar. Responden kajian terdiri daripada 83
orang guru di tujuh buah sekolah rendah yang mempunyai pusat akses di Pusat
Kegiatan Guru Zon Tasek Utara, Johor Bahru . Kajian ini menggunakan instrumen
soal selidik. Nilai min keseluruhan yang diperolehi pada 3.59 menunjukkan
penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru berada pada tahap sederhana.
Hasil kajian menunjukkan lokasi pusat akses sekolah dan galakan pentadbir
merupakan faktor pendorong utama penggunaan pusat akses sekolah. Dapatan juga
mendapati aktiviti yang tinggi dilakukan oleh guru ialah mengakses internet untuk
mencari bahan bantu pengajaran dan pembelajaran. Golongan guru yang berumur 25
hingga 30 tahun merupakan golongan yang paling ramai dan aktif dalam
menggunakan pusat akses sekolah. Serangan virus merupakan halangan utama
namun begitu ia berada pada tahap yang rendah dan bukan menjadi penghalang
kepada penggunaan dan aktiviti yang dilakukan. Kajian ini juga mencadangkan agar
pihak sekolah dapat memastikan penggunaan pusat akses sekolah dapat
dimanfaatkan ke tahap maksima dengan mengaplikasikannya di dalam pengajaran
dan pembelajaran secara efektif.
vi
ABSTRACT
The implementation of school access centre is one of the several
initiatives taken by the Ministry of Education in ensuring sufficient ICT
infrastructure for the accomplishment of the Smart School Project in Malaysia. It
operates like a cyber café. This research is to determine the factors that encourage
the use of school access centre among teachers, the activities that have been carried
out and its barriers. Demography factors such as age and teaching experiences were
analyzed. A set of questionnaire were distributed to teachers of seven primary
schools in Teachers Activity Centre Tasek Utara Zone, Johor Bahru. The overall
mean is 3.59, indicating that the use of school access centre among teachers was at
satisfactory level. The outcome also shows that the location of school access centre
and encouragement from school’s management are two important factors that urge
teachers in using school access centre. Furthermore, surfing the internet to access
sources for teaching and learning is the highest activity done by teachers. Virus
attacked is the main obstacle. However, it is only at a minimum level and it is not a
barrier to the usage and activities done there. Majority of teachers who actively
using the school access centre are those who are between 25 to 30 years old. This
research also suggests that school’s management should ensure that the use of
school access centre should be at the optimum level especially in teaching and
learning activities.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PEBGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.2.1 Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah 4
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kerangka Konsep 11
1.7 Rasional Kajian 12
1.8 Kepentingan Kajian 13
1.9 Definisi Operasional 14
viii
1.9.1 Guru 14
1.9.1 Pusat Akses Sekolah 15
1.9.2 Akses
1.9.3 Faktor Mendorong 16
1.9.4 Aktiviti
1.9.5 Halangan
1.10 Penutup 17
BAB ll SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
18
2.2 Takrifan Siber Kafe 19 2.3 Pusat Akses Sekolah. 20 2.3.1 Matlamat Penubuhan Pusat Akses Sekolah 21
2.3.2 Operasi Pusat Akses Sekolah. 22
2.4 ICT Dalam Pengajaran 2.5 Kajian-kajian Terdahulu 24 2.5.1 Kajian-kajian Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran
2.5.2 Pengalaman Guru Dalam Penggunaan ICT 26 2.5.3 Kajian-kajian Mengenai Internet Dalam
Pengajaran dan Ppembelajaran 31
2.6 Ancaman dan Serangan Virus 35 2.7 Penutup 37
ix
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 39
3.3 Populasi Kajian
3.4 Kaedah Persampelan 40
3.5 Instrumen Kajian 41
3.6 Kajian Rintis 43
3.6.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan 44
3.7 Kaedah Pengumpulan Data 45
3.8 Tatacara Pelaksanaan
3.9 Kaedah Analisis 46 3.9.1 Analisis Deskriptif 3.10 Rumusan 47
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 48
4.2 Analisis Faktor Latar Belakang Responden 49 4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur 4.2.2 Taburan Responden Mengikut
Pengalam Mengajar
50
4.3 Analisis Data
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian I 51
4.3.1.1 Faktor Pendorong Berasaskan Umur Bagi Item Min Tertinggi dan Terendah 54
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian II 56 4.3.2.1 Aktiviti Guru Berasaskan Umur Bagi Item
Min Tertinggi dan Terendah
59
x
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian III 60
4.3.3.1 Halangan Berasaskan Umur Bagi Item Min Tertinggi dan Terendah
63
4.4 Rumusan Analisis 66
4.5 Penutup 67
BAB IV RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 68
5.2 Rumusan dan Dapatan 69
5.3 Perbincangan dan Implikasi 70
5.3.1 Faktor yang Mendorong Guru Menggunakan Pusat Akses Sekolah
72
5.3.2 Halangan Aktiviti yang Dilakukan Oleh Guru di Pusat Akses Sekolah
74
5.3.3 Halangan Penggunaan Pusat Akses Sekolah 76
5.4 Cadangan Tindakan 79
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
80
BIBLIOGRAFI
81
LAMPIRAN 87
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah 6
2.1 Kemahiran Asas yang diperlukan oleh guru 23
3.1 Latar belakang Responden 41
3.2 Skala Likert 42
3.3 Konstruk Persoalan Kajian I dan II
3.4 Konstruk Persoalan Kajian III 43
3.5 Kekuatan Hubungan Gilford 45
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 48
4.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar
49
4.3 Maklum balas bagi item faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses sekolah
52
4.4 Faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses sekolah berasaskan umur min tertinggi
55
4.5 Faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses sekolah berasaskan umur min terendah
56
4.6 Maklum balas mengenai aktiviti guru di pusat akses sekolah
57
4.7 Aktiviti-aktiviti yang dilakukan guru di pusat akses sekolah berasaskan umur min tertinggi
59
4.8 Aktiviti-aktiviti yang dilakukan guru di pusat akses sekolah berasaskan umur min terendah
60
xii
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
4.9 Maklum balas mengenai halangan yang dihadapi oleh guru di pusat akses sekolah
61
4.10 Halangan yang dihadapi oleh guru di pusat akses sekolah berasaskan umur min tertinggi
64
4.11 Halangan yang dihadapi oleh guru di pusat akses sekolah berasaskan umur min terendah
65
4.12 Rumusan Keseluruhan Analisis 66
xiii
SENARAI RAJAH
NO. JADUAL
TAJUK
HALAMAN
1.1
Kerangka Konsep
11
2.1 Kemahiran asas yang diperlukan oleh guru 23
xv
SENARAI SINGKATAN
Singkatan Perkataan
Bil Bilangan
PKG Pusat Kegiatan Guru
SPSS Statistic Package For The School Science
SS Sangat Setuju
S Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
TS Tidak Setuju
KS Kurang Setuju
URL Uniform Resource Locater
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 87
B Surat Kebenaran daripada Bahagian dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM 92
C Surat Kebenaran daripada Jabatan Pelajaran
Negeri Johor 93
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Cabaran-cabaran dalam alaf baru termasuk globalisasi, impak teknologi
maklumat yang pesat, transformasi antarabangsa ke arah k-economy, tuntutan ke arah
pembangunan masyarakat dan persaingan-persaingan antarabangsa dan juga wilayah
telah mengakibatkan berlakunya perubahan dalam bidang pendidikan di seluruh dunia.
Dalam arena pendidikan masa kini dan masa depan pula, negara perlu melahirkan
pelajar yang mempunyai kepelbagaian kecerdasan mengikut konteks CMI (Contextual
Multiple Intelligence) , dan diharapkan agar perubahan paradigma baru ini dalam
pendidikan tanpa sempadan akan memberikan idea-idea inovatif serta dapat
mereformasikan pendidikan di seluruh dunia bagi menghadapi cabaran-cabaran di
masa hadapan.
2
Dunia bergerak cepat untuk menjadi ‘global village’ di mana semua bahagian
dunia dijaring dan diglobalisasikan melalui internet dan pelbagai jenis IT, komunikasi
dan pengangkutan (Albrow, 1990). Satu daripada impak perubahan dalam dunia
pendidikan ialah perkembangan ICT, internet dan jaringan global yang secara
langsung menyokong anjakan paradigma dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Teknologi komputer akan membolehkan guru dan pelajar yang pelbagai
mengambil bahagian dalam tugas pembelajaran yang secara langsung akan
meningkatkan interaksi sosial, berkongsi pengalaman dan sumber-sumber
pembelajaran dengan cara yang selesa.
Perkembangan ICT dalam arus globalisasi memberi tuntutan baru terhadap
sistem pendidikan. Sumber pengetahuan utama dalam alaf ini merupakan maklumat
yang diperolehi melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh itu di samping
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, kini dalam abad ke 21 menuntut guru
dan pelajar mempunyai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.
Selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di
negara ini juga, kerajaan berhasrat membestarikan semua sekolah di seluruh negara
melalui Program Pembestarian Sekolah. Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan
salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam
menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian
sekolah.
Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih
menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang
disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self
learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan
3
memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri
dan akses kendiri. Pembelajaran kendiri ini di bawah pengawasan guru.
Kajian ini dilakukan untuk meninjau peri pentingnya pusat akses sekolah pada
masa kini dan sesuai dengan kepentingannya, maka ianya akan dilihat sama ada
digunakan oleh warga pendidik mahu pun pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang pelbagai atau pun dilihat dari segi
halangan-halangan yang dihadapi oleh penggunanya.
1.2 Latar belakang Kajian
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) secara menyeluruh. Seperti yang dinyatakan dalam buku Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) dalam Rancangan Malaysia ke 9,
dasar utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkaitan dengan ICT ialah ;
• Memastikan semua pelajar celik ICT
• Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan, sebagai
mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran,dan
• Menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti,
kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan.
Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program pembestarian sekolah
yang akan berterusan dengan mensasarkan semua sekolah akan menjadi Sekolah
Bestari menjelang tahun 2010 .
4
Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan
penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan
pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi
guru. Pada masa ini terdapat lima inisiatif ICT utama Kementerian Pelajaran Malaysia,
iaitu projek pengkomputeran dan makmal komputer, projek rintis Sekolah Bestari,
penyediaan infrastruktur dan rangkaian jalur lebar SchoolNet, Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan TV Pendidikan.
Sekolah-sekolah juga turut melaksanakan program ICT di atas inisiatif sendiri.
Pelaksanaan pembestarian sekolah merangkumi tiga perkara iaitu :
i. Hardware – perkakasan ICT yang dibekalkan ke sekolah seperti Pusat
Akses yang berfungsi ala kafe siber untuk menyokong sistem sedia ada
seperti makmal komputer sekolah.
ii. Courseware – perisian kursus dan sistem aplikasi.
iii. Wetware – bimbingan dan latihan kepada pentadbir sekolah, guru, ibu
bapa dan komuniti setempat.
(Pelan Induk Pembangunan Pendidikan-PIPP 2006-2010)
Ketiga–tiga perkara ini menjadi pemacu dalam meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Cabaran Kementerian
Pelajaran Malaysia adalah untuk menyediakan infrastruktur ICT yang lengkap untuk
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan.
1.2.1 Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah
Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah pula, dilakukan secara berperingkat mulai
tahun 2006. Agihan penubuhan pusat akses sekolah meliputi tujuh puluh peratus
sekolah luar bandar dan tiga puluh peratus lagi di bandar. Tujuh puluh peratus
5
daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki tiga
puluh peratus adalah sekolah menengah. Pelaksanaan pusat akses telah dimulakan di
sepuluh buah sekolah iaitu tiga buah sekolah angkat Menteri Pelajaran di Tawau, dan
tujuh buah sekolah lain di kawasan Parlimen Kalabakan di Sabah (Majalah Pendidik
November 2006). Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
• Meningkatkan kemahiran dalam mencapai maklumat
• Membolehkan pelajar melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah
kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.
• Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT murid untuk pengajaran dan
pembelajaran.
Bagi mencapai matlamat di atas, kemahiran guru dalam ICT amatlah penting
kerana guru bertanggungjawab serta berperanan penting mengembeling kemahiran
ICT dan kemahiran maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Jika sekolah hendak mempertingkatkan kualiti ilmu dan ketrampilan pelajar
dalam ICT, ianya perlu dilaksanakan melalui kerja guru dan lain-lain staf yang
menyokong tahap pembelajaran yang hendak dicapai. Apabila guru membuat
persediaan mengajar dengan menggunakan ICT dalam bilik darjah, mereka juga
mempertingkatkan kebolehan ICT di kalangan pelajar masing-masing.
Setiap sekolah yang terpilih untuk melaksanakan pusat akses sekolah akan
menerima peralatan komputer iaitu satu pencetak dan sepuluh buah komputer untuk
ditempatkan di perpustakaan atau mana-mana ruang yang bersesuaian. Peralatan
tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat. Pihak sekolah sebagai pemegang
kuasa di sekolah boleh menetapkan peraturan-peraturan dan garis panduan tertentu
6
yang dapat menjamin keselamatan peralatan yang dibekalkan juga keselamatan
pelajar.
Di negeri Johor pelaksanaan pertama terbahagi kepada beberapa fasa, iaitu
Fasa I, Fasa Sembrong dan Fasa Ke tiga. Fasa Sembrong, mengambil sempena nama
Sembrong, Kluang, kawasan Parlimen YAB Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’
Hishamuddin Bin Tun Hussien. Dalam Fasa I, sebanyak 56 buah sekolah telahpun
mempunyai pusat akses sekolah .
Jadual 1.1 : Pelaksanaan Pusat akses sekolah
.
Fasa 1 56 buah sekolah Nov 2006 Fasa Sembrong (Rintis) 33 buah sekolah Nov 2006 Fasa 2 112 buah sekolah Mac 2007 Fasa 3 164 sekolah Julai 2007
( Sumber dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor).
Fasa Sembrong merupakan projek rintis yang dilaksanakan di 33 buah sekolah
di Sembrong. Fasa ke dua pula melibatkan 112 buah sekolah manakala Fasa ke tiga
164 buah sekolah di merata negeri Johor.
Untuk menjayakan usaha ini, para pendidik perlu mempunyai kemahiran
maklumat serta kemahiran ICT agar dapat dimanfaatkan penggunaan pusat akses
sekolah. Memiliki kemahiran maklumat tidak sama dengan celik komputer atau celik
teknologi maklumat (IT). Namun demikian, kedua-dua konsep ini berhubung rapat.
Celik IT lebih khusus kepada memiliki kemahiran dan pengetahuan berkaitan
7
peralatan teknologi seperti komputer, perkakasan dan perisian. Teknologi maklumat
hanya sebagai peralatan yang mampu menyimpan, menyusun dan mengeluarkan
maklumat (Irma Indayu Omar, 2005).
Guru perlu memahami dengan konsep literasi maklumat kerana ia lebih luas
dan menyeluruh, bukan sahaja melibatkan pengetahuan menggunakan alat-alat
teknologi . Literasi maklumat ialah berkenaan bagaimana maklumat disusun dan
dicari serta apakah hubungan antara keperluan maklumat dengan sumber ataupun
saluran yang diperlukan bagi mencarinya. Penggunaan teknologi semakin banyak
digunakan dalam pengurusan maklumat. Banyak bahan-bahan maklumat hari ini
tersedia dalam bentuk elektronik seperti CD-Rom, pangkalan data dan internet. Semua
maklumat dalam bentuk elektronik ini boleh dicapai menggunakan komputer.
Kemahiran ICT dan teknologi maklumat pula menjurus kepada literasi
maklumat iaitu kemahiran dalam bidang maklumat. Kemahiran ini diperlukan, malah
menjadi aset penting dalam membantu manusia mengharungi era maklumat. Adalah
diharapkan agar masyarakat pelajar hari ini akan menjadi pengguna ICT yang
berhemah di masa hadapan. Secanggih manapun peralatan ICT yang dibekalkan ke
sekolah, tanpa kemahiran dan kreativiti guru ia tidak dapat dimanfaatkan. Teknologi
sahaja, malah dengan sendirinya, tidak dapat menghasilkan pembelajaran. Sebaliknya,
pembelajaran boleh berlaku tanpa menggunakan teknologi, tetapi dengan
menggunakan prinsip pendidikan yang mantap.
Dalam Smart School Flagship Application – The Malaysian Smart School A
Conceptual Blueprint (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997) menyatakan bahawa,
literasi IT akan diberikan penekanan, bagi menyediakan pelajar untuk menghadapi
8
cabaran era teknologi maklumat. Literasi IT juga ialah kebolehan untuk menggunakan
peralatan dan sumber IT iaitu dengan mengumpul, menganalisis, proses dan
maklumat semasa, menyokong pembelajaran bermakna (meaningful learning) dalam
pelbagai konteks dan menyiapkan pelajar untuk alam pekerjaan. Guru boleh
menggunakan tiga bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu
murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah
kendiri. Bahan tersebut ialah :
• Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet
seperti Google, Yahoo, Altavista, dan sebagainya
• Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), MySchoolNet, MyTutor, OnlineSmart
Learning dan sebagainya
• Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk
CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan
perisian berbentuk maklumat.
Guru boleh mengakses portal pendidikan tempatan seperti Mytutor,
MySchoolNet, portal BTP untuk mendapatkan bahan dan disesuaikan dengan
pengajaran dan pembelajaran untuk pelajarnya. Selain itu juga guru boleh meluaskan
lagi pencariannya di internet dengan menggunakan enjin pencarian seperti Google,
Yahoo, Altavista atau seumpamanya untuk mencari bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai yang boleh dimuat turun untuk kegunaannya.
9
1.3 Pernyataan Masalah
Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami beberapa anjakan paradigma
dalam usaha menyampaikan maklumat daripada pengajar kepada pelajar. Dengan
perkembangan semasa pusat-pusat internet atau yang lebih dikenali sebagai kafe siber
tumbuh bagi cendawan di seluruh negara. Kewujudan pusat akses sekolah diharap
dapat melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan celik ICT. Selari dengan
perkembangan ini pusat akses dilaksanakan di sekolah-sekolah bagi memandu serta
membimbing para pelajar untuk menjadi pengguna internet yang bijak dan
bertanggungjawab.
Pusat akses sekolah diharapkan dapat menyokong penggunaan peralatan dan
kelengkapan ICT yang dibekalkan. Berbanding dengan makmal komputer sekolah
yang digunakan dalam jadual waktu pengajaran dan pembelajaran iaitu setiap kelas
telah ditentukan jadual waktu penggunaannya pusat akses sekolah lebih fleksibel untuk
digunakan. Waktu operasi pusat akses sekolah ialah sepanjang dan selepas waktu
sekolah. Guru dapat menggunakannya pada waktu senggang dan sepanjang waktu
persekolahan. Namun, kewujudan pusat akses sekolah tidak semestinya dimanfaatkan
oleh warga sekolah sendiri. Mereka tidak terdorong untuk menggunakan atau
melakukan aktiviti berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu kajian ini
dilakukan untuk melihat apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan di pusat akses sekolah
dalam kalangan guru.
10
1.4 Objektif Kajian
Penggunaan pusat akses sekolah menerusi kajian ini dirancang dengan teliti
supaya dapat membantu pihak sekolah melihat penggunaan bahan-bahan elektronik
dalam penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira tercapai melalui
perkongsian bijak guru dan juga murid. Secara khususnya objektif kajian ini adalah
untuk :
1) Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses
sekolah .
2) Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat akses sekolah oleh
guru.
3) Mengenalpasti halangan-halangan yang dihadapi oleh guru di pusat akses
sekolah .
1.5 Persoalan Kajian
Melalui hasil kajian ini, diharapkan ia dapat menjawab beberapa persoalan
mengenai penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru. Beberapa
persoalan yang ingin dilihat melalui kajian ini ialah:
1) Apakah faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses
sekolah?
2) Apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru di pusat akses sekolah?
3) Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh guru untuk menggunakan pusat
akses sekolah ?
11
1.6 Kerangka Konsep
Kajian literatur menunjukkan bahawa terdapat hubungan konstruk yang
mempengaruhi penggunaan pusat akses di sekolah. Bagi mencapai objektif kajian ini,
beberapa konstruk yang berkaitan dengan penggunaan pusat akses sekolah perlu dikaji.
Rajah 1. 2 : Kerangka Konsep
Rajah 1.2 menunjukkan kerangka konsep bagi penggunaan pusat akses sekolah
dalam kalangan guru di Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek Utara, Johor Bahru. Faktor
yang menjadi pendorong kepada guru untuk menggunakan pusat akses sekolah, dilihat
melalui faktor-faktornya iaitu kesesuaian lokasi pusat akses sekolah, galakan daripada
pihak pentadbir sekolah, waktu operasinya dan kemudahan komputer serta
perkhidmatan internet yang laju. Guru boleh menggunakan kemudahan komputer dan
perkhidmatan internet yang terdapat di pusat akses kerana waktu operasi pusat akses
sekolah yang lebih fleksibel. Berbeza dengan makmal komputer sekolah yang terikat
dengan jadual penggunaan kelas yang melibatkan waktu pengajaran dan pembelajaran,
guru lebih mudah menggunakan pusat akses sekolah untuk mengakses internet
mahupun menggunakan komputer di situ.
Guru Halangan
Kemudahan dan Aktiviti
Pusat Akses Sekolah
FAKTOR MENDORONG
Guna
12
Pusat akses sekolah memberi kemudahan dalam melakukan aktiviti-aktiviti
yang berguna kepada guru. Aktiviti-aktiviti mengakses internet untuk mencari bahan
pengajaran dan pembelajaran, penyediaan bahan soalan peperiksaan, membaca akhbar
secara online, melayari laman web, melayari laman web MySchoolNet, membaca
majalah secara online, melihat perisian, melayari laman web MyTutor dan
menggunakan emel untuk berkomunikasi.
Penggunaan dan aktiviti-aktiviti di pusat akses sekolah mungkin terjejas
apabila ada halangan-halangan yang dihadapi oleh guru. Halangan-halangan tersebut
mungkin berbentuk serangan virus, bilangan komputer yang amat terhad, kesukaran
mengakses internet di pusat akses sekolah, lokasi pusat akses sekolah yang
menyulitkan, kemudahan menyimpan fail yang dimuat turun, jadual persendirian yang
padat, penggunaan masa dan beban tugas guru sendiri.
1.7 Rasional Kajian
Kajian ini dibuat supaya ia boleh dijadikan sebagai rujukan di masa akan
datang tentang pentingnya penggunaan pusat akses sekolah dan kaitannya dengan
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di Malaysia
penggunaan komputer di sekolah-sekolah telah diperkenalkan seawal tahun 80’an lagi,
di mana komputer digunakan sebagai alat memudahkan pengajaran dan pembelajaran
guru (Mohd Daud Hamzah,1995). Kemudahan capaian internet di pusat akses sekolah
ialah untuk membantu guru mencari bahan yang sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran.
13
Penggunaan internet secara amnya memberikan dua faedah utama kepada
penggunanya dalam konteks pengajaran dan pembelajaran , iaitu komunikasi secara
terus dan pemindahan pelbagaian maklumat yang banyak boleh dilakukan (Kearsley et
al.,1995, Robin dan William, 1996; Agarwal et al.,1998 ) serta memodenkan
persekitaran pembelajaran. Pengkaji ingin mengenal pasti penggunaan pusat akses
sekolah dalam kalangan guru dilaksanakan. Sekiranya terdapat halangan dalam
penggunaannya maka tindakan penambahbaikan perlu dilakukan.
1.8 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong guru
menggunakan pusat akses sekolah dalam kalangan guru. Mempelbagaikan bahan
pengajaran dan pembelajaran mereka dengan mempelbagaikan aplikasi komputer,
membolehkan pelajar melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan
akses kendiri dengan berkesan dan meningkatkan kemahiran penggunaan ICT pelajar
dalam pembelajaran.
Perbelanjaan yang besar yang diperuntukkan dalam belanjawan negara dalam
bidang pendidikan tentulah mahukan pulangan yang setimpal. Untuk melaksanakan
pusat akses sekolah sahaja perbelanjaan sebanyak RM 288 juta telah diperuntukkan.
Pusat akses sekolah dilaksanakan di sekolah-sekolah untuk menyokong polisi utama
ICT Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pendidikan iaitu, kepentingan teknologi
kepada semua, integrasi teknologi dalam kurikulum dan alat dalam meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran.
14
Kajian ini dapat menentukan sejauhmana pusat akses sekolah ini dapat
dimanfaatkan oleh pihak pengguna, khususnya guru dan pelajar. Di samping itu, oleh
kerana penggunaan pusat akses sekolah ini masih baru diperkenalkan, maklumat yang
akan diperolehi nanti dapat digunakan untuk menerangkan konstruk serta
meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan oleh pusat akses sekolah.
1.9 Definisi Operasional
Terdapat beberapa istilah yang pengkaji merasakan ianya perlu dijelaskan
dalam konteks kajian ini. Antara istilah-istilah tersebut adalah seperti berikut :
1.9.1 Guru
Guru yang dimaksudkan ialah dalam konteks Etika Profesion Perguruan iaitu
orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat
rendah, menengah atau tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran,
organisasi dan penyelidikan pendidikan. Menurut Joohan (1994) guru berperanan
mendidik, mengasuh, menunjuk ajar, membimbing, membina dan memandu golongan
pelajar ke arah mencapai satu matlamat yang ditetapkan berpandukan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.
15
Manakala Ramaiah(1992) pula menyatakan bahawa guru merujuk kepada
individu yang mempunyai kelayakan mengajar seperti sijil, diploma dan ijazah
perguruan daripada maktab atau universiti dalam dan luar negara yang dilantik ke
jawatan tetap dan berkhidmat di sekolah-sekolah menengah dan rendah di bawah
pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia. Peranan guru amat besar dalam
memastikan ilmu yang disampaikan dapat diterima dengan sepenuhnya oleh pelajar di
samping memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam kelas berjalan
dengan lancar dan berkesan. Guru-guru yang terlibat dalam kajian ini hanyalah guru
yang bertugas di tujuh buah sekolah rendah yang mempunyai pusat akses sekolah yang
terpilih di Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek Utara, Johor Bahru.
1.9.2 Pusat Akses Sekolah
Berdasarkan definisi dalam buku panduan pusat akses sekolah, pusat akses
sekolah ialah sebuah tempat di dalam bilik atau ruang, di mana ada peralatan komputer
sebanyak 10 buah dan sebuah pencetak. Capaian internet menggunakan schoolnet di
mana warga sekolah dapat mencapai internet di situ .
1.9.3 Akses
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan akses membawa maksud
proses atau cara untuk mencapai (memperoleh, menggunakan dan sebagainya) sesuatu
data, maklumat, fail komputer. Dalam konteks kajian ini, akses ialah mencapai internet
dan mengakses maklumat dan mencari bahan untuk dijadikan bahan dalam
pembelajaran dan pengajaran.
16
1.9.4 Faktor Mendorong
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), faktor bermaksud unsur
atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil. Perkataan mendorong pula
membawa maksud mempengaruhi atau menyebabkan. Dalam konteks kajian ini faktor
mendorong ialah unsur-unsur atau sebab-sebab yang menyumbang atau
mempengaruhi guru untuk menggunakan pusat akses sekolah, khususnya lokasi pusat
akses sekolah, kemudahan komputer dan perkhidmatan internetnya. Faktor-faktor ini
dilihat akan mempengaruhi penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru.
1.9.5 Aktiviti
Mengikut Kamus Dewan, aktiviti bermaksud kegiatan. Perkataan aktiviti dalam
konteks kajian ini pula membawa maksud kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh guru
di pusat akses sekolah. Aktiviti –aktiviti tersebut ialah untuk mencari dan mengakses
maklumat daripada internet dan mencari bahan untuk untuk pengajaran dan
pembelajaran. Mengakses sumber maklumat, bahan digital yang berkaitan (e-
Learning), menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu juga, aktiviti berkomunikasi antara guru dan murid
melalui e-mel secara kolaboratif juga dilakukan.
1.9.6 Halangan
Perkataan halangan dalam Kamus Dewan bermaksud aral, gangguan, rintangan
dan tegahan. Dalam kajian ini halangan bermaksud aral atau rintangan yang dihadapi
oleh guru untuk menggunakan pusat akses sekolah. Kekurangan kelengkapan misal
17
kekurangan komputer, masalah ancaman dan serangan virus di pusat akses sekolah
dapat dilihat sebagai halangan-halangan yang dihadapi oleh guru untuk menggunakan
pusat akses sekolah.
1.10 Penutup
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT
dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. Hasrat
dan usaha kerajaan untuk melaksanakan pusat akses sekolah ini adalah sebahagian
daripada pelbagai projek ICT yang dilaksanakan sebagai aktiviti utama bagi
penyediaan infrastruktur ICT. Pelaksanaan dan kejayaannya akan lebih mudah jika
semua pihak yang terlibat dapat memainkan peranan masing-masing dengan berkesan.
Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menyediakan
infrastruktur ICT yang lengkap untuk pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan.
Maka cabaran utama kepada warga pendidik pula ialah untuk merealisasikannya
dalam pengajaran dan pembelajaran, agar dapat membentuk generasi celik ICT yang
bertanggungjawab dan berdisiplin. Pentadbir sekolah perlu memberi galakan kepada
guru untuk menggunakannya dan para guru pula perlu menggunakannya dengan tujuan
yang baik dan dimanfaatkan kepada murid. Selaras dengan agenda IT Kebangsaan
(National IT Agenda, NITA) teknologi maklumat dan komunikasi (information and
communication technology, ICT) dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara maju selaras dengan Wawasan 2020 (NITC, 2001).
BAB II
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Kajian ini dibentuk untuk melihat penggunaan pusat akses sekolah dalam
kalangan guru. Dalam bab ini, pengkaji akan memberi fokus kepada sorotan kajian
yang sebelum ini, yang telah dibuat oleh pengkaji dan pakar berkenaan dengan bidang
yang berkaitan iaitu penggunaan ICT dan juga internet dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam teknologi telah membuka
peluang dan gaya baru untuk diterokai dalam bentuk elektronik. Kafe siber adalah satu
gaya atau tren dalam era teknologi maklumat yang turut mengukur sejauhmana
persediaan kita menampung kemodenan dengan teknologi yang kukuh. Apakah yang
dimaksudkan dengan kafe siber?
19
2.2 Takrifan Kafe Siber
Konsep dan nama cybercafe (kafe siber) diperkenalkan pada awal tahun 1994
oleh Ivan Pope. Beliau telah membuat suatu kertas cadangan mengenai konsep café
dengan kemudahan mengakses internet dari meja. Café bermaksud kedai minuman
yang menyediakan makanan ringan. Café juga boleh ditakrifkan sebagai restoran yang
menyediakan pelbagai jenis makanan (Arussains, Julai 1999). Kafe siber kini tumbuh
bagai cendawan di merata dunia, ia digunakan untuk mengakses emel, pesanan ringkas
(instant messaging services) untuk berhubung dengan rakan dan juga keluarga.
Kini kemudahan pembelajaran dengan menggunakan komputer di sekolah turut
disediakan melalui pusat akses sekolah. Dalam menangani arus perubahan ini kata-
kata daripada ucapan Dr Mahathir Mohamad dapat dijadikan asas untuk mengorak
langkah menghadapi cabaran-cabaran baru, kerana selain dari kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira, kini dalam abad ke 21 menuntut guru dan pelajar
mempunyai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Guru perlu menjadi
peneraju penyampai ilmu yang melibatkan ke semua kemahiran yang perlu.
“ In the pursuit of information, knowledge and wisdom, we must be prepared to face
reality. We must embrace change, pursue novelty and crave innovation. We must
learn. Even harder still, we must unlearn. We must remember to forget old ways. We
must force ourselves into new habits.”1
Tun Dr Mahathir Mohamad, Fourth Prime Minister Of Malaysia.
1 Muhammad Rais Abdul Karim,Nazariah Mohd Khalid.(2000) E-Government in Malaysia.Kuala Lumpur :Pelanduk Publication.pg. 147.
20
Ucapan Dr Mahathir di atas menggambarkan betapa kita perlu bersedia dalam
menghadapi masa depan yang penuh dengan cabaran. Kita perlu belajar, belajar
dengan gigih dan perlu pula meninggalkan amalan-amalan lama dan berusaha untuk
belajar amalan-amalan baru.
2.3 Pusat Akses Sekolah
Pusat Akses Sekolah adalah sebuah tempat di sebuah bilik atau ruang di dalam
kawasan sekolah, di mana ada peralatan komputer sebanyak 10 buah dan sebuah
pencetak. Komputer–komputer ini boleh mencapai internet dengan menggunakan
talian schoolnet. Di pusat akses sekolah inilah warga sekolah dapat mencapai
internet. Projek SchoolNet merupakan projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk
capaian internet di semua sekolah bagi tujuan mengatasi jurang digital.
Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber café” tetapi lebih
menjurus kepada pembelajaran. Berbeza dengan kafe siber biasa, pusat akses sekolah
adalah sebuah bilik ataupun ruang dalam kawasan sekolah yang menyediakan
perkhidmatan kemudahan komputer dengan internet sahaja. Konsep kafe siber yang
diperkenalkan di sekolah-sekolah menjurus kepada pembelajaran oleh itu ia berbeza
dengan kafe siber yang berada di luar sekolah, selain dari menyediakan perkhidmatan
internet turut juga menyediakan perkhidmatan makan dan minum.Warga sekolah
hanya boleh mengakses internet dan juga menggunakan kemudahan komputer yang
ada di pusat akses.
21
Pusat akses sekolah merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi
membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri (self learning) dan
mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih
sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses
kendiri. Pembelajaran kendiri ini adalah di bawah pengawasan guru. Dengan
pelaksanaan pusat akses di sekolah, guru dan murid diberi satu lagi ruang untuk
mengamalkan penggunaan ICT.
2.3.1 Matlamat Penubuhan Pusat Akses Sekolah
Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk :
o Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
o Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
o Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid
Dengan pelaksanaan pusat akses di sekolah, guru dan murid diberi satu lagi
ruang untuk mengamalkan penggunaan ICT. Penggunaan ICT di pusat akses sekolah
diharapkan dapat dijadikan sebagai satu amalan yang akhirnya menjadi budaya yang
sihat. Pusat akses sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Di sekolah-sekolah yang mempunyai makmal komputer, ditambah
pula dengan kemudahan yang ada di pusat akses sekolah dapat mengurangkan nisbah
komputer dengan murid. Proses pengajaran pembelajaran boleh berlaku pada bila-bila
masa. Sekaligus ia juga dapat meningkatkan masa penggunaan (contact hours)
komputer oleh murid.
22
Kemudahan pusat akses sekolah yang diberi ini adalah selaras dengan dasar
kerajaan dalam memperkenalkan kemahiran ICT di sekolah–sekolah seluruh negara
yang juga merupakan satu perubahan dan langkah besar dan penting. Ia
menggambarkan tentang harapan dan pelaburan masa hadapan yang produktif dalam
usaha melahirkan tenaga manusia dan jangkaan awal kepada kemakmuran negara.
2.3.2 Operasi Pusat Akses Sekolah.
Waktu operasi pusat akses sekolah ialah semasa dan selepas waktu
persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah
dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan
peralatan dan boleh memantau penggunaan. Pada masa kini guru-guru boleh
menggunakan pusat akses sekolah sepanjang waktu persekolahan terutama pada waktu
senggang mereka. Manakala murid pula hanya boleh menggunakannya pada waktu
rehat dan waktu selepas persekolahan. Buat masa ini pusat akses sekolah hanya
beroperasi pada hari-hari persekolahan sahaja kerana pihak sekolah belum bersedia
untuk menyediakan perkhidmatan pada hujung minggu dan cuti sekolah kerana ia
melibatkan pengawasan dan juga keselamatan.
2.4 ICT Dalam Pengajaran
ICT berupaya membuat proses pengajaran lebih berkesan. Menurut Rivers
(1997), walaupun amalan teknologi pendidikan patut digalakkan tetapi pada
hakikatnya apa yang lebih penting adalah memikirkan bagaimana pendidikan dapat
23
ditingkatkan dan bukan sekadar penggunaan teknologi sahaja. Guru perlu menguasai
kemahiran supaya dapat digunakan secara optima. Selain daripada memiliki kemahiran
program-program aplikasi dan kemahiran bagi mengurus serta menyimpan fail,
pertimbangan yang perlu adalah bagaimana guru dapat membuat pilihan yang terbaik
mengenai strategi pengajaran, pengurusan dan isu-isu kaedah dan prinsip pengajaran
yang berkaitan dengan pengintergrasian teknologi dalam bilik darjah (rujuk Rajah 2.1).
Guru perlu mempunyai beberapa kemahiran di atas bagi memudahkan mereka
mengaplikasi ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru mengakses
internet untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran, beliau perlu tahu cara
Kemahiran mengguna perisian aplikasi Kemahiran mencapai
maklumat
Kemahiran yang
diperlukan
Kemahiran fasilitator dalam proses pembelajaran
Kemahiran muat turun fail/maklumat
Aplikasi perisian asas Word Excel Access PowerPoint
Aplikasi perisian asas Internet CD Interaktif Bahan cetak
Muat turun Fail Gambar /imej Menyimpan fail
Rajah 2.1 : Kemahiran Asas Yang Diperlukan Oleh Guru
24
untuk muat turun (download) ataupun menyalin (copy and paste) bahan tersebut.
Bahan-bahan yang dimuat turun perlu disimpan (save file ) sebelum dapat digunakan
atau diaplikasikan dalam perisian asas seperti MsWord, Excel, Access ataupun
PowerPoint. Kemahiran-kemahiran ini dapat diasah di pusat akses sekolah. Bahan-
bahan yang dimuat turun dapat diolah bagi disesuaikan dengan suasana pengajaran dan
pembelajaran guru dalam bilik darjah.
2.5 Kajian–kajian Terdahulu
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan terhadap penggunaan komputer
dan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dan internet dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan pusat akses sekolah adalah
berkaitan.
2.5.1 Kajian-kajian Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran
Di Malaysia penggunaan komputer di sekolah-sekolah telah diperkenalkan
seawal tahun 80’an lagi, di mana komputer digunakan sebagai alat bagi memudahkan
pengajaran dan pembelajaran guru (Mohd Daud Hamzah 1995). Menurut Wan Zahid
(1999), “ Untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia, suatu anjakan paradigma
diperlukan dalam cara pemikiran dan penggunaan teknologi.” Penggunaan media
adalah sinonim dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Ia dapat membantu
menyalurkan maklumat semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sebenarnya
25
penggunaan teknologi dalam pendidikan bukanlah hanya alat semata-mata, malah ia
merupakan suatu proses perkembangan di mana teknik, kemahiran dan pengetahuan
memainkan peranan yang penting.
Menurut Barker (1986), penggunaan ICT seperti komputer menjadi suatu
keperluan di dalam bidang pendidikan hari ini yang perlu diseimbangkan dengan
jumlah maklumat yang kian bertambah. Pengurusan maklumat-maklumat tersebut
melalui penggunaan teknik-teknik yang berkeupayaan tinggi akan membolehkan
pelajar mencapai pengetahuan secara mendalam. Komputer kini menjadi sebahagian
daripada kehidupan kanak-kanak (Clements, 2002). Selaras dengan kemasukan
teknologi ini dalam pendidikan kanak-kanak hari ini kebanyakan sekolah dan rumah
telah memiliki komputer dan dijadikan alat bantu mengajar atau alat rangsangan
pembelajaran di dalam kelas. Komputer dianggap sebagai satu inovasi baru yang wajar
diambilkira di dalam dunia pendidikan kanak-kanak. Perubahan ke arah era teknologi
maklumat telah membawa manusia ke suatu zaman yang kian mencabar dan rumit
(Naisbitt, 1982).
Clements (1987) mengatakan bahawa komputer bukan lagi alat yang
merbahaya kepada kanak-kanak. Kepentingan komputer kini sama pentingnya dengan
buku dan pensil dalam pembelajaran kanak-kanak. Komputer mempunyai pengaruh
dalam mempertingkatkan potensi kanak-kanak bila mana komputer dapat menyelia
proses pembelajaran mereka. Kajian menunjukkan bahawa teknologi multimedia
dalam pendidikan dapat membantu meningkatkan kadar penghayatan pelajar.
Gabungan elemen teks, grafik, animasi dan video yang digunakan bagi menghasilkan
kesan yang realistik dan memberi dimensi baru kepada kaedah pengajaran kanak-
kanak (Mohd. Zaliman & Singh, 2001).
26
2.5.2 Pengalaman Guru Dalam Penggunaan ICT
Menurut Bernard (1995), guru yang bertugas dalam persekitaran yang
berasaskan komputer memerlukan kemahiran-kemahiran yang berlainan (dalam
jenisnya). Guru masih perlu menguasai ilmu bidang masing-masing, tetapi
pengetahuan ini kurang penting berbanding kemampuan mengurus persekitaran
pembelajaran seperti, merancang pengalaman pembelajaran untuk pelajar, memilih
dan mengelola aktiviti yang bersesuaian, mendorong pelajar, membina interaksi yang
positif di kalangan pelajar.
Dengan kehadiran komputer dalam kehidupan, manusia mampu melakukan
kerja yang sebelum ini sukar untuk dilakukan. Penggunaan komputer boleh juga
memberi ruang untuk membina kemahiran kognitif yang lebih tinggi terutama dalam
pengiraan dan membuat jangkaan (Noor Azlan,1995). Dalam Garis Panduan
Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia 2003 juga telah mengenal pasti komputer
sebagai alat bantu mengajar dalam pembelajaran kanak-kanak (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2003).
Dapatan Nurhayati (2001) memperlihatkan bahawa guru memerlukan lebih
kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi tentang komputer untuk membolehkan
mereka dapat mengimplimentasikan ICT dalam bilik darjah. Guru-guru juga dikatakan
merasa tidak selesa serta tidak bersedia untuk mengajar menggunakan komputer
dengan hanya memiliki pengetahuan asas tentang komputer. Larose,et al.(1999) pula
berpendapat bahawa kajian saintifik mengenai kewujudan sokongan logistik dan
teknikal telah membolehkan institusi pendidikan mengintegrasikan penggunaan
komputer dalam kerja pendidik.
27
Hasrat kerajaan yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk membangunkan potensi sebenar pelajar di samping tujuan-tujuan umum
pendidikan untuk menghormati rasa ingin tahu dan memenuhi segala pengharapan dan
rasa keterlibatan para pelajar serta berusaha untuk menitipkan nilai-nilai ajaran yang
baik dan mulia (Hasan,1984), akan lebih mudah dicapai melalui peggunaan teknologi
maklumat khususnya komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Perubahan dari kaedah pengajaran tradsional yang digambarkan melalui
pengajaran berpusatkan guru serta penyertaan pelajar pasif (Ahmad Kabir dan
Kaur,1992) dan seringkali pula dikaitkan dengan subjek-subjek tertentu yang
dikatakan terlalu menekan kaedah “chalk and talk” (Mohd Yusuf 1996) kepada
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan menarik akan
memudahkan pencapaian matlamat tersebut.
Menurut Piaget (1973), pelajar akan belajar lebih baik apabila mereka menjadi
agen yang aktif dalam proses pembelajaran dan guru pula berperanan sebagai pemudah
cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Pembelajaran berpusatkan pelajar
akan mengubah peranan guru, ini bermakna guru akan berperanan sebagai fasilitator
yang akan mencetuskan kemahiran berfikir di kalangan pelajarnya. Ini amat penting
untuk membimbing dan membantu pelajar ke arah pembelajaran kendiri, iaitu kadar
kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri. Guru dilihat sebagai pembina ilmu yang
kompeten yang dapat menyampaikannya dengan kaedah yang menarik dengan
penggunaan teknologi agar pengalaman pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
bermakna lagi.
Penggunaan teknologi seperti komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran juga memupuk nilai dan budaya kasih sayang di kalangan guru dan
pelajar disebalik kebimbangan yang mengatakan bahawa pembelajaran menggunakan
28
komputer akan meningkatkan persaingan antara individu dan perasaan individualistik
(Raja Maznah,1995). Hakikat ini dapat direalisasikan kerana dengan berbantukan
komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mempunyai lebih
banyak peluang untuk memberi tumpuan untuk memupuk dan membina insan di
samping sama-sama berinteraksi di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Fenomena ledakan maklumat yang sedang kita alami kini memerlukan para
pelajar berfikir, belajar dan bertindak secara berbeza dari apa yang mereka lalui pada
masa ini. Mereka bukan sahaja menerima dan mengumpul maklumat, tetapi juga harus
mampu menganalisis segala maklumat yang diterima secara lebih kritis, kreatif dan
membuat penilaian yang matang berdasarkan prinsip-prinsip dan nilai yang diperolehi
dari pendidikan yang diterima melalui pendidikan secara bersepadu (Wan Mohd
Zaid,1993).
Menurut kajian tinjauan yang telah dijalankan oleh Ingle, Hichens dan Harris
(1983 dalam Hock,1996) mengenai penggunaan teknologi maklumat yang terhasil
dalam revolusi mikroelektronik, didapati bahawa komputer adalah yang paling banyak
digunakan dan diikuti pula oleh rangkaian telekomunikasi satelit ternama di negara-
negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah. Manakala satu kajian pada
tahun 1995 terhadap topik-topik paling banyak dibincangkan mengenai teknologi
pendidikan di dalam jurnal-jurnal, disertasi, konferens dan dokumen ERIC telah
mengeluarkan senarai menurut trend seperti berikut (Ely,1995), komputer di sekolah,
sistem rangkaian, televisyen di sekolah, sokongan terhadap teknologi pendidikan,
sistem penyiaran baru dalam teknologi pendidikan, literasi teknologi untuk guru dan
teknologi pendidikan dan reformasi pendidikan.
29
Kajian yang telah dijalankan oleh Dupagne dan Krendl(1992) mendapati
perubahan sikap yang begitu ketara dan positif di kalagan guru-guru terhadap
penggunaan komputer di dalam bilik kelas. Manakala kajian yang dijalankan terhadap
guru-guru pelatih oleh Downes (1993) pula mendapati baahwa pengalaman dengan
komputer dan pengaruh model peranan guru yang menggunakan komputer di dalam
bilik darjah membawa kepada sikap positif terhadap penggunaan komputer serta
meningkatkan kemungkinan guru-guru berkenaan akan menggunakan komputer di
dalam bilik darjah. Robertson et al, (1995) mengatakan tahap pendedahan guru dengan
kursus-kursus literasi komputer mempunyai kaitan yang signifikan terhadap
pembentukan sikap guru-guru terhadap komputer.
Kajian-kajian awal mengenai penggunaan komputer merumuskan bahawa
guru-guru yang mempunyai pengalaman dalam komputer semasa di sekolah atau di
universiti cenderung untuk lebih mahir daripada mereka yang tidak berpengalaman.
Kajian ini mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai pengalaman dengan
komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap kebimbangan yang
tinggi terhadap komputer.
Kajian yang dijalankan oleh Madsen dan Sebastiani (1987) pula menunjukkan
sikap positif di kalangan guru-guru berhubung dengan tahap kebolehan menggunakan
komputer di samping menghilangkan rasa bimbang terhadap penggunaan teknologi
tersebut di dalam pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, beberapa kajian
mendapati bahawa kebimbangan terhadap komputer tidak mempunyai hubungan
dengan sikap terhadap komputer (Kernan dan Howard,1990. Zulkifli dan Raja
Maznah, 1994). Walaupun pengalaman sahaja tidak dapat memberi kesan bagi
menghilangkan kebimbangan terhadap komputer (Rosen dan Mguire,1990), namun
terdapat bukti yang menunjukkan bahawa penggunaan komputer secara teratur dalam
30
konteks pendidikan dapat mengurangkan kebimbangan terhadap komputer (Cambre
dan Cook,1987).
Menurut Zoraini (1994) penggunaan komputer akan dapat meningkatkan
kemahiran daya berfikir dan pengetahuan murid dalam menyediakan diri mereka
dengan corak kehidupan pada era ICT yang pantas berubah. Diem (2000) menyatakan
bahawa sebilangan kecil guru sebenarnya menggunakan komputer atas inisiatif mereka
sendiri akibat kurang sokongan dan masa terluang untuk belajar operasi peranti
teknologi yang kompleks. Guru sebenarnya peka dengan perkembangan ICT yang
pantas ke arah peningkatan diri dan profesionalisme. Menurut Barker (1986),
penggunaan ICT seperti komputer menjadi suatu keperluan di dalam bidang
pendidikan hari ini yang perlu diseimbangkan dengan jumlah maklumat yang kian
bertambah. Pengurusan maklumat tersebut melalui penggunaan teknik-teknik yang
berkeupayaan tinggi akan membolehkan pelajar mencapai pengetahuan secara
mendalam. Pelaksanaan kurikulum teknologi maklumat berasaskan kepada paradigma
baru dalam pendidikan (Voogt dan Odenthal, 1997,1999) yang menekankan kepada
pemahaman dan penguasaan proses. Dalam pendekatan ini, pelajar memainkan
peranan aktif dalam menentukan haluan (self directed) dan kemajuan (self pace)
pembelajaran masing-masing. Ke arah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang
ditetapkan pelajar.
Menurut Jamaluddin Badushah et al (2000), pendekatan pembelajaran
berbantukan komputer (PBK) dapat menggalakkan pembelajaran kendiri dan ini
seterusnya mendorong pelajar belajar dengan betul dan teratur, berdikari dan berusaha
sendiri. Kaedah pembelajaran ini berpusat kepada pelajar di mana pelajar akan lebih
berdikari di dalam mendapatkan ilmu terhadap sesuatu tajuk. Menurut Rogers (1994)
pembelajaran kendiri adalah sama dengan perubahan dan pembesaran seseorang.
Rogers (1994) juga ada menyatakan secara semulajadi semua manusia mempunyai
31
keinginan untuk belajar. Pada pandangan Rogers (1994) tugas pensyarah atau guru
ialah bertindak sebagai fasalitator di dalam proses pembelajaran di mana tugas-tugas
tersebut boleh digariskan seperti di bawah iaitu :
i. Membina suasana pembelajaran yang positif.
ii. Menjelaskan maksud pelajar.
iii. Menyusun dan membina sumber maklumat.
iv. Menyeimbangkan di antara komponen kecerdasan dan emosi.
v. Berkongsi perasaan dan pandangan dengan pelajar dan bukan cuba untuk
menguasainya.
2.5.3 Kajian-kajian Mengenai Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Kajian-kajian terdahulu seperti Siti Fatimah (1998), Zhao(1998) dan Hilton dan
Kameda (1999) serta lain-lain lagi telah memperlihatkan bahawa penyertaan aktif
dalam kalangan pelajar dan bimbingan guru merupakan suatu bentuk sumbangan yang
berharga dari penggunaan internet. Ini kerana internet adalah alat perhubungan dan
sumber maklumat terkini yang berkesan bagi pelbagai disiplin pendidikan.
Kajian Robin dan William (1996), menyatakan bahawa penggunaan internet di
kalangan guru amat memberangsangkan dan adalah dijangkakan penggunaannya sama
ada di dalam atau di luar bilik darjah akan terus meningkat dari masa ke semasa.
Peningkatan ini dipengaruhi oleh beberapa perkara, antaranya adalah aspek latar
belakang pengguna internet itu sendiri. Aspek latar belakang ini termasuklah jantina,
umur, taraf pendidikan dan pengalaman pengguna dengan ICT. Namun, menurut
Robin dan William (1996), guru-guru akan menghadapi kekangan-kekangan untuk
32
menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran . Kekangan ini adalah dari
aspek pengetahuan yang terhad, kurangnya kemahiran, kemudahan internet yang
terhad, masa dan kewangan.
Manakala Heinrich (1996) percaya bahawa dengan membaca bahan secara
online akan dapat menggalakkan pembelajaran terarah kendiri. Kabilan (2000) dan
Tunku Mohaini et al (1998) menyatakan bahawa para guru dan juga pengkaji dengan
mudah boleh mendapat maklumat dan data dari pelbagai majalah online, newsletters
dan jurnal dari pelbagai sumber. Teknologi sebagai kaedah penyampaian dalam ICT
telah mengubah peranan pengajar kepada pelajar . Di dalam pendekatan konstruktif
pelajar membina pengetahuan dan rangka rujukan secara individu dan aktiviti sosial
(Biggs,1996).
Tahap integrasi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat
bergantung kepada kemampuan, kesediaan serta persepsi guru-guru terhadap
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Laporan
Congressional Office of Technology (1995) yang menyebut bahawa guru yang
menggunakan komputer dalam kelas menghadapi lebih cabaran terutamanya yang
dalam memberikan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar, untuk mendapatkan
perisian yang sesuai dengan kurikulum, penjadualan masa pelajar menggunakan
komputer, pemantauan, memberikan bantuan dan menangani masalah teknikal.
Kesannya sangat sedikit bilangan guru yang mempunyai masa untuk merancang dan
membuat persediaan menggunakan komputer.
Kajian Muhamad Hasan bin Abdul Rahman dan Yeong Weng Fatt (2001a &
2001b) menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan komputer dan internet,
namun seperkara yang menarik daripada dapatan penyelidikan tersebut ialah 91
33
responden (76.4%) daripada 122 berpandangan bahawa penggunaan internet
mengurangkan produktiviti kerja. Apa yang dapat diimplikasikan daripada dapatan
tersebut ialah tahap kemahiran yang rendah menyebabkan pengguna tidak cekap, sukar
dan banyak membuang masa semasa menggunakan internet. Dapatan tersebut juga
berkemungkinan dipengaruhi oleh kesukaran mengakses internet dan talian internet
yang kerap terputus. Kementerian Pelajaran Malaysia melihat ICT sebagai suatu
pemudahcara. Konsep ICT dalam pendidikan ialah sistem yang membolehkan
pengumpulan, pengurusan, manupulasi maklumat, akses maklumat dan komunikasi
dalam pelbagai bentuk.
Kemahiran ICT, merujuk kepada asas kemahiran dan keupayaan yang dapat
ditunjukkan oleh guru semasa penggunaannya. Ia akan menjadi satu halangan dan
masalah jika seseorang guru itu tidak mendapat latihan asas yang membolehkannya
menggunakan ICT dengan selesa dalam pembelajaran dan pengajarannya. Wood
(1999) menekan bahawa teknologi mempengaruhi tiga teori pembelajaran iaitu
interaksi sosial, kognitif dan teori tingkahlaku. Menurut Wood lagi (1999),
penggunaan peralatan seperti komputer membantu pelajar meningkatkan kemahiran
melalui latihan. Tambahan pula, program komputer memberi cabaran kepada pelajar
untuk menyelesaikan sesuatu tugasan serta dapat menghindarkan rasa bosan dalam
kalangan mereka.
Kementerian Pelajaran melaksanakan program komputer di sekolah dalam tiga
peringkat. Ini bertujuan untuk memperkenalkan literasi ICT kepada sebanyak mungkin
sekolah yang boleh. Langkah ini diharap dapat mengurangkan jurang digital di masa
akan datang. Pembestarian sekolah adalah satu langkah yang dijalankan untuk
menyediakan sekolah dengan peralatan komputer. Pelaksanaan kurikulum sekolah
disemak semula agar dapat memenuhi keperluan- keperluan dalam pendidikan . Ia
memberi penekanan kepada strategi pembelajaran yang berkesan dan sesuai dengan
kehendak pendidikan kini dan masa depan. Penggunaan ICT diutamakan, bersesuaian
34
dengan keperluan kurikulum dan dapat menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengintergrasian ICT dalam kurikulum mempunyai potensi untuk
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran .
Dengan kemudahan ICT, proses pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih
signifikan terutama apabila guru dan murid dapat mengakses maklumat terkini dan
pelbagai bahan boleh dimanupulasi dengan menggunakan komputer sebagai media dan
ditayangkan semula secara komputer grafik atau dapat melakukan sesuatu eksperimen
secara simulasi. Pelajar juga dapat berkomuniskasi dengan guru dan rakan-rakan
mereka melalui pelbagai media untuk berbincang dan membuat kesimpulan
(Gagne,1996). Pengintergrasian ICT dalam kurikulum banyak bergantung kepada
keupayaan dan kemahiran guru memanfaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk
memproses dan mengakses maklumat serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah lebih menarik dan berkesan (Modul BPPT, 2005).
Dalam Modul Intergrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (2001),
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, konsep
pengintergrasian memberi maksud bahan dan maklumat yang diperolehi melalui
internet diintergrasikan dengan perisian desktop untuk menjalankan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang melibatkan pemproses kata, hamparan elektronik dan
persembahan multimedia. ICT adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan
yang pesat dalam mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan ICT
seperti, komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya
kemunculan internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan maklumat
bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang
melibatkan teks, bunyi, grafik dan video.
35
2.6 Ancaman dan Serangan Virus Terhadap Penggunaan Komputer
Penggunaan peralatan ICT seperti komputer dalam tugasan harian guru serta
pencarian maklumat di internet ada risikonya iaitu ancaman dan serangan virus. Virus
komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer
yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran
ataupun pengetahuan pengguna. Istilah virus digunakan buat pertama kali dalam
terbitan akademik oleh Fred Cohen pada tahun 1984 dalam kertas kerjanya, Uji kajian
dengan Virus Komputer.
Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur
cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus
yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri
dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau
pesanan audio. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh
mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.
Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya
melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau
pemacu USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada
sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.
Pengguna komputer perlu mempunyai pengetahuan asas sebagai langkah
keselamatan ketika menggunakan komputer apatah lagi sewaktu melayari internet.
Setiap kali menggunakan komputer seseorang itu akan terdedah kepada ancaman
virus, aktiviti melayari internet akan mendedahkan pengguna kepada ancaman dan
serangan virus yang lebih serius. Menurut Rothke (2004) pengguna komputer akan
36
terdedah kepada ancaman virus setiap kali menggunakan komputer sama ada
menyedarinya mahupun tidak. Ancaman virus dapat dikesan melalui perisian anti virus
yang terdapat di pasaran. Namun menurut beliau lagi ia bukan jaminan bahawa
komputer adalah bebas dari ancaman dan serangan virus. Perisian anti virus perlu
sentiasa dikemaskini melalui internet agar fail-fail virus yang telah dikemaskini dapat
mengenali virus-virus yang terkini, sekaligus ia dapat mengenali dan
menghapuskannya.
Pengguna pusat akses sekolah juga turut terdedah kepada ancaman dan
serangan virus setiap kali mereka menggunakan komputer dan juga apabila mereka
mengakses internet di pusat akses. Lazimnya pengguna komputer yang menggunakan
komputer awam mempunyai risiko ancaman dan serangan virus yang lebih tinggi
berbanding dengan pengguna komputer peribadi. Begitu juga apabila seseorang itu
mengakses internet risiko ancaman dan serangan adalah tinggi juga, apatah lagi
sekiranya dia menggunakan komputer awam seperti yang ada di pusat akses sekolah.
Sebagai langkah penjagaan dan keselamatan, pengguna komputer perlu
mengambil beberapa langkah tertentu sebelum menggunakan komputer. Omar et al
mengatakan seseorang itu perlu mengimbas (virus scan) peranti mudah alih seperti
cakera padat atau thumb drive, exteral hard disk sebelum menggunakannya. Langkah
ini bagi penjagaan dan keselamatan komputer dan juga peranti mudah alih dari
dijangkiti virus kerana sebaik sahaja sebuah komputer terjejas oleh virus, komputer itu
biasanya tidak selamat untuk diteruskan penggunaannya. Pelayar internet perlu
berwaspada dengan lampiran emel kerana virus sangat mudah disebarkan melalui
emel. Sistem operasi komputer juga perlu sentiasa dikemaskini selain dapat menyekat
jangkitan virus ia juga membolehkan komputer beroperasi dalam keadaan lancar dan
stabil.
37
Szor (2005) menyatakan sungguhpun pengguna komputer terdedah kepada
ancaman dan serangan virus namun ia bukan halangan kepada pengguna komputer di
seluruh dunia dari tidak menggunakannya. Serangan virus menjadi satu isu yang perlu
ditanggani namun keperluan dan kepentingan penggunaan komputer tetap tinggi
dengan keperluan semasa kini. Justeru itu pengguna komputer perlu bijak dengan
mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu agar mereka tidak kehilangan
data yang tersimpan di dalam komputer mereka.
2.7 Penutup
Berdasarkan kajian-kajian dan penulisan-penulisan yang telah dibincangkan
diatas penggunaan internet dan kesediaan guru mengaplikasikan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran akan memberi manfaat yang besar terhadap pelajarnya. Intergrasi
internet dan ICT akan memberi faedah kepada pelajar malah ia juga turut dapat
meningkatkan kemahiran ICT guru. Penggunaannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seumpama serampang dua mata yang memberi faedah kepada pengajar
dan juga pelajar. Pusat akses sekolah adalah sebuah tempat yang dapat memberi ruang
bagi guru untuk mengaplikasi internet dan ICT. Bimbingan guru dalam menggunakan
internet dan ICT akan menjadikan seorang pelajar itu lebih berkemahiran dan
bertanggungjawab dalam penggunaannya.
BAB lll
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan huraian dan perbincangan mengenai reka bentuk dan
metodologi kajian. Metodologi kajian merupakan pendekatan, cara atau kaedah yang
digunakan bagi mencapai objektif kajian. Dalam bab ini pengkaji menghuraikan
tentang reka bentuk kajian dan kaedah-kaedah yang digunakan. Aspek-aspek yang
dihuraikan dalam bab ini adalah mengenai reka bentuk kajian, instrumen kajian,
mentadbir soal selidik, populasi dan sampel kajian, kajian rintis, pengolahan serta
penganalisaan data. Reka bentuk dan kaedah yang dijelaskan di sini membantu
pengkaji untuk mengutip dan mengumpulkan data bagi tujuan menganalisisnya.
39
3.2 Reka Bentuk Kajian
Menurut Mohd Najib (1994), reka bentuk penyelidikan adalah bertujuan untuk
mencari jawapan kepada kajian yang dikaji. Reka bentuk kajian ini ialah kajian
tinjauan berbentuk desriptif ke atas penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan
guru di PKG Zon Tasek Utara, Johor Bahru. Borang soal selidik digunakan untuk
mendapatkan data. Ia juga sebagai panduan dalam mengumpul data, mengurus soal
selidik, menganalisis dan menginterpertasi data.
3.3 Populasi Kajian
Gay dan Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai kumpulan sasaran
pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Manakala
Mohd Majid (2004) mendifinisikan populasi sebagai satu set ciri yang menunjukkan
cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Individu
atau objek yang dicerap mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri atau sifat
yang sama antara satu sama lain. Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru yang
berkhidmat di sekolah rendah yang mempunyai pusat akses di Pusat Kegiatan Guru
Zon Tasek Utara, Johor Bahru.
40
3.4 Kaedah Persampelan
Mohd Najib (1990) sampel ialah sumber untuk mendapatkan data, manakala
populasi adalah jumlah semua ahli dalam kelompok. Dalam kajian ini guru yang
terpilih sebagai sampel kajian adalah guru-guru yang berkhidmat di sekolah rendah
yang mempunyai pusat akses di Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek Utara, Johor Bahru.
Pengkaji menggunakan kaedah persampelan rawak mudah untuk mendapatkan sampel
yang mewakili populasi. Menurut Lim et. al. (2006), persampelan rawak mudah adalah
satu proses pemilihan sampel di mana semua individu dalam populasi tertentu
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.
Persampelan rawak mudah merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan
sampel yang mewakili populasi. Pengkaji menggunakan Jadual Krejie, R.V dan
Morgan D.W (1970) bagi menentukan sampel daripada populasi. Sebagai rumusan,
populasi ialah seramai 130 orang guru, manakala saiz sampel ialah 97 orang guru, iaitu
14 orang bagi setiap sekolah yang terpilih. Tujuh buah sekolah rendah yang
mempunyai pusat akses sekolah yang terpilih ialah :
i. SK Temenggong Abdul Rahman I (STAR 1) , Johor Bahru
ii. SK Temenggong Abdul Rahman II (STAR 11) , Johor Bahru
iii. SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru
iv. SK (P) Bandar Tinggi, Johor Bahru
v. SK (P) Yahya Awal, Johor Bahru
vi. SK Ngee Heng , Johor Bahru
vii. SK Tasek Utara, Johor Bahru
41
3.5 Instrumen Kajian
Instrumen kajian terdiri daripada borang soal selidik. Borang soal selidik ini
dibentuk berdasarkan objektif dan matlamat kajian yang telah ditetapkan. Ia dibentuk
untuk mendapatkan maklumat terhadap penggunaan pusat akses sekolah oleh
responden. Soal selidik sesuai kerana ia dapat memberikan maklum balas yang lebih
tepat kerana responden tidak berhadapan dengan pengkaji semasa menjaawab soalan-
soalan tersebut. Selain itu, pewujudan dan pengaturan daripada soal selidik adalah cara
yang berkesan dan berjaya jika dilakukan dengan betul dan berhati-hati untuk
meningkatkan jumlah maklum balas, memudahkan kesimpulan dan analisa data
terkumpul ( Azizi et.al.,2007). Dalam kajian ini, pengkaji menyesuaikan sebahagian
dari soalan soal selidik dari instrumen Kementerian Pelajaran Malaysia. (Jemaah Nazir
Sekolah pemeriksaan pusat akses sekolah tahun 2007). Borang soal selidik ini
terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu ;
Bahagian A :
Bahagian ini terdiri daripada soalan-soalan tertutup yang berkenaan dengan
latar belakang responden seperti pengalaman mengajar dan usia guru. Bahagian ini
disediakan untuk mengenalpasti golongan guru yang menjadi pengguna pusat akses
sekolah .
Jadual 3.1 : Latar belakang Responden
Item Latar belakang 1 Usia 2 Pengalaman mengajar
42
Bahagian B :
Soalan–soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini adalah berkaitan
persoalan-persoalan kajian iaitu faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan
pusat akses sekolah serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru di pusat akses
sekolah. Kaedah skala Likert digunakan dalam pembentukan soalan dalam bahagian
ini. Kaedah skala Likert ini digunakan untuk menilai pandangan responden terhadap
kenyataan yang diberikan. Responden dikehendaki memilih salah satu pilihan
mengenai tahap persetujuan atau kepuasan mereka terhadap kenyataan yang diberikan.
Terdapat lima skor mata bagi Skala Likert ialah Sangat tidak setuju (1), Tidak setuju
(2), Kurang setuju (3), Setuju (4) dan Sangat setuju (5) seperti jadual di bawah.
Jadual 3.2 : Jadual Skala Likert
Sangat tidak
setuju
Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju
1 2 3 4 5
Jadual 3.3 : Persoalan Kajian I dan II
Bil. Persoalan Kajian Item 1. Apakah faktor-faktor yang mendorong
guru menggunakan pusat akses?
1 hingga 12
2. Apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru di pusat akses?
13 hingga 21
43
Bahagian C
Soalan –soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini adalah berkaitan
dengan persoalan kajian mengenai halangan-halangan yang dihadapi oleh guru untuk
menggunakan pusat akses sekolah. Responden dikehendaki memilih salah satu pilihan
mengenai tahap persetujuan atau kepuasan mereka terhadap kenyataan yang diberikan.
Jadual 3.4 : Persoalan Kajian III
Bil. Persoalan Kajian Item 3. Apakah halangan-halangan yang dihadapi
oleh guru untuk menggunakan pusat akses sekolah ?
22 hingga 30
3.6 Kajian Rintis
Hanya sebuah sekolah sahaja yang terlibat dalam kajian rintis ini. Guru yang
diambil tidak melibatkan populasi yang telah dirancang, iaitu seramai 15 orang. Kajian
rintis dijalankan bagi menentukan soalan yang dibentuk mudah difahami dan tidak
membebankan guru untuk menjawabnya. Sehubungan dengan itu, soalan-soalan yang
tidak sesuai, sukar difahami dan yang boleh mengelirukan akan dibuat
penambahbaikan atau tidak dimasukkan sebagai instrumen kajian. Tujuan kajian rintis
ialah untuk :
44
i) Mengenalpasti masalah berhubung dengan pemahaman dan interpretasi
terhadap item soal selidik.
ii) Untuk melihat jangkamasa yang diperlukan bagi menjawab item yang
dikemukakan di dalam soal selidik.
iii) Untuk mendapat maklum balas daripada responden yang menjawab
3.6.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kesahan membawa maksud data yang diperolehi adalah melambangkan apa
yang diukur Mohd Najib Ghafar (1998) dalam Shahrul (2003). Kajian rintis dijalankan
bagi menentukan kesesuaian, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian untuk
pengumpulan data. Manakala kebolehpercayaan pula ialah ketekalan sesuatu alat
dalam melahirkan skor yang setara iaitu skor yang sama diperolehi apabila
dilaksanakan sebanyak dua kali pada subjek yang sama (Syahram Abdullah,1990).
Mengikut Mohd Majid (1994) menyatakan, meskipun tiada batasan khusus
yang boleh digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang sesuai bagi
sesuatu alat ukur, pekali kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sering digunakan
dan menjadikan rujukan paling minimum untuk diterima. Nilai Alpha Cronbach bagi
instrumen kajian rintis ialah r = 0.7730.
45
3.7 Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji merujuk jadual di bawah berdasar Azizi et al (2006) untuk
menghasilkan keputusan yang akan diperolehi adalah sahih dan mempunyai darjah
kepercayaan yang tinggi.
Jadual 3.5 : Kekuatan Hubungan Gilford
3.8 Tatacara Pelaksanaan
Beberapa prosedur perlu dilaksanakan sebelum dan selepas set instrumen
kajian diedarkan oleh pengkaji, iaitu mendapatkan kelulusan Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) dan Jabatan Pelajaran Negeri melalui
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia bagi menjalankan kajian ini.
Setelah soal selidik diluluskan, pengkaji pergi ke setiap sekolah yang terlibat
bagi mendapatkan kebenaran dari pihak pentadbir sekolah yang terlibat untuk
menyerahkan soal selidik untuk dijawab. Pihak sekolah diminta untuk menjawab soal
selidik dalam masa tujuh hari. Prosedur untuk menjawab soalan soal selidik disertakan
Tahap Nilai Min
Rendah 1.00-2.33
Sederhana 2.34-3.66
Tinggi 3.67-5.00
46
bersama-sama dengan borang soal selidik. Pengumpulan borang soal selidik yang telah
dijawab, dilakukan dengan dua cara. Pertama, pengkaji mengambilnya sendiri di
sekolah yang terlibat dan yang kedua mengambil instrumen kajian di “pigeon hole”
PPD Johor Bahru setelah mendapat makluman dari pihak sekolah.
3.9 Kaedah Analisis
Perisian Statistical Package for Social Science for Windows Version 12.0
(SPSS) digunakan untuk menganalisis data –data yang dikumpul. Data yang diperolehi
akan dianalisis. Menurut Mohd Najib (1994), penganalisaan data merupakan teknik
untuk mengumpul, mengolah, menganalisis, menyimpan dan mengeluarkan data.
3.9.1 Analisis Deskriptif
Data dari soal selidik yang diperolehi akan dianalisis bagi mendapatkan nilai
kekerapan, peratusan dan min. Menurut Mohd Najib (1998) nilai kekerapan dan min
digunakan untuk mewakili atau menerangkan ciri kumpulan sesuatu data serta
menerangkan kandungan sesuatu set soalan. Min sesuai digunakan untuk memudahkan
tugas analisis kerana min melambangkan arah tuju responden adalah sesuai digunakan
dalam kajian bagi memudahkan tugas analisis dengan mengira sampel untuk gagasan
item-item kerana ia lebih bermakna untuk mencapai objektif kajian. Setiap item
dianalisis, dikumpul mengikut aspek dan dipersembahkan dalam bentuk jadual
47
peratusan. Analisis deskriptif digunakan bagi tujuan ini adalah kekerapan, peratusan
dan purata. Berdasarkan analisis kekerapan , nilai min diperolehi dan digunakan untuk
mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses sekolah,
mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru di pusat akses sekolah dan
halangan-halangan yang dihadapi oleh guru di pusat akses sekolah .
3.10 Rumusan
Pengkaji telah membincangkan metodologi kajian yang digunakan dalam
kajian ini. Huraian analisis yang dibuat adalah berdasarkan kepada setiap item soalan
dan juga secara keseluruhan bagi setiap persoalan kajian. Pengkaji akan meneruskan
hasil kajian dan menganalisisnya di dalam bab yang berikutnya.
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini membentangkan data yang diperolehi dari kajian tentang penggunaan
pusat akses sekolah dalam kalangan guru yang telah dijalankan di tujuh buah sekolah di
Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek Utara (PKG) Johor Bahru. Sebanyak 97 borang soal
selidik telah diedarkan kepada sampel kajian, yang terdiri daripada guru-guru yang
bertugas di tujuh buah sekolah rendah yang mempunyai pusat akses. Dapatan kajian
dimuatkan dalam bentuk statistik deskriptif. Data telah dikumpul dan dianalisis dengan
menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Package for Social Science Version
12.0 for Windows). Perbincangan hasil kajian adalah berdasarkan kepada persoalan
kajian.
49
4.2 Analisis Faktor Latar Belakang Responden
Responden terdiri daripada guru-guru di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Zon Tasek
Utara Johor Bahru. Seramai 83 orang responden terlibat dalam kajian ini. Bahagian ini
menerangkan latar belakang responden dari aspek umur dan pengalaman mengajar
mereka.
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur
Terdapat lima kategori peringkat umur. Berdasarkan Jadual 4.1, bilangan
responden yang berumur 25 hingga 30 tahun adalah seramai 53 orang iaitu 63.9 peratus,
bagi yang berumur 31 hingga 35 tahun adalah seramai 14 orang iaitu 16.9 peratus.
Manakala bagi yang berumur 36 hingga 40 tahun pula adalah seramai 5 orang iaitu 6.0
peratus, responden yang berumur 41 hingga 50 tahun adalah seramai 9 orang iaitu 10.8
peratus dan diikuti dengan yang berumur 51 tahun ke atas adalah 2 orang iaitu 2.4
peratus.
Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Umur
Usia Frekuensi (F) Peratus (%)
25 – 30 tahun 53 63.9
31 – 35 tahun 14 16.9
36- 40 tahun 5 6.0
41 – 50 tahun 9 10.8
51 tahun ke atas 2 2.4
Jumlah 83 100
50
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar
Berpandukan Jadual 4.2, taburan responden yang berpengalaman mengajar di
antara 1 hingga 5 tahun berjumlah 52 orang iaitu 62.7 peratus, diikuti dengan mereka
yang berpengalaman di antara 6 hingga 10 tahun seramai 13 responden iaitu 15.7
peratus. Sementara itu seramai 8 orang responden iaitu 9.6 peratus yang berpengalaman
11 hingga 15 tahun. Golongan yang berpengalaman di antara 16 hingga 20 tahun pula
adalah sebanyak 4.8 peratus dan responden yang berpengalaman 20 tahun ke atas adalah
seramai 6 orang sahaja iaitu 7.2 peratus.
Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar
4.3 Analisis Data
Dalam bahagian ini dapatan kajian diperolehi daripada tiga bahagian soal selidik
yang dikemukakan iaitu Bahagian A, B dan C. Bahagian A mengandungi maklumat
mengenai latar belakang responden. Bahagian B dan C pula mengandungi item-item
Penglaman Mengajar Frekuensi (F) Peratus (%)
20 tahun ke atas 6 7.2
16 – 20 tahun 4 4.8
11- 15 tahun 8 9.6
6 – 10 tahun 13 15.7
1- 5 tahun 52 62.7
Jumlah 83 100
51
yang menjawab persoalan kajian. Persoalan kajian yang dibincangkan bertumpu kepada
tiga bahagian iaitu, apakah faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat
akses sekolah, apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru di pusat akses sekolah
dan apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh guru untuk menggunakan pusat akses
sekolah.
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian I : Faktor-Faktor Yang Mendorong Guru
Menggunakan Pusat Akses Sekolah.
Min keseluruhan bagi penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru
berada pada tahap 3.81 iaitu pada tahap tinggi. Jadual 4.3 menunjukkan maklum balas
responden terhadap faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses
sekolah. Analisis item mendapati nilai skor min yang tertinggi ialah item 11 di mana
nilai skor min ialah 4.06. Item tersebut ialah mengenai lokasi pusat akses sekolah di
mana responden merasakan ia adalah sesuai untuk warga sekolah. Item yang kedua
tertinggi ialah 4.04 iaitu mengenai galakan yang diberikan oleh pihak sekolah untuk
menggunakan pusat akses sekolah bagi mengakses maklumat berkaitan pengajaran dan
pembelajaran. Ini termasuklah kebebasan responden untuk menggunakan pusat akses
sekolah kerana masa operasinya panjang dan selepas waktu persekolahan.
Item 2 mempunyai nilai skor min terendah iaitu berkenaan dengan kemudahan
internetnya yang laju dan memudahkan guru. Walaupun begitu responden beranggapan
bahawa kelajuan internet boleh dipertingkatkan lagi. Oleh itu guru-guru berpendapat
bahawa pusat akses sekolah sememangnya memberi manfaat.
52
Jadual 4.3 Maklum balas Bagi Item Faktor-faktor Yang Mendorong
Guru Menggunakan Pusat Akses Sekolah
Peratus Dan frekuensi (n=83)
Item
Pernyataan STS TS KS S SS
MIN
11.
Saya berpendapat lokasi Pusat Akses Sekolah adalah sesuai untuk warga sekolah.
-
-
2.4 2
15.2 13
55.4 46
26.5 22
4.06
10.
Saya diberi galakkan oleh pihak sekolah utk menggunakan Pusat Akses Sekolah bagi mengakses maklumat berkaitan P&P.
2.4
2
2.4
2
12.0
10
54.2
45
28.9 24
4.04
6
Saya bebas menggunakannya kerana masa operasinya sepjg dan selepas waktu persekolahan
3 3.6
3 3.6
14.5 12
49.4 41
28.9 24
3.96
3.
Saya dapat berjimat dengan mengakses internet di pusat akses sekolah
2.4 2
6.0 5
20.5 17
34.9 29
36.1 30
3.96
9.
Saya menggalakkan murid untuk menggunakan Pusat Akses Sekolah pada waktu persekolahan.
3.6 3
- -
18.1 15
54.2 45
24.1 20
3.95
4.
Saya tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan kemudahan internet di tempat lain.
3.6 3
2.4 2
20.5 17
43.4 36
30.1 25
3.93
5. Saya selesa dengan waktu operasi Pusat
2.4 2
2.4 2
15.7 13
60.2 50
19.3 16
3.91
53
Akses Sekolah.
7.
Saya dapat menggunakan komputer dan pencetak secara percuma.
- -
10.8 9
21.7 18
37.3 31
30.1 25
3.86
1
Saya menggunakan pusat akses sekolah kerana mudah mengakses internet.
3.6 3
3.6 3
20.5 17
51.8 43
20.5 17
3.81
12.
Saya berpendapat peralatan di Pusat Akses Sekolah adalah mencukupi.
4.8 4
6.0 5
31.3 26
43.4 36
14.5 12
3.56
8.
Saya belajar daripada kawan cara mengkakses internet di pusat akses sekolah
6.0 5
12.0 10
20.5 17
55.4 46
6.0 5
3.43
2.
Kemudahan internetnya laju dan memudahkan saya.
4.8 4
15.7 13
32.5 27
42.2 35
4.8 4
3.26
Min Keseluruhan
3.81
*f( frekuensi)= angka dalam italic menunjukkan nilai frekuensi STS=Sangat tidak setuju TS=Tidak setuju TP=Tidak pasti S=Setuju SS=Sangat setuju
…sambungan Jadual 4.3
54
4.3.1.1. Faktor-faktor Yang Mendorong Guru Menggunakan Pusat Akses Sekolah
Berasaskan Umur Bagi Item Yang Mempunyai Nilai Min Tertinggi dan
Terendah
Kaedah jadual silang (Crosstabulation) digunakan untuk melihat penggunaan
berasaskan faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses sekolah berdasarkan
latar belakang iaitu umur responden. Lokasi pusat akses sekolah yang sesuai untuk
warga sekolah merupakan faktor pendorong yang mempunyai nilai min tertinggi.
Dapatan mendapati melalui Jadual 4.4 di bawah menunjukkan 68 orang daripada
83 responden memberi maklum balas bersetuju bahawa lokasi pusat akses sekolah
sesuai untuk warga sekolah. Responden yang berumur 25 hingga 30 tahun (51.8 peratus)
merupakan golongan yang paling ramai bersetuju dengan pernyataan ini berbanding
dengan hanya seorang sahaja responden yang berumur 51 tahun ke atas bersetuju (1.2
peratus).
Namun begitu bilangan responden yang kurang bersetuju pula ialah 9 orang
responden (10.8 peratus) juga dari kalangan responden yang berumur 25 hingga 30
tahun. Jumlah keseluruhan responden yang kurang setuju dengan pernyataan yang sama
ialah seramai 13 orang daripada 83 orang responden . Hanya dua orang responden (2.4
peratus) tidak bersetuju dengan pernyataan lokasi pusat akses sekolah adalah sesuai
untuk warga sekolah. Responden berkenaan ialah seorang berumur 25 hingga 30 tahun
dan seorang lagi berumur 51 tahun ke atas. Secara keseluruhannya responden bersetuju
bahawa lokasi pusat akses sekolah yang sesuai menyumbang kepada penggunaan pusat
akses sekolah dalam kalangan guru.
55
Jadual 4.4 : Faktor-faktor Yang Mendorong Guru Menggunakan Pusat Akses Sekolah Berasaskan Umur Bagi Item Yang Mempunyai Nilai Min Tertinggi
Saya berpendapat lokasi pusat akses sekolah adalah sesuai untuk warga sekolah.
Umur STS/ TS
KS S/SS Jumlah n
25 – 30 tahun
1 1.2%
9 10.8%
43 51.8%
53 63.9%
31 – 35 tahun
- 1 1.2%
13 15.6%
14 16.9%
36 – 40 tahun
- 2 2.4%
3 3.6%
5 6.0%
41 – 50 tahun
- 1 1.2%
8 9.6%
9 10.8%
51 tahun ke atas
1 1.2%
- 1 1.2%
2 2.4
Jumlah 2 2.4%
13 15.7%
68 81.9%
83 100.0%
Manakala Jadual 4.5 di bawah menunjukkan maklum balas bagi pernyataan yang
mempunyai nilai min terendah iaitu mengenai kemudahan internetnya yang laju. Dari
83 orang responden hanya 39 orang responden sahaja yang bersetuju dan responden
yang paling ramai bersetuju ialah yang berumur 20 hingga 30 tahun iaitu 28 orang (33.7
peratus). Seramai 17 orang responden tidak bersetuju dengan pernyataan yang sama,
responden yang teramai ialah 8 orang responden (9.6 peratus) dari kalangan yang
berumur 25 hingga 30 tahun dan setiap seorang (1.2 peratus) dari responden yang
berumur 36 hingga 51 tahun ke atas. Responden beranggapan bahawa perkhidmatan
internet masih boleh dipertingkatkan lagi bagi menggalakkan penggunaannya terutama
dari segi kelajuan dalam capaian internet.
56
Jadual 4.5 : Faktor-faktor Yang Mendorong Guru Menggunakan Pusat Akses Sekolah Berasaskan Umur Bagi Item Yang Mempunyai Nilai Min Terendah
Kemudahan internetnya laju dan memudahkan saya.
Umur STS/ TS
KS S/SS Jumlah n
25 – 30 tahun
8 9.6%
17 20.5%
28 33.7%
53 63.9%
31 – 35 tahun
6 7.2%
3 3.6%
5 6.0%
14 16.9%
36 – 40 tahun
1 1.2%
4 4.8%
- 5 6.0%
41 – 50 tahun
1 1.2%
3 3.6
5 6.0%
9 10.8%
51 tahun ke atas
1 1.2%
- 1 1.2%
2 2.4
Jumlah 17 20.5%
27 32.5%
39 46.2%
83 100.0%
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian II : Apakah Aktiviti-Aktiviti Yang Dilakukan
Oleh Guru Di Pusat Akses Sekolah.
Persoalan kajian kedua adalah mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
guru di pusat akses sekolah, ia terdapat di dalam soal selidik dalam bahagian B yang
mengandungi 9 item. Jadual 4.6 menunjukkan maklum balas responden terhadap
aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru di pusat akses sekolah.
57
Nilai min tertinggi ialah 4.21 iaitu item 13 mengenai aktiviti mengakses internet
untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran. Bagi nilai min kedua tinggi ialah
3.84 iaitu mengenai aktiviti-aktiviti mencari bahan untuk penyediaan soalan
peperiksaan. Nilai skor min terendah ialah 3.14 iaitu item 16 mengenai aktiviti
penggunaan emel sebagai alat komunikasi sesama rakan guru. Aktiviti penggunaan emel
sebagai alat komunikasi tidak popular dalam kalangan guru dan masih berada pada tahap
minima. Walau bagaimanapun aktiviti internet untuk melayari laman web bagi
mengakses maklumat tetap dilakukan sebagai aktiviti untuk menambahkan ilmu
pengetahuan dan info terkini.
Nilai min keseluruhan yang diperolehi ialah 3.59 iaitu berada pada tahap
sederhana. Ini menunjukkan bahawa aktiviti guru di pusat akses sekolah berada di tahap
yang sederhana. Aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada mengakses bahan-bahan dari
internet untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran masih berada pada tahap yang
sederhana.
Jadual 4.6 Maklum balas Mengenai Aktiviti Guru Di Pusat Akses Sekolah
Peratus Dan frekuensi (n = 83)
ITEM
PERNYATAAN STS TS KS S SS
MIN
13.
Saya mengakses internet untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran .
1.2 1
1.2 1
12.0 10
45.8 38
39.8 33
4.21
21. Saya mencari bahan untuk penyediaan soalan peperiksaan.
2.4 2
2.4 2
21.7 18
55.4 46
18.1 15
3.84
58
*f( frekuensi)= angka dalam italic menunjukkan nilai frekuensi STS=Sangat tidak setuju TS=Tidak setuju
TP=Tidak pasti S=Setuju SS=Sangat setuju
17. Saya membaca akhbar secara online.
1.2 1
4.8 4
26.5 22
48.2 40
19.3 16
3.79
19. Saya melayari laman web yang telah ditentukan melalui panduan di pusat akses sekolah.
3.6 3
3.6 3
24. 20
60.2 50
8.4 7
3.66
14. Saya melayari laman web MySchoolNet.
2.4 2
7.2 6
28.9 24
54.2 45
7.2 6
3.56
18. Saya membaca majalah secara online.
2.4 2
8.4 7
45.8 38
34.9 29
8.4 7
3.38
20 Saya menggunakan komputer di pusat aksessekolah untuk melihat perisian.
3.6 3
15.7 13
28.9 24
45.8 38
6.0 5
3.34
15. Saya melayari laman web MyTutor.
4.8 4
10.8 9
31.3 26
49.4 41
3.6 3
3.36
16. Saya menggunakan emel untuk berkomunikasi sesama rakan guru.
4.8 4
18.1 15
42.2 35
27.7 23
7.2 6
3.14
Min Keseluruhan 3.59
…sambungan Jadual 4.6
59
4.3.2.1 Aktiviti-aktiviti Yang Dilakukan Oleh Guru di Pusat Akses Sekolah Berasaskan Umur Item Yang Mempunyai Nilai Min Tertinggi dan Terendah
Hasil dapatan kajian dalam Jadual 4.7 di bawah, mendapati bahawa 71 orang
responden lebih kerap mengakses internet untuk mencari bahan pengajaran dan
pembelajaran, 49 (59.0 peratus) daripada responden ini berumur di antara 25 hingga 30
tahun. Golongan ke dua teramai ialah yang berumur 31 hingga 35 tahun iaitu 11 orang
(13.2 peratus). Hanya 2 orang responden sahaja yang tidak bersetuju iaitu 2.4 peratus,
setiap seorang daripada mereka ialah dari kalangan yang berumur 25 hingga 30 dan 51
tahun ke atas. Keutamaan aktiviti yang dilakukan oleh guru di pusat akses sekolah ialah
mencari bahan pengajaran dan pembelajaran yang merupakan satu aktiviti yang selari
dengan tugas sebagai seorang guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar.
Jadual 4.7 : Aktiviti-aktiviti yang Dilakukan Oleh Guru Di Pusat Akses Sekolah Berasaskan Umur Bagi Item Yang Mempunyai Nilai Min Tertinggi
Saya mengakses internet untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran .
Umur STS/ TS
KS S/SS Jumlah n
25 – 30 tahun
1 1.2%
3 3.6%
49 59.0%
53 63.9%
31 – 35 tahun
- 3 3.6%
11 13.2%
14 16.9%
36 – 40 tahun
- 2 2.4%
3 3.6%
5 6.0%
41 – 50 tahun
- 1 1.2%
8 9.6%
9 10.8%
51 tahun ke atas
1 1.2%
1 1.2%
- 2 2.4
Jumlah 2 2.4%
10 12.0%
71 85.6%
83 100.0%
60
Hanya 20 orang responden bersetuju dengan pernyataan menggunakan emel
untuk berkomunikasi sesama rakan guru, 35 orang responden kurang setuju dan 19
orang responden pula tidak bersetuju. Responden yang berumur 25 hingga 30 tahun
merupakan golongan responden yang paling ramai bersetuju iaitu 20 responden (24.1
peratus). Berbanding dengan keseluruhan responden yang tidak setuju golongan yang
berumur 25 hingga 30 tahun turut merupakan golongan yang teramai tidak bersetuju
dengan pernyataan yang sama.
Aktiviti menggunakan emel untuk berkomunikasi sesama rakan guru masih
belum meluas dan tidak popular dalam kalangan mereka. Didapati aktiviti ini sangat
rendah di semua peringkat umur.
Jadual 4.8 : Aktiviti-aktiviti yang Dilakukan Oleh Guru Di Pusat Akses Sekolah Berasaskan Umur Bagi Item Yang Mempunyai Nilai Min Terendah
Saya juga menggunakan emel untuk berkomunikasi sesama rakan guru.
Umur STS/ TS
KS S/SS Jumlah n
25 – 30 tahun
12 14.4%
21 25.3%
20 24.1%
53 63.9%
31 – 35 tahun
3 3.6%
5 6.0%
6 7.2%
14 16.9%
36 – 40 tahun
1 1.2%
3 3.6%
1 1.2%
5 6.0%
41 – 50 tahun
2 2.4%
5 6.0%
2 2.4%
9 10.8%
51 tahun ke atas
1 1.2%
1 1.2%
- 2 2.4
Jumlah 19 22.9%
35 42.2%
29 34.9%
83 100.0%
61
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian III : Apakah Halangan-halangan yang dihadapi
oleh Guru Di Pusat Akses Sekolah.
Jadual 4.9 menunjukkan maklum balas mengenai halangan - halangan yang
dihadapi oleh guru untuk menggunakan pusat akses sekolah. Nilai min tertinggi ialah
3.89 iaitu serangan virus yang membimbangkan. Selain itu bilangan komputer di pusat
akses sekolah yang amat terhad menyebabkan guru terpaksa berkongsi dan secara
bergilir. Nilai skor min yang terendah ialah item 24 iaitu 2.97, mengenai tugasan guru
yang sangat berat menyebabkan sukar menggunakan pusat akses sekolah. Guru tertakluk
pada jadual waktu persekolahan yang padat dan beban tugas yang berat sebagai
penyumbang kepada penghalang penggunaan pusat akses sekolah.
Nilai min keseluruhan bagi halangan yang dihadapi oleh guru untuk
menggunakan pusat akses sekolah ialah 3.36. dan berada pada tahap sederhana. Ini
menunjukkan terdapat halangan yang dihadapi oleh guru untuk menggunakan pusat
akses sekolah. Namun demikian guru masih menggunakan pusat akses sekolah kerana
halangan-halangannya masih boleh diatasi.
Jadual 4.9 : Maklum balas Mengenai Halangan-halangan yang dihadapi oleh
Guru Di Pusat Akses Sekolah.
Peratus Dan frekuensi (n=83)
ITEM
PERNYATAAN STS TS KS S SS
MIN
30. Serangan virus membimbangkan saya.
2.4 2
12.0 10
15.7 13
33.7 28
36.1 30
3.89
26. Bilangan komputer di pusat akses sekolah amat
- -
9.6 8
25.3 21
43.4 36
21.7 18
3.77
62
terhad. 25. Saya lebih bebas
mengakses internet di rumah daripada di pusat akses sekolah.
7.2 6
13.3 11
22.9 19
32.5 27
24.1 20
3.53
22. Lokasi pusat akses sekolah yang berada di tingkat atas menyulitkan.
7.2 6
16.9 14
31.3 26
27.7 23
16.9 14
3.30
27. Lebih mudah jika guru dibenarkan menyimpan fail yang dimuat turun dalam komputer di pusat akses sekolah.
10.8 9
15.7 13
19.3 16
41.0 34
13.3 11
3.30
28. Jadualwaktu persendirian yang ketat menyukarkan saya menggunakan pusat akses sekolah.
7.2 6
15.7 13
31.3 26
36.1 30
9.6 8
3.25
29. Saya mengambil masa yang lama untuk akses laman web yang relevan dengan P&P.
3.6 3
26.5 22
31.3 26
28.9 24
9.6 8
3.14
23. Saya tiada kesempatan menggunakan pusat akses sekolah kerana masa di sekolah amat terhad.
12.0 10
21.7 18
25.3 21
30.1 25
10.8 9
3.06
24. Tugasan sebagai guru sangat berat saya sukar untuk menggunakannya.
10.8 9
22.9 19
27.7 23
34.9 29
3.6 3
2.97
Min Keseluruhan 3.36
*f( frekuensi)= angka dalam italic menunjukkan nilai frekuensi STS=Sangat tidak setuju TS=Tidak setuju TP=Tidak pasti S=Setuju SS=Sangat setuju
…sambungan Jadual 4.9
63
4.3.3.1 Halangan-halangan Yang Dihadapi Oleh Guru Untuk Menggunakan Pusat
Akses Sekolah Berasaskan Umur Item Yang Mempunyai Nilai Min
Tertinggi dan Terendah
Jadual 4.10 di bawah, menunjukkan seramai 58 orang responden daripada 83
orang bersetuju dengan pernyataan tentang kebimbangan mengenai serangan virus.
Responden yang paling ramai ialah yang berumur 25 hingga 30 tahun iaitu seramai 37
orang (44.6 peratus). Hanya ada dua orang sahaja responden yang berumur 51 tahun ke
atas dan keduanya memberi persetujuan sepenuhnya bahawa serangan virus sangat
membimbangkan.
Bagi pernyataan yang sama terdapat 12 orang responden tidak bersetuju.
Golongan yang teramai ialah golongan yang berumur 25 hingga 30 tahun. Responden
kedua yang tidak bersetuju pula ialah yang berumur 31 hingga 35 tahun. Sungguhpun
terdapat kebimbangan terhadap serangan virus, guru masih menggunakan pusat akses
sekolah. Kesedaran dan kebimbangan serangan virus tidak menghalang penggunaan
pusat akses sekolah dalam kalangan guru.
64
Jadual 4.10 : Halangan-halangan yang Dihadapi Oleh Guru Di Pusat Akses Sekolah Berasaskan Umur Bagi Item Yang Mempunyai Nilai Min Tertinggi
Serangan virus membimbangkan saya.
Umur STS/ TS
KS S/SS Jumlah n
25 – 30 tahun
8 9.6%
8 9.6%
37 44.6%
53 63.9%
31 – 35 tahun
3 3.6%
2 2.4%
9 10.8%
14 16.9%
36 – 40 tahun
1 1.2%
2 2.4%
2 2.4%
5 6.0%
41 – 50 tahun
- 1 1.2%
8 9.6%
9 10.8%
51 tahun ke atas
- - 2 2.4%
2 2.4
Jumlah 12 14.4%
13 15.7%
58 69.8%
83 100.0%
Dapatan berikut dapat dilihat melalui Jadual 4.11 di bawah. Seramai 32 orang
responden daripada 83 orang bersetuju bahawa tugasan yang berat sebagai guru
menyukarkan mereka menggunakan pusat akses sekolah. Responden yang berumur 25
hingga 30 tahun yang bersetuju ialah seramai 20 orang (24.1 peratus). Ini menunjukkan
bahawa golongan ini beranggapan kesukaran menggunakan pusat akses sekolah adalah
disebabkan tugasan yang berat di sekolah.
Sebaliknya terdapat 28 orang responden tidak bersetuju dengan pernyataan ini
iaitu sebanyak 33.7 peratus. Daripada 28 orang responden yang tidak bersetuju didapati
golongan yang berumur 25 hingga 30 ialah seramai 21 orang dengan peratusan 25.3
peratus. Responden di atas beranggapan bahawa tugasan sebagai guru tidak menghalang
mereka daripada menggunakan pusat akses sekolah.
65
Jadual 4.11 : Halangan-halangan yang Dihadapi Oleh Guru Di Pusat Akses Sekolah Berasaskan Umur Bagi Item Yang Mempunyai Nilai Min Terendah
Tugasan sebagai guru sangat berat saya sukar untuk menggunakannya.
Umur STS/ TS
KS S/SS Jumlah n
25 – 30 tahun
21 25.3%
12 14.5%
20 24.1%
53 63.9%
31 – 35 tahun
3 3.6%
7 8.4%
4 4.8%
14 16.9%
36 – 40 tahun
- 2 2.4%
3 3.6%
5 6.0%
41 – 50 tahun
3 3.6%
2 2.4%
4 4.8%
9 10.8%
51 tahun ke atas
1 1.2%
- 1 1.2%
2 2.4
Jumlah 28 33.7%
23 27.7%
32 38.5%
83 100.0%
66
4.4 Rumusan Analisis
Rumusan dapatan kajian mengenai ketiga-tiga persoalan kajian dirumuskan di dalam
jadual 4.12 di bawah.
Jadual 4.12 : Rumusan Keseluruhan Analisis
Bil. Persoalan Kajian Min Tahap 1. Apakah faktor-faktor yang
mendorong guru menggunakan pusat akses sekolah?
3.81
Tinggi
2. Apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru di pusat akses sekolah?
3.59
Sederhana
3. Apakah halangan-halangan yang dihadapi oleh guru untuk menggunakan pusat akses sekolah ?
3.36
Sederhana
Berdasarkan Jadual 4.12 di atas, tahap penilaian responden berdasarkan min
dengan merujuk kepada sumber Azizi et al (2006), mendapati nilai purata min bagi
persoalan kajian yang pertama adalah berada di tahap tinggi iaitu 3.81. Dapatan ini
menunjukkan faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses sekolah adalah
tinggi. Bagi persoalan kedua pula, hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan tahap min
berada di tahap yang sederhana iaitu 3.59. Analisis ini menunjukkan aktiviti yang
dilakukan oleh guru di pusat akses sekolah adalah sederhana. Majoriti guru yang
menggunakan pusat akses sekolah mengakses internet untuk mencari bahan pengajaran
dan pembelajaran. Mereka juga turut melayari laman web serta membaca akhbar dan
majalah secara online.
67
Purata keseluruhan min yang diperolehi bagi persoalan kajian yang ketiga ialah
3.36, ini bermakna ia berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa terdapat halangan-halangan yang membataskan penggunaan pusat akses sekolah
dalam kalangan guru. Di antara halangannya ialah wujudnya jurang digital di antara
golongan guru muda dengan golongan guru veteran. Kekurangan peralatan komputer di
pusat akses sekolah juga menjadi halangan kepada guru kerana mereka mempunyai rutin
tugasan yang perlu dipatuhi.
4.5 Penutup
Di dalam Bab IV ini pengkaji telah menganalisis data hasil dapatan kajian
dengan merangkumkannya dalam bentuk jadual. Jadual yang dibina adalah
menunjukkan taburan responden dalam bentuk peratus, kekerapan dan min. Berdasarkan
data yang telah dianalisis, pengkaji berharap agar ulasan dan cadangan yang akan
diusulkan di dalam bab seterusnya akan dapat diterima-pakai sebagai suatu keputusan
kajian yang dikehendaki serta relevan dalam konteks kajian ini.
BAB V
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan mengenai rumusan, perbincangan, cadangan
kajian dan cadangan kajian lanjutan. Pengkaji akan merumuskan seluruh kajian
penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru ini berdasarkan objektif kajian,
persoalan kajian dan statistik yang digunakan. Dapatan yang diperolehi adalah
berdasarkan kepada objektif-objektif yang dinyatakan dalam Bab I iaitu :
5.1.1 Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan pusat akses
sekolah .
5.1.2 Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat akses sekolah oleh
guru.
5.1.3 Mengenal pasti halangan-halangan yang dihadapi oleh guru di pusat akses
sekolah .
69
Pengkaji juga turut membuat kesimpulan berdasarkan keputusan-keputusan
kajian. Perbincangan dalam bab ini menyediakan asas dalam menyusun cadangan-
cadangan yang diharapkan dalam mempertingkatkan pelaksanaan penggunaan pusat
akses sekolah di sekolah-sekolah dan kajian-kajian lanjutan yang sesuai untuk
dilakukan.
5.2 Rumusan Dapatan
Dalam bahagian ini pengkaji membincangkan rumusan dapatan tentang
penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru di Pusat Kegiatan Guru (PKG)
Zon Tasek Utara, Johor Bahru. Sampel kajian adalah terdiri daripada guru-guru yang
mengajar di tujuh buah sekolah rendah yang mempunyai pusat akses di PKG Zon
Tasek Utara, Johor Bahru. Responden kajian adalah seramai lapan puluh tiga orang
guru dari tujuh buah sekolah rendah di zon berkenaan. Analisis statistik deskriptif
digunakan untuk mendapatkan jumlah skor, min dan peratus bagi mengenal pasti
penggunaan pusat akses sekolah.
Hasil kajian mendapati faktor-faktor yang mendorong guru menggunakan
pusat akses sekolah dalam kalangan guru di PKG Zon Tasek Utara adalah pada tahap
yang tinggi. Faktor-faktornya ialah lokasi pusat akses sekolah yang sesuai, galakan
pihak pentadbir dan waktu operasi yang fleksibel menjadi pendorong kepada guru
untuk menggunakannya. Ini menunjukkan bahwa guru memang menggunakan pusat
akses sekolah kerana adanya faktor-faktor yang mendorong ini.
70
Manakala dapatan kajian mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru
di pusat akses sekolah pula berada di tahap sederhana. Aktiviti-aktiviti mengakses
internet untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran dan juga penyediaan
soalan peperiksaan selain membaca akhbar secara online dikenal pasti sebagai aktiviti
yang tinggi dilakukan oleh guru di pusat akses sekolah. Ini membuktikan bahawa guru
memang melaksanakan aktiviti-aktiviti di pusat akses sekolah, namun ia masih boleh
dipertingkatkan lagi.
Sementara itu hasil kajian mengenai halangan-halangan yang dihadapi oleh
guru juga berada pada tahap sederhana. Serangan virus, bilangan komputer yang
terhad dan lebih bebas mengakses internet di rumah adalah halangan-halangan yang
dikenal pasti dalam kajian ini. Walaupun demikian halangan-halangan ini tidak
menghalang guru daripada terus menggunakan pusat akses sekolah.
Faktor demografi dari segi umur responden pula mendapati bahawa golongan
guru yang berumur 25 hingga 30 tahun merupakan golongan yang paling ramai dan
aktif dalam menggunakan pusat akses sekolah. Hasil kajian menunjukkan wujudnya
jurang digital di antara golongan guru muda dengan golongan guru senior.
5.3 Perbincangan dan Implikasi
Pihak pentadbir sekolah boleh menjadikan kajian ini sebagai satu usaha untuk
memastikan guru dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka. Guru-guru yang
berkemahiran tinggi dalam ICT bukan sahaja dapat memanfaatkan kemahiran mereka
71
itu di dalam pengajaran dan pembelajaran malah dapat juga memanfaatkannya dalam
bidang tugas pengurusan dan pentadbiran. Pencapaian maklumat menjadi lebih pantas
dan terkini, selaras dengan arahan-arahan dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri
mahupun Pejabat Pelajaran Daerah yang disiarkan secara online atau melalui laman
web dari masa ke semasa.
Sekiranya guru dapat menjadikan pusat akses sekolah sebagai tempat mereka
mengasah serta meningkatkan kemahiran ICT, maka sudah pasti mereka akan dapat
mengaplikasikan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dilihat
sebagai pembina ilmu yang kompeten yang dapat menyampaikannya dengan kaedah
yang menarik dengan penggunaan teknologi ICT agar pengalaman pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih bermakna lagi.
Hakikat ini dapat direalisasikan kerana dengan berbantukan komputer di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mempunyai lebih banyak peluang
untuk memberi tumpuan untuk memupuk dan membina insan di samping sama-sama
berinteraksi di dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang pelbagai serta
menyeronokkan dapat dilaksanakan secara kreatif dan inovatif agar dapat memenuhi
kehendak dan perubahan pendidikan semasa.
Penggunaan media adalah sinonim dengan penggunaan teknologi dalam
pendidikan. Ia dapat membantu menyalurkan maklumat semasa pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Sebenarnya penggunaan teknologi dalam pendidikan bukanlah
hanya alat semata-mata, malah ia merupakan suatu proses perkembangan di mana
teknik, kemahiran dan pengetahuan memainkan peranan yang penting. Peranan inilah
perlu digerakkan oleh guru sebagai wadah penyampai ilmu serta juga berperanan
sebagai pencetus idea kepada anak didiknya. Apabila guru menggunakan peralatan
72
ICT sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar
maka akan mendapat dua manfaat. Pertama mereka akan dapat manfaat daripada hasil
pembelajaran dan yang kedua ialah kemahiran ICT itu sendiri. Dalam banyak hal guru
berperanan sebagai pembuka mata (an eye opener) kepada pelajarnya melalui
pengalaman-pengalaman baru yang diperkenalkan melalui proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.
5.3.1 Faktor Yang Mendorong Guru Menggunakan Pusat Akses Sekolah
Pengkaji mendapati bahawa responden menggunakan pusat akses sekolah
sebagai amalan. Kemudahan yang terdapat di pusat akses sekolah seperti komputer
dan perkhidmatan internet berjaya mendorong guru untuk menggunakannya. Justeru
itu penggunaannya berada pada tahap yang tinggi. Dapatan turut menunjukkan
terdapatnya jurang digital yang ketara di antara golongan guru muda dan golongan
guru senior. Responden yang paling aktif menggunakan pusat akses sekolah ialah dari
kalangan guru-guru muda yang berumur di antara 25 hingga 30 tahun berbanding
dengan rakan sejawat yang lebih senior.
Lazimnya golongan guru dalam usia di antara 25 hingga 30 tahun ini telah
mendapat pendedahan awal mengenai kemahiran ICT berbanding dengan guru-guru
yang lebih senior. Ini disebabkan golongan guru muda ini telah mendapat pendedahan
dan latihan penggunaan ICT semasa mereka berada di institusi pengajian tinggi.
Sedangkan golongan guru yang berumur di antara 40 hingga 51 tahun ke atas
merupakan golongan guru yang tidak mempunyai pengalaman penggunaan ICT secara
formal sewaktu di institusi perguruan. Kajian yang dijalankan terhadap guru-guru
pelatih oleh Downes (1993) pula mendapati bahawa pengalaman dengan komputer dan
pengaruh model peranan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah
73
membawa kepada sikap positif terhadap penggunaan komputer serta meningkatkan
kemungkinan guru-guru berkenaan akan menggunakan komputer di dalam bilik
darjah. Robertson et al, (1995) mengatakan tahap pendedahan guru dengan kursus-
kursus literasi komputer mempunyai kaitan yang signifikan terhadap pembentukan
sikap guru-guru terhadap komputer.
Namun tidak dinafikan dalam kalangan golongan ini terdapat segelintir guru
yang mendapat pendedahan ICT melalui latihan-latihan dalam perkhidmatan yang
dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Minat serta kesedaran untuk
mempelajari sesuatu yang baru selari dengan perkembangan semasa merupakan
aspirasi kepada golongan guru senior untuk mempelajari ICT. Desakan serta keperluan
perkhidmatan juga menjadi faktor pendorong kepada golongan ini untuk mempelajari
ICT. Diem (2000) menyatakan bahawa sebilangan kecil guru sebenarnya
menggunakan komputer atas inisiatif mereka sendiri akibat kurang sokongan dan masa
terluang untuk belajar operasi peranti teknologi yang kompleks. Guru sebenarnya peka
dengan perkembangan ICT yang pantas ke arah peningkatan diri dan profesionalisme.
Namun demikian terdapat juga persoalan bagaimana pihak pentadbir dapat
memastikan bahawa penggunaan pusat akses sekolah benar-benar dimanfaatkan oleh
guru untuk meningkatkan kualiti profesion keguruan mereka. Apakah aktiviti-aktiviti
yang dilakukan oleh guru di pusat akses dapat membantu mereka dalam tugas
menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar
mereka.
Keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa penggunaan pusat akses sekolah
memang sangat perlu, sesuai dengan perkembangan dunia teknologi pendidikan kini.
Sebagai guru mereka sedar bahawa pengetahuan ICT ini sangat perlu dalam
74
memperkaya kemahiran penggunaannya di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kewujudan pusat akses sekolah diharap dapat melahirkan masyarakat yang
bermaklumat dan celik ICT.
Dapatan ini disokong oleh Nurhayati (2001) memperlihatkan bahawa guru
memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi tentang komputer
untuk membolehkan mereka dapat mengimplimentasikan ICT dalam bilik darjah.
Guru-guru juga dikatakan merasa tidak selesa serta tidak bersedia untuk mengajar
menggunakan komputer dengan hanya memiliki pengetahuan asas tentang komputer.
Larose, et al.(1999) pula berpendapat bahawa kajian saintifik mengenai kewujudan
sokongan logistik dan teknikal telah membolehkan institusi pendidikan
mengintegrasikan penggunaan komputer dalam kerja pendidik.
5.3.2 Aktiviti Yang Dilakukan Oleh Guru Di Pusat Akses Sekolah
Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru yang menggunakan pusat akses
sekolah, melakukan pelbagai aktiviti, di antaranya ialah melayari internet untuk
mencari bahan bagi pengajaran dan pembelajaran. Pusat Akses Sekolah mengamalkan
konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Melayari internet
merupakan aktiviti yang paling tinggi dilakukan oleh guru . Ini disebabkan pusat akses
sekolah menggunakan perkhidmatan jalur lebar (broadband) dalam rangkaian
internetnya dan ini membolehkan capaian internet dapat dilakukan dengan lebih
pantas. Guru boleh mengakses internet di sini dengan mudah dan percuma.
Penggunaan teknologi seperti komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran juga memupuk nilai dan budaya kasih sayang di kalangan guru dan
75
pelajar disebalik kebimbangan yang mengatakan bahawa pembelajaran menggunakan
komputer akan meningkatkan persaingan antara individu dan perasaan individualistik
(Raja Maznah, 1995). Hakikat ini dapat direalisasikan kerana dengan berbantukan
komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mempunyai lebih
banyak peluang untuk memberi tumpuan untuk memupuk dan membina insan di
samping sama-sama berinteraksi di dalam pengajaran dan pembelajaran .
Guru melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan ICT yang dapat membantu
mereka dalam penggunaannya di dalam pembelajaran dan pengajaran. Sebilangan
besar guru berasa selesa dengan waktu operasi pusat akses sekolah yang fleksibel.
Faktor ini juga turut menggalakkan mereka melakukan aktiviti-aktiviti berkaitan
dengan ICT di pusat akses sekolah. Selain daripada itu galakan pihak pentadbir turut
menyokong penggunaan pusat akses sekolah.
Kajian-kajian terdahulu seperti Siti Fatimah (1998), Zhao(1998) dan Hilton dan
Kameda (1999) serta lain-lain lagi telah memperlihatkan bahawa penyertaan aktif
dalam kalangan pelajar dan bimbingan guru merupakan suatu bentuk sumbangan yang
berharga dari penggunaan internet. Ini kerana internet adalah alat perhubungan dan
sumber maklumat terkini yang berkesan bagi pelbagai disiplin pendidikan. Laman-
laman web yang telah ditentukan melalui panduan di pusat akses sekolah memberi
alternatif kepada guru selain mereka juga bebas melayari laman-laman web pilihan
mereka sendiri. Alternatif seperti ini dapat membantu golongan yang baru berjinak-
jinak dalam pencarian melalui internet.
Guru-guru yang menggunakan pusat akses sekolah perlulah mempunyai
tanggungjawab sosial agar tidak menyalahgunakan kemudahan mengakses internet
yang ada di pusat akses sekolah. Selari dengan fungsi pusat akses sekolah ala kafe
76
siber, guru perlu mengambil peluang ini untuk menjadikan pusat akses sekolah sebagai
medan atau tempat mereka mengenal, mengasah dan meningkatkan kemahiran serta
pengetahuan mereka. Selari dengan perkembangan semasa, penerokaan ilmu dapat
dilakukan di pusat akses sekolah melalui aktiviti melayari internet untuk mengakses
maklumat. Kabilan (2000) dan Tunku Mohaini et al (1998) menyatakan bahawa para
guru dan juga pengkaji dengan mudah boleh mendapat maklumat dan data dari
pelbagai majalah online, newsletters dan jurnal dari pelbagai sumber. Sebagai guru
mereka perlu bijak menggunakan kemudahan yang disediakan di pusat akses sekolah
agar dapat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran serta kemajuan
profesional keguruan.
Apabila guru mempunyai kemahiran ICT dan mengakses internet, kemahiran
ini dapat disampaikan kepada pelajar-pelajarnya. Menurut Jamaluddin Badushah et al
(2000), pendekatan pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat menggalakkan
pembelajaran kendiri dan ini seterusnya mendorong pelajar belajar dengan betul dan
teratur, berdikari dan berusaha sendiri. Kaedah pembelajaran ini berpusat kepada
pelajar di mana pelajar akan lebih berdikari di dalam mendapatkan ilmu terhadap
sesuatu tajuk. Menurut Rogers (1994) pembelajaran kendiri adalah sama dengan
perubahan dan pembesaran seseorang dan tugas guru ialah bertindak sebagai
fasilitator.
5.3.3 Halangan Penggunaan Pusat Akses Sekolah
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa masih terdapat halangan-halangan
yang membataskan penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan guru. Di antara
halangan-halangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan pusat akses sekolah
77
ialah bilangan komputer yang terhad, jadual waktu persendirian yang ketat, serangan
virus dan beban tugas guru. Bilangan komputer yang terhad di pusat akses sekolah
membataskan penggunaan kerana guru terpaksa menunggu giliran atau mereka
terpaksa membatalkan atau menangguhkan penggunaannya. Bagi mengatasi masalah
ini pihak sekolah perlu mengambil inisiatif untuk menambah bilangan komputer di
pusat akses sekolah.
Antara tindakan yang boleh diambil oleh pihak pentadbir untuk mengurangkan
beban tugas guru ialah dengan menyerahkan tugas-tugas perkeranian kepada kerani.
Guru-guru terpaksa membuat tugas-tugas perkeranian yang banyak serta merumitkan
seperti mengisi dokumen-dokumen tertentu. Oleh yang demikian adalah dicadangkan
agar diwujudkan jawatan kerani tambahan di sekolah yang sepatutnya melaksanakan
tugas ini supaya guru dapat memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu penyusunan jadual waktu persendirian dapat dikurangkan kepada dua puluh
empat waktu dalam seminggu berbanding dengan sekarang guru mengajar sebanyak
tiga puluh dua waktu seminggu.
Terdapat kesedaran keselamatan terhadap penggunaan bahan dan ancaman
virus yang boleh menjejas, merosakkan fail dan data serta bahan yang diakses dari
internet melalui komputer di pusat akses sekolah. Menurut Rothke (2004) pengguna
komputer akan terdedah kepada ancaman virus setiap kali menggunakan komputer
sama ada mereka menyedarinya mahupun tidak. Ancaman virus dapat dikesan melalui
perisian anti virus yang terdapat di pasaran. Namun menurut beliau lagi ia bukan
jaminan bahawa komputer adalah bebas sepenuhnya dari ancaman dan serangan virus.
Perisian anti virus perlu sentiasa dikemaskini melalui internet agar fail-fail virus yang
telah dikemaskini dapat mengenali virus-virus yang terkini, sekaligus ia dapat
mengenali dan menghapuskannya.
78
Szor (2005) menyatakan sungguhpun pengguna komputer terdedah kepada
ancaman dan serangan virus namun ia bukan penghalang kepada pengguna komputer
di seluruh dunia dari langsung tidak menggunakannya. Serangan virus menjadi satu isu
yang perlu ditangani namun keperluan dan kepentingan penggunaan komputer tetap
tinggi dengan keperluan semasa kini.
Dapatan kajian ini turut mendapati sungguhpun terdapat kebimbangan terhadap
ancaman dan serangan virus namun kebanyakan guru memberi sambutan yang baik
terhadap kemudahan internet di pusat akses sekolah. Hasil kajian mendapati bahawa
halangan penggunaan pada keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana dan ini
bermakna ia tidak menjadi penghalang kepada penggunaan serta aktiviti yang
dilakukan guru di pusat akses sekolah .
Dengan kehadiran komputer dalam kehidupan, manusia mampu melakukan
kerja yang sebelum ini sukar untuk dilakukan. Penggunaan komputer boleh juga
memberi ruang untuk membina kemahiran kognitif yang lebih tinggi terutama dalam
pengiraan dan membuat jangkaan (Noor Azlan,1995). Di dalam Garis Panduan
Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia 2003 juga telah mengenalpasti komputer
sebagai alat bantu mengajar dalam pembelajaran kanak-kanak (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2003). Sehubungan dengan pernyataan di atas maka sewajarnyalah pihak
pentadbir dan guru mengambil inisiatif dengan memanfaatkan penggunaan pusat akses
sekolah secara optimum dalam mempertingkatkan kemahiran ICT mereka.
Kajian mendapati terdapat guru yang mengambil masa yang lama untuk
mengakses laman web yang relevan dengan pengajaran dan pembelajaran. Ini
disebabkan oleh faktor masa, kurang kemahiran internet dan juga beban tugas guru itu
sendiri. Menurut kajian Muhamad Hasan bin Abdul Rahman dan Yeong Weng Fatt
(2001a & 2001b) menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan komputer dan
internet, namun seperkara yang menarik daripada dapatan penyelidikan tersebut ialah
79
91 responden (76.4%) daripada 122 berpandangan bahawa penggunaan internet
mengurangkan produktiviti kerja. Apa yang dapat diimplikasikan daripada dapatan
tersebut ialah tahap kemahiran yang rendah menyebabkan pengguna tidak cekap, sukar
dan banyak membuang masa semasa menggunakan internet. Dapatan tersebut juga
berkemungkinan dipengaruhi oleh kesukaran mengakses internet dan talian internet
yang kerap terputus. Kelembapan capaian internet akan menyebabkan kesukaran
kepada pengguna kerana talian internet yang lembab akan bermakna masa yang lebih
lama diperlukan untuk mengakses sesuatu laman web. Faktor ini juga akan
menyebabkan kehilangan fail yang dimuat turun selain pengguna merasa bosan kerana
terpaksa menunggu.
5.4 Cadangan Tindakan
Berdasarkan kepada hasil dan rumusan kajian beberapa cadangan
dikemukakan. Diharapkan implikasi kajian ini dapat dijadikan garis panduan oleh
pihak-pihak yang berkenaan untuk melihat keberkesanan penggunaan pusat akses
sekolah. Sejauh manakah aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat merangsang minat
guru terhadap ICT dan mengaplikasikannya di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pihak sekolah pula perlu mengambil inisiatif menambah bilangan komputer di pusat
akses sekolah. Tindakan penambahbaikan pusat akses sekolah ialah dengan
meningkatkan kecekapan pengurusan berkaitan dengan penggunaan dan
penyelenggaraan peralatan komputer di pusat akses sekolah. Selain itu galakan,
insentif serta penghargaan juga boleh diberi kepada guru-guru yang menggunakannya.
Sebagai langkah komunikasi pihak pentadbir boleh mengeluarkan pengumuman atau
arahan melalui emel atau di laman web.
80
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
Pengkaji mencadangkan agar dilakukan kajian yang lebih menyeluruh,
melibatkan lebih banyak sekolah. Kajian ini hanya melibatkan tujuh buah sekolah
rendah sahaja dan ke semua sekolah tersebut merupakan sekolah rendah kategori
bandar. Pengkaji mengusulkan beberapa cadangan kajian yang lebih menyeluruh
seperti kajian dijalankan di peringkat daerah yang melibatkan lebih banyak sekolah.
Lebih ramai guru yang terlibat akan dapat memberi gambaran lebih jelas terhadap
penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan mereka. Kajian juga boleh
melibatkan pelajar selain guru sebagai sampel, dengan penglibatan dua golongan ini
iaitu guru dan pelajar hasil dapatan kajian tentulah lebih menarik. Sekaligus dapat
mengenal pasti kecenderungan ke dua golongan ini terhadap aktiviti yang dilakukan di
pusat akses sekolah.
Kajian akan lebih menarik juga jika dibuat di antara sekolah menengah dan
rendah. Corak penggunaan mungkin berbeza antara guru-guru sekolah menengah
dengan sekolah rendah, begitu juga dengan kecenderungan pelajar. Dapatan ini akan
menunjukkan minat serta aktiviti yang mungkin sama atau berbeza. Kajian yang
melibatkan kategori sekolah bandar dan luar bandar turut akan menunjukkan corak
atau pola penggunaan yang menarik.
81
BIBLIOGRAFI
Ab. Rahim Selamat. (2000). Kemahiran Dalam Sekolah Bestari. Johor Bahru : Badan Cemerlang Sdn. Bhd.
Abu Zahari. (1998). Psikologi Pendidikan Untuk Guru. Selangor : Pustaka Delta Sdn. Bhd.
Ahmad Sarji Abdul Hamid. (Ed). (1993). Malaysia’s Vision 2020. Kuala Lumpur: Pelanduk Publication
Ansary Ahmed. (2006). Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional. _______________ Bahagian Teknologi Pendidikan. Jurnal BTP. Siri 4 Disember (2002) Baharudin Aris,et al.(2000). Teknologi Pendidkan, Dari Yang Tradisi Kepada Yang
Terkini, Siri Modul Pembelajaran. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.
Berita Harian Online. (1998). Malaysia Komited Lahirkan Masyarakat. Bhasah Abu Bakar. (2006). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Siri Pengajian Dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.
82
Cheiro, R.T. (1997). Teachers Perspective On Factors That Affect Computer Use. Jounal Of Research On Computing In Edu. 30(2): 133-142
Faisal Hj Mohamad & Norzita Hj Abu Mansor. (2007). Pusat Sumber Dan Kemahiran Maklumat. Alor Setar: Institut Perguruan Kedah Darulaman . Percival, F and Ellington, H. (1988). Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbitan Erlangga. G.S Rao, A.K. Rao, Zoraini Wati Abas, Wan Fauzy Wan Ismail. (1991).
Pembelajaran Berbantukan Komputer. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Hargreaves, A. (2003). Teaching In The Knowledge Society. Philadelphia : Open University Press McGraw-Hill Education.
Harley, H. (1996). The Internet Complete Reference Second Edition. USA: Osborne Mcgraw-Hill. Haslina Hassan. (1999). Kafe Siber Sumber Maklumat Atau Pusat Hiburan: Dewan Masyarakat (Julai 1999). Kuala Lumpur. Media Network Sdn Bhd. Hlm. 12-17 Irma Indayu Omar dan Yushiana Mansor. (2005). Panduan Mencari Maklumat Kuala Lumpur: PTS Professional.
Ismail Zain. (1999). Pendidikan Bertaraf Dunia – Ke Arah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.
Ismail Zain. (2001). Pembelajaran Berbantukan Komputer Intergrasi Perisian Hot Patatoes. Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.
83
Jurnal Kurikulum. (1996). Jilid 1 Bil. 1. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur: SMART Print & Stationer Sdn. Bhd.
Jong Soe Han, Chong Jon Pong, Lin Soo King, Hatim Mohd Tahir. (1993). Literasi Komputer. Kuala Lumpur: Fajar Bakti .
Lynch, M. Mc V. (2002). The Online Educator. New York : Routeledgefalmer.
__________________ Jabatan Pelajaran Johor. Bilangan 5. 2001.
Ministry Of Education. (1997). The Malaysian Smart School A Conceptual Blueprint. Kementerian Pelajaran Malaysia. Muhammad Rais Abdul Karim, Nazariah Mohd Khalid. (2000). E-Government In Malaysia. Kuala Lumpur: Pelanduk Publication. Muhammad Kamarul Kabilan, Norizan Abdul Razak, Mohamed Amin Embi. (2006). Online Teaching And Learning In ELT. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
McEwan, E. K. (2001). Ten Traits Of Highly Effective Teachers. California: Corwin Press Inc
Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Janib Johari. (2001). Etika Profesional. Johor Bahru : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
84
Omar Zakaria et al (2002). Computer Security. Kuala Lumpur: Penerbit KL McGraw- Hill.
Rothke, B. (2004). Computer Security Handbooks. California : McGraw-Hill Osborne. .
Rozinah Jamaluddin. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia Sdn. Bhd.
Rozinah Jamaluddin. (2007). Internet Dalam Pendidikan. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia Sdn. Bhd.
Pembangunan Pendidikan 2001-2010. (2001). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pritchard, A. (2007). Effective Teaching With Internet Technologies. London : Paul Chapman Publishing
PPK. (2001). Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
PPK. (2005). ICT Dalam Pendidikan, Satu Tanda Tanya. Edisi Khas. Kementerian Pelajaran Malaysia .
Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som. (1999). Isu Dan Cabaran Di Malaysia, Sorotan Dan Kajian. Kuala Lumpur : Utusan Publication Sdn. Bhd.
Szor, P. (2005). Computer Viruses and Computer Security. California. Berkeley: McGraw-Hill Osborne .
85
Walker, D. T. (2004) . What Every Teacher Must Know About Media And Technology. California: Corwin Press Inc.
Yusof Boon. (2006). Penyelidikan Tindakan. Skudai : Desktop Publisher.
Zarina Abdul Malek. (2004). Kemajuan Mengajar Guru Tahun 2004: Teori, Strategi Dan Pengkaedahan Dalam Pendidikan Komputer – Http://Pendidikan.Tv/Guruinternet.Html
Zoraini Wati Abas. (1991). Moving Towards The Computer Age: The Malaysian Experience. Prosiding 18th Annual Conference Of The International Association Of School Librarianship. Kalamazoo. Missouri. Pg. 347-369.
Zulkifli Abdul Manaf dan Raja Maznah Raja Hussain. (1994). Attitudes, Knowledge And Previous Computer Experience Of Teachers Trainee In Diploma Of Education Programme At The University Of Malaya. Journal Of Educational Research, Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Jld. 16, 1-19.
Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros, Mohd.Ali Samsudin. (2007). Kaedah Mengajar Sains. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.
http://motivasiutusan.4mg.com/aritikel.htm
www.ccautosoft.com http://kdp.ppk.kpm.my https://e.hasil.org.my/ http://www.microsoft.com/protect/computer/basics/virus.mspx
87
SOAL SELIDIK PENGGUNAAN PUSAT AKSES SEKOLAH
DALAM KALANGAN GURU
Nama Sekolah :________________________________________________ Kod Sekolah:
Guru-guru yang dihormati, Anda telah terpilih untuk menjawab soal selidik mengenai tajuk di atas. Anda diminta untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan jujur dan ikhlas. Jawapan anda sangat berguna untuk kajian ini. Segala maklumat yang anda berikan adalah rahsia dan hanya untuk kepentingan kajian ini semata-mata. Adalah diharapkan agar pihak tuan/puan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan kajian ini. Setinggi –tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan di atas kerjasama dan keikhlasan yang diberikan untuk menjayakan kajian ini. Sekian, terima kasih. HAMIYAH BINTI MOHD LANI Program Khas Pensiswazahan Guru Besar Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR
88
Bahagian A : Latar Belakang Responden Arahan : Sila tandakan (√) pada kotak yang berkaitan bagi setiap
kenyataan yang diberikan.
1 25 – 30 tahun
2 31 – 35 tahun
3 36- 40 tahun
4 41 – 50 tahun
1. Umur
5 51 tahun ke atas
1 1-5 Tahun
2. Pengalaman Mengajar 2 6-10 tahun
3 11- 15 tahun
4 16 – 20
5 20 tahun ke atas
89
Bahagian B : ARAHAN : Nyatakan respons anda dengan menanda ( ) pada ruang
yang berkenaan
Skor Penjelasan 1 Sangat tidak setuju 2 Tidak setuju 3 Kurang setuju 4 Setuju 5 Sangat setuju
Respons Bil. Item 1 2 3 4 5
1
Saya menggunakan pusat akses sekolah kerana mudah mengakses internet.
2.
Kemudahan internetnya laju dan memudahkan saya.
3.
Saya dapat berjimat dengan mengakses internet di pusat akses sekolah
4.
Saya tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan kemudahan internet di tempat lain.
5. Saya selesa dengan waktu operasi Pusat Akses Sekolah.
6
Saya bebas menggunakannya kerana masa operasinya sepjg dan selepas waktu persekolahan
7.
Saya dapat menggunakan komputer dan pencetak secara percuma.
8.
Saya belajar daripada kawan cara mengkakses internet di pusat akses sekolah
9.
Saya menggalakkan murid untuk menggunakan Pusat Akses Sekolah pada waktu persekolahan.
10.
Saya diberi galakkan oleh pihak sekolah utk menggunakan Pusat Akses Sekolah bagi mengakses maklumat berkaitan P&P.
11.
Saya berpendapat lokasi Pusat Akses Sekolah adalah sesuai untuk warga sekolah.
12.
Saya berpendapat peralatan di Pusat Akses Sekolah adalah mencukupi.
90
Respons Bil. Item 1 2 3 4 5
13.
Saya mengakses internet untuk mencari bahan pengajaran dan pembelajaran .
14. Saya melayari laman web MySchoolNet.
15. Saya melayari laman web MyTutor.
16. Saya menggunakan emel untuk berkomunikasi sesama rakan guru.
17. Saya membaca akhbar secara online. 18. Saya membaca majalah secara online.
19. Saya melayari laman web yang telah ditentukan melalui panduan di pusat akses sekolah.
20.
Saya menggunakan komputer di pusat akses sekolah untuk melihat perisian.
21. Saya mencari bahan untuk penyediaan soalan peperiksaan.
91
Bahagian C : ARAHAN : Nyatakan respons anda dengan menanda ( ) pada ruang yang berkenaan.
Skor Penjelasan 1 Sangat tidak setuju 2 Tidak setuju 3 Kurang setuju 4 Setuju 5 Sangat setuju
Cadangan Penambahbaikan: ________________________________________________________________
Respons Bil. Item 1 2 3 4 5
22. Lokasi pusat akses sekolah yang berada di tingkat atas menyulitkan.
23. Saya tiada kesempatan menggunakan pusat akses sekolah kerana masa di sekolah amat terhad.
24. Tugas sebagai guru sangat berat saya sukar untuk menggunakannya.
25. Saya lebih bebas mengakses internet di rumah daripada di pusat akses sekolah.
26. Bilangan komputer di pusat akses sekolah amat terhad.
27. Lebih mudah jika guru dibenarkan menyimpan fail yang dimuat turun dalam komputer di pusat akses sekolah.
28. Jadualwaktu persendirian yang ketat menyukarkan saya menggunakan pusat akses sekolah.
29. Saya mengambil masa yang lama untuk akses laman web yang relevan dengan P&P.
30. Serangan virus membimbangkan saya.
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKANKEMENTERIAN PELA]ARAN MALAYSIAARAS 1-4, BLOK E-8KOMPLEKS KERA]AAN PARCEL EPUSAT PENTADBIRAN KERA]AAN PERSEKUTUAN62604 PUTRAJAYA.
Telefon : 03-88846591Faks :03-88846579
Ruj. KamiTarikh
KP(BPPDP)603/ 5/J lD.08(2e2)13 Ogos 2008
Hamiyah Bt Mohd LaniNo,38, Jalan KerenggaTaman Desa Permai81110 Johor BahruJohor
Tuan/Puan,
Permohonan Untuk Menjalankan Kajian Di Sekolah fnsfitut Perguruan. JabatanPelaiaran Neaeri Dan Bahaaian-Bahagian Di Bawah Kementerian Pelaiaran Malausia
Adalah saya dengan hormatnya diarah memaklumkan bahawa permohonan tuan /puan untukmenjalankan kajian bertajuk :
" Penggunaan Pusat Akses Sekolah Di Kalangan Guru Di Daerah Johor Bahru "di luluskan.
2. Kelulusan ini adalah berdasarkan kepada cadangan penyelidikan dan instrumen kajian yangtuan/puan kemukakan ke Bahagian ini. Kebenaran bag! menqgunakan samoel kajlan oerludiperolehi dari Ketua Bahaoian/Penqarah Pelaiaran Neqeri vano berkenaan.
3. Sila tuan/puan kemukakan ke Bahagian ini senaskah laporan akhir kajian setelah selesaikelak. Tuan/Puan juga diingatkan supaya mendapat kebenaran terlebih dahulu daripadaBahagian ini sekiranya sebahagian atau sepenuhnya dapatan kajian tersebut hendak dibentangkandi mana-mana forum atau seminar atau diumumkan kepada media massa.
- Sekian untuk makluman tuan/puan. Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menlnut perintah,
(DR. SOON SENG THAH)Ketua Sektor Penyelidikan Dan Penilaianb,p. PengarahBahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar PendidikanKementerian Pelajaran Malaysia
Zu !,/surat kelu ft$a fi /108
92
JABAT'AN PELAJARAN JOHOR,JALAN TUN ABDUL RAZAK,80604 JOIIOR BAHRU,JOI{OR DARUL T,A,'ZIM
f""gu.uh :07-2361'7BjPe.jabal Arrr : 07-2361633
: 07-2332200No. Fux : 07-2385789
:07-2378319Peperiksaan : 07-2361979No. Fax :07-2369084e -mail : jpnj ohor@j oh. moe. gov"my.
Rujukan Kami : JPNJ/31/l tZS/Ild.44 (17)Tarikh : 20 Oktober 2008
Hamiyah Binti Mohd. LaniNo. 38, Jalan Kerengga,Taman Desa Permai8 I I 10 Johor Bahru,Johor Darul Ta'zim.
Tuan,
Keb en a ran U n tu k M eni a l an kan Kaj i an D i S eko t ah -S eko t a h, l n stitu t p erg u ru an,Jabatan Pelajaran Negeri Dan Bahagian-Bahagian Di BawahKementerian Pelaiaran Malavsi a.
Dengan hormatnya surat daripada KP(BPpDp)603/5/Jld. 0g(292) bertarikh811312008 berkaitan permohonan tuan adalah di rujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini tiada apa-apa halangan bagi membenarkantuan menjalankan kajian ke sekolah-sekolah Kerajaan dan Swasta Negeri Johoi bertajuk:
oo Penggunaan Pusat Akses Sekolah Di Kalangan Guru Di Daerah Johor Bahru "
3._ Sehubungan dengan itu, tuan boleh berhubung terus dengan pengetua / Guru Besarsekolah berkenaan bagi mendapatkan maklumat dan tindikan selanjitnya.
4. Sila bawa surat ini semasa membuat kaiian.
Sekian, terima kasih.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ''
Saya yang menurut perintah,
( HAJI DIN r)Penolong Sekolah dan GuruJabatan ?6lajaran Negeri Johor.b.p. Ketua Pendaftar Sekolah dan GuruKementerian Pelajaran Malaysia.
Kajiun/Zdhefli-puge I.
.9ijil PeruiuJiaranttio. PA 0{)59
,Si.r:ttn Fiualiti MS ISO 9()00!'. .i hitinut.in /tt'ttm Maltt\'.tic,
M alny s ian P u blit: S e rvk:eMS ISO 90Q0 Qu{rlit! System
Ra gistruti an Ce rtift.(:ateNo. FA AA59
93