of 48 /48
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR PELAN STRATEGIK 2015-2020

PELAN STRATEGIKjakess.gov.my/pdffile/pelan strategik/PELAN STRATEGIK...5 Justeru, penggubalan Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang baru bagi tempoh Tahun 2015 hingga

Embed Size (px)

Text of PELAN STRATEGIKjakess.gov.my/pdffile/pelan strategik/PELAN STRATEGIK...5 Justeru, penggubalan Pelan...

  • Caption describing picture or graphic.

    Lead Story Headline

    JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

    PELAN

    STRATEGIK

    2015-2020

  • 2

    Kandungan Prakata1

    Sejarah Penubuhan5

    Punca Kuasa7

    Stakeholders8

    Pelanggan10

    Garis Masa11

    Misi, Visi dan Motto12

    Objektif13

    Nilai-Nilai Sejagat14

    Apa Kata Pelanggan15

    Peta Strategik16

    Teras Strategik17

    Strategi18

    Strategi dan Pelan Tindakan19

  • 3

    Prakata KETUA HAKIM SYARIE

    JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR

    Assalamualaikum W.B.T.

    Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala

    jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda

    yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-

    musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja

    yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan

    dianiaya.

    (Surah al-Anfaal : 60)

    Usaha jabatan untuk mengadakan Pelan Strategik ini merupakan suatu usaha untuk melonjakkan

    kecemerlangan perkhidmatan jabatan dengan membuat persediaan menghadapi cabaran-cabaran semasa yang

    semakin kompleks dan jumlah pemfailan kes yang semakin meningkat pada setiap tahun.

  • 4

    Dalam setiap organisasi, perancangan yang teliti dan strategik merupakan kunci kepada kejayaan terhadap apa

    juga program yang dirancang dan dilaksanakan. Tanpa perancangan, kita seolah-olah bergerak tanpa

    persediaan dan tiada matlamat. Oleh itu, Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor Tahun 2015

    hingga 2020 ini disusun bagi sebagai usaha penambahbaikan dan bagi menggantikan Pelan Strategik Jabatan

    Kehakiman Syariah Selangor 2010-2015 yang berfungsi sebagai panduan kepada kita semua dalam

    memastikan peranan, fungsi dan tanggungjawab Jabatan Kehakimam Syariah Selangor (JAKESS) berada di

    landasan yang betul dan mencapai piawaian penyampaian perkhidmatan yang benar-benar melangkaui

    ekspektasi semua stakeholder dan pelanggan. Pelan Strategik Jabatan ini telah disediakan dengan mengambil

    kira Visi dan Misi JAKESS yang digubal selaras dengan keperluan dan menyahut kehendak stakeholders dan

    pelanggan serta perkembangan semasa. Sehubungan dengan ini, Empat Teras Strategik utama telah ditetapkan

    seperti yang berikut:

    1. Memantapkan pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah ke arah mendaulatkan syariat Islam;

    2. Mempertingkatkan tadbir urus ke arah kecemerlangan organisasi sejajar dengan etika perkhidmatan

    awam;

    3. Memperkasakan keupayaan dan kapasiti warga jabatan bagi meningkatkan kecekapan dan

    keberkesanan organisasi; dan

    4. Meningkatkan imej jabatan dan kefahaman masyarakat terhadap perundangan Syariah bagi mencapai

    matlamat keunggulan organisasi.

  • 5

    Justeru, penggubalan Pelan Strategik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor yang baru bagi tempoh Tahun 2015

    hingga 2020 adalah tepat pada waktunya kerana ianya bukan sahaja menjadi panduan semua warga JAKESS,

    malah dapat memberi maklumat tepat kepada semua stakeholders JAKESS berhubung dengan peranan, fungsi

    dan tanggungjawab Jabatan ini.

    Untuk itu, bagi memastikan JAKESS masih terus relevan dalam memberikan perkhidmatan yang benar-benar

    berkesan dan efektif kepada rakyat, dua ciri penting iaitu akauntabiliti dan responsibiliti perlu dibudayakan dalam

    organisasi. Jika dua ciri ini dapat difahami dan diamalkan oleh setiap daripada kita, saya yakin JAKESS bukan

    sahaja akan terus relevan, malah mampu membuat transformasi persepsi dan keyakinan masyarakat terhadap

    Institusi Kehakiman Syariah.

    Sekian, Wassalam

    YAA DATO DR. HAJI MOHD NAIM BIN HAJI MOKHTAR

    D.P.M.S., AMN., BSK., PPC.

  • 6

    Sejarah Penubuhan Mahkamah Syariah Negeri Selangor ditubuhkan berdasarkan kepada subseksyen 44(1) dan 44(2) Undang-

    Undang Pentadbiran Agama Islam Selangor 1952. Sejak ditubuhkan hingga September 1991, Mahkamah

    Syariah Negeri Selangor ditadbirkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Mulai 1 September 1991,

    pengurusan pentadbiran Mahkamah Syariah telah diasingkan daripada pengurusan pentadbiran JAIS dan

    dikenali sebagai Mahkamah Syariah Negeri Selangor. Pusat pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Selangor

    beroperasi di Tingkat 5 & 6, Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Pegawai,

    Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

    Mulai 2 Oktober 2003, pengurusan pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Selangor telah ditukar namanya dan

    dikenali sebagai Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Bermula 18 Julai 2011, JAKESS telah

    berpindah dan memulakan operasinya di bangunan baru di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah,

    Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

    JAKESS bertanggungjawab menguruskan perjalanan kes Mal, kes Jenayah, Kes Rayuan serta pembahagian

    Faraid di semua peringkat mahkamah (Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah

    Rayuan Syariah).

  • 7

    JAKESS mempunyai 3 peringkat Mahkamah Syariah iaitu Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan Mahkamah

    Tinggi Syariah Selangor yang beroperasi di Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah Shah Alam,

    manakala, Mahkamah Rendah Syariah Selangor teletak di 12 lokasi mahkamah di Negeri Selangor seperti yang

    berikut:

    1. Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat;

    2. Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam;

    3. Mahkamah Rendah Syariah Petaling;

    4. Mahkamah Rendah Syariah Klang;

    5. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat;

    6. Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur;

    7. Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor;

    8. Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor;

    9. Mahkamah Rendah Syariah Kuala Langat;

    10. Mahkamah Rendah Syariah Sepang;

    11. Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam; dan

    12. Mahkamah Rendah Syariah Ampang.

  • 8

    Punca Kuasa

  • 9

    Stakeholders Di Peringkat Persekutuan

  • 10

    Stakeholders Di Peringkat Negeri

  • 11

    Pelanggan

  • 12

    Garis Masa

  • 13

    Misi, Visi dan Motto

  • 14

    Objektif

  • 15

    Nilai-Nilai Sejagat

  • 16

    Apa Kata Pelanggan

    KEPUASAN

    PELANGGA

    N

  • 17

    Peta Strategik

    PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

    Sasaran Kerja Tahunan Bajet Tahunan

  • 18

    Teras Strategik

    1

    Memantapkan Pentadbiran Kehakiman Dan Perundangan

    Syariah Ke Arah Mendaulatkan Syariat Islam

    2

    Mempertingkatkan Tadbir Urus Ke Arah Kecemerlangan

    Organisasi Sejajar Dengan Etika Perkhidmatan Awam

    3

    Memperkasakan Keupayaan Dan Kapasiti Warga Jabatan Bagi

    Meningkatkan Kecekapan Dan Keberkesanan Organisasi

    4

    Meningkatkan Imej Jabatan Dan Kefahaman Masyarakat

    Terhadap Perundangan Syariah Bagi Mencapai Matlamat

    Keunggulan Organisasi

  • 19

    Strategi Pada tahun 2020, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor akan menjadi

    Syariah Asas Keadilan

    Menjadikan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

    sebagai Institusi Kehakiman Syariah yang terunggul di Malaysia

    berteraskan keadilan Islam MISI

    Melaksanakan Pengadilan Dan Pengurusan Mahkamah Syariah Secara Berkesan Dan Sistematik Berasaskan

    Peruntukan Undang-Undang Islam

    Memantapkan

    Pentadbiran Kehakiman

    dan Perundangan

    Syariah Ke Arah

    Mendaulatkan Syariat

    Islam

    Mempertingkatkan Tadbir Urus Ke Arah Kecemerlangan Organisasi Sejajar Dengan Etika Perkhidmatan Awam

    Memperkasakan

    Keupayaan Dan Kapasiti

    Bagi Meningkatkan

    Kecekapan Dan

    Keberkesanan

    Organisasi

    Meningkatkan Imej Jabatan Dan Kefahaman Masyarakat Terhadap Perundangan Syariah Bagi Mencapai Matlamat Keunggulan Organisasi

    PELANGGAN

    PROSES DALAMAN

    PEMBANGUNAN DAN PEMBELAJARAN

    KEWANGAN

    VISI

  • 20

    Strategi dan Pelan Tindakan TERAS 1 : MEMANTAPKAN PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH KE ARAH MENDAULATKAN

    SYARIAT ISLAM

    Objektif strategik pertama mengandungi sembilan (9) strategi iaitu Penyelesaian Kes-Kes Tertangguh, Mempercepatkan

    Penyelesaian Kes Mal, Memperkasakan Perkhidmatan Kaunter, Pemerkasaan Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Selangor

    Melalui Kolaborasi Bersama Dengan Jabatan, Agensi Dan NGO Yang Melaksanakan Dan Menguatkuasakan Undang-Undang

    Syariah, Pemerkasaan Penyelesaian Kes Secara Alternatif, Pemerkasaan Proses Penguatkuasaan Dan Pelaksanaan Perintah,

    Pengemaskinian Undang-Undang, Pelaksanaan Dan Pembudayaan Teknologi ICT Secara Maksimum Dan Meningkatkan Jaringan

    Kerjasama Dengan Pihak-Pihak Berkepentingan..

    Sebagai sebuah institusi kehakiman Syariah yang wujud di sebuah Negeri maju yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang

    ramai, status pelanggan yang memiliki tahap pendidikan dan latar belakang sosio ekonomi yang secara majoritinya bermula dari

    kelas pertengahan dan atas dan pelanggan yang datang daripada berbagai-bagai latar belakang budaya, keturunan dan

    kewarganegaraan, JAKESS berhadapan dengan cabaran yang sangat besar dan getir untuk memastikan keadilan dapat

    ditegakkan selaras dengan undang-undang dan hukum Syarak tanpa timbulnya perasaan rasa tidak berpuas hati di kalangan

    pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

    Sehubungan dengan itu, adalah penting bagi JAKESS untuk benar-benar menjadi sebuah jabatan yang memiliki sistem

    pentadbiran kehakiman dan perundangan Syariah yang benar-benar mantap, fokus, teratur, berdaya saing, terkini dan berinovasi.

  • 21

    STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

    KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    1. Penyelesaian kes-kes tertangguh

    1.1. Menyenaraikan dan menyelesaikan kes-kes yang telah difailkan melebihi 2 tahun

    Peratus kes selesai

    90% kes yang belum selesai bagi kes yang difailkan melebihi 2 tahun berjaya diselesaikan

    2018

    2. Mempercepatkan penyelesaian kes Mal

    2.1. Memendekkan proses kerja dan mengurangkan karenah birokrasi melalui proses perekayasaan dalam program Key Focus Activity (KFA)

    Bilangan program perekayasaan proses kerja

    1 program perekayasaan proses kerja setiap tahun

    2016-2020

    Peratusan penyelesaian kes

    90% Penyelesaian kes cerai secara persetujuan bersama dalam tempoh 6 jam dari masa difailkan

    2015-2020

    3. Pemerkasaan perkhidmatan kaunter

    3.1. Mewujudkan kaunter dan perkhidmatan runding cara, pentadbiran afidavit dan wakalah secara berasingan dengan kaunter pendaftaran

    Bilangan lokasi Mahkamah Rendah Syariah

    12 lokasi Mahkamah Rendah Syariah

    Urusan kaunter yang cepat dan pantas`

    2016-2020

    3.2. Mewujudkan jawatan yang lebih kanan dan jawatan khusus bagi frontliner yang bertugas di kaunter

    Bilangan lokasi Mahkamah Syariah

    12 lokasi Mahkamah Rendah Syariah dan 1 lokasi Mahkamah Tinggi Syariah

    Urusan kaunter yang cepat dan pantas

    2016-2020

  • 22

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

    KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    3.3. Mewujudkan carta aliran kerja untuk kemudahan pelanggan berurusan di kaunter

    Bilangan Carta Aliran Kerja

    10 carta aliran 2016-2017

    3.4. Mewujudkan manual untuk kemudahan pelanggan mengisi borang Mahkamah

    Bilangan manual

    10 manual 2016-2017

    3.5. Meluaskan pemakaian Queue Management System (QMS) di semua lokasi Mahkamah Rendah Syariah

    Bilangan lokasi yang masih belum diberi kemudahan QMS

    2 lokasi yang akan diberi kemudahan QMS

    2016

    4. Pemerkasaan pentadbiran undang-undang Islam di Selangor melalui kolaborasi bersama dengan jabatan, agensi dan NGO yang melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang Syariah

    4.1. Menganjurkan mesyuarat penyelarasan antara JAKESS dengan Jabatan dan agensi lain (Bahagian Penguatkuasa Agama dan Bahagian Pendakwa Syarie JAIS, Polis, Penjara, Jabatan Bantuan Guaman, Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah, Jabatan Imigresen dan lain-lain)

    Bilangan Mesyuarat

    3 Mesyuarat setahun Bermula 2015

  • 23

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

    KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    5. Pemerkasaan proses penyelesaian kes secara alternatif

    5.1. Melantik anggota Panel Hakam bagi memperkasakan proses Hakam

    Jumlah pelantikan anggota panel hakam

    60 orang anggota Panel Hakam dilantik

    Bermula 2015

    Jumlah penyelesaian kes dalam tempoh 6 bulan

    90% Kes-kes cerai tanpa persetujuan bersama dapat diselesaikan dalam tempoh 6 bulan

    Bermula 2015

    5.2. Membuat kajian pelaksanaan timbangtara dalam kes nafkah

    Bilangan Laporan kajian

    1 Laporan disediakan dan dibentangkan

    2017-2020

    5.3. Membuat kajian penambahbaikan proses sulh di mahkamah Syariah agar lebih berkesan dalam menyelesaikan kes secara persetujuan bersama

    Bilangan Laporan kajian

    1 Laporan disediakan dan dibentangkan

    2017-2020

    6. Pemerkasaan proses penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah

    6.1. Mewujudkan kuasa pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah bagi Bahagian Sokongan Keluarga di dalam undang-undang

    Bilangan undang-undang dipinda

    1 undang-undang selesai dipinda

    Peningkatan penguatkuasaan perintah nafkah dan pembayaran lain

    2018

  • 24

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

    KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    6.2. Mengkaji pewujudan rakan Bahagian Sokongan Keluarga dan pelaksanaan perkhidmatan BSK secara Mobile

    Bilangan laporan hasil kajian

    2 laporan kajian berkualiti dihasilkan

    2016-2018

    7. Pengemaskinian undang-undang

    7.1. Mewartakan draf Kaedah-Kaedah Sulh Mahkamah Syariah (Negeri Selangor)

    Bilangan draf kaedah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah Selangor

    1 draf kaedah diluluskan

    Pencapaian penyelesaian kes melalui sulh meningkat

    2015-2016

    Bilangan draf kaedah dibentangkan Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

    1 draf kaedah diluluskan

    2016

  • 25

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

    KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    Bilangan draf kaedah dibentangkan dalam Mesyuarat MAIS

    1 draf kaedah diluluskan

    2016

    Bilangan kaedah yang diwartakan

    1 kaedah diwartakan 2016

    7.2. Menggubal dan mewartakan Kaedah-Kaedah Tatacara Jenayah (Borang-Borang Jenayah)

    Bilangan draf kaedah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah Selangor

    1 draf kaedah diluluskan

    Penyeragaman tindakan dan pengurusan kes jenayah

    2015-2016

    Bilangan draf kaedah dibentangkan Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang MAIS

    1 draf kaedah diluluskan

    2016

  • 26

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

    KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    Bilangan draf kaedah dibentangkan dalam Mesyuarat MAIS

    1 draf kaedah diluluskan

    2016

    Bilangan kaedah yang diwartakan

    1 kaedah diwartakan 2016

    7.3. Meneliti dan mencadangkan pindaan Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003

    Bilangan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penggubalan

    8 Mesyuarat diadakan

    Semua proses kerja baru yang ditambahbaik melalui perekayasaan, KFA, Inovasi dan lain-lain dapat dilaksanakan secara sah menurut undang-undang

    2015-2016

  • 27

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

    KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    Bilangan draf pindaan undang-undang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah Selangor

    1 draf pindaan diluluskan

    2017

    Bilangan draf pindaan undang-undang dibentangkan Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang MAIS

    1 draf pindaan diluluskan

    2017

    Bilangan draf kaedah dibentangkan dalam Mesyuarat MAIS

    1 draf pindaan diluluskan

    2017

  • 28

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

    KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    Bilangan kaedah yang diwartakan

    1 pindaan undang-undang diwartakan

    2017

    8. Pelaksanaan dan pembudayaan teknologi ICT secara maksimum

    8.1. Melaksanakan modul Penghantar Notis

    Tempoh masa penyerahan saman dan notis dari front office ke penghantar notis ke seluruh Selangor

    Masa penyerahan saman dan notis permohonan kepada penghantar notis dalam tempoh sejam

    2016

    8.2. Mewujudkan dan melaksanakan Sistem e-Tray dalam modul Penghantar Notis

    Tempoh masa penyampaian afidavit dan penyata tuntutan dalam daerah dan luar daerah

    Penyerahan saman dan notis dilaksanakan pada hari yang sama

    Tiada lagi rungutan terhadap kelewatan penyerahan notis dan saman

    2016

    8.3. Melaksanakan Sistem My SMS

    Tempoh penyampaian maklumat tarikh bicara kepada pelanggan

    Tempoh masa pemakluman tarikh bicara kepada pelanggan pada hari yang sama selepas kes disebut/dibicara/ ditangguh

    Tempoh pemakluman serta merta

    2016

  • 29

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

    KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    8.4. Melaksanakan Sistem i-Post Tempoh penyediaan dan penyampaian laporan dan perintah kes penceraian kepada pendaftar nikah

    1 jam bagi penyerahan setiap laporan dan perintah dari masa perintah bersih dikeluarkan

    2016

    8.5. Melaksanakan Sistem e-Faraid

    Peratusan siasatan kes faraid tepat dan cepat

    100% siasatan waris dibuat secara tepat

    Tiada kesilapan siasatan waris

    2016

    8.6. Mengoptimumkan Modul e-Bicara

    Peratus penurunan pembelian kertas

    25% penurunan kuantiti

    2017

    8.7. Melaksanakan perkhidmatan bayaran secara e-payment

    Jumlah transaksi

    50% transaksi bayaran Anugerah ICT Ketua Pengarah JKSM

    2017

    8.8. Mengoptimumkan penggunaan Sistem e-nafkah

    Peratus pelaksanaan proses kerja BSK secara paperless

    100% 2016

  • 30

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR INDIKATOR SASARAN

    KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    8.9. Mengoptimumkan penggunaan Sistem Pengurusan Peguam Syarie (SPPS)

    Peratus pelaksanaan proses permohonan dan peguam Syarie secara paperless

    100% 2016

    8.10. Menguatkuasakan penggunaan portal e-Syariah untuk fungsi pra-pendaftaran kes mal dan kes jenayah

    Peratus pendaftaran

    30% 2016

    8.11. Membuat program penggantian perkakasan ICT

    Peratus penggantian

    25% 2015

    Peratus penggantian

    25% 2016

    Peratus penggantian

    25% 2017

    9. Meningkatkan jaringan kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan

    9.1. Menjalinkan hubungan kerjasama dan perkongsian pintar dengan institusi kehakiman Syariah negeri/negara lain

    Bilangan perkongsian pintar yang digunapakai

    2 perkongsian pintar 2018-2020

  • 31

    TERAS 2 : MEMPERTINGKATKAN TADBIR URUS KE ARAH KECEMERLANGAN ORGANISASI SEJAJAR DENGAN ETIKA

    PERKHIDMATAN AWAM

    Objektif strategik kedua mengandungi tiga (3) strategi iaitu Memperkasa Dan Meningkatkan Keberkesanan Tadbir Urus Di

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Mempertingkatkan Keberkesanan Pelaksanaan Dasar Di Jabatan Kehakiman Syariah

    Selangor dan Memantapkan Sistem Dan Prosedur Kerja.. Salah satu daripada cabaran utama JAKESS ialah memastikan

    keadilan ditegakkan dengan mematuhi segala proses kerja dan undang-undang yang berkuatkuasa dalam tempoh masa yang

    ditetapkan oleh piagam pelanggan agar pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Oleh yang demikian, tadbir

    urus yang terbaik adalah sangat penting bagi menghadapi cabaran ini dengan berkesan. Ketiga-tiga strategi ini diatur agar teras

    kedua ini dapat direalisasikan dan akan dilaksanakan sejajar dengan pekeliling dan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh

    MAMPU dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

    STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    1. Memperkasa dan meningkatkan keberkesanan tadbir urus di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

    1.1. Meningkatkan kecekapan proses dan kawalan dalaman melalui pengukuhan pengurusan dan pelaksanaan sistem kualiti.

    Peratus pencapaian analisa Prestasi Perkhidmatan melalui objektif kualiti jabatan/ bahagian dan unit

    85% pencapaian prestasi keseluruhan jabatan/ bahagian dan unit

    Mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2008

    Setiap tahun

  • 32

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    Kekerapan laporan

    Laporan mesyuarat MKSP sekali setahun

    Setiap tahun

    Jumlah mesyuarat tindakan pembetulan NCR dan pencegahan (OFI)

    Sekali setahun bagi ibu pejabat JAKESS dan lokasi Mahkamah Rendah Syariah

    Setiap tahun

    Peratus tindakan terhadap ketidakpatuhan dan cadangan penambahbaikan daripada auditan Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008

    80% Peratus tindakan diambil

    Mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2008

    Setiap tahun

    Peratus bilangan NCR dan OFI

    Menurun sebanyak 30% setiap tahun

    Mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2008

    Setiap tahun

  • 33

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    1.2. Melaksanakan semua tindakan yang perlu bagi memenuhi kriteria auditan Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC)

    Status pencapaian auditan Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC)

    Tersenarai dalam 15 jabatan terbaik

    Pengiktirafan APPC

    2015

    Tersenarai dalam 10 jabatan terbaik

    2017

    Tersenarai dalam 5 jabatan terbaik

    2019

    1.3. Melaksanakan program Kumpulan Inovasi Kreatif (KIK)

    Jumlah aktiviti

    Mewujudkan 3 kumpulan dan projek KIK

    2015

    Menganjurkan 1 Mini Konvensyen KIK peringkat Jabatan

    2015

    1 Penyertaan dalam Konvensyen KIK peringkat Negeri Selangor

    Tempat 1-5 Konvensyen KIK peringkat Negeri Selangor

    2016-2020

    1 Penyertaan dalam Konvensyen KIK peringkat kebangsaan

    Tempat 1-5 Konvensyen KIK peringkat kebangsaan

    2017

  • 34

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    1.4. Melaksanakan budaya dan persekitaran kerja yang kondusif melalui amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

    Pensijilan

    Pensijilian EKSA di lokasi ibu pejabat JAKESS

    Pensijilan EKSA tahap cemerlang

    2015 hingga 2020

    Pensijilan EKSA di lokasi Mahkamah Rendah Syariah kecuali Mahkamah Rendah Syariah Gombak dan Hulu Langat

    Pensijilan EKSA

    2015-2020

    Pensijilan EKSA di lokasi Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat

    Pensijilan EKSA tahap cemerlang

    2016-2020

    Pensijilan EKSA di lokasi Mahkamah Rendah Syariah Gombak

    Pensijilan EKSA tahap cemerlang

    2016-2020

    1.5. Memperkasakan kumpulan rakan pembimbing perkhidmatan awam (AKRAB) melalui sesi perjumpaan seluruh kakitangan jabatan secara berkelompok

    Bilangan aktiviti

    Sekurang kurangnya 2 lokasi mahkamah setiap tahun

    Warga kerja sentiasa sihat dan bermotivasi

    2015-2020

  • 35

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    1.6. Membuat Kajian semula piagam pelanggan untuk mencapai ciri-ciri SMART (Specific, measurable, achievable, realistic, timebound)

    Peratus tahap kepuasan pelanggan

    Tahap kepuasan pelanggan sekurang-kurangnya 80%

    2015

    Tahap kepuasan pelanggan sekurang-kurangnya 85%

    2016 sehingga

    2020

    2. Mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

    2.1. Melaksanakan aktiviti penerapan dan penghayatan integriti serta nilai-nilai murni

    Bilangan aktiviti

    Menerbitkan 1 Pelan Integriti

    2015

    Membuat semakan keberkesanan dan pencapaian pelan integriti organisasI 1 kali setahun

    2015

    Pemantauan 6 bulan sekali

    2015

    2.2. Melaksanakan tindakan penguatkuasaan tatatertib secara bersepadu

    Bilangan kes tatatertib

    Tidak lebih 2% kes tatatertib yang berlaku

    Pengurangan kes tatatertib

    Bermula 2015

    2.3. Melaksanakan program penerapan nilai-nilai murni

    Bilangan program

    Tazkirah Jumaat sekurang-kurang 2 kali sebulan

    Setiap tahun

    3 program ceramah Setiap tahun

  • 36

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    2.4. Meningkatkan Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Berasaskan Indeks Akauntabiliti yang di keluarkan oleh Jabatan Audit Negara

    Jumlah teguran audit

    Jumlah teguran menurun pada setiap auditan

    Pencapaian 4 bintang

    2015

    2.5. Menganjurkan program-program penerangan dasar-dasar jabatan kepada seluruh warga JAKESS

    Jumlah program

    2 kali setahun Bermula 2015

    3. Memantapkan sistem dan prosedur kerja

    3.1. Menambahbaik Dokumen Manual Kualiti dan Prosedur Kualiti MS ISO 9001:2008 dengan pelaksanaan Versi Syariah

    Jumlah Bengkel Penambahbaikan Dokumen

    2 Bengkel Penambahbaikan Dokumen

    2015

    Bilangan dokumen disediakan

    1 dokumen disediakan 2015

    Pensijilan MS ISO 9001:2008 Versi Syariah

    Berjaya di berik pensijilan MS ISO 9001:2008 Versi Syariah

    2016

  • 37

    TERAS 3 : MEMPERKASAKAN KEUPAYAAN DAN KAPASITI WARGA JABATAN BAGI MENINGKATKAN KECEKAPAN

    DAN KEBERKESANAN ORGANISASI

    Objektif strategik ketiga mengandungi enam (6) strategi iaitu Pengukuhan Organisasi, Pemantapan Pengurusan Sumber Manusia,

    Peningkatan Kompetensi Warga Jabatan, Meningkatkan Tahap Motivasi Warga Kerja Agar Sentiasa Cemerlang dan Produktif,

    Meningkatkan Aspek Penjagaan Kebajikan Warga Jabatan dan Jalinan Kerjasama Yang Erat Antara Seluruh Warga Jabatan dan

    Penyediaan Kemudahan, Prasarana Dan Ruang Kerja Yang Kondusif Dan Selamat.

    Jabatan Kehakiman Syariah Selangor akan memperkukuhkan organisasinya dengan menyediakan Kertas Cadangan Pengukuhan

    Organisasi kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Pekhidmatan Awam Malaysia bagi memastikan jumlah tenaga kerja

    yang mencukupi dan peluang perkembangan kerjaya yang lebih luas bagi meningkatkan motivasi warga kerja. Strategi

    memperkukuhkan pengurusan sumber manusianya dilaksanakan dengan membangunkan Pelan Strategik Pengurusan Sumber

    Manusia yang dipantau dan disemak semula pada setiap tahun bagi memastikan ia sentiasa realistik dan boleh dicapai. Strategi ini

    juga akan menggariskan usaha bagi meningkatkan kompetensi warga kerja melalui program pembelajaran berterusan yang

    terancang melalui penyediaan peruntukan kewangan yang mencukupi, penganjuran program latihan yang teratur dan mengadakan

    kolaborasi dengan IPTA yang kompeten untuk melaksanakan program latihan yang telah dikenalpasti.

    Aspek motivasi juga diberi penekanan utama bagi memastikan kecemerlangan warga jabatan dapat dikekalkan dan seterusnya

    akan meningkatkan produktiviti sepanjang masa. Ia juga akan turut menekankan pembudayaan kerja yang berprestasi tinggi di

    samping menekankan pengurusan prestasi, pengiktirafan dan ganjaran. Strategi seterusnya menekankan aspek penjagaan

    kebajikan warga jabatan agar penumpuan sepenuhnya terhadap tugas dan tanggungjawab tidak terjejas dengan masalah-masalah

    yang tidak sepatutnya atau disebabkan oleh suasana kerja yang serba kekurangan. Selain itu, jalinan kerjasama yang mantap

    antara semua warga jabatan akan terus diperkasakan agar setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat, mudah dan

  • 38

    sempurna. Seterusnya, penyediaan kemudahan, prasarana dan ruang kerja yang kondusif dan selamat juga akan diberi penekanan

    kerana ia bukan saja akan dapat melahirkan suasana kerja yang lebih aman dan selesa, malah ia juga akan memberikan imej dan

    gambaran yang positif kepada semua pelanggan yang datang berurusan di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

    STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    1. Pengukuhan organisasi

    1.1. Menyediakan kertas cadangan pengukuhan organisasi yang melibatkan pertambahan jawatan baru nak menaik taraf jawatan sedia ada

    Bilangan kertas cadangan

    1 Kertas Cadangan disediakan

    2015

    Pembentangan cadangan kepada PSM SUK

    1 Kertas Cadangan diluluskan

    Kelulusan cadangan oleh pihak PSM SUK

    2015

    Pembentangan cadangan dengan Jawatankuasa Kerja Pengurusan Organisasi JPA bagi gred 54 ke bawah

    1 Kertas Cadangan diluluskan

    Kelulusan waran perjawatan baru dengan pertambahan jawatan, bahagian dan peluang kenaikan pangkat

    2015

  • 39

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    2. Pemantapan pengurusan sumber manusia

    Menyemak dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Sumber Manusia agar memberi impak yang sebenar

    Bilangan semakan Pelan Strategik Sumber Manusia

    1 kali setahun 2015

    3. Peningkatan kompetensi warga jabatan

    3.1. Menyediakan bajet khas bagi program latihan

    Jumlah bajet Sekurang-kurangnya 1% daripada peruntukan emolumen jabatan

    Setiap tahun

    3.2. Mengadakan kursus bagi setiap gred dan kumpulan jawatan warga jabatan yang mempunyai jumlah yang ramai

    Bilangan kursus dianjurkan

    20 kursus setahun Setiap tahun

    3.3. Mengenal pasti dan mencalonkan kehadiran bagi kursus luar

    Bilangan kursus yang disertai

    20 kursus Setiap tahun

    3.4. Memastikan semua warga jabatan menghadiri kursus yang relevan dengan bidang tugas dan keperluan

    Bilangan kursus dihadiri setiap warga jabatan

    Tidak kurang 7 hari setahun bagi setiap warga jabatan

    Setiap tahun

  • 40

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    3.5. Melaksanakan program in-house training di peringkat sarjana yang dikendalikan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

    Jumlah program in-house training

    1 program LLM AOIL Semua Pegawai Syariah LS41 ke atas sekurang-kurangnya berkelulusan sarjana

    2016-2018

    3.6. Melaksanakan program in-house training di peringkat diploma yang dikendalikan oleh IPTA yang sesuai

    Jumlah program in-house training

    1 program Diploma Syariah

    50% Pembantu Syariah gred LS17-LS26 sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma

    2016-2018

    3.7. Menghantar Pegawai Sulh menghadiri Kursus Mediasi di bawah Accord Group Australia

    Peratus pegawai yang dipersijilkan sebagai Mediator Bertauliah oleh Accord Group

    100% pegawai yang dipersijilkan sebagai Mediator Bertauliah oleh Accord Group

    Semua Pegawai Sulh menjadi mediator bertauliah yang layak beramal sebagai mediator di peringkat antarabangsa

    2016-2020

  • 41

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    4. Meningkatkan tahap motivasi warga kerja agar sentiasa cemerlang dan produktif

    4.1. Memberi penghargaan dengan mewujudkan anugerah tambahan bagi warga jabatan cemerlang yang tidak terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

    Bilangan Anugerah tambahan diwujudkan

    6 Anugerah tambahan diwujudkan

    2015-2020

    4.2. Memberi penghargaan dengan mencalonkan warga jabatan yang layak untuk menerima pingat dan darjah kebesaran

    Bilangan warga jabatan yang dicalonkan

    5 orang warga jabatan yang dicalonkan diperingkat negeri dari kumpulan Pengurusan Tertinggi, Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Sokongan I dan Kumpulan Sokongan II

    Setiap tahun

    5 orang warga jabatan yang dicalonkan di peringkat negara atau negeri lain dari kumpulan Pengururusan Tertinggi, Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Sokongan I dan Kumpulan Sokongan II

    Setiap tahun

  • 42

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    4.3. Menganjurkan program-program yang menyemarakkan motivasi dan semangat kerja berpasukan

    Bilangan program 3 program setahun 2015-2020

    5. Meningkatkan aspek penjagaan kebajikan warga jabatan dan jalinan kerjasama yang erat antara seluruh warga jabatan

    5.1. Menyelesaikan isu relevan yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Bersama Jabatan

    Peratusan isu-isu yang diselesaikan

    70% Meningkatkan keseronokan bekerja dan melahirkan warga kerja bermotivasi tinggi

    Setiap tahun

    Menganjurkan program Hari Keluarga 2 tahun sekali

    Setiap tahun

    Menganjurkan Sukan Jabatan 2 tahun sekali

    Setiap tahun

    Menganjurkan aktiviti perhimpunan bulanan, Ihya Ramadhan, Hari Raya sebanyak1 setahun dan program keagamaan bulan-bulan Islam 3 kali setahun

    Setiap tahun

  • 43

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    5.2. Memantapkan kesihatan pekerja dengan menganjurkan program kesedaran kesihatan di peringkat dalaman

    Jumlah program

    Menganjurkan Program Kesedaran dan Saringan Kesihatan 1 kali setahun

    Mengeluarkan notis peringatan kepada semua pegawai yang telah mencapai umur 40 tahun untuk menjalani pemeriksaan kesihatan

    Melahirkan warga kerja yang lebih produktif

    Pengurangan 1% pengambilan cuti sakit

    Setiap tahun

    6. Penyediaan kemudahan, prasarana dan ruang kerja yang kondusif dan selamat

    6.1. Mencari jalan penyelesaian bagi memperbaiki keselurusan kerosakan bangunan baru

    Peratus pembaikan kerosakan yang diadu

    30% kerosakan yang diadu diperbaiki

    2015

    60% kerosakan yang diadu diperbaiki

    2016

    80% kerosakan yang diadu diperbaiki

    2017

    100% kerosakan yang diadu diperbaiki

    2018

  • 44

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    6.2. Mendapatkan peruntukkan yang mencukupi bagi penyelenggaraan

    Peratus peningkatan peruntukan belanja mengurus bagi kos penyelenggaraan

    50% peningkatan peruntukan belanja mengurus bagi kos penyelenggaraan

    2016-2018

    6.3. Membuat penyelenggaraan berkala bagi keseluruhan peralatan dan kemudahan yang terdapat dalam bangunan

    % pencapaian penyelenggaraan daripada yang perlu dilaksanakan

    Sekurang-kurangnya jabatan telah melaksanakan sebanyak 50% kerja-kerja penyelenggaraan bagi setiap peralatan dan kemudahan yang perlu diselenggara

    2016

    % bilangan kekerapan penyelenggaraan daripada yang ditetapkan

    Sekurang-kurangnya jabatan telah melaksanakan sebanyak 75% kerja-kerja penyelenggaraan bagi setiap peralatan dan kemudahan yang perlu diselenggara

    2017

  • 45

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    6.4. Mendapatkan peruntukan bagi pembinaan Pusat Latihan Kehakiman Syariah JAKESS di bawah RMK11

    Jumlah peruntukan

    RM15 juta Mahkamah Syariah Negeri Pertama memiliki pusat latihan sendiri

    2017

  • 46

    TERAS KEEMPAT: MENINGKATKAN IMEJ JABATAN DAN KEFAHAMAN MASYARAKAT TERHADAP PERUNDANGAN

    SYARIAH BAGI MENCAPAI MATLAMAT KEUNGGULAN ORGANISASI

    Objektif strategik keempat mengandungi dua (2) strategi iaitu Melaksanakan Program/Usaha Promosi Jabatan dan Memperkukuh

    Jaringan Penyampaian Maklumat..

    Imej sesuatu organisasi amat penting dalam meyakinkan pelanggan kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang dilaksanakan.

    Justeru, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor akan giat melaksanakan usaha bagi mempertingkatkan imej korporatnya melalui

    peningkatan kecekapan barisan hadapan. Program turun padang akan diadakan dengan lebih kerap agar masyarakat lebih

    memahami fungsi dan peranan yang dimainkan oleh jabatan dalam melaksanakan fungsinya. Maklumat-maklumat di dalam laman

    web akan sentiasa dipantau dan dikemas kini agar ia dapat memberi maklumat dan info yang berguna kepada masyarakat. Media-

    media akan dimanfaatkan secara strategik supaya ia akan dapat menjadi medium yang berkesan untuk menyalurkan maklumat

    kepada masyarakat serta dijadikan sebagai saluran dakwah yang menarik. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor juga akan

    mempelbagaikan penerbitan dan bahan-bahan ilmiah untuk dijadikan sebagai bahan bacaan dan sumber maklumat. Dengan cara

    itu, imej jabatan akan dapat dipertingkatkan ke arah yang lebih positif.

    Bagi melahirkan masyarakat yang lebih celik undang-undang dan memahami hak masing-masing, program-program yang bersifat

    untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat dalam undang-undang Syariah juga penting kerana masyarakat yang memahami

    undang-undang bukan saja akan memelihara hak masing-masing, malah ia lebih memudahkan mereka dalam berurusan dengan

    jabatan tanpa perlu bergantung kepada mahkamah atau peguam dalam membantu mereka untuk mendapatkan hak masing-

    masing di mahkamah.

  • 47

    STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    1. Melaksanakan program/usaha promosi Jabatan

    1.1 Mengadakan program turun padang

    Bilangan program

    9 kali setahun Penurunan peratus aduan terhadap jabatan

    Bermula 2015

    1.2 Menyediakan barangan cenderahati korporat jabatan yang mempunyai logo jabatan

    Bilangan jenis cenderahati korporat disediakan

    1 jenis cenderahati korporat disediakan

    Bermula 2015

    1.3 Menjalinkan hubungan dan kerjasama yang erat dengan pihak media

    Jumlah penglibatan media bersama jabatan

    4 kali setahun Bermula 2015

    2. Memperkukuh jaringan penyampaian maklumat

    2.1 Memaksimumkan sebaran maklumat menerusi laman web dan media sosial

    Bilangan pengunjung

    (histats)

    Peningkatan jumlah pengunjung sebanyak 10% setiap tahun

    2015-2020

  • 48

    KOD STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR KEJAYAAN

    INDIKATOR SASARAN KEJAYAAN SIGNIFIKAN

    TAHUN SASARAN

    2.2 Menerbitkan bahan-bahan rujukan

    Bilangan penerbitan yang dicetak dan dipaparkan dalam laman web

    2 penerbitan 2015-2020

    3. Mendidik dan menyebarkan pengetahuan tentang perundangan Syariah kepada masyarakat

    3.1 Menganjurkan, bekerjasama menganjurkan atau terlibat dengan program atau slot literasi undang-undang dengan jabatan kerajaan/NGO.

    Bilangan penganjuran, kerjasama atau penglibatan program-program literasi undang-undang.

    12 kali setahun

    Bermula

    2015