Click here to load reader

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

  • View
    303

  • Download
    8

Embed Size (px)

Text of PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan...

  • KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

    Menjana Kemakmuran Negara

    2015-2020

    KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

    2015- 02202 0

    1

    2015 02202 0

    PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN

  • KANDUNGAN

    PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

    Petikan Perdana . 1

    Perutusan Dari Ketua Setiausaha Perbendaharaan 2

    Ringkasan Eksekutif . 3

    Latar Belakang . 4

    Carta Organisasi . 5

    Punca Kuasa .. 6-7

    Program Transformasi Perbendaharaan . 8-10

    Peranan /Fungsi 11

    Stakeholders dan Pelanggan . 12

    Hala Tuju Strategik Visi .. Objektif .

    13 13

    Nilai Bersama .. 14

    Analisis Penilaian dan Isu Strategik .. 15-16

    Cabaran dan Implikasi Cabaran Dalaman dan Implikasi .. Cabaran Luaran dan Implikasi ..

    17 18

    Teras Strategik 19-20

    Pelan Tindakan Teras 1: Pengurusan Fiskal Yang Berkesan ... Teras 2: Pengurusan Kewangan Awam Yang Berkesan

    21-25 26-30

    Penutup .. 31

  • PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

    PETIKAN PERDANA

    YAB Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

    Kementerian, Jabatan dan Agensi perlu mewujud dan mendokumenkan Pelan Strategik jangka panjang, sederhana dan pendek. Pelan ini hendaklah dimaklumkan kepada seluruh warga kerja Kementerian, Jabatan dan Agensi masing-masing. Pelan Strategik dan hala tuju organisasi yang lengkap dan jelas dapat memastikan visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan tercapai.

    Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009: Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

    1

  • 2

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pelan Strategik merupakan satu elemen penting dalam pengurusan sesebuah organisasi dan merupakan tahap perancangan tertinggi yang memperlihatkan hala tuju organisasi pada jangka masa panjang. Ia diwujudkan bagi memastikan segala program yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi adalah berdasarkan keperluan, berkesan dan berkualiti. Pelan Strategik Perbendaharaan 2015-2020 ini merupakan sumber rujukan utama yang menetapkan hala tuju Perbendaharaan untuk tempoh 6 tahun akan datang di mana ia menggariskan rangka tindakan strategik untuk pelaksanaan dasar, perancangan program serta pembangunan Perbendaharaan. Perancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan persekitaran semasa dan kehendak stakeholders serta pelanggan. Sehubungan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Perbendaharaan dan semua yang terlibat secara individu dan berkumpulan di dalam penghasilan buku Pelan Strategik Perbendaharaan ini. Diharapkan Pelan Strategik Perbendaharaan 2015-2020 ini dapat memberi penerangan dan panduan yang jelas serta terperinci kepada warga Perbendaharaan untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

    YBhg Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah

    PERUTUSAN KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

    PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

  • 3

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    Pelan Strategik Perbendaharaan Malaysia 2015-2020 adalah merupakan satu panduan dan rujukan kepada Perbendaharaan Malaysia bagi memastikan visinya untuk menjadi sebuah agensi yang unggul dalam menerajui pengurusan kewangan dan ekonomi Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi tercapai. Sasaran Kerajaan ke arah bajet seimbang dan menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 merupakan sasaran utama Perbendaharaan untuk direalisasikan. Pada amnya, objektif Pelan Strategik Perbendaharaan Malaysia adalah untuk: i. Merangka dan menjana strategi

    yang lebih praktikal dan dinamik bagi mencapai wawasan dan hala tuju Perbendaharaan Malaysia sebagai agensi utama yang bertanggungjawab menerajui pengurusan kewangan dan ekonomi Malaysia;

    ii. Menggalakkan penggunaan daya pemikiran dan analisis yang berkualiti serta bersistematik ke atas persekitaran untuk mencapai strategi yang tepat, praktikal dan berketerampilan; dan

    iii. Menggarap usaha ke arah

    kecemerlangan dan keunggulan organisasi, perluasan, peningkatan dan pengukuhan ilmu pengetahuan, pembangunankompetensi serta modal insan

    yang cekap dan berkemahiran tinggi.

    Pelan ini menyenaraikan strategi-strategi yang akan dilaksanakan untuk tempoh enam tahun sehingga tahun 2020. Ia akan dipantau dan dikaji semula setiap 3 tahun bagi memastikan kesesuaian strategi-strategi yang telah dilaksanaan agar ia tidak tersasar dari sasaran utama yang telah ditetapkan. Pelan Strategik Perbendaharaan Malaysia 2015-2020 ini menggariskan 2 Teras Strategik yang jelas, praktikal serta selaras dengan fungsi dan peranan Perbendaharaan Malaysia. Sebanyak 9 Strategi dan 31 program telah dirangka dan dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2015-2020. Perancangan ini meliputi semua bidang tugas di Perbendaharaan. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memupuk budaya berprestasi tinggi di dalam perkhidmatan awam.

    PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

  • LATAR BELAKANG

    4

    PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

    Perbendaharaan Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Januari 1952 hasil gabungan antara Cawangan Kewangan dan Ekonomi dengan Sekretariat Persekutuan dan Jabatan Akauntan Negara melalui Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 15 tahun 1951 bertarikh 27 Disember 1951. Melalui pekeliling tersebut Perbendaharaan Malaysia telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam hal ehwal dan perhubungan ekonomi Kerajaan Persekutuan. Pada awal penubuhannya, Perbendaharaan hanya mempunyai lima Bahagian iaitu Perakaunan, Ekonomi, Pembangunan Organisasi, Kewangan Dan Bekalan, serta Perdagangan. Kini, terdapat 23 Bahagian di Perbendaharaan. Perbendaharaan Malaysia juga telah menubuhkan dua cawangan di Malaysia Timur iaitu Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak pada tahun 1968 yang berfungsi sebagai Perbendaharaan Kecil Persekutuan di negeri berkenaan. Selaku agensi pusat, Perbendaharaan Malaysia bertanggungjawab secara langsung ke atas pengurusan fiskal dan kewangan negara. Polisi-polisi fiskal dan strategi yang digubal dan dilaksanakan oleh Perbendaharaan adalah merupakan satu mekanisme yang berkesan bagi memaju dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

    Tugas ini diusahakan secara bersama dengan Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain Kementerian. Perbendaharaan Malaysia juga melalui keutuhan pengurusan kewangan awam telah memainkan peranan penting di dalam menggubal dan menetapkan dasar pengurusan kewangan negara secara keseluruhannya. Kekukuhan ekonomi negara dapat mempengaruhi kepercayaan orang ramai serta meningkatkan pelaburan sektor swasta. Sepanjang 63 tahun penubuhannya, Perbendaharaan telah berusaha memberikan perkhidmatan cemerlang terhadap pertumbuhan ekonomi negara, terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi secara purata sebanyak 6.3% bagi tempoh 1970 hingga 2012. Perubahan ekonomi global turut mempengaruhi perjalanan Perbendaharaan sebagai sebuah badan kewangan negara. Kedudukan kewangan antarabangsa yang kompleks menjadikan ekonomi negara berkembang maju dan tanggungjawab serta fungsi Perbendaharaan semakin mencabar berbanding tujuan asal penubuhannya pada tahun 1951.

  • CARTA ORGANISASI

    KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

    TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA

    PERBENDAHARAAN (DASAR)

    TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA

    PERBENDAHARAAN (PENGURUSAN)

    TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA

    PERBENDAHARAAN (PELABURAN)

    Pejabat

    Belanjawaan Negara (NBO)

    Bahagian Antarabangsa

    (INT)

    Bahagian Cukai (TAX)

    Bahagian Fiskal dan Ekonomi

    (FED)

    Pejabat Pendaftar

    Agensi Pelapor Kredit (PPK)

    Bahagian Perolehan Kerajaan

    (GPD)

    Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan

    (RPM)

    Bahagian Pinjaman Perumahan

    (HLD)

    Perbendaharaan Malaysia Sarawak

    (PMSarawak)

    Perbendaharaan Malaysian Sabah

    (PMSabah)

    Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan

    (GIC)

    Bahagian Pelaburan Strategik

    (SID)

    Bahagian Pengurusan Aset

    (PAM)

    Bahagian Pengurusan

    Strategik Badan Berkanun

    (SBM)

    Bahagian Audit Dalam (ADP)

    Unit Strategi Nasional

    (NSU)

    Tribunal Rayuan Kastam (TRK)

    Pesuruhjaya Rayuan Cukai Pendapatan

    (PKCP)

    Bahagian Strategi

    Korporat & Komunikasi

    (BSKK)

    Bahagian Undang-Undang (BUU)

    Bahagian Teknologi Maklumat

    (ITD) Unit Integriti

    (UI)

    5

    PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

  • 6

    PUNCA KUASA KUASA YANG DIBERIKAN UNTUK MELAKSANAKAN AKTIVITI

    Akta Fee 1951 Federal Land Commisioner Act 1952 The Diplomatic and Consular Privilages

    Ordinance 1952

    Delegation of Powers Act, 1953

    Exchange Control Act, 1953 Akta Duti Hiburan 1953

    Loans Guarantee Act 1965

    Diplomatic Privileges(Vienna

    Convention) Act 1967

    Akta Cukai Pendapatan 1967

    National Land Code 1965 Akta Kastam 1967 Akta Cukai Jualan 1972

    Akta Acara Kewangan 1957 (Pin. 1972)

    Local Ordinance (Local) 1959 and Treasury Bill

    Order (Local) (Loan Limit) 1994

    External Loan Act, 1963 and External Loan

    Statutory Borrowing (Ceiling) Order

    Akta Cukai Pendapatan Petroleum 1967Akta

    Tubuh dan Akta berkaitan Badan

    Berkanun

    Akta Cukai Perkhidmatan 1975

    Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

    Akta Eksais 1976

    Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983

    Akta Penggalakan Pelaburan 1986